25.kata bilangan sk seri bunian (1)

18
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian KATA BILANGAN 1. Zila mempunyai ___________ ekor kucing. A. dua-dua B. berdua C. kedua D. dua 2. “ Dalam sungai itu ada ___________ buaya”, kata Pak Ahmad. A. setengah B. tiap-tiap C. banyak D. semua 3. Bubuhlah ____________ serbuk perasa untuk melazatkan sup itu. A. separuh B. seluruh C. banyak D. sedikit 4. Fadilah mendapat hadiah ___________ dalam pertandingan itu. A. satu B. ke satu C. pertama D. satu-satu 5. Dia berniaga pada _____________ hari kecuali hari Ahad. A. seluruh B. tiap-tiap C. sebahagian D. masing-masing 6. Pak Aziz mendapat keuntungan yang ______________ hasil jualan duriannya. A. semua B. banyak C. seluruh D. sebahagian 15

Upload: rajes-kanni-raji

Post on 18-Jul-2015

76 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 25.kata bilangan    sk seri bunian (1)

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

KATA BILANGAN

1. Zila mempunyai ___________ ekor kucing.

A. dua-dua

B. berdua

C. kedua

D. dua

2. “ Dalam sungai itu ada ___________ buaya”, kata Pak Ahmad.

A. setengah

B. tiap-tiap

C. banyak

D. semua

3. Bubuhlah ____________ serbuk perasa untuk melazatkan sup itu.

A. separuh

B. seluruh

C. banyak

D. sedikit

4. Fadilah mendapat hadiah ___________ dalam pertandingan itu.

A. satu

B. ke satu

C. pertama

D. satu-satu

5. Dia berniaga pada _____________ hari kecuali hari Ahad.

A. seluruh

B. tiap-tiap

C. sebahagian

D. masing-masing

6. Pak Aziz mendapat keuntungan yang ______________ hasil jualan duriannya.

A. semua

B. banyak

C. seluruh

D. sebahagian

15

Page 2: 25.kata bilangan    sk seri bunian (1)

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

7. Ani memberi ____________ daripada kek hari jadinya kepada jirannya.

A. seperempat

B. seperlima

C. separuh

D. semua

8. Murid yang diselamatkan itu tiga orang._________nya budak lelaki.

A. Bertiga

B. Ketiga

C. Tiga-tiga

D. Ketiga-tiga

9. Kuih ini kita bahagi dua, ___________ untuk kamu dan sebahagian lagi untuk saya.

A. semua

B. separuh

C. sedikit

D. banyak

10. Daripada lima orang penumpang, hanya ___________ orang yang berjaya diselamatkan.

A. keempat

B. empat

C. empat-empat

D. keempat-empat

11. Puan Akilah bercadang hendak bercuti selama ___________ hari.

A. tiga

B. seluruh

C. seluruh

D. satu pertiga

12. Yusanani mendapat tempat _________ dalam peraduan itu.

A. kedua

B. berapa

C. kedua-dua

D. dua

16

Page 3: 25.kata bilangan    sk seri bunian (1)

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

13. _____________ hari, ayah menghantar saya ke sekolah.

A. Setiap

B. Beberapa

C. Suku

D. Ketiga

14. ___________acara diadakan bersempena dengan program Cuti- cuti Malaysia.

A. Setiap

B. Semua

C. Pelbagai

D. Segala

15. _____________ daripada kuih – muih itu telah dijual di pasar tani.

A. Separuh

B. Beberapa

C. Sesetengah

D. Pertama

16. Hampir _____________ daerah di negeri ini dilanda banjir.

A. ribuan

B. seluruh

C. berpuluh-puluh

D. setengah

17. ___________lamanya Kamal menetap di luar negeri.

A. Berhari-hari

B. Bertahun-tahun

C. Beribu-ribu

D. Bertiga-tiga

18. Ibu mengeluarkan ___________ daripada wang simpanannya untuk membeli kereta.

A. segala

B. beberapa

C. separuh

D. ribuan

17

Page 4: 25.kata bilangan    sk seri bunian (1)

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

19. Saya menyayangi _________orang tua saya.

A. seluruh

B. kedua

C. kedua-dua

D. setiap

20. ___________peserta sudah berkumpul di dewan sekolah.

A. Berpuluh-puluh

B. Semua

C. Tiga suku

D. Sekalian

21. Hampir ___________hari Zakri pulang lewat malam kerana banyak kerja di pejabat.

A. semua

B. berapa

C. setiap

D. separuh

22. Sudah __________ dia terlantar di wad.

A. berjam-jam

B. bepuluh-puluh

C. beberapa

D. berhari-hari

23. “____________ mendiamkan diri apabila cikgu Norman mula bersuara,” kata Siti kepada

rakannya.

A. Masing-masing

a) Tiap-tiap

b) Setiap

c) Separuh

24. Penonton daripada ____________ negara berpeluang menyaksikan Datuk Lee Chong Wei

beraksi dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton Antarabangsa itu.

A. ribuan

B. berpuluh-puluh

C. seluruh

D. setengah

18

Page 5: 25.kata bilangan    sk seri bunian (1)

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

25. Kandungan pada ______________ batang tumbuhan itu beracun dan membahayakan

penggunanya.

A. setiap

B. seluruh

C. setengah

D. segala

26. Sesudah solat Maghrib, ___________________ jemaah terus pulang untuk menonton

siaran berita di rumah.

A. setengah

B. sebahagian

C. segala

D. seluruh

27. ________________________ haiwan mati akibat pencemaran air.

A. Seluruh

B. Sekalian

C. Beribu – ribu

D. Beribu

28. Encik Hamid membawa ________________ anaknya ke rumah ibunya di Kuala Lumpur.

A. segenap

B. segala

C. setiap

D. kedua - dua

29. Akibat dihempap pokok kelapa, ___________________________ daripada rumahnya

mengalami kerosakan teruk.

A. sebahagian

B. sesetengah

C. seberapa

D. sebilangan

30. ____________________ murid tahun enam yang terlibat dengan kelas bimbingan malam

dikehendaki berkumpul di kantin.

A. Segala

B. Pelbagai

C. Semua

D. Setengah

19

Page 6: 25.kata bilangan    sk seri bunian (1)

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

31. Projek yang dirancang itu akan melibatkan __________________ orang ibu bapa murid.

A. para

B. semua

C. beberapa

D. sesetengah

32. _____________ lapisan masyarakat terlibat dalam perarakan sempena Hari Kebangsaaan.

A. Segelintir

B. Segenap

C. Setengah

D. Sebahagian

33. ________________ ekor ayam telah disembelih oleh Pak Mail sempena majlis

kesyukuran semalam.

A. Sepuluh

B. Kesepuluh

C. Puluh – puluh

D. Sepuluh – puluh

34. ____________________ orang mudah menangis tatkala menghadapi ________________

peristiwa yang menyedihkan mereka.

A. Sebahagian……….satu

B. Sekalian……….beberapa

C. Sesetengah……….sesuatu

D. Setengah ………setiap

35. Daniel Bego berjaya mengalahkan semua perenang lain dan mendapat tempat

______________ dalam acara 100 meter kuak kupu – kupu.

A. satu

B. pertama

C. kedua

D. ketiga

20

Page 7: 25.kata bilangan    sk seri bunian (1)

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

36. ____________ penduduk kampung terpaksa dipindahkan kerana air dari ____________

batang sungai telah melimpah ke kampungnya.

A. Sebahagian……….satu

B. Sesetengah……….sesuatu

C. Setengah…….setiap

D. Semua……….beberapa

37. _______________________ pengguna jalan raya masih tidak mematuhi undang – undang

yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

A. Separuh

B. Seluruh

C. Setengah

D. Sesetengah

38. Jarak di antara rumah saya dengan sekolah ialah ________________ kilometer.

A. tiga

B. bertiga

C. ketiga

D. bertiga – tiga

39. Wabak selsema burung telah menular ke_____________ kawasan di Pantai Barat sahaja.

A. seluruh

B. sekalian

C. segenap

D. sesetengah

40. ____________________ orang tidak menyukai buah durian kerana baunya yang kuat.

A. Segala

B. Sekalian

C. Sesetengah

D. Setiap

41. ___________________ orang anak Encik Raja dan Puan Shanti berjaya melanjutkan

pelajaran ke menara gading.

A. Tiga

B. Tiga – tiga

C. Ketiga – tiga

D. Bertiga – tiga

21

Page 8: 25.kata bilangan    sk seri bunian (1)

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

42. ______________ persiapan untuk sambutan Hari Kecemerlangan pada hari esok telah

pun dibuat oleh para guru.

A. Segala

B. Setiap

C. Setengah

D. Sekalian

43. ___________________ guru di sekolah itu mendapat penghargaan daripada murid –

murid bersempena Hari Guru.

A. Segala

B. Para

C. Setiap

D. Beberapa

44. _______________ rumahnya telah hangus terbakar pada kejadian yang menyayat hati

itu.

A. Setiap

B. Seluruh

C. Setengah

D. Sebahagian

45. ______________ acara sukan diadakan dalam Temasya Sukan Sekolah Kampung

Gelam.

A. Sejenis

B. Sebilangan

C. Pelbagai

D. Masing - masing

46. Sudah seminggu __________ anak kembarnya tiada di rumah kerana pulang ke

kampung.

A. para

B. kedua

C. setengah

D. kedua – dua

22

Page 9: 25.kata bilangan    sk seri bunian (1)

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

47. _____________________ daripada pelajar sekolah saya akan mengikuti perkhemahan

di Hutan Lipur Templer.

A. Semua

B. Seluruh

C. Setiap

D. Sebahagian

48. _________________ masyarakat orang Asli yang tinggal di kawasan pergunungan itu

tidak fasih berbahasa Melayu.

A. Sebanyak

B. Setengah

C. Segelintir

D. Separuh

49. __________________ peserta program keusahawanan itu menggunakan komputer riba

masing – masing ketika berkursus.

A. Tiap

B. Tiap – tiap

C. Setiap – tiap

D. Setiap – setiap

50. _________________ murid yang menghadiri perjumpaan itu memakai pakaian seragam

yang telah ditetapkan.

A. Sedikit

B. Seluruh

C. Setengah

D. Sebilangan

51. __________ orang penjenayah itu akan dihadapkan ke mahkamah.

A. Kelima-lima

B. Seperlima

C. Berlima

D. Lima

23

Page 10: 25.kata bilangan    sk seri bunian (1)

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

52. __________ persiapan untuk majlis perkahwinan itu musnah akibat banjir kilat

semalam.

A. Para

B. Segala

C. Masing-masing

D. Banyak

53. __________ guru disarankan supaya lebih peka terhadap masalah disiplin murid-murid.

A. Para

B. Segala

C. Para-para

D. Setengah

54. __________ pelajar hanya menumpukan perhatian terhadap pelajaran mereka pada

saat - saat akhir menjelang peperiksaan.

A. Seluruh

B. Sekalian

C. Segelintir

D. Kesemua

55. __________ minggu, Ronaldo akan terbang ke Los Angeles untuk menemui kedua-dua

orang anaknya yang menuntut di sana.

A. Beberapa

B. Setengah

C. Setiap

D. Keseluruhan

56. Putrajaya terletak kira-kira __________ kilometer dari rumah bapa saudara saya.

A. setiap

B. separuh

C. setengah

D. sebahagian

57. __________ orang tidak mahu mengakui kesilapan sendiri.

A. Sesetengah

B. Setengah

C. Ketiga-tiga

D. Para

24

Page 11: 25.kata bilangan    sk seri bunian (1)

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

58. Nenek Esah terpaksa memakai cermin mata kerana __________ belah matanya rabun.

A. setiap

B. kedua-dua

C. segelintir

D. semua

59. Felda telah ditubuhkan sejak __________ tahun yang lalu.

A. berpuluh-puluh

B. puluh

C. persepuluh

D. kesepuluh

60. __________ daripada buku itu telah dimakan oleh anai-anai.

A. Masing-masing

B. Sesetengah

C. Setengah

D. Segala

61. Skim Bantuan Tuisyen adalah untuk __________ murid Tahap Dua yang kurang

berkemampuan.

A. pelbagai

B. segala

C. semua

D. masing-masing

62. Anak-anak yatim itu menerima __________ bahagian daripada harta pusakanya.

A. banyak

B. seluruh

C. sepertiga

D. sesetengah

63. _________ anggotanya gementar apabila melihat suatu lembaga yang sangat besar dan

berbulu.

A. Sepertiga

B. Setengah

C. Separuh

D. Seluruh

25

Page 12: 25.kata bilangan    sk seri bunian (1)

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

64. Latihan bola baling itu diadakan pada __________ hari Khamis dan Sabtu.

A. para

B. setiap

C. sekalian

D. kedua

65. Dalam perjalanan pulang dari bandar, emak telah membeli __________ biji cempedak.

A. berdua-duaan

B. kedua-dua

C. berdua

D. dua

66. Dalam kemalangan yang ngeri itu, hanya mereka __________ yang selamat.

A. bertiga-tiga

B. ketiga-tiga

C. bertiga

D. ketiga

67. __________ daripada peserta larian itu tidak dapat menamatkan larian mereka akibat

keletihan.

A. Pelbagai

B. Segala

C. Sebahagian

D. Setiap

68. ________penduduk Kampung Penambang telah menderma kepada mangsa kebakaran itu.

A. Masing-masing

B. Setengah

C. Setiap – tiap

D. Para

69. Arif menabung __________ daripada wang sakunya setiap hari untuk kegunaan pada

masa depannya.

A. beberapa

B. pelbagai

C. setiap

D. sebahagian

26

Page 13: 25.kata bilangan    sk seri bunian (1)

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

70. __________ menteri dari luar negara Komenwel sedang bersidang di Cape Town.

A. Beberapa

B. Pelbagai

C. Setiap

D. Para

71. Semasa perlawanan bola sepak antara pasukan Selangor dengan pasukan Kedah,

__________ penonton memenuhi stadium itu

A. setiap

B. ribuan

C. beberapa

D. sesetengah

72. __________ matanya telah buta kerana terkena asid.

A. Seluruh

B. Sepuluh

C. Separuh

D. Kedua-dua

73. Penjenayah itu tinggal di_______ tempat supaya pergerakannya sukar dikesan oleh

polis.

A. seluruh

B. sekalian

C. beberapa

D. setiap

74. __________ peserta yang ingin menyertai pertandingan memancing anjuran Berita Harian

dikehendaki membayar wang pendahuluan selewat-lewat nya pada hari Jumaat ini.

A. Sebahagian

B. Setengah

C. Para

D. Segelintir

75. __________ orang anak jutawan itu menuntut di Kanada dalam jurusan perniagaan.

A. Kedua-dua

B. Sedikit

C. Kedua

D. Separuh

27

Page 14: 25.kata bilangan    sk seri bunian (1)

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

76. Ibu memasukkan beras ke dalam sarung ketupat itu kira-kira tiga ______________

penuh.

A. suku

B. setengah

C. semua

D. sesetengah

77. Semasa Cikgu Yasmin tiada, mereka membuat kerja ____________________.

A. tiap-tiap

B. sekalian

C. sesuatu

D. masing-masing

78. Puan Hindon memasukkan _____________ sudu besar garam ke dalam masakannya.

A. semua

B. setengah

C. sekalian

D. sesetengah

79. _____________ pihak harus memainkan peranan dalam menangani masalah sosial dalam

kalangan pelajar.

A. Segala

B. Berapa

C. Sekalian

D. Semua

80.__________ pihak yang bertelagah itu tetap tidak mahu mengalah sehingga kini.

A. Dua

B. Kedua

C. Kedua-dua

D. Dua-dua

81. ______________ daripada rumahnya rosak akibat ditimpa pokok kelapa.

A. Sesetengah

B. Sebilangan

C. Sebahagian

D. Beberapa

28

Page 15: 25.kata bilangan    sk seri bunian (1)

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

82.Hujan yang turun hampir _________ hari itu membimbangkan mereka yang tinggal di tepi

sungai.

A. tiap

B. seluruh

C. setiap

D. Beberapa

83. Stadium itu dibanjiri oleh ____________ penonton yang ingin menyaksikan konsert

Siti Nurhaliza.

A. ribuan C. sekalian

B. seluruh D. beberapa

84. Sejak pulang dari kampung, ayah sering termenung. Mungkin ada ____________ masalah

yang difikirkannya.

A. beberapa

B. sesuatu

C. sesetengah

D. berjenis-jenis

85. Kementerian Pelajaran pasti bahawa bekalan buku teks untuk pelajar sekolah di _______

negara akan mencukupi.

A. segala

B. seluruh

C. sekalian

D. tiap

86. _____________ buah kereta bertembung di persimpangan jalan menuju ke Kukup.

A. Kedua

B. Kedua-dua

C. Berdua-duaan

D. Dua

87 __________ batang jalan menuju ke Kampung Seri Bunian dipasang dengan lampu jalan.

A. Setiap

B. Masing-masing

C. Separuh

D. Sebahagian

29

Page 16: 25.kata bilangan    sk seri bunian (1)

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

88. Ibu menanam _____________ rumpun serai di belakang rumah.

A. separuh

B. beberapa

C. pelbagai

D. segala

89. ________ daripada murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Seri Bunian telah berjaya

mendapat 5 A dalam UPSR.

A. Tiga perempat

B. Empat

C. Keempat

D. Keempat-empat

90. ___________ jenis pokok buah-buahan di tanam di tanah pusaka ibunya.

A. Separuh

B. Setiap

C. Pelbagai

D. Semua

91. Nor Hidayati memberi ___________ daripada mi goreng itu kepada adiknya.

A. suku

B. sesetengah

C. beberapa

D. semua

92. Aidid dan Rohana masih bermasam muka kerana ___________tidak mahu mengalah

dalam pergaduhan itu.

A. sekalian

B. semua

C. kedua

D. masing-masing

93. _____________ pakaian yang terpakai berjaya dikumpul untuk didermakan kepada

mangsa banjir.

A. Semua

B. Pelbagai

C. Separuh

D. Berkotak-kotak

30

Page 17: 25.kata bilangan    sk seri bunian (1)

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

94. Farhan membeli baju itu dengan _____________ harga pada musim jualan murah.

A. separuh B. sesetengah C. sebahagian D. setiap

95. Hanya ________________ orang murid yang akan dipilih untuk mengikuti rombongan ke

Pulau Langkawi.

A. beratus-ratus B. kelima C. seratus D. ke seratus96. ______________ ragam para peserta dapat dilihat sepanjang pertandingan lawak jenaka

itu diadakan.

A. Setiap B. Masing-masing C. Sekalian D. Bermacam-macam

97 ______________ perbelanjaan untuk pembedahan Zali dibiayai oleh majikannya.

A. Separuh B. Para C. Sesetengah D. Sekalian

98. Ayah hanya minum _____________ daripada kopi itu kerana rasanya amat pahit.

A. setiap B. suku C. semua D. beberapa

99. ________________ penduduk Kampung Hilir gempar dengan kematian mengejut ketua

kampung.

A. Seluruh

B. Suku

C Sepuluh

D. Ketiga-tiga

100.Penghuni asrama diwajibkan mengemas tempat tidur _____________ pada setiap hari.

A. setiap

B. masing-masing

C. sekalian

D. segala

31

Page 18: 25.kata bilangan    sk seri bunian (1)

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

32