2/2020 • jun - julai 2020...kerajaan akan memperkenalkan program subsidi upah 2.0 bagi membantu...

20
2/2020 Jun - Julai 2020

Upload: others

Post on 12-Dec-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2/2020 • Jun - Julai 2020...Kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas dengan peruntukan sebanyak RM 2.4 bilion. Kerajaan juga

2/2020 • Jun - Julai 2020

Page 2: 2/2020 • Jun - Julai 2020...Kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas dengan peruntukan sebanyak RM 2.4 bilion. Kerajaan juga

2 • Buletin Perdana 3/2020 • Ogos - Okt 2020

FOKUS04 KITA PRIHATIN Inisiatif Tambahan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat 05 Lensa Prihatin Rakyat Tinjauan Prihatin

06 Lensa Prihatin Perniagaan Ziarah Usahawan

08 Lensa Prihatin Pekerjaan National Technology and Innovation Sandbox (NTIS)

09 SUKUK Prihatin Hasil Semangat Rakyat Mahu Bantu Pulihkan Ekonomi Negara

STRATEGI KERAJAAN

10 WKB 2030 Merapatkan Jurang Ekonomi Dalam Masyarakat

12 Majlis Tindakan Ekonomi Langkah Segera Mendepani Cabaran Ekonomi Negara

14 Kongres Ekonomi Bumiputera Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera

15 Majlis Perasmian Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara 2020

RANGKUMAN AKTIVITI 16 Merdeka dan Hari Malaysia Sisipan Hari Merdeka & Hari Malaysia 2020

18 Kunjungan Hormat

16.

14.6.

8..

Page 3: 2/2020 • Jun - Julai 2020...Kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas dengan peruntukan sebanyak RM 2.4 bilion. Kerajaan juga

Buletin Perdana 3/2020 • Ogos - Okt 2020 • 3

Ketua EditorMarhaini Kamaruddin

EditorRozaman bin Ismail Ismail Amsyar Mohd SaidMohd Yusof SaariShahruddin Mohamad Nor

TimMohamad Ruzainie ReezmanMohamad Aisham ManapWirawati Dewi AhmadNajibah Mohamad Nor

Azhar OsmanLiyana Safra ZaabarNorazlinawati WalidNurul Fazira Mohamad Zain

KITA PRIHATIN

SEJAK awal lagi, apabila berdepan dengan cabaran kesihatan

dan ekonomi disebabkan penularan wabak Covid-19, Kerajaan

mengambil pendekatan strategik 6R iaitu Resolve (Ketegasan),

Resilience (Ketahanan), Restart (Memulakan Semula), Recovery

(Pemulihan), Revitalise (Memperkasa) dan Reform (Menyusun

Semula). Negara sekarang berada di fasa ke-4, iaitu Recovery atau

Pemulihan.

Secara keseluruhannya, pakej-pakej rangsangan ekonomi

PRIHATIN, PRIHATIN PKS Tambahan dan PENJANA telah melibatkan

rangsangan ekonomi berjumlah RM295 bilion atau lebih kurang

20 peratus daripada nilai KDNK negara. Daripada jumlah

tersebut, suntikan perbelanjaan tambahan oleh Kerajaan

adalah RM45 bilion.

Kementerian Kewangan akan memantau rapat langkah-

langkah memperkasakan rakyat, menyokong perniagaan dan

memperkukuhkan ekonomi untuk memastikan perjalanan

pemulihan ekonomi berterusan. Pihak LAKSANA menyediakan

laporan mingguan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia

tentang status pakej stimulus ekonomi dan mengambil

tindakan segera untuk menyelesaikan sebarang masalah yang

timbul dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif untuk rakyat.

Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan beberapa

inisiatif dan bantuan tambahan khusus di bawah pakej

Kerangka Inisiatif Tambahan PRIHATIN, atau dengan

ringkasnya, KITA PRIHATIN. Pakej ini menyasarkan kelompok-

kelompok berikut iaitu:

• golongan B40 yang berkeluarga dan bujang;

• golongan M40 yang berkeluarga dan bujang;

• golongan pekerja negara dalam pelbagai bidang; dan

• golongan peniaga mikro dalam pelbagai bidang.

Kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi

membantu syarikat yang masih terjejas dengan peruntukan

sebanyak RM 2.4 bilion. Kerajaan juga bersetuju untuk

membuka semula permohonan GKP mulai 1 Oktober hingga

31 Oktober 2020 melibatkan peruntukan sebanyak hampir

RM 600 juta. Kerajaan membuat keputusan untuk menyediakan

bantuan tambahan untuk rakyat melalui pemberian tunai

tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan

peruntukan hampir RM7 bilion.

Semua inisiatif khas di bawah KITA PRIHATIN ini akan

melibatkan perbelanjaan Kerajaan sebanyak RM10 bilion.

Kementerian Kewangan dan agensi LAKSANA telah diminta

untuk memastikan bantuan dan inisiatif ini disalurkan kepada

rakyat tepat pada masanya.

Insya-Allah, Malaysia boleh melakar masa depan yang lebih

baik dari semalam. Kerajaan yakin dan percaya kepada

kekuatan semangat rakyat Malaysia. Mudah-mudahan pakej

KITA PRIHATIN ini akan dapat memberikan manfaat yang

besar kepada semua rakyat Malaysia.

Seikat lebih teguh dari sebatang, segemal lebih hasil dari setangkai

Page 4: 2/2020 • Jun - Julai 2020...Kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas dengan peruntukan sebanyak RM 2.4 bilion. Kerajaan juga

4 • Buletin Perdana 3/2020 • Ogos - Okt 2020

ADA 23 SEPTEMBER 2020, Kerajaan telah memperkenalkan Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau secara ringkasnya KITA PRIHATIN dalam usaha untuk:

• Mengurangkan beban rakyat;• Mengekalkan pekerjaan; dan• Membantu perniagaan terutamanya PKS. Dengan peruntukan berjumlah RM10 bilion, ia merangkumi 3 program utama iaitu Geran Khas Prihatin (GKP), Program Subsidi Upah 2.0, dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0.

Permohonan GKP telah bermula pada 1 Oktober hingga 31 Oktober 2020. Ia dibuka kepada peniaga mikro

yang berdaftar atau memegang lesen berniaga dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Pihak Berkuasa Tempatan sehingga 31 Ogos 2020. Bayaran disasarkan akan dibuat mulai 25 November 2020 dan dijangka dapat memanfaatkan lebih daripada 200,000 peniaga mikro dengan melibatkan peruntukan sebanyak hampir RM 600 juta.

Program Subsidi Upah 2.0 pula bertujuan untuk membantu syarikat yang masih terjejas. Permohonan telah dibuka dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020. Ciri-ciri utama program ini ialah diberi kepada syarikat yang sejak PKPP masih menghadapi pengurangan hasil sekurang-kurangnya 30 peratus berbanding tahun lepas; dan subsidi diberi sehingga 3 bulan pada kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksimum 200 pekerja.

Program ketiga ialah BPN 2.0 yang akan disalurkan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini tanpa permohonan baharu. Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, Kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu. BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021. Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300.

KITA PRIHATIN

Infografik: Kementerian Kewangan Malaysia

P

MENGURANGKAN BEBAN RAKYAT,

MENGEKALKAN PEKERJAAN, DAN

MEMBANTU PERNIAGAAN PKS

Page 5: 2/2020 • Jun - Julai 2020...Kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas dengan peruntukan sebanyak RM 2.4 bilion. Kerajaan juga

Buletin Perdana 3/2020 • Ogos - Okt 2020 • 5

TINJAUAN PRIHATIN

ADA 25 OGOS 2020, YAB Perdana Menteri telah berkesempatan melawat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang di Setapak, Kuala Lumpur, bagi meninjau dan melihat sendiri kehidupan penduduk di situ. Mereka merupakan

kelompok yang terkesan dan terpaksa bergelut dengan kesusahan untuk meneruskan kehidupan di bandar.

Dalam lawatan tersebut YAB Perdana Menteri sempat menziarah penghuni tiga unit PPR di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu dua orang warga emas berusia 78 tahun, Puan Chan Kam dan Puan Danalachimi a/p Baboo Naidu serta pasangan suami isteri OKU, Encik Rosali bin Md Nasid dan Puan Artinie binti Besah.

Lawatan ini banyak memberi maklumat kepada YAB Perdana Menteri mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar. Kebanyakan mereka membuat bisnes kecil-kecilan, bekerja sebagai pemandu teksi dan lori serta ramai juga yang membuat kerja sendiri untuk meneruskan kehidupan mereka.

YAB Perdana Menteri berikrar akan berusaha untuk memastikan mereka ini tidak dipinggirkan malah perlu lagi dibantu. Kerajaan akan sentiasa meletakkan agenda membantu rakyat sebagai keutamaan dan akan terus mencari pelbagai kaedah bagi membantu meningkatkan taraf hidup golongan ini. YAB Perdana Menteri menyeru agar semua rakyat Malaysia bersama-sama berusaha untuk membina Malaysia yang lebih baik.

P

LENSA PRIHATIN RAKYAT

Perdana Menteri telah turun padang menziarahi penghuni rumah PPR, Danalachimi Baboo Naidu.

Perdana Menteri turun padang menziarahi pasangan suami isteri Orang Kelainan Upaya (OKU) ,Rosali Md Nasid dan Artinie Besah dan memberikan sumbangan

Perdana Menteri turun padang menziarahi penghuni rumah PPR warga emas, Chan Kam, 78.

AGENDA MEMBANTU RAKYAT AKAN TERUS MENJADI KEUTAMAAN

Page 6: 2/2020 • Jun - Julai 2020...Kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas dengan peruntukan sebanyak RM 2.4 bilion. Kerajaan juga

6 • Buletin Perdana 3/2020 • Ogos - Okt 2020

ZIARAH USAHAWANADA 14 SEPTEMBER 2020, YAB Perdana Menteri berkesempatan meninjau sekitar bazar rakyat, Pahlawan Walk Market, di

tengah-tengah bandar Melaka selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi.

Kepelbagaian barangan yang dijual di bazar ini pastinya menjadi daya tarikan bukan sahaja penduduk tempatan malah kepada pelancong yang datang ke negeri Hang Tuah ini.

Bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Bin Md Ali, YAB Perdana Menteri juga berkesempatan menjamah selera di Medan Selera Asam

Pedas Jr yang terletak di kawasan bazar tersebut. Beliau begitu kagum dengan semangat tinggi yang ditunjukkan oleh pemilik Medan Selera Asam Pedas Jr, Encik Khairul Md Nor, 35 tahun, dalam menguruskan kedai makanan beliau sejak 15 tahun lalu.

Encik Khairul yang terlibat dalam kemalangan pada tahun 2008 sehingga terpaksa bertongkat dan bergelar OKU tetap cekal menguruskan kedai makannya. Bermula dengan hanya sebuah kios kecil, beliau kini memiliki restoran, ladang ternak lembu di Jasin dan Alai, kedua duanya di Melaka, sebuah agensi pengurusan umrah dan kilang memproses hasil ikan untuk dibuat pes asam pedas dan sebuah kedai gambar.

Ini menunjukkan jika kita rajin berusaha dan tabah menghadapi rintangan, insya-Allah kita akan berjaya. Syabas Encik Khairul! Syabas juga kepada peniaga lain di luar sana yang tabah mengharungi dugaan. Saya berdoa agar sektor pelancongan di Melaka dan seluruh negara akan pulih pasca Covid-19 ini.

TINJAUAN PENIAGA DI SEKITAR BANDARAYA MELAKA

P

LENSA PR IHAT IN PERN IAGA AN

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri .

YAB Perdana Menteri bersama pemilik restoran Medan Selera Asam Pedas Jr, Encik Khairul Md Nor di Bandar Melaka

Page 7: 2/2020 • Jun - Julai 2020...Kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas dengan peruntukan sebanyak RM 2.4 bilion. Kerajaan juga

Buletin Perdana 3/2020 • Ogos - Okt 2020 • 7

Dalam lawatan yang lain pada 15 September 2020, YAB Perdana Menteri turut berpeluang mengunjungi gerai tiga usahawan kecil di Pulau Pangkor yang menjual produk pelancongan di bawah inisiatif Jom Niaga@NCER dan EntreprenuerNCER. Program ini diperkenalkan oleh NCIA bagi membantu para pengusaha perusahaan mikro di pulau ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

YAB Perdana Menteri berasa tertarik dengan bakat seni kraf Encik Mohd. Arshad Yusop, yang menjual cenderamata seperti topi, topi keledar, sarung pisau, sarung pedang dan lampu hiasan diperbuat daripada ikan buntal. Arshad yang berusia 44 tahun membuka gerai Alang & Angry Fish di Kota Belanda, Kampung Teluk Gedung sejak lapan tahun lalu.

YAB Perdana Menteri juga kagum dengan kegigihan keluarga Encik Ismail Arshad, 62 tahun yang menjalankan perusahaan minyak dan air gamat sejak 20 tahun lalu di kampung sama.

Ahli keluarganya mencari sendiri gamat hidup di perairan Pulau Pangkor untuk dijadikan bahan bagi menghasilkan dua produk tersebut.

Seorang lagi usahawan yang menarik perhatian YAB Perdana Menteri ialah Encik Rasdi Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Pak Su. Beliau merupakan pemilik Sate Ikan Pak Su Enterprise di Jeti Sungai Pinang Kecil yang menjual produk makanan berasaskan hasil laut. Pak Su merupakan satu-satunya usahawan Bumiputera di Pulau Pangkor yang berjaya menghasilkan produk sate ikan menggunakan teknologi ‘solar thermal’. Teknologi itu disediakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi menjamin kebersihan dan mematuhi kriteria bagi pensijilan halal.

“ Pihak Kerajaan akan terus berusaha dan meneruskan inisiatif

pelancongan untuk memulihkan dan seterusnya merancakkan

kembali ekonomi negara. ”

YAB PM melihat sendiri hasil produk perusahaan minyak dan air gamat di Pulau Pangkor

YAB PM bersama Encik Mohd Arshad Yusop, yang menjual cenderamata diperbuat daripada ikan buntal

YAB PM melawat Kilang Hasil Laut Pak Su di Kampung Sungai Pinang Kecil, Pulau Pangkor

TINJAUAN PKS DI PULAU PANGKOR

Page 8: 2/2020 • Jun - Julai 2020...Kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas dengan peruntukan sebanyak RM 2.4 bilion. Kerajaan juga

8 • Buletin Perdana 3/2020 • Ogos - Okt 2020

ADA 19 OGOS 2020, YAB Perdana Menteri telah melancarkan National Technology and Innovation Sandbox atau NTIS, salah satu inisiatif bagi menyokong dan mempercepatkan usaha Kerajaan

membangunkan serta mengkomersialkan teknologi oleh peniaga dan usahawan tempatan.

YAB Perdana Menteri mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kerana pantas merealisasikan hasrat Kerajaan dengan pelancaran NTIS selepas pengumuman penubuhannya pada Jun lepas di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

NTIS adalah salah satu cara untuk mempercepatkan peluang pertumbuhan ekonomi melalui penggunaan teknologi disruptif seperti kecerdasan buatan (AI), robotik, teknologi dron, teknologi sensor dan infrastruktur 5G.

PELANCARAN NATIONAL TECHNOLOGY AND INNOVATION SANDBOX ATAU NTIS, INISIATIF DI BAWAH PELAN PENJANA SEMULA EKONOMI NEGARA (PENJANA)

YAB Perdana Menteri amat tertarik dengan beberapa projek rintis di bawah NTIS yang ditonjolkan pada majlis tersebut antaranya FARMO Robot atau Farm Assist Robot for Multi Operation yang digunakan dalam sektor pertanian, robot rehabilitasi untuk hospital dan robot linear untuk aplikasi industri.

Selain mengurangkan penggunaan bahan semburan yang akan memberikan penjimatan berganda dari segi kos dan guna tenaga, inovasi robot FARMO juga dapat mengelakkan pengguna daripada terdedah dengan bahaya persekitaran sewaktu melakukan aktiviti semburan racun kimia atau organik untuk tanaman.

Ketika negara berusaha menangani kesan daripada wabak COVID-19, YAB Perdana Menteri melihat NTIS mempunyai peranannya tersendiri dalam merangka semula pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui inovasi dan teknologi canggih.

NTIS

P

LENSA PRIHATIN PEKERJAAN

YAB Perdana Menteri bersama YB Khairy Jamaluddin Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi melihat teknologi yang diperkenalkan dalam inisiatif NTIS yang telah dilancarkan pada Jun 2020.

Untuk terus memajukan negara dan menjana kemakmuran rakyat, kita harus berani menghadapi risiko dan pantas menyesuaikan diri dengan teknologi dan inovasi terkini agar dapat mengatasi permasalahan nasional seperti kebergantungan terhadap buruh asing, risiko jaminan makanan, penjagaan kesihatan serta ketidaksamaan capaian internet dan liputan infrastruktur digital.

YAB Perdana Menteri

Page 9: 2/2020 • Jun - Julai 2020...Kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas dengan peruntukan sebanyak RM 2.4 bilion. Kerajaan juga

Buletin Perdana 3/2020 • Ogos - Okt 2020 • 9

Inisiatif Sukuk ini membuka peluang langganan kepada orang awam dan pihak korporat. Usaha ini merupakan suatu bentuk penyatuan sumber yang mencerminkan solidariti Rakyat Malaysia dalam membina semula ekonomi Negara, No One Will Be Left Behind Ucapan YAB PM di Majlis Pelancaran SUKUK Prihatian

ADA 18 OGOS 2020, YAB Perdana Menteri telah melancarkan SUKUK PRIHATIN dengan disaksikan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Penerbitan Sukuk Prihatin RM500 juta ini merupakan sukuk

digital pertama Malaysia dan patuh syariah. Ia boleh dilanggan dengan pelaburan minimum RM500 serta tiada had maksimum langganan ditetapkan.

Ia merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang dilancarkan pada 5 Jun lalu. Langganan daripada terbitan Sukuk Prihatin ini akan disalurkan ke dalam Kumpulan Wang Covid-19, dan hasil langganan akan membiayai program-program pelan Pemulihan bagi manfaat pihak yang terkesan oleh Covid-19.

Program-program yang akan dibiayai oleh Sukuk PRIHATIN adalah bagi manfaat pihak yang terkesan oleh COVID-19. Ini termasuklah: • Pertama, menambah baik

connectivity di sekolah-sekolah di kawasan pedalaman, agar anak-anak kita yang terkesan boleh meneruskan pembelajaran secara digital;

• Kedua, memberi sokongan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana ataupun PKS mikro yang terjejas terutamanya usahawan wanita, dan

• Ketiga, Kerajaan juga akan memperuntukkan sebahagian daripada dana Sukuk Prihatin untuk perbelanjaan kesihatan, termasuk penyelidikan penyakit berjangkit atau infectious diseases. Ini akan memanfaatkan usaha Kementerian Kesihatan dan institusi penyelidikan awam serta institut pengajian tinggi dalam kajian terhadap sesuatu penyakit atau wabak berjangkit

SUKUK PRIHATINHASIL SEMANGAT RAKYAT MAHU BANTU PULIHKAN EKONOMI NEGARA

YAB Perdana Menteri telah melancarkan SUKUK PRIHATIN dengan disaksikan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

P

Page 10: 2/2020 • Jun - Julai 2020...Kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas dengan peruntukan sebanyak RM 2.4 bilion. Kerajaan juga

10 • Buletin Perdana 3/2020 • Ogos - Okt 2020

WKB 2030ADA 29 OKTOBER 2020, YAB Perdana Menteri telah hadir ke Sesi Balai Rakyat atau Town Hall ‘Makmur Bersama’ anjuran Institut Masa Depan Malaysia (MASA) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

YAB Perdana Menteri telah terlibat dari awal untuk membangunkan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030. Wawasan ini menjadi teras utama dasar-dasar kerajaan yang bertujuan merapatkan jurang ekonomi dalam masyarakat.

WKB 2030 juga bermatlamat mewujudkan sebuah negara yang maju dan bersatu-padu dengan segala hasil kemakmurannya dikongsi secara adil oleh segenap lapisan masyarakat.

Sesi Town Hall ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan untuk memperjelaskan hasrat WKB 2030 sebagai aspirasi utama kerajaan.

Pada sesi tersebut, YAB Perdana Menteri berkesempatan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh peserta. Antara isu yang dibangkitkan ialah tentang politik ras, kelestarian pembangunan Kuala Lumpur, pemerkasaan wanita terutama di bandar, jurang digital dialami golongan B40, soal perpaduan serta pelaksanaan WKB 2030 di Sabah dan Sarawak.

YAB Perdana Menteri menyatakan bahawa WKB 2030 adalah kesinambungan usaha untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan merapatkan jurang dalam masyarakat dengan mengambil kira realiti serta cabaran

KEMAKMURAN

WAWASAN

Sesi Balai Rakyat atau Town Hall ’Makmur Bersama’ YAB Perdana Menteri

BERSAMA

2030

P

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) bercakap pada sesi Balai Rakyat MakmurBersama@Kuala Lumpur anjuran Institusi Masa Depan Malaysia (Institut Masa), yang dikendalikan oleh moderator Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar (kanan) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Page 11: 2/2020 • Jun - Julai 2020...Kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas dengan peruntukan sebanyak RM 2.4 bilion. Kerajaan juga

Buletin Perdana 3/2020 • Ogos - Okt 2020 • 11

WKB 2030 adalah satu model yang dibangunkan dengan citra Malaysia.

baharu yang dihadapi oleh negara termasuk COVID-19.

Pelaksanaannya dalam tempoh 10 tahun akan datang bakal diterjemahkan melalui program, inisiatif dan projek pembangunan dalam RMK-12 dan RMK-13 di semua peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi.

WKB 2030 berhasrat mencapai makna kesejahteraan dan kemakmuran yang sebenar. Kemakmuran tidak bermakna apabila hanya dikecapi oleh sebahagian rakyat manakala sebahagian lagi ketinggalan di belakang.

Kita rakyat Malaysia semuanya adalah pemacu WKB 2030. Hanya dengan melakukannya bersama kita akan dapat membina kemakmuran dan kesejahteraan bersama bagi seluruh rakyat Malaysia.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) bergambar bersama selepas Majlis Sesi Balai Rakyat Makmur Bersama Kuala Lumpur 2030 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Page 12: 2/2020 • Jun - Julai 2020...Kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas dengan peruntukan sebanyak RM 2.4 bilion. Kerajaan juga

12 • Buletin Perdana 3/2020 • Ogos - Okt 2020

ADA 19 OKTOBER 2020, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi khusus membincangkan mengenai kesan pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negeri Johor telah diadakan secara sidang video.

Antara yang dibincangkan adalah cadangan penubuhan pasukan petugas khas bagi mengumpul data dan statistik rakyat Johor yang bekerja di Singapura, keperluan membuka semula sempadan Johor dan Singapura, dan permohonan pembiayaan oleh Kerajaan Negeri Johor bagi menghidupkan semula

ECONOMIC ACTION COUNCIL

MAJLIS TINDAKAN EKONOMI

P

industri pelancongan susulan penularan wabak COVID-19 yang memberi kesan besar kepada sektor tersebut.

Terdahulu, pada 14 September 2020, YAB Perdana Menteri telah mempengerusikan Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) di sebuah hotel di Bandar Hilir. Satu kertas bertajuk ‘Balancing Lives and Livelihoods – The Economic Impact of Business Travel Restrictions’ telah dibentangkan. Impak larangan merentas sempadan antarabangsa kepada ekonomi negara dan rakyat, serta strategi dan langkah yang perlu diambil telah dibincangkan bagi menangani penularan pandemik COVID-19.

Sejak ditubuhkan, MTE telah membincangkan 44 kertas dan membuat 97 keputusan setelah melihat secara terperinci pelbagai isu ekonomi yang dihadapi oleh pelbagai sektor terutamanya berkaitan COVID-19, serta merangka langkah intervensi dan penyelesaian terhadapnya.

Pembentukan Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Mac 2020 dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri sendiri. Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (UPE), JPM adalah sekretariat bersama bagi majlis ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di sebuah hotel di Bandar Hilir, Melaka.

Page 13: 2/2020 • Jun - Julai 2020...Kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas dengan peruntukan sebanyak RM 2.4 bilion. Kerajaan juga

Buletin Perdana 3/2020 • Ogos - Okt 2020 • 13

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang diadakan secara sidang video khusus untuk membincangkan mengenai kesan pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negeri Johor.

1. Mengenal pasti isu-isu semasa ekonomi dan memperakukan tindakan bagi memastikan ekonomi kekal mampan serta mengurangkan impak ketidaktentuan ekonomi global;

2. Mengenal pasti isu dan masalah yang mengekang pertumbuhan ekonomi serta langkah-langkah penyelesaian untuk merancak dan merangsang pertumbuhan ekonomi;

3. Merangka pelan tindakan jangka pendek dan sederhana untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, meningkatkan pelaburan asing dan tempatan serta memasti pembangunan sosioekonomi demi kesejahteraan rakyat; dan

4. Memastikan keputusan-keputusan EAC dilaksanakan dengan segera

FUNGSI-FUNGSI UTAMA MAJLIS TINDAKAN EKONOMI (EAC)

Page 14: 2/2020 • Jun - Julai 2020...Kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas dengan peruntukan sebanyak RM 2.4 bilion. Kerajaan juga

14 • Buletin Perdana 3/2020 • Ogos - Okt 2020

AGENDA PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA

KONGRES EKONOMI

BUMIPUTERA

ADA 1 OKTOBER 2020, YAB Perdana Menteri telah menutup Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) I 1965-2020 di Wisma Bina Daulah MPM. Syabas diucapkan kepada MPM kerana memainkan peranan penting untuk melibatkan

pemegang-pemegang-taruh termasuk komuniti Orang Asli, pemimpin pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT), komuniti ekonomi Bumiputera di Sabah dan Sarawak dan beberapa NGO lain walaupun dalam keadaan suasana yang terbatas.

YAB PM telah menerima resolusi dan pelan tindakan KEB I 1965-2020 hasil daripada 9 kumpulan Bengkel Teras yang telah dijalankan sepanjang bulan Ogos dan September lepas. Setiap satu membincangkan secara terperinci pembaharuan resolusi asal KEB I 1965. Kerajaan akan meneliti dokumen-dokumen tersebut untuk tindakan susulan dan YAB PM juga telah bersetuju dengan satu perkara dalam resolusi tersebut iaitu meletakkan hal ehwal Bumiputera di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ini berupaya membantu usaha Kerajaan dalam menyediakan Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) dan Dasar Kemakmuran Bumiputera.

Meskipun pelbagai kejayaan telah dicapai oleh kaum Bumiputera di Malaysia, masih banyak hal yang perlu diperbaiki dan ditambah baik. Yang pasti, seluruh rakyat harus menerima hakikat bahawa:

• Kaum Bumiputera merupakan kaum yang paling miskin dengan insiden kemiskinan mutlak tertinggi iaitu 7.2% berbanding kaum Cina, 1.4% dan India, 4.8% pada tahun 2019.

• Selain itu, dari segi jurang pendapatan pada tahun 2019, jurang pendapatan purata antara Bumiputera dan Cina adalah sebanyak RM2,802, iaitu 4 kali lebih tinggi berbanding pada tahun 1989.

Dalam mendepani dekad kebangkitan semula bumiputera ini, konsep “paying it forward” ataupun membalas budi dengan menyumbang kepada orang lain perlu diterapkan untuk mewujudkan eko-sistem masyarakat bumiputera yang prihatin. Telah tiba masanya untuk penerima manfaat Dasar Ekonomi Baru yang terdahulu, membalas budi dengan memberi balik kepada generasi akan datang. Contohnya, bidang perniagaan merupakan peluang terbaik untuk generasi terdahulu membantu menyediakan batu asas kepada mereka yang memerlukan bantuan seperti modal mentor atau “mentor capital” serta modal rangkaian atau “network capital”.

Bagi meneruskan usaha memulihkan ekonomi negara, YAB PM menyeru kepada rakyat Malaysia untuk menyahut dan bersama-sama melaksanakan 7 Teras Strategik seperti yang terangkum dalam Wawasan Kemakmuran Bersama. Ia boleh dicapai dengan melaksanakan aspirasi dan model-model baharu di dalam WKB, serta menggunakan saluran termasuk melalui Majlis Kemakmuran Bumiputera yang telah YAB PM umumkan, untuk memastikan tahap ekonomi yang boleh dibanggakan dapat dicapai bersama-sama.

P

Perdana Menteri menerima Plak Kenyataan Resolusi Kongres dari wakil Skala Holdings Nassir Jabar (kiri) pada Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Bumiputra Pertama 1965-2020.

Page 15: 2/2020 • Jun - Julai 2020...Kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas dengan peruntukan sebanyak RM 2.4 bilion. Kerajaan juga

Buletin Perdana 3/2020 • Ogos - Okt 2020 • 15

PERASMIAN PERSIDANGANKEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN SYARIAH NUSANTARA 2020

ADA 29 OKTOBER 2020 YAB Perdana Menteri telah merasmikan Persidangan Kehakiman Dan Perundangan Syariah Nusantara 2020 di sebuah hotel di Sepang, Selangor.

Persidangan ini amat bermakna kerana melibatkan pembentang kertas kerja dari Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura dan Indonesia yang mengikutinya secara sidang video.

Persidangan tiga hari ini memberi peluang kepada pengamal undang-undang syariah di empat negara tersebut menimba lebih banyak ilmu pengetahuan

terutama dalam konteks amalan norma baharu dalam sistem kehakiman dan perundangan syariah.

Persidangan ini juga dapat merapatkan hubungan kerjasama dalam bidang kehakiman syariah antara negara serantau.

Bertemakan ‘Aplikasi Maqasid Al-Syar’iyyah: Ke Arah Pembudayaan Norma Baharu Dalam Sistem Kehakiman dan Perundangan Syariah’, YAB Perdana Menteri yakin cabaran semasa yang sedang dialami bukan sahaja oleh umat Islam di negara ini malah penduduk di seluruh dunia yang masih bergelut dengan cabaran COVID-19.

P

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (duduk, tengah) bergambar kenangan bersama sebahagian Hakim Mahkamah Syariah pada Majlis Perasmian Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara 2020.

Perdana Menteri menerima cenderahati daripada Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (kanan). Turut kelihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (kiri).

Page 16: 2/2020 • Jun - Julai 2020...Kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas dengan peruntukan sebanyak RM 2.4 bilion. Kerajaan juga

16 • Buletin Perdana 3/2020 • Ogos - Okt 2020

SISIPANHARI MERDEKA

28 JULAI 2020 – Perasmian Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang telah diadakan di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Pada tahun 2020 ini, Malaysia Prihatin diangkat sebagai tema sambutan bagi menggambarkan kesepakatan segenap lapisan rakyat memerangi pandemik COVID-19.

Pada masa yang sama, tema ini juga menonjolkan keprihatinan kerajaan dalam usaha membantu rakyat ketika waktu sukar dan mencabar ini. YAB PM mengingatkan bahawa Jalur Gemilang adalah simbol kedaulatan dan kemerdekaan negara dan biarlah amalan ini terus menjadi budaya yang subur dalam kehidupan seharian rakyat.

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

31 OGOS 2020 – Sambutan Hari Kebangsaan ke-63 telah diadakan di Dataran Pahlawan, Putrajaya. Ketika ini, negara masih berada dalam fasa pemulihan ekonomi pasca COVID-19. Walaubagaimanapun, sektor-sektor ekonomi yang terjejas akibat COVID-19 sudah kembali rancak dan insya-Allah, sekiranya keadaan ini berterusan, ekonomi negara dapat pulih dengan lebih cepat.

Rakyat perlu sama-sama berjuang memerdekakan diri dan negara kita daripada COVID-19 pula dengan mematuhi segala arahan dan garis panduan pihak berkuasa. Sebagai warga merdeka, terus hidupkan semangat patriotisme yang padu untuk negara tercinta ini.

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-63

&

Page 17: 2/2020 • Jun - Julai 2020...Kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas dengan peruntukan sebanyak RM 2.4 bilion. Kerajaan juga

Buletin Perdana 3/2020 • Ogos - Okt 2020 • 17

HARI MALAYSIA2020 & 16 SEPTEMBER 2020 - Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2020 telah diadakan di Stadium Tertutup Sibu, iaitu satu daripada tiga daerah terbesar di Sarawak yang dihuni oleh penduduk dari pelbagai etnik, agama dan latar belakang sosial.

YAB PM menekankan tentang betapa penting dan signifikannya sambutan Hari Malaysia bukan sahaja kepada rakyat di Sarawak tetapi juga seluruh Malaysia kerana pada tarikh 16 September, iaitu 57 tahun yang lalu, kerajaan di bawah pimpinan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan pembentukan Persekutuan Malaysia.

Sambutan yang diadakan pada setiap tahun ini adalah bagi mengingatkan seluruh rakyat bahawa pembentukan Malaysia tidak datang dengan mudah, sebaliknya menuntut perjuangan rakyat dan pemimpin terdahulu yang mahu melihat lahirnya negara Malaysia yang merdeka dan bersatu-padu. Pada majlis tersebut, YAB PM mengumumkan penubuhan Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 yang berperanan membincangkan isu-isu yang berkait dengan hak-hak negeri Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, antaranya berkenaan kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai Rakan Sekutu, hak negeri di bawah Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan

SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN

Saya berdoa agar semangat perpaduan seluruh rakyat dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak terus membugar. Jadikanlah tarikh

16 September sebagai titik pembaharuan semangat perpaduan ke arah membentuk sebuah negara yang bersatu, makmur dan bermaruah

sejajar matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030............

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin

Page 18: 2/2020 • Jun - Julai 2020...Kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas dengan peruntukan sebanyak RM 2.4 bilion. Kerajaan juga

18 • Buletin Perdana 3/2020 • Ogos - Okt 2020

4 SEPTEMBER 2020 - YAB Perdana Menteri telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Perancis ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Frédéric Laplanche, yang menamatkan perkhidmatannya hujung bulan. YAB PM menyatakan komitmen Malaysia untuk terus menjalin hubungan baik dengan Perancis, malah bersedia memperkukuhkan hubungan pada masa hadapan termasuk kesediaan Malaysia untuk meneroka peluang kerjasama yang baharu. YAB PM turut mengucapkan terima kasih kepada TYT Frédéric Laplanche atas khidmat dan sumbangan sepanjang khidmat beliau sebagai Duta Besar Perancis ke Malaysia

3 SEPTEMBER 2020 - YAB Perdana Menteri telah menerima kunjungan hormat Tuan Yang Terutama Vanu Gopala Menon, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia di pejabat di Bangunan Perdana Putra. YAB PM dan TYT Vanu Gopala Menon juga menyatakan komitmen untuk memastikan pergerakan orang ramai dan kawalan sempadan terus berjalan lancar tanpa mengabaikan aspek keselamatan kedua-dua negara. Langkah ini diyakini akan membantu Malaysia dan Singapura memulihkan ekonomi dan interaksi rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19 antara kedua-dua negara secara beransur-ansur.

KUNJUNGAN HORMAT PERPISAHAN TUAN YANG TERUTAMA (TYT) NARONG SASITORN, DUTA BESAR THAILAND KE MALAYSIA

KUNJUNGAN HORMAT PERPISAHAN TUAN YANG TERUTAMA (TYT) FRÉDÉRIC LAPLANCHE, DUTA BESAR PERANCIS KE MALAYSIA

9 SEPTEMBER 2020 - YAB Perdana Menteri telah menerima kunjungan hormat perpisahan Tuan Yang Terutama (TYT) Narong Sasitorn, Duta Besar Thailand ke Malaysia yang menamatkan perkhidmatannya hujung bulan. YAB PM menyatakan komitmen Malaysia untuk terus menjalin hubungan baik dengan Thailand terutama ketika kedua-dua negara sedang menangani kesan daripada penularan wabak tersebut dan mengucapkan terima kasih atas khidmat, sumbangan dan persahabatan sepanjang khidmat beliau sebagai Duta Besar Thailand ke Malaysia. YAB PM turut mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.

KUNJUNGAN HORMAT TUAN YANG TERUTAMA (TYT) VANU GOPALA MENON, PESURUHJAYA TINGGI SINGAPURA KE MALAYSIA

Page 19: 2/2020 • Jun - Julai 2020...Kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas dengan peruntukan sebanyak RM 2.4 bilion. Kerajaan juga

Buletin Perdana 3/2020 • Ogos - Okt 2020 • 19

KUNJUNGAN HORMAT

15 OGOS 2020 - YAB Perdana Menteri telah menerima kunjungan hormat Tuan Yang Terutama Mahmoud Hussein Saeed Qattan, Duta Besar Arab Saudi Ke Malaysia di pejabat di bangunan Perdana Putra. Topik perbincangan tertumpu kepada usaha meningkatkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara serta bagaimana meneroka peluang-peluang baharu dalam pelbagai bidang untuk kebaikan bersama. YAB PM turut mengucapkan penghargaan Kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap kerajaan Arab Saudi atas sumbangan peralatan perubatan kepada Malaysia bagi

menangani penularan COVID-19.

KUNJUNGAN HORMAT TUAN YANG TERUTAMA (TYT) MAHMOUD HUSSEIN

SAEED QATTAN, DUTA BESAR ARAB SAUDI KE MALAYSIA

11 OGOS 2020 - YAB Perdana Menteri telah menerima kunjungan hormat Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain di pejabat di bangunan Parlimen. Ini adalah kunjungan rasmi pertama sejak pelantikan beliau sebagai Panglima Tentera Darat ke-28, berkuat kuasa pada 11 Jun lalu. Beliau menggantikan Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi yang bakal bersara wajib pada bulan November.

KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA TENTERA DARAT (PTD), JENERAL DATUK

ZAMROSE BIN MOHD ZAIN

KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA, DATO’ PAHLAWAN

MAZLAN BIN MANSOR

11 OGOS 2020 - YAB Perdana Menteri telah menerima kunjungan hormat persaraan Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor yang telah menamatkan perkhidmatan beliau pada 14 Ogos 2020. Bagi pihak kerajaan, YAB Perdana Menteri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor atas jasa dan khidmat bakti yang diberikan sepanjang memimpin pasukan.

Page 20: 2/2020 • Jun - Julai 2020...Kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas dengan peruntukan sebanyak RM 2.4 bilion. Kerajaan juga

Pejabat Perdana Menteri,

Blok Utama,

Bangunan Perdana Putra,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62502 Putrajaya,

Malaysia

6 0 3 - 8 8 8 8 8 0 0 0 | w w w . p m o . g o v . m y | b p @ p m o . g o v . m y

BULETIN PERDANA