24 - universiti sains malaysiaeprints.usm.my/40090/1/...kasih_ramadhan_ceriakan... · libatsama...

6
4/17/2018 USM News Portal - PROGRAM TAUTAN KASIH RAMADHAN CERIAKAN PESAKIT DI HOSPITAL https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5023-program-tautan-kasih-ramadhan-ceriakan-pesakit-di-hospital 1/6 USM, PULAU PINANG, 23 Jun 2017 – Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan lagi program libatsama universiti-komuniti sebagai tanda prihatin terhadap masyarakat sekeliling dengan melawat pesakit-pesakit di Hospital Besar Pulau Pinang untuk menceriakan mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Program Tautan Kasih Ramadhan ini yang masuk tahun keenam penganjurannya, dianjurkan bersama oleh Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-ubatan (PPDU), Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM), Pusat Pengajian Seni (PPS), Dewan Budaya dan Pusat Seni Reka Kreatif (CDH). (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... PROGRAM TAUTAN KASIH RAMADHAN CERIAKAN PESAKIT DI HOSPITAL 24 JUN

Upload: others

Post on 25-Jun-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

4/17/2018 USM News Portal - PROGRAM TAUTAN KASIH RAMADHAN CERIAKAN PESAKIT DI HOSPITAL

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5023-program-tautan-kasih-ramadhan-ceriakan-pesakit-di-hospital 1/6

USM, PULAU PINANG, 23 Jun 2017 – Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan lagi programlibatsama universiti-komuniti sebagai tanda prihatin terhadap masyarakat sekeliling dengan melawatpesakit-pesakit di Hospital Besar Pulau Pinang untuk menceriakan mereka sempena sambutan HariRaya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Program Tautan Kasih Ramadhan ini yang masuk tahun keenam penganjurannya, dianjurkan bersamaoleh Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-ubatan (PPDU), Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat(BJIM), Pusat Pengajian Seni (PPS), Dewan Budaya dan Pusat Seni Reka Kreatif (CDH).

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

PROGRAM TAUTAN KASIH RAMADHAN CERIAKANPESAKIT DI HOSPITAL24

JUN

4/17/2018 USM News Portal - PROGRAM TAUTAN KASIH RAMADHAN CERIAKAN PESAKIT DI HOSPITAL

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5023-program-tautan-kasih-ramadhan-ceriakan-pesakit-di-hospital 2/6

Menurut penyelaras program dari PPDU, Dr. Darshan Singh Mahinder Singh, program ini bertujuanmeraikan aidilfitri bersama pesakit-pesakit terutamanya pesakit kanser kanak-kanak dan dewasa yangterpaksa berada di wad hospital semasa hari raya dan tidak dapat pulang ke kampung halaman untukmeraikan bersama keluarga.

“Selain itu, ia juga mengumpulkan staf-staf USM dari pelbagai latar belakang, etnik dan agama daribeberapa pusat tanggungjawab (PTJ) untuk bersama-sama melibatkan diri dalam program libatsamakomuniti seumpama ini yang mampu memberi impak besar kepada pesakit dan keluarga mereka.

4/17/2018 USM News Portal - PROGRAM TAUTAN KASIH RAMADHAN CERIAKAN PESAKIT DI HOSPITAL

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5023-program-tautan-kasih-ramadhan-ceriakan-pesakit-di-hospital 3/6

“Saya berharap program sebegini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang, sertamendapat penyertaan daripada lebih banyak PTJ,” katanya.

4/17/2018 USM News Portal - PROGRAM TAUTAN KASIH RAMADHAN CERIAKAN PESAKIT DI HOSPITAL

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5023-program-tautan-kasih-ramadhan-ceriakan-pesakit-di-hospital 4/6

Beliau juga berharap pihak universiti dapat mengenal pasti program pendidikan yang sesuai seperti‘sekolah di hospital’ bagi membantu pesakit kanak-kanak mahupun remaja yang tidak dapat hadir disekolah untuk mengikuti pelajaran seperti murid-murid biasa.

Semasa mengetuai rombongan USM melawat wad pediatrik, wad onkologi dan wad sakit puan, Dr.Darshan turut menyampaikan sumbangan duit raya sebanyak RM600 dan hadiah kepada pesakit disana.

4/17/2018 USM News Portal - PROGRAM TAUTAN KASIH RAMADHAN CERIAKAN PESAKIT DI HOSPITAL

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5023-program-tautan-kasih-ramadhan-ceriakan-pesakit-di-hospital 5/6

Pesakit dan juga kakitangan yang bertugas di wad turut dihiburkan dengan persembahan badut dannyanyian lagu Raya oleh staf Pusat Pengajian Seni dan Dewan Budaya di bawah pimpinan pensyarahPusat Pengajian Seni, Profesor Madya Dr. Razif Mohd.

4/17/2018 USM News Portal - PROGRAM TAUTAN KASIH RAMADHAN CERIAKAN PESAKIT DI HOSPITAL

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/5023-program-tautan-kasih-ramadhan-ceriakan-pesakit-di-hospital 6/6

“Kehadiran kami diharapkan sedikit sebanyak mampu meringankan kesakitan yang dialami olehpesakit-pesakit ini, dan kami semua begitu gembira melihat keceriaan yang terpancar di wajahmereka,” kata Dr. Darshan.

Teks: Nur Fariha Mohd Fariz & Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi (Pelajar internship MPRC)

Suntingan: Tan Ewe Hoe

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015