1mdb ????

Upload: syaz84

Post on 29-Feb-2016

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sajdsfbdoyehnsnsnsjs

TRANSCRIPT

1MDB (1Malaysia Development Berhad) sentiasa menjadi buah mulut ekoran laporan panas The Edge dan penjelasan Tun Dr Mahathir, Datuk Kadir Jasin, Rafizi Ramli, Tony Pua termasuk Datuk Ariff Sabri manakala yang terbaru Datuk Khairuddin Abu Hassan yang semalam membuat laporan polis terhadap CEO Arul Kanda Kandasamy yang didakwanya berbohong lapor Free Malaysia Today MRM

Foto Tun Dr Mahathir dengan caption oleh The Malaysian Insider:Sekumpulan pegawai tertinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimarahi Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu perjumpaan bersama bekas perdana menteri itu 4 Disember lalu, menurut bekas ketua pengarang kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A Kadir Jasin.

Ikuti penjelasan terbaru Datuk A Kadir Jasindi bawah:BERITA terbaru mengatakan bilion-wan (billionaire) nombor dua terkaya di Malaysia, T. Ananda Krishnan atau lebih terkenal dengan singkatan AK bersedia memberi pinjaman RM2 bilion untuk atasi masalah hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sesiapa saja yang kenal atau tahu modus operandi perniagaan AK akan bertanya: Apakah 1MDB yang ditubuhkan sebagai tabung berdaulat (sovereign fund) negara akhirnya menjadi hak milik AK?

Tidak banyak dilaporkan dan dibahaskan secara terperinci mengenai syarikat tabung berdaulat itu dalam media berbahasa Melayu berbanding media berbahasa Inggeris.

Tan Sri Ananda Krishan Foto TMMO

Jadi izinkan saya bercerita selengkap yang mungkin mengenainya agar orang Melayu khususnya dan pengguna bahasa Melayu amnya boleh memahami isu ini dengan lebih mendalam. Berikut adalah maklumat dan isu pokok mengenainya:-

1. 1MDB dilaporkan bertaraf tabung berdaulat Malaysia. Ertinya ia milik negara. Sebarang kecelakaan yang berlaku ke atasnya menjadi tanggungan negara dan rakyat jelata.

2. Asal 1MDB adalah Terengganu Investment Authority (TIA atau Lembaga Pelaburan Terengganu) yang bertujuan menjamin pembangunan ekonomi Terengganu secara jangka panjang dan lestari sambil memelihara kebajikan ekonomi rakyat Terengganu.

3. Ia ditubuhkan pada tahun 2008 ketika pentadbiran (Tun) Abdullah Ahmad Badawi dan pada waktu (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

4. Diberitakan TIA mempunyai dana (modal) permulaan RM500 juta, tetapi tidak jelas apa yang terjadi dengan wang itu. Ada yang mengatakan ia hangus.

5. TIA diubahkan menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada bulan Januari 2009. Pada 22 Julai tahun itu, Mohd Najib, sebagai Perdana Menteri, berkata keputusan menjadikan TIA badan kerajaan pusat bertujuan memperluaskan manfaatnya kepada seluruh rakyat Malaysia.

6. 1MDB bolehlah dianggap anak didik Mohd Najib. Beliau adalah Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang berupa badan pembuat dasar tertingginya.

7. Dalam temu ramah dengan TV3 pada 21 Januari lepas, Mohd Najib berkata kerajaan hanya memperuntukkan sebanyak RM1 juta sebagai modal kepada 1MDB.

8. Mohd Najib adalah ketua eksekutif de facto 1MDB dalam kapasiti beliau sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat.

9. Pada 30 September 2009, 1MDB dan rakan strategiknya, PetroSaudi International Limited mengumumkan penubuhan syarikat usaha sama AS$2.5 bilion yang bertujuan mempelopori pengaliran masuk pelaburan terus Arab ke Malaysia.

10. 1MDB berkembang pesat di Malaysia dan luar negara dengan membeli aset-aset prasarana seperti penjana elektrik, membeli konsesi perlombongan dan memajukan hartanah. Ia meminjam (berhutang) dengan banyak dengan menjual bon di dalam dan luar negara.

11. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 ia mempunyai harta bernilai RM51.4 bilion, hutang RM49.97 bilion dan menderita kerugian RM665.4 juta.

Jho Low anak tauke Cina Pulau Pinang berparti

12. Ia menjadi kontroversi apabila parti-parti pembangkang, media atas talian, media ekonomi dan penganalisis pasaran mula melaporkan kegiatan luar biasa yang melibatkan seorang misteri bernama Jho Lo (Jho Taek Lo), anak seorang tauke Cina Pulau Pinang. Jho Low dan beberapa orang rakan Arabnya dari PetroSaudi dikatakan menjadi otak (brain) di sebalik kegiatan luar biasa1MDB.

13. Mereka ini pula menjalani kehidupan mewah (high life) di pusat-pusat hiburan Amerika dengan melibatkan tetamu-tetamu bintang filem, termasuk pelakon filem lucah, dan mendakwa akrab dengan mogul filem Hollywood.

14. Dakwaan ini menjadi lebih berwibawa apabila salah seorang daripada mereka, Riza Abdul Aziz, berkongsi menerbitkan filem berjudul The Wolves of Wall Street pada tahun 2013 dengan belanja AS$100 juta (kira-kira RM330 juta). Riza adalah anak (Datin Seri) Rosmah Mansor dengan suami pertamanya.

(Dari kiri): Jho Low dan Riza Aziz di pelancaran Wolves of Wall Street

15. 1MDB sekali lagi menarik minat orang ramai apabila ia dilaporkan berbelanja mewah menaja kempen Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2013, khususnya di Pulau Pinang.

16. Enam hari sebelum pengundian PRU 2013 ia membeli 234 ekar tanah pegangan bebas dengan harga RM1.38 bilion di negeri itu. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dilaporkan berkata harga yang dibayar oleh 1MDB adalah 95% lebih tinggi daripada penilaian bagi tanah di sekitar kawasan itu pada tahun 2011. Tanah yang dibeli itu pula mempunyai ramai setinggan. Ini mencetuskan spekulasi yang Jho Low, sebagai anak tauke Pulau Pinang, berperanan dalam urus niaga itu.

17. Satu lagi berita sensasi ialah beberapa hari sebelum hari mengundi PRU 2013, 1MDB membawa keluar wang sebanyak RM7.18 bilion untuk dilaburkan dalam bentuk Segregated Portfolio di pusat kewangan luar pantai Cayman Islands.

18. Soal yang kerap ditanya ialah mengapa 1MDB tidak melabur wang itu di Labuan yang setaraf dengan Pulau Cayman. Pengurusan 1MDB dilaporkan berkata Labuan tidak mempunyai instrumen kewangan yang mereka idamkan. Kerajaan mendakwa pelaburan itu telah dilunaskan dan hasilnya dibawa pulang. Tetapi pada 10 Januari lalu, Presiden dan Pengarah Eksekutif baru 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, dilaporkan berkata 1MDB gagal memenuhi jadual membawa pulang kesemua wang tersebut.

19. Serentak itu, 1MDB juga gagal membayar balik hutang berjumlah RM5.5 bilion yang diperolehnya daripada konsortium bank tempatan yang dikenal pasti sebagai Maybank, AmBank dan RHB. [Rujukan kepada CIMB terpaksa dipadamkan kerana sebab-sebab tertentu. Sila ambil maklum.]

Baca lanjut di Datuk A Kadir Jasin - The ScribeBank Negara grills top executives as 1MDB fails to settle RM2 billion debt again TMIPlunked your butt down in a chair, rifled out some thoughts on your trusty keyboard Now you know dont say thank

User Online

Klik Icon Share MRM TQ Grazie Merci Syukran

Sila Komen - Sebarkan!

1MDB Datuk A Kadir Jasin Jho Low Politik Malaysia Tan Sri Ananda Krishnan

Ana Ghoib

Wayfarer & Wanderer | Trader Viator Avant Garder | Ana Ghoib - Al Hina

More articles by Ana Ghoib

Pos Berkaitan

1MDB Datuk A Kadir Jasin Jho Low Politik Malaysia Tan Sri Ananda Krishnan

Kira-kira Dr Mahathir: RM27 bilion wang 1MDB hilang?

Penjelasan Dr Mahathir bagaimana wang 1MDB hilang

Nasihat PM adalah arahan, kata Dr M

Najib mesti undur kerana kehilangan dana 1MDB, kata Dr Mahathir

Dr Mahathir soal mana lagi RM27 bilion 1MDB?

1MDB beri penyata palsu kepada Bank BSI Singapura, dakwa portal

Gossip Artis - Celebrity News Blogezine

Johan dapat ganti rugi RM160,000, isteri hilang RM20,000

Rozana Beri Keterangan Tanpa Pandang Awie

Zizan dan Nor Edura Diyana gadis sekampungnya bakal isterinya

Black Dedah Gambar Pelajar Universiti Hina Anaknya Beruk

Tuntutan RM1 Juta Awie Terhadap Isteri Ditolak Mahkamah

Johan dapat ganti rugi RM160,000, isteri hilang RM20,000

Rozana Beri Keterangan Tanpa Pandang Awie

Zizan dan Nor Edura Diyana gadis sekampungnya bakal isterinya

Black Dedah Gambar Pelajar Universiti Hina Anaknya Beruk

Tuntutan RM1 Juta Awie Terhadap Isteri Ditolak Mahkamah

Johan dapat ganti rugi RM160,000, isteri hilang RM20,000

Rozana Beri Keterangan Tanpa Pandang Awie

Zizan dan Nor Edura Diyana gadis sekampungnya bakal isterinya

Black Dedah Gambar Pelajar Universiti Hina Anaknya Beruk

Tuntutan RM1 Juta Awie Terhadap Isteri Ditolak Mahkamah

INCLUDEPICTURE "http://malaysianreview.com/102083/hutang-1mdb-satu-ancaman-sistemik-datuk-kadir-jasin/" \* MERGEFORMATINET

INCLUDEPICTURE "http://malaysianreview.com/102083/hutang-1mdb-satu-ancaman-sistemik-datuk-kadir-jasin/" \* MERGEFORMATINET Cari Berita & Info Apa Sahaja Di MRM

Top of Form

Bottom of Form

_1491338507.unknown