kertas kerja 1mdb

Upload: jay-hanafiah

Post on 10-Jul-2015

249 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

10 OKTOBER 2011

LEARN TO IMPROVE (L2i) ENGLISH OF PUPILS SK RKT LASAH

KERTAS KERJA CADANGAN UNTUK: 1 MALAYSIAN DEVELOPMENT BERHAD DAN YAYASAN FELDA

Place Photo Here, Otherwise Delete Box

PENGENALANBAHASA INGGERIS SEBAGAI PENANDA ARASSecara umumnya Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa kedua di Malaysia. Oleh yang demikian, matapelajaran tersebut telah diperkenalkan dalam sukatan matapelajaran sekolah seawal Tahun 1 lagi. Sewajarnya murid-murid yang menjadi calon UPSR di SK RKT Lasah yang bertempat di kejiranan Felda Lasah Sungai Siput (U), Perak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik memandangkan ianya telah diperkenalkan sejak diperingkat awal persekolahan. Namun demikian, berdasarkan keputusan peperiksaan awam UPSR sejak tiga tahun kebelakangan, (Rujuk carta di bawah), Bahasa Inggeris telah dikenalpasti sebagai subjek penanda aras untuk peratusan lulus keseluruhan SK RKT Lasah. Pada tahun 2008, peratusan lulus untuk matapelajaran Bahasa Inggeris ialah 48.9%. Secara tidak langsung menjadikan peratus lulus keseluruhan ialah 46.7%. Corak yang sama juga dapat dilihat pada tahun 2009 dan 2010. Peratusan lulus keseluruhan matapelajaran ialah mengikut peratusan lulus Bahasa Inggeris dengan sedikit perbezaan iaitu dalam bilangan satu atau dua calon sahaja. Ini secara tidak langsung menjadikan Bahasa Inggeris sebagai killer subject dalam peperiksaan UPSR di SK RKT Lasah.

Bahasa Inggeris merupakan satu mata pelajaran yang cukup popular dikalangan murid SK RKT Lasah. Bukan kerana diminati tetapi merupakan satu mata pelajaran yang cukup menakutkan murid dan merupakan killer subject samaada bagi mendapat 5A atau mendapat pangkat lulus dalam UPSR. Murid menjadi fobia kepada mata pelajaran ini adalah kerana pengetahuan mereka yang terhad di dalam Bahasa Inggeris.

PENGGUNAAN MINIMA BAHASA INGGERISPelbagai faktor telah dikenal pasti menyebabkan peratusan yang lemah ini dikalangan murid di tanah rancangan FELDA ini. Antara salah satu faktor yang dikenalpasti ialah kurangnya pengggunaan Bahasa Inggeris dikalangan murid samada secara formal atau tidak formal. Boleh dikatakan tidak ada murid yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi semasa berada di rumah atau luar kawasan sekolah. Hanya segelintir sahaja yang memilih bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris. Manakala ada juga minoriti dari murid-murid SK RKT Lasah yang memilih untuk mendengar dan menonton lagu atau rancangan televisyen dalam Bahasa Inggeris. Murid-murid hanya mengharapkan kelas Bahasa Inggeris semasa berada di sekolah sebagai satu pendedahan kepada bahasa tersebut. Ini ternyata amatlah tidak mencukupi bagi seseorang untuk menguasai 4 kemahiran berbahasa yang meliputi mendengar, bercakap, membaca dan seterusnya menulis. Pelbagai pendekatan juga telah diambil oleh pihak sekolah untuk mengatasi masalah tersebut. Diantara program yang dijalankan ialah mempelbagaikan pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Guru lebih menekankan kepada Communicative English semasa berada di dalam bilik darjah. Mewajibkan penggunaan Bahasa Inggeris untuk warga sekolah sehari seminggu iaitu dikenali sebagai English Wednesday dan juga mengadakan aktiviti bulan Bahasa Inggeris dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk murid-murid sertai. Pihak sekolah juga memikirkan langkah untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak 1MDB dan Yayasan FELDA bagi sama-sama membantu anak didik di SK RKT Lasah mempertingkatkan kecemerlangan mereka di dalam menguasai Bahasa Inggeris.

USAHASAMA YAYASAN FELDA & 1MDBYayasan Felda telah ditubuhkan bertujuan melaksana dan menggalakkan kerja-kerja amal dan kebajikan dalam bidang pembelajaran, sosial dan ekonomi untuk dimanfaatkan bersama oleh warganegara Malaysia. Melaksana dan menggalakkan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan dalam bidang pendidikan, kesihatan, kebajikan, ekonomi dan kebudayaan untuk dimanfaatkan bersama oleh warganegara Malaysia selaras dengan keperihatinan Kumpulan Felda kepada tanggungjawab sosialnya. Memandangkan satu fokus utamanya ialah bidang pendidikan, ia adalah pertubuhan yang paling tepat untuk sama-sama menjayakan program peningkatan Bahasa Inggeris untuk murid-murid SK RKT Lasah. Tambahan pula Yayasan FELDA mempunyai prasarana yang mencukupi dan tenaga pengajar yang berkelayakan untuk menyokong penuh program yang akan diadakan.

MATLAMATSejajar dengan misi kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti, pihak sekolah SK RKT Lasah mengambil inisiatif untuk melaksanakan programLearning to Improve (L2i) English of pupils SK RKT Lasah. Murid-murid di SK RKT Lasah perlu disogok dengan kesedaran pentingnya menguasai Bahasa Inggeris sebagai satu bahasa komunikasi. Program ini diharapkan dapat mengembangkan minat murid dalam mempelbagaikan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan mereka samada secara formal atau tidak formal. Seterusnya dapat menaikkan peratusan lulus dan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Program ini akan lebih bermakna sekiranya murid didedahkan dengan persekitaran yang baru dan tenaga pengajar yang lebih berpengalaman dengan menggunakan modul-modul pembelajaran yang lebih berkesan. Adalah diharapkan program dapat dilaksanakan secara berkala sepanjang tahun sehingga tibanya hari peperiksaan sebenar UPSR pada tahun 2012 nanti.

OBJEKTIF Photo Here, Placei.ii. iii. iv. v.

Meningkatkan peratusan lulus dalam peperiksaan dalaman dan peperiksaan awam (UPSR) murid-murid SK RKT Lasah. Mengaplikasikan segala ilmu murid-murid SK RKT Lasah dalam kelas bagi meningkatkan pemahaman dalam Bahasa Inggeris. Menanamkan keyakinan diri dan semangat ingin mencuba dalam diri murid-murid SK RKT Lasah. Menimbulkan kesedaran murid-murid tentang keperluan dalam menguasai Bahasa Inggeris di dalam dan luar bilik darjah. Membudayakan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian murid-murid SK RKT Lasah.

Otherwise Delete Box

KUMPULAN SASARAN60 orang murid tahun 4 dan 5 SK RKT Lasah

TARIKHa. 21 November 2011 25 November 2011 Isnin hingga Khamis b. Sepanjang tahun secara berkala (Februari, April, Jun, Ogos)

TEMPATa. Felda English Language Centre, Institut Teknologi Utama (ITU), Kelana Jaya, Selangor. b. Dewan sekolah SK RKT Lasah

ANJURANYayasan 1 Malaysian Development Berhad. Yayasan FELDA

TENAGA PENGAJARPensyarah dari Institut Teknologi Utama (ITU)

KEWANGANYayasan 1 Malaysian Development Berhad. Yayasan FELDA

AHLI JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA

PENUTUP :Adalah diharapkan pihak sekolah mendapat kerjasama yang jitu dari pihak penganjur. Semoga melalui program bersama ini dapat meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris dikalangan murid di SK RKT Lasah bukan sahaja dari segi peratusan lulus dalam peperiksaan malahan yang lebih penting, mempersiapkan jati diri dan keyakinan murid-murid untuk menghadapi era globalisasi.

Disediakan oleh .. (PN. JAMAYAH BT MD HANAFIAH) KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS SK RKT LASAH

Disahkan oleh (EN. ABDOL MUTALIB B YAHYA) GURU BESAR SK RKT LASAH

SK RKT Lasah, 31120 Sg. Siput (U), Perak | Phone: 05-5912669 | Fax: 05-5911086 [email protected] | www.skrktlpgsu.com