18. pembajaan getah matang.ppt

10
TEKNIK MEMBAJA TEKNIK MEMBAJA GETAH DEWASA / GETAH DEWASA / MATANG MATANG (PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH

Upload: crystal-holland

Post on 14-Sep-2015

297 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

  • TEKNIK MEMBAJA GETAH DEWASA / MATANG

    (PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH)KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH

  • PENGENALANPembajaan penting untuk kesihatan pokok kerana pokok yang kurang zat mudah diserang penyakit.Pembajaan boleh merangsang pemulihan kulit baru setelah ditoreh.Meningkatkan hasil lateks dan kayu getah.Dapat mengelak dan memulihkan pokok getah daripada serangan penyakit akar daun.Pokok mesti dibaja pada masa yang sesuai dan pada kadar yang mencukupi.Keperluan pembajaan sesuatu kawasan ditentukan berdasarkan status nutrien pada sampel tanah dan daun yang diambil.

  • KEBERKESANAN BAJABergantung Kepada :

    Penyerapan Baja Oleh Pokok

    Penjimatan Tenaga Dan Kos

    Jenis Baja

    Kadar Baja

    Masa Membaja

    Kekerapan Membaja

  • CARA MENGIRA KEPERLUAN BAJAContoh : Berapa banyak baja UREA, TSP dan MOP untuk membaja sehektar kebun getah dengan kombinasi N : 60 kg, P : 30 kg dan K : 30 kg. Urea : 100 x 60

    46TSP : 100 x 30

    46MOP : 100 x 30

    60= 130 kg= 65 kg= 65 kg

  • PEMBAJAAN POKOK GETAH MATANGPokok mesti dibaja pada masa yang sesuai dan pada kadar yang mencukupi berpandukan kepada pengesyoran pembajaan.

    Keperluan pembajaan sesuatu kawasan ditentukan berdasarkan status nutrien pada sampel tanah dan daun yang diambil.

    Masa pembajaan yang sesuai penting memandangkan ini akan membantu pengambilan nutrien oleh pokok.

    Baja perlu untuk mendapatkan pokok getah yang subur dan berkeupayaan mengeluarkan hasil torehan yang tinggi.

  • CARA CARA MEMBAJA Bagi pokok matang dewasa, baja hendaklah ditabur di atas lorong tanaman yang bersih dari rumpai sejarak 300 hingga 350sm dari pangkal pokok sebelah menyebelah.

    Oleh kerana pangkal pokok tidak banyak akar rambut, eloklah kawasan kira-kira 60sm keliling dari pangkal pokok tidak dibaja.

    Baja boleh juga ditabur keseluruhan kawasan kecuali kawasan 60sm dari pangkal pokok andainya kawasan bersih dari rumpai.

    Bukan satu kaedah yang baik melonggokkan baja secara memanjang di antara barisan pokok. Cara ini tidak membolehkan semua akar rambut mendapatkan baja.

  • CARA-CARA MEMBAJA : GAMBARAJAHKawasan ditabur bajaKawasan 60 cm keliling pokoktidak dibajaLorong tanaman300 350 cm

  • MASA SESUAI MEMBAJA GETAH MATANGPembajaan bagi getah matang sesuai dilakukan sebaik sahaja daun mula terbentuk dalam musim daun luruh.

    Kadar pengambilan nutrien paling aktif ialah di antara waktu pendaunan semula sehingga 5 bulan berikutnya.

    Baja tambahan tidak diperlukan sekiranya ranggasan atau pendaunan kali kedua berlaku

    Pada dasarnya, pembajaan pokok dewasa dibaja setahun sekali sehingga dua ke tiga tahun sebelum pokoknya ditanam semula.

  • KAWASAN YANG PERLU DIBAJAApabila pokok meningkat umur 4 tahun, akar-akar akan meluas ke pertengahan antara barisan.

    Apabila pokok berumur 18 bulan, baja ditabur di jalur yang bersih di antara barisan pokok dan elakkan menabur di pangkal pokok.

  • KESIMPULANPemilihan jenis baja serta kadar penggunaanya hendaklah sesuai dengan keadaan tanah dan peringkat tanah dan peringkat umur pokok supaya mendapatkan kesan yang baik terhadap pertumbuhan pokok.

    Baja adalah satu input penting dalam kesuburan kebun.