15 tips kemanusiaan - membawa tunai di lapangan

16
15 TIPS HUMANITARIAN MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif MRA Membawa Tunai di Lapangan Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada yang lain

Upload: shahrul-peshawar

Post on 16-Jul-2015

78 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 15 Tips Kemanusiaan - Membawa Tunai di Lapangan

15 T

IPS H

UM

AN

ITA

RIA

N

MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif MRA

Membawa Tunai di Lapangan

Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada yang lain

Page 2: 15 Tips Kemanusiaan - Membawa Tunai di Lapangan

1 Bersedia dengan segala risiko dan kemungkinan

Di ground zero kawasan bencana dan konflik tidak ada Mesin ATM atau Bank yang beroperasi. Bersedia untuk membawa tunai yang banyak, dalam matawang tempatan ataupun dollar.

Page 3: 15 Tips Kemanusiaan - Membawa Tunai di Lapangan

2 Sediakan beg atau sesuatu yang sesuai untuk membawa duit

Tukaran dari Dollar ke matawang tempatan mungkin memerlukan anda menggunakan 3 atau 4 beg plastik hitam sampah, dan ini sangat menjolok mata. Mengundang pencuri untuk mengekori kita.

Page 4: 15 Tips Kemanusiaan - Membawa Tunai di Lapangan

3 Bawa pecahan denominasi yang kecil

Anda kadangkala akan berada jauh di pendalaman atau kawasan kemusnahan total atau kawasan yang terpencil, tiada fasiliti untuk tukaran wang, maka anda perlu membawa duit dan pecahan yang dirasakan mencukupi.

Page 5: 15 Tips Kemanusiaan - Membawa Tunai di Lapangan

4 Tidak perlu maklumkan pada staf tempatan jumlah dana yang anda bawa Tidak perlu maklumkan pada staf tempatan seperti penterjemah, pemandu, pengawal dan lain-lain, jumlah dana yang anda bawa samada dalam dollar, ringgit atau matawang tempatan. Anda hanya perlu maklumkan (jika perlu) jumlah yang hendak ditukar sahaja.

Page 6: 15 Tips Kemanusiaan - Membawa Tunai di Lapangan

5 Sentiasa letakkan duit anda dalam keadaan tersorok

Jangan sangka semua orang se`Malaikat` seperti anda. Jangan sangka di kawasan yang baru dilanda musibah dan bencana semua orang insaf dan taubat. Sentiasa pastikan duit anda tersorok dan disimpan di tempat yang selamat dan ada ciri keselamatan.

Page 7: 15 Tips Kemanusiaan - Membawa Tunai di Lapangan

6 Letakkan duit anda di setiap poket yang ada

Letakkan duit yang anda ada di setiap poket yang ada di badan, tetapi anda mesti ingat yang mana pecahan besar dan yang mana pecahan kecil, tujuannya agar tidak menarik perhatian orang ketika membuat pembayaran atau ketika mengeluarkan duit.

Page 8: 15 Tips Kemanusiaan - Membawa Tunai di Lapangan

7 Elak letakkan duit didalam passport

Passport adalah dokumen yang paling banyak digunakan semasa dalam perjalanan, meletakkan duit didalam passport boleh dianggap sebagai hadiah/rasuah kepada imigresen/polis.

Page 9: 15 Tips Kemanusiaan - Membawa Tunai di Lapangan

8 Maklum dengan kadar tukaran

Anda harus maklum dan mahirkan dengan kadar tukaran sesuatu matawang itu dengan US Dollar. Ini membolehkan anda untuk mengagak berapakah jumlah duit yang anda belanjakan, samada berbaloi ataupun tidak.

Page 10: 15 Tips Kemanusiaan - Membawa Tunai di Lapangan

9 Tukaran USD diluar negara perlukan kepingan yang baru

Di kebanyakkan negara mereka hanya menerima kepingan dollar yang merupakan cetakan terkini. Dollar lama dengan kepala George Washington kecil, cetakan edisi 19XX sudah dikira antik dan tidak diterima.

Page 11: 15 Tips Kemanusiaan - Membawa Tunai di Lapangan

10 Tukaran kepingan USD100 dengan kepingan lain tidak sama nilainya

Di kebanyakkan negara jumlah tukaran USD100 dengan kepingan lain:- USD50, USD20, USD10, USD5 dan USD1 adalah tidak sama. Tukarannya lebih kecil nilainya.

Page 12: 15 Tips Kemanusiaan - Membawa Tunai di Lapangan

11 Kepingan yang terkoyak dan mempunyai cop, terconteng akan ditolak Duit yang buruk, penuh dengan cop, tulisan, terkoyak akan ditolak dan tidak perlu buang masa untuk bertekak.

Page 13: 15 Tips Kemanusiaan - Membawa Tunai di Lapangan

12 Duit USD berlipat dua juga ditolak

Sekiranya anda melipat dua kepingan USD yang anda miliki sehingga bertanda garisan putih ditengah-tengahnya, kebiasaannya duit ini akan ditolak kalaupun diterima, nilainya berkurangan

Page 14: 15 Tips Kemanusiaan - Membawa Tunai di Lapangan

14 Hati-hati dengan wang tiruan

Kami biasa menerima USD100 tiruan terselit dicelah puluhan USD100 yang lain, kerana anda jarang menggunakan duit tersebut.

Page 15: 15 Tips Kemanusiaan - Membawa Tunai di Lapangan

15 Biasakan dengan denominasi wang tempatan

Agar anda tidak tersilap apabila bersedekah. 5000 Rupee Pakistan tidak sama dengan 5000 Afghani walaupun seberang sempadan sahaja.

Page 16: 15 Tips Kemanusiaan - Membawa Tunai di Lapangan

Membawa Tunai di Lapangan 15 Tips Humanitarian