1.3.3
DESCRIPTION
rphTRANSCRIPT
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 6 AMANAH
TEMA KEKELUARGAAN
TAHUN 6 AMANAH
TAJUK Keluargaku Harmoni
MASA 0810 - 0910
STANDARD PEMBELAJARAN
1.3.3Mendengar, memahami dan memberi respon terhadap pesanan dengan menggunakan bahasa yang santun dalam pelbagai situasi
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. Mendengar dan memberi respon secara lisan terhadap pesanan
ii. Menyampaikankan pesanan dengan menggunakan bahasa yang santun
PENGISIAN KURIKULUM
i. Ilmu : Pendidikan Moral
ii. Nilai : Kerjasama, Kasih sayang
iii. EMK : TMK, Kreativiti dan inovasi
iv. KBT : KB – Menjana idea, menilai
v. KP : Verbal Linguistik
vi. iThink : Peta Buih
SISTEM BAHASAKata Perintah
BAHAN BANTURakaman dialog antara ibu dan anak
AKTIVITI
1. Murid menyanyikan lagu ‘Rasa Sayang’sambil berpantun.
2. Murid diperdengarkan dengan rakaman dialog antara ibu dan anak berdasarkan situasi seorang ibu menghubungi anaknya di rumah. Ibu telah memberikan beberapa pesanan untuk disampaikan kepada ahli keluarga yang lain
3. Murid menyatakan pesanan-pesanan yang disampaikan. Antara pesanan tersebut adalah seperti berikut:
Beritahu ayah, tolong jemput ibu di pejabat pukul 6 petang. Kereta ibu rosak.
Maklumkan kepada kakak untuk menanak nasi dan keluarkan lauk dari dalam peti sejuk.
Minta abang siram pokok-pokok bunga di halaman rumah dan kemaskan tempat kasut.
Arahkan adik untuk siapkan kerja rumah dan mandi.
4. Murid dalam empat kumpulan diminta membincangkan dan seterusnya menyampaikan pesanan dengan menggunakan bahasa yang santun.
5. Wakil setiap kumpulan melakonkan situasi menyampaikan pesanan tersebut dan menyatakan respon terhadap pesanan.
6. Murid menyatakan kepentingan patuh akan arahan ibu bapa dalam bentuk peta buih yang kreatif dan membentangkannya di hadapan kelas. Hasil yang kreatif akan ditampalkan pada papan kenyataan. (Aktiviti pengayaan)
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penilaian PdP dinilai pada aktiviti 1 (mendengar), 2 (memahami) dan 3, 4 (Menyampaikan pesanan dengan menggunakan bahasa yang santun).
REFLEKSI