11h9m morocco spain (w) -...

2
Berkumpul di KLIA bagi penerbangan ke Casablanca melalui Doha. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Mohammed V Casablanca, bertemu dengan tour escort berbahasa Inggeris. Kemudian tetamu akan dibawa ke restoran untuk makan tengahari. Daftar masuk hotel dan makan malam. HARI 01 KUALA LUMPUR-DOHA-CASABLANCA Mt/mm Sarapan pagi di hotel. Lawatan sekitar kotaraya Madrid dan tetamu berpeluang melihat Prado Museum, Puerta del Sol, Neptune Fountain, Plaza de la Cibeles, Fountain of Cibeles dan gerbang diraja Puerta de Alcala. Tetamu akan dibawa menerokai keindahan ruang dalaman Royal Palace Madrid yang masih digunakan sehingga hari ini sebagai istana Raja Sepanyol menerima tetamu kehormat. Makan tengahari dan bersolat di Abu Bakr Mosque yang juga merupakan pusat Islam utama di Madrid sebelum dibawa membeli-belah barangan berjenama dengan harga yang amat berpatutan di Las Rozas Village Outlet Factory. Makan malam di restoran dan pulang ke hotel HARI 09 SP/mt/mm Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Memulakan lawatan di sekitar kota Casablanca; melawat King Hassan II Mosque yang merupakan masjid yang terbesar di Afrika dan ke-7 di dunia, Royal Palace, Mohamed V Square yang menempatkan bangunan pentadbiran kerajaan, kawasan perumahan Anfa yang mewah dan membeli-belah di Quartier Habous. Bertolak ke Meknes dan makan tengahari di restoran. Nikmati lawatan panorama sekitar bandar Meknes yang terkenal dengan tembok kota sepanjang 40km; berfoto di hadapan Bab el-Mansour yang merupakan pintu masuk utama khas diraja, melawat Royal Stables, menyusuri bandar suci Moulay Idriss di mana di sinilah titik permulaan penyebaran agama Islam pada tahun 789 dan melihat peninggalan kota lama Roman Volubilis. Meneruskan perjalanan ke Rabat dan setibanya di sana, daftar masuk hotel dan makan malam. HARI 02 CASABLANCA-MEKNES -RABAT SP/mt/MM aturcara Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Nikmati lawatan sekitar bandar diraja Rabat; menziarahi Mausoleum of Mohamed V, Hassan Tower yang dibina pada tahun 1195, menerokai Kasbah of the Udayas yang merupakan sebuah penempatan termasuklah sebuah istana dan masjid yang dikelilingi tembok kota, bergambar di hadapan Royal Palace of Rabat yang merupakan istana kediaman rasmi Raja Maghribi dan kawasan dataran tamannya yang dipanggil Mechouar. Makan tengahari di restoran sebelum bertolak menuju ke Fez pula. Setibanya di sana, daftar masuk hotel dan makan malam. HARI 03 RABAT-FEZ SP/MM/mt Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Melawat sekitar bandar kebudayaan Fez yang cukup terkenal dengan pembuatan tembikar dan barangan kulitnya di mana tetamu akan dibawa melawat ke salah sebuah kilangnya di Darb Chouara. Lawatan juga akan merangkumi makam, Zaouia Moulay Idriss II yang merupakan pemerintah Morocco ketika hanya berumur 13 tahun dan berfoto kenangan di Nejjarine Fountain yang cukup halus seni pembuatannya. Selain itu, tetamu akan juga berpeluang untuk melawat 2 buah madrasah yang wujud sejak dari abad ke-13 lagi iaitu Attarine dan Bou Anania selain bersolat di Karaouine Mosque yang terletak di dalam kawasan Karaouine University yang merupakan universiti tertua di dunia. Makan tengahari di restoran sebelum meneruskan perjalanan ke Tangier. Daftar masuk hotel dan makan malam. HARI 04 FEZ-TANGIER SP/MM/mt Selepas sarapan pagi di hotel, bertolak ke pelabuhan Tangier untuk menaiki feri ke Tarifa, Sepanyol merentasi Selat Gibraltar selama 1 jam setengah. Setibanya di Tarifa, bertolak menuju ke Granada dan makan tengahari di restoran ketika dalam perjalanan. Singgah bersolat di Fuengirola Mosque sebelum meneruskan perjalanan. Daftar masuk hotel di Granada dan makan malam. HARI 05 TANGIER-TARIFA -GRANADA SP/MM/mt Sarapan pagi di hotel. Nikmati lawatan sekitar kota Seville yang merupakan salah satu bandar penting pentadbiran Andalusia pada zaman dahulu. Berfoto di perkarangan Plaza de Espana yang diberi nama Maria Luisa Park yang cukup mengagumkan, melawat Sevilla Cathedral yang mana menaranya Giralda Tower dahulunya merupakan menara masjid selain Orange Tree Courtyard di situ yang merupakan salah satu peninggalan tapak masjid berkenaan, di sebelahnya terletak Royal Alcazar dan kemudian bersiar-siar di Santa Cruz Quarter. Makan tengahari di restoran dan bersolat di Sevilla Mosque yang dibiayai oleh Umar Kanoute, bekas pemain penyerang bola sepak terkenal kelab Sevilla FC. Bertolak menuju ke Cordoba yang merupakan pusat kebudayaan yang paling utama bagi kerajaan Islam Andalusia suatu ketika dahulu. Lawatan ke Great Mosque of Cordoba (Mezquita) adalah satu kenangan yang pasti sukar dilupakan kerana bangunan ibadat ini dahulunya merupakan sebuah masjid yang cukup besar sebelum ditukar menjadi gereja sehingga ke hari ini. Kesan masjid yang masih boleh dilihat ialah menaranya, mihrab dan tiangnya. Selepas itu, menyelusuri kawasan Juderia untuk membeli cenderamata dan melihat tembok kota Alcazar of the Christian Kings sebelum daftar masuk hotel dan makan malam. HARI 07 SEVILLE – CORDOBA SP/mt/MM MADRID Sarapan pagi di hotel dan aktiviti bebas sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Doha dengan pengalaman penuh bersejarah di bumi Andalusia Sepanyol dan Morocco. HARI 10-11 SP MADRID – DOHA – KUALA LUMPUR Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke kotaraya Madrid. Berhenti melawat kota kecil Baeza yang tersenarai dalam UNESCO World Heritage Site. Kota ini merupakan salah satu kota pertahanan penting kerajaan Islam Andalusia yang terletak bersempadanan dengaan kerajaan Kristian Castille dahulunya. Antara peninggalan Islam yang masih boleh dilihat di sini ialah Ubeda Gate dan Cathedral of the Nativity of Our Lady yang dibina atas tapak masjid. Makan tengahari dan bersolat di restoran sebelum menyambung semula perjalanan ke Madrid. Setibanya di sana, daftar masuk hotel dan makan malam. HARI 08 SP/mt/mm cordoba-baeza -madrid Sarapan pagi di hotel. Terokai kompleks istana Alhambra di Granada yang menjadi pusat pemerintahan Emir Granada sejak tahun 889 lagi. Antara tarikan utama di dalam istana ini adalah kompleks diraja yang menempatkan Harem, Hall of the Ambassadors, Court of the Lions yang dahulunya terletak air pancut dikelilingi patung singa dan Hall of the Abencerrajes yang mempunyai kubah berukiran cantik keemasan. Di sebelah kompleks ini pula terletaknya Generalife yang merupakan istana rehat musim panas yang dikelilingi taman bunga yang cukup besar dan indah. Makan tengahari di restoran dan bersolat di Mayor de Granada Mosque serta bergaul dengan komuniti muslim di situ. Bertolak ke Seville dan seterusnya daftar masuk hotel dan makan malam di restoran. Kemudian anda akan dibawa menonton persembahan tarian muzikal tradisi orang gipsi Romani Sepanyol, Flamenco Dance. HARI 06 GRANADA – SEVILLE SP/mt/MM (1.40 Jam/ 140 KM) (2.45 Jam/ 255 KM) (1.45 Jam/ 145 KM) (3.30 Jam/ 325 KM) (3 Jam/ 235 KM) (2.30 Jam/ 205 KM) (4.15 Jam/ 295 KM) (1.45 Jam/ 37 KM) (3 Jam/ 280 KM) (1.45 Jam/ 140 KM) morocco spain 11H 9M • PAKEJ KHAS MUSLIM BERKUMPULAN • PENGANGKUTAN YANG SELESA • • PENGINAPAN SELESA TARAF 3*-4.5* • TOUR LEADER YANG TERLATIH • • MAKANAN SESUAI MUSLIM • PENJAGAAN SOLAT JAMAK • 03-7803 0170 [email protected] Jangan lepaskan peluang untuk melawat Santiago Bernebeu yang merupakan stadium rasmi pasukan paling tersohor di dunia, Real Madrid CF (tiket masuk dan pengangkutan atas tanggungan sendiri). lawatan tambahan

Upload: ledung

Post on 28-Apr-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Berkumpul di KLIA bagi penerbangan ke Casablanca melalui Doha. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Mohammed V Casablanca, bertemu dengan tour escort berbahasa Inggeris. Kemudian tetamu akan dibawa ke restoran untuk makan tengahari. Daftar masuk hotel dan makan malam.

HARI 01 K U A L A L U M P U R - D O H A - C A S A B L A N C AM t / m m

Sarapan pagi di hotel. Lawatan sekitar kotaraya Madrid dan tetamu berpeluang melihat Prado Museum, Puerta del Sol, Neptune Fountain, Plaza de la Cibeles, Fountain of Cibeles dan gerbang diraja Puerta de Alcala. Tetamu akan dibawa menerokai keindahan ruang dalaman Royal Palace Madrid yang masih digunakan sehingga hari ini sebagai istana Raja Sepanyol menerima tetamu kehormat. Makan tengahari dan bersolat di Abu Bakr Mosque yang juga merupakan pusat Islam utama di Madrid sebelum dibawa membeli-belah barangan berjenama dengan harga yang amat berpatutan di Las Rozas Village Outlet Factory. Makan malam di restoran dan pulang ke hotel

HARI 09 S P / m t / m m

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Memulakan lawatan di sekitar kota Casablanca; melawat King Hassan II Mosque yang merupakan masjid yang terbesar di Afrika dan ke-7 di dunia, Royal Palace, Mohamed V Square yang menempatkan bangunan pentadbiran kerajaan, kawasan perumahan Anfa yang mewah dan membeli-belah di Quartier Habous. Bertolak ke Meknes dan makan tengahari di restoran. Nikmati lawatan panorama sekitar bandar Meknes yang terkenal dengan tembok kota sepanjang 40km; berfoto di hadapan Bab el-Mansour yang merupakan pintu masuk utama khas diraja, melawat Royal Stables, menyusuri bandar suci Moulay Idriss di mana di sinilah titik permulaan penyebaran agama Islam pada tahun 789 dan melihat peninggalan kota lama Roman Volubilis. Meneruskan perjalanan ke Rabat dan setibanya di sana, daftar masuk hotel dan makan malam.

HARI 02 C A S A B L A N C A - M E K N E S - R A B A TS P / m t / M M

aturcara

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Nikmati lawatan sekitar bandar diraja Rabat; menziarahi Mausoleum of Mohamed V, Hassan Tower yang dibina pada tahun 1195, menerokai Kasbah of the Udayas yang merupakan sebuah penempatan termasuklah sebuah istana dan masjid yang dikelilingi tembok kota, bergambar di hadapan Royal Palace of Rabat yang merupakan istana kediaman rasmi Raja Maghribi dan kawasan dataran tamannya yang dipanggil Mechouar. Makan tengahari di restoran sebelum bertolak menuju ke Fez pula. Setibanya di sana, daftar masuk hotel dan makan malam.

HARI 03 R A B A T - F E ZS P / M M / m t

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Melawat sekitar bandar kebudayaan Fez yang cukup terkenal dengan pembuatan tembikar dan barangan kulitnya di mana tetamu akan dibawa melawat ke salah sebuah kilangnya di Darb Chouara. Lawatan juga akan merangkumi makam, Zaouia Moulay Idriss II yang merupakan pemerintah Morocco ketika hanya berumur 13 tahun dan berfoto kenangan di Nejjarine Fountain yang cukup halus seni pembuatannya. Selain itu, tetamu akan juga berpeluang untuk melawat 2 buah madrasah yang wujud sejak dari abad ke-13 lagi iaitu Attarine dan Bou Anania selain bersolat di Karaouine Mosque yang terletak di dalam kawasan Karaouine University yang merupakan universiti tertua di dunia. Makan tengahari di restoran sebelum meneruskan perjalanan ke Tangier. Daftar masuk hotel dan makan malam.

HARI 04 F E Z - T A N G I E RS P / M M / m t

Selepas sarapan pagi di hotel, bertolak ke pelabuhan Tangier untuk menaiki feri ke Tarifa, Sepanyol merentasi Selat Gibraltar selama 1 jam setengah. Setibanya di Tarifa, bertolak menuju ke Granada dan makan tengahari di restoran ketika dalam perjalanan. Singgah bersolat di Fuengirola Mosque sebelum meneruskan perjalanan. Daftar masuk hotel di Granada dan makan malam.

HARI 05 T A N G I E R - T A R I F A - G R A N A D AS P / M M / m t

Sarapan pagi di hotel. Nikmati lawatan sekitar kota Seville yang merupakan salah satu bandar penting pentadbiran Andalusia pada zaman dahulu. Berfoto di perkarangan Plaza de Espana yang diberi nama Maria Luisa Park yang cukup mengagumkan, melawat Sevilla Cathedral yang mana menaranya Giralda Tower dahulunya merupakan menara masjid selain Orange Tree Courtyard di situ yang merupakan salah satu peninggalan tapak masjid berkenaan, di sebelahnya terletak Royal Alcazar dan kemudian bersiar-siar di Santa Cruz Quarter. Makan tengahari di restoran dan bersolat di Sevilla Mosque yang dibiayai oleh Umar Kanoute, bekas pemain penyerang bola sepak terkenal kelab Sevilla FC. Bertolak menuju ke Cordoba yang merupakan pusat kebudayaan yang paling utama bagi kerajaan Islam Andalusia suatu ketika dahulu. Lawatan ke Great Mosque of Cordoba (Mezquita) adalah satu kenangan yang pasti sukar dilupakan kerana bangunan ibadat ini dahulunya merupakan sebuah masjid yang cukup besar sebelum ditukar menjadi gereja sehingga ke hari ini. Kesan masjid yang masih boleh dilihat ialah menaranya, mihrab dan tiangnya. Selepas itu, menyelusuri kawasan Juderia untuk membeli cenderamata dan melihat tembok kota Alcazar of the Christian Kings sebelum daftar masuk hotel dan makan malam.

HARI 07 S E V I L L E – C O R D O B AS P / m t / M M

M A D R I D

Sarapan pagi di hotel dan aktiviti bebas sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Doha dengan pengalaman penuh bersejarah di bumi Andalusia Sepanyol dan Morocco.

HARI 10-11 S P

M A D R I D – D O H A – K U A L A L U M P U R

Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke kotaraya Madrid. Berhenti melawat kota kecil Baeza yang tersenarai dalam UNESCO World Heritage Site. Kota ini merupakan salah satu kota pertahanan penting kerajaan Islam Andalusia yang terletak bersempadanan dengaan kerajaan Kristian Castille dahulunya. Antara peninggalan Islam yang masih boleh dilihat di sini ialah Ubeda Gate dan Cathedral of the Nativity of Our Lady yang dibina atas tapak masjid. Makan tengahari dan bersolat di restoran sebelum menyambung semula perjalanan ke Madrid. Setibanya di sana, daftar masuk hotel dan makan malam.

HARI 08 S P / m t / m mc o r d o b a - b a e z a - m a d r i d

Sarapan pagi di hotel. Terokai kompleks istana Alhambra di Granada yang menjadi pusat pemerintahan Emir Granada sejak tahun 889 lagi. Antara tarikan utama di dalam istana ini adalah kompleks diraja yang menempatkan Harem, Hall of the Ambassadors, Court of the Lions yang dahulunya terletak air pancut dikelilingi patung singa dan Hall of the Abencerrajes yang mempunyai kubah berukiran cantik keemasan. Di sebelah kompleks ini pula terletaknya Generalife yang merupakan istana rehat musim panas yang dikelilingi taman bunga yang cukup besar dan indah. Makan tengahari di restoran dan bersolat di Mayor de Granada Mosque serta bergaul dengan komuniti muslim di situ. Bertolak ke Seville dan seterusnya daftar masuk hotel dan makan malam di restoran. Kemudian anda akan dibawa menonton persembahan tarian muzikal tradisi orang gipsi Romani Sepanyol, Flamenco Dance.

HARI 06 G R A N A D A – S E V I L L ES P / m t / M M

( 1 . 4 0 J a m /1 4 0 K M )

( 2 . 4 5 J a m /2 5 5 K M )

( 1 . 4 5 J a m /1 4 5 K M )

( 3 . 3 0 J a m /3 2 5 K M )

( 3 J a m /2 3 5 K M )

( 2 . 3 0 J a m /2 0 5 K M )

( 4 . 1 5 J a m /2 9 5 K M )

( 1 . 4 5 J a m /3 7 K M )

( 3 J a m /2 8 0 K M )

( 1 . 4 5 J a m /1 4 0 K M )

morocco spain11H9M

• P A K E J K H A S M U S L I M B E R K U M P U L A N • P E N G A N G K U T A N YA N G S E L E S A • • P E N G I N A P A N S E L E S A T A R A F 3 * - 4 . 5 * • T O U R L E A D E R YA N G T E R L A T I H •

• M A K A N A N S E S U A I M U S L I M • P E N J A G A A N S O L A T J A M A K •

03-7803 [email protected]

Jangan lepaskan peluang untuk melawat Santiago Bernebeu yang merupakan stadium rasmi pasukan paling tersohor di dunia, Real Madrid CF (tiket masuk dan pengangkutan atas tanggungan sendiri).

l a w a t a n t a m b a h a n

• Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.• Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.• Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir.• Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika.• Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua.• Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.• Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri.• Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik.• Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet Antarabangsa.• Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada Terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn Bhd.

nota penting

Bank : MAYBANK BERHADPenerima : KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHDNo Akaun: 5625 6230 4881

maklumat akaun

harga pakej

INFO PENERBANGAN

01

01

10

11

QR 853

QR 1395

QR 150

QR 846

0240

0730

1505

0135

0545

1325

2335

1410

INFO hotelCasablanca

Rabat

Fez

Tangier

Granada

Idou Anfa Hotel / setaraf

Hotel Belere / setaraf

Across Hotel / setaraf

Hotel Ramada Encore / setaraf

Puerta de Los Aljibes / setaraf

Seville Tryp Macarena / setaraf

Cordoba Macia Alfaros / setaraf

Madrid Holiday Inn Alcala / setaraf

KL - Doha

Doha - Casablanca

Madrid - Doha

Doha - KL

tarikh berangkatBULAN

NOVEMBER

HARI

22

pembatalan tempahan

HARI PESAWAT ETD ETADESTINASI

• Pembatalan tempahan hendaklah dibuat secara bertulis atau e-mel dalam mengelakkan sebarang kesilapan komunikasi.• Sekiranya ingin membuat pembatalan mesti dibuat 50 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, deposit yang akan dikembalikan ditolak caj pentadbiran yang ditetapkan seperti berikut:

Caj Pembatalan

Tempoh Caj Pembatalan

46 hari atau lebih sebelum berlepas

35 – 45 hari sebelum berlepas

26 – 34 hari sebelum berlepas

20 – 25 hari sebelum berlepas

Bawah 20 hari sebelum berlepas

Pemulangan penuh deposit

Sebahagian deposit

50% dari harga pakej

75% dari harga pakej

100% dari harga pakej

• Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.• Penginapan 9 malam yang selesa di hotel bertaraf 4* (rujuk jadual senarai hotel).• Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.• Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan feri sehala ke Tarifa seperti aturcara.• Percuma tiket masuk lawatan ke Royal Palace Madrid bernilai EUR15 seorang.• Percuma persembahan tarian muzikal tradisi gipsi Flamenco Dance.• Tiket masuk ke tempat lawatan: Mausoleum of Mohamed V, Hassan Tower, Alhambra, Generalife dan Great Mosque of Cordoba.• Perkhidmatan pemandu pelancong tempatan yang berpengalaman.• Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.• Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays yang terlatih.

pakej termasuk

• Surcaj tambahan ketika musim puncak/perayaan.• Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar dll.• Makanan dan lawatan termasuk tiket selain yang dinyatakan dalam aturcara.• Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi.• Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.• Sebarang insurans kembara – hubungi kami bagi konsultansi premium yang sesuai.

pakej tidak termasuk

deposit & pembayaran• Deposit RM2500 seorang diperlukan selepas 5 hari tempahan disahkan.• Pembayaran baki harga penuh pakej perlu dilakukan 45 hari sebelum berlepas.• Sekiranya pembayaran penuh gagal dilakukan dalam tempoh tersebut, Kowamas Holidays berhak membatalkan tempahan tersebut dan mengenakan caj admin mengikut jadual dibawah.

HARGAPAKEJ

Bawah RM 1999

RM 2000 – RM 3999

RM 4000 – RM 5999

RM 6000 – RM 7999

RM 8000 & ke atas

AMAUNDEPOSIT

RM 300

RM 500

RM 800

RM 1500

RM 2500

RM 150

RM 250

RM 500

RM 1100

RM 2000

RM 150

RM 250

RM 300

RM 400

RM 500

TEMPOHPERLU

DIBAYAR

NILAIREFUND

CAJADMIN

BAKIDEPOSIT

5 hariselepas

tempahandisahkan

45 harisebelumberlepas

#Waktu penerbangan tertakluk kepada perubahan semasa.

HARGA SEORANG MENGIKUT

BILIKSEORANG

BILIKBERDUA

KANAK KANAKBERDUA

KANAK KANAKBERKATIL

KANAK KANAKTANPA KATIL

9,988R M 8,388R M 8,188R M 6,888R M 6,388R M

KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD (526807 M) (KPL/LN 6941)Unit 301 Block A, Level 3, Kelana Business Centre, 97 Jalan SS7/2, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

03-78030170 | 03-78031260 | [email protected]