104499624

Upload: rajeswary-ramayah

Post on 03-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 104499624

    1/2

    REFLEKSI

    Pertama sekali saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi kesempatan

    kepada saya dan juga ahli kumpulan yang lain untuk menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya.

    Saya rasa amat bertuah kerana dapat belajar subjek Kurikulum dan Pedagogi Sains Sekolah

    Rendah ini kerana banyak memberi pengetahuan baru kepada saya. Pengetahuan tentang kaedah

    dan strategi pengajaran dan pembelajaran sains serba sedikit membantu saya dalam

    menyampaikan ilmu kepada murid-murid saya di sekolah. Memang tidak berpengalaman mengajar

    sains di sekolah, saya kira sedikit sebanyak memberi sedikit keyakinan kepada saya untuk mengajar

    sains selepas ini. Secara tidak langsung ianya dapat memberi pengetahuan kepada saya untuk lebih

    bersedia menghadapi murid-murid di dalam kelas.

    Untuk menyiapkan tugasan ini saya banyak merujuk sumber dari modul yang dibekalkan dan

    juga bahan yang dicari di internet. Selain itu perbincangan dengan ahli kumpulan juga banyak

    membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya dan rakan-rakan juga ada meminta pendapat

    daripada guru-guru sains di sekolah masing-masing mengenai kids pembelajaran yang hendak

    dibuat oleh kumpulan kami.

    Pada pendapat saya melalui tugasan ini, ianya banyak membantu saya untuk memperbaiki

    serta mempertingkatkan kemahiran saya di dalam kelas. Saya dan rakan kumpulan telah memilih

    tajuk kesan pembuangan bahan buangan ke atas alam untuk tugasan ini. Murid-murid diminta

    meramal keadaan pada masa depan jika alam sekitar dibiar tercemar. Guru menggunakan beberapa

    keping gambar untuk menunjukkan kepada murid kawasan persekitaran yang telah tercemar.

    Secara tidak langsung kaedah perbincangan juga berlaku dalam aktiviti yang dijalankan. Pengajaran

    secara dua hala turut berlaku. Dengan pengalaman yang ada ketika menyiapkan tugasan ini, saya

    berharap saya dapat mengajar sains dengan lebih yakin ketika mengganti rakan-rakan guru yang

    tidak ke sekolah atau yang pergi berkursus. Saya berharap dengan ilmu-ilmu ini, saya dapat

    memperkemaskan lagi proses pengajaran dan pembelajaran yang akan saya sampaikan kepada

    murid-murid saya. Dengan ini, dapatlah saya meningkatkan potensi murid-murid saya.

    Akhir sekali saya ingin berterima kasih kepada pensyarah iaitu Tn. Haji Abd. Rahman

    Sulaiman kerana memberi tunjuk ajar serta motivasi yang amat bernilai dan berguna kepada saya

    serta rakan

    rakan.

  • 7/28/2019 104499624

    2/2

    Sekian, terima kasih.

    AZMAN B MOHAMED @ MD ISA

    810101-02-5923

    PPG MTE D/007/06/11