100 kata mutiara.docx

12
Isu: Pendidikan Bil. Tajuk relevan Kata Mutiara Penggunaan 1. Membaca adalah memperkayakan perbendaharaan jiwa, oleh kerana itu ia sangat membahagikan. (Goethe) 2. Apabila seseorang itu tidak membaca buku, maka bagaimanakah dia dapat membuka otaknya daripada pemikiran yang sempit? (Van Horne) 3. Kebanggaan guru yang paling besar adalah apabila ada murid melebihi dirinya. (Nietzche) 4. Ilmu pengetahuan itu yang membawa kita terbang ke angkasa. (Shakespeare) 5. Ilmu adalah kekuatan. (Thomas Hobbes) 6. Ragu adalah kunci ilmu pengetahuan. (Pepatah Persia) 7. Orang yang rajin lebih berharga daripada seorang raja. (Bung Karno) 8. Kemalasan adalah penyebab utama kegagalan. (Daniel Josselyn) 9. Malas adalah keburukan bagi orang hidup. (Hukamah) 10. Hanya orang yang terus berusahalah yang menikmati hasil jerih payahnya. (Bung Hatta)

Upload: aaron054

Post on 18-Feb-2016

235 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 100 kata mutiara.docx

Isu: PendidikanBil. Tajuk relevan Kata Mutiara Penggunaan

1. Membaca adalah memperkayakan perbendaharaan jiwa, oleh kerana itu ia sangat membahagikan.(Goethe)

2. Apabila seseorang itu tidak membaca buku, maka bagaimanakah dia dapat membuka otaknya daripada pemikiran yang sempit?(Van Horne)

3. Kebanggaan guru yang paling besar adalah apabila ada murid melebihi dirinya.(Nietzche)

4. Ilmu pengetahuan itu yang membawa kita terbang ke angkasa.(Shakespeare)

5. Ilmu adalah kekuatan.(Thomas Hobbes)

6. Ragu adalah kunci ilmu pengetahuan.(Pepatah Persia)

7. Orang yang rajin lebih berharga daripada seorang raja. (Bung Karno)

8. Kemalasan adalah penyebab utama kegagalan.(Daniel Josselyn)

9. Malas adalah keburukan bagi orang hidup. (Hukamah)

10. Hanya orang yang terus berusahalah yang menikmati hasil jerih payahnya.

Page 2: 100 kata mutiara.docx

(Bung Hatta)

11. Makin banyak kita belajar, makin insaflah kita betapa sedikitnya yang kita ketahui.(Kong Fu Tsu)

Isu: Peranan ibu bapaBil. Tajuk relevan Kata Mutiara Penggunaan

12. Cinta ibu adalah yang paling baik daripada segalanya.(Tanpa nama)

13. Seorang ayah lebih bererti daripada seratus orang guru.(George Herbert)

14. Anak-anak memerlukan kekuatan bagi bersandar, memerlukan dada sebagai tempat menangis, dan memerlukan contoh bagi dipelajari.(Tanpa nama)

15. Anak itu bagaikan buku yang perlu kita baca dan tulis di dalamnya.(P. Rosseger)

16. Contoh di sekeliling kita adalah buku terpenting yang dibaca oleh anak-anak.(St. John Chrysostomus)

17. Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan.(Al Ghazali)

18. Anak yang salah didik adalah anak yang ‘hilang’. (John F. Kennedy)

19. Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekertinya

Page 3: 100 kata mutiara.docx

kerana sesungguhnya anak-anakmu itu adalah anugerah Allah kepadamu.(Nabi Muhammad)

20. Kasih sayang adalah bentuk tertinggi daripada sikap tanpa kekerasan.(Mahatma Ghandi)

21. Kasih sayang adalah ibu dan bapa, lebih berharga daripada harta yang ada di dunia ini.(Nabi Muhammad)

22. Anak-anak lebih banyak memerlukan teladan daripada kritik.(Joseph Joubert)

23. Teladan yang baik adalah nasihat yang terbaik.(Thomas Fuller)

24. Rumah tangga adalah tempat hati berdiam.(Plinius)

25. Rumah seseorang adalah istananya dan bentengnya yang mempertahankan dia daripada penghinaan dan kekerasan, di samping tempat beristirahat.(Edward Coke)

Isu: Warisan bangsa dan budayaBil. Tajuk relevan Kata Mutiara Penggunaan

26. Hanya seni yang membuktikan semarak jayanya sesuatu bangsa.(Hans Grimm)

Isu: Alam sekitarBil. Tajuk relevan Kata Mutiara Penggunaan

27. Air adalah yang paling baik.(Pindar)

Page 4: 100 kata mutiara.docx

28. Kita tidak pernah menghargai air sampai sumur manjadi kering.(Frank Kelly)

29. Kemakmuran yang kini kita alami adalah akibat eksploitasi sumber alam yang tidak dapat kita ganti.(Aldous Huxley)

30. Alam adalah karya seni ciptaan Allah.(Dante)

Isu: EkonomiBil. Tajuk relevan Kata Mutiara Penggunaan

31. Kemiskinan tidak patut dijadikan alasan supaya tidak berjaya.(David Livingstone)

32. Menabunglah pada masa muda, belanjakanlah pada masa tua.(Tanpa nama)

33. Setiap keuntungan yang diperoleh dengan jalan yang tidak sah, membawa kerugiaan.(Menander)

34. Carilah wang secara jujur dan bersih sama ada anda berjaya mencarinya ataupun tidak.(Horace)

35. Gunakanlah wang pada tempatnya.(Shakespeare)

36. Jangan membelanjakan wang yang belum anda peroleh dan jangan membeli barang yang tidak anda inginkan, hanya kerana kemurahannya.(Jefferson)

Page 5: 100 kata mutiara.docx

37. Kekurangan wang adalah akar daripada segala kejahatan.(Bernard Shaw)

38. Wang berputar seperti air hujan.(Thomas Wilder)

Isu: PerpaduanBil. Tajuk relevan Kata Mutiara Penggunaan

39. Selama anda rela mati demi kemanusiaan, negara anda beroleh kejayaan.(Giussepe Mazzini)

Isu: KemasyarakatanBil. Tajuk relevan Kata Mutiara Penggunaan

40. Apabila anda berbuat kebaikan kepada orang lain bererti anda membuat lebih baik kepada diri sendiri.(Benjamin Franklin)

41. Orang yang bersikap manis budi, tidak sentiasa perlu cantik ataupun tampan.(Pouw Kioe An)

42. Displin bukan sahaja jiwa daripada tentera tetapi simen yang menyatupadukan masyarakat.(De Friyeinet)

43. Displin pada waktu kecil, menjadi bakat pada hari tua.(Tom Crabtree)

44. Tuhan tidak menciptakan mereka yang cacat tanpa menciptakan seseorang yang akan melindunginya.(Curley)

45. Yang penting bukan berapa lama anda hidup, malainkan berapa amal yang anda buat selama

Page 6: 100 kata mutiara.docx

hidup.(Cicero)

46. Sopan santun adalah modal yang sangat berharga.(Ross Winans)

47. Sopan santun memaniskan hidup. Sekiranya sudah menjadi kebiasaan, memuliakan orangnya.(Yeon Wahyoe)

48. Sopan santun dimulai di rumah.Apabila tidak, ia tidak akan mulai di mana-mana pun juga.(Tanpa nama)

49. Tingkah laku yang sopan dan hormat pada orang lain adalah dua sifat utama seorang yang bijaksana.(Disraeli)

50. Jangan memtertawakan orang tua, kerana sebentar lagi adalah giliran anda.(Tanpa nama)

Isu: PengakutanBil. Tajuk relevan Kata Mutiara Penggunaan

51. Kemalangan tidak pernah datang sambil bernyanyi.(Peribahasa)

52. Orang yang berhati-hati jarang membuat kesalahan.(Kong Fu Tsu)

53. Apa gunanya undang-undang tanpa moral yang baik.(Horatius)

54. Kita seharusnya cinta kepada undang-undang dan perlu mentaati serta memikul segala

Page 7: 100 kata mutiara.docx

beban yang dibawanya.(Voltaire)

Isu: SukanBil. Tajuk relevan Kata Mutiara Penggunaan

55. Kecerdasan lebih baik daripada kekayaan.(Tanpa nama)

Isu: KesihatanBil. Tajuk relevan Kata Mutiara Penggunaan

56. Hidup yang penuh dengan aktiviti, selalu menguntungkan kesihatan.(Napoleon Bonaparte)

57. Badan yang sihat adalah kamar tamu bagi jiwa, badan yang sakit adalah kamar penjara.(Francis Bacon)

58. Kebersihan itu kemuliaan yang besar.(Charles B. Fairbanks)

59. Hidup dengan ubat adalah hidup yang mengerikan.(Carl Linnaeus)

60. Lebih baik menggunakan ubat pada saat awal, daripada saat terakhir.(Cyrus)

61. Ubat bukanlah makanan bagi kehidupan.(Peribahasa)

62. Banyak makanan membuat banyak penyakit.(Peribahasa)

63. Penyakit datang dengan menunggang kuda, tetapi pergi dengan berjalan kaki.(Tanpa nama)

Page 8: 100 kata mutiara.docx

64. Sesiapa yang berbadan sihat, memiliki harapan, dan sesiapa memiliki harapan, dia memiliki semuanya.(Peribahasa Arab)

65. Kebodohan yang paling besar adalah mengorbankan kesihatan demi mencapai keuntungan lain.(Schopenhauer)

66. Kesihatan bangsa lebih penting daripada kekayaan bangsa.(Will Durant)

67. Kekayaan utama adalah kesihatan.(Emerson)

68. Apabila anda ingin terus sihat, teruslah bergerak.(William A. White)

69. Lebih baik mengusahakan kesihatan, kerana kesihatan itu tidak dapat dibeli.(John Dryden)

70. Wang adalah yang paling diinginkan orang, padahal ia yang paling tidak menyenangkan. Sebaliknya kesihatan yang tampaknya tidak begitu diacuhkan, walhal ia yang paling dapat mendatangkan kegembiraan.(Charles G. Colton)

71. Warganegara yang sihat adalah keuntungan terbesar yang dapat dicapai oleh negara.(Churchill)

Isu: Masalah sosialBil. Tajuk relevan Kata Mutiara Penggunaan

Page 9: 100 kata mutiara.docx

72. Kuat dan jayanya suatu umat adalah kerana akhlaknya, apabila akhlaknya rosok maka binasalah umat itu.(Al-Ghazali)

73. Selama manusia ada, selama itu pula ada manusia yang tidak berakhlak.(Tacitus)

74. Sebenarnya tidak ada anak yang tidak sah, yang ada hanyalah pasangan suami isteri yang tidak sah.(Yankwich)

75. Perbuatan mulia, mengumandangkan sebuah khabar gembira yang bergema melalui segenap penjuru dunia.(Ernest Hemingway)

76. Perbuatan itu adalah sesuatu yang mendatangkan senyum gembira di air muka orang lain.(Nabi Muhammad)

77. Perbuatan baik, tidak pernah sia-sia.(Tanpa nama)

78. Apabila mahu berbuat baik, lakukanlah sekarang dan apabila mahu berbuat jahat, tunggulah sampai besok.(Nabi Muhammad)

79. Berbuat baik janganlah hanya sekali, berbuat jahat cukuplah sekali sahaja.(Mahatma Gandhi)

80. Menjaga kehormatan diri adalah cara yang paling baik supaya dihormati orang lain.(Tanpa nama)

Page 10: 100 kata mutiara.docx

81. Anjurkanlah kepada anak-anak supaya berkelakuan baik, hanya itulah yang dapat menimbulkan bahagia kepada mereka dan bukan emas ataupun harga kekayaan.(Beethoven)

82. Nasihat yang jujur, tidak enak kedengarannya.(Tanpa nama)

83. Orang yang dapat menerima nasihat, kadang-kadang lebih unggul daripada orang yang memberi nasihat.(Knebel)

84. Nasihat yang baik tidak pernah mendatangkan kesulitan.(Peribahasa)

85. Nasihat yang baik tidak memandang siapa yang memberikannya.(Peribahasa)

86. Moraliti adalah suatu kemewahan peribadi yang sangat mahal.(Henry Brooks Adams)

87. Berjuang melawan hawa nafsu kita adalah sukar, menundukkannya memerlukan jiwa yang besar dan fikiran yang mendalam.(Demokritos)

88. Bertindak dengan nafsu, sama halnya dengan berangkat ke laut dalam taufan.(Thomas Fuller)

89. Nafsu adalah sumber bagi segala keburukan dan kejahatan.(Al-Ghazali)

90. Berfikirlah secara positif dan bijak

Page 11: 100 kata mutiara.docx

yang berdasari oleh percaya pada diri sendiri dengan rasa keimanan yang kuat.(Eddie Rickenbacker)

91. Isilah ruang hati kita dengan fikiran-fikiran yang mulia, supaya tidak ada tempat terluang bagi masuknya fikiran-fikiran jahat.(Pouw Kioe An)

Isu: Lain-lainBil. Tajuk relevan Kata Mutiara Penggunaan

92. Iklan adalah denyut kehidupan perdagangan.(Calvin Coolidge)

93. Yang dinamakan beruntung adalah mereka yang mengetahui kesalahannya pada waktu masih muda.(Tanpa nama)

94. Jadilah orang yang paling baik, tidak peduli siapa anda serta pekerjaan apa yang anda lakukan.(Mullock)

95. Sekiranya anda tidak dapat menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik.(Palingenius)

96. Apabila kepercayaan hilang lenyap, kehormatan musnah, maka matilah orang itu.(John G. Whiter)

97. Kita terhutung budi kepada ibu bapa yang membesarkan kita tetapi kita tidak dapat membalas budi guru yang menjadikan kita hidup sempurna.(Alexander of Macedon)

98. Tidak ada sesiapa sekalipun

Page 12: 100 kata mutiara.docx

seorang jutawan mampu membeli kembali masa silamnya.(Oscar Wilde)

99. Kasih sayang adalah seperti pokok bunga – perlu disirami dari semasa ke semasa.(Mahatma Gandhi)

100. Selagi masih hidup, masih ada harapan.(Erasmus)