1.0 reka bentuk bengkel

5
RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL 1.0 REKA BENTUK BENGKEL 1

Upload: cekgumiera

Post on 23-Jun-2015

3.056 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0 REKA BENTUK BENGKEL

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

1.0 REKA BENTUK BENGKEL

1

pelan lantai prosespelan lantai produkpelan lantai gabungan

Pelan Lantai Bengkel

dilengkapi dengan ruang tunjuk cara dan pengajaran

Kemudahan Pengajaran

digalakkan menggunakan bengkel kalis bunyi bagi mengelakkan kebisingantahap kebisingan bengkel yang dibenarkan ialah tidak lebih dari 150 dBnamun, kebisingan 90 dB selama 8 jam boleh mengakibatkan hilang pendengaran

Bunyi

penggunaan warna yang sesuai di lantai bagi mengurangkan silauanmenggunakan warna yang cerah supaya bengkel tidak kelihatan suram dan gelap

Warna

penambahan sumber cahaya dalaman, lampu dibuka ketika pengajaran dan kerja amali dijalankanbuka tingkap bagi menjimatkan kos

Pencahayaan

mesin ditempatkan berhampiran dengan sumber bekalansistem saliran air di singki yang baik dan sempurnapengudaraan yang baik supaya bengkel tidak mengumpul haba dan mendapat udara asli

Kebersihan

Page 2: 1.0 REKA BENTUK BENGKEL

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

Reka bentuk bengkel di semua sekolah adalah hampir sama. Begitu juga dengan

bengkel Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs ini. Ruang yang agak

terhad membuatkan bengkel kelihatan agak sesak apabila kesemua murid yang

seramai 40 orang memasuki bengkel. Kawalan kelas yang baik perlu supaya murid-

murid dapat mematuhi peraturan keselamatan bengkel.

Apa yang dapat saya perhatikan ialah susunan meja kerja yang kurang sesuai.

Meja yang disusun melintang agak kurang bersesuaian untuk sesi pengajaran dan

pembelajaran. Ini kerana, murid cenderung untuk duduk menghadap rakan dan

membelakangkan guru. Ini sekaligus mengakibatkan murid tidak menumpukan

perhatian pada pengajaran guru.

Sistem pencahayaan dan pengudaraan di bengkel ini juga kurang memuaskan.

Setiap kali bengkel digunakan, lampu sentiasa dipasang untuk pencahayaan kerana

cahaya dari tingkap dan pintu kurang. Kedudukan bengkel yang berjauhan dari bilik

darjah adalah sesuai agar bunyi bising dari bengkel tidak mengganggu proses

pengajaran dan pembelajaran kelas lain.

Susun atur perabot yang rapi dan laluan yang selamat dan selesa.

2

PEMERHATIAN

Page 3: 1.0 REKA BENTUK BENGKEL

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

Penggunaan warna yang cerah dan ceria membantu pencahayaan.

3

Page 4: 1.0 REKA BENTUK BENGKEL

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

Saya mencadangkan agar susun atur meja kerja murid dibuat secara menegak.

Kedudukan ini memudahkan murid-murid memandang ke hadapan untuk melihat guru

mengajar. Ianya dapat membantu murid memberikan perhatian terhadap sesi

pengajaran. Selain itu, kedudukan ini dapat menambahkan keluasan kepada laluan

guru untuk memantau setiap kumpulan. Murid-murid juga boleh bergerak dengan lebih

selesa.

Almari menyimpan alatan pula hendaklah disusun sebaris dan menghadap ke

depan. Ianya akan kelihatan lebih teratur dan tersusun serta memudahkan proses

pengambilan alatan dan bahan.

Penggunaan warna yang cerah dan ceria seperti bengkel ini memperlihatkan

ianya lebih terang walaupun penuh dengan pelbagai alatan. Warna yang cerah tetapi

tidak ceria di bengkel sekolah ini perlu diubah supaya dapat menarik minat murid dan

meningkatkan semangat ingin belajar.

4

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN