10 kaedah seni tajmi’i (funun tajmi’ie)

4
Funun Tajmik Terdapat berbagai kaedah telah diwariskan oleh ulama silam bagi kita mengulangi kejayaan mereka, antaranya : Kaedah 1: · Tidak bermula dari zero · Ambil kira kesan tarbiyyah masyarakat pada individu. · Perlu kajian lengkap terhadap kesan masyarakat pada individu - seminar khusus. · Taqlid masyarakat lain dalam langkah awal dengan mad u adalah silap. Kaedah 2: · Sebagai medium pemula bicara, jangan biarkan cakap kosong habiskan waktu. · Tidak biarkan setiap dai try cara sendiri sahaja. · Sepakatkan stand dai dalam peristiwa tertentu. Kaedah 3: · Dai sepatutnya memilih tajuk perbualan. Kaedah 4: · Keperluan menjelaskan kenapa perlu berjamaah dari segi waqi disamping disebutkan dalil-dalil syara· Perlu jelaskan pertarungan haq dan batil dan kejayaan batil kerana kerjasama dan kerja jama I · Dai kadang kala tidak sedar perancangan dalam aturcara jahiliyyah dalam akhbar, kenyataan dan media massa. Kaedah 5: · Semua mad u tidak sama. Dai tidak hanya melihat kepada kemampuan intima pada mad u saja. · Perlu lihat sudut kehebatan yang mungkin boleh diguna pada masa depan (siyasi, penulis, kecerdikan, dihormati, berharta dll) · Apa yang perlu diberi berdasarkan latarbelakangnya (sekolah tempat belajar, guru- gurunya, keluarganya, kecenderungnya, tarafhidupnya). · Perlu buat andaian dan jangan letakkan mereka lebih atau kurang dari sepatutnya. Kaedah 6: · Ada mad u terlalu semangat mengingkari keluarganya (riba, hijab dll) hingga timbul masalah kekacauan dalam tarbiyyahnya. · Perlu difahami mereka bukan bertanggungjawab, pandangan kita terhadapnya tidak mengambil kira · keluarganya dan kita faham masyarakat adalah korban. · Mad u perlu difahamkan dengan muwazanah baina al-masolih, tadarruj, hikmah, pemaaf dll kerana keluarga tidak faham sebagaimana kita faham. · Ini bukan bermakna tarakkhus tetapi adalah mengambil cara yang sesuai. Kaedah 7: · Menjadikan suasana mesjid suatu program seimbang dengan program luar (sukan, rehlah, dakwah luar dll). · Perlu dibentuk suasana menjadikan mad u ada masa dengan dirinya sendiri (khlawah zatiyah dan tilawah Quran) tenang, memikirkan kesilapan dirinya dll. · Da I sekarang menjadikan kerja dakwah luar terlalu besar hingga tiada masa untuk dirinya di dalam masjid.

Upload: theghuraba

Post on 26-Sep-2015

67 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

10 Kaedah Seni Tajmi’i (Funun Tajmi’ie)

TRANSCRIPT

Funun TajmikTerdapat berbagai kaedah telah diwariskan oleh ulama silam bagi kita mengulangi kejayaan mereka, antaranya :Kaedah 1: Tidak bermula dari zero Ambil kira kesan tarbiyyah masyarakat pada individu. Perlu kajian lengkap terhadap kesan masyarakat pada individu - seminar khusus. Taqlid masyarakat lain dalam langkah awal dengan madu adalah silap.Kaedah 2: Sebagai medium pemula bicara, jangan biarkan cakap kosong habiskan waktu. Tidak biarkan setiap dai try cara sendiri sahaja. Sepakatkan stand dai dalam peristiwa tertentu.Kaedah 3: Dai sepatutnya memilih tajuk perbualan.Kaedah 4: Keperluan menjelaskan kenapa perlu berjamaah dari segi waqi disamping disebutkan dalil-dalil syara Perlu jelaskan pertarungan haq dan batil dan kejayaan batil kerana kerjasama dan kerja jamaI Dai kadang kala tidak sedar perancangan dalam aturcara jahiliyyah dalam akhbar, kenyataan dan media massa.Kaedah 5: Semua madu tidak sama. Dai tidak hanya melihat kepada kemampuan intima pada madu saja. Perlu lihat sudut kehebatan yang mungkin boleh diguna pada masa depan (siyasi, penulis, kecerdikan, dihormati, berharta dll) Apa yang perlu diberi berdasarkan latarbelakangnya (sekolah tempat belajar, guru-gurunya, keluarganya, kecenderungnya, tarafhidupnya). Perlu buat andaian dan jangan letakkan mereka lebih atau kurang dari sepatutnya.Kaedah 6: Ada madu terlalu semangat mengingkari keluarganya (riba, hijab dll) hingga timbul masalah kekacauan dalam tarbiyyahnya. Perlu difahami mereka bukan bertanggungjawab, pandangan kita terhadapnya tidak mengambil kira keluarganya dan kita faham masyarakat adalah korban. Madu perlu difahamkan dengan muwazanah baina al-masolih, tadarruj, hikmah, pemaaf dll kerana keluarga tidak faham sebagaimana kita faham. Ini bukan bermakna tarakkhus tetapi adalah mengambil cara yang sesuai.Kaedah 7: Menjadikan suasana mesjid suatu program seimbang dengan program luar (sukan, rehlah, dakwah luar dll). Perlu dibentuk suasana menjadikan madu ada masa dengan dirinya sendiri (khlawah zatiyah dan tilawah Quran) tenang, memikirkan kesilapan dirinya dll. DaI sekarang menjadikan kerja dakwah luar terlalu besar hingga tiada masa untuk dirinya di dalam masjid.Kaedah 8: Jangan biarkan madu memilih buku dengan banyaknya tanpa mengikut keperluan dan kesesuaian dengan marhalahnya. DaI perlu membawanya ke kedai dan perpustakaan dan tunjukkan mana buku yang perlu dan kenapa. Pembacaan tidak manhaji mengucar kacirkan kefahaman dan peningkatannya.Kaedah 9: Madu baru perlu dididik beberapa bulan atau setahun sebelum lakukan dakwah secara berdepan. Bahaya terlalu cepat - lakukan kesalahan dan takut atau menghadapi respon syubhat yang tidak dapat dijawab. Tidak mengapa dia menjadi jambatan untuk menarik orang lain dan dibawa kepada dai.Kaedah 10: Anasir baik dalam masyarakat ramai tetapi dilupai. Perlukan analisa teliti dan senaraikan - dicuba dan berjaya. Ambil masa sehari dengan kertas dan panggil ingatan orang yang ada peluang untuk didekati dan dibawa ke dalam dakwah : Saudara mara, jiran, kawan semasa kecil, sekolah menengah, universiti, satu kuliah, kawasankawasan tertentu, jalan demi jalan, seluruh bandar, pejabat demi pejabat, kenalan ayah dan ibunya, peniaga dll. Dapat cara perhubungan dengan semuanya dan buang nama yang tidak dapat dihubungi. Bahagi kepada 3 kategori : Potensi, kurang dan agak lemah. Berikan perhatian melalui ziarah, hantar sebaran, pastikan tahu jika ada program, ajak kenduri dll. Boleh dibuat secara jamaI dan markazi dan simpan dalam database.Panduan- panduan Dalam Operasi Tajmie 1. Menampilkan teladan yang baik sebelum berdakwah Rasulullah adalah teladan terbaik perlaksanaan tuntutan Islam secara yang syumul. Menjadi kewajipan bagi para daie untuk mengkaji dan mencontohi pekerti Rasul melalui Sirah Nabawiyah. Contoh yang mulia juga ada pada para sahabat dan tabien . Perlu menampilkan teladan yang baik kepada anak dan isterinya sebelum kepada masyarakat. Sebelum itu ia harus bermula dengan diri sendiri dengan memaksimumkan keikhlasan dan kejujuran kepada Allah. Syiar kita ialah Asleh Nafsaka Wadu Ghairaka perbaiki dirimu dan di waktu yang sama dakwahlah orang lain kepada Islam. Begitu juga syiar Aqim Daulatal Islam Fi Qalbika, Taqum Fi Ardhika- Tegakkan negara Islam di dalam hatimu, nescaya ia akan tertegak di atas muka bumi ini. Muaz ra berkata: Rasulullah telah berwasiat kepadaku agar aku bertaqwa kepada Allah, bercakap benar, menunai janji, melaksana amanah, menjauhi khianat, memelihara adab kejiranan, belas kepada anak yatim, berkata lembut, menyebarkan salam, beramal saleh, memendekkan angan- angan, sentiasa tetap beriman, meningkatkan kefahaman terhadap Al Quran, mencintai akhirat, merasa takut kepada hisab dan bersikap tawadhu. Aku juga melarang kamu memaki orang yang bijaksana, mendustakan orang yang jujur, mentaati orang yang berbuat dosa, menentang pemimpin yang adil atau membuat kerosakan di muka bumi. Aku wasiatkan agar kamu bertaqwa kepada Allah ketika berada di samping batu, pepohonan dan di rumah. Hendaklah kamu perbaharui taubat bagi setiap dosa yang tersembunyi dan terang. Riwayat Abu Nuaim.2. Menambat hati sebelum memberi penjelasan Risalah kita adalah risalah kasih sayang. Rasa kasih perlu didahulukan agar penjelasan selanjutnya akan berlegar di dalam ruang yang harmoni Pembinaan hubungan yang baik adalah kunci untuk menambat hati manusia Anda haruslah disenangi terlebih dahulu sebelum usaha pengislahan akan ditanggapi secara positif kerana sewaktu perhubungan yang baik itu, mereka akan mengenali anda sebagai orang yang baik dan tiada kepentingan. Elakkan penggunaan uslub yang keras dan memaksa. 3. Memberikan kefahaman sebelum memberi tanggungjawab Kefahaman adalah asas tindakan yang tepat dan betul Pengenalan kepada Allah dan risalah harus didahulukan sebelum meminta sebarang iltizam agar perlaksanaan tuntutan berdiri di atas landasan yang benar Kethiqahan terhadap perjuangan akan membuahkan iltizam yang tinggi4. Bertahap- tahap dalam memberi tanggungjawab Syariat Islam turun bertahap- tahap . Dakwah juga mempunyai marhalah tertentu bersesuaian dengan realiti pendakwah dan juga realiti masyarakat. Jangan gopoh dalam berdakwah hingga melemahkan madu untuk menyertai operasi dakwah 5. Mempermudah, bukan mempersulit Taklif Rabbani mengambil kira kaedah bermulanya taklif dari yang mudah kepada yang berat seperti pengharaman arak dll. Mengambil kira kemampuan dan tahap keilmuan mereka. Islam membenci sikap ekstrim dalam apa jua keadaan. 6. Pupuk kesepakatan isu pokok sebelum bertembung dlm perkara kecil. Mendahulukan perkara- perkara asas dan utama sebelum perkara- perkara juz'ie, furu dan khilaf Kita jarang berselisih terhadap perkara yang asas tetapi sering berbeza dalam perkara juzie. Oleh itu mereka harus ditarbiyah agar menjiwai perkara ini.7. Pendekatan yang mengembirakan sebelum yang menggerunkan. Bermulalah dengan sesuatu yang positif, disenangi dan menyeronokkan sehingga rasa kasih kepada Alllah dan perjuangan menjadi mantap. Bina ketahanan dalaman yang didasari iman dan kefahaman yang betul agar kesukaran dakwah dapat dilihat sebagai sesuatu yang manis dan bermakna.

Pelebaran berimbang dan berhemat: Bangga dengan kebenaran walaupun keseorang (contoh Ibrahim). Jahiliyyah keseorangan/dagang walau ramai. Muslim tidak menukar fikrahnya walaupun ditolak dan tidak menang- tidak seperti jahiliyyah. Sayyid Qutb: : ! . Fitrah sukakan bilangan ramai dan menang. Mukmin suka menjadi Imam dan memimpin manusia lain dalam agama: Pengumpulan pengikut perlu seimbang dengan kemampuan tarbiyyah dan kuasa murabbi perlu juga penambahan ilmu dan ibadat. Bermudah dalam penerimaan anggota takwin membahayakan J. Kita berbeza dengan parti jahiliyyah yang menggunakan rajul syari untuk kepentingan mereka kerana mereka pragmatisma. Islam tidak menang dengan orang spt itu. Kemenangan jahiliyyah sementara adalah untuk mendedahkan kelemahan mereka dan membuktikan kehebatan Islam. Pemilihan memelihara kiok..! Syarat qudwah mesti ada pada pada orang yang memegang jawatan dalam dakwah walaupun tidak terlibat secara langsung dalam amal tarbiyyah. Mereka juga dilihat oleh pengikut dan orang bawah. Kedudukan qudwah perlukan orang azimah dan menjauhi rukhsah. Bahaya pemilihan ketua berpandukan kebolehan bercakap, sijil, masyhur atau selalu ke depan tanpa dikenali lebih dekat. Pemilihan perlu berpandukan iman, fiqh dakwah, kesibukan dalam kerja tajmi dan tarbawi dan jelas ketaatan (Umar kekalkan Ahnaf bin Qais setahun di Madinah sebelum dihantar kepada Abu Musa).

Kualiti bukan kuantiti