1 soalan percubaan

10
2215 Kesusasteraan Melayu Percubaan SPM September 2012 2 ½ jam MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN ================================== PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 KESUSASTERAAN MELAYU Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian Satu dan Bahagian Dua. Jawab semua soalan Bahagian Satu. Jawab tiga soalan Bahagian Dua, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

Upload: soreambang

Post on 03-Aug-2015

130 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Soalan Percubaan Kesusasteraan Melayu 2012

TRANSCRIPT

Page 1: 1 SOALAN PERCUBAAN

2215Kesusasteraan MelayuPercubaan SPMSeptember 20122 ½ jam

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIACAWANGAN NEGERI SEMBILAN

==================================

PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMASIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012

KESUSASTERAAN MELAYU

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian Satu dan Bahagian Dua.

Jawab semua soalan Bahagian Satu.

Jawab tiga soalan Bahagian Dua, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan berasingan. Sekiranya terdapat kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas

peperiksaan.

Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak

Page 2: 1 SOALAN PERCUBAAN

SULIT

[Lihat halaman sebelah

Bahagian Satu

[40 markah]

Jawab semua soalan.

Puisi A

Kapal belayar menimbang arus, Patah kemudi menyusur pantai;

Sudah jumpa songket yang bagus, Kalah membeli menang memakai.

(Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan)

1. (a) Apakah jenis puisi di atas ? [1 markah]

(b) Nyatakan tiga ciri puisi di atas. [3 markah]

2. Serbuk dituang di dalam peti, Terbang burung ke tengah laut; Jikalau lambat tuan ngubati, Dendam berkurung hampirkan maut.

(Dipetik daripada Hikayat Cendawan Putih)

Jelaskan maksud pantun di atas. [4 markah]

3.

2215 © 2012 Hak Cipta MPSMNS [Lihat sebelah

SULIT

2

Hatta, maka Indera Wiruna pun segeralah ia memanahkan anak panahnya ke udara, berdengung-dengung bunyinya. Akan hujung panah itu bernyala-nyala seperti api. Seketika, maka datanglah anak panah itu hendak mengenai Putera Jayapati, betul dengan dadanya. Serta dekat, maka diludahnya oleh Putera Jayapati, maka anak panah itu pun hancur menjadi air. Maka Raja Indera Wiruna pun hairan melihat senjatanya yang sakti itu tiada mahu membunuh.

(Dipetik daripada Hikayat Putera Jayapati)

Page 3: 1 SOALAN PERCUBAAN

SULIT

Berikan dua unsur kesaktian yang terdapat dalam petikan. [4 markah]

4. Sesekali pesakitkuaku ingin jadi pesakitmuyang lelah di laut harap memintal buih-buih kehidupandalam gelombang semangat.

(Dipetik daripada sajak Sesekali Pesakitku oleh Aminah Mokhtar)

Nyatakan dua contoh gaya bahasa metafora dalam petikan sajak. [4 markah]

5.

Nyatakan dua persoalan dalam petikan. [4 markah]

6.

Nyatakan empat harapan Haji Pahlawan dalam petikan. [4 markah]

2215 © 2012 Hak Cipta MPSMNS [Lihat sebelah

SULIT

3

HANG TUAH: Ya, bagi kami itu lebih mulia lagi daripada menjadi orang

yang ingkar kepada undang-undang dan perintah raja.

NAKHODA ANTAH BERANTAH: Tapi, apabila kau sudah mati, perintah apa yang aku mahu ikut lagi?

(Dipetik daripada drama Lima Perwira oleh Kala Dewata)

HAJI PAHLAWAN: ..... nasib bangsa kita hanya dapat dikekalkan dengan

kesatuan hati dan kesatuan kebangsaan. Kita hendak meninggi dan memelihara maruah serta kesopanan bangsa kita ... kita mahu tanah air dan bangsa kita selamat ... selamat jika kita kuat dan kekuatan itu jika kita bersatu! (Menangis) Mana Dato Onn? Aku nak Dato’ Onn! Aku nak Tunku Abdul Rahman!

(Dipetik daripada drama Muzikal Kampung Baru..

Page 4: 1 SOALAN PERCUBAAN

SULIT

7.

Nyatakan empat gambaran masyarakat dalam petikan. [4 markah]

8.

Jelaskan dua teknik penceritaan berserta contoh dalam petikan. [4 markah]

9.

Nyatakan empat perwatakan Latifah yang terdapat dalam petikan. [4 markah]

10.

2215 © 2012 Hak Cipta MPSMNS [Lihat sebelah

SULIT

4

Tugas utama kami tentulah membahagi-bahagikan koleksi pakaian yang diderma oleh masyarakat prihatin di Malaysia kepada penduduk di situ. Penduduk yang rata-rata terdiri daripada balu bersama sebahagian daripada 50 000 anak yatim akibat perang yang mengorbankan lebih 10 000 pejuang Barisan Pembebasan Kerajaan Moro.

(Dipetik daripada cerpen Di Bawah Langit Takut- Takut.

oleh Amalia Fauza Bohari)…

Sesekali terbayang juga wajah Latifah yang begitu terserlah kecantikannya. Dalam usia sunti itu Latifah begitu matang perawakannya. Tutur katanya lembut. Tingkahnya sopan. Sebagai anak muda, Jalil tidak terlepas daripada berangan-angan untuk memiliki gadis sebaik dan secantik Latifah.

(Dipetik daripada novel Dari Lembah Ke Puncak,...

”Ambuh !” Suara parau tercetus keluar daripada mulut bininya. ”Pak hang ni nak melawak saja eh! ” Anak-anaknya tersengih kegelian melihat telatah emak mereka. Seorang dua berdekah gelak hingga tersembur biji nasi yang masih belum terkunyah. Jusoh tersenyum.

(Dipetik daripada cerpen Gelungnya Terpokah,...

”Benar seperti kata orang tua awak. Azuera dan abangnya orang susah malah anak yatim, tapi mereka berjaya. Kenapa? Kerana azam dan semangat mereka kuat. Mereka memegang prinsip biar apa orang nak kata, asalkan mereka di pihak yang benar, mereka tidak perlu takut.” Cikgu Syakinah tersenyum lebar.

(Dipetik daripada novel Jeriji Kasih,...

Page 5: 1 SOALAN PERCUBAAN

SULIT

Nyatakan dua pengajaran dalam petikan. [4 markah]

Bahagian Dua

[60 markah]

Bahagian A (Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)

Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.

1. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PUISI Tersebut pula suatu cerita, Hairan segala di dalam cita;Baharulah kami mendengar warta, Nuri konon tahu berkata.

. Di Gunung Puteri akan tempatnya, Dari udara konon asal mulanya;Terlalu harum akan baunya, Tiada menyamai pada zamannya.

Elok manis indah rupanya, Terlalu halus barang katanya;Sangatlah bijak akan akalnya, Dalam istana sukar bandingnya.

.(Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan)

(a) Jelaskan empat ciri bentuk puisi di atas. [4 markah]

(b) Nyatakan empat keistimewaan burung Nuri. [8 markah]

(c) Cipta dua rangkap syair bertemakan kerjasama. [8 markah]

2215 © 2012 Hak Cipta MPSMNS [Lihat sebelah

SULIT

5

Page 6: 1 SOALAN PERCUBAAN

SULIT

2. Berdasarkan cerita Hikayat Indera Nata :

(a) Jelaskan lima unsur kehebatan Indera Nata. [10 markah]

(b) Huraikan lima nilai murni dalam cerita di atas. [10 markah]

Bahagian B (Puisi Moden dan Drama)

Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4

3. Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

AYAH(sesudah dua puasa, aku lagi ingat)

Umur merampas kemudaanmumenabur putih di kepalabagi awan pasti yang mengambang ke lautdemikian aku melihatnyamenggugurkan rintik-rintik hujanke bumi.

Waktu tua ia memendam nestapabersama tubuh yang dingin lewat hari-hari yang tak gembira dari keasingan si bongsu,tapi aku tak menduga sayangmutak mengukur korban usia tua sekaliannya telah selesai dan terlewat.

Sekalian yang menyedihkan kurebut kembalimenggoda saat-saat umurkumimpi-mimpi malamdan perjalanan.

(Dipetik daripada sajak Ayah, oleh Baha Zain)

(a) Jelaskan tema sajak tersebut. [4 markah]

2215 © 2012 Hak Cipta MPSMNS [Lihat sebelah

SULIT

6

Page 7: 1 SOALAN PERCUBAAN

SULIT

(b) Huraikan empat gaya bahasa berserta contoh. [8 markah]

(c) Cipta sebuah sajak bertemakan kasih sayang seorang anak kepada ayah atau ibu. Bilangan baris sajak anda itu hendaklah tidak kurang daripada lima belas baris. [8 markah]

4. Berdasarkan drama Menggapai Pelangi karya Hatta Azad Khan :

(a) Jelaskan lima unsur Islam yang terdapat dalam drama tersebut. [10 markah]

(b) Huraikan lima persoalan dalam drama tersebut. [10 markah]

Bahagian C(Cerpen dan Novel)

Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6

5. Berdasarkan cerpen Anak-Anak Suria karya Zaharah Nawawi :

(a) Huraikan tema cerpen. [4 markah]

(b) Jelaskan satu unsur suspens dan satu unsur kejutan dalam cerpen. [4 markah]

(c) Huraikan tiga pengajaran dalam cerpen. [12 markah]

6. Berdasarkan novel Dari Lembah Ke Puncak karya Ghazali Lateh :

(a) Berikan lima bukti yang menggambarkan kegigihan Jalil seperti yang terdapat dalam novel. [10 markah]

(b) Huraikan lima perwatakan Pak Teh. [10 markah]

2215 © 2012 Hak Cipta MPSMNS [Lihat sebelah

SULIT

7

Page 8: 1 SOALAN PERCUBAAN

SULIT

KERTAS SOALAN TAMAT

2215 © 2012 Hak Cipta MPSMNS [Lihat sebelah

SULIT

8