“1 malaysia - staripoh.edu.my pendaftaran tahun 2016_1.pdf2.1 hari pendaftaran untuk pelajar...

6
1 “1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKANRuj.Kami : STAR 02/07/04 (95) Tarikh : 14 Disember 2015 Yang Berbahagia Datuk Seri/Datin Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan, Ibubapa / Penjaga Pelajar Tingkatan 1 Sesi Persekolahan 2016, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Yang Berbahagia Datuk Seri/Datin Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan, Assalamualaikum WBT SESI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2016 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH Perkara di atas adalah berkaitan. 2. Sukacita dimaklumkan, bahawa sesi pendaftaran pelajar Tingkatan 1 tahun 2016 akan diadakan seperti maklumat di bawah;- 2.1 Hari Pendaftaran Untuk Pelajar Tingkatan 1, Sesi Persekolahan 2016 Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2016 adalah seperti ketetapan di bawah :- Tarikh : 06 Januari 2016 (Rabu) Masa Pendaftaran : 8.30 pagi Taklimat Rasmi : 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari Tempat : Dewan STAR Check in Asrama : 12.00 tengah hari Ibubapa/penjaga diwajibkan hadir semasa sesi taklimat bagi mengetahui maklumat-maklumat terkini dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dari pihak sekolah. 2.2 Pakaian Semasa Hari Pendaftaran Pakaian semasa hari pendaftaran ialah Baju Sekolah Putih, Seluar Putih dan Kasut Kulit Hitam. 2.3 Kadar Bayaran Yuran Asrama, Yuran SUWA Dan Sumbangan PIBG Tahun 2016. 2.3.1 Semua bayaran Yuran Asrama, Yuran SUWA dan Sumbangan PIBG boleh dijelaskan pada 06.01.2016. 2.3.2 Kadar Yuran Asrama, Yuran SUWA dan Sumbangan PIBG 2016 yang ditetapkan bolehlah dirujuk pada Lampiran A.

Upload: vandieu

Post on 16-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: “1 MALAYSIA - staripoh.edu.my Pendaftaran Tahun 2016_1.pdf2.1 Hari Pendaftaran Untuk Pelajar Tingkatan 1, Sesi Persekolahan 2016 Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan

1

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” Ruj.Kami : STAR 02/07/04 (95) Tarikh : 14 Disember 2015

Yang Berbahagia Datuk Seri/Datin Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan, Ibubapa / Penjaga Pelajar Tingkatan 1 Sesi Persekolahan 2016, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh. Yang Berbahagia Datuk Seri/Datin Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan, Assalamualaikum WBT SESI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2016 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, IPOH Perkara di atas adalah berkaitan. 2. Sukacita dimaklumkan, bahawa sesi pendaftaran pelajar Tingkatan 1 tahun 2016 akan diadakan seperti maklumat di bawah;-

2.1 Hari Pendaftaran Untuk Pelajar Tingkatan 1, Sesi Persekolahan 2016

Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2016 adalah seperti ketetapan di bawah :-

Tarikh : 06 Januari 2016 (Rabu) Masa Pendaftaran : 8.30 pagi Taklimat Rasmi : 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari Tempat : Dewan STAR Check in Asrama : 12.00 tengah hari

Ibubapa/penjaga diwajibkan hadir semasa sesi taklimat bagi mengetahui maklumat-maklumat terkini dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dari pihak sekolah.

2.2 Pakaian Semasa Hari Pendaftaran Pakaian semasa hari pendaftaran ialah Baju Sekolah Putih, Seluar Putih dan Kasut Kulit Hitam. 2.3 Kadar Bayaran Yuran Asrama, Yuran SUWA Dan Sumbangan PIBG Tahun 2016.

2.3.1 Semua bayaran Yuran Asrama, Yuran SUWA dan Sumbangan PIBG boleh dijelaskan pada 06.01.2016.

2.3.2 Kadar Yuran Asrama, Yuran SUWA dan Sumbangan PIBG 2016 yang ditetapkan bolehlah dirujuk pada Lampiran A.

Page 2: “1 MALAYSIA - staripoh.edu.my Pendaftaran Tahun 2016_1.pdf2.1 Hari Pendaftaran Untuk Pelajar Tingkatan 1, Sesi Persekolahan 2016 Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan

2

2.3.3 Ibu bapa/penjaga boleh membuat bayaran secara tunai/kiriman wang/wang pos/bank

draf atas nama seperti berikut;-

2.3.4. Bayaran secara CEK DAN ONLINE tidak dibenarkan

2.4. Keperluan Harian Pelajar

Pihak kami memohon kerjasama dari ibu bapa / penjaga agar dapat melengkapkan keperluan anak masing-masing mengikut keperluan dengan secukupnya. Pihak kami percaya keperluan secukupnya pada anak masing-masing akan dapat mengelakkan dari kejadian mengambil hak pelajar lain.

Bersama ini disertakan senarai semak (minima), Lampiran B keperluan pelajar untuk tindakan Datuk Seri/Datin Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan. Pelajar diwajibkan melekatkan Lampiran C dan Lampiran D dalam almari masing-masing.

2.5 Borang Keselamatan dan Surat Aku Janji

Sila bawa bersama Borang Keselamatan (Lampiran E) dan Surat Aku Janji (Lampiran F) dan serahkan semasa sesi pendaftaran.

2.6 Peraturan Sekolah dan Displin Pelajar Disiplin adalah antara elemen terpenting yang menentukan kejayaan seseorang dan sekaligus memberi kesan kepada kejayaan sesebuah institusi. Bagi memastikan harapan ini, STAR Ipoh sangat komited dan terus berusaha bagi mengekalkan keunggulan sebagai sebuah sekolah yang terbaik dari segi pencapaian akademik dan sahsiah pelajarnya. Berkaitan dengan ini penguatkuasaan peraturan yang sedia ada akan diteruskan bagi memastikan pelaksanaan aktiviti harian pelajar tidak terganggu. Ibu bapa/penjaga diminta untuk bersama-sama sentiasa memastikan anak jagaan Datuk Seri/Datin Seri/Dato’/Datin/ Tuan/Puan sentiasa mematuhi peraturan sekolah agar dapat memastikan kecemerlangan diri anak dalam aspek rohani, sahsiah, akademik, kepimpinan dan kokurikulum.

2.7 Buku Rekod Penghuni Asrama

Buku Rekod Penghuni Asrama yang telah dilaksanakan penggunaannya pada tahun 2012 ternyata berkesan dalam meningkatkan peraturan keluar masuk sekolah. Ibu bapa/Penjaga diminta untuk memastikan anak jagaan Datuk Seri/Datin Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan sentiasa mematuhi penggunaan Buku Rekod Penghuni Asrama tersebut. Pelajar dikehendaki mengumpulkan dan menyerahkan buku tersebut mengikut dorm masing-masing untuk diperiksa semasa sesi Taklimat Asrama yang akan diadakan pada jam 8.00 malam hari pendaftaran (6 Januari 2016 – Rabu). Pelajar diwajibkan melengkapkan semua butiran di halaman hadapan dan belakang serta melekatkan sekeping gambar dibuku berkenaan. Pelajar yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan disiplin.

2.8 Wang Saku Pelajar

Para pelajar tidak digalakkan menyimpan wang saku sendiri dalam jumlah yang besar pada sesuatu masa (tidak digalakkan menyimpan melebihi RM 20.00). Ini adalah untuk mengelakkan dari kehilangan. Para pelajar telah dimaklumkan agar mereka menyimpannya pada warden atau guru penasihat masing-masing. Pihak sekolah juga telah menyediakan perkhidmatan mesin ATM CIMB Bank di pintu pagar utama sekolah dan perkhidmatan Bank BSN di Koperasi STAR. Pelajar digalakkan mempunyai kad ATM masing-masing untuk membolehkannya mengeluarkan wang pada kadar minimum RM 10.00

Bil Jenis

Bayaran Bayaran Atas Nama

1. Yuran

Asrama PENGETUA SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN

2. Yuran SUWA SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN

3. Sumbangan

PIBG PIBG SEK TUANKU ABD RAHMAN

Page 3: “1 MALAYSIA - staripoh.edu.my Pendaftaran Tahun 2016_1.pdf2.1 Hari Pendaftaran Untuk Pelajar Tingkatan 1, Sesi Persekolahan 2016 Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan

3

2.9 Penggunaan Barang Terlarang Penggunaan barang terlarang oleh para pelajar adalah dilarang sama sekali. Pihak kami amat berharap agar para ibu bapa dapat mengambil tindakan yang serius bagi memastikan barang terlarang tidak dibawa bersama ke sekolah. Pihak sekolah berhak untuk merampasnya serta tidak akan dikembalikan. Senarai barangan larangan seperti Lampiran G. Pelajar dilarang membawa telefon bimbit di sekolah selaras dengan Pekeliling daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Untuk makluman Datuk Seri/Datin Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan Mesyuarat Agong PIBG akan diadakan pada bulan 20 Mac 2016. Datuk Seri/Datin Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan akan dijemput hadir ke Mesyuarat Agong tersebut. 4. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Mohammad Rosli bin Ahmad PK HEM No. h/p : 019-8159358 atau Encik Mohd Faris bin Ahmad No. h/p : 013-35919080, Puan Mastura binti Suhaimi No h/p : 012-5472134 (Bendahari PIBG) atau Puan Mardiyana binti Sulaiman No. h/p : 012-5783287 (Yuran Makan). Komitmen Datuk Seri/Datin Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Nota : Lampiran B, C, D, E, F, G dan H sila download di laman web www.staripoh.edu.my dan perlu dibawa semasa pendaftaran.

Page 4: “1 MALAYSIA - staripoh.edu.my Pendaftaran Tahun 2016_1.pdf2.1 Hari Pendaftaran Untuk Pelajar Tingkatan 1, Sesi Persekolahan 2016 Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan

4

ILMU PANDUAN HIDUP Lampiran A

SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh,

Perak Darul Ridzuan.

KADAR BAYARAN YURAN ASRAMA, YURAN SUWA DAN SUMBANGAN PIBG TAHUN 2016

BOLEH DIBAYAR PADA HARI PENDAFTARAN 06.01.2016

BAHAGIAN A - KUTIPAN BAYARAN ASRAMA TINGKATAN 1 Kategori A – Pelajar Projek Khas

Bil Tajuk/Jenis Kutipan Tingkatan

Satu

1. Yuran Makan Asrama -

2. Dobi RM110.00

Jumlah Besar RM110.00

Kategori B - (Ibubapa/ Penjaga berpendapatan RM4999.00 sebulan dan ke bawah)

Bil Tajuk/Jenis Kutipan Tingkatan

Satu

1 Yuran Makan Asrama RM250.00

2 Dobi RM110.00

Jumlah Besar RM360.00

Kategori C - (Ibubapa/ Penjaga berpendapatan RM5000.00 sebulan dan ke atas)

Bil Tajuk/Jenis Kutipan Tingkatan

Satu

1 Yuran Makan Asrama RM750.00

2 Dobi RM110.00

Jumlah Besar RM860.00

Page 5: “1 MALAYSIA - staripoh.edu.my Pendaftaran Tahun 2016_1.pdf2.1 Hari Pendaftaran Untuk Pelajar Tingkatan 1, Sesi Persekolahan 2016 Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan

5

BAHAGIAN B – YURAN SUWA TINGKATAN 1 Jumlah Bayaran :

Bil Tajuk/Jenis Kutipan Tingkatan

Satu

1. Majalah Sekolah RM12.00

Jumlah Besar RM12.00

* Perhatian : Jika membuat bayaran menggunakan kiriman wang/wang pos/bank draf bagi Yuran Asrama dan Majalah hendaklah dibuat bayaran atas nama yang berasingan (Sila rujuk m/s 2).

BAHAGIAN C – SUMBANGAN PIBG TAHUN 2016 Bayaran Sumbangan PIBG Tahun 2016 boleh di buat samada secara kiriman wang/wang pos/bank draf seperti berikut:

Kategori A - (Ibubapa/ Penjaga berpendapatan RM4999.00 sebulan dan ke bawah)

Bil Tajuk/Jenis Kutipan Tingkatan

Satu

1 Sumbangan Asas 110.00

2 Kecemerlangan Akademik 50.00

3 Kokurikulum 10.00 4 ICT 10.00

5 Pembangunan Sahsiah dan Fardhu Ain

23.00

Jumlah Besar RM203.00

Kategori B - (Ibubapa/ Penjaga berpendapatan RM5000.00 sebulan dan ke atas)

Bil Tajuk/Jenis Kutipan Tingkatan

Satu

1 Sumbangan Asas 110.00

2 Kecemerlangan Akademik 100.00

3 Kokurikulum 10.00 4 ICT 10.00

5 Pembangunan Sahsiah dan Fardhu Ain

23.00

Jumlah Besar RM253.00

Jenis Bayaran Bayaran Atas Nama

Sumbangan

PIBG PIBG SEK TUANKU ABD RAHMAN

Page 6: “1 MALAYSIA - staripoh.edu.my Pendaftaran Tahun 2016_1.pdf2.1 Hari Pendaftaran Untuk Pelajar Tingkatan 1, Sesi Persekolahan 2016 Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan

6