1. lampu hijau - skkgtitingan.com

29
1. Lampu Hijau Andai menongkah arus pelangi ini Lampu hijaukan hatimu Meneroka warna ilmu Menyusur onak profesionlisme Demi membina generasi baharu Melengkapkan diri usah jemu Agar rembulan insan bergemerlapan Andai telah hijau hatimu Bertanyalah usah malu Agar tidak sesat haluannya Jalannya tidak buntu Biar asli biar jitu Berwibawa mudah diterima Bagai adat padi Makin berisi makin tunduk ke bumi Tapi bererti Usah kuningkan Lampu hatimu Dek keraguan bertalu palu Tiada kejayaan seorang muridmu Tanpa usaha doa cahaya tuntunanmu Justeru Binalah empayarmu seikhlas mahu Selagi menyala membara lampumu Usah merahkan Lampu hatimu Tatkala ada yang menggigit cemuh Sebarkan bintang bintang ilmuan

Upload: others

Post on 02-Oct-2021

2 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

1. Lampu Hijau

Andai menongkah arus pelangi ini

Lampu hijaukan hatimu

Meneroka warna ilmu

Menyusur onak profesionlisme

Demi membina generasi baharu

Melengkapkan diri usah jemu

Agar rembulan insan bergemerlapan

Andai telah hijau hatimu

Bertanyalah usah malu

Agar tidak sesat haluannya

Jalannya tidak buntu

Biar asli biar jitu

Berwibawa mudah diterima

Bagai adat padi

Makin berisi makin tunduk ke bumi

Tapi bererti

Usah kuningkan Lampu hatimu

Dek keraguan bertalu palu

Tiada kejayaan seorang muridmu

Tanpa usaha doa cahaya tuntunanmu

Justeru

Binalah empayarmu seikhlas mahu

Selagi menyala membara lampumu

Usah merahkan Lampu hatimu

Tatkala ada yang menggigit cemuh

Sebarkan bintang bintang ilmuan

Page 2: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

Selari hasrat falsasfah pendidikan

Yang mampu mereka cipta

Demi keutuhan negara tercinta

Lampu hatimu hijaukan

Untuk generasi masa hadapan

Tanamkan suluhan ilmu kecintaan

Agar terkota madah

Berguru demi ilmu

Bina generasi baharu

Hati ini selamanya

Telah kulampukan hijau

Hingga ke akhir hayatku

Kerana Dia

Kerana bangsa dan agama

Kerana negara memerlukan kita

Kerana di sana

Menanti kebun Syurga.

Page 3: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

2. Boyot

Tiap detik degupan jantung

Adalah rona-rona riak wajah

Cerminan darah sebuah kegemuruhan

Akankah roh di tiup pada jasad

Dalam menggalas beban di bahu

Masih cekal mencanai karenah

Kecerewetan along

Aksi kerentanan angah

Sekeping hati kian tabah

Memboyot saksi kasihmu

Melunaskan janji seorang insan

Tak pernah berkeluh kesah

Melayan menanti kehadirannya

Bonda,

Ribuan pedihmu kausimpan

Kisah lelah kaupendam

Jerit perih kauhadam

Bagai berat mata memandang

Berat lagi bahu memikul

Dalam usapan dan drama titisan airmata

Tatkala suaramu kedengaran

Meski sarat mengandung

Segalanya kauterjang

Terima kasih bonda

Dalam boyotmu kurniaan-Nya, syukur!

Page 4: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

3. Angin Malam

Senja menitis berlalu pergi

Balik awan dicengkam kesepian

Mega berlabuh bersembunyi

Malam nenyusup

Ke dalam hati

Angin malam berlayar

Menerpa cerita silam

Menusuk jiwa terungkai rahsia

Sang unggas berdendang duka

Angkara manusia lupa alpa

Malam makin larut

Gelap kelam likat

Sedang bayu berbisik bungkam

Masihkah ada setitik penyesalan

Agar diri terlepas hukuman

Page 5: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

Angin malam berhembus bisa

Menghirup kisah luka

Duka sendu

Moga ada jalan pengakhiran

Antara sinar dan kelam.

Page 6: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

4. Apa Lagi Yang Kita Cari

Saat nada bergetaran

Jeritan kasih menyatu insan

Kita bertemu dengan alam

Sarat dengan muatan

Irama merdu dan songsang

Irama kasih dan tergoncang

Kita memilihnya

Bangga melalui arus kedewasaan

Jalan berliku merintangi ketenangan

Kekadang terjatuh di gaung kesakitan

Kekadang kita rangkul kebahagiaan

Ribut taufan silih berganti bermusim

Kita rasakan nikmat pemberian Tuhan

Kehilangan menjadi peneman

Bonda melawan kesakitan kini diam

Anak bersendirian menongkah lautan

Tanpanya mengalirkan kasih sayang

Page 7: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

Bonda terima kasih melahirkan

Kelembutan bonda darah kekuatan

Hanya tinggal kenangan

Ayahanda gagah membina empayarnya

Butir keringat berharga

Berjatuhan terhenti sudah

Raut wajah membisu

Senyap seribu bahasa

Ayah,

Rindu sering menerpa

Meski kasih terlerai sudah

Dalam sujud Kukuduskan doa

Saat begini mengimpikan di sisi

Terima kasih duhai insani

Lindungan Illahi

Apa lagi yang kita cari

Semua akan ke sana nanti.

Page 8: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

5. Bagaikan Si Kunang-kunang

Pernah dulu,

Gelak tawamu menghiasi laman jiwa

Saat itu Terukir wajah ceria

Dengan tekad ingin berjaya

Kaukudoakan

Untuk menggenggam piala cita

Tanpa ragu menyusun senjata

Yakin usaha berbalas bahagia

Engkau semangat menghadapinya

Ingin melihat kauterus tertawa

Bulan beredar melangkah

Bebintang di sampingnya bersinar indah

Meski gerimis panas menyimbah

Namun karang di lautan

Teguh tiada leburnya

Page 9: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

Bagai si kunang-kunang keriangan

Terbang mengibar sayap

Tersenyum melewati alam

Walau jauh

Semoga beroleh kemenangan.

Page 10: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

6. Bahagia Seperti Kita

Ditanah ini, kita tersenyum bergembira

Ditanah ini, kita bersenda bersuka ria

Di sana mereka berduka melara

Dihimpit derita sengsara

Di sini kita di sisi ibu bapa tercinta

Di sini kita menyemai rasa kasih sayang selamanya

Di sana mereka terluka menanggung bencana

Tersiksa direnggut kematian dan ketakutan

Air mata gaza rancak berjatuhan

Dibinasa angkara kekejaman manusia

Manusia yang zalim merobek kejiwaan

Air mata Gaza menyimpan impian

Bertahun berguguran hingga kekeringan

Impikan kebahagiaan bertaut harapan entah berakhirnya

Namun masih tabah menghadapi ujian Daripada-Nya...

Page 11: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

Marilah kita marilah berdoa

Kepada Yang Maha Segala

Hentikan penindasan hentikan pendarahan

Hentikan kedukaan hentikan kematian

hentikan Air mata Gaza

Bahagialah seperti kita.....

Page 12: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

7. Kanvas Harapan

Aku bekas kanvas harapan

Tempatmu melukis keriangan

Dengan pensil warna indahmu

Hingga melenyapkan seribu duka

Yang membebat pekat

Hilang.

kala itu

kaumengukir tawa riang

bersama temanmu

mencipta memori

namun berlalu bak pelangi

hadir selepas hujan

muncul seketika

lenyap begitu saja

tanpa jejak

yang tak mungkin singgah lagi

di daerah senda tawamu

kerana warna pensil itu berubah pudar

tapi berseri di hati melekat.

Page 13: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

warna pensil itu

masih tersimpan kemas erat

di ruang hati yang paling dalam

terima kasih kerana pernah singgah

di kanvas harapa using ini.

Page 14: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

8. Dentingan

Benarkah

Tika silam mengetuk minda

Bergetar ion rindu dalam kalbu.

Benarkah

Tatkala bumi menangis

Titisannya menerbangkan

Ke daerah illusi

Masih benarkah

Hirup udara pantai

Bisa menenangkan jiwa

Andai

Silam menerpa

Rindu berbicara

Genggamlah

Pasti wujud talian kasih

Bertunjang kejujuran

Page 15: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

Andai

Alam berbisik

Tangisan hujan merintih sayu

Berbicara tentang siang dan malam

Sekalian dan isi alam

Mencoretkan kenangan

Kemas ikat simpul rapikan

Pasti terserlah kemanisan

Kebenaran

Bersihnya kemanusiaan

Memang realitinya

Bersimpuh di bawah pohon kerinduan

Menyaksikan gigi-gigi lautan

Anak-anak pantai berkejaran

Riang tertawa kegembiraan

Putih suci kedamaian

Khabarkanlah

Pada cucu cicit Adam

Tentang jalinan kasih sayang

Tentang indahnya sebuah kejujuran

Page 16: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

Bukan muka syiling berdenting-denting

Hadapan berdenting

Belakang berdenting

Bangun berdenting

Jatuh terdenting-denting

Ting ting ting

Usahlah hadir muka syiling

Kerana kita hidup

Bukan menjadi bak muka syiling

Berdenting-denting

Ting ting ting muka syiling.

Page 17: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

9. kelahiran cinta

Berlalu mentari menganyam musim

Berpaut di dahan kemerdekaan

Dalam tak sedar melangkah di tasik kegembiraan

Kita dibuai alunan kemenangan

Hingga lupa lubuk pemikiran dijajah kebaratan

Angin keasyikkan terus berlagu

Remaja kita disiat siat kecurangan

Curang pada yang Satu

Miskin pada rantai kemuliaan

Tali silaturrahim dicengkam penghinaan

Sering bertelagah sesama insan

Entah bila berakhir kemasaman sebuah persaudaraan

Di sini lahirnya sebuah cinta

Dek lenyapnya kolam kasih kemesraan

Ingin daku menyemai bayu syurga

Di daerah ini yang penuh kemurungan

“Daku bukanlah seorang perwira….

Gagah menghunus senjata….

Page 18: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

Namun rela berjuang dengan cara sendiri

Demi cinta suci….”

Kembalikan talian kasih yang telah lama terjalin

Kembalikan mustika rindu yang pernah kita lagukan

Kembalikan tautan kemesraan yang telah dilonggarkan

Kembalikan hamparan kemenangan yang kita genggam

Kerana kemerdekaan ini terus menerus berterusan

Kerana kemerdekaan ini tak bisa lenyap ditelan zaman

Kerana kemerdekaan ini anugerah dari Allah Yang Maha Penyayang

Kerana kemerdekaan ini tetaplah merdeka, merdeka merdeka selamanya…

Di sini lahirnya sebuah cinta dek kemerdekaan kita pemilik sebenarnya…

Page 19: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

10. Dialah

Dialah seorang ibu

Hatinya secekal akar mencengkam bumi

Melayani karenah insani membentuk pengharapan

Tak pernah digelut putus asa

Tak pernah dirantai kecewa

Dialah seorang guru

Nalurinya tulus sesuci air mawar mewangi

Membimbing anak bangsa

Tak pernah leka tak pernah alpa

Dialah seorang pemimpin

Jiwanya seteguh karang dilautan

Menggapai visi impiannya murni

Menggenggam bara hingga debunya

Tak pernah mengalah

Apatah lagi beralah

Dialah seorang manusia biasa

Page 20: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

Terkadang tercabar terkadang terasa

Namun masih berdiri hebat melawan taufan

Takkan rebah walau gelombang menerpa

Kini,

Apa lagi yang tinggal

Sepotong nama terpahat abadi di memori

Indah perkasa menghiasi persada pendidikan

Ibu, guru, pemimpin dan insan

Kaugalas sepenuh hati

Luka terluka duka ceria

Duka menghampiri tersungkur dihina terhina

Permainan hidupmu kautempuh jua

Terima kasih Guru, Ibu, Pemimpin dan Insan

Dialah…..

Page 21: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

11. Generasi Tenat

Tika berjalan di muka bumi ini

ngin bertiup membawa perkhabaran

Tentang generasiku yang hidupnya tenat dan kelam

Generasiku kini dalam ketenatan

Menggalas amanah tidak lagi mampu memikulnya

Hanyut dengan khayalan najis dadah

Kononnya membahagiakannya

Sedang dia lupa racun kesengsaraan menusuk jantungnya

Hanya menunggu masa

Wahai ibu,

Kasihmu perlu agar anak-anakmu tidak leka

Peluklah sentiasa

Meski jarak usia meningkat dewasa

Keprihatinanmu memanjangkan usianya

Hidupnya akan bahagia

Tanpa najis dadah

Wahai ayah,

Page 22: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

Usah biarkan anakmu melepak meraja

Kenalilah insan yang sentiasa didampinginya

Meski jiran sebelah menyebelah

Kerana kasihmu itu akan membina dunianya

Yang lebih maju dan bergemerlapan

Tanpa menyentuh dan hadirnya najis dadah.

Untuk generasiku yang belum tenat

Bingkaslah dari keasyikkanmu

Hati-hati siapa di sebelahmu

Bergurulah pada ilmu yang benar

Agar kelak hidupmu bersinar

Bak pelangi sedap mata memandang

Sandarkan resahmu di bahu yang Maha Mendengar

Pasti kaubertemu kejayaan.

.

Page 23: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

12. Masih Teratas

Dari lorong kelam hati

Yang merintih

Usah cintamu pergi

Tinggalkan aku sendiri

Meniti hari

Cukuplah jiwa merana

Menongkah arus derita

Meninggalkan kasih di lembah duka

Kini inginku kembali

Mengutip cinta yang suci

Setelah lama terbiar sepi

Bagaikan pelangi mengindahkan wajah bumi

Tidak seperti sebelum ini.

Andai khilafku menggunung ke angkasa

Rela kusujud maaf dipinta

Mengertilah diriku yang kerdil lagi hina

Page 24: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

Dan Kau masih teratas yang bertakhta

Sesungguhnya cintamu kekal suci dan abadi

Page 25: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

13. Tajuk: Hujung Nyawa

Kesedihanmu itu pernah kurasakan

Sakitnya diterjah diusik ujian

Pada Allah tempat taruh harapan

Usah seperti yang dibayangkan....

Manusia memang banyak keinginan

Merancang mengatur bercabang tujuan

Takkan indah walau sesen

Tanpa insan yang amat disayang...

Oh Tuhan Yang Maha Kuasa

Dengarkanlah rintihan jiwa

Masih ingin bersama mereka

Hingga hujung nyawa

Allahuakbar!

Pedih jika kehilangan

Subhanallah!

Indah perancangan-Mu Tuhan

Page 26: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

Alhamdulillah!

Setiap nikmat yang diberikan

Astagfirullahhulaaziim!

Tegur jika daku kealpaan....

Page 27: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

14. Tajuk: Aidi

Dalam sendu terpaksa kumerelakan

Sebutir mutiara yang ditinggalkan

Telah digilap bergemerlapan

Membawa seribu kebahagiaan

Dialah mentari dialah ketenangan

Mengisi tiap detik kekosongan

Ditatang dengan kesabaran

Dibelai penuh kasih sayang

Setelah hujan hadirnya pelangi

Namun sebaliknya kesedihan menanti

Bagai petir merobek sanubari

Kau pergi ke sangkar tak kembali

Andai ini takdir Illahi

Angkara manusia tiada hati

Kuredai

Kerana kupasti

Page 28: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

Hanya Tuhan Yang Esa Maha Mengerti

Perjalanan hidup ini

Syurga menanti

Untukmu Aidi..

Page 29: 1. Lampu Hijau - skkgtitingan.com

15. Seputih Salji

Indah irama rentak kehidupan

Segalanya aku lepaskan

Untukku lenyapkan duri kekesalan

Yang lama bersarang di sanubari

Tak mungkin berpaling lagi

Acap kali restu dipinta

Dihamparan kasih-Nya Yang Esa

Namun kesal dek kekalutan fikiran

Rapuh jiwa menyobek iman

Bergunakah air mata yang berderaian

Dia Yang Maha Mengerti

Sedang diri hina teraba-raba mencari

Selalu hanyut di muara kealpaan

Resah aib menyelinap ke batin

Lantaran rebah kendatipun dipertahankan

Hitam kelamkah cahaya nirmala

Rentetan sebuah perjalanan insan

Tidak sunyi dari gelombang dugaan

Hati ini yang mahu seputih salji

Dapatkah mengubah tingkah diri

Atau tersisih dari sinar kekudusan Illahi

Mencuba dan menyelongkar gali

Aku gapai pasti

Akankah realiti.