09 haji

23
Haji Bhs : menuju ke suatu tempat berulangkali/menuju ke suatu tempat yang dibesarkan dan di muliakan Istilah; mengunjungi Baitullah dengan sifat tertentu pada masa-masa tertentu utk mengerjakan ibadah tertentu dengan syarat-syarat tertentu Mula difardhukan pd thn keenam/kesembilan hijrah dan pertama kali dikerjakan pd thn kesembilan diketuai oleh Abu Bakar dan tahun kesepuluh barulah dikerjakan oleh Rasulullah

Upload: wkaiman

Post on 17-Jan-2017

391 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 09 haji

Haji

Bhs : menuju ke suatu tempat berulangkali/menuju ke suatu tempat yang dibesarkan dan di muliakan

Istilah; mengunjungi Baitullah dengan sifat tertentu pada masa-masa tertentu utk mengerjakan ibadah tertentu dengan syarat-syarat tertentu

Mula difardhukan pd thn keenam/kesembilan hijrah dan pertama kali dikerjakan pd thn kesembilan diketuai oleh Abu Bakar dan tahun kesepuluh barulah dikerjakan oleh Rasulullah

Page 2: 09 haji

Syarat wajib haji

Islam Berakal Baligh Merdeka Berkuasa samada mengerjakan sendiri atau dgn bantuan

orang lain Kuasa kerja sendiri, dgn syarat: a) ada belanja b) ada kenderaan c) aman dijalanan (musuh/penyakit) d) bagi perempuan ,ada muhrim,suami atau teman

Page 3: 09 haji

Sambungan syarat wajib haji

Berkuasa dengan bantuan orang lain: 1) Haji bagi orang yg tlh mati sdgkan

masa hidup ia tlh mampu, waris wajib upah org lain atau sendiri kerjakan haji dan belanja diambil dari hartanya.

2) Haji bagi org yang lemah samada sakit atau tua.upah org lain

Page 4: 09 haji

Amalan yang terdapat dalam haji

Rukun Wajib sunat

Page 5: 09 haji

Rukun-rukun haji

Niat ihram Wukuf di padang Arafah Bercukur Tawaf Saie Tertib

Page 6: 09 haji

Tawaf

Syarat tawaf 1) Menutup aurat 2) Suci dari hadas& najis 3) Menjadikan kaabah di sebelah kiri orang yang tawaf 4) Permulaan tawaf di hajarul aswad 5) Tawaf sebanyak 7 kali 6) Tawaf dilakukan dalam masjidil haram

Page 7: 09 haji

Jenis tawaf

Tawaf ifadhah Tawaf qudum Tawaf wida’ Tawaf nazar Tawaf sunat

Page 8: 09 haji

Perkara wajib haji

Ihram dimiqat….makani dan zamani Mabit di muzdalifah Melontar di jamratul Aqabah pada 10

Zulhijjah Bermalam di Mina Melontar ketiga-tiga jamrah Menjauhi perkara-perkara yang dilarang

Page 9: 09 haji

Perkara wajib haji

1.Ihram di Miqat iaitu sempadan yang ditentukan untuk memulakan ibadat haji dan sesiapa yang tertinggal atau melewati batas tersebut maka wajiblah dibayar dengan dam.

Miqat Makani – sempadan tempat di mana jemaah haji

mesti berniat. Zamani – sempadan masa di mana jemaah haji iaitu

bermula dari 1 syawal sehingga 10 zulhijjah.

Page 10: 09 haji

Miqat makani

Yalamlam : iaitu Miqat bagi penduduk Yaman, India dan negeri-negeri sebelah timur termasuk Malaysia, Negara-negara Asia Tenggara dan lain-lain yang datang dengan kapal laut.

Zulhulaifah : juga dikenali dengan nama Bi’iru Ali iaitu miqat bagi penduduk Madinah dan sekitarnya atau negeri-negeri dari arahnya. Jaraknya dengan Mekah lebih kurang 450 kilometer dan lebih kurang 10 kilometer dari Madinah.

Juhfah : miqat bagi penduduk Syam, Mesir, Maghribi, sepanyol dan Negara-negara dari arahnya. Jaraknya dari Mekah lebih kurang 187 kilometer.

Page 11: 09 haji

samb

Qarnul Manazil : miqat bagi penduduk Kuwait, Naja, dan bakal haji yang datang dari arahnya. Jaraknya dengan Mekah kira-kira 94 kilometer.

Dzatu Irqin : iaitu miqat bagi penduduk Iraq dan negeri dari arahnya. Jaraknya kira-kira 94 kilometer dari Mekah.

Bagi penduduk Mekah miqat makaninya ialah rumah atau tempat tinggalnya sendiri.

Page 12: 09 haji

samb

2. Bermalam di Muzdalifah.Setelah wukuf di Arafah pada hari ke sembilan maka pada malam ke sepuluh wajib bermalam di Muzdalifah atau sekurang-sekurangnya berada seketika di sana pada separuh malam yang terakhir.

3) Melontar di Jamratul Aqabah pada hari ke sepuluh zulhijjah.4) Bermalam di Mina pada malam 11,12 dan 13 Zulhijjah5) Melontar ketiga-tiga Jamrah(Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah)

pada hari 11, 12 dan 13 zulhijjah6. Menjauhi perkara yang dilarang semasa ihram.

Page 13: 09 haji

samb

Di syaratkan bermalam di Mina ialah berada lebih dari separuh malam di malam tersebut. Jamaah boleh juga keluar dari Mina pada hari 12 zulhijjah (tidak bermalam pada malam ke 13). Cara ini dinamakan Nafar Awal tetapi dengan syarat berikut.

– Meninggalkan Mina sebelum jatuhnya matahari pada hari 12 zulhijjah.

– Telah melontar ketiga-tiga Jamrul pada 11 dan 12 zulhijjah.– Telak bermalam di Mina selama dua malam(11 dan 12).– Berniat untuk keluar dari Mina dan menuju ke Mekah (nafar)

dan berazam untuk tidak kembali lagi.

Page 14: 09 haji

Perkara2 yang dilarang semasa ihram

Menutup kepala bagi lelaki Memakai pakaian bersarung/berjahit Menutup muka bagi wanita Memakai sarung tangan Memakai bau-bauan Memakai minyak rambut Menanggal rambut atau mana-mana bulu Memotong kuku Memotonh,menebang atau mencabut pokok Memburu binatang buruan Bersetubuh Melakukan permulaan persetubuhan Berkahwin samada sendiri atau mengahwinkan org lain

Page 15: 09 haji

Perkara sunat haji.

Mandi ketika niat ihram haji di miqat. Mandi ketika hendak masuk kota Mekah dan

semasa hendak wukuf di Padang Arafah. Sembahyang sunat 2 rakaat sebelum niat ihram. Tawaf qudum. Memperbanyakkan ucapan talbiah, zikir, doa,

tahmid, tasbih dan sebagainya sepanjang masa mengerjakan haji.

Page 16: 09 haji

Perkara yang disunatkan bagi orang yang hendak ihram.

Mengerat kuku. Menggunting misai. Mencabut bulu ketiak. Mencukur bulu ari-ari. Berwudhu’ beserta dengan mandi. Menyisir atau menyikat rambut atau

janggut.

Page 17: 09 haji

Cara niat mengerjakan haji.

Haji Ifrad – mengerjakan haji dan umrah secara berasingan samada dikerjakan umrah sebelum bulan-bulan haji atau selepas bulan haji dan mengerjakan haji pada bulan haji.

Haji Tamattu’ – mengerjakan haji dan umrah secara berasingan di mana umrah dikerjakan terlebih dahulu dalam bulan-bulan haji kemudian dikerjakan haji pula dalam tahun yang sama.

Haji Qiran – mengerjakan haji dan umrah secara serentak.

Page 18: 09 haji

DAM

Dam ialah denda yang wajib dan mesti dibayar oleh orang yang mengerjakan haji kerana melakukan kesalahan-kesalahan tertentu dalam ihram samada;– melakukan perkara-perkara yang dilarang

semasa ihram.– Meninggalakan perkara-perkara wajib haji.

Page 19: 09 haji

Jenis dam

Dam tertib dan takdir. Dam takhyir dan takdir. Dam tertib dan ta’dil Dam takhyir dan ta’dil.

Page 20: 09 haji

Dam tertib dan takdir(meniggalkan wajib haji)

menyembelih seekor kambing dan disedekahkan kepada fakir miskin.

Berpuasa selama 10 hari 3hari di Mekah dan 7 hari semasa pulang.

Page 21: 09 haji

Dam takhyir dan takdir(membuat perkara yang dilarang).

sembelih seekor kambing – sedekah kepada fakir miskin di Mekah.

Bersedekah kepada enam orang fakir miskin sebanya dua cupak makanan asasi tiap-tiap seorang.

Berpuasa selama tiga hari.

Page 22: 09 haji

Dam tertib &Ta’dil ( jimak sbelm tahallul awal / sblm selesai umrah.

Menyembelih seekor unta yang boleh dibuat korban. Kalau tidak berkuasa diganti dengan seekor lembu. Kalau tidak mampu juga diganti dengan 7 ekor kambing. Kalau tidak berdaya juga hendaklah dibeli makanan degan

nilai harga seekor unta kemudian dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Haram.

Jika tidak berkuasa juga hendaklah ia berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan harga seekor unta.

Page 23: 09 haji

Dam takhyir dan ta’dil

Dikenakan keatas orang yang melakukan kesalahan memburu binatang buruan atau mencabut serta menebang pokok di kawasan Tanah Haram )

Menyembelih binatang yang sebanding denganya dan dagingnya dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Haram

Membeli makanan dengan nilai harga binatang itu dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Haram.

Atau berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan harga nilaian binatang itu iaitu sehari bagi setiap cupak .