07 tajuk 1-pendahuluan

4
XXX3153 PENYELIDIKAN TINDAKAN II TAJUK 1 Pendahuluan Dalam Subjek Penyelidikan Tindakan I (XXX3133) pada semester sebelum ini, pelajar telah menyediakan kertas cadangan Kajian Tindakan. Sehubungan itu,. Penyelidikan Tindakan II (PIM 3153) merupakan kesinambungan terhadap apa yang dilakukan oleh pelajar dalam Subjek Penyelidikan Tindakan I dalam semester sebelum ini. Pada kali ini, pelajar diminta menyiapkan suatu laporan ilmiah berkaitan pengalaman yang dilalui dalam menjalani kajian tindakan. Proses penulisan laporan ilmiah menuntut komitmen yang tinggi daripada pelajar dan bimbingan penyelia yang berterusan. 1.1 Perbincangan bersama penyelia Perbincangan bersama penyelia merupakan teras kepada kejayaan sesuatu tindakan. Dalam hal ini pelajar dan penyelia kajian tindakan perlu menentukan tarikh, hari, masa dan tempat yang sesuai. Penetapan tentang tarikh, hari, masa dan tempat yang sesuai ini mungkin ditentukan oleh pihak pentadbir IPGK, penyelaras Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan penyelia. Dalam hal ini rundingan boleh dilakukan oleh penyelia da pelajar untuk menentukan tarikh, hari, masa dan tempat yang 1

Upload: cikgunurulhudajaafar

Post on 02-Oct-2015

228 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

XXX3153 PENYELIDIKAN TINDAKAN II

TAJUK 1Pendahuluan

Dalam Subjek Penyelidikan Tindakan I (XXX3133) pada semester sebelum ini, pelajar telah menyediakan kertas cadangan Kajian Tindakan. Sehubungan itu,. Penyelidikan Tindakan II (PIM 3153) merupakan kesinambungan terhadap apa yang dilakukan oleh pelajar dalam Subjek Penyelidikan Tindakan I dalam semester sebelum ini.

Pada kali ini, pelajar diminta menyiapkan suatu laporan ilmiah berkaitan pengalaman yang dilalui dalam menjalani kajian tindakan. Proses penulisan laporan ilmiah menuntut komitmen yang tinggi daripada pelajar dan bimbingan penyelia yang berterusan.

1.1 Perbincangan bersama penyeliaPerbincangan bersama penyelia merupakan teras kepada kejayaan sesuatu tindakan. Dalam hal ini pelajar dan penyelia kajian tindakan perlu menentukan tarikh, hari, masa dan tempat yang sesuai. Penetapan tentang tarikh, hari, masa dan tempat yang sesuai ini mungkin ditentukan oleh pihak pentadbir IPGK, penyelaras Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan penyelia.

Dalam hal ini rundingan boleh dilakukan oleh penyelia da pelajar untuk menentukan tarikh, hari, masa dan tempat yang sesuai dan selesa untuk kedua-dua pihak. Untuk melicinkan tugasan, dicadangkan satu borang khas perbincangan seperti rajah 1 berikut.

TarikhHariMasaTempatIsu PerbincanganTindakan PelajarT/tanganPenyelia

Rajah 1 Jadual Khas Perbincangan Bersama Penyelia

1.2 Bimbingan Tentang Kertas Kajian Tindakan Berasaskan SekolahBimbingan berterusan sangat penting dalam melaksanakan kajian tindakan. Komitmen pelajar dalam mematuhi disiplin sehingga terhasilnya kajian ilmiah ini adalah sangat dituntut. Sehubungan itu pelajar perlu meminta penyelia agar dapat membimbing mereka agar dapat membuat laporan lengkap tentang kajian tindakan berasaskan sekolah.

1.3 Bidang Reka Bentuk Kajian

.Reka bentuk kajian tindakan tindakan yang jelas adalah syarat utama dalam melaporkan kajian tindakan. Sehubungan itu penyelia hendaklah memastikan reka bentuk kajian yang digunakan adalah betul mengikut apa yang dibincangkan dalam modul terdahulu iaitu Penyelidikan Tindakan (XXX3113).

1.4 Menetapkan Jadual Kerja PelaksanaanMenetapkan jadual kerja pelaksanaan perlu dilakukan oleh pelajar mulai awal semester. Ini. Secara dasarnya Jadual Kerja Pelaksanaan ini dapat ditunjukkan dalam Carta Gant di lampiran 2.3