03 pintarbestari bm ti1-pat-sy(ida)f

8
Arahan: Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C serta satu soalan daripada Bahagian D. BAHAGIAN A [25 markah] 1 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Perpaduan perlu dipupuk di dalam masyarakat yang berbilang kaum. dalam (ii) Menara Shah Alam merupakan bangunan yang paling tertinggi di bandar raya itu. paling tinggi/tertinggi (iii) Ketiga-tiga orang pelajar-pelajar yang lewat datang ke sekolah itu telah dipanggil oleh guru disiplin. Ketiga-tiga orang pelajar (iv) Pak ngah bertanyakan tentang khabar keluarga saya apabila saya terserempak dengannya semalam. bertanyakan khabar [8 markah] 2 Dalam iklan di bawah ini, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin iklan itu semula. BENGKEL MOTIVASI USAHAWAN CEMERLANG Tempat: Dewan Utama Kompleks Sukan Bukit Jalil Tarikh: 20 Ogos 2019 PENGISIAN PROGRAM: • Bimbingan perniagaan oleh fasilitatur berpengalaman • Bengkel motivasi oleh dua orang usahawan Internet terkemuka negara • Bengkel ini akan dikelolakan oleh beberapa orang professional yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Nantikan penampilan istimewa jutawan otomotif terkenal negara. (i) fasilitatur – fasilitator (ii) professional – profesional (iii) otomotif – automotif [3 markah] Hari: .............................. Tarikh: .............................. PENILAIAN AKHIR TAHUN 1

Upload: others

Post on 29-Oct-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 03 PintarBestari BM Ti1-PAT-SY(Ida)F

Arahan: Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C serta satu soalan daripada Bahagian D.

BAHAGIAN A [25 markah]

1 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Perpaduan perlu dipupuk di dalam masyarakat yang berbilang kaum. dalam

(ii) Menara Shah Alam merupakan bangunan yang paling tertinggi di bandar raya itu. paling tinggi/tertinggi

(iii) Ketiga-tiga orang pelajar-pelajar yang lewat datang ke sekolah itu telah dipanggil oleh guru disiplin.

Ketiga-tiga orang pelajar

(iv) Pak ngah bertanyakan tentang khabar keluarga saya apabila saya terserempak dengannya semalam. bertanyakan khabar

[8 markah]

2 Dalam iklan di bawah ini, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulisejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin iklan itu semula.

BENGKEL MOTIVASI USAHAWAN CEMERLANG

Tempat: Dewan Utama Kompleks Sukan Bukit JalilTarikh: 20 Ogos 2019

PENGISIAN PROGRAM:

• Bimbingan perniagaan oleh fasilitatur berpengalaman

• Bengkel motivasi oleh dua orang usahawan Internet terkemuka negara

• Bengkel ini akan dikelolakan oleh beberapa orang professional yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.

Nantikan penampilan istimewa jutawan otomotif terkenal negara.

(i) fasilitatur – fasilitator

(ii) professional – profesional

(iii) otomotif – automotif

[3 markah]

Hari: .............................. Tarikh: ..............................

PENILAIAN AKHIR TAHUN

1

Page 2: 03 PintarBestari BM Ti1-PAT-SY(Ida)F

3 Baca ayat-ayat di bawah ini dengan telitinya. Kemudian bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Penggunaan kata tanya hendaklah bersesuaian dengan perkataan atau rangkai kata yang bergaris.

(i) Aktiviti perkhemahan itu berlangsung selama tiga hari.Berapa lamakah aktiviti perkhemahan itu berlangsung?

(ii) Pegawai Daerahlah yang merasmikan pelancaran Kempen Kenali Jiran Anda.Siapakah yang merasmikan pelancaran Kempen Kenali Jiran Anda?

(iii) Program Kem Motivasi Sekolah Menengah Datuk Panglima berakhir petang ini.Bilakah Program Kem Motivasi Sekolah Menengah Datuk Panglima berakhir?

(iv) Pelajar itu kelihatan letih dan kurang daya tumpuan kerana mengabaikan pengambilan sarapan pagi.Mengapakah pelajar itu kelihatan letih dan kurang daya tumpuan?

(v) Majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan peringkat sekolah berlangsung di Dewan Siber Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kejora 1.Di manakah Majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan peringkat sekolah berlangsung?

[10 markah]

2

Page 3: 03 PintarBestari BM Ti1-PAT-SY(Ida)F

4 Lihat gambar di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut, tulis duaperibahasa yang sesuai.

(i) berat sama dipikul, ringan sama dijinjing .

(ii) hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah . [4 markah]

3

Page 4: 03 PintarBestari BM Ti1-PAT-SY(Ida)F

BAHAGIAN B[30 markah]

5 Baca petikan cerpen di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Dia anak kita,” Sim Pau membalas. “Dia bukan anak aku.” Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan. Begitu keras dia menyatakan bahawa Lim Meng bukan anaknya, bukan daripada benih yang disemainya bersama-sama dengan Sim Pau. Dia yang berada di atas kerusi malas terus menggerakkan kerusi itu. Bebola matanya sedikit pun tidak menangkap wajah Sim Pau yang sedang bercakap dengannya. Sim Pau seakan-akan terkunci mulutnya. Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim Pooi. Sedikit pun air mata itu tidak dapat menyejukkan hati Lim Pooi. Lim Pooi memang berhati kering. Dia tidak mudah tersentuh dengan hidangan air mata yang melimpah-ruah. “Anak aku dah meninggal dunia.” Ketika Lim Pooi mengeluarkan kata-kata itu ada nada sebu menyerbu hatinya. Sim Pau dapat merasainya. “Sejak dia lahir, semuanya jadi haru-biru. Perniagaan aku lingkup. Banyak kecurian yang berlaku. Hidup aku tak tenang dan kerana dialah Lim Foong meninggal dunia.” Walau apa-apa pun, Lim Pooi tetap menyalahkan Lim Meng. “Bukan,” tegah Sim Pau yang mula bersuara semula setelah terdiam hampir lima minit. Lim Pooi terkejut. Dia mula memperlahankan ayunan kerusi malasnya. Lim Pooi terkejut dengan bantahan Sim Pau. Sim Pau sudah berani bersuara. Sim Pau sudah berani menentang cakap-cakapnya. Sim Pau bukan lagi perempuan yang lemah lembut seperti yang dikenalinya sebelum ini. Sim Pau juga sudah tidak menghormatinya lagi.

(Dipetik daripada “Kuih Bakul, Limau Mandarin”, antologi Kuingin Berterima Kasih,

Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Lim Pooi menganggap bahawa kelahiran Lim Meng telah membuat kehidupannya haru-biru? [3 markah]

Kelahiran Lim Meng telah membuat kehidupan Lim Pooi haru-biru kerana perniagaannya telah

lingkup. Selain itu, banyak kejadian kecurian yang berlaku di kedainya.

(ii) Berdasarkan petikan cerpen tersebut, nyatakan dua latar masyarakat. [3 markah]… masyarakat yang mempunyai ego yang tinggi, iaitu Lim Pooi yang tidak berganjak daripada

keputusannya meskipun isterinya sedih hingga mengalirkan air mata

… masyarakat yang berani, iaitu Sim Pau berani menentang suaminya yang garang itu

(iii) Ibu bapa pada zaman sekarang perlu mempelajari ilmu keibubapaan yang tinggi dalam mendidik anak-anak.

Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri ibu bapa yang cemerlang untuk membentuk anak-anak menjadi insan berjaya? [4 markah]… mempunyai ciri kepemimpinan yang baik sehingga dihormati anak-anak

… memiliki kemahiran mendengar yang tinggi dan peka terhadap kehendak dan keperluan

anak-anak

4

Page 5: 03 PintarBestari BM Ti1-PAT-SY(Ida)F

6 Baca sajak di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

KITA UMPAMA SEHELAI DAUN

kita umpama sehelai daunbertunas segar di hujung rantinglalu melebar dan merimbuntempat bercanda unggas meriangdi bawah redup bebayang mentari

andai kikir jasa dan baktidi mana lagi tempat bernaungdari tusukan bahang memijarunggas kecil tidak berkudrat

kita umpama sehelai daunbakal kering sampai waktunyausahlah angkuh keupayaan dirisehingga lupa makhluk duafaingin bernaung mencari hidup

jadilah sehelai daunhijau menunas menyegar matakering gugur menjadi baja

(Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan rangkap pertama sajak Kita Umpama Sehelai Daun, apakah gambaran penyajak terhadap sehelai daun? [3 markah]… daun akan semakin rimbun

… akhirnya menjadi tempat untuk unggas menikmati kehidupan dengan gembiranya

(ii) Banyak nilai yang dapat diperoleh dalam sajak Kita Umpama Sehelai Daun.

Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah]… simpati. Contohnya, simpati terhadap hidupan lain

… baik hati. Contohnya, sanggup menghulurkan bantuan dan bakti terhadap golongan yang susah

(iii) Amalan bermasyarakat semakin terhakis dalam kalangan masyarakat kini.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk kita menyumbang dalam aktiviti kemasyarakatan di kawasan tempat tinggal kita? [4 markah]… menyertai apa-apa sahaja aktiviti gotong-royong yang dianjurkan

… menjadi ahli jawatankuasa persatuan penduduk

5

Page 6: 03 PintarBestari BM Ti1-PAT-SY(Ida)F

7 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

(i) Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini (ii) Sejambak Bakti karya Rejab F.I(iii) Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia(iv) Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman

Latar masyarakat merupakan keadaan masyarakat yang digambarkan oleh penulis dalam sesebuah novel melalui pelbagai peristiwa.

Berdasarkan sebuah daripada novel di atas, buktikan pernyataan tersebut dengan mengemukakan tiga contoh peristiwa yang sesuai dengan latar masyarakat yang telah diberikan.

[10 markah]

Contoh Jawapan Berdasarkan Novel Destinasi Impian

(a) Johari, Firdaus, dan Azlina berani menyahut cabaran datuk mereka untuk menyertai ekspedisi

berbasikal dari Klang ke Morib.

(b) Azlina berani menyindir abangnya, Firdaus yang asyik hendak membatalkan ekspedisi berbasikal

dari Klang ke Morib.

(c) Sazali berani menemui Azlina untuk bertanyakan sama ada benar atau tidak Azlinalah yang

menjadi punca Firdaus lambat tiba di Morib.

Rujuk JAWAPAN, muka surat 159 – 166 untuk novel-novel lain

Masyarakat yang berani.

Latar Masyarakat

Latar Masyarakat

Masyarakat yang baik hati.

Latar Masyarakat

Masyarakat yang berdisiplin.

Latar Masyarakat

Masyarakat yang bekerjasama.

Novel Destinasi Impian

Novel Pelari Muda

Novel Sejambak Bakti

Novel Formula Termodinamik

6

Page 7: 03 PintarBestari BM Ti1-PAT-SY(Ida)F

BAHAGIAN C[15 markah]

8 Lihat gambar di bawah ini dengan telitinya. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Malaysia mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik. Kedudukan Malaysia yang

menganjur dari tanah besar Asia memberikan satu keistimewaan yang tersendiri. Tambahan pula, Malaysia

dikelilingi Laut China Selatan dan Selat Melaka. Oleh itu, Malaysia mempunyai pantai yang bersih dan

memutih seperti Pulau Perhentian di Terengganu. Tambahan pula, Malaysia mempunyai hutan malar hijau,

iaitu Hutan Belum yang terdapat di negeri Perak. Pihak kerajaan turut memajukan kawasan pergunungan

utuk dijadikan tarikan pelancong juga. Tanah tinggi Cameron bukan sekadar indah, malah mempunyai cuaca

yang sejuk dan nyaman. Selain itu, Tanah Tinggi Kundasang bukan sahaja menyediakan panorama baharu

tetapi dapat menjana pendapatan kepada negara juga. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak pelancong

yang berkunjung ke sana untuk melihat ladang ternakan yang begitu unik. Kesimpulannya, Malaysia

mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi pada bila-bila masa.

TEMPAT PELANCONGAN YANGMENARIK DI MALAYSIA

TEMPAT PELANCONGAN YANGMENARIK DI MALAYSIA

U

Perak

Negeri Sembilan

Selangor

PulauPinang

Kedah

Perlis

Pahang

Terengganu

Kelantan

JohorMelaka

Wilayah Persekutuan

Sarawak

LabuanSabah

SR ASSDEE RRR DDDDNNNNNNNNNNNN IIIIAAAAAAEEEE KKKKRRRRRRMMMM RRRRRRE R YS AE R LAYLAMA AK DARIKANNMENARIK DI MAAAA AMMMM YYAAAA AAIIII LLLL AAIIMMENANAARRIK DDI MAMALALAYYSSIAIA

U

riiNegeriri b nnSembbilan

PuulaauPiinaang

Kedah

Peerlis

u

JohorakaMelakaaka

Sarawak

LLabuanSabah

Perak

Selanngor

Pahang

Tereengganue

Kelantan

Wilayalayahyg

Persekutukutuanekutu

NEGERI TEMPAT PELANCONGAN KEISTIMEWAAN

Perak Hutan Simpan Belum Flora dan fauna yang luas dan belum diteroka

Terengganu Pulau Perhentian, Terengganu Pantai yang bersih dan indah

Pahang Tanah Tinggi Cameron Udara yang sejuk dan nyaman

Sabah Tanah Tinggi Kundasang Ladang ternakan

7

Page 8: 03 PintarBestari BM Ti1-PAT-SY(Ida)F

BAHAGIAN D[30 markah]

9 Lihat gambar dan maklumat di bawah ini dengan telitinya. Kemudian pilih satu daripada tiga soalanyang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

(i) Pada suatu hari, rakan anda telah berbual-bual dengan anda sebelum bermulanya perjumpaan aktiviti kokurikulum. Dalam perbualan tersebut, anda dan rakan anda berbincang tentang faedah menyertai aktiviti kokurikulum.

Tulis perbualan itu selengkapnya.

(ii) Pada hari ini, banyak murid yang kurang berminat untuk menyertai aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah.

Bincangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menarik minat murid menyertai aktiviti kokurikulum.

(iii) Persatuan Pengakap telah mengadakan aktiviti perkhemahan di hutan lipur. Sebagai setiausaha persatuan, anda diminta menyediakan laporan bagi aktiviti tersebut.

Sediakan laporan tersebut selengkapnya.

Contoh Jawapan Soalan 9(i)

Pendahuluan

bertanyakan khabar – menyatakan perasaan gembira dapat bersama-sama menjalani latihan

badminton

Isi-isi Penting

(a) mempelajari sesuatu yang baharu – tidak didapati di bilik darjah – ilmu pertolongan cemas

digunakan apabila berlaku kecemasan atau kemalangan

(b) dapat mencungkil bakat masing-masing – diketengahkan dalam pertandingan

(c) murid mempelajari sifat-sifat kepemimpinan – mampu mengemukakan pandangan – tidak bersikap

terburu-buru

(d) dapat meluaskan pergaulan – mengenali rakan-rakan – berbilang bangsa dan berinteraksi

– bidang kokurikulum telah menjadi nilai tambah dalam proses pengambilan pelajar ke IPTA

Penutup

sama-sama berazam untuk mencapai kecemerlangan dalam kokurikulum – aktiviti kokurikulum akan

bermula – berharap dapat berbual lagi

Rujuk JAWAPAN, muka surat 159 – 166 untuk soalan (ii) dan (iii)

Tarikh: 13 Julai 2019Masa: 8:00 pagi – 5:00 petangTempat: Kawasan sekolah

KARNIVAL KOKURIKULUM 2019

arikh:hTarikh:hhkrikhrraTarikh:ririikT ik 13 Julai 2019019ula13 Julai 2019

SMK TAMAN RAPAT JAYA

AKTIVITI-AKTIVITI

8