01 panduan umum program pengajian siswazah ukm

2
PANDUAN UMUM PROGRAM PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (DIPLOMA SISWAZAH, SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH) 1. Calon yang diterima masuk hendaklah mendaftar diri dalam tempoh yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, calon yang diterima masuk boleh memohon untuk menangguh pendaftaran masuk untuk tempoh tidak kurang daripada satu semester dan tidak melebihi dua semester. Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Akademik dalam tempoh empat minggu dari tarikh pendaftaran. Kegagalan mendaftar tanpa kebenaran bertulis akan menyebabkan tawaran calon terbatal. 2. Kadar yuran yang dikenakan bagi setiap fakulti dan institut adalah seperti pada dokumen Struktur Yuran Pengajian. Calon hendaklah menjelaskan semua bayaran kepada Universiti pada awal setiap semester/sesi di sepanjang tempoh pengajian. Bayaran boleh dibuat mengikut kaedah yang ditetapkan oleh Jabatan Bendahari seperti pada dokumen Panduan Pembayaran Yuran. Bukti pembayaran hendaklah dikemukakan semasa Hari Pendaftaran Pelajar Baru. Bayaran tunai semasa hari pendaftaran adalah tidak diterima sama sekali. Sebarang pertanyaan berkaitan pembayaran yuran, sila hubungi +603-8921 3113. Calon yang ditaja oleh mana-mana institusi diminta menyerahkan salinan surat tawaran atau tawaran sementara biasiswa/dermasiswa/pinjaman kepada Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari UKM semasa hari pendaftaran. Adalah menjadi tanggungjawab calon untuk menyerahkan surat tawaran yang asal selepas memperolehinya sekiranya hanya menyerahkan surat tawaran sementara pada hari pendaftaran. Jika calon tidak ditaja sepenuhnya, baki bayaran hendaklah dibuat sebelum hari pendaftaran mengikut kaedah yang dinyatakan di atas. Calon diwajibkan membuka akaun bank dengan CIMB Bank Berhad atau Bank Islam Malaysia Berhad sahaja untuk digunakan dalam semua urusan kewangan dengan Universiti memandangkan pihak Universiti telah melaksanakan urusan kewangan secara elektronik sepenuhnya. Calon dikehendaki mengemas kini nombor akaun bank tersebut di dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMPWeb). Kegagalan membuka akaun di bank yang dinyatakan dan mengemas kini nombor akaun bank akan menyebabkan apa-apa urusan kewangan terutamanya bayaran kepada pelajar tidak dapat dibuat. 3. Calon dikehendaki membuat Pemeriksaan Kesihatan di mana-mana hospital/klinik dengan menggunakan borang yang dilampirkan. Borang laporan pemeriksaan kesihatan dan filem X-ray hendaklah diserahkan di kaunter Pusat Kesihatan, UKM semasa Hari Pendaftaran Pelajar Baharu. Calon Tidak Dibenarkan Mendaftar jika tidak menyerahkan laporan pemeriksaan kesihatan tersebut. 4. Calon dikehendaki menandatangani surat aku janji yang perlu diserahkan semasa hari pendaftaran. Tawaran ini akan ditarik balik sekiranya calon tidak bersetuju menandatangani surat aku janji tersebut. 5. Calon luar negara diwajibkan mengikuti dan lulus kursus Bahasa Melayu yang ditetapkan oleh Universiti seperti yang dinyatakan pada surat tawaran bagi layak dikurniakan Ijazah. 6. Calon bertanggungjawab untuk mengemas kini maklumat diri di dalam SMPWeb (www.ukm.my/smpweb ) dari semasa ke semasa. Calon akan diberikan ID Pengenalan dan Kata Laluan semasa Hari Pendaftaran Pelajar Baharu. 7. Calon dikehendaki mendaftar secara atas talian melalui SMPWeb dalam tempoh satu minggu sebelum setiap semester/sesi bermula. Kegagalan untuk mendaftar akan menyebabkan calon ‘Diberhentikan Sebab Tidak Mendaftar’. Pembayaran yuran tidak boleh dianggap calon telah mendaftar. Calon yang telah tamat tempoh pengajian dikehendaki membuat permohonan tambah masa pengajian di fakulti masing-masing selewat-lewatnya empat minggu sebelum tempoh pendaftaran bermula.

Upload: shazwan-mokhtar

Post on 18-Dec-2015

71 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Siswazah UKM

TRANSCRIPT

  • PANDUAN UMUM PROGRAM PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (DIPLOMA SISWAZAH, SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH)

    1. Calon yang diterima masuk hendaklah mendaftar diri dalam tempoh yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, calon yang diterima masuk boleh memohon untuk menangguh pendaftaran masuk untuk tempoh tidak kurang daripada satu semester dan tidak melebihi dua semester. Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Akademik dalam tempoh empat minggu dari tarikh pendaftaran. Kegagalan mendaftar tanpa kebenaran bertulis akan menyebabkan tawaran calon terbatal.

    2. Kadar yuran yang dikenakan bagi setiap fakulti dan institut adalah seperti pada dokumen Struktur Yuran Pengajian. Calon hendaklah menjelaskan semua bayaran kepada Universiti pada awal setiap semester/sesi di sepanjang tempoh pengajian. Bayaran boleh dibuat mengikut kaedah yang ditetapkan oleh Jabatan Bendahari seperti pada dokumen Panduan Pembayaran Yuran. Bukti pembayaran hendaklah dikemukakan semasa Hari Pendaftaran Pelajar Baru. Bayaran tunai semasa hari pendaftaran adalah tidak diterima sama sekali. Sebarang pertanyaan berkaitan pembayaran yuran, sila hubungi +603-8921 3113. Calon yang ditaja oleh mana-mana institusi diminta menyerahkan salinan surat tawaran atau tawaran sementara biasiswa/dermasiswa/pinjaman kepada Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari UKM semasa hari pendaftaran. Adalah menjadi tanggungjawab calon untuk menyerahkan surat tawaran yang asal selepas memperolehinya sekiranya hanya menyerahkan surat tawaran sementara pada hari pendaftaran. Jika calon tidak ditaja sepenuhnya, baki bayaran hendaklah dibuat sebelum hari pendaftaran mengikut kaedah yang dinyatakan di atas. Calon diwajibkan membuka akaun bank dengan CIMB Bank Berhad atau Bank Islam Malaysia Berhad sahaja untuk digunakan dalam semua urusan kewangan dengan Universiti memandangkan pihak Universiti telah melaksanakan urusan kewangan secara elektronik sepenuhnya. Calon dikehendaki mengemas kini nombor akaun bank tersebut di dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMPWeb). Kegagalan membuka akaun di bank yang dinyatakan dan mengemas kini nombor akaun bank akan menyebabkan apa-apa urusan kewangan terutamanya bayaran kepada pelajar tidak dapat dibuat.

    3. Calon dikehendaki membuat Pemeriksaan Kesihatan di mana-mana hospital/klinik dengan menggunakan borang yang dilampirkan. Borang laporan pemeriksaan kesihatan dan filem X-ray hendaklah diserahkan di kaunter Pusat Kesihatan, UKM semasa Hari Pendaftaran Pelajar Baharu. Calon Tidak Dibenarkan Mendaftar jika tidak menyerahkan laporan pemeriksaan kesihatan tersebut.

    4. Calon dikehendaki menandatangani surat aku janji yang perlu diserahkan semasa hari pendaftaran. Tawaran ini akan ditarik balik sekiranya calon tidak bersetuju menandatangani surat aku janji tersebut.

    5. Calon luar negara diwajibkan mengikuti dan lulus kursus Bahasa Melayu yang ditetapkan oleh Universiti seperti yang dinyatakan pada surat tawaran bagi layak dikurniakan Ijazah.

    6. Calon bertanggungjawab untuk mengemas kini maklumat diri di dalam SMPWeb (www.ukm.my/smpweb) dari semasa ke semasa. Calon akan diberikan ID Pengenalan dan Kata Laluan semasa Hari Pendaftaran Pelajar Baharu.

    7. Calon dikehendaki mendaftar secara atas talian melalui SMPWeb dalam tempoh satu minggu sebelum setiap semester/sesi bermula. Kegagalan untuk mendaftar akan menyebabkan calon Diberhentikan Sebab Tidak Mendaftar. Pembayaran yuran tidak boleh dianggap calon telah mendaftar. Calon yang telah tamat tempoh pengajian dikehendaki membuat permohonan tambah masa pengajian di fakulti masing-masing selewat-lewatnya empat minggu sebelum tempoh pendaftaran bermula.

  • 8. Calon yang telah mendaftar boleh memohon untuk Menangguhkan Pengajian atas sebab yang munasabah. Permohonan bertulis perlu dibuat kepada Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Akademik atau Dekan Fakulti dalam tempoh empat minggu selepas semester/sesi bermula. Tempoh penangguhan pengajian yang dibenarkan adalah tidak kurang daripada satu semester dan tidak melebihi dua semester.

    9. Calon yang disahkan Lulus dan Layak Dianugerahkan Ijazah oleh Senat dikehendaki melayari laman web www.ukm.my/konvo untuk mengemaskini maklumat diri dan mendapatkan maklumat terkini mengenai majlis konvokesyen. Calon juga diminta untuk mengisi Borang Kajian Pengesanan Graduan (KPG) melalui laman web Kementerian Pengajian Tinggi di http://graduat.mohe.gov.my serta mengemaskini maklumat terkini dalam Sistem Maklumat Alumni UKM di laman web http://www.ukm.my/alumniukm