0000

40
1 1.0 PENGENALAN Setiap manusia yang normal akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan dari segi aspek fizikal, kognitif, sosioemosi dan personaliti sejak mereka dilahirkan sehinggalah menjadi remaja, dewasa dan tua. Sebagai seorang bakal guru, saya perlu peka dan prihatin dengan perubahan perkembangan terhadap murid-murid supaya mereka dapat mencapai pertumbuhan dan perkembangan dari pelbagai aspek ke tahap yang maksimum. Pertumbuhan ialah suatu peningkatan jumlah dan ukuran yang bersifat kuantitatif, iaitu boleh diukur dan dibezakan dengan pandangan mata kasar manusia (Wong, Khairuddin, Maridah, Rashinawati dan Azlina, 2013). Menurut Mohd Sharani (2007), pertumbuhan adalah suatu peningkatan ukuran badan yang dapat diukur dengan meter (m) atau sentimeter (cm) untuk ketinggian badan serta kilogram (kg) dan gram (g) bagi berat badan seseorang individu. Oleh itu, setiap kanak-kanak mempunyai potensi genetik yang berbeza- beza bagi pertumbuhan mereka. Manakala, perkembangan pula ditakrifkan sebagai perubahan kualitatif iaitu perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantitatif, tetapi perubahan yang nyata berlaku memperlihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu (Zainuddin, 2008). Contohnya, penguasaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif atau penguasaan kemahiran bersosial seorang kanak-kanak. Perkembangan merupakan peningkatan penampilan dan potensi kanak-kanak secara berperingkat-peringkat dan berterusan. Hasilnya dapat dilihat melalui perkaitan di antara proses kematangan dan pembelajaran mengikut aturan semula jadi.

Upload: yanhong

Post on 15-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

00

TRANSCRIPT

1

1.0 PENGENALAN

Setiap manusia yang normal akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan

dari segi aspek fizikal, kognitif, sosioemosi dan personaliti sejak mereka

dilahirkan sehinggalah menjadi remaja, dewasa dan tua. Sebagai seorang bakal

guru, saya perlu peka dan prihatin dengan perubahan perkembangan terhadap

murid-murid supaya mereka dapat mencapai pertumbuhan dan perkembangan

dari pelbagai aspek ke tahap yang maksimum.

Pertumbuhan ialah suatu peningkatan jumlah dan ukuran yang bersifat

kuantitatif, iaitu boleh diukur dan dibezakan dengan pandangan mata kasar

manusia (Wong, Khairuddin, Maridah, Rashinawati dan Azlina, 2013). Menurut

Mohd Sharani (2007), pertumbuhan adalah suatu peningkatan ukuran badan

yang dapat diukur dengan meter (m) atau sentimeter (cm) untuk ketinggian

badan serta kilogram (kg) dan gram (g) bagi berat badan seseorang individu.

Oleh itu, setiap kanak-kanak mempunyai potensi genetik yang berbeza-beza

bagi pertumbuhan mereka.

Manakala, perkembangan pula ditakrifkan sebagai perubahan kualitatif iaitu

perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantitatif, tetapi perubahan yang

nyata berlaku memperlihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang

terlebih dahulu (Zainuddin, 2008). Contohnya, penguasaan kemahiran berfikir

kritis dan kreatif atau penguasaan kemahiran bersosial seorang kanak-kanak.

Perkembangan merupakan peningkatan penampilan dan potensi kanak-kanak

secara berperingkat-peringkat dan berterusan. Hasilnya dapat dilihat melalui

perkaitan di antara proses kematangan dan pembelajaran mengikut aturan

semula jadi.

2

Oleh yang demikian, tugasan ini akan membincangkan faktor-faktor yang

mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Seterusnya, membuat perkaitan

faktor-faktor yang mempengaruhi peringkat perkembangan kanak-kanak dengan

teori-teori perkembangan yang berkaitan dari aspek fizikal, kognitif, sosioemosi

dan kendiri kanak-kanak.

2.0 TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

Dalam teori kematangan ini, Gesell memfokuskan kepada kematangan individu

di mana dalam proses kematangan ini ia dipengaruhi oleh dua faktor iaitu faktor

baka dan persekitaran yang menjadi penggerak utama kepada pertumbuhan dan

perkembangan fizikal kanak-kanak itu (Fizi Apis, 2010).

Semasa perkembangan bayi, mereka belajar duduk, berdiri, berjalan dan

berlari jelas beliau selanjutnya. Keupayaan tersebut juga berkembang dalam

urutan yang spesifik. Mereka muncul dengan pertumbuhan saraf yang berbeza

dari segi kepantasan perkembangan. Mereka juga tidak berdiri dan berjalan pada

umur yang sama. Walau bagaimanapun, mereka melalui urutan yang serupa.

Oleh itu, beliau menyatakan perbezaan individu dalam kepantasan pertumbuhan

dikawal sepenuhnya oleh mekanisme genetik dalaman.

Selain itu, kesan kematangan dapat dibandingkan dengan kesan

persekitaran. Faktor persekitaran ini penting. Kematangan menyokong

pertumbuhan yang baik tetapi mereka tidak memainkan peranan terus dalam

struktur urutan perkembangan dan bentuk tingkah laku. Sebaik sahaja bayi

dilahirkan, ia memasuki jenis persekitaran yang berbeza, bukan sahaja

persekitaran yang bertemu dengan kehendak fizikal tetapi persekitaran sosial

3

dan budaya yang cuba menggalakkannya berkelakuan dalam cara yang

sewajarnya.

Tuntasnya, Gesell lebih menitik beratkan keupayaan ibu bapa untuk

mengajar kanak-kanak akan perkara terdahulu daripada jadual seperti dalam

Jadual 1 (rujuk lampiran). Kanak-kanak akan duduk, berjalan dan bercakap

apabila mereka bersedia dan sistem saraf sudah matang sepenuhnya. Pada

masa yang sesuai mereka mula menguasai sesuatu tugasan yang datang dari

keinginan sendiri.

3.0 TEORI TUGAS PERKEMBANGAN ROBERT HAVIGHRUST

Berdasarkan teori tugas perkembangan Robert Havighurst, beliau menyatakan

bahawa perkembangan seseorang kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh faktor

persekitaran. Beliau memfokuskan kepada keadaan sekeliling atau persekitaran

di mana tempat seseorang kanak-kanak itu membesar yang akan memberi dan

meninggalkan impak sama ada positif atau negatif bergantung kepada ibu bapa

yang mencorakkan mereka. Contoh persekitaran yang mempengaruhi kanak-

kanak ialah dari segi pemakanan, rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan media

elektronik (Ee Ah Meng, 1997).

Bagi faktor persekitaran seperti pemakanan, ia dapat dilihat melalui makanan

yang diambil oleh ibu semasa mengandung adalah seimbang dan berzat.

Dengan ini, bayi di dalam kandungan akan membesar dengan sempurna dan

sihat. Jika sebaliknya, berkemungkinan bayi akan mendapat penyakit. Hal ini

kerana di dalam badan bayi kurangnya enzim selepas di lahirkan. Seterusnya,

bagi pemakanan untuk kanak-kanak adalah perlu diberi dengan makanan yang

4

seimbang berdasarkan piramid makanan. Oleh itu, ianya akan membantu kanak-

kanak membesar dengan sihat dan cergas.

Seterusnya, faktor persekitaran lain ialah rakan sebaya. Havighurst

menyatakan jika seseorang kanak-kanak itu berkawan dengan kawan yang

manja, maka kanak-kanak itu akan sedikit sebanyak cenderung untuk menjadi

manja dan inginkan belaian dan kasih sayang dari ibunya. Sekiranya dia tidak

mendapat perkara yang diinginkan seperti apa yang diperoleh kawannya, maka

kanak-kanak itu akan cuba untuk memberontak. Hal ini menunjukkan faktor

persekitaran memainkan peranan yang penting dalam perkembangan seseorang

kanak-kanak.

Selain itu, faktor persekitaran seperti bahan bacaan adalah penting dalam

perkembangan kanak-kanak kerana ia akan memberi pengaruh yang besar

kepada pembaca. Jika bahan yang dibaca berfaedah dan bermanfaat, maka

selamatlah kanak-kanak tersebut begitu juga sebaliknya. Dari sini, kita sebagai

ibu bapa dan guru perlulah sentiasa membimbing dan membantu kanak-kanak

dalam membentuk peribadi mereka supaya menjadi insan yang berguna kepada

masyarakat, bangsa dan negara kelak. Menurut Havighurst, ibu bapa mahupun

guru terutamanya perlulah menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat

untuk kanak-kanak membesar dengan sempurna. Ini akan membantu kanak-

kanak untuk berjaya.

Ini dibuktikan lagi dalam Teori Robert Havighurst menyatakan bahawa setiap

individu perlu membesar dan berkembang dengan melalui sebanyak 10

peringkat seperti dalam Jadual 2 (rujuk lampiran). Beliau memberitahu bahawa,

jika seseorang individu itu tidak dapat mencapai tugas-tugas dalam setiap

peringkat, maka dia akan berasa sedih dan kecewa. Ini akan cenderung kepada

perkembangan kanak-kanak tersebut menjadi lewat dan tidak setaraf dengan

5

kanak-kanak normal. Maka untuk membanteras gejala ini dari berlaku, guru

perlulah menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat kanak-kanak

seperti aktiviti dalam bentuk permainan mahupun lakonan. Hal ini dapat

membentuk kreativiti kanak-kanak.

Jadi ini dapat disimpulkan bahawa setiap perkembangan yang dialami oleh

kanak-kanak perlulah dengan kerelaan kanak-kanak itu sendiri, bukan dengan

paksaan yang diberikan oleh ibu bapa kerana dengan paksaan akan

membuatkan kanak-kanak itu tidak berupaya untuk berdikari sendiri dan akan

memberi kesan yang dalam terhadap perkembangan mereka.

4.0 TEORI PENGULANGAN G. STANLEY HALL

G. Stanley Hall memfokuskan kepada teori pengulangan yang memfokuskan

kepada psikologi genetik dan pendidikan. Teori ini menekan bahawa setiap

individu akan melalui proses perubahan dari segi daya pemikiran dan deria fizikal

selaras dengan perkembangan minda dan tubuh badan. Beliau juga percaya

bahawa setiap kanak-kanak boleh berkembang dengan pesat sekiranya tidak

dipaksa. Ini bermakna, kematangan dari aspek baka memainkan peranan

penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak itu. Kematangan

saraf dan fizikal kanak-kanak itu akan menentukan keupayaan kanak-kanak

untuk menguasai sesuatu kemahiran itu. Oleh itu, Hall mengatakan bahawa ibu

bapa perlu mengetahui akan setiap tahap perkembangan anak-anak mereka

kerana dengan mengetahui perkembangan anak-anak mereka boleh membantu

anak-anak dengan mempelbagaikan aktiviti yang boleh membantu pertumbuhan

dan perkembangan anak-anak mereka. Ibu bapa juga disarankan oleh Hall untuk

membimbing perkembangan semula jadi anak mereka untuk membolehkan anak

mereka membesar dengan sempurna. Hall memperkenalkan tiga peringkat

6

dalam perkembangan kanak-kanak iaitu dari lahir sehingga meningkat remaja

seperti dalam Jadual 3 (rujuk lampiran) (Fizi Apis, 2010).

5.0 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA

Terdapat tiga teori perkembangan kognitif dan bahasa, iaitu teori pemerolehan

bahasa behavioris, nativist dan interaksionalis.

5.1 Teori Pemerolehan Bahasa Behavioris

Teori pemerolehan bahasa behavioris menekankan kepentingan persekitaran

dalam pembelajaran bahasa yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang

dipelopori oleh B. F. Skinner. Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-

kanak berlaku apabila ibu bapa atau anggota keluarga mengajar kanak-kanak

bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-

kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang

diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang

berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah

pujian seperti ”pandai”, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain

yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap. Skinner juga mengatakan

bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari

bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang

dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori

Behavioris iaitu rangsangan tindak balas. Oleh itu, persekitaran mempunyai

pengaruh yang sangat penting terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan

persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-

kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat. Manakala peneguhan yang diberi

7

akan merangsang kanak-kanak mengulang-ulang percakapannya (Azizi Yahaya,

2005).

5.2 Teori Pemerolehan Bahasa Nativist

Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky yang mengatakan bahawa

pemerolehan bahasa berlaku secara nativist atau mentalis. Menurutnya, kanak-

kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal.

Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari

bahasa apa sahaja. Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu

Hipotesis Nurani (The Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak

manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak

manusia telah dilengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali

sebagai LAD (Language Acquisition Device) (Azizi Yahaya, 2005). Bagi

menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;

i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama;

ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan

(anak yang IQ-nya rendah juga memperoleh bahasa pada masa dan

cara yang hampir sama);

iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau

emosi kanak-kanak;

iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan

sama.

8

Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari

bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut;

1. Wujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu

kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan

kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa;

2. Bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperoleh

tanpa keupayaan sejadi;

3. Anak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga

5 tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.

5.3 Teori Pemerolehan Bahasa Interaksionalis

Teori Interaksionalis telah dipelopori oleh Halliday. Antara ahli-ahli bahasa yang

turut menunjangi teori ini adalah seperti Bloom (1979), Bowennan (1973-1976)

dan juga Grommer (1976). Mereka bersependapat bahawa kebolehan kognitif

sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak itu.

Ini berikutan dengan kemahiran kognitif kanak-kanak yang hanya membolehkan

mereka mentafsir makna tetapi tidak menjamin tafsiran tersebut boleh dinyatakan

atau dilahirkan dalam bentuk bahasa (Azizi Yahaya, 2005).

Menurut pandangan ahli-ahli interaksionalis, kanak-kanak perlu didedahkan

kepada interaksi linguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan

tepat. Mereka juga menganggap bahawa penyampaian semantik (makna) adalah

penting, dan harus berjalan seiringan dengan struktur bahasa agar para pelajar

dapat menggunakan sistem bahasa dengan betul.

9

Teori Interaksionalis memandang pembelajaran bahasa sebagai alat

interaksi dan proses ini melibatkan mental dan linguistik. Teori ini turut

menekankan pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undang-

undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran itu. Seseorang pelajar harus boleh

menggunakan struktur-struktur bahasa dengan betul terutamanya dari segi

tatabahasa dan makna. Ini adalah penting bagi membolehkan mereka

berkomunikasi dalam masyarakat dengan baik dan berkesan. Guru-guru

disarankan supaya memberi banyak latihan kepada murid-murid. Terdapat tiga

prinsip aliran Interaksionalis, iaitu;

a. Prinsip pertama: Makna adalah lebih diutamakan dalam setiap

komunikasi bahasa.

b. Prinsip kedua: Mementingkan unsur iaitu makna dan juga struktur

bahasa.

c. Prinsip ketiga: Penumpuan terhadap aktiviti-aktiviti yang bermakna.

6.0 TEORI PEMBELAJARAN PIAGET

Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari

Switzerland dan telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan

perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh

berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila

berinteraksi dengan persekitaran. Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kala

dikenal sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur

pemikiran manusia (Azizi Yahaya, 2005). Terdapat empat konsep utama yang

dicadangkan oleh Piaget dalam penyelidikan tentang proses pembelajaran yang

terdiri daripada skema, asimilasi, akomodasi dan ekuilibrasi yang terdapat dalam

Jadual 4 (rujuk lampiran).

10

Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan

mereka yang tersendiri. Dengan ini, kanak-kanak yang di dalam satu darjah itu

bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlain

kecepatan perkembangan kognitif. Piaget juga berpendapat bahawa

perkembangan kognitif itu berlaku secara berperingkat-peringkat dan peringkat

yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat-peringkat

seterusnya kerana peringkat awal tersebut merupakan peringkat asas bagi

peringkat seterusnya.

Paiget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu

dalam proses perkembangan yang dilalui. Beliau telah membahagikan

perkembangan kognitif kepada empat tahap mengikut umur (Azizi Yahaya,

2005). Tahap-tahap perkembangan itu ialah:

a) Tahap sensori motor atau deria motor (sejak lahir – 2 tahun)

b) Tahap praoperasi (2-7 tahun)

c) Tahap operasi konkrit (7-11 tahun)

d) Tahap operasi formal (11-15 tahun)

7.0 TEORI ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL LEV VYGOTSKY

Merujuk Vygotsky, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah bergantung

kepada interaksinya dengan orang-orang berkepentingan di sekelilingnya. Beliau

tidak bersetuju dengan pandangan Piaget yang kanak-kanak membina

pengetahuan secara sedirian dan membentuk realiti secara sendirian. Beliau

telah mengemukakan empat konsep atau tema utama untuk menerangkan

11

teorinya (Sebestiammal Selvam, 2012). Antaranya ialah pendekatan sosio-

budaya, zon perkembangan proksimal, bantuan perancah (scaffolding) dan

perkembangan bahasa.

a) Pendekatan sosio-budaya

Dalam pendekatan sosio-budaya, Vygotsky telah memerhati dan mengkaji

peranan budaya dan komunikasi interpersonal kepada perkembangan

kognitif kanak-kanak. Beliau berpendapat bahawa perkembangan

pembelajaran berlaku dalam konteks sosial, iaitu melalui persekitaran dunia

kanak-kanak yang dikelilingi dengan orang dewasa yang berinteraksi dengan

mereka sejak dilahirkan (Sebestiammal Selvam, 2012).

b) Zon perkembangan proksimal

Zon perkembangan proksimal atau Zone of Proximal Developmnet (ZPD)

merupakan celah antara ‘actual development’ dan ‘potential development’, di

mana antara apakah tindakan yang diambil oleh seorang anak tanpa

bantuan orang dewasa dan apakah tindakan yang dapat dilakukan oleh

seorang anak dengan arahan orang dewasa atau kerjasama dengan teman

sebaya. Maksud dari ZPD adalah menitikberatkan ZPD pada interaksi sosial

akan dapat memudahkan perkembangan anak. Menurut Vygotsky,

pembelajaran aktif berlaku dalam zon ini .Vygotsky telah memfokuskan

kepada hubungan sosial kanak-kanak dalam konteks sosio-budaya dan

mendapati bahawa mereka menggunakan alat-alat kebudayaan iaitu bertutur

dan menulis untuk memahami lingkungan sosial mereka. Beliau juga

percaya bahawa proses internalisasi melalui alat-alat kebudayaan ini yang

menyebabkan kemampuan berfikir kanak-kanak maju ke aras kognitif yang

lebih tinggi (Sebestiammal Selvam, 2012).

12

c) Bantuan perancah (Scaffolding)

Konsep ‘scaffolding’ ataupun bantuan perancah membawa maksud suatu

bantuan atau bimbingan kepada murid bagi menyiapkan sesuatu tugasan

yang tidak dapat diselesaikan tanpa mendapat bantuan daripada guru.

Menurut Vygotsky, guru dapat merangsang zon ini dengan memberikan

peluang yang banyak kepada murid bergerak balas yang mencakupi

kemahiran dan kebolehan yang boleh dilakukan oleh murid secara

bersendirian serta lain-lain kemahiran yang memerlukan bantuan guru

(Sebestiammal Selvam, 2012).

d) Perkembangan bahasa

Vygotsky juga lebih menitikberatkan bahasa dalam pemerolehan

pengetahuan dan perkembangan kognitif. Menurut beliau,proses

penguasaan bahasa berkembang dengan kebolehan berkomunikasi dan

berinteraksi secara sosial dengan orang lain. Bahasa dan pemikiran

berkembang secara tersendiri dan meningkat dalam tahap kesukaran.

Mereka juga belajar menggunakannya sebagai alat komunikasi untuk

menyelesaikan masalah seperti meminta  untuk susu apabila mereka lapar

(Sebestiammal Selvam, 2012).

8.0 TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERICKSON

Berdasarkan teori Erik, individu berkembang menerusi pembukaan lipatan

personaliti yang telah ditentukan melalui lapan peringkat. Menurut Erickson,

setiap peringkat perkembangan sosioemosi merupakan krisis prsikososial yang

perlu diselesaikan sebelum seseorang dapat bergerak ke peringkat yang

seterusnya. Sekiranya, individu gagal menyelesaikan krisis tersebut, maka di

peringkat perkembangan yang berikutnya akan terjejas (Azizi Yahaya, 2005).

13

Oleh itu, beliau telah mengemukakan lapan peringkat perkembangan sosioemosi

seperti yang terdapat dalam Jadual 5 (rujuk lampiran).

9.0 TEORI PERKEMBANGAN MORAL PIAGET

Teori Perkembangan Moral Piaget adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan

pertanyaan. Menurut Mok Soon Sang (2008), asas utama perkembangan moral

adalah berdasarkan kepada undang-undang. Piaget membuat teori berdasarkan

pemerhatiannya kepada kanak-kanak yang bermain guli. Ketika bermain, kanak-

kanak perlu mengambil kira isu-isu keadilan dan undang-undang permainan.

Melalui cara itulah kanak-kanak mengeksplorasi perkembangan moral mereka.

Piaget berpendapat, moral kanak-kanak lebih berkembang berdasarkan

interaksi kanak-kanak dengan rakan-rakan mereka berbanding interaksi dengan

ibu bapa mereka. Bagi Piaget, ibu bapa lebih kepada peringkat yang kurang

matang kerana hubungan ibu bapa dengan anak-anak lebih kepada cara hadiah

dan hukuman atau untuk mempromosikan kepercayaan bahawa penilaian moral

itu bergantung kepada kuasa orang dewasa. Manakala, rakan-rakan pula lebih

mengutamakan pertukaran (reciprocity) dan hak kesamarataan antara mereka

untuk mempertahankan perhubungan sosial mereka.

Piaget kemudiannya membahagikan perkembangan moral kepada tiga

peringkat, pertama Premoral Period, iaitu peringkat di mana kanak-kanak belum

lagi memahami undang-undang, kerjasama dan matlamat-matlamat yang

berkaitan dengan permainan; kedua, Heteronomous Morality Stage, iaitu

perkembangan kanak-kanak selepas lima tahun. Ketika ini kanak-kanak mula

mengambil berat atau sedar tentang undang-undang dan cara untuk menang;

dan ketiga, Moral Realism peringkat paling akhir di mana kanak-kanak sudah

14

memiliki sense of moral realism iaitu, alasan kepada kenapa perlu mengikut

undang-undang tatkala bermain.

10.0 TEORI PERKEMBANGAN MORAL KOHLBERG

Terdapat tiga peringat perkembangan moral menurut Kohlberg (Mok Soon Sang,

2008). Antaranya ialah;

i. Peringkat Prakonvensional

Pada peringkat ini, perkembangan moral bergantung kepada faktor-faktor luaran.

Kanak-kanak perlu patuh untuk mengelakkan dihukum atau untuk mendapatkan

hadiah. Orientasi hukuman dan patuh ini adalah:

a) Memotivasikan kanak-kana untuk melakukan sesuatu yang bermoral

bagi mengelakkan hukuman.

b) Instrumental purpose, di mana kanak-kanak percaya kepada undang-

undang mana yang perlu diikut terutamanya kepada perkara yang ada

keseronokan (best interest) bila melakukan. Dalam peringkat ini, kanak-

kanak akan mengambil kira kepentingan orang lain meskipun

keseronokan tersebut membabitkan dirinya.

ii. Peringkat Konvensional

Peringkat ini bermula seawal usia 13 sehingga 14 tahun. Pada peringkat ini

individu lebih berusaha untuk menangani pujian dan pengiktirafan bila

melakukan perkara baik mempertahankan social order. Pada peringkat ini, wujud

orientasi bersifat interpersonal oreintation. Iaitu membuat atau melakukan

perkara baik lebih kepada hendak menyukakan kepada orang lain atau individu

akan lebih bermotivasi apabila orang lain melihat perkara yang mereka buat itu

15

baik dan menarik. Orientasi ini kemudian akan diikuti dengan social order

maintainence orientation, iaitu individu atau remaja mula ada kepercayaan yang

undang-undang perlu untuk mempertahankan social order dan sistem akan huru

hara sekiranya orang tidak mematuhi undang-undang tersebut.

iii. Peringkat Akhir Konvensional

Peringkat ini berlaku apabila individu mula komited terhadap set of princip yang

dikongsi bersama piawaian moral yang ditanam dan menjadi sebahagian

daripada individu. Tindakan moral individu lebih kepada patuh untuk

menegakkan undang-undang dan kontrak yang melindungi hak orang ramai.

Pada peringkat ini, individu mula ada kesedaran dan keinginan untuk melakukan

yang terbaik bagi memenuhi kepuasan orang ramai. Bagi Kohlberg, orientasi

terakhir pada peringkat ini yang disebut universal etihcal-principle, iaitu

menganggap yang baik dan buruk pada suatu perkara lebih kepada pilihan

individu sendiri berbanding dengan abstrak moral, prinsip keadilan universal dan

hormat terhadap semua individu. Jadi apabila undang-undang yang melanggar

prinsip moral, maka individu perlulah mengikut prinsip moral berbanding undang-

undang yang digubal

11.0 TEORI PERAPATAN AINSWORTH

Ainsworth dan rakan-rakannya (dalam Lefrancois, 2001) telah mengemukakan

satu prosedur iaitu The Strange Situation Procedure untuk menilai perapatan

bayi (infant attachment) dengan penjaga berdasarkan tahap tekanan dan

kerisauan yang dialami oleh bayi dalam episod perpisahan dan pertemuan

dengan penjaga atau ibu. Beliau telah membahagikan perapatan bayi kepada

tiga jenis iaitu perapatan selamat, perapatan mengelak, dan perapatan bimbang

ketidaktentuan yang dapat diringkaskan seperti berikut (Mahani Razali, 2009).

16

a) Perapatan Selamat

Perapatan selamat berlaku apabila kanak-kanak boleh menerokai dan

memahami persekitaran mereka dengan rasa selamat dengan kehadiran

penjaganya. Walaupun terdapat orang asing, mereka tidak merasa bimbang dan

dapat bergaul dengan orang asing tersebut dengan kehadiran penjaga disisi

mereka. Apabila penjaga mereka meninggalkan mereka, mereka akan merasa

sedih dan kecewa. Tetapi, apabila penjaga mereka kembali, mereka akan

menyambutnya dengan gembira dan berasa tenang semula. . Bayi yang

mempunyai perapatan selamat dengan ibunya biasanya mempunyai ibu yang

bersifat responsif dan peka terhadap keperluannya. Mereka sentiasa memahami

emosi bayi dan memberi respons yang positif terhadap emosi bayi. Mereka juga

menunjukkan kasih sayang kepada bayi serta menghayati peranan sebagai ibu

kepada bayi. Selain itu, ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak mereka

dengan konsep perapatan selamat supaya mudah untuk kanak-kanak apabila

memasuki alam persekolahan kelak. Mereka akan dapat menerokai alam

persekolahan tersebut dengan perasaan yang gembira dan seronok kerana

mereka yakin bahawa ibu bapa mereka akan kembali dan mereka akan

berjumpa kembali dengan ibu bapa mereka.

b) Perapatan Bimbang Ketidaktentuan

Perapatan bimbang ketidaktentuan pula ialah apabila kanak-kanak merasakan

tekanan yang sangat besar apabila orang asing berada dengannya. Walaupun

ibu bapa ada bersama mereka, tetapi mereka akan tetap merasa bimbang

kerana kehadiran orang asing. Perasaan bimbang mereka bertambah apabila ibu

bapa meninggalkan mereka. Apabila ibu bapa kembali, kanak-kanak akan

menghampiri mereka tetapi akan menolak sebarang perhatian yang diberikan

oleh ibu bapa seperti memalingkan mukanya dan tidak mahu dipeluk atau

didukung. Walaubagaimanapun, mereka tidak akan berjauhan dengan ibu bapa.

17

. Ibu kepada bayi jenis ini tidak peka terhadap isyarat dan keperluan bayi. Dia

juga bersifat menolak dan kurang dari segi hubungan fizikal dengan bayi.

c) Perapatan Mengelak

Perapatan mengelak terjadi apabila kanak-kanak hanya menunjukkan perasaan

yang sangat sedikit terhadap penjaga. Mereka juga tidak berminat dan tidak

akan menerokai persekitaran walaupun ianya merupakan persekitaran yang baru

bagi mereka.apabila orang asing ada bersama kanak-kanak itu, mereka tetap

tidak menunjukkan sebarang respon sama seperti mereka tidak menunjukkan

respon kepada penjaga mereka. Perapatan jenis ini mempunyai kaitan dengan

sifat ibu yang tidak sensitif dan tidak bertindak balas terhadap keperluan bayi.

Ibu juga kekok ketika berinterkasi dengan bayi.

12.0 TEORI SIGMUND FRUED

Frued melihat naluri semula jadi manusia sebagai dorongan oleh sesuatu kuasa

yang kuat. Beliau menghasilkan suatu protret struktur mental yang mengalirkan

kuasa Id, Ego dan Superego (Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail &

Noranizah Yusuf, 2012).

a. Id - adalah satu sistem yang diwarisi. Id mengandungi desakan untuk

keperluan-keperluan asas seperti makanan, air dan seks. Tenaga yang

menggerakkan id dipanggil tenaga libido. Apabila tenaga ini meningkat,

tekanan juga akan meningkat yang kemudiannya mesti dilepaskan atau

disalurkan. Id juga bergerak berasakan prinsip keseronokan. Apabila ia

mahukan sesuatu, ia mahukan dengan cepat tanpa bertangguh-tangguh.

Contohnya seorang bayi yang lapar tidak boleh menunggu. Bayi tidak

tahu apa yang boleh dan tidak boleh, tidak tahu tentang realiti, tidak ada

18

peraturan-peraturan dalaman yang dapat mengarahkan tingkah laku.

Desakan yang paling kuat pada waktu ini ialah untuk memperoleh

kepuasan yang segera.

b. Ego - mula berkembang dalam masa lebih kurang setahun. Bayi akan

mula menyedari bahawa laparnya tidak boleh dipuaskan dengan serta

merta. Realitinya mungkin ibunya berada di tempat lain dan

kepuasannya terpaksa ditangguhkan. Ego yang bersifat separuh sedar

akan beroperasi berasaskan prinsip realiti. Ia bertanggungjawab

mengendalikan kehendak-kehendak dan desakan-desakan id mengikut

cara yang diterima. Apabila bayi mula membesar, hasil daripada

pengalaman, egonya bertambah kuat, ia akan belajar yang kehendak-

kehendaknya boleh ditangguh dan kadang-kadang matlamat jangka

panjang memerlukan pengabaian matlamat jangka pendek.

c. Superego – mula kelihatan apabila kanak-kanak berumur lebih kurang

lima tahun. Superego merujuk kepada aspek-aspek moral dalam

personaliti yang diperoleh dengan cara berinteraksi dengan orang lain

dalam masyarakat dan proses-proses identifikasi dengan ibu bapa.

Dengan proses ini, kanak-kanak belajar peraturan-peraturan yang

mengawal tingkah laku. Peraturan-peraturan inilah yang akan mengawal

superego kanak-kanak. Superego beroperasi mengikut prisip

kesempurnaan dan berfungsi menghalang kehendak-kehendak antisosial

id dan menyebabkan seseoranga rasa bersalah apabila tingkah laku

tertentu.

12.1 Mekanisme Pertahanan Diri

Mekanisme pertahanan diri yang diperkenalkan oleh Freud merupakan satu

proses tanpa sedar, automatik dan tidak rasional yang digunakan untuk

mengurangkan perasaan-perasaan kebimbangan atau konflik-konflik emosi.

19

Mekanisme pertahanan diri adalah suatu kaedah yang tidak sihat yang secara

tidak sedar digunakan oleh seseorang apabila ia tidak dapat memuaskan

kehendak-kehendak id. Mekanisme ini adalah satu ego yang bertindak sebagai

orang tengah untuk mendamaikan pertelingkahan di antara id dan superego

supaya persenaliti seseorang akan beroperasi secara sihat (Zakaria Stapa,

Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf, 2012). Antara bentuk-bentuk

mekanisme pertahanan diri ialah;

a) Tekanan - mengendalikan impuls yang tidak diterima dengan cara

menekannya ke tahap tidak sedar. Misalnya terlupa untuk pergi

berjumpa doktor gigi.

b) Rosot Kembali/Regresi - bertingkah laku keanak-anakan apabila

berhadapan dengan sesuatu yang menimbulkan kebimbangan.

Contohnya, seorang kanak-kanak yang berumur 10 tahun kencing

malam.

c) Sublimasi - menggantikan tingkah laku yang tidak diterima dengan

tingkah laku yang diterima oleh masyarakat. Misalnya seorang lelaki rasa

teramat marah dan ia cuba memindahkan rasa marahnya dengan

melakukan aktiviti lsukan yang asak seperti mendaki gunung.

d) Pemindahan - memindahkan sesuatu perasaan yang kuat kepada objek

atau individu lain. Misalnya, seorang kanak-kanak yang marah akan

rakannya memindahkan rasa marah dengan menendang seekor kucing.

e) Pembentukan reaksi - bertingkah laku sebaliknya apabila ia cuba

menyembunyikan perasaan atau kecenderungan yang tidak diterima

oleh masyarakat.

f) Penafian - enggan mengakui kewujudan satu-satu keajaiban. Misalnya,

seseorang tidak mahu menganggap anaknya sebagai kanak-kanak

terencat akal.

20

g) Rasionalisasi - membuat alasan untuk tingkah laku.

13.0 TEORI HUMANISTIK CARL ROGERS

Terdapat beberapa usul penting dalam teori humanistik. Salah satu daripadanya

ialah persepsi individu mengenai diri kendiri. Mengikut Carl adalah selaras

dengan konsep kendirinya. Jika seseorang individu memiliki konsep kendiri yang

tinggi,dia akan merasa berkeyakinan tinggi dan bersemangat untuk melakukan

segala tugas yang diagihkan kepadanya (Jas Laile Suzana Jaafar, 2008).

Usul seterusnya pula membantu individu untuk mengatasi halangan-

halangan. Guru-guru yang menunjukkan empati dan sentiasa bersikap positif

akan mendorong mendidik murid-murid secara lebih mendalam. Menurutnya

lagi,seseorang guru kaunselor yang baik dapat membantu menghilangkan

penghalang-penghalang yang terpendam dalam diri seseorang agar potensinya

boleh berkembang dengan optimumnya.

Usul yang ketiga adalah kecenderungan untuk berjaya. Setiap manusia

mempunyai kecenderungan untuk mencapai kesempurnaan kendiri dan akan

bersaing untuk mencapai kejayaan. Penguasaan ilmu dan pemerolehan

pengalaman berlaku secara semula jadi sehingga manusia mencapai

kesempurnaan kendiri.

Kefahaman melalui refleksi juga merupakan antara usul penting dalam teori

humanistik. Mengikut Carl Rogers, manusia sentiasa menggunakan maklumat

dan pengalaman yang ada pada diri sendiri untuk memperbaiki kelakuan diri.

21

Refleksi dan pengimbasan semula pengalaman yang dilalui membawa

kesedaran lebih kepada tingkah laku seseorang.

Dengan itu,struktur kendiri manusia terbentuk daripada interaksi dengan

persekitaran dan penilaian tentang diri sendiri pula diperoleh daripada interaksi

dengan orang lain. Interaksi manusia dengan persekitaran dan pergaulan sosial

memperkayakan input pengalaman seseorang.

14.0 TEORI HUMANISTIK ABRAHAM MASLOW

Teori ini menekankan keunikan dan potensi individu serta desakan-desakan

dalaman. Seseorang individu merupakan agen yang bebas, yang mempunyai

keupayaan untuk menggunakan simbol dan berfikir secara abstrak. Matlamat

hidup seseorang individu ialah memaksimakan potensi tersebut dan

meninggikan konsep kendiri. Manusia dilihat sebagai aktif, bebas, kreatif dan

berkebolehan untuk pertumbuhan dan kesempurnaan kendiri (Jas Laile Suzana

Jaafar, 2008).

Dalam teori ini, Maslow mengatakan tiap-tiap individu terdorong untuk

mempertahankan keunikan diri, berusaha memperkembangkan potensi,

keupayaan dan bakat. Pendapat Maslow dapat dijelaskan dengan Hierarki

Keperluan seperti dalam Rajah 1 (rujuk lampiran) yang diperkenalkan olehnya.

Menurut Maslow, semua manusia akan berusaha untuk mencapai

kesempurnaan kendiri. Usaha ini memerlukan kekuatan ego yang kuat,

penerimaan daripada rakan sebaya dan hormat-kendiri. Selalunya

22

kesempurnaan diri ini tidak akan tercapai sehingga tahun-tahun pertengahan

dewasa apabila hampir semua keperluan sudah dipenuhi.

Oleh itu, Teori Humanistik berjaya memberi “kekayaan” kepada manusia

berbanding Teori Behaviorisme. Teori-teori tersebut mampu menjelaskan

keunikan tiap-tiap individu dan ia juga berjaya memperkenalkan kaedah untuk

membantu manusia menggunakan potensi mereka secara maksimum.

15.0 TEORI PEMELAJARAN SOSIAL ALBERT BANDURA

Albert Bandura telah memperkenalkan Teori Pemelajaran Sosial yang

berasaskan kritikan terhadap pandangan-pandangan Skinner. Bandura

berpendapat hanya sebahagian sahaja tingkah laku manusia dapat diterangkan

oleh pelaziman operan Skinner, tetapi apa yang penting ialah pemelajaran

melalui proses peniruan (Jas Laile Suzana Jaafar, 2008). Seterusnya, kita

belajar melalui pemerhatian dan meniru orang lain serta dengan melihat

konsekuen tingkah laku orang lain. Bandura berpendapat:

a) Pemelajaran dan tingkah laku manusia bergantung kepada pemerhatian

seseorang individu itu terhadap individu lain atau model-model simbolik

seperti televisyen dan sebagainya.

b) Peniruan selalunya diperteguhkan.

c) Pemelajaran pemerhatian juga dapat diterangkan melalui prinsip-prinsip

klasik.

Oleh demikian, Teori Pemelajaran Sosial menekankan peranan kognitif dan

juga pengaruh persekitaran dalam perkembangan kanak-kanak.

23

15.1 Proses Pemelajaran Pemerhatian

Terdapat empat langkah bagi memahami proses peniruan (Jas Laile Suzana

Jaafar, 2008). Antaranya ialah;

i. Proses Memerhati

Kanak-kanak tidak akan meniru model yang ia tidak perhati. Sama ada kanak-

kanak akan memerhati atau tidak, bergantung kepada karakteristik dan tingkah

laku model. Model yang ditiru dan diperhatikan lazimnya terdiri daripada rakan

sebaya, orang yang berpengaruh, berstatus orang berjaya, popular, cekap dan

berkuasa. Proses pemerhatian ini juga bergantung kepada sama ada tingkah

laku itu dapat dibeza-bezakan atau tidak, kekerapannya dan kompleksitinya.

Keupayaan motor, pemerhatian berlaku atau tidak.

ii. Kebolehan Mengingat

Kanak-kanak mestilah bukan sahaja memerhati tetapi juga berupaya mengingat

apa yang dilihatnya. Ini bermaknanya tingkah laku yang diperhatikan akan dikod,

didaftar dan disimpan di dalam ingatan.

iii. Proses Produksi

Bagi proses peniruan yang berkesan, pemerhati (kanak-kanak) mestilah

berupaya menterjemah apa yang disimpan di dalam ingatan tadi kepada tingkah

laku yang nyata. Ini bergantung pada paras perkembangan dan sejarah hidup

kanak-kanak tersebut.

24

iv. Motivasi

Akhirnya dalam pemelajaran pemerhatian, kanak-kanak mestilah ada motivasi

yang secukupnya untuk menunjukkan tingkah laku yang tertentu. Oleh yang

demikian, peneguhan perlu diberi kepada kanak-kanak jika kita mahu ia

bertingkah laku tertentu. Menurut Bandura, peneguhan memberi kanak-kanak

suatu maklumat tentang apa yang berlaku di masa hadapan jika ia bertingkah

laku sedemikan.

RUMUSAN

Natijahnya, perkembangan kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh faktor baka

dan persekitaran. Perkembangan ini juga perlu merentasi beberapa peringkat

dan di atasi dengan sebaik yang mungkin sebelum ke peringkat yang

seterusnya. Hal ini kerana peringkat seterusnya adalah semakin kompleks dan

rumit. Dengan ini, pelbagai pihak perlu berganding bahu bagi memastikan

perkembangan kanak-kanak ini mencapai tahap yang optima. Terutamanya,

orang yang paling rapat dengan kanak-kanak tersebut seperti ibu bapa dan

anggota keluarga serta guru di sekolah. Pihak tersebut bolehlah

mengaplikasikan teori-teori yang telah diwujudkan oleh beberapa orang pakar

psikologi. Contohnya, teori Albert Bandura. Ibu bapa atau guru perlulah

menunjukkan tingkah laku yang positif agar kanak-kanak yang melihat tindakan

itu dapat mencontohi dan melakukan perkara yang positif juga. Oleh yang

demikian, teori-teori ini berfungsi sebagai batu loncatan kepada ibu bapa dan

guru untuk memastikan kanak-kanak tersebut berjaya melepasi peringkat-

peringkat yang telah dikenal pasti.

REFLEKSI

25

Bersyukur hadrat Ilahi kerana saya dapat menyiapkan tugasan Perkembangan

Kanak-kanak (EDU 3023) dalam masa yang telah ditetapkan. Saya juga ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kursus EDU 3023, iaitu

Puan Noraini binti Zakaria atas bimbingan dan dorongan yang telah diberikan.

Pada awalnya, saya hanya mengetahui perkembangan kanak-kanak ini

dipengaruhi oleh faktor baka. Setelah menyiapkan tugasan, saya mendapati

terdapat faktor lain juga mempengaruhi perkembangan kanak-kanak, iaitu

persekitaran. Sekiranya, faktor baka tidak dapat berfungsi sepenuhnya, maka

faktor persekitaran dapat membantu perkembangan kanak-kanak dari segi

fizikal, kognitif, sosioemosi dan personaliti.

Melalui tugasan ini juga, saya dapat mendalami lagi tentang ilmu-ilmu

berkaitan dengan teori-teori perkembangan kanak-kanak dan kaitannya dengan

pendidikan. Ilmu-ilmu yang telah saya timba ini sedikit sebanyak dapat

membantu saya untuk meneruskan profesion ini. Dengan ilmu yang ditimba,

saya berharap segala proses pengajaran dan pembelajaran yang akan saya

lakukan dalam bilik darjah bersama murid-murid akan lebih efesien.

Oleh yang demikian, saya harus mempertingkatkan ilmu pengetahuan

tentang perkembangan kanak-kanak agar mudah untuk saya mendekati dan

mendalami murid-murid supaya mereka dapat mencapai kecemerlangan ke

tahap yang maksima. Hal ini kerana kanak-kanak merupakan bakal pemimpin

negara dan berupaya memacu negara ke arah yang lebih maju. Bak kata

pepatah, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

RUJUKAN

26

1. Buku

Azizi Yahaya & Jaafar Sidek Latif. (2005). Membentuk identiti remaja. Pahang,

PTS Professional Publishing.

Ee Ah Meng. (1997). Psikologi pendidikan II (Semester II). Shah Alam: Fajar

Bakti.

Jas Laile Suzana Jaafar. (2008). Pengenalan kepada psikologi kanak-kanak dan

remaja. Selangor: Arah Pendidikan.

Mok Soon Sang. (2008). Psikologi pendidikan untuk pengajaran dan

pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia.

Mohd Sharani Ahmad. (2007). Psikologi kanak-kanak: Cara mudah memahami

psikologi bayi dan kanak-kanak. Selangor: PTS Publications.

Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Haji Alias, Rashinawati Abd.

Rashid & Azlina Ahmad. (2013). Perkembangan kanak-kanak. Selangor:

Oxford Fajar.

2. Internet

Azizi Yahaya. (2005). Teori-teori kognitif. Dilayari pada 30.07.2014 dari

http://eprints.utm.my/6258/1/2.pdf

27

Fizi Apis. (2010). Teori perkembangan Arnold Gessel, Robert Havighurst dan G.

Stanley Hall. Dilayari pada 30.07.2014 dari

http://welcometomyzonearea.blogspot.com/2010/03/teori-perkembangan-

arnold-gesell-robert.html

Mahani Razali. (2009). Perapatan (attachment) dan emosi kanak-kanak. Dilayari

pada 30.07.2014 dari

http://mahani-careandeducate.blogspot.com/2009/07/perapatan-attachment

dan-emosi-kanak.html

Mohd Fadzli Abu Bakar. (2005). Perkembangan emosi warisan dan persekitaran.

Dilayari pada 30.07.2014 dari http://eprints.utm.my/10348/1/bab2.pdf

Sebestiammal Selvam. (2012). Teori kognitif, teori sosial dan teori humanistik.

Dilayari pada 30.07.2014 dari

http://dpli-sls.blogspot.com/2012/08/teori-kognitifteori-sosial-teori_28.html

Zainuddin Abu Bakar. (2008). Teori-teori perkembangan. Dilayari pada

30.07.2014 dari http://eprints.utm.my/6302/1/bab_11.pdf

3. Jurnal

Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf. (2012). Faktor

persekitaran sosial dan hubungannya dengan pembentukan jati diri. Jurnal

Hadhari Special Edition, 155-172

LAMPIRAN

28

PERINGKAT KEUPAYAAN CADANGAN

PERMAINAN

1 (lahir-1

tahun)

Umur 1 bulan: tangisan berlainan untuk

menyatakan kehendak yang berbeza

seperti tangisan lapar berlainan dengan

tangisan menarik perhatian;

Umur 4 bulan: mata boleh bergerak

mengikut gerakan objek;

Umur 6 bulan: dapat menggenggam

objek;

Umur 7 bulan: boleh duduk dan

merangkak;

Umur 12 bulan: boleh berdiri dan

memegang objek tinggi.

Penerokaan

permainan.

2 (1-2 tahun) Kematangan fizikal dan mental mula

meningkat, mula memahami makna

‘jangan’ dan pada umur 2 tahun mampu

untuk berjalan tetapi dengan bantuan.

Bertatih

menggunakan

‘walker’.

3 (2-3 tahun) Koordinasi mata, tangan dan kaki mula

terbentuk, boleh bercakap menggunakan

ayat mudah dan boleh menguruskan diri

seperti makan dan memakai kasut.

Permainan

‘Play dough

and lego’.

4 (3-4 tahun) Koordinasi dan kematangan fizikal

semakin kukuh dan boleh menuruti

arahan mudah daripada ibu bapa.

Menunggang

basikal

beroda tiga.

5 (4-5 tahun) Proses berinteraksi terbentuk, mula

bersosialisasi, mengemukakan soalan

berperingkat-peringkat dan bersedia

untuk ke kelas prasekolah.

Bermain bola

sepak

bersama

rakan-rakan.

29

Jadual 1: Tahap Kematangan Dalam Tempoh 5 Tahun

PERINGKAT HIDUP TUGAS PERKEMBANGAN CADANGAN

PERMAINAN

Bayi - awal kanak-

kanak

(lahir-2 tahun)

Bayi menjalin hubungan baik

dengan ibu bapa:

Sistem deria, persepsi, fungsi

motor beransur-ansur matang;

Mencapai kecerdasan deria dan

memahami sifat objek.

Aktiviti bersama

keluarga;

Makan malam.

‘Toddlerhood’/

Pertengahan kanak-

kanak

(2-3 tahun)

Pergerakan yang pelbagai,

bermain fantasi/sendiri;

Berkomunikasi dalam bahasa

yang mudah;

Bercakap seorang dan mula

mengawal pergerakan diri.

Bermain kereta

mainan.

Prasekolah

(4-6 tahun)

Belajar peranan mengikut jantina;

Bermain dengan rakan di luar;

Perkembangan moral;

Wujud teori kendiri;

Mula bermain dalam kumpulan.

Melibatkan

kanak-kanak

dengan aktiviti

seharian ibu

bapa di rumah.

Sekolah Rendah

(6-12 tahun)

Mula menguasai 3M;

Kemahiran permainan dan

kemahiran hidup seperti berjual

beli, mulai menilai diri sendiri dan

orang lain, suka bersahabat dan

jadi ahli sesuatu kelab

permainan..

Aktiviti

ko-kurikulum.

30

Awal Remaja

(12-18 tahun)

Kematangan fizikal;

Peringkat operasi formal;

Mula panda mengawal emosi;

Membentuk kumpulan rakan

sebaya dan tertarik pada lain

jantina.

Aktiviti yang

lebih mencabar

minda mereka

untuk berfikir

secara kreatif,

kritis dan

inovatif.

Ahkir Remaja

(18-22 tahun)

Cuba memperoleh autonomi

daripada ibu bapa;

Mula membentuk identiti;

Mematuhi nilai moral masyarakat;

Mula memilih kerjaya yang

sesuai.

Awal Dewasa

(22-34 tahun)

Keintiman dalam pergaulan,

berkahwin, mendidik

anak/generasi baru;

Memantapkan profesion serta

wujud gaya hidup sendiri.

Pertengahan Dewasa

(34-60 tahun)

Berkemahiran dalam pekerjaan

dan menjadi ketua;

Memupuk kebahagiaan dalam

rumah tangga, mengasihi

keluarga dan mengumpul harta;

Terlibat dalam kerja amal.

Akhir Dewasa

(60-75 tahun)

Bersara, lebih menumpukan

masa kepada kerja amal dan

ibadat;

Menjalani kehidupan hari tua,

mensyukuri nikmat dan takdir

Tuhan.

Menangani masalah kesihatan,

31

mengenang zaman silam dan

menanti saat kematian.

Jadual 2 : Tugas Perkembangan Individu Mengikut 10 Peringkat Usia

Peringkat Perkembangan

1 (lahir-7 tahun) Naluri ingin tahu yang tinggi;

Mendorong untuk melakukan sesuatu yang baru;

Mempunyai potensi dalam menguasai penerokaan

persekitaran.

2 (8-11 tahun) Tingkah laku yang negatif mula terbentuk;

Contoh: Tidak menghormati orang lain dan menunjukkan

kelakuan nakal;

Kemahiran membuat keputusan masih belum

berkembang;

Gemar bersosial.

3 (12-22 tahun) dapat mengesan jantina mereka;

dapat membuat kesimpulan dalam kewajipan atau

tanggungjawab yang sebenar bagi melaksanakan

tingkah laku yang betul;

cenderung kepada tingkah laku positif;

tahu membezakan yang baik mahupun buruk apabila

tahap kematangan dapat dicapai;

mampu untuk membuat sesuatu keputusan tetapi

perlukan kawalan daripada ibu bapa.

Jadual 3: Peringkat Perkembangan Kanak-kanak Mengikut Hall

32

KONSEP PERKEMBANGAN

a) Skema Struktur asas yang mempengaruhi mental seseorang.

Dibina semasa kanak-kanak cuba mencapai kefahaman

tentang sesuatu dan bertindak kepada pengalaman fizikal

di persekitarannya.

Bayi mempunyai skema yang terhad dan umum.

Tidak statik dan berubah mengikut perkembangan kognitif

dan pengalaman seseorang.

Berkembang melalui organisasi dan adaptasi.

b) Asimilasi Merupakan proses kognitif.

Individu mengintegrasi maklumat dan pengalaman baharu

dalam skema sedia ada.

c) Akomodasi Berlaku semasa proses asimilasi gagal dilakukan.

Mengubah suai skema sedia ada atau membentuk skema

baharu untuk menerima maklumat baharu.

d) Ekuilibrasi Keseimbangan antara asimilasi dan akomodasi.

Menerangkan cara-cara pemikiran kanak-kanak beralih dari

satu peringkat ke peringkat yang lain.

Berlaku jika kanak-kanak mengalami konflik kognitif atau

ketidakseimbangan semasa cuba memahami perkara yang

sedang dipelajari.

Jadual 4: Empat Konsep Utama Pembelajaran Piaget

PERINGKAT KEADAAN SOSIAL EKORAN

33

(UMUR) PSIKOSOSIAL

1

(Lahir-8 bulan)

Sokongan, pemberian keperluan asas,

ada kesinambungan hidup.

Kekurangan sokongan, penafian, tidak

konsisten.

Mempercayai

Tidak

mempercayai

2 (18 bulan-3

tahun)

Mengendalikan sendiri dan sokongan.

Perlindungan yang berlebihan,

kekurangan sokongan dan keyakinan

Kebebasan

Keraguan

3 (3 - 6 tahun) Galakan, peluang sendiri, bertanya

Tiada peluang, perasaan negatif

Inisiatif

Perasaan

bersalah

4 (6 - 11 tahun) Kemahiran diri, pendidikan yang cukup

dan produktif, menjadi model yang baik

Kurang latihan, arah dan sokongan

Kerajinan

Rendah diri

5 (11-20 tahun) Kestabilan dalaman yang berterusan,

kefahaman mendalam mengenai model

seks, mendapatkan maklum balas positif.

Kekeliruan tujuan, maklum balas yang

kurang jelas, kurang memahami

Identiti

Kekeliruan

34

ekspektasi. peranan

6 (20-40 tahun) Meluaskan kemesraan, persefahaman,

mempercayai.

Kesunyian

Kemesraan

Pengasingan

7 (40-60 tahun) Tujuan hidup, produktiviti

Kekurangan perkembangan diri

Kebolehan

menghasilkan

Sesuatu

Terhenti

8 (60 tahun ke

atas)

Perasaan mesra, perpaduan, berarah

Kurang kesempurnaan, tidak puas hati.

Kesempurnaan

hidup

Putus harapan

Jadual 5: Lipatan Personaliti Melalui Lapan Peringkat

35

Rajah 1: Piramid Hierarki Keperluan Maslow