rabi al-arabi” (arab spring): suatu analisis · pdf file2 namun demikian, masih ada yang...

5
1 “AL-RABIAL-ARABI” (ARAB SPRING): SUATU ANALISIS DARI ASPEK BAHASA DAN TERMINOLOGI Siti Nurul Izah Musa 1 & Wan Kamal Mujani 2 [email protected] 1,2 Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Abstrak: Kertas kerja ini bertujuan meneliti dan menganalisis istilah “Al-RabiAl-Arabi” (Arab Spring) dari aspek bahasa dan terminologi. Perkataan yang popular ini adalah merujuk kepada revolusi tunjuk perasaan dan protes rakyat ke atas kerajaan yang sedang memerintah. Peristiwa yang bermula di Sidi Bouzid, Tunisia ini telah merebak ke beberapa buah negara Arab seperti Mesir, Libya, Yaman dan beberapa buah negara Asia Barat yang lain. Di samping itu, kertas kerja ini akan membawa pandangan ulama Islam dan sarjana Barat secara kritis terhadap peristiwa yang berlaku. Bagi mencapai tujuan tersebut, metod kepustakaan diguna pakai iaitu pendekatan analisis dokumen bagi memastikan kesahihan maklumat daripada sumber yang berautoriti diperolehi. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan “Al-RabiAl-Arabi atau dikenali ‘Arab Spring’ merupakan istilah menyerupai gelombang kebangkitan rakyat yang menuntut hak-hak kebebasan mereka ditunaikan daripada pemerintah sedia ada. Kata Kunci: Arab Spring’, Revolusi, Pergolakan, Asia Barat PENGENALAN Sejak sekian lama dunia Arab menyaksikan pertumpahan darah dan kezaliman yang dilakukan pemerintah ke atas rakyatnya. Bangkitnya penentangan dan perjuangan rakyat yang menuntut kebebasan dan keadilan. Walaupun kekuatan tidak setanding rejim kerajaan yang disaluti kelengkapan perang namun, atas semangat dan keimanan yang kental untuk mempertahankan agama dari terus ditindas mereka sentiasa bangkit menentang rejim ini. Kebangkitan yang dikenali sebagai “Al-RabiAl-Arabi” atau Arab Spring merupakan satu peristiwa besar dalam sejarah dunia Arab bahkan seluruh dunia merasai kesan daripada berlakunya kebangkitan tersebut. Kebangkitan rakyat ini bukanlah perancangan rapi daripada mana-mana organisasi ataupun individu akan tetapi ianya berlaku secara tiba-tiba sorotan daripada pembakaran diri seorang pemuda Tunisia Abu Bouazizi dan atas semangat rakyat menentang kezaliman pemerintah yang hampir setengah abad dan akhirnya membawa kepada tercetusnya peristiwa tersebut. Pergolakan yang berlaku menyebabkan saban hari banyak nyawa yang terkorban, kehilangan tempat tinggal, berlakunya kemusnahan harta benda dan perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial Negara. Kejayaan revolusi di Tunisia yang berjaya menggulingkan pemerintah seakan memberi ledakan semangat kepada negara Arab yang turut diperintah pemimpin autokratik seperti Mesir, Libya, Syria dan merebak ke beberapa buah Negara Arab yang lain. Selain Syria yang dilihat masih bergolak hingga ke hari ini, kebangkitan rakyat di Mesir dan Libya menyaksikan kedua-kedua presidennya kecundang dalam berhadapan dengan kuasa “keramat” rakyat. Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, Unisza ISBN 978-967-5478-78-9

Upload: truongtuyen

Post on 07-Feb-2018

220 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: RABI AL-ARABI” (ARAB SPRING): SUATU ANALISIS · PDF file2 Namun demikian, masih ada yang tidak mengetahui secara mendalam peristiwa kebangkitan rakyat yang berlaku di negara-negara

1

“AL-RABI’ AL-ARABI” (ARAB SPRING): SUATU ANALISIS DARI ASPEK

BAHASA DAN TERMINOLOGI

Siti Nurul Izah Musa1 & Wan Kamal Mujani

2

[email protected]

1,2Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam,

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abstrak: Kertas kerja ini bertujuan meneliti dan menganalisis istilah “Al-Rabi’Al-Arabi”

(Arab Spring) dari aspek bahasa dan terminologi. Perkataan yang popular ini adalah merujuk

kepada revolusi tunjuk perasaan dan protes rakyat ke atas kerajaan yang sedang memerintah.

Peristiwa yang bermula di Sidi Bouzid, Tunisia ini telah merebak ke beberapa buah negara

Arab seperti Mesir, Libya, Yaman dan beberapa buah negara Asia Barat yang lain. Di

samping itu, kertas kerja ini akan membawa pandangan ulama Islam dan sarjana Barat secara

kritis terhadap peristiwa yang berlaku. Bagi mencapai tujuan tersebut, metod kepustakaan

diguna pakai iaitu pendekatan analisis dokumen bagi memastikan kesahihan maklumat

daripada sumber yang berautoriti diperolehi. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan “Al-Rabi’

Al-Arabi atau dikenali ‘Arab Spring’ merupakan istilah menyerupai gelombang kebangkitan

rakyat yang menuntut hak-hak kebebasan mereka ditunaikan daripada pemerintah sedia ada.

Kata Kunci: ‘Arab Spring’, Revolusi, Pergolakan, Asia Barat

PENGENALAN

Sejak sekian lama dunia Arab menyaksikan pertumpahan darah dan kezaliman yang

dilakukan pemerintah ke atas rakyatnya. Bangkitnya penentangan dan perjuangan rakyat

yang menuntut kebebasan dan keadilan. Walaupun kekuatan tidak setanding rejim kerajaan

yang disaluti kelengkapan perang namun, atas semangat dan keimanan yang kental untuk

mempertahankan agama dari terus ditindas mereka sentiasa bangkit menentang rejim ini.

Kebangkitan yang dikenali sebagai “Al-Rabi’ Al-Arabi” atau Arab Spring merupakan satu

peristiwa besar dalam sejarah dunia Arab bahkan seluruh dunia merasai kesan daripada

berlakunya kebangkitan tersebut. Kebangkitan rakyat ini bukanlah perancangan rapi daripada

mana-mana organisasi ataupun individu akan tetapi ianya berlaku secara tiba-tiba sorotan

daripada pembakaran diri seorang pemuda Tunisia Abu Bouazizi dan atas semangat rakyat

menentang kezaliman pemerintah yang hampir setengah abad dan akhirnya membawa kepada

tercetusnya peristiwa tersebut. Pergolakan yang berlaku menyebabkan saban hari banyak

nyawa yang terkorban, kehilangan tempat tinggal, berlakunya kemusnahan harta benda dan

perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial Negara. Kejayaan revolusi di Tunisia

yang berjaya menggulingkan pemerintah seakan memberi ledakan semangat kepada negara

Arab yang turut diperintah pemimpin autokratik seperti Mesir, Libya, Syria dan merebak ke

beberapa buah Negara Arab yang lain. Selain Syria yang dilihat masih bergolak hingga ke

hari ini, kebangkitan rakyat di Mesir dan Libya menyaksikan kedua-kedua presidennya

kecundang dalam berhadapan dengan kuasa “keramat” rakyat.

Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 • disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj.

Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, Unisza • ISBN 978-967-5478-78-9

Page 2: RABI AL-ARABI” (ARAB SPRING): SUATU ANALISIS · PDF file2 Namun demikian, masih ada yang tidak mengetahui secara mendalam peristiwa kebangkitan rakyat yang berlaku di negara-negara

2

Namun demikian, masih ada yang tidak mengetahui secara mendalam peristiwa

kebangkitan rakyat yang berlaku di negara-negara Arab termasuklah istilah “Al-Rabi’ Al-

Arabi” Di samping itu, apakah pandangan ulama Islam dan juga sarjana barat menge(Arab

Spring) itu sendiri. nai peristiwa yang berlaku. Inilah permasalahan utama yang akan

dibincangkan dalam kertas kerja ini.

DEFINISI

BAHASA

Ibn Taymiyyah (2004), mendefinisikan istilah Arab dalam dua pengertian iaitu masyarakat

yang tidak tahu apa-apa bahasa kecuali bahasa Arab dan rakyat yang tinggal di sesebuah

negara yang menggunakan bahasa Arab sebagai medium berkomunikasi seharian. Arab

merupakan bangsa yang menduduki banyak negara di Timur Tengah dan Afrika Utara seperti

Tunisia, Mesir, Libya, Yaman, Arab Saudi dan lain-lain. Menurut Manfreda (t.th) spring

adalah musim semi iaitu musim bunga setelah berlalunya masa-masa membeku atau dingin

yang memberi makna waktu yang indah, kebahagiaan, keyakinan, dan penuh harapan dengan

lebih ceria. Seterusnya menurut kamus Macmilan (2011), “Arab Spring” merupakan satu siri

protes rakyat yang berlaku di beberapa buah negara Arab termasuklah Mesir, Tunisia dan

Syria yang bermula pada tahun 2011.

Wafa Lutfi (2012), “Al-Rabi’ Al-Arabi” berasal daripada perkataan ثورة, ثار, يثور

yang bermaksud memberontak, penentangan dan revolusi. Ia merupakan penentangan rakyat

yang menuntut sebuah pembaharuan dalam sistem pentadbiran negara. Penentangan tersebut

telah mengubah struktur politik, ekonomi dan sosial negara menjadi tidak terkawal.

Seterusnya Dylan (t.th) membawa panadangan “Al-Rabi’ Al-Arabi merupakan istilah

yang diberikan terhadap “Revolusi Dunia Arab” dalam bahasa Inggeris disebut ‘Arab

Spring’. Ia merupakan gelombang revolusi tunjuk perasaan dan protes rakyat dalam skala

besar yang dimulai di dunia Arab awal 2011. Dalam peristiwa tersebut, pemimpin diktator

dipaksa meletakkan jawatan seperti yang berlaku di negara Tunisia, Mesir dan Libya.

ISTILAH

Pandangan Ulama Islam

Beberapa tahun yang lalu dunia dikejutkan dengan fenomena ‘Arab Spring’. Satu peristiwa

bersejarah di mana beberapa negara Arab terpaksa berhadapan dengan demokrasi rakyat.

Bermula dengan Revolusi Tunisia atau Revolusi Jasmin yang menyaksikan Presiden Zainal

Abidin Ben Ali meletakkan jawatannya demi memenuhi tuntutan rakyat.

Menerusi pandangan Syeikh Yusof al-Qaradawi “Al-Rabi’Al-Arabi” merupakan

kebangkitan masyarakat Arab yang menuntut kepentingan dan keadilan daripada pemerintah

sedia. Rakyat keluar meninggalkan rumah demi menyuarakan kebenaran dan menuntut hak

mereka dikembalikan. Hal ini dipersetujui oleh Islam dan seluruh dunia, termasuklah seluruh

pertubuhan hak asasi manusia. Tidak ada yang perlu diperselisihkan lagi oleh setiap orang,

baik Muslim, Yahudi, Nasrani mengenai hak-hak asasi manusia seperti kebebasan, kemulian,

harga diri dan jaminan hidup bermaruah.

Tegas Syeikh Yusof al-Qardawi lagi, kebebasan, kemerdekaan adalah hal yang paling

utama dalam penerapan Syariat Islam. Bahkan kebebasan merupakan sebahagian daripada

penerapan syariat Islam dan juga hasil daripada penerapannya. Antara faktor yang

menggerakkan rakyat untuk menuntut hak-hak mereka apabila merasakan bahawa kezaliman

telah bermaharajalela mengekang kehidupan mereka. Rakyat keluar ke jalan-jalan untuk

menyuarakan tuntutan terhadap kebebasan dan kemuliaan harga diri mereka serta

mendapatkan hak jaminan hidup yang lebih selesa (Farhan 2013: 48-49).

Page 3: RABI AL-ARABI” (ARAB SPRING): SUATU ANALISIS · PDF file2 Namun demikian, masih ada yang tidak mengetahui secara mendalam peristiwa kebangkitan rakyat yang berlaku di negara-negara

3

Islam mewajibkan kepada umatnya untuk melawan dan mengalahkan orang zalim.

Rasululllah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa antara kamu yang melihat

kemungkaran, maka hendaklah dia mencegah dengan tangnnya(kekuasaannya). Jika tidak

mampu, maka dia hendaklah mencegahnya dengan lisannya. Dan jika tidak mampu juga,

maka dia hendaklah melakukannya dengan hatinya dan inilah selemah-lemah iman” (Farhan

2013: 54). Bahkan jihad dengan hati boleh tergolong jihad yang paling utama seperti yang

disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud, “Sebaik-baik jihad

adalah menyatakan kebenaran kepada penguasa yang zalim”

Sementara itu, menurut Reem Mohammed Musa (t.th) revolusi ‘Arab Spring’ yang

berlaku di rantau negara Arab telah berjaya menggulingkan rejim di Tunisia, Mesir dan

Libya. Keadaan ini telah membawa perubahan dalam sektor politik dan ekonomi di negara-

negara ‘Arab Spring’. Kebanyakan negara mengalami krisis kemiskian, pengangguran dan

kos sara hidup yang meningkat naik. Pada pandangan Reem, proses pembaharuan politik dan

ekonomi di dunia Arab adalah sangat perlu dan ia bukan sahaja keinginan tetapi satu

keperluam kerana corak pentadbiran yang sedia ada tidak memenuhi kepentingan dan hak-

hak rakyat.

Menurut Riad (2013), fenomena ‘Arab Spring’ yang berlaku di rantau negara Arab

merupakan penentangan rakyat yang menuntut kepentingan dan hak-hak mereka

dikembalikan. Peristiwa tersebut telah menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan

negara. Menurut beliau:

The Arab Spring is damaging trading links, impeding investment, and

making many in the region jobless, compounding economic problems

that helped spur the uprisings in the first place

Oleh itu, Riad (2013) berpandangan bahawa kesan yang dilihat selepas dua tahun

berlakunya fenomena ‘Arab Spring’ ialah dalam sektor ekonomi iaitu menggugat hubungan

perdagangan serta menghalang sektor pelaburan negara. Negara-negara yang bergolak ini

menghadapi cabaran ekonomi serius yang membawa kepada peningkatan pengangguran serta

pergolakan politik yang berterusan. Pergolakan yang berlaku menyebabkan saban hari

banyak nyawa yang terkorban dan berlakunya kemusnahan harta benda.

Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam ucapannya pernah

menyatakan:

Sejak kebangkitan ‘Arab Spring’ di mana kebangkitan dari rakyat Mesir yang menular

dan menolak rejim lama, harga kos sara hidup telah melambung naik, inflasi semakin

naik mendadak dan belia di Mesir menganggur kerana tiada pekerjaan

Beliau menegaskan bahawa keadaan di negara Arab membuktikan revolusi yang berlaku

menyebabkan rakyat hidup menderita ekoran daripada gangguan ekonomi dan masalah

peningkatan pengangguran (http://www.astroawani.com/news/show/revolusi-ala-arab-spring-

hanya-cetus-huru-hara-kepada-negara-7627).

Pandangan Sarjana Barat

Ellen (2014) menjelaskan bahawa ‘Arab Spring’ membawa maksud protes rakyat yang

mengharapkan suara-suara mereka didengari oleh rejim kerajaan. Ia merupakan peristiwa

protes rakyat ke atas kerajaan Tunisia, Mesir, Libya, Bahrain, Syria, Yaman dan negara-

negara Arab yang lain. Sementara itu, Margaret (2013) memberi pandangan ‘Arab Spring’

merupakan cetusan revolusi yang berlaku di Tunisia dan menjadi inspirasi kepada negara-

Page 4: RABI AL-ARABI” (ARAB SPRING): SUATU ANALISIS · PDF file2 Namun demikian, masih ada yang tidak mengetahui secara mendalam peristiwa kebangkitan rakyat yang berlaku di negara-negara

4

negara Arab lain yang turut diperintah pemimpin diktator. Kebangkitan rakyat Tunisia

membuktikan bahawa kuasa berada di tangan rakyat dan hasil penyatuan seluruh rakyat

mampu menggulingkan pemimpin yang selama ini bertindak zalim ke atas rakyatnya sendiri.

Fenomena ‘Arab Spring’ yang berlaku telah memberi impak kepada negara-negara Timur

Tengah dalam bidang politik dan ekonomi negara. Negara terpaksa menanggung kerugian

yang besar berikutan daripada peristiwa yang berlaku.

Donato (2012) ‘Arab Spring’ membawa maksud satu siri aktiviti daripada protes

rakyat yang berlaku di beberapa buah negara Arab termasuk Libya, Mesir, Tunisia dan Syria

bermula pada awal tahun 2011 yang memprotes kezaliman dan kekejaman pemimpin.

Manakala menurut Bradley (2012) ‘Arab Spring’ merupakan peristiwa pemberontakan rakyat

berlaku di negara Timur Tengah merupakan cetusan daripada peristiwa kematian Bouazizi di

Sidi Bouzid, Tunisia. Pemerintahan bercorak rejim diktator, pemusatan kuasa dan hegomoni

kuasa tentera mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat yang menuntut

keadilan daripada pemerintah.

Rettig (2011) menyatakan peristiwa yang tercetus di Tunisia seolah-olah memberi

semangat kepada rakyat untuk bangkit menentang kezaliman. Gelombang tersebut seolah-

olah memberikan harapan baharu berupa masa depan yang semakin terbuka ke atas umat

Islam. Beliau menyatakan bahawa:

It was a wake-up call to the international community that people can take things on

their own, and they will not be waiting for the leaders forever to make decisions for

change and change can happen from the bottom up.

Penyataan di atas menjelaskan bahawa ‘Arab Spring’ merupakan kesatuan rakyat untuk

bangkit menuntut hak-hak mereka dikembalikan. Rakyat tidak akan tunduk kepada pemimpin

yang zalim selama-lamanya dan mereka bersatu memperjuangkan keadilan dan kebebasan.

Tambah beliau lagi, peristiwa yang berlaku merupakan antara wasilah rakyat untuk menukar

tampuk pemerintahan yang sedia ada.

Menurut Dylan (t.th) ‘Arab Spring’ berasal daripada peristiwa pembakaran diri

seorang pemuda yang bernama Abu Bouzizi sebagai tanda protes hinaan dan rampasan

barang yang dilakukan pegawai kerajaan ke atasnya. Kemiskinan, kegawatan ekonomi,

korupsi, pengangguran serta kenaikan harga barang merupakan antara faktor-faktor yang

menjadi penyebab berlakunya fenomena ‘Arab Spring’.

PENUTUP

Secara keseluruhan, berdasarkan perbincangan yang lakukan didapati bahawa “Al-Rabi’ Al-

Arabi” atau lebih dikenali sebagai ‘Arab Spring’ sama ada ulama Islam mahupun sarjana

Barat masing-masing menyetujui fenomena ini merupakan suatu siri tunjuk perasaan anti-

kerajaan, kebangkitan dan pemberontakan bersenjata yang tersebar di Timur Tengah pada

awal tahun 2011. Rakyat bangkit menunjukkan protes mereka terhadap penindasan,

kezaliman dan rasuah yang dilakukan oleh pemerintah, keluarganya dan pembantu-

pembantunya. Malah rakyat sudah sekian lama hidup menderita dan terseksa kerana

kepincangan politik dan tadbir urus negara. Rakyat bersatu tenaga turun ke jalan-jalan raya

bagi menuntut pemerintah meletakkan jawatan untuk digantikn dengan pemerintah yang

baru.“Al-Rabi’ Al-Arabi” yang tercetus di Sidi Bouzid Tunisia menunjukkan di mana rakyat

telah sama-sama bangkit melawan rejim kerajaan secara besar-besaran. Penentangan yang

berlaku dalam kalangan rakyat menyuarakan hak-hak mereka dan menuntut kepentingan

mereka dikembalikan. Rakyat tidak sanggup lagi hidup dibawah pemerintahan yang

memperlihatkan kezaliman dan penindasan yang dilakukan saban hari secara berterusan ke

atas rakyat tanpa mengira umur dan jantina.

Page 5: RABI AL-ARABI” (ARAB SPRING): SUATU ANALISIS · PDF file2 Namun demikian, masih ada yang tidak mengetahui secara mendalam peristiwa kebangkitan rakyat yang berlaku di negara-negara

5

PENGHARGAAN

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan dana Penyelidikan Universiti- Persepsi dan

Pengaruh ‘Arab Spring’ di Kalangan Masyarakat Melayu di Malaysia (GUP-2013-050),

Universiti Kebangsaan Malaysia

RUJUKAN

Bradley, John R. 2012. After The Arab Spring How Islamists Hijacked The Middle East

Revolts. New York: Palgrave Macmillan

Caitlin E.Werrell & Francesco Femia. 2013. The Arab Spring And Climate Change: A

Climateand Security Correlations Series. Amerika Syarikat: Center For American

Progress Stimson

Donato, Marco Di. 2012. Understanding the Arab Uprisings Through the Analysis of the

Terms Intifada and Istishad. Paper presented on the Conference Economic and

Political Science. 26-28 March 2012.

Ellen, Grigsby. 2014. Cengage Advantage Books: Analyzing Politics. Sixth Edition. USA:

Cengage Learning.

Farhan Hidayatullah. 2013. Revolusi mesir seruan dan rayuan Yusuf al-Qaradawi. Kuala

Lumpur: Darul Taklim.

Haris Zalkapli. 2011. Revolusi Global: Dunia Dalam era kebangkitan Rakyat. Kuala lumpur:

unit buku harakah

Ibn Taymiyyah, Shaykhul Islaam. (2004). The Definition of an ‘Arab. T.th: SalafiManhaj

al-Khouri, Riad. 2013. Indirect Economic Impact Of The Arab Spring: The Case Of

Lebanon.

http://www.fpri.org/articles/2013/05/economic-dimensions-arab-spring

[22 Januari 2014]

Manfreda, Primoz (t.th). Definision of the Arab Spring Middle East Uprising in 201.

http://middleeast.about.com/od/humanrightsdemocracy/a/Definition-Of-The-

Arab- Spring.htm[23 April 2014]

Musa, Reem Muhammad.t.th. Al-Saurah al-‘Arabiyah wa mustaqbal al-Taghyir al-Siyasi.

Sudan: Jabatan Sains Politik Universiti

Rachman, Dylan Aprialdo. T.th. Fenomena ‘Arab Spring’ (Musim Semi di Dunia Arab),

Runtuhnya Kekuasaan Diktator di Timur Tengah dan Afrika Utara. Kertas kerja ‘Arab

Spring’ http://www.academia.edu/3812208/Paper_Fenomena_ Arab_Spring [ 8 Mac

2014].

https://www.academia.edu/5375640/Arab_Spring_Arab_Rising[2 September 2014]

http://www.macmillandictionary.com/open-dictionary/entries/Arab-Spring.htm[30 Ogos

2014]

https://www.google.com/webhp?sourceid=chrome-instant&ion=1&espv=2&ie=UTF-8

[30 Ogos 2014]

www.asharqalarabi.org.uk/markaz/d-21-05-2012[3 September 2014]

www.philadelphia.edu.jo/arts/17th/day.../reem.doc[29 Ogos 2014]