-kajian-tindakan

Upload: sue-suraya-naza

Post on 05-Oct-2015

80 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

kajian

TRANSCRIPT

SMK CONVENT BUKIT NANAS

KAJIAN TINDAKANKEBERKESANAN PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN BAGI MATAPELAJARAN FIZIK TINGKATAN 4

DISEDIAKAN OLEH: PN. SITI AISYAH BINTI SAHDAN850521-12-5740PPPS DG 41

ISI KANDUNGAN

Bil. KandunganHalaman

1.Penghargaan2

2.Abstrak3

3.Pernyataan Masalah4

4.Isu/Masalah/Fokus Kajian4

5.Objektif Kajian4

6.Kumpulan Sasaran5

7.Jadual Pelaksanaan Kajian5

8.Pelaksanaan Kajian6

9.Penilaian dan Refleksi Keseluruhan9

10.Lampiran10

PenghargaanAlhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya dapat saya menyiapkan Laporan Kajian Tindakan bagi matapelajaran Fizik bagi tahun ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mana-mana pihak yang telah bekerjasama secara langusng dan tidak langsung dalam penghasilan kajian tindakan ini. Ribuan penghargaan saya tujukan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4K tahun 2012 yang telah banyak bekerjasama semasa penggunaan modul Fizik yang baru dilaksanakan ini di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Jasa kalian amat saya hargai. Penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan sejawat saya, Pn. Tan Shim Yu dan juga Cik Sazlin Aina yang banyak membantu sepanjang proses penghasilan laporan ini. Akhir sekali tidak lupa kepada pihak sekolah yang banyak memberi sokongan sehingga terhasilnya laporan kajian tindakan ini.

Sekian, terima kasih.Pn. Siti Aisyah SahdanSMK Convent Bukit Nanas 2012

KEBERKESANAN PENGGUNAAN MODUL PEMBELAJARAN BAGI MATAPELAJARAN FIZIK TINGKATAN 4Oleh: Pn. Siti AIsyah Bt. SahdanSMK Convent Bukit Nanas, KL.ABSTRAKKajian ini dijalankan dengan tujuan meningkatkan kefahaman pelajar Tingkatan 4K dalam matapelajaran Fizik dengan bantuan modul pembelajaran Fizik. Modul ini telah diperkenalkan dan telah dihasilankan oleh Guru-guru Cemerlang Fizik Kuala Lumpur. Panitia Fizik Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas bersetuju untuk menggunakan modul ini sebagai langkah membantu guru dalam pengajaran dan juga pelajar pada sesi pembelajaran.Selain daripada membantu pelajar untuk meningkatkan kefahaman mereka bagi matapelajaran ini, modul ini juga diharap mampu menarik minat pelajar dan sekaligus dapat membantu mereka menjawab soalan yang diberikan dan juga soalan peperiksaan yang mereka hadapi. Modul ini telah digunakan dalam sesi P&P dan keberkesanannya telah diukur dengan menggunakan markah ujian dan peperiksaan sebelum penggunaan modul dan juga selepas penggunaan modul. Hasil daripada tinjauan awal penggunaan modul ini, pelajar dapat menyiapkan kerja rumah dengan mudah kerana lebih faham dengan P&P di dalam kelas. Proses P&P juga lebih interaktif dan Berjaya mengubah sikap bosan dan kurang minat pelajar kepada seronok dan minat kepada matapelajaran yang diajar. Selain itu, pelajar mempunyai garis panduan kepada soalan-soalan yang bakal ditanya semasa ujian atau peperiksaan kerana terdapat contoh soalan objektif, struktur dan juga esei dalam modul tersebut. Kesimpulannya, daripada hasil kajian yang dijalankan, terdapat perubahan positif kepada minat pelajar dan juga keputusan ujian dan peperiksaan selepas modul Fizik ini diperkenalkan.

1.0 PERNYATAAN MASALAH

Fizik merupakan subjek pilihan bagi pelajar aliran Sains. Subjek ini ditawarkan bagi lima kelas pertama bagi pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan lima. Agihan masa bagi subjek Fizik ialah empat masa seminggu dan satu masa berlangsung selama 35 minit. Berdasarkan pengalaman mengajar saya dan juga rakan guru Fizik yang lain, kami menghadapi masalah untuk mengekalkan tumpuan pelajar semasa P&P berlangsung. Ini juga mempengaruhi minat pelajar yang agak bosan dengan hanya menggunakan buku teks sebagai sumber soalan dan bacaan semasa P&P berlangsung. Oleh itu P&P menjadi kurang interaktif, kefahaman pelajar kurang dalam bagi tajuk yang diajar dan sekaligus hasilnya dapat dilihat daripada keputusan ujian dan peperiksaan yang kurang memberangsangkan.

2.0 ISU/ MASALAH/ FOKUS KAJIANKajian ini tertumpu kepada silibus pelajar tingkatan empat sebelum dan selepas modul diperkenalkan kepada mereka. Fokus kajian ini tertumpu kepada kelemahan pelajar dalam menghasilkan kerja rumah yang bekualiti, minat dan respons semasa P&P dan juga keputusan ujian dan peperiksaan yang kurang memberangsangkan. Dengan penggunaan modul semasa P&P berlangsung, guru berharap ini dapat membantu kefahaman semasa di dalam kelas dan sekaligus membantu pelajar dalam menghasilkan kerja rumah yang lebih berkualiti. Penggunaan modul ini juga memperkenalkan kepelbagaian sema P&P berlangsung dan ini dapat menarik minat pelajar dan menghasilkan sesi P&P yang lebih interaktif dan seronok. Ini akhirnya dapat dilihat dengan kenaikan markah ujian selepas modul ini diperkenalkan,

3.0 OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu: 3.1 Objektif AmMeningkatkan pencapaian pelajar tingkatan empat bagi subjek Fizik.3.2 Objektif Khusus: 3.2.1 Menarik minat pelajar untuk mempelajari Fizik. 3.2.2 Membantu pelajar untuk lebih memahami konsep atau teori Fizik yang telah diajar dengan cara menjawab soalan setelah baru selesai guru mengajar.3.2.3 Membantu guru mempercepatkan proses P&P dan mempelbagaikan kaedah mengajar di dalam kelas.

4.0 KUMPULAN SASARANResponden atau kumpulan sasaran kajian terdiri daripada perlajar tingkatan empat SMK Convent Bukit Nanas. Kumpulan ini seramai 148 orang yang kesemuanya terdiri daripada pelajar perempuan. Kumpulan pelajar ini mempunyai kepelbagaian kecerdasan dan dibahagikan kepada lima kelas. Pelajar-pelajar ini dipilih melalui keputusan peperiksaan PMR yang memberangsangkan dan hampir kesemua mendapat A bagi matapelajaran Sains dan Matematik semasa PMR tahun 2011.

5.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIANBil.PerkaraTarikh

1. Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data12/1/2012-15/2/2012

2. Menulis proposal kajian tindakan15/2/2012

3. Merancang tindakan15/2/2012-18/2/2012

1. Melaksanakan tindakan:

a) Mengenalpasti peubahan minat pelajar terhadap matapelajaran. b) Mendapatkan markah bagi Ujian 1 iaitu ujian sebelum modul diperkenalkan dan markah Pertengahan Tahun Tingkatan 4 subjek Fizik selepas modul diperkenalkan.

18/2/2012-20/10/2012

2. Menyiapkan laporan Kajian Tindakan20/10/2012-1/11/2012

3. Menyerahkan laporan Kajian Tindakan9/11/2012

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKANDalam memulakan kajian ini, satu tinjauan masalah telah dilaksanakan untuk mengenalpasti punca dan masalah kepada keputuasan ujian yang tidak memberangsangkan dan punca pelajar kurang minat mengambil bahagian semasa sesi P&P berlangsung. Tinjauan masalah yang dijalankan adalah berdasarkan kaedah pemerhatian dan Ujian Pra iaitu markah Ujian 1 pada bulan Februari iaitu sebelum modul diperkenalkan.

6.1 Tinjauan Masalah 6.1.1 PemerhatianSaya telah melihat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar yang mempengaruhi minat pelajar semasa sesi P&P berlangsung. Majoriti pelajar tidak dapat mengekalkan tumpuan semasa P&P kerana kurang bantuan untuk mengekalkan tumpuan mereka. Ini kemudian dapat dilihat melalui sikap pelajar yang kurang aktif dalam kelas dan kurang berminat dalam sesi P&P yang sedang berlansung. Kerja rumah yang dihasilkan juga kurang berkualiti akibat daripada kurang kefahaman semasa di dalam kelas hasil daripada kurang tumpuan semasa P&P berlansung. 6.1.2 Ujian PraSoalan Ujian Pra iaitu Ujian 1 yang dijalankan oleh pihak sekolah pada bulan Februari mengkehendaki pelajar menjawab 20 soalan objektif dan dua soalan struktur daripada Bab 1 selama satu jam.

6.2 Analisa Tinjauan MasalahHasil daripada Ujian 1 yang telah dijalankan oleh pihak sekolah, keputusan matapelajaran Fizik kurang memberangsangkan dibandingkan dengan dua subjek Sains yang lain iaitu Kimia dan Biologi. Ini dapat dilihat melalui bandingan peratus lulus bagi ketiga-tiga matapelajaran.

Analisa markah mengikut gred bagi Ujian 1 matapelajaran Fizik:

Taburan gred pelajar bagi jumlah 144 pelajar yang menduduki ujian daripada 148 pelajar mendapati dua gred tertinggi ialah gred G (gagal) dan gred C.6.3 Pelaksanaan TindakanModul bagi matapelajaran Fizik telah diperkenalkan selepas Ujian 1 dan digunakan secara berterusan semasa sesi P&P berlangsung. Modul ini merangkumi semua topik tingkatan empat dan dapat membantu pelajar kerana kepelbagaian soalan yang ditanya. Soalan-soalan ini akan dibuat di dalam kelas. Setelah selesainya sesebuah topik, terdapat soalan objektif, struktur dan esei yang berformatkan SPM boleh dicuba oleh pelajar. Contoh modul bagi Topik 3. Forces and Pressure. (LIHAT LAMPIRAN)Setelah modul ini diperkenalkan, guru mendapati bahawa minat pelajar bertambah di dalam kelas. Sesi P&P lebih interaktif kerana pelajar dibantu oleh modul. Modul ini juga membantu guru untuk menerangkan dengan lebih jelas sesuatu topik. Modul ini jelas membantu pelajara menghasilkan kerja rumah yang lebih berkualiti kerana kefahaman semasa P&P bertambah. Hasil dapatan guru mendapati terdapat kesan positif bagi penggunaan modul ini dan ini jelas didapati daripada keputusan markah yang meningkat. Berikut merupakan analisa perbandingan markah bagi Ujian 1 yang dijalankan sebelum pelaksanaan modul dan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang dijalankan selepas penggunaan modul.

Hasil kajian mendapati gred A, A-,B+, B dan C+ meningkat dengan mendadak selepas modul diperkenalkan. Peratus lulus bagi kedua-dua ujian kekal pada 75%.

7.0 PENILAIAN DAN REFLEKSI KESELURUHANHasil daripada kajian yang dijalankan, terdapat perubahan positif kepada markah pelajar tingkatan empat selepas modul ini diperkenalkan. Penggunaan modul ini merupakan satu usaha berterusan untuk mempelbagaikan kaedah P&P untuk kemudahan pelajar dan juga guru. Usaha penggunaan modul ini perlu dilihat daripada sudut positif kerana usaha yang diambil merupakan satu lonjakan paradigm untuk menghasilkan impak positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

LAMPIRANContoh modul bagi Bab 3. Forces and Pressure

LAMPIRANAnalisa Ujian 1 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun1