zakuan

Upload: ahmad-zakuan-ghazali

Post on 04-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 zakuan

    1/19

    FAKULTI SASTERA DAN SAINS

    SOSIAL

    UNIVERSITI MALAYA

  • 7/30/2019 zakuan

    2/19

    SOALAN 7:BINCANGKAN MENGENAI DASAR LUAR INDONESIA

    SEMASA ERA DEMOKRASI TERPIMPIN (1957-1965)

    SEMESTER 1: 2012/2013

    NAMA : AHMAD ZAKUAN BIN GHAZALI

    NO METRIK : AEA100008

    NAMA PENSYARAH : EN. HASANUDDIN BIN DAUD

    PENGENALAN

    Dasar luar merupakan alat yang amat penting kepada sesebuah negara oleh

    kerana ia mempengaruhi tingkah laku negara tersebut serta suasana perkembangan politik

    antarabangsa ,wilayah atau serantau .Menurut Couplin,dasar luar ialah iaitu satu set tindakan

    negara yang di arahkan sebagai reaksi ke atas satu fenomena yang berlaku di persekitaran luar

    sempadan negara1.Demokrasi Terpimpin pada era 1957-1965 ketika Indonesia berada dibawah

    pemerintahan Soekarno. Beliau di lahirkan pada 6 Jun 1901 di Surabaya ,Indonesia dan

    Soekarno ini adalah merupakan Presiden Indonesia yang pertama di mana beliau memulakan

    pemerintahannya pada tahun 1945-1966 setelah Indonesia memperoleh kemerdekaan daripada

    Belanda2 .Semasa kecil, Soekarno mempunyai hubungan yang rapat dengan pembantu rumah

    keluarganya iaitu Sarinah berbanding dengan kedua dua ibu-bapanya. semenjak kecil, Sarinah

    banyak mengajar Soekarno untuk mencintai orang-orang yang sederhana3dan disebabkan itulah,

    1 Sobri Sudin.Analisis Dasar Luar Negara Dunia ke-3. Malaysia: Penerbit Universiti Utara,

    Sintok. 2001.

    m/s 3.

    2 Ledge J.D. Sukarno:A Political Biography .Archipelago Press.Singapore.(2003) Third

    edition .

    3 Ibid . hlm 4

  • 7/30/2019 zakuan

    3/19

    semasa menjadi Presiden, Soekrano tidak meminggirkan orang-orang yang sederhana.Individu

    lain yang banyak mempengaruhi perjalanan politik Soekarno ialah Haji Oemar Said

    Tjokroaminoto iaitu merupakan Ketua Parti Serikat Islam. Soekarno pernah tinggal di rumah

    Haji Oemar Said Tjokroaminoto4.

    Pada 4 Jun 1927, Soekarno telah menubuhkan Parti Nasionalis Indonesia untuk

    membebaskan Indonesia daripada cengkaman penjajah Belanda dan untuk memerdekakan

    Indonesia5. Tindakan Soekarno tidak disenangi oleh pihak Belanda dan Soekarno ditangkap

    serta dipenjarakan oleh Pemerintah Hindia Belanda dan dimasukkan dipenjara di Sukamiskin di

    Bandung pada. selepas dibebaskan pada tahun 1931, Soekarno memimpin Partindo dan pada

    tahun 1933, Belanda menangkap kembali Soekarno dan beliau dibuang negeri ke Pilau Flores

    dan kemudiannya ke Bangkahulu selama empat tahun6. Selepas hidup dalam buangan, Soekarno

    kembali menerajui parti politik yang berteraskan semangat nasionalisme. Semasa Jepun berjaya

    menakluki Indonesia daripada Belanda pada tahun 1942, Soekarno dikatakan bekerjasama

    dengan pihak Jepun disebabkan Jepun memberi kesempatan untuk menggunakan radio, akhbar-

    akhbar untuk mendampingi rakyat.selain itu, Soekano dikatakan bekerjasama dengan Jepun

    kerana Jepun menjanjikan kemerdekaan buat Indonesia. Selepas Jepun kalah, Indonesia akhirnya

    memperoleh kemerdekaan pada 17 Ogos 1945.Soekarno ini dilihat memainkan peranan yang

    penting dalam memperjuangkan kemerdekaan bagi Indonesia daripada penjajahan kuasa Belanda

    sehinggalah Indonesia memperoleh kemerdekaanya pada tahun 1945 . Soekarno ini adalah

    seorang pemimpin yang mempunyai pendiriannya yang tersendiri di mana beliau ini adalah

    4 Ibid

    5George McTurnan Kahin.Nationalism and revolution in Indonesia. SEAP Publication, 2003. hlm 54

    6 Ibid

  • 7/30/2019 zakuan

    4/19

    seorang pemimpin yang anti kepada imperialisme dan juga kuasa Barat .Dasar luar Indonesia di

    bawah pimpinan Soekarno ini adalah bersifat radikal dan anti Barat.

    Demokrasi terpimpin adalah demokrasi murni yang berdasarkan suatu ideologi yang

    memimpin dengan menentukan tujuan serta cara mencapainya. Demokrasi terpimpin Indonesia

    adalah kerakyatan yang dipimpin oleh ideologi Negara iaitu Pancasila dan memerlukan

    persepakatan di antara semua golongan Progresif . Pancasila lahir pada 1 Jun 1945, ditetapkan

    pada 18 Agustus 1945 bersama-sama dengan UUD 1945. Bunyi dan ucapan Pancasila yang

    benar berdasarkan Inpres nombor 12, tahun 1968 adalah gabungan prinsip Ketuhanan Yang

    Maha Esa. Dua, Kemanusiaan yang adil dan beradab. Tiga, Persatuan Indonesia. Empat,

    Kerakyatan yang dipimpin oleh hikmat kebijaksanaan dalam permusyawaratan/perwakilan. Dan

    kelima, Keadilan sosial bagi seluruh rakyat Indonesia..7

    KONFRONTASI INDONESIA TERHADAP MALAYSIA

    Cadangan untuk membentuk satu federasi yang meliputi Malaysia, Singapura serta

    daerah di Kalimantan Utara iaitu daerah-daerah yang terdiri daripada bekas tanah jajahan pihak

    Inggeris telah dikemukakan Tengku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri Malaysia Pada bulan

    Mei 19618. Peringkat awal pengumuman gagasan Malaysia , Indonesia turut menyokong usul

    yang dikemukakan apabila pada bulan November 1961, Menlu Subandrio menyatakan bahawa

    7 Sekretaris Nasional,Kristalisasi 107 Istilah Politik dalam Penjernihan, Kursus Kader Politik, Jakarta: Sekretaris

    Nasional, 1961.

    8 Ledge .J.D: Sukarno.A Political Biography (2003) Stamford Press Pte Ltd.Singapore. hlm 415

  • 7/30/2019 zakuan

    5/19

    Indonesia tidak mempunyai sebarang tuntutan terhadap wilayah-wilayah di Kalimantan Utara,

    sementara itu, Brunei memutuskan tidak campur tangan dalam persetujuan tetapi Sabah dan

    Sarawak bersedia memasuki federasi baru itu. Sementara Filipina pada masa itu menuntut

    sebahagian daripada wilayah Kalimantan Utara sebagai daerahnya. Pada tahun 1962, satu

    persetujuan dihasilkan di mana Singapura serta wilayah-wilayah Inggeris di Kalimantan akan

    diberikan kemerdekaan semasa Federasi Malaysia dibentuk pada bulan Ogos 1963.

    Pada bulan Disember 1962 terdapat satu peristiwa yang berlaku iaitu pemberontakan di

    Brunei di bawah pimpinan A. M. Azahari iaitu ketua parti terbesar di wilayah itu iaitu Parti

    Rakyat. Tujuan pemberontakan tersebut adalah untuk membentuk negara merdeka Kalimantan

    Utara, yang mana ia meliputi ketiga-tiga wilayah bekas jajahan Inggeris itu9.

    Walaubagaimanapun, pemberontakan yang diketuai oleh A. M. Azahari itu berjaya dipatahkan

    oleh kerajaan Brunei dengan bantuan tentera daripada British dan tanah Melayu.

    Pada 8 Januari 1963, perubahan besar dalam dasar luar Indonesia berlaku kesan

    daripada peristiwa di Brunei itu, keraguan mula timbul yang datangnya daripada Indonesia

    adakah wajar cadangan yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman berkenaan dengan

    gagasan Malaysia. Soekarno menolak gagasan Malaysia dan seterusnya Subandrio

    mengumumkan konfrontasi terhadap federasi Malaysia10. Konfrontasi yang dimaksudkan oleh

    Subandrio bukanlah termasuk perang terhadap Malaysia tetapi konfrontasi yang berbentuk

    tekanan diplomasi dan ekonomi serta penggunaan militari dalam tahap yang rendah dan

    terbatas11.Terdapat beberapa sebab mengapa Indonesia menolak federasi Malaysia. Antaranya

    ialah:

    9 Ibid. hlm 416

    10 Ibid. hlm. 41711 Ibid

  • 7/30/2019 zakuan

    6/19

    Melalui ucapan Subandrio pada bulan November 1961, Indonesia menganggap mereka

    sebagai negara yang besar di rantau itu sepatutnya terlebih dahulu dimaklumkan

    mengenai daerah-daerah yang ingin dimasukkan dalam federasi Malaysia kerana

    bersempadan dengan Indonesia.12

    Pembentukan federasi Malaysia dibimbangi oleh Indonesia kerana Indonesia bakal

    dikepung dengan kekuatan-kekuatan neo-kolonialisme. Beliau melihat bahawa Indonesia

    sebagai NEFOS (New Emerging Forces) akan dikelilingi musuh-musuh OLDEFOS (Old

    Emerging Forces) dimana disebelah utara terdapat bekas-bekas jajahan Inggeris iaitu

    Malaysia sehingga ke Kalimantan Utara dan di Selatan terdapat Australia dan Selandia

    Baru.13

    Indonesia menolak sekerasnya federasi Malaysia ini juga disebabkan Soekarno

    bersimpati dengan kaum pemberontakan di Indonesia pada tahun 1958. menurutnya,

    terdapat perbezaan antara Indonesia dan Malaysia dimana Malaysia telah mendapatkan

    kemerdekaannya dengan cara yang mudah serta tidak berjuang untuk mendapatkannya

    dan menganggap kemerdekaan Malaysia sesuatu yang murah jika dibandingkan dengan

    kemerdekaan Indonesia yang telah diperjuangkan secara bermati-matian. Indonesia juga

    mengatakan bahawa Malaya yang mendapat kemerdekaan tanpa melalui revolusi akan

    hadir sebagai negara konservatif aristocrat jika dibandingkan dengan nasionalisme

    radikal Indonesia.14

    12 Ibid

    13 Ibid14 Ibid 418

  • 7/30/2019 zakuan

    7/19

    Indonesia beranggapan bahawa kemerdekaan Malaysia adalah titik tolak kuasa barat

    untuk meneruskan lagi pengaruh dan kekuasaan barat di dalam bidang ekonomi, politik

    serta militari.

    Rancangan Indonesia ingin menubuhkan Indonesia Raya yang merangkumi orang-orang

    daripada rumpun Melayu membawa kepada tindakan Soekarno menentang federasi

    Malaysia .

    Tindakan British yang menyokong puak pemisah serta menggunakan Malaysia sebagai

    kubu British serta beranggapan dengan penubuhan Malaysia akan memperkuatkan lagi

    semangat serta memberi galakan kepada kaum pemisah dan tindakan ini tidak disukai

    Sukarno.

    Serangan pertama Indonesia keatas Malaysia dimulakan pada bulan Februari .Pada bulan

    Januari 1963 Nasution yang menyetujui tindakan Soekarno-Subandrio telah menghantar

    tenteranya menyeberangi Sarawak dan bertempur dengan pasukan keamanan Inggeris pada

    bulan April sebagai satu tindakan penentangan terhadap federasi Malaysia. Kesan tindakan

    Indonesia, satu sidang ECAFE telah diadakan di Manila untuk mendengar pendapat daripada

    wakil-wakil negara-negara di Asia Tenggara terhadap ancaman yang datangnya daripada

    Indonesia terhadap rantau tersebut 15.

    Akibat daripada ketegangan tersebut cadangan supaya diadakan rundingan mengenai

    masalah ini dan satu pertemuan antara wakil-wakil Menteri Luar Negeri Filipina, Indonesia dan

    Malaya pada awal April berjaya diadakan di Manila hasil daripada Presiden Filipina iaitu

    Macapagal.Tindakan Soekarno yang mengatakan bahawa federasi Malaysia adalah ciptaan neo-

    15 Ibid 419

  • 7/30/2019 zakuan

    8/19

    kolonialisme menyebabkan konfrontasi terhadap Malaysia semakin meningkat serta merumitkan

    lagi masalah yang timbul. Walaupun begitu, hubungan Soekarno dan Tunku Abdul Rahman

    semakin pulih pada akhir bulan Mei dan membawa kepada rundingan yang diadakan di mana

    satu persetujuan dicapai yang mana ia bertujuan untuk mengetahui adakah penduduk wilayah

    Kalimantan bersetuju untuk masuk ke dalam Malaysia. Selain itu, Presiden Macapagal mendapat

    persetujuan daripada Indonesia dan Malaya untuk menubuhkan MAPHILINDO (Malaysia,

    Filipina, Indonesia) yang ditubuhkan berdasarkan kepada cara hidup yang bersejarah dan warisan

    bersama dari rumpun Melayu16.Namun hubungan baik diantara dua Negara mula goyah apabila

    Tunku Abdul Rahman tidak bersedia untuk dalam mengadakan pemilihan umum di Kalimantan

    Utara. Soekarno seterusnya telah meluahkan perasannya dengan menyebut Ganyang Malaysia

    dalam pidatonya di Istana pada 1017. Pada pertemuan antara Macapagal, Soekarno dan Tunku

    Abdul Rahman diadakan kembali dan kelihatan kemungkinan besar pembentukan Malaysia

    dicapai. wakil petugas dari PBB telah membuat tinjauan mengenai kesediaan wilayah-wilayah

    yang berkaitan untuk memasuki Persekutuan Malaysia. Walaubagaimanapun,kesan permintaan

    Soekarno untuk menghantar seramai sepuluh orang peninjau tidak dapat dituruti oleh pihak

    Inggeris yang mana hanya dapat menyediakan empat visa dirasakan Soekarno sebagai tindakan

    yang tidak jujur18. Sementara itu, pada 29 Ogos Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan

    bahawa Malaysia akan didirikan pada 16 September iaitu sebelum misi PBB selesai dengan

    tinjauannya. Tindakan Tunku Abdul Rahman ini dilihat sebagai perlanggaran persetujuan

    16 J. A. C. Mackie .Konfrontasi: the Indonesia-Malaysia dispute, 1963-1966.Australian Institute

    of International Affairs. Published by Published for the Australian Institute of International

    Affairs [by] Oxford University Press, 1974. hlm 57

    17 Ibid. hlm. 65

    18 Ledge .J.D: Sukarno.A Political Biography (2003) Stamford Press Pte Ltd.Singapore. hlm.

    422

  • 7/30/2019 zakuan

    9/19

    Manila. Soekarno masih meneruskan konfrontasinya terhadap federasi Malaysia malah serangan

    terhadap kediaman diplomatik pihak Inggeris serta tindakan membakar kereta, perusahaan

    Inggeris di Jawa dan Sumatera disita. Selain itu, kedutaan besar Malaya dan Inggeris juga turut

    diserang walaupun pihak U Thant dari PBB berpuas hati dengan kesediaan penduduk

    Kalimantan Utara yang bersedia masuk ke dalam federasi Malaysia.

    Tindakan konfrontasi yang berlaku telah mencemarkan kredibiliti Indonesia di kalangan

    Negara Asia-Afrika, tambahan pula, PBB di kedua-dua benua itu tidak bersetuju dengan

    tindakan Indonesia. Pada persidangan Non-Blok di Kairo Pada tahun 1964, Indonesia telah

    mendapat kritikan secara langsung19. Dalam persidangan Asia-Afrika yang kedua yang diadakan

    di Aljazair timbul kemungkinan besar bahawa Malaysia akan diterima masuk ke dalam PBB dan

    keadaan ini mendapat tentangan daripada Indonesia. Kemasukan Malaysia di dalam Dewan

    Keamanan PBB sebagai anggota tidak tetap Pada 7 Januari 1965 membawa kepada tindakan

    Soekarno keluar dari PBB yang sebelum itu mengancam untuk menarik balik keanggotannya

    daripada PBB sebelum Malaysia diterima menjadi anggota Dewan Keamanan PBB 20. Selang

    benerapa hari, Soekarno mengusulkan kepada PBB untuk meneliti kembali pendapat penduduk

    Kalimantan Utara serta Indonesia bersedia menerima sebarang keputusan tetapi keadaan ini

    adalah mustahil.

    Pada ulang tahun ke sepuluh Persidangan Asia-Afrika pada bulan April di Jakarata

    terlihat satu tentangan secara halus ahli Asia-Afrika keatas tindakan Indonesia apabila

    persidangan tersebut hanya dihadiri oleh tiga puluh enam negara dari enam puluh yang diundang.

    Sementara itu, Peking dan Hanoi terus hadir. Hal ini menyebabkan Soekarno tidak berpuas hati

    19 Ibid hlm. 424

    20 Ibid

  • 7/30/2019 zakuan

    10/19

    dan melancarkan tekanan terhadap milik dan program-progran daripada Amerika Syarikat.

    Selain itu, terdapat serangan terhadap diplomat-diplomat Belanda dan Inggeris. Dalam keadaan

    tersebut, Soekarno mengaturkan pertemuan Conefo (Conference of the New Emerging Forces)

    yang bertujuan untuk mengimbangi PBB21.

    Kesan Konfrontasi terhadap gagasan Malaysia menyebabkan Indonesia dikritik oleh

    negara-negara lain termasuk barat atas tindakannya berkonfrontasi dengan Malaysia. Selain itu,

    Parti Komunis Indonesia (PKI) banyak mempengaruhi tindakan Soekarno dalam konfrontasi

    yang dijalankan untuk kepentingan PKI sendiri dalam politik luar negeri yang radikal22.

    KONFLIK IRIAN BARAT

    Dasar luar Indonesia ini juga turut dipengaruhi oleh faktor luaran Indonesia itu sendiri .

    Konflik ataupun ketegangan Irian Barat ini bermula setelah keengganan Belanda melepaskan

    wilayah Irian Barat kepada Republik Indonesia disebabkan oleh kepentingan Irian Barat itu dari

    segi kepentingan ekonomi telah menyebabkan Indonesia memutuskan hubungan bilateralnya

    dengan Belanda pada 13 Februari 1956. Dalam usaha mnedapatkan semula kawasan Irian

    Barat ,Soekarno telah mengadakan satu kempen yang besar sehingga kemuncaknya pada akhir

    1957 dimana kempen tersebut juga dipengaruhi oleh pelbagai variasi politik yang terdiri daripada

    pelbagai matlamat dan tujuan .Selain itu, Soekarno juga melihat Irian Barat ini sebagai satu

    simbol pencapaian nasionalis Indonesia ,tambahan lagi keadaan ini jelas memperlihatkan prestij

    21 Ibid hlm. 424-423

    22 Ibid hlm. 429

  • 7/30/2019 zakuan

    11/19

    peribadinya23 .Keadaan tersebut turut disokong oleh Parti Komunis Indonesia(PKI) dengan

    mengharapkan ia akan mempercepatkan lagi anti-imperialisme dalam polisi luar Indonesia . Di

    sebalik itu, keadaan ekonomi Indonesia yang agak tidak stabil pada ketika itu, turut

    mempengaruhi kekuatan ketenteraan Indonesia .

    Dalam usaha Indonesia untuk mendapatkan Irian Barat daripada Belanda ,pelbagai

    kelengkapan tentera diperlukan Indonesia dalam memastikan bekalan senjata api yang

    mencukupi dalam menjayakan usaha tersebut. Republik Indonesia telah menghantar wakilnya ke

    Amerika Syarikat dalam usaha membeli senjata daripada Amerika Syarikat namun usaha yang

    dilakukan oleh Indonesia ini adalah sama sekali gagal apabila usaha tersebut telah di tolak oleh

    Amerika Syarikat . Tindakan Amerika Syarikat menolak hasrat Indonesia untuk mendapatkan

    bekalan senjata tersebut telah menyebabkan Indonesia mendekati Soviet dan Soviet telah

    memberikan respon yang baik dengan menjanjikan bantuan senjata ,latihan ketenteraan dan

    kapal selam kepada Indonesia 24.Pihak Soviet ini juga turut menyokong kemasukan Irian Barat

    sebagai sebuah wilayah di bawah Republik Indonesia .Bantuan dan sokongan yang diberikan

    oleh Soviet ini adalah satu bantuan yang dilihat amat sesuai dengan situasi genting Indonesia

    pada ketika itu ,jadi disebabkan itu Indonesia ini lebih cenderung ke arah sosialis dan anti Barat

    .

    ANTI- BARAT

    23 Michael Leifer.Indonesias Foreign Policy .The Royal Institute of International

    Affairs.London.(1983)pg 69.

    24www.emayzine.com/Indonesia-Sukarno-Foreign Policy .eg.

    http://www.emayzine.com/Indonesia-Sukarno-Foreignhttp://www.emayzine.com/Indonesia-Sukarno-Foreignhttp://www.emayzine.com/Indonesia-Sukarno-Foreign
  • 7/30/2019 zakuan

    12/19

    Dasar luar Indonesia turut dilihat anti-barat. Walaupun Indonesia telah merdeka

    ,keinginan untuk menghapuskan kuasa penjajahan dan imperialis barat begitu membara di

    Indonesia. Tindakan Amerika Syarikat pada ketika itu yang menyatakan komitmennya untuk

    memberikan pinjaman kepada Indonesia yang sedang dilanda krisis ekonomi pada 1952,namun

    disebalik komitmen yang dinyatakan oleh Amerika Syarikat ini ,ia turut mengesa Pertubuhan

    Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mengenakan sekatan embargo ke atas barangan barangan

    mentah Indonesia yang di eksport ke China . Sebagai negara anggota kepada PBB pada masa

    itu, Indonesia secara tidak langsung terpaksa memenuhi tuntutan tersebut .Soekarno ini juga

    tidak percaya kepada bantuan asing yang dinyatakan oleh Amerika Syarikat mahupun sekutu

    Barat yang lain kerana beliau beranggapan bahawa bantuan yang di hulurkan adalah bersyarat

    dan penerimaan bantuan yang dihulurkan oleh pihak asing ini akan mengikat Indonesia untuk

    mengikut telunjuk mereka sekaligus melibatkan campurtangan di dalam polisi luar Indonesia25 .

    Oleh yang demikian,tidak hairanlah apabila Soekarno dilihat tidak berminat dengan bantuan

    Barat dan sekutunya dengan menganggap bantuan tersebut sebagai satu bentuk neokolonialisme

    dan impimperialism malah Soekarno turut menggunakan slogan dalam menolak bantuan Barat

    ini iaitu Go To Hell With Your Aids26.

    Dalam ucapan beliau, Sukarno secara jelas mengkritik pemimpin-pemimpin Barat kecuali

    Jeneral de Gaulle, Perdana Menteri Perancis ketika itu. Beliau memuji pemimpin Perancis itu

    dan juga Hitler (Jerman) serta Mussolini (Itali). Sukarno juga telah menutup ucapan beliau

    dengan perkataan vivere pericoloso iaitu satu perkataan yang dipinjam daripada Mussolini

    dalam merumuskan polisi beliau yang kembali kepada rakyat. Selain daripada itu, Sukarno

    25 Weinstein.Indonesian Foreign Policy and The Dilema of Dependence.Cornell University

    Press.London (1976).

    26 www.Indonesiaforum.uninelb.edu.au.

  • 7/30/2019 zakuan

    13/19

    secara lantang mengkritik bantuan-bantuan Barat dan menyatakan Indonesia tidak akan jatuh

    tanpa bantuan-bantuan tersebut; Go to hell with your tales of Indonesian economic destruction.

    Indonesia will never collapse. 27 Dalam ucapan tersebut juga Sukarno seolah-olah

    mengisytiharkan dirinya memihak kepada pihak komunis; I am a friend of the Communists

    because the Communists are revolutionary people. 28

    Kesan sikap dasar anti-barat ini ,beberapa firma British di Indonesia telah dibakar selain

    daripada pencerobohan ke atas bangunan Kedutaan British di Jakarta yang telah berlaku pada 18

    September 1963

    29

    . cuba untuk tidak melancarkan tindakan balas yang mampu memburukkan lagi

    keadaan dan memberikan kesan kepada hubungan Anglo-Indonesia. Dalam perbincangan di

    House of Commons, R.A. Butler menyatakan;

    Our future relations with Indonesia depend on whether that Government is willing to

    adopt a more peaceful and realistic policy. Her Majestys Government must meanwhile combine

    firmness in upholding Malaysian independence with patience in the face of provocation. We

    27 DEFE 11/786, Sukarnos Independence Day address, no. 499 guidance, 19 Ogos 1964.

    Kemarahan Sukarno terhadap Barat yang dilihat sebagai memihak kepada Malaysia

    memuncak apabila beliau menolak bantuan ekonomi daripada AS. Dalam satu majlis yang

    dihadiri oleh wakil-wakil diplomatik asing dan para pegawai tinggi kerajaan, beliau berkata

    You can go to hell with your aid.Beliau menujukan ucapan tersebut kepada Duta AS di

    Indonesia, DO 169/518, telegram dari Jakarta ke Pejabat Luar, no. 27 Saving, 3 April 1964.

    28 Ibid. Pegawai Kedutaan British di Indonesia juga menggolongkan Sukarno sebagai

    megalomania iaitu mempunyai karakter yang mirip dengan Hitler dan Mussolini yang

    merasakan diri mereka sebagai orang yang hebat dan terkenal. Perkataan tersebut

    membawa makna individu yang berangan-angan atau khayal dengan dirinya dan

    merasakan mereka hebat dan berkuasa

    29 Pada 18 Januari 1964, pegawai-pegawai kesatuan tempatan telah merampas P & T Lands

    yang merupakan kumpulan terbesar estet British di Subang, Jawa Barat. Mereka juga telah

    turut menguasai kilang British American Tobacco Company di Ceribon, Jawa Barat dan juga

    pejabat dan kilang-kilang Unilever di Jakarta. Pada 20 Januari, Jawatan Kuasa Tindakan

    Bersama Indonesia mengumumkan bahawa mereka telah mengambilalih pejabat Shell di

    Jakarta. Walau bagaimanapun British telah berjaya mengambilalih semula syarikat-syarikat

    mereka pada 22 Januari hasil rundingan antara pihak

  • 7/30/2019 zakuan

    14/19

    shall not give way to threats, but we shall also avoid any move that might increase tension.

    Subject to our overriding agreement with Malaysia we shall do all we can to restore the normal

    Anglo-Indonesian relation30.

    Selanjutnya Indonesia semakin menunjukkan provokasi terhadap kuasa-kuasa Barat

    khususnya British dan AS. Selain daripada tindakan membakar ladang-ladang dan kawasan

    perusahaan milik firma-firma British, mereka juga melancarkan propaganda anti-AS. Pada

    Disember 1964, Ikatan Pelajar Pengajian Tinggi Indonesia (IPPI), iaitu sebuah kesatuan pelajar

    sekolah menengah dan sekolah menengah tinggi yang dipengaruhi oleh komunis telah mengoyak

    filem tentang Presiden Kennedy yang sedang ditayangkan. Sementara itu dalam tempoh yang

    sama juga SERBAUD, iaitu sebuah kesatuan sekerja bagi pekerja-pekerja perdagangan Tentera

    Udara Indonesia telah memutuskan untuk memboikot kapal udara yang disewa untuk digunakan

    oleh Kedutaan AS di Jakarta31. Indonesia juga telah mengadakan kempen menentang pengkalan-

    pengkalan tentera Barat di rantau ini. Akhbar Bintang Timor menuduh bahawa pengkalan tentera

    asing (Barat) merupakan alat utama bagi imperialisme antarabangsa di bawah pimpinan AS.

    Manakala Warta Bhakti mendakwa Indonesia dikelilingi oleh pengkalan-pengkalan asing;

    If we talk about foreign military bases it is inevitable that we concentrate on the US imperialists

    because they have the most. Indonesia is not only surrounded by foreign military bases such as

    are established in Malaya but also by bases which roam about the Indonesian Ocean these are

    the Seventh Fleet32 .Layanan terhadap pihak Barat menjadi semakin buruk menjelang tahun

    1965. Ia dapat dijelaskan melalui insiden yang dilaporkan oleh Konsul British di Medan;

    30 DO 169/518, ucapan R.A. Butler, Setiausaha Luar British di House of Commons, 15

    November 1964.

    31 Surat daripada Kedutaan British di Jakarta, 24 Disember 1964, (1011/64), DH 1015/2, FO

    371/180310, NA., London.

    32 Ibid

  • 7/30/2019 zakuan

    15/19

    The American Consul, who was invited to meet Ministers at the airport, came in for a little

    rough treatment on his way home, when stones were thrown at his car, smashing the rear

    window and the bodywork was kicked and knocked about. The Norwegian Honorary Consul also

    suffered similar treatment. It is thought perhaps his flag was mistaken for ours. I received no

    invitation to be present33.

    Merapatkan Hubungan dengan China

    Dalam masa yang sama China menjadi lebih berpengaruh di Indonesia berbanding

    dengan Russia.Indonesia dilihat mula meraptakan diri kepada China dalam dasar luar mereka

    pada era demokrasi terpimpin. Penerimaan Indonesia terhadap China dinyatakan secara jelas

    oleh Timbalan Perdana Menteri Ketiga Indonesia, iaitu Chaerul Saleh. Beliau antara lain

    menyatakan; In the course of time Peoples Republic of China will turn out to be greater than

    the Soviet Union. In its position as an Asian country, Peoples Republic of China will have more

    rights than the Soviet Union to influence the Asian and Pacific area34 Soal pengaruh komunis

    bukan lagi menjadi satu perkara yang rahsia dalam kerajaan Indonesia di peringkat antarabangsa.

    Malah pada bulan Disember 1964, Sartono, iaitu Naib Pengerusi Majlis Penasihat Tertinggi

    Indonesia secara jelas menyeru rakyat Indonesia agar berfikiran aliran kiri dan tidak

    mengamalkan ideologi aliran kanan malah tidak berada di tengah-tengah antara kedua-dua aliran.

    Dalam masa yang sama beliau menegaskan tentang kemungkinan Indonesia mampu untuk

    memiliki atau mencipta bom nuklear mereka sendiri yang mampu menjadikan Indonesia muncul

    sebagai satu kuasa NEFO (New Emerging Forces) bagi menjadi pengimbang baru dalam politik

    dunia. Berikutan dengan keupayaan tersebut juga, Indonesia akan mampu untuk menguasai

    33 FO 371/180312, surat daripada S.J.G. Cambridge kepada D. Tonkin, no. 1462, DH 1015/44,

    3 Mac 1965.

    34 DO 169/518, telegram dari Jakarta ke Pejabat Luar, no. 27, Saving, 3 April 1964.

  • 7/30/2019 zakuan

    16/19

    bidang yang selama ini dikuasai oleh kuasa-kuasa besar.35Namun dengan meletakkan mereka

    lebih hampir dengan China berbanding dengan Russia, Indonesia sebenarnya telah menjadikan

    negara mereka sebagai medan persaingan bagi pengaruh kedua-dua kuasa komunis itu. Kedua-

    dua kuasa tersebut juga masing-masing cuba melebarkan pengaruh mereka di negara itu.36

    Dalam pada itu,apabila kita lihat pada awal tahun 1965, hubungan Indonesia dan

    China dilihat semakin erat. Kedua-dua buah negara mula bertukar-tukar delegasi persahabatan.

    Di samping itu juga Indonesia dan China telah mengadakan Perjanjian Kerjasama Indonesia-

    China serta perkhidmatan penerbangan komersial antara Jakarta dan Canton. Hubungan baik

    antara kedua-dua buah negara tersebut semakin terserlah dengan pengumuman lawatan

    Subandrio ke Peking37. Jakarta juga dikatakan mengharapkan bantuan China bagi membiayai

    beberapa projek yang berkait dengan CONEFO (Conference of the New Emerging Forces)

    termasuk membina bangunan CONEFO di Jakarta.38

    Walaupun pengaruh China begitu besar dalam politik Indonesia melalui dominasi mereka

    dalam PKI, namun di kalangan pemimpin Indonesia mengakui bahawa mereka tidak boleh

    menerima komunis39. Manakala di pihak tentera pula cuba untuk tidak menunjukkan

    kebimbangan terhadap hubungan Indonesia-China. Mereka mengakui bahawa corak dalam

    hubungan dengan kuasa besar yang diamalkan oleh Indonesia pada masa itu lebih berupa

    35 FO 371/180310, surat daripada Kedutaan British, (1011/64), DH 1015/2, 24 Disember

    1964

    36 Prospect for and strategic implications of a communist takeover in Indonesia, Special

    National Intelligence Estimate (SNIE), SNIE 55-65. Secret. 1 September 1965, NARA,

    Washington.

    37 FO 371/180310, surat daripada S.J.G. Cambridge kepada D. Tonkin di Jabatan Asia

    Tenggara, (1011/65), DH 1015/29, 20 Januari 1965.

    38 FO 371/180311, surat daripada S.J.G. Cambridge kepada D. Tonkin di Jabatan Asia

    Tenggara, no. 2251, DH 1015/34, 12 Mac 1965.

    39 FO 371/181490, telegram dari Jakarta ke Pejabat Luar, no. 275, 4 Februari 1965.

  • 7/30/2019 zakuan

    17/19

    persoalan yang berkait dengan taktik dan strategi dan bukan merupakan prinsip dalam hubungan

    luar mereka. Perkara ini dinyatakan oleh Mejar Jeneral Adjie iaitu Komandan bagi KODAM IV

    (Divisi Siliwangi) dalam pertemuan beliau dengan Atach Tentera bagi Kedutaan British, iaitu

    Kolonel Darlington di Bandung.40

    KESIMPULAN

    Dasar luar Indonesia di era demokrasi terpimpin dari tahun 1957-1965 memperlihtakan

    satu dasar yang agresif san radikal.Apabila dikaji faktor pembentukan dasar luar Indonesia pada

    era ini dapat kita lihat peranan indiosikratik iaitu identiti pemimpin selain faktor luaran dan

    dalaman Indonesia .Sepanjang era pemerintahan Soekarno ( 1945-1965) dasar luar negara

    Indonesia adalah lebih kepada isu high politicyang bersifat anti imperialisme dan kolonialisme

    serta konfrantasi .Selain itu,kebangkitan Parti Komunis Indonesia(PKI) dan gerakan kiri pada era

    Soekarno turut mempengaruhi polisi luarnya. Soekarno ini juga sering membuat keputusan

    berdasarkan karismanya dimana ia bertindak sebagai wakil kepada rakyatnya di forum-forum

    international yang tidak lepas daripada dinamika politik Indonesia itu sendiri,bahkan beliau juga

    turut di nobatkan sebagai Presiden Seumur Hidup. Namun di sebalik itu,ketidakstabilan di

    Indonesia yang di sebabkan oleh ideologi dan politik juga turut membuatkan Soekarno

    mengambil inisiatif dengan melakukan pendekatan yang lebih radikal dalam pengubalan dasar

    luar Indonesia itu.

    BIBLIOGRAFI

    40 FO 371/180315, visit to Major General I. Adjie, 6 Jun 1965.

  • 7/30/2019 zakuan

    18/19

    1. Sobri Sudin. Analisis Dasar Luar Negara Dunia ke-3. Malaysia: Penerbit Universiti

    Utara, Sintok. 2001

    2. J.D.Ledge: Sukarno.A Political Biography .Archipelago Press.Singapore.(2003) Third

    edition .

    3. Prof.Madya Dr. Mokhtar Muhammad(2005)Perhubungan Antarabangsa :Cabaran dan

    Harapan .Anzagain Sdn. Bhd.Kuala Lumpur.

    4. Michael Leifer.Indonesias Foreign Policy .The Royal Institute of International

    Affairs.London.(1983)

    5. Weinstein.Indonesian Foreign Policy and The Dilema of Dependence.Cornell University

    Press.London (1976).

    6. Daniel S.Lev ,The Transition to Guided Democracy : Indonesian Politics,1957

    -1959.Cornell Modern Indonesian Project(1966).

    7. www.emayzine.com/Indonesia-Sukarno-Foreign Policy .eg.

    8. www.Indonesiaforum.uninelb.edu.au.

    9. George McTurnan Kahin. Nationalism and revolution in Indonesia. SEAP

    Publication, 2003.

    10.J. A. C. Mackie .Konfrontasi: the Indonesia-Malaysia dispute, 1963-

    1966.Australian Institute of International Affairs. Published by Published for

    the Australian Institute of International Affairs [by] Oxford University Press,

    1974.

    11.Ledge .J.D: Sukarno.A Political Biography (2003) Stamford Press Pte

    Ltd.Singapore.

    12.Prof.Madya Dr. Mokhtar Muhammad(2005)Perhubungan Antarabangsa

    :Cabaran dan Harapan .Anzagain Sdn. Bhd.Kuala Lumpur

    http://www.emayzine.com/Indonesia-Sukarno-Foreignhttp://www.indonesiaforum.uninelb.edu.au/
  • 7/30/2019 zakuan

    19/19

    13.portalfsss.um.edu.my/portal/uploadFolder/pdf/Kerjasama%20dan

    %20Konflik%20dalam%20Hubungan%20. retrieved on April 13th 2009

    14.Soekarno, Cindy Heller Adams. Sukarno: An Autobiography. Published by

    Bobbs-Merrill, University of Michigan. 1965

    15.Rohani Abdul Ghani,SITUASI DALAMAN INDONESIA MENJELANG KUDETA,30

    SEPTEMBER 1965,Jebat 34(2007),29-48