ytl communications sdn bhd kenyataan media ytl ...bm).pdf · bersama telekom malaysia, celcom...

17
YTL Communications Sdn Bhd Kenyataan Media YTL Communications komited untuk mentransformasikan pendidikan Sejak akhir-akhir ini, terdapat laporan media yang mengelirukan dan memberi persepsi kurang baik terhadap YTL Communications dan Frog Virtual Learning Environment (“Frog VLE”) yang diperkenalkan di sekolah-sekolah sejak tahun 2011. Kami turut merasa terganggu dengan kenyataan yang tidak tepat yang disiarkan di dalam media dan kenyataan separa rasmi mengenai pelantikan Telekom Malaysia, Celcom Axiata dan Maxis bagi menggantikan YTL Communications sebagai pembekal perkhidmatan internet sementara dari 1 Julai 2019 hingga 31 Disember 2019. Berikut adalah fakta: Pada Julai 2018, Kementerian Pendidikan (“Kementerian”) telah mengumumkan tender baru akan dikeluarkan awal tahun ini (2019) sebagai kesinambungan bekalan Internet kepada lebih kurang 10,000 sekolah di seluruh negara (yang ketika itu dibekalkan oleh YTL Communications). YTL Communications telah berkali-kali memohon penjelasan dari Kementerian mengenai status tender dan pada 23 April tahun ini, Kementerian Pendidikan telah mempelawa kami bersama Telekom Malaysia, Celcom Axiata, Maxis dan beberapa lagi syarikat pembekal perkhidmatan internet (“ISP”) untuk menghadiri mesyuarat di mana kami diberitahu bahawa mereka “belum bersedia untuk mengeluarkan tender bagi pelaksanaan 1 Julai” di mana Fasa 2 kontrak bersama YTL Communications akan tamat. Mesyuarat juga dimaklumkan terdapat kelewatan selama 6 bulan di mana 10,000 sekolah yang mengambil bahagian akan terus menerima perkhidmatan internet sementara. Kementerian juga memohon agar kami menyediakan perkhidmatan internet secara percuma disebabkan Kerajaan “tidak mempunyai bajet” untuk membayar perkhidmatan yang disediakan. Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab yang tidak mahu melihat perkhidmatan internet ke sekolah tergendala, YTL Communications menulis kepada Menteri Pendidikan YB Maszlee Malik pada 31 Mei 2019 untuk memberi perakuan bahawa kami akan menyediakan solusi lengkap perkhidmatan internet percuma dan Frog VLE bagi tempoh sementara sehingga tender dikeluarkan dan diberikan.

Upload: others

Post on 29-Aug-2019

37 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: YTL Communications Sdn Bhd Kenyataan Media YTL ...BM).pdf · bersama Telekom Malaysia, Celcom Axiata, Maxis dan beberapa lagi syarikat pembekal perkhidmatan internet (“ISP”) untuk

YTL Communications Sdn Bhd

Kenyataan Media

YTL Communications komited untuk mentransformasikan pendidikan Sejak akhir-akhir ini, terdapat laporan media yang mengelirukan dan memberi persepsi kurang baik terhadap YTL Communications dan Frog Virtual Learning Environment (“Frog VLE”) yang diperkenalkan di sekolah-sekolah sejak tahun 2011. Kami turut merasa terganggu dengan kenyataan yang tidak tepat yang disiarkan di dalam media dan kenyataan separa rasmi mengenai pelantikan Telekom Malaysia, Celcom Axiata dan Maxis bagi menggantikan YTL Communications sebagai pembekal perkhidmatan internet sementara dari 1 Julai 2019 hingga 31 Disember 2019. Berikut adalah fakta: Pada Julai 2018, Kementerian Pendidikan (“Kementerian”) telah mengumumkan tender baru akan dikeluarkan awal tahun ini (2019) sebagai kesinambungan bekalan Internet kepada lebih kurang 10,000 sekolah di seluruh negara (yang ketika itu dibekalkan oleh YTL Communications). YTL Communications telah berkali-kali memohon penjelasan dari Kementerian mengenai status tender dan pada 23 April tahun ini, Kementerian Pendidikan telah mempelawa kami bersama Telekom Malaysia, Celcom Axiata, Maxis dan beberapa lagi syarikat pembekal perkhidmatan internet (“ISP”) untuk menghadiri mesyuarat di mana kami diberitahu bahawa mereka “belum bersedia untuk mengeluarkan tender bagi pelaksanaan 1 Julai” di mana Fasa 2 kontrak bersama YTL Communications akan tamat. Mesyuarat juga dimaklumkan terdapat kelewatan selama 6 bulan di mana 10,000 sekolah yang mengambil bahagian akan terus menerima perkhidmatan internet sementara. Kementerian juga memohon agar kami menyediakan perkhidmatan internet secara percuma disebabkan Kerajaan “tidak mempunyai bajet” untuk membayar perkhidmatan yang disediakan. Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab yang tidak mahu melihat perkhidmatan internet ke sekolah tergendala, YTL Communications menulis kepada Menteri Pendidikan YB Maszlee Malik pada 31 Mei 2019 untuk memberi perakuan bahawa kami akan menyediakan solusi lengkap perkhidmatan internet percuma dan Frog VLE bagi tempoh sementara sehingga tender dikeluarkan dan diberikan.

Page 2: YTL Communications Sdn Bhd Kenyataan Media YTL ...BM).pdf · bersama Telekom Malaysia, Celcom Axiata, Maxis dan beberapa lagi syarikat pembekal perkhidmatan internet (“ISP”) untuk

Menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan pelajaran di sekolah tidak terganggu terutama waktu sesi pertengahan tahun. Bagaimanapun, kami tidak menerima sebarang jawapan. Salinan surat kepada Menteri dikepilkan bersama kenyataan ini. Oleh itu, pengumuman Kementerian pada 27 Jun 2019 bahawa Telekom Malaysia, Celcom Axiata dan Maxis telah ditawarkan untuk menyediakan perkhidmatan internet sementara memeranjatkan kami. Kementerian telah menyingkir YTL Communications, memungkiri janji untuk memanggil tender terbuka dan sebaliknya bersetuju membayar bagi perkhidmatan internet kepada 3 ISP yang dilantik walaupun kami telah menawarkan perkhidmatan tersebut secara percuma. Sementara kami mencari penjelasan, kami sekali lagi dikejutkan dengan paparan yang mungkin disengajakan, di laman Facebook “Friends of Maszlee Malik” yang memberi 7 sebab mengapa projek 1BestariNet patut ditamatkan. Artikel yang mungkin menggunakan nama Menteri tanpa pengetahuannya, mengandungi rujukan yang kami anggap palsu dan berunsur fitnah. Latar Belakang Projek 1BestariNet dianugerahkan kepada YTL Communications pada tahun 2011 secara tender terbuka untuk perkhidmatan kontrak selama 15 tahun dan dilaksanakan mengikut fasa. Skop kerja termasuk menyediakan solusi pembelajaran secara menyeluruh yang mengandungi sambungan internet, keselamatan dan Frog Virtual Learning Environment (“Frog VLE”). Kajian selepas setiap fasa akan dibuat sebelum mencapai persetujuan ke atas fasa seterusnya. Pada Julai tahun lepas, Kementerian telah mengumumkan tender baru untuk solusi pembelajaran dan mengesahkan YTL Communications tidak akan dikecualikan dari tender ini. Platform Pembelajaran Kunci kepada Transformasi Pendidikan dan bukan Kesinambungan Platform pembelajaran ialah kunci kepada transformasi pendidikan di mana mengajar dan belajar ditemukan dengan menggunakan alat dan aplikasi digital. Kemudahan internet hanya memudahkan platform pembelajaran. Frog VLE adalah platform yang disesuaikan dan digunakan di 23 negara termasuk UK, Amerika Syarikat, Hong Kong, Timur Tengah dan Australia. Tahun lalu, Frog memenangi tender Kerajaan Australia Selatan untuk melaksanakan platform pembelajaran di kesemua 900 sekolah di Australia Selatan mengikut model Malaysia. Kementerian Pendidikan telah melabur di dalam pembinaan solusi lengkap sejak 7 tahun lepas di dalam Frog VLE untuk tujuan mengajar dan pembelajaran menggunakan alat digital terkini. Para guru telah menghabiskan banyak masa selama bertahun untuk menyediakan kandungan di platform dan dikongsi bersama guru-guru di sekolah dan seluruh negara. Kesemua sekolah turut diperkayakan dengan menggunakan platform ini.

Page 3: YTL Communications Sdn Bhd Kenyataan Media YTL ...BM).pdf · bersama Telekom Malaysia, Celcom Axiata, Maxis dan beberapa lagi syarikat pembekal perkhidmatan internet (“ISP”) untuk

Frog VLE mempunyai perpustakaan lengkap dengan pengajaran teratur dan isi pembelajaran yang selari dengan sukatan kebangsaan setiap subjek dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5 termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Terdapat repositori yang mengandungi 7 juta kuiz yang boleh dikongsi bersama. Negara kini mempunyai satu platform yang boleh menambah baik pengajaran dan pembelajaran untuk para guru dan pelajar. Sekolah telah diperkenalkan dengan cara pembelajaran abad ke-21 dan diberi kuasa untuk menuju ke arah tanpa kertas. Dengan lengkapnya fasa 1 dan 2, fasa 3 sepatutnya menyaksikan penerimaan penuh pengajaran dan pembelajaran digital di dalam kelas pada Januari 2020. Menukar platform dan memulakan sesuatu dari awal akan menyaksikan seluruh sistem pendidikan mundur ke belakang selama beberapa tahun. Bagaimanapun, tindakan yang diambil di pertengahan tahun persekolahan telah menyebabkan gangguan kepada sekolah-sekolah yang melibatkan hampir 5 juta pelajar. Berikutan pengumuman Kementerian untuk menganugerahkan perkhidmatan sementara kepada 3 ISP baru dan menggantikan Frog VLE dengan Google Classromm, kami telah menerima pertanyaan dari para guru yang inginkan kepastian sama ada mereka masih boleh mengakses Frog VLE. Seperti yang kami sebut awal tadi, kami tidak ingin menyaksikan pembelajaran tergendala dan mengambil keputusan untuk:

1. memastikan Frog VLE masih boleh diakses; dan 2. membenarkan para guru terus menggunakan telefon pintar dilengkapi dengan pelan

data.

Ini bagi mengelakkan gangguan dan membenarkan pengajaran dan pembelajaran diteruskan sama ada di dalam kelas atau di rumah. Merujuk kepada paparan “Friends of Maszlee Malik” di laman web yang dibina sehari selepas pengumuman Kementerian, (www.sekolahkita.my) tujuh sebab diberi mengapa projek 1BestariNet patut ditamatkan. Laman web ini, cuba memberi “spin rasmi” dengan menggunakan nama Yang Berhormat Menteri dan membuat tuduhan yang tidak benar dan berunsurkan fitnah. Kami ingin menegaskan di sini bahawa YTL Communications telah memenuhi kesemua perjanjian tahap perkhidmatan (service level agreements, “SLAs”) di bawah kontrak dan tidak pernah menerima sebarang aduan dari Kementerian. Dengan ini, kami berharap Menteri dapat menyangkal tuduhan-tuduhan ini dan menjauhkan diri dari paparan yang memaparkan nama beliau, imej serta nama baik Kementerian.

Page 4: YTL Communications Sdn Bhd Kenyataan Media YTL ...BM).pdf · bersama Telekom Malaysia, Celcom Axiata, Maxis dan beberapa lagi syarikat pembekal perkhidmatan internet (“ISP”) untuk

YTL Communications komited untuk berkhidmat kepada negara YTL Communications telah melabur lebih dari RM4 bilion untuk membina infrastruktur di sekolah-sekolah untuk projek 15 tahun. Kami menganggap tindakan Kementerian ini sebagai melanggar kewajipan kontrak terhadap kami. Kami kecewa kerana mereka tidak bertindak dengan niat baik dari segi apa yang kami diberitahu dan apa yang dilaksanakan tidak sejajar. Begitupun, kami terus komited untuk berkhidmat kepada negara di dalam sektor kritikal ini dan percaya kami masih mempunyai peranan di dalam bidang ini. 3 July 2019

Page 5: YTL Communications Sdn Bhd Kenyataan Media YTL ...BM).pdf · bersama Telekom Malaysia, Celcom Axiata, Maxis dan beberapa lagi syarikat pembekal perkhidmatan internet (“ISP”) untuk
Page 6: YTL Communications Sdn Bhd Kenyataan Media YTL ...BM).pdf · bersama Telekom Malaysia, Celcom Axiata, Maxis dan beberapa lagi syarikat pembekal perkhidmatan internet (“ISP”) untuk
Page 7: YTL Communications Sdn Bhd Kenyataan Media YTL ...BM).pdf · bersama Telekom Malaysia, Celcom Axiata, Maxis dan beberapa lagi syarikat pembekal perkhidmatan internet (“ISP”) untuk
Page 8: YTL Communications Sdn Bhd Kenyataan Media YTL ...BM).pdf · bersama Telekom Malaysia, Celcom Axiata, Maxis dan beberapa lagi syarikat pembekal perkhidmatan internet (“ISP”) untuk
Page 9: YTL Communications Sdn Bhd Kenyataan Media YTL ...BM).pdf · bersama Telekom Malaysia, Celcom Axiata, Maxis dan beberapa lagi syarikat pembekal perkhidmatan internet (“ISP”) untuk
Page 10: YTL Communications Sdn Bhd Kenyataan Media YTL ...BM).pdf · bersama Telekom Malaysia, Celcom Axiata, Maxis dan beberapa lagi syarikat pembekal perkhidmatan internet (“ISP”) untuk
Page 11: YTL Communications Sdn Bhd Kenyataan Media YTL ...BM).pdf · bersama Telekom Malaysia, Celcom Axiata, Maxis dan beberapa lagi syarikat pembekal perkhidmatan internet (“ISP”) untuk
Page 12: YTL Communications Sdn Bhd Kenyataan Media YTL ...BM).pdf · bersama Telekom Malaysia, Celcom Axiata, Maxis dan beberapa lagi syarikat pembekal perkhidmatan internet (“ISP”) untuk
Page 13: YTL Communications Sdn Bhd Kenyataan Media YTL ...BM).pdf · bersama Telekom Malaysia, Celcom Axiata, Maxis dan beberapa lagi syarikat pembekal perkhidmatan internet (“ISP”) untuk
Page 14: YTL Communications Sdn Bhd Kenyataan Media YTL ...BM).pdf · bersama Telekom Malaysia, Celcom Axiata, Maxis dan beberapa lagi syarikat pembekal perkhidmatan internet (“ISP”) untuk
Page 15: YTL Communications Sdn Bhd Kenyataan Media YTL ...BM).pdf · bersama Telekom Malaysia, Celcom Axiata, Maxis dan beberapa lagi syarikat pembekal perkhidmatan internet (“ISP”) untuk
Page 16: YTL Communications Sdn Bhd Kenyataan Media YTL ...BM).pdf · bersama Telekom Malaysia, Celcom Axiata, Maxis dan beberapa lagi syarikat pembekal perkhidmatan internet (“ISP”) untuk
Page 17: YTL Communications Sdn Bhd Kenyataan Media YTL ...BM).pdf · bersama Telekom Malaysia, Celcom Axiata, Maxis dan beberapa lagi syarikat pembekal perkhidmatan internet (“ISP”) untuk