xiao

2
Xiao atau Dongxiao merupakan alat muzik berbunyi yang sangat kuno di China. Jauh pada beberapa ribu tahun yang lalu, Xiao telah dipopularkan di kalangan rakyat China. Ia berasal dari Paixiao. Semasa Paixiao itu baru dihasilkan pada beberapa ribu tahun yang lalu, ia dikenal sebagai Xiao. Dalam proses meniup Xiao itu, rakyat menemui bahawa jika mempunyai banyak lubang yang jaraknya tidak sama dalam satu paip akan muncul bunyi yang berbeza, maka Xiao itu menjadi Dongxiao yang mempunyai banyak lubang. Xiao hari ini sebenarnya dihasilkan pada zaman Dinasti Han. Xiao itu merupakan alat muzik rakyat etnik Qiang yang tinggal di provinsi Sichuan dan Gansu. Pada abad pertama sebelum Masihi, alat muzik tersebut dipopularkan di kawasan aliran Sungai Kuning dan beransur-ansur menjadi Xiao sekarang yang mempunyai 6 lubang. Bentuk Xiao itu agak sederhana, nampaknya hampir sama dengan seruling. Ia dibuat daripada buluh, tetapi agak panjang daripada seruling. Dalam badan paip itu terdapat 5 lubang dan di bahagian belakangnya juga mempunyai satu lubang. Selain itu juga terdapat 3 hingga 4 lubang di bawah paip tersebut, untuk mengatur seluruh suara. Suara Xiao agak merdu dan unik. Teknik meniup Xiao hampir sama dengan seruling, tetapi lebih sesuai untuk meniup irama halus. Ia sesuai permainan solo dan paduan, juga digunakan untuk meniup muzik tempatan, seperti Kiangnansizhu, muzik di Fujian dan Guangdong. Muzik yang dimainkan dengan Zizhudongxiao sangat menarik, iramanya merdu, telah melukiskan burung liar terbang di angkasa. dizi Alat ini adalah seperti seruling melintang. Dizi ini sedikit berbeza daripada seruling biasa yang selalu kita lihat. Dizi dicipta mengikut 'balance' di antara kiri dan kanannya. Ianya bermaksud, apabila pemain bermain dizi,

Upload: punitha-vathy

Post on 27-Sep-2015

229 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Xiao atau Dongxiao merupakan alat muzik berbunyi yang sangat kuno di China. Jauh pada beberapa ribu tahun yang lalu, Xiao telah dipopularkan di kalangan rakyat China. Ia berasal dari Paixiao. Semasa Paixiao itu baru dihasilkan pada beberapa ribu tahun yang lalu, ia dikenal sebagai Xiao. Dalam proses meniup Xiao itu, rakyat menemui bahawa jika mempunyai banyak lubang yang jaraknya tidak sama dalam satu paip akan muncul bunyi yang berbeza, maka Xiao itu menjadi Dongxiao yang mempunyai banyak lubang. Xiao hari ini sebenarnya dihasilkan pada zaman Dinasti Han. Xiao itu merupakan alat muzik rakyat etnik Qiang yang tinggal di provinsi Sichuan dan Gansu. Pada abad pertama sebelum Masihi, alat muzik tersebut dipopularkan di kawasan aliran Sungai Kuning dan beransur-ansur menjadi Xiao sekarang yang mempunyai 6 lubang. Bentuk Xiao itu agak sederhana, nampaknya hampir sama dengan seruling. Ia dibuat daripada buluh, tetapi agak panjang daripada seruling. Dalam badan paip itu terdapat 5 lubang dan di bahagian belakangnya juga mempunyai satu lubang. Selain itu juga terdapat 3 hingga 4 lubang di bawah paip tersebut, untuk mengatur seluruh suara. Suara Xiao agak merdu dan unik. Teknik meniup Xiao hampir sama dengan seruling, tetapi lebih sesuai untuk meniup irama halus. Ia sesuai permainan solo dan paduan, juga digunakan untuk meniup muzik tempatan, seperti Kiangnansizhu, muzik di Fujian dan Guangdong. Muzik yang dimainkan dengan Zizhudongxiao sangat menarik, iramanya merdu, telah melukiskan burung liar terbang di angkasa.

dizi Alat ini adalah seperti seruling melintang. Dizi ini sedikit berbeza daripada seruling biasa yang selalu kita lihat. Dizi dicipta mengikut 'balance' di antara kiri dan kanannya. Ianya bermaksud, apabila pemain bermain dizi, beliau akan terasa keseimbangan di antara bahagian sebelah kiri dan juga kanan. Ianya dikenali sebagai Hengchui/Hengdi pada zaman dahulu.