www (world wide web)

Upload: wan2share

Post on 07-Oct-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nth

TRANSCRIPT

WWW DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

Pengenalan

WWW (World Wide Web) adalah jaringan yang boleh digunakan untuk menghubungkan badan-badan korporat, institusi-institusi kerajaan, institusi-institusi pendidikan tinggi dan para individu. WWW juga adalah sebahagian daripada internet yang lebih dikenali sebagai laman web. Banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada WWW yang meliputi pelbagai bidang dan topik.

Bagaimana WWW dapat membantu guru dalam P & P?

Menggunakan WWW untuk mencari maklumat

WWW merupakan sumber maklumat yang paling baik untuk guru matematik yang merancang untuk melaksanakan pengajaran pembelajaran matematik yang efektif dan inovatif. Guru boleh menggunakan "search engine" untuk mencari maklumat-maklumat ini. Mereka juga boleh menggunakan link yang telah disediakan oleh tapak-tapak web yang ada. Contoh tapak web yang boleh menjadi tempat memulakan pencarian maklumat yang berguna kepada guru matematik adalah "The Math Forum".