written by mazuki izani sunday, 04 april 2010 14:23 - last...

4
Arabic Night, 3 April 2010 Written by Mazuki Izani Sunday, 04 April 2010 14:23 - Last Updated Tuesday, 03 May 2011 13:37 اﻠﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ, Malam Bahasa Arab atau Layla el-Arabiyya ( ﻟﻴﻠﺔ اﻠﻌرﺒﻴﺔ) bagi sesi Dis2009/April2010 telah berlangsung dengan jayanya di Tuaran Beach Resort ( ﻣﻨﺘﺠﻊ ﺷاﻄﺊ ﺗواراﻦ) semalam walaupun tanpa kehadiran VIP jemputan kerana masalah-masalah tertentu.  Arabic Dinner kali yang kedua diadakan ini menampilkan 3 persembahan daripada para pelajar. Persembahan pertama adalah nyanyian lagu Nour el-Ayn oleh Nurul Syafiqah dan pasangannya Nilson (tak pasti ejaan nama ini betul atau tidak). Lengkap berpakaian secocok berwarna kuning emas, mereka telah melakukan persembahan tarian yang boleh dikatakan ada mirip kearaban dan sungguh mempesonakan. Mungkin kerana faktor sudah biasa membuat persembahan pentas, Nurul Syafiqah dilihat tidak kekok ketika menyanyi dan menari. Nilson juga tidak kurang hebatnya dalam menyanyikan lagu Arab dendangan asal penyanyi Arab Mesir, Amr Diab ( ﻋﻤرﻮ دﻴاﺐ). Lagu ini mula popular di Malaysia selepas dinyanyikan oleh Mawi dalam rancangan realiti Akademi Fantasia suatu ketika dahulu. Nilson adalah antara pelajar dari UiTM Sarawak yang mengikuti program pertukaran pelajar Sabah & Sa Mereka menyanyikan lagu ini secara karaoke kerana kesukaran mendapatkan minus one lagu tersebut. 1 / 4

Upload: phungque

Post on 22-Mar-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Arabic Night, 3 April 2010

Written by Mazuki IzaniSunday, 04 April 2010 14:23 - Last Updated Tuesday, 03 May 2011 13:37

bagi sesi (ليلة العربية) Malam Bahasa Arab atau Layla el-Arabiyya ,الحمد للهDis2009/April2010 telah berlangsung dengan jayanya di Tuaran Beach Resort (منتجع شاطئ تواران) semalam walaupun tanpa kehadiran VIP jemputan kerana masalah-masalah tertentu.  

Arabic Dinner kali yang kedua diadakan ini menampilkan 3 persembahan daripada para pelajar.Persembahan pertama adalah nyanyian lagu Nour el-Ayn oleh Nurul Syafiqah danpasangannya Nilson (tak pasti ejaan nama ini betul atau tidak).

Lengkap berpakaian secocok berwarna kuning emas, mereka telah melakukan persembahantarian yang boleh dikatakan ada mirip kearaban dan sungguh mempesonakan. Mungkin keranafaktor sudah biasa membuat persembahan pentas, Nurul Syafiqah dilihat tidak kekok ketikamenyanyi dan menari. Nilson juga tidak kurang hebatnya dalam menyanyikan lagu Arabdendangan asal penyanyi Arab Mesir, Amr Diab (عمرو دياب). Lagu ini mula popular di Malaysiaselepas dinyanyikan oleh Mawi dalam rancangan realiti Akademi Fantasia suatu ketika dahulu.

Nilson adalah antara pelajar dari UiTM Sarawak yang mengikuti program pertukaran pelajar Sabah & Sarawak selama satu semester.

Mereka menyanyikan lagu ini secara karaoke kerana kesukaran mendapatkan minus one lagu tersebut. Walau bagaimanapun, persembahan yang menarik ini dilihat berhenti sebelum tamat lagunya... saya pun tidak tahu kenapa... persembahan yang sangat menarik!!

1 / 4

Arabic Night, 3 April 2010

Written by Mazuki IzaniSunday, 04 April 2010 14:23 - Last Updated Tuesday, 03 May 2011 13:37

Persembahan kedua pelajar adalah daripada DPP Part 1, 2 & 3. Mereka menyanyikan laguGunung Kinabalu (جبل كينابلو) versi Arab. Lagu ini pernah dipersembahkan pada semesterlepas. Apa yang menariknya ialah lagu ini diterjemahkan sendiri oleh pelajar, Hafiz. Walaupunterjemahannya tidaklah semua tepat, tetapi untuk lagu, tidak mengapa bagi saya.. banyaklagu-lagu Melayu sendiri pun tak ikut grammar yang betul.Begitu juga lagu-lagu Inggeris. Betul kan?! Sekarang ni banyak translatorpercuma di internet. Antara yang paling masyhur ialah Google Translator. Banyak bahasa yangboleh ditranslatekan. Ramai pelajar merujuk kepada Google Translator untuk membuat assignmentdan sebagainya. Bagi saya, tak semua yang diterjemahkan Google ini tepat terutama sekali jika

userminta menterjemahkan satu ayat lengkap. Kemungkinan susunan ayat atau grammarnya menjadi kurang tepat. Walau bagaimanapun, jika userminta diterjemahkan satu perkataan umpamanya, kemungkinan besarnya boleh menjadi tepat. 

Persembahan kedua ini tidak kurang menariknya kerana pelajar tidak bergantung kepada lirikdalam mempersembahkannya. Mereka hanya dibantu oleh muzik latar lagu Gunung Kinabalu(Jabal Kinabalu). Saya tak pasti tarian asal untuk lagu ini macamana, jadi saya tidak dapat nakbandingkan dengan apa yang saya lihat malam tadi. Saya lihat adanya sedikit tarian sumazau,tarian budaya masyarakat Kadazan di Sabah. Sungguh seronok melihat merekamempersembahkannya dalam keadaan ceria, yakin dan bersemangat. 

Pelajar-pelajar DBS4 tampil dengan persembahan Dikir Barat versi Arab. Dikir Baratsebenarnya berasal dari Kelantan, tempat kelahiran bapa saya..maknanya darah saya ada jugadarah Kelantan..hehehe... dan, saya amat meminati Dikir Barat, tertutama kalau 'juara' dan'tukang karut'nya pandai bermain dengan ayat atau lagu yang dipermainkan. Dikir Barat amat specialdi Pantai Timur kerana ia dinyanyikan secara spontan dengan susunan kata yang menarik, rima

2 / 4

Arabic Night, 3 April 2010

Written by Mazuki IzaniSunday, 04 April 2010 14:23 - Last Updated Tuesday, 03 May 2011 13:37

yang sama di akhiran ayat. Ia biasanya dipersembahkan secara pertandingan, iaitu satukumpulan lawan satu kumpulan yang lain. Dan, ketika inilah mereka saling berhujah danmembalas hujah dalam lagu mereka...secara spontan! 

Semenjak dua menjak ini, dikir sudah berubah sedikit.. dinyanyikan dalam kumpulan juga,cuma tiada tukang karut. Tarian menggunakan tangan sambil duduk juga masih kekal. Daninilah yang saya lihat malam tadi, sebuah dikir moden. 

'Juara' dalam dikir ini ialah Munirah Atiqah yang bertindak sebagai penyanyi solo. Suaranyasedap didengar, walau bagaimanapun, performancenya sedikit terganggu kerana terlupa lirik.Tidak mengapa, sedikit saja tu..

Saya kira mereka ini agak kreatif kerana mampu memanipulasi benda-benda yang ada disekeliling sebagai alat muzik, seperti baldi, sudu dan garfu, pasir dan lain-lain. Ternyatakombinasi benda-benda tadi mampu menghasilkan muzik yang baik, ramai yang terhibur.  

Sepatutnya Munira mendepani penonton, bukan menyiringkan mereka, kerana dia adalah terajuutama..pemuzik mungkin tidak mengapa duduk seperti itu. Mungkin boleh diperbaiki pada masaakan datang. Walau bagaimanapun, persembahan ini mendapat tempat pertama daripada 3penyertaan. Tempat kedua jatuh kepada persembahan pelajar DPP Bahagian 1, 2 & 3.Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Nurul dan Nilson.

Demikianlah al-kisah malam tadi. Di samping persembahan-persembahan tadi, ia diselingkan dengan kuiz bahasa Arab. Soalan-soalan disediakan oleh saya sendiri. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kelemahan dalam penyampaian soalan oleh juruacara menyebabkan beberapa soalan sukar difahami dan tidak dapat dijawab oleh para pelajar.

Majlis juga menanugerahkan hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang bahasa Arab daripada setiap semester dan bahagian bagi semester lepas. Hadiah disampaikan oleh Ustaz Arshad, selaku Penasihat Persatuan Bahasa Arab. Saya 'ditugaskan' untuk menyampaikan hadiah bagi pemenang acara persembahan. 

3 / 4

Arabic Night, 3 April 2010

Written by Mazuki IzaniSunday, 04 April 2010 14:23 - Last Updated Tuesday, 03 May 2011 13:37

Secara keseluruhannya, Arabic Night malam tadi sangat bermakna terutama bagi pelajar-pelajar baru, yang mana ia boleh dijadikan perangsang untuk merekaperform pada semester akan datang. Bagi pelajar akhir; semester ini adalah semester terakhir bagi mereka belajar bahasa ini, ini mungkin menjadi kenangan yang amat berharga.

Saya mengucapkan tahniah kepada Pengarah Projek, Mohamad Ikab sertapembantu-pembantunya kerana berjaya menganjurkan program malam tadi. Diharap semuanyaberpuas hati dengan perjalanan program tersebut. Dan, semoga dapat dianjurkan lagi padasemester hadapan.

{HTML}<!-- nuffnang --> <script type={quot}text/javascript{quot}> nuffnang_bid = {quot}73aba26420446299f16088acb365c5f2{quot}; </script> <script type={quot}text/javascript{quot} src={quot}http://synad2.nuffnang.com.my/j.js{quot}></script> <!-- nuffnang-->{/HTML}

{flike}{fcomment}

4 / 4