wool folk

2
Woolfolk & Margetts, (2007), menyatakan bahawa perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian- bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia. Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Manakala menurut Hurlock, (1978) menyatakan bahawa perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung. Secara langsung perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan dan permainan. Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat bersaing, ia mungkin mengakibatkan mereka disisih daripada kumpulan rakan sebaya mereka. Secara tidak langsung, perkembangan fizikal mempengaruhi keyakinan terhadap diri sendiri dan orang lain. Kanak-kanak yang disisih daripada kumpulan mungkin mempengaruhi perkembangan personalitinya. Secara umumnya, perkembangan fizikal bermula sejak bayi dalam kandungan lagi. Oleh itu implikasi kepada setiap perkembangan kank- kanak ini perlu dilakukan oleh orang yang lebih dewasa terutama ibu bapa bagi mencorak anak-anak mereka. Dari dalam kandungan, simulasi visual dan pendengaran perlu diberikan supaya bayi dalam kandungan sudah mula menerima rangsangan yang akan mengembangkan otak serta membaiki bahagian-bahagian yang terbabit dengan penyusunan maklumat. Antara implikasi yang boleh kita lihat ialah pada peringkat 7 hingga 12 tahun, iaitu di mana penggunaan sensori motor mereka semakin cekap. Guru-guru digalakkan untuk merancang suatu aktiviti yang menggunakan motor yang halus dan kasar secara seimbang seperti aktiviti motor halus ialah seni lukis, tarian, dan bermain alat

Upload: noor-shaiera

Post on 05-Sep-2015

230 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

Woolfolk & Margetts, (2007), menyatakan bahawa perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia. Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Manakala menurut Hurlock, (1978) menyatakan bahawa perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung. Secara langsung perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan dan permainan. Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat bersaing, ia mungkin mengakibatkan mereka disisih daripada kumpulan rakan sebaya mereka. Secara tidak langsung, perkembangan fizikal mempengaruhi keyakinan terhadap diri sendiri dan orang lain. Kanak-kanak yang disisih daripada kumpulan mungkin mempengaruhi perkembangan personalitinya.Secara umumnya, perkembangan fizikal bermula sejak bayi dalam kandungan lagi. Oleh itu implikasi kepada setiap perkembangan kank-kanak ini perlu dilakukan oleh orang yang lebih dewasa terutama ibu bapa bagi mencorak anak-anak mereka. Dari dalam kandungan, simulasi visual dan pendengaran perlu diberikan supaya bayi dalam kandungan sudah mula menerima rangsangan yang akan mengembangkan otak serta membaiki bahagian-bahagian yang terbabit dengan penyusunan maklumat.Antara implikasi yang boleh kita lihat ialah pada peringkat 7 hingga 12 tahun, iaitu di mana penggunaan sensori motor mereka semakin cekap. Guru-guru digalakkan untuk merancang suatu aktiviti yang menggunakan motor yang halus dan kasar secara seimbang seperti aktiviti motor halus ialah seni lukis, tarian, dan bermain alat muzik.Kanak-kanak pada peringkat umur ini adalah yang paling menyeronokkan. Kanak-kanak sudah boleh diberi pendedahan minat terhadap sukan, seni dan muzik. Aktiviti permainan seperti berenang, gimnastik dan sukan padang dapat menguatkan stamina dan kekuatan otot dan membina pergerakan yang lebih cekap.Kanak-kanak juga memerlukan bimbingan dalam pengambilan makanan bergizi bagi memastikan mereka terus membesar dengan sihat.Kesimpulannya, guru-guru hendaklah peka terhadap perkemangan fizikal yang berlaku keatas kanak-kanak tersebut agar sebarang masalah yang timbul dapat ditangani secara professional.