wellness wheel - translated

3
Ia biasanya dianggap orang-orang yang sihat adalah orang-orang yang cergas, atau terjamin dari segi kewangan, mempunyai lain-lain yang signifikan, mempunyai sebuah rumah yang bersih,mempunyai pelbagai pengetahuan atau berada dalam dunia lain. Sememangnya, semua perkara-perkara ini adalah penting, tetapi satu tanpa yang lain boleh menyebabkan ketidakseimbangan yang besar dalam kehidupan. Saya dengan secara rasmi ingin memperkenalkan kepada anda Roda Kesejahteraan (Wellness Wheel).Ia adalahsesuatu yang saya sendiri gunakan dalam kehidupan harian untuk hari-hari yang lebih baik dan untuk memperbaiki kehidupan saya. Perkataan-perkataan itu sendiri tidak cukup deskriptif dan boleh diterjemahkan dengan salah.Jadi di sini adalah pemahaman berpendidikan saya bagi setiap subjek. Intelek: Ia biasanya disimpulkan "mereka yang tidak mempunyai ijazah kolej adalah lebih tertekan." Satu kesimpulan sah yang mempertimbangkan ijazah menunjukkan pendidikan seseorang itu secara ketara.Namun, orang-orang yang tidak mempunyai ijazah mungkin sangat bijak(contohnya Bill Gates adalah seorang pelajar Harvard yang tercicir namun beliau menerima ijazahkehormat pada tahun 2007).Ini menunjukkan bahawa orang yang terlibat dalam masalah atau aktiviti yang menggunakan fikiran, seperti teka-teki perkataan, Sudoku, membaca dan juga menari mempunyai kurang masalah dengan demensia dan Alzheimer apabila umur meningkat tua (Joe Verghese, 2003). Rangsangan otak boleh datang dari bahagian-bahagian otak yang berbeza tetapi hakikat dari perkara ini ialah proses pembelajaran yang berterusan seharusnya sentiasa ada. Ia juga merangsang rasa harga diri. (Covington, 1984) Pada dasarnya, jangan pernah berhenti belajar. Fizikal: Fizikal boleh mempunyai banyak maksud yang berbeza.Hanya kerana saiz fizikal anda kecil tidak bermakna anda sihat. Fizikal terlibat dengan pemakanan yang berkhasiat, aktif secara tetap dan meningkatkan tahap kesihatan badan anda. RodaKesejahteraan (Wellness Wheel) Intelek Alam Sekitar Sosial Rohani Emosi Fizikal

Upload: farah-saparuddin

Post on 13-Jul-2015

25 views

Category:

Lifestyle


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Wellness wheel - translated

Ia biasanya dianggap orang-orang yang sihat adalah orang-orang yang cergas, atau

terjamin dari segi kewangan, mempunyai lain-lain yang signifikan, mempunyai sebuah rumah yang bersih,mempunyai pelbagai pengetahuan atau berada dalam dunia lain. Sememangnya, semua perkara-perkara ini adalah penting, tetapi satu

tanpa yang lain boleh menyebabkan ketidakseimbangan yang besar dalam kehidupan.

Saya dengan secara rasmi ingin memperkenalkan kepada anda Roda Kesejahteraan (Wellness Wheel).Ia adalahsesuatu yang saya sendiri gunakan dalam kehidupan harian untuk hari-hari yang lebih baik dan untuk memperbaiki

kehidupan saya. Perkataan-perkataan itu sendiri tidak cukup deskriptif dan boleh diterjemahkan dengan salah.Jadi di sini adalah pemahaman berpendidikan saya

bagi setiap subjek. Intelek:

Ia biasanya disimpulkan "mereka yang tidak mempunyai ijazah kolej adalah lebih tertekan." Satu kesimpulan sah yang mempertimbangkan ijazah menunjukkan

pendidikan seseorang itu secara ketara.Namun, orang-orang yang tidak mempunyai ijazah mungkin sangat bijak(contohnya Bill Gates adalah seorang pelajar Harvard yang tercicir namun beliau menerima ijazahkehormat pada tahun 2007).Ini

menunjukkan bahawa orang yang terlibat dalam masalah atau aktiviti yang menggunakan fikiran, seperti teka-teki perkataan, Sudoku, membaca dan juga menari mempunyai kurang masalah dengan demensia dan Alzheimer apabila umur

meningkat tua (Joe Verghese, 2003). Rangsangan otak boleh datang dari bahagian-bahagian otak yang berbeza tetapi

hakikat dari perkara ini ialah proses pembelajaran yang berterusan seharusnya sentiasa ada. Ia juga merangsang rasa harga diri. (Covington, 1984) Pada dasarnya, jangan pernah berhenti belajar.

Fizikal:

Fizikal boleh mempunyai banyak maksud yang berbeza.Hanya kerana saiz fizikal anda kecil tidak bermakna anda sihat. Fizikal terlibat dengan pemakanan yang berkhasiat, aktif secara tetap dan meningkatkan tahap kesihatan badan anda.

RodaKesejahteraan (Wellness Wheel)

Intelek

Alam Sekitar

Sosial

Rohani

Emosi

Fizikal

Page 2: Wellness wheel - translated

Emosi:

Saya pasti apabila anda melihat subjek ini terlintas di fikiran anda tentang remaja-

remaja yang tercabar emosinya danmembuatkan anda rasa tertekan. Isu-isu kesihatan emosi dan mental selalunya bolehdisebabkan oleh situasi kehidupan yang

tegang, seperti menjaga ahli keluarga yang lebih tua , berhadapan dengan penyakit Alzheimer, mengalami kehilangan orang yang tersayang, mengimbangi tanggungjawab dan gaya hidup yang sibuk , atau berurusan dengan

penyalahgunaan bahan dan bukan hanya ketidakseimbangan kimia. (Kesihatan, 2010)

Satu cara terbaik untuk mengatasi hal ini adalah dengan hanya mengambil seketika waktu untuk diri anda. SATU saat boleh membawa perbezaan kepada hari anda. Suami saya kerap mencabar saya untuk melakukan ini. Kebanyakan masa saya

melepaskan marah kepadanya apabila dia menyuruh saya untuk duduk walhal saya mempunyai banyak perkara lain untuk diuruskan. Duduk untuk seketika boleh

melepaskan banyak tekanan. Ia membolehkan saya untuk mengumpul fikiran saya. Jadi ambillah masa untuk diri sendiri.Tidur sekejap apabila anak anda sedang tidur, mandi selepas bekerja, berbincang dan berkongsi dengan rakan anda tentang

sesuatu perkara atau masalah yang anda hadapi dan nikmati secawan minuman panas. Anda akan merasa lebih baik.

Rohani:

Ini mungkin adalah yang paling sukar untuk digambarkan. Rohani tidak bermakna

untuk mempunyai Tuhan atau kepercayaan .Ia adalah perkara peribadi yang melibatkan nilai-nilai dan kepercayaan yang member tujuan hidup. Walaupun

individu-individu lain mungkin mempunyai pandangan yang berbeza terhadap maksud kerohanian ,ia secara umumnya dianggap sebagai pencarian makna dan tujuan kewujudan manusia, yang membuat seseorang untuk berusaha untuk

mencapai harmoni dengan diri sendiri dan orang lain dan juga bekerja untuk mengimbangi keperluan dalaman.

Adalah penting bagi setiap orang untuk meneroka apa yang mereka percaya sebagai makna dan tujuan hidup mereka sendiri. Laluan kepada kesihatan rohani mungkin melibatkan meditasi ,doa, ikrar , atau

amalan tertentu rohani yang menghubungkan anda kepada kuasa yang lebih tinggi atau sistem kepercayaan. Yoga dan meditasi juga boleh membantu anda

membangunkan kesihatanrohani. Mempunyai belas kasihan, keupayaan untuk menyanyangi dan memaafkan, pemurah, kegembiraan, dan pemenuhan keperluan anda membantu anda menikmati

kesihatan rohani anda.Kepercayaan agama anda, nilai, kepercayaan ,prinsip, dan moral menggambarkan anda secara rohaninya.

Jika anda adalah orang yang selalu melibatkan diri dalam proses kesihatan rohani, anda sanggup dan mampu untuk mengatasi diri anda untuk mempersoalkan makna dan tujuan dalam hidup anda dan kehidupan orang lain .Selain itu, anda berusaha

untuk mencari keharmonian yang terletak di antara kuasa-kuasa social dan fizikal yang datang dari luar.( Califonia , 2011)

Page 3: Wellness wheel - translated

Sosial:

Kesihatan social adalah mungkin yang paling tepat dalam maksudnya. Bersosial

bagaimanapun bukan satu-satunya perkara yang perlu. Sentuhan manusia adalah sangat penting. Pernahkah anda diurut oleh seseorang? Pernahkah anda diurut

dengan mesin? Saya boleh memberitahu anda dari pengalaman peribadi saya yang ianya tidak sama. (Doktor, 2005) Saya membuat teori bahawa sebenarnya terdapat satu fenomena fisiologi dengan sentuhan manusia berbanding dengan objek lain.

(Saya sendiri membuat teori,ia mempunyai kaitan dengan impuls kimia dan elektrik) Cuba anda menari dengan seseorang. Ia adalah cara sentuhan yang sangat tidak

intim tetapi ia akan membantu kesejahteraan anda secara amnya. Atau anda boleh menjadi lebih intim dengan seseorang (sila pastikan mereka rela) dengan memeluk, mencium, dan terutamanya seks.Jangan biarkan seks menjadi satu tekanan kerana

ia adalah berbaloi pada akhirnya. Alam sekitar:

Pada pendapat saya, alam sekitar ialah sesuatu yang kebanyakan orang perjuangkan, tetapi semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mendapat

ketenangan dan keselesaan di bandar besar seperti New York, sesetengah orang mendapat ketenangan dan keselesaan di padang tuaian yang luas dan segar atau di

tepi laut. Saya mendapat ketenangan dan keselesaan di kawasan gunung-ganang dan kawasan hutan. Malangnya kita tidak hidup di luar pada hari ini. Saya mendapati bahawa mempunyai

gambar kegemaran anda di dinding dan perabot yang selesa membuatkan saya merasa lebih selesa.

Sudah tentu persekitaran yang bersih juga telah menunjukkan peningkatkan rangsangan alam sekitar.Oleh itu, cuba sesuatu yang baru dengan keadaan hidup anda, atau hanya pasang khemah di luar dan nikmati alam sekitar di luar untuk

kesejahteraan semula jadi.