· web viewjabatan perdana menteri dokumen sebut harga kecil nombor sebut harga: 7 /2017...

24
UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKALKAN COFFEE TABLE BOOK: MENELUSURI KEGEMILANGAN PERDANA MENTERI, SATU NARATIF RETROSPEKTIF untuk UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) TARIKH PELAWAAN 17 OKTOBER 2017 (SELASA) TARIKH TUTUP SEBUT HARGA 1 DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 7/2017

Upload: buidieu

Post on 11-Mar-2018

231 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: · Web viewJABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 7 /2017 PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKALKAN COFFEE TABLE BOOK untuk 17 OKTOBER

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)

JABATAN PERDANA MENTERI

PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKALKAN COFFEE TABLE BOOK: MENELUSURI KEGEMILANGAN PERDANA MENTERI, SATU NARATIF

RETROSPEKTIF

untuk

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)

TARIKH PELAWAAN 17 OKTOBER 2017 (SELASA)

TARIKH TUTUP SEBUT HARGA23 OKTOBER 2017 (ISNIN)

1

DOKUMEN SEBUT HARGA KECILNOMBOR SEBUT HARGA: 7/2017

Page 2: · Web viewJABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 7 /2017 PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKALKAN COFFEE TABLE BOOK untuk 17 OKTOBER

1. KENYATAAN TAWARAN

1.1 Sebutharga Perkhidmatan Merekabentuk, Mencetak Dan Membekalkan Coffee Table Book: Menelusuri Kegemilangan Perdana Menteri, Satu Naratif Retrospektif adalah dipelawa kepada

penyebutharga yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod

bidang seperti berikut:

KOD BIDANG

221601Mencetak Buku, Majalah dan Laporan Akhbar (perlu lesen KDN); dan

221615 Rekabentuk Percetakan (printing design)

1.2 Penyebutharga hendaklah memastikan tempoh pendaftarannya dengan

Kementerian Kewangan Malaysia masih sah dalam tempoh pengiklanan;

1.3 Tawaran sebut harga akan dibuka pada 17 Oktober 2017 (SELASA) dan akan

ditutup pada 20 Oktober 2017 (JUMAAT) sebelum 12.00 tengahari. Tawaran

yang lewat dikemukakan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

2. FORMAT DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyebutharga boleh mendapatkan dokumen sebut harga berserta lampiran-

lampiran seperti yang dinyatakan di bawah melalui laman sesawang

www.mampu.gov.my;

2.2 Penyebutharga WAJIB menyerahkan kesemua dokumen mandatori seperti di

JADUAL 1:

2

Page 3: · Web viewJABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 7 /2017 PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKALKAN COFFEE TABLE BOOK untuk 17 OKTOBER

2.3 Dokumen Tawaran Sebut Harga yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan

secara serahan tangan atau emel ke alamat seperti berikut:

Alamat:

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana MenteriAras 5, Seksyen Kewangan, Blok B2Kompleks Jabatan Perdana MenteriPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PUTRAJAYA(u.p: Urus Setia Perolehan)

Emel:

[email protected];[email protected]

2.4 Ketidakpatuhan kepada keperluan ini akan menyebabkan dokumen Tawaran

Sebut Harga TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN.

3

JADUAL 1Lampiran 1 Jadual Harga (WAJIB) Lampiran 2 Jadual Pematuhan Spesifikasi (WAJIB)Lampiran 3 Rekabentuk Pameran (WAJIB)Lampiran 4 Surat Akuan Pembida (WAJIB)Lampiran 5 Surat Perwakilan Kuasa (WAJIB)Lampiran 6 Keterangan Penyebutharga (WAJIB)

Lampiran 7Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan (WAJIB);Sijil Akuan Bumiputera (JIKA ADA); dan

Sijil pendaftaran GST dengan JKDM (JIKA ADA)

Lampiran 8Penyata Akaun Bank syarikat bagi satu (1) bulan terkini (OGOS 2017) (WAJIB)

Page 4: · Web viewJABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 7 /2017 PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKALKAN COFFEE TABLE BOOK untuk 17 OKTOBER

3. SYARAT-SYARAT AM

Penyebutharga hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan apabila

menyertai sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan terma di bawah

ini akan menyebabkan tawaran penyebutharga tidak akan dipertimbangkan.

3.1 Pembiayaan

Penyebutharga akan membiayai segala kos yang terlibat dalam penyediaan dan

penghantaran Dokumen Sebut Harga. Pihak MAMPU tidak akan

bertanggungjawab di atas sebarang kos yang terlibat dalam proses penyediaan

Dokumen Sebut Harga;

3.2 Keperluan Penyertaan Sebut Harga

3.2.1 Penyebutharga diwajibkan menyediakan keperluan infrastruktur dari

segi komputer, keperluan komunikasi dan internet serta keupayaan

sumber manusia untuk menyertai sebut harga ini dari lokasi

penyebutharga sendiri; dan

3.2.2 Keputusan sebut harga yang dikeluarkan adalah muktamad dan

tertakluk kepada Dasar dan Peraturan Perolehan Kerajaan.

3.3 Tempoh Sahlaku Tawaran

3.3.1 Tempoh sahlaku tawaran sebut harga adalah 60 hari daripada tarikh

tutup sebut harga;

3.3.2 Dalam keadaan berkecuali, sebelum tamat tempoh sahlaku tawaran

asal, MAMPU boleh meminta tempoh sahlaku tawaran dilanjutkan. Permintaan dan jawapan akan dilakukan secara bertulis; dan

4

Page 5: · Web viewJABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 7 /2017 PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKALKAN COFFEE TABLE BOOK untuk 17 OKTOBER

3.3.3 Penyebutharga yang bersetuju dengan permintaan ini tidak diperlukan atau diminta untuk mengubah tawaran asal, tetapi

hanya diminta untuk melanjutkan tempoh sahlaku sebutharga.

3.4 Harga Tawaran

3.4.1 Harga-harga yang ditawarkan mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan

hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun serta kos tambahan

yang berkaitan seperti kos bungkusan, pembungkusan, penghantaran dan

lain-lain kos yang bersangkutan dengan perkhidmatan yang ditawarkan.;

3.4.2 Harga-harga yang ditawarkan dalam sebut harga ini adalah tetap dan

tidak boleh dipinda selepas sebut harga ditutup dan akan berkuatkuasa

selama dalam tempoh sahlaku sebut harga. Harga yang ditawarkan oleh

penyebutharga yang berjaya hendaklah dipatuhi sepanjang masa

perkhidmatan berjalan dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan;

3.4.3 Penyebutharga dikenakan kadar fi perkhidmatan bagi perolehan secara

elektronik sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had

maksimum berjumlah RM 9,600.00 bagi transaksi yang bernilai RM1.2

juta atau lebih. Caj yang dikenakan ini adalah seperti yang termaktub

dalam Terma dan Syarat bagi Pendaftaran Pembekal di bawah Sistem

eP;

3.4.4 Penyebutharga dikehendaki mengemukakan tawaran harga tanpa mengambil kira elemen cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi

menyertai sebutharga ini kerana pihak Kerajaan akan mengambil kira

elemen tersebut sebagai tambahan kepada harga yang ditawarkan

(sekiranya berkaitan) tertakluk pada pendaftaran syarikat dengan Jabatan

Kastam Diraja Malaysia; dan

3.4.5 Penyebutharga perlu mengisytiharkan status pendaftaran GST dan

mengemukakan nombor pendaftaran GST kepada pihak Kerajaan dan

5

Page 6: · Web viewJABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 7 /2017 PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKALKAN COFFEE TABLE BOOK untuk 17 OKTOBER

kenaan GST akan ditambah ke atas harga tawaran dalam Surat Setuju

Terima (SST) ATAU Pesanan Tempatan sekiranya pembekal berdaftar

GST.

3.5 Publisiti

Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga boleh disiarkan di dalam

sebarang akhbar, majalah, media elektronik atau alat pengiklanan/media massa

kecuali telah mendapat kelulusan daripada MAMPU terlebih dahulu.

3.6 Tafsiran

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah

diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan

penyebutharga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah

Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang

mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul

daripadanya.

3.7 Hak Menerima Atau Menolak

3.7.1 MAMPU berhak menerima atau menolak mana-mana sebut harga dan

membatalkan proses tawaran dan menolak semua penyebutharga pada

bila-bila masa sebelum sebut harga diberikan tanpa melibatkan apa-apa

tanggungan kepada penyebutharga yang terlibat atau tanpa memerlukan pihak MAMPU untuk memaklumkan sebab-sebab demikian kepada penyebutharga yang terlibat;

6

Page 7: · Web viewJABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 7 /2017 PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKALKAN COFFEE TABLE BOOK untuk 17 OKTOBER

3.7.2 Pihak MAMPU adalah berhak mempersetujui tawaran penyebutharga

sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya serta menambah

atau mengurangkan kuantiti barangan dalam spesifikasi; dan

3.7.3 Pihak MAMPU tidak terikat untuk menerima tawaran penyebutharga

yang terendah sekali atau mana-mana penyebutharga jua pun.

Keputusan MAMPU adalah muktamad dan MAMPU tidak diperlukan

untuk memberi sebab penolakan mana-mana penyebutharga.

3.8 Kaedah Perolehan

3.8.1 Pesanan Tempatan

MAMPU akan memberi notis bertulis dalam bentuk Pesanan Tempatan kepada penyebutharga yang berjaya apabila sebut harga dipersetujui

dalam tempoh sahlaku sebut harga; dan

3.9 Penamatan Perkhidmatan

MAMPU mempunyai hak untuk menamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa apabila penyebutharga yang berjaya gagal memenuhi obligasi sebut harga mengikut perjanjian.

3.10 Pembetulan Kesalahan

3.10.1 Sebarang pindaan atau pembatalan dalam sebut harga oleh

penyebutharga selepas dokumen sebut harga dihantar adalah tidak

dibenarkan sama sekali;

3.10.2 Jika terdapat apa-apa perbezaaan dalam pengiraan di dalam sebut harga

ianya akan dibetulkan oleh MAMPU seperti berikut:

7

Page 8: · Web viewJABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 7 /2017 PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKALKAN COFFEE TABLE BOOK untuk 17 OKTOBER

(i) Jika terdapat perbezaan di antara jumlah dalam bentuk angka dan

perkataan, jumlah dalam bentuk perkataan akan diambilkira;

(ii) Jika terdapat perbezaan di antara kadar unit dan jumlah yang

didapati daripada pendaraban kadar unit dan bilangan, kadar unit yang dicatitkan akan diambilkira; dan

(iii) Jumlah yang dinyatakan di atas sebut harga akan diubah oleh

MAMPU mengikut prosedur di atas bagi pembetulan kesalahan dan

penyebutharga adalah terikat atas perubahan ini.

3.11 Hak Milik dan Deliverables

3.11.1 Semua laporan dan deliverables adalah hak milik MAMPU dan tidak

boleh ditiru dan disalin dalam apa-apa bentuk media untuk pihak lain

tanpa kebenaran MAMPU; dan

3.11.2 Penyebutharga yang berjaya hendaklah memastikan supaya semua kerja

disempurnakan pada tarikh atau dalam tempoh yang telah ditetapkan.

3.12 Rasuah

3.12.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau

memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada

dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu

kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia 2009 (Akta 694);

3.12.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawarkan atau memberi apa-apa

suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang

ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan

segera ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai

polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan

8

Page 9: · Web viewJABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 7 /2017 PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKALKAN COFFEE TABLE BOOK untuk 17 OKTOBER

suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia 2009 (Akta 694);

3.12.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap

anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau

pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan

rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

(Akta 694); dan

3.12.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran

berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan

dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan

diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan

tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

3.13 Integrity Pact

Penyebutharga yang menghantar dokumen sebut harga hendaklah

menandatangani Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau

memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan projek. Wakil syarikat

yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan Surat

Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Surat Akuan Pembida

adalah seperti di LAMPIRAN 4 dan Surat Perwakilan Kuasa adalah seperti di

LAMPIRAN 5.

3.14 Pertanyaan

Penyebutharga yang memerlukan sebarang penjelasan mengenai dokumen

sebut harga boleh merujuk kepada:

i. Encik Azhar bin Abdul Aziz - No. Tel: 03-8892 3187ii. Puan Constance Anak Gerunsin - No. Tel: 03-8872 5023

LAMPIRAN 1

9

Page 10: · Web viewJABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 7 /2017 PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKALKAN COFFEE TABLE BOOK untuk 17 OKTOBER

JADUAL HARGA

SPESIFIKASI KUANTITI KADAR SEUNIT

(RM)JUMLAH

(RM)

Spesifikasi Coffee Table Book: Menelusuri Kegemilangan Perdana Menteri, Satu Naratif RetrospektifSaiz : 10.7” (W) x 10.7” (H) (Close)Kertas (Cover): Hard coverKertas (Text) : Matte Art Paper 128 gsmMuka Surat 200m/sCetakan : 4 warnaJilid : Jahit + GamKemasan (Cover) : Matte lamination + Spot UV

Termasuk:-Kos termasuk 1st & 2nd prototype set (2 sets each)

300

-Kos termasuk creative design & idea concept

NOTA:

i. Harga tawaran tidak termasuk elemen GST 6%;

Jumlah harga tawaran (RM)

a. Harga Tawaran : Ringgit Malaysia ……………………………………............................. …….

…………………………………………………………..................................................

b. Tempoh sah laku Sebut Harga : …………… hari

Dengan ini saya mengesahkan bahawa penerangan di atas adalah benar dan semua harga

yang ditawarkan adalah termasuk semua cukai/Fi Perkhidmatan, kos pembungkusan (meliputi

‘cutting cost’, ‘polybag’, ‘carton box’ dan ‘individual packaging cost’), kos pemunggahan

dan

10

Page 11: · Web viewJABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 7 /2017 PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKALKAN COFFEE TABLE BOOK untuk 17 OKTOBER

kos penghantaran serta kos-kos lain yang berkaitan ke destinasi terakhir/pengguna yang telah

ditentukan termasuk kos penghantaran, servis dan cukai duti kastam.

………..………………………………… (Tandatangan)

Nama : Cop syarikat : Jawatan :

* Perolehan bekalan Kerajaan adalah diberi pelepasan daripada kenaan GST kecuali

bagi kereta import dan petroleum (RON 97). Pelepasan daripada kenaan GST bagi perolehan

bekalan, pihak MAMPU akan mengeluarkan Certificate of GST Relief (CoGSTR) kepada

penyebut harga yang Berjaya bagi perolehan ini.

11

Page 12: · Web viewJABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 7 /2017 PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKALKAN COFFEE TABLE BOOK untuk 17 OKTOBER

LAMPIRAN 2

JADUAL PEMATUHAN

Penyebutharga WAJIB untuk mematuhi semua keperluan yang telah dinyatakan dalam jadual ini. Kegagalan untuk mematuhi mana-mana keperluan ini akan mengakibatkan Penyebutharga berkenaan tidak dipertimbangkan.

SPESIFIKASI KUANTITI MANDATORI PEMATUHAN(YA/TIDAK)

CADANGAN PENYEBUTHARGA

Spesifikasi Coffee Table Book: Menelusuri Kegemilangan Perdana Menteri, Satu Naratif RetrospektifSaiz : 10.7” (W) x 10.7” (H) (Close)Kertas (Cover): Hard coverKertas (Text) : Matte Art Paper 128 gsmMuka Surat 200m/sCetakan : 4 warnaJilid : Jahit + GamKemasan (Cover) : Matte lamination + Spot UV

300 YA

Kos termasuk 1st & 2nd prototype set (2 sets each) YA

Kos termasuk creative design & idea concept YA

Disahkan oleh:

………..………………………………… (Tandatangan)

Nama : Cop syarikat : Jawatan :

12

Page 13: · Web viewJABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 7 /2017 PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKALKAN COFFEE TABLE BOOK untuk 17 OKTOBER

LAMPIRAN 3

REKA BENTUK COFFEE TABLE BOOK

Penyebut harga WAJIB mengemukakan cadangan rekabentuk Coffee Table Book.

(Muka depan sahaja dalam hardcopy dan softcopy)

13

Page 14: · Web viewJABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 7 /2017 PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKALKAN COFFEE TABLE BOOK untuk 17 OKTOBER

LAMPIRAN 4

SURAT AKUAN PEMBIDA

Kepala Surat

Saya,(Nama Wakil Syarikat) nombor K.P ……………..................... yang mewakili ….(Nama Syarikat……nombor Pendaftaran (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapat cuba menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang berkuat-kuasa.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang Benar,

……….................…(Nama dan No. KP)Cop Syarikat :

Catatan: i) *Potong mana yang tidak berkenaan. ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa

LAMPIRAN 514

Page 15: · Web viewJABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 7 /2017 PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKALKAN COFFEE TABLE BOOK untuk 17 OKTOBER

SURAT PERWAKILAN KUASA

Kepala Surat SyarikatKetua PengarahUnit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan, Pengurusan Malaysia (MAMPU)Kompleks Jabatan Perdana MenteriAras 5, Blok B2, Kompleks BPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PUTRAJAYA Tarikh:

Tuan,

PERWAKILAN KUASA MENANDATANGANI BAGI PIHAK SYARIKAT

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa saya ………………………. no I/C:……………………………… selaku pemilik Syarikat……………………………akan menandatangani sendiri semua dokumen berkaitan dengan urusan perolehan sebutharga Perkhidmatan Merekabentuk, Mencetak Dan Membekalkan Coffee Table Book: Menelusuri Kegemilangan Perdana Menteri, Satu Naratif Retrospektif untuk Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) atau mewakilkan kuasa untuk menandatangani bagi pihak syarikat untuk urusan perolehan tersebut iaitu:

Nama : …………………………………………Alamat : …………………………………………Jawatan : ………………………………………No. I/C : …………………………………………No Telefon : …………………………………………Emel : …………………………………………

3. Sehubungan itu, dikemukakan untuk makluman/ rujukan pihak tuan selanjutnya. Pihak kami akan memaklumkan kepada pihak tuan sekiranya terdapat perubahan penama bagi perkara ini secara rasmi.

Sekian, terima kasih.………(Tandatangan)…........(NAMA PEMILIK SYARIKAT)Jawatan:Cop Syarikat:* potong yang mana tidak berkenaan.

15

Page 16: · Web viewJABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 7 /2017 PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKALKAN COFFEE TABLE BOOK untuk 17 OKTOBER

LAMPIRAN 6

KETERANGAN MENGENAI SYARIKAT

1. Nama Syarikat : ………………………………………………………….

2. Alamat Syarikat : ………………………………………………………….

3. No.Telefon : ………………………………………………………….

4. Tarikh Syarikat Ditubuhkan : …………………………………………………………

5. Jenis Syarikat : ………………………………………………………….

6. Jenis Perniagaan : …………………………………………………………

7. Ahli Lembaga Pengarah : …………………………………………………………………..

Bil Nama No. K/P Warganegara

1.

2.

3.

8. Bilangan pemegang saham mengikut jumlah unit saham.

Bilangan Pemegang Saham Jumlah unit saham %

Bumiputera

Bukan Bumiputera

9. Nama Dan Alamat Bank : ……………………………………………………………..

10. Nombor Akaun Bank : ……………………………………………………………..

16

Page 17: · Web viewJABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 7 /2017 PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKALKAN COFFEE TABLE BOOK untuk 17 OKTOBER

11. Komposisi Kakitangan : …………………………………………………………

Jawatan Bumiputera Bukan Bumiputera Jumlah

Eksekutif

Teknikal

12. Lain-lain maklumat bagi menyokong cadangan ini:

Saya perakui bahawa segala keterangan di atas adalah benar.

Tandatangan Penyebutharga : ………………………………………………………….

Tarikh : ………………………………………………………….

Nama : ………………………………………………………….

Jawatan Rasmi : …………………………………………………………

No. Telefon (Pejabat) : …………………………………………………………

No. Telefon (Bimbit) : …………………………………………………………

Emel : …………………………………………………………

Cop Rasmi Syarikat :

17

Page 18: · Web viewJABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 7 /2017 PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKALKAN COFFEE TABLE BOOK untuk 17 OKTOBER

LAMPIRAN 7

DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN

Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan (WAJIB); Sijil Akuan Bumiputera (jika ada); dan Sijil pendaftaran GST dengan JKDM (jika ada)

18

Page 19: · Web viewJABATAN PERDANA MENTERI DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL NOMBOR SEBUT HARGA: 7 /2017 PERKHIDMATAN MEREKABENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKALKAN COFFEE TABLE BOOK untuk 17 OKTOBER

LAMPIRAN 8

DOKUMEN KEWANGAN

Penyata Akaun Bank syarikat bagi satu (1) bulan terkini (OGOS 2017) (WAJIB)

19