skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · web viewtema 2: penyenggaraan...

10
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 3 Tema 2: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang sel sebagai unit asas kehidupan, fungsi struktur sel haiwan dan tumbuhan , organisma unisel dan multisel serta organisasi sel. Tumpuan diberikan kepada proses biologi benda hidup seperti respirasi sel, fotosintesis serta homeostasis. Tema ini juga memberi kefahaman mengenai pembiakan haiwan dan tumbuhan serta pengenalan terhadap penyelidikan dalam bidang pembiakan manusia dalam kemandulan dan pencegahan kehamilan. Bidang pembelajaran: 4. Pembiakan 4.1 Pembiakan seks dan aseks 4.2 Sistem pembiakan manusia 4.3 Kitar haid 4.4 Persenyawaan dan kehamilan 4.5 Faktor yang mempengaruhi perkembangan fetus dan bayi 4.6 Kemandulan dan pencegahan kehamilan 4.7 Pembiakan Tumbuhan 1

Upload: others

Post on 31-Dec-2019

80 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewTema 2: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang sel sebagai

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 3

Tema 2: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup

Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang sel sebagai unit asas kehidupan,

fungsi struktur sel haiwan dan tumbuhan , organisma unisel dan multisel serta organisasi

sel. Tumpuan diberikan kepada proses biologi benda hidup seperti respirasi sel, fotosintesis

serta homeostasis. Tema ini juga memberi kefahaman mengenai pembiakan haiwan dan

tumbuhan serta pengenalan terhadap penyelidikan dalam bidang pembiakan manusia dalam

kemandulan dan pencegahan kehamilan.

Bidang pembelajaran: 4. Pembiakan4.1 Pembiakan seks dan aseks4.2 Sistem pembiakan manusia4.3 Kitar haid4.4 Persenyawaan dan kehamilan4.5 Faktor yang mempengaruhi perkembangan fetus dan bayi4.6 Kemandulan dan pencegahan kehamilan4.7 Pembiakan Tumbuhan

1

Page 2: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewTema 2: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang sel sebagai

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 3

Tahap Penguasaan Tafsiran1 Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran sains mengenai

pembiakan.

1. Antara organisma yang berikut, yang manakah jenis pembiakan aseksnya dipadan dengan betul?

Organisma Jenis pembiakan aseksA Bakteria Pembiakan vegetatifB Lumut Belahan deduaC Yis PertunasanD Paramesium Pembentukan Spora

2. Rajah menunjukkan sebahagian daripada peringkat perkembangan manusia. Apakah yang diwakili oleh P, Q dan R.

P Q RA Zigot fetus embrioB embrio fetus ZigotC Zigot embrio fetusD fetus Zigot embrio

3. Berapa lamakah tempoh satu kitar haid.

A. 270 hariB. 90 hari C. 28 hariD. 7 hari

2

Sperma

ovum

persenyawaanP Q R

Page 3: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewTema 2: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang sel sebagai

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 3

4. Rajah menunjukkan sistem pembiakan perempuan. Antara A, B, C dan D, yang manakah perlu dipotong dan diikat untuk mencegah kehamilan yang seterusnya

5. Rajah menunjukkan keratan rentas sekuntum bunga. Antara bahagian berlabel P, Q, R, dan S yang manakah mengandungi gamet jantan dan gamet betina?

Gamet jantan Gamet betinaA P QB Q RC Q SB R S

3

Page 4: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewTema 2: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang sel sebagai

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 3

Tahap Penguasaan Tafsiran2 Memahami pembiakan serta dapat menjelaskan kefahaman tersebut.

1. Rajah menujukkan sejenis sel yang terdapat dalam badan manusia. Antara berikut, yang manakah benar tentang sel tersebut?

A Bercantum dengan ovum membentuk zigotB Dihasilkan oleh organ pembiakan wanitaC Sel yang terbesar dalam badan lelakiD Dikeluarkan dari badan bersama-sama air kencing

2. Apakah yang akan berlaku ke atas seorang wanita jika kedua-dua tiub fallopionya tersumbat?

A Menjadi mandulB Ovari tidak membebaskan ovumC Pengeluaran haid tidak berlakuD Lapisan saluran darah pada dinding uterus tidak menebal

4

Page 5: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewTema 2: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang sel sebagai

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 3

Tahap Penguasaan Tafsiran

3Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains mengenai pembiakan untuk melaksanakan tugasan mudah.

1. Kacang hijau yang dijual di kedai tidak bercambah kerana

A Ketiadaan airB Suhu tidak sesuaiC Disimpan dalam guniD Tidak terdedah kepada cahaya matahari

5

Page 6: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewTema 2: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang sel sebagai

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 3

Tahap Penguasaan Tafsiran

4Menganalisis pengetahuan mengenai pembiakan dalam konteks penyelesaian masalah mengenai kejadian atau fenomena alam.

Ladang Tulip di Belanda

1. Belanda adalah sebuah negara yang mempunyai empat musim iaitu musim sejuk, musim bunga, musim panas dan musim luruh. Pada musim sejuk, suhu boleh jatuh sehingga 4oC.

Jadual di bawah menunjukkan keputusan satu eksperimen untuk menyiasat keadaan yang sesuai untuk pertumbuhan pokok tulip dari bebawang.

Rawatan bebawang KeputusanDisimpan di dalam peti sejuk untuk dua bulan

Tiada pertumbuhan

Disimpan di dalam peti sejuk untuk tiga bulan

Bertumbuh

i) Tulis satu kesimpulan untuk menerangkan keputusan iniii) Namakan satu faktor yang penting dalam pertumbuhan bebawang tulip. iii) Namakan satu faktor yang tidak penting dalam pertumbuhan bebawang tulip,

mengapa?iv) Sekiranya anda berhasrat menanam bunga tulip, kawasan mana yang anda

cadangkan untuk ditanam di Malaysia bolehkah anda menggunakan keputusan yang sama? Jelaskan.

6

Page 7: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewTema 2: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang sel sebagai

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 3

Tahap Penguasaan Tafsiran

5Menilai pengetahuan mengenai pembiakan dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan untuk melaksanakan satu tugasan.

Sesetengah pasangan tidak mampu untuk mendapatkan zuriat, ini mungkin disebabkan oleh suami tidak menghasilkan sperma yang mencukupi. Satu sebab lain adalah jika tiub fallopio isteri tersumbat atau rosak, ini menyebabkan sperma dan ovum tidak dapat bertemu untuk persenyawaan Persenyawaan invitro ialah proses di mana ovum dikeluarkan daripada ovari dan digabungkan dengan sperma dalam piring petri makmal. Invitro bermaksud dalam gelas kaca di mana proses ini boleh membantu pasangan tersebut.

Langkah pertama adalah isteri akan disuntik dengan Hormon Peransang Folikel yang merangsang ovari untuk menghasilkan lebih banyak ovum. Kemudian doktor akan menggunakan sebatang jarum kecil yang berongga untuk menyedut keluar ovum tersebut.

Ovum yang telah dikeluarkan akan disimpan dalam larutan yang mengandungi nutrien dan oksigen. Sperma daripada suami dicampurkan di dalam larutan tersebut. Ovum yang telah disenyawakan dibiarkan dalam larutan untuk beberapa hari. Perkembangan ovum yang disenyawakan sehingga menjadi embrio diperhatikan di bawah mikroskop. Embrio yang terhasil akan disimpan selama dua hingga lima hari sebelum dipindahkan ke dalam uterus ibu. Seterusnya embrio akan berkembang menjadi fetus.

1. Mengapakah ovum diletakkan di dalam larutan yang mengandungi nutrien dan oksigen?

2. Pada pendapat anda mengapa ovum yang disenyawakan perlu disimpan selama beberapa hari sebelum dipindahkan ke dalam uterus ibu.

3. Terdapat situasi di mana terdapat lebih daripada satu embrio dihasilkan.

7

Page 8: skorminda.comskorminda.com/wp-content/uploads/2017/12/soalan... · Web viewTema 2: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang sel sebagai

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 3

Tahap Penguasaan Tafsiran

6Merekabentuk persembahan pelbagai media/visual/folio/ poster/main peranan/drama secara kreatif dan inovatif dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran sains mengenai pembiakan dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan dengan mengambil kira nilai sosial/ekonomi/budaya masyarakat.

Mencari maklumat dan membuat persembahan multimedia tentang cara menyelesaikan masalah kemandulan bagi pasangan berkahwin

Guru menggunakan penilaian professional untuk menilai kreativiti murid bagi tahap penguasaan 6.

8