mageswary.files.wordpress.com€¦  · web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran...

36
TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044 KOD KURSUS : KPT 6044 NAMA KURSUS : PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. ABD LATIF BIN HAJI GAPOR TUGASAN 3: TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER (PERISIAN KURSUS DAN INTERNET) DALAM PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM KALANGAN GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DAERAH KINTA UTARA NAMA PELAJAR : MAGESWARY A/P N MUNIANDY 1

Upload: others

Post on 20-Sep-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: mageswary.files.wordpress.com€¦  · Web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran berasaskan . elektronik dan web. nama pensyarah: profesor madya dr. abd latif bin

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044

KOD KURSUS : KPT 6044 NAMA KURSUS : PEMBELAJARAN BERASASKAN

ELEKTRONIK DAN WEBNAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. ABD LATIF BIN

HAJI GAPOR

TUGASAN 3:TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER (PERISIAN KURSUS DAN INTERNET) DALAM PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM KALANGAN GURU-GURU

SAINS DAN MATEMATIK DAERAH KINTA UTARA

NAMA PELAJAR : MAGESWARY A/P N MUNIANDY NO.MATRIK : M20112001124GROUP : A

1

Page 2: mageswary.files.wordpress.com€¦  · Web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran berasaskan . elektronik dan web. nama pensyarah: profesor madya dr. abd latif bin

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044

JADUAL KANDUNGAN

BAB PERKARA M S

ABSTRAK 3ABSTRACT 4

BAB 1 Pengenalan

1.0 Pendahuluan 51.1 Latar Belakang Kajian 61.2 Kepentingan Kemahiran Komputer 6

dalam kalangan Guru-guru Sainsdan Matematik

1.3 Persoalan Kajian 71.4 Objektif Kajian 71.5 Kepentingan Kajian 71.6 Skop dan Batasan Kajian 8

BAB 2 Kajian Literatur 9

BAB 3 Metodologi Kajian 10

BAB 4 Dapatan Kajian4.1 Latar belakang responden 11-144.2 Tahap Penggunaan Media

Dalam Sains dan Matematik 15-164.3 Tahap Penggunaan Media Komputer 17-18

Dalam Pengajaran4.4 Kekangan Dalam Penggunaan Media 19-20

Komputer Dalam Pengajaran.

BAB 5 Kesimpulan dan Cadangan5.1 Kesimpulan 215.2 Cadangan Kajian 225.3 Penutup 23

Bibliografi 24

2

Page 3: mageswary.files.wordpress.com€¦  · Web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran berasaskan . elektronik dan web. nama pensyarah: profesor madya dr. abd latif bin

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044

Soal selidik

Abstrak

Penggunaan komputer dan pelbagai perisian telah banyak digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Ini telah memberi impak terhadap pendidikan di Malaysia. Bagi

membantu guru-guru sains dan matematik melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran

Sains dan Matematik, pihak kementerian telah membekalkan peralatan ICT ke sekolah-

sekolah termasuk CD perisian kursus. Guru-guru juga telah dihantar mengikuti kursus

pendedahan penggunaan komputer termasuk penggunaan internet dalam pengajaran.

Sekolah-sekolah juga telah dilengkapkan dengan kemudahan talian internet tanpa wayar

bagi kemudahan guru-guru dan pelajar menggunakan internet dalam pengajaran dan

pembelajaran. Kajian ini merupakan kajian tinjauan tentang tahap penggunaan media

komputer dalam pengajaran sains dan matematik di kalangan guru-guru sains dan

matematik daerah Kinta Utara. Fokus diberikan ke atas penggunaan perisian kursus dan

internet. Respondennya terdiri daripada 18 orang guru sains dan 15 orang guru matematik

daripada empat buah sekolah di daerah Kinta Utara. Instrumen yang digunakan adalah soal

selidik dan analisa dibuat dalam bentuk peratusan. Kajian bertujuan untuk melihat sejauh

mana guru-guru sains dan matematik menggunakan perisian kursus yang dibekalkan dan

kemudahan internet dalam pengajaran mereka. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru

sains telah menyahut cabaran ini dengan baik di mana 83% daripada guru-guru selalu

menggunakan perisian kursus yang dibekalkan dalam pengajaran mereka. Namun dalam

kalangan guru-guru matematik ia masih dalam kategori sederhana. Hanya 62% guru-guru

menggunakannya. Penggunaan internet masih berada pada tahap yang rendah iaitu 31%

dikalangan guru-guru sains dan 22% di kalangan guru-guru matematik. Beberapa cadangan

diberikan bagi membantu guru-guru menggunakan kedua-dua kemudahan ini dengan lebih

kerap dan berkesan.

3

Page 4: mageswary.files.wordpress.com€¦  · Web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran berasaskan . elektronik dan web. nama pensyarah: profesor madya dr. abd latif bin

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044

Abstract

The use of computers and various software has been widely used in teaching and learning in

schools. This has an impact on education in Malaysia. To help teachers implement Science

and Mathematics teaching and learning Science and Mathematics, the Ministry has provided

ICT equipment to schools, including CD software courses. Teachers were sent the course

exposure including the use of computers in teaching the use of internet. Schools have also

been equipped with a wireless internet connection for the convenience of teachers and

students using the Internet in teaching and learning. This study represents a survey about

the use of media in teaching Science and Mathematics among teachers of Science and

Mathematics at North Kinta district. Our focus is on the use of software and internet courses.

The respondents consisted of 18 Science teachers and 15 Mathematics teachers from four

schools in North Kinta district. The instrument used was a questionnaire and the analysis

made in the form of percentages. The study aims to determine which teachers of Science

and Mathematics courses using the supplied software and internet facilities in their teaching.

The result shows Science teachers have responded well to this challenge where 83% of

teachers regularly use the software supplied in the course of their teaching. But among

Maths teachers, it is still in the moderate category. Only 62% of teachers use it. Internet use

was still low at 31% among Science teachers and 22% among Math teachers. Some

suggestions are given to help teachers use both these facilities more frequently and

effectively.

4

Page 5: mageswary.files.wordpress.com€¦  · Web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran berasaskan . elektronik dan web. nama pensyarah: profesor madya dr. abd latif bin

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044

BAB 1

PENGENALAN

1.0 PENDAHULUAN

Definisi teknologi pengajaran 1994 ini telah dibentuk berasaskan lima komponen.

Komponen yang dimaksudkan ialah rekabentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan

dan penilaian. Komponen ini membentuk domain bagi setiap bidang teknologi pengajaran.

Domain Penggunaan merupakan domain yang sangat penting dalam teknologi

penagajaran. Ia merangkumi pengetahuan, kemahiran dan kecenderungan menggunakan

proses-proses dan sumber-sumber untuk pembelajaran melalui pengaplikasian prinsip-

prinsip dan teori-teori penggunaan media, difusi inovasi, implementasi dan membuat polisi.

Sistem pendidikan telah mengalami perubahan ekoran daripada perubahan taraf

soasial masyarakat daripada era agrarian hinggalah ke era industri dan kini memasuki era

teknologi maklumat. Dalam bidang pendidikan sistem ini dikatakan mengalami anjakan

daripada teori behaviorisme ke kognitisme dan seterusnya ke konstruktivisme.

Penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan telah lama diperkenalkan di

negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Bagi

mencapai wawasan dan inspirasi negara, Malaysia tidak ketinggalan dalam mengecapi arus

perdana pembangunan berasaskan teknologi komputer. Dari perspektif harian, komputer

bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah

berpotensi sebagai alat untuk menjayakan lagi aspek persekitaran pengajaran dan

pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.

Melalui rancangan pembestarian semua sekolah, kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi akan diterap serta diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Mulai tahun 2003, mata pelajaran Sains dan Matematik mulai diajar dalam Bahasa Inggeris.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) menyatakan bahawa mempelajari Sains dan

Matematik dalam medium bahasa Inggeris yang dibantu oleh ICT, menyediakan peluang

yang lebih besar untuk pelajar meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

5

Page 6: mageswary.files.wordpress.com€¦  · Web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran berasaskan . elektronik dan web. nama pensyarah: profesor madya dr. abd latif bin

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044

Sebagai sebahagian daripada proses pembestarian, Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) telah melengkapkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

berupa maklumat komputer kepada sekolah-sekolah di seluruh negara. Bagi menjayakan

usaha itu, sejumlah peruntukan telah dikeluarkan untuk membolehkan setiap sekolah

memiliki infrastruktur dan peralatan komputer yang lengkap dan boleh digunakan oleh para

guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menerusi RMK-9, kerajaan

memperuntukkan sejumlah RM 2.3 billion bagi meningkatkan kemudahan serta kelengkapan

ICT di semua sekolah seluruh negara.

1.1 Latar Belakang Kajian

Dalam menghadapi arus globalisasi Sains dan Matematik merupakan dua subjek

yang sangat penting untuk membentuk masyarakat yang berasaskan ilmu pengetahuan.

Pada dasarnya kerajaan meletakkan sasaran 60:40 pelajar mengambil aliran sains

berbanding aliran sastera. Ini merupakan sasaran yang tinggi yang perlu dicapai dan

menjadi cabaran kepada guru-guru sains dan matematik untuk memenuhinya.

Dalam proses pengajaran penggunaan pelbagai media adalah diutamakan untuk

merangsang pemikiran pelajar, namun begitu komputer merupakan media penting yang

digunakan untuk membantu guru-guru menangani cabaran dunia kini dalam memantapkan

ilmu Sains dan Matematik di kalangan pelajar-pelajar.

1.2 Kepentingan Kemahiran Komputer dalam kalangan Guru-guru Sains dan Matematik

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru merupakan orang yang paling

hampir dengan pelajar, pakar kepada subjek yang diajar dan mengenali serta mengetahui

masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar. Dalam strategi pengajaran dan

pembelajaran, media teknologi digunakan sebagai satu wahana untuk mengoptimumkan

hasil pembelajaran. Antara contoh media teknologi yang digunakan ialah televisyen, radio,

video, perisian komputer, perisian kursus, dan internet. Memandangkan adalah penting

penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik,

kemahiran komputer guru-guru juga menjadi aspek penting. Tanpa kemahiran mengendali

dan memanipulasi sesuatu alat, betapa penting dan berguna pun peralatan tersebut tidak

akan memberi kesan atau faedah. Begitu juga dengan komputer, walaupun terdapat banyak

kelebihan dan kekuatan menggunakan komputer dalam pengajaran, banyak peruntukkan

6

Page 7: mageswary.files.wordpress.com€¦  · Web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran berasaskan . elektronik dan web. nama pensyarah: profesor madya dr. abd latif bin

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044

yang disediakan oleh kerajaan untuk peralatan ICT tetapi jika guru-guru tidak

menggunakannya, segala pelaburan dan harapan hanya akan menjadi sia-sia.

1.3 Persoalan Kajian

Persoalan yang perlu dijawab dalam kajian ini adalah :

1. Sejauh manakah kekerapan guru-guru menggunakan media yang tertentu dalam

pengajaran mereka.

2. Apakah perkaitan kursus komputer yang telah dihadiri dengan tahap kemahiran

penggunaan komputer dan internet di kalangan responden.

3. Sejauh manakah pengetahuan guru dalam menggunakan internet untuk

mendapatkan bahan pengajaran.

4. Sejauh manakah pengetahuan guru dalam menggunakan perisian kursus yang

dibekalkan.

5. Apakah persepsi guru terhadap peranan perisian kursus yang dibekalkan, adakah ia

membantu dalam mencapai objektif pengajaran.

6. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru semasa menggunakan perisian

kursus yang dibekalkan.

7. Apakah kekangan dalam menggunakan media komputer dalam pengajaran.

1.4 Objektif Kajian

1. Mengenalpasti media pengajaran yang paling kerap digunakan oleh guru-guru Sains

dan Matematik dalam pengajaran.

2. Mengumpul maklumat tentang tahap penggunaan komputer (internet dan perisian

kursus yang dibekalkan) dalam pengajaran di kalangan guru-guru Sains dan

Matematik sekolah menengah daerah Kinta Utara.

3. Mengenalpasti kekangan dalam penggunaan komputer dalam pengajaran.

1.5 Kepentingan Kajian

7

Page 8: mageswary.files.wordpress.com€¦  · Web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran berasaskan . elektronik dan web. nama pensyarah: profesor madya dr. abd latif bin

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044

Sejak PPSMI Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa

Inggeris dilaksanakan, pihak kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang yang begitu

besar bagi melicinkan perjalanan perlaksanaan PPSMI. Pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia telah membekalkan ’laptop’, ’LCD projector’ dan CD perisian kursus kepada guru-

guru Sains dan Matematik untuk membantu mereka melaksanakan PPSMI dengan

berkesan. Walaupun PPSMI tidak dapat diteruskan namun kemudahan yang diberi itu telah

digunakan sepenuhnya untuk faedah anak-anak didikan.

Namun, sejauh manakah guru-guru Sains dan Matematik ini telah menggunakan

kemudahan yang diberi dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu

suatu kajian perlu dijalankan bagi menjawab persoalan di atas. Kajian ini merupakan suatu

kajian tinjauan terhadap tahap penggunaan media komputer (internet dan perisian kursus

yang dibekalkan) dalam pengajaran Sains dan Matematik dalam kalangan guru-guru Sains

dan Matematik sekolah menengah dan ia juga merupakan kajian kes yang dijalankan bagi

daerah Kinta Utara. Hasil kajian ini boleh menyumbang maklumat kepada pentadbir sekolah

dan kepada pegawai pendidikan daerah bagi membantu pihak-pihak yang berkenaan dalam

membuat perancangan dan strategi untuk melengkapkan guru-guru Sains dan Matematik

dengan kemahiran-kemahiran yang perlu agar guru-guru dapat menggunakan media ini

dengan lebih kerap dan efektif.

Kajian ini juga dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan mengambil langkah-

langkah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru Sains dan Matematik dalam

melaksanakan P&P. Dan akhir sekali kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada

pengkaji-pengkaji lain dan individu-individu yang terbabit secara langsung dalam

pembangunan guru-guru Sains dan Matematik dalam cabaran dan impak globalisasi.

1.6 Skop dan Batasan KajianSkop kajian hanya difokuskan kepada guru-guru yang mengajar Sains dan

Matematik iaitu tahap penggunaan media komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

(P&P) di daerah Kinta Utara sahaja. Tinjauan tidak dapat dilakukan ke atas semua guru

Sains dan Matematik di sekolah-sekolah yang berkenaan kerana ramai guru terlibat dengan

program sekolah daerah Kinta Utara ketika kajian dijalankan.

8

Page 9: mageswary.files.wordpress.com€¦  · Web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran berasaskan . elektronik dan web. nama pensyarah: profesor madya dr. abd latif bin

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

Norhayati Abd Mukti (2000) dalam kajiannya ke atas 15 orang guru yang mengajar

komputer dalam pendidikan mendapati bahawa faktor-faktor latar belakang guru, sikap dan

keprihatinan guru memberikan makna yang besar ke atas tahap penggunaan komputer di

dalam kelas. Guru yang mempunyai lebih pengetahuan menunjukkan sikap yang lebih

positif terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan guru yang kurang

berpengetahuan menyedari bahawa mereka memerlukan lebih kemahiran dan pengetahuan

untuk menggunakan teknologi di dalam kelas. Antara masalah yang dikenalpasti dalam

kajian ini ialah guru tidak mempunyai cukup masa untuk menyediakan bahan pengajaran

menggunakan komputer kerana dibebani dengan masa mengajar yang penuh di samping

tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan.

Hasil kajian Sham Ibrahim (2003) ke atas 119 orang guru sekolah menengah daerah

Jelebu mendapati bahawa perisian multimedia mampu memenuhi masa pengajaran dengan

efektif, membantu guru menjalankan aktiviti dalam kelas, dapat mencapai objektif yang

disasarkan, mempertingkatkan minat pelajar dan boleh dijadikan bahan rujukan yang

berguna kepada guru.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan KPM (2003) ke atas 206 orang pengetua, 818 orang guru bahasa Melayu,

bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dan 3043 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 di beberapa

buah sekolah menengah seluruh negara, mendapati bahawa tahap kesediaan sekolah

menengah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer masih di

peringkat awal dan persepsi di kalangan guru dan pelajar sangat positif terhadap

9

Page 10: mageswary.files.wordpress.com€¦  · Web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran berasaskan . elektronik dan web. nama pensyarah: profesor madya dr. abd latif bin

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044

penggunaan komputer. Kemudahan infrastruktur fizikal dan teknologi harus diperkemas dan

dipertingkatkan terlebih dahulu.

Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Nazamud-din (2004) terhadap guru-guru

sains di sekolah menengah bahagian Kuching/Samarahan mendapati guru-guru mempunyai

tahap pengetahuan, kemahiran dan latihan sedia ada yang sederhana. Beliau juga

mendapati tahap keperluan pengetahuan dan latihan adalah besar dan tahap keperluan

kemahiran adalah sederhana. Jadi, suatu program latihan yang tersusun dan komprehensif

perlu dilaksanakan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran asas dan penggunaan

teknologi maklumat guru-guru sains dalam perkhidmatan.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian tinjauan di mana instrumen yang digunakan ialah borang

soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian iaitu:

Bahagian A: maklumat latar belakang respondan,

Bahagian B: kekerapan penggunaan media pengajaran dalam pengajaran Sains

dan Matematik

Bahagian C: tahap penggunaan media komputer dalam pengajaran Sains dan

Matematik

Bahagian D: kekangan dalam penggunaan media komputer dalam pengajaran

Sains dan Matematik.

Soal selidik diberi kepada guru-guru melalui ketua panitia atau ketua bidang Sains

dan Matematik. Data-data dikumpul dan analisa dibuat dalam bentuk peratusan. Jika

peratusan melebihi 85%, ini diletakkan sangat baik, 70% hingga 84% dikatakan baik, 50%

hingga 69% adalah sederhana manakala kurang dari 50% dikatakan tahap rendah.

Responden dalam kajian ini terdiri dari 33 guru Sains dan Matematik (18 guru sains

dan 15 guru matematik) di daerah Kinta Utara. Empat buah sekolah telah dipilih dan

sekolah-sekolah tersebut adalah :

a) SMK Wira Jaya, Ipoh – 6 guru sains dan 2 guru matematik

b) SMK Seri Ampang, Ipoh – 3 guru sains dan 3 guru matematik

c) SMK Tasek Damai, Ipoh – 6 guru sains dan 6 guru matematik

d) SMK Rapat Setia, Ipoh – 3 guru sains dan 4 guru matematik

10

Page 11: mageswary.files.wordpress.com€¦  · Web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran berasaskan . elektronik dan web. nama pensyarah: profesor madya dr. abd latif bin

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044

Daripada jumlah tersebut guru lelaki adalah sebanyak 7 orang dan 26 guru perempuan.

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Latar belakang responden

11

Taburan Sampel Kajian Mengikut Gender

26.7%

16.7%

73.3%

88.3%

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Sains Matematik

Mata Pelajaran

Pera

tus

Lelaki

Perempuan

94.4 93.3

0102030405060708090

100

Peratus

Sains Matematik

Taburan Sampel Kajian Mengikut Ras

MelayuCinaIndia

Rajah – rajah dibawah : Latar belakang responden yang membuat perbandingan dalam kategori jantina, ras, umur dan pengalaman mengajar

Page 12: mageswary.files.wordpress.com€¦  · Web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran berasaskan . elektronik dan web. nama pensyarah: profesor madya dr. abd latif bin

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044

12

94.4 93.3

0102030405060708090

100

Peratus

Sains Matematik

Taburan Sampel Kajian Mengikut Ras

Melayu

CinaIndia

Taburan Sampel Kajian Mengikut Umur

11.1

5.6

11.1

38.9

33.3

26.7 26.7

13.3

20

13.3

0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

24-30 31-35 36-40 41-45 46+

Umur

Pera

tus

SainsMatematik

Taburan Sampel Kajian Mengikut Pengalaman Mengajar

16.7

0

11.1

72.2

40

2013.3

26.7

0

10

20

30

40

50

60

70

80

1-5 6-10 11-15 15+

Tahun

Pera

tus

Sains

Matematik

Page 13: mageswary.files.wordpress.com€¦  · Web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran berasaskan . elektronik dan web. nama pensyarah: profesor madya dr. abd latif bin

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044

Guru Sains Guru Matematik

Dari hasil kajian hanya 16.7% dari

bilangan responden terdiri daripada guru-

guru lelaki, selebihnya guru-guru

perempuan. 94.4% guru Melayu, 5.6%

guru Cina dan tiada guru India.

Kebanyakan guru berumur 41 tahun ke

atas iaitu 38.9% berumur 41-45 tahun

dan 33.3% berumur 46 tahun ke atas

dan ini bermaksud majoriti guru-guru

sains di sekolah yang dikaji mempunyai

pengalaman mengajar lebih dari 15

tahun.

Dari hasil kajian terdapat 26.7% daripada

responden adalah guru lelaki dan 73.3%

adalah guru perempuan. 53.4% berumur

antara 24-35 tahun dan ini menunjukkan

majoriti respondan mempunyai

pengalaman mengajar kurang dari 10

tahun. Dari segi ras, 93.3% merupakan

guru Melayu, 6.7% guru Cina dan tiada

guru India.

13

Perbandingan Kemahiran Komputer dan Internet di Kalangan Guru-guru Sains dan Matematik

22.216.7

72.266.7

5.6

16.713.3 13.3

86.7

73.3

0

13.3

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Mahir kom Mahir internet Sed Mahir Kom Sed MahirInternet

Tidak MahirKom

Tidak MahirInernet

Kategori Kemahiran

Pera

tus

Sains Matematik

Page 14: mageswary.files.wordpress.com€¦  · Web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran berasaskan . elektronik dan web. nama pensyarah: profesor madya dr. abd latif bin

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044

Jika dibandingkan penggunaan komputer dengan penggunaan internet, sama ada di

kalangan guru-guru sains atau matematik, di dapati peratus responden yang menggunakan

14

83.3

16.7

66.7

33.3

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

Peratus

Sains Matematik

Hadir dan Tidak Hadir Kursus Komputer

Pernah Hadir Tida Pernah Hadir

Rajah 2 di atas : Latar belakang responden yang membandingkan kemahiran komputer dan internet, juga kehadiran dalam kursus komputer.

Guru Sains Guru Matematik

Merujuk rajah 2, majoriti responden

mempunyai kemahiran yang sederhana

dalam penggunaan komputer dan

internet iaitu 72.2% sederhana mahir

menggunakan komputer dan 66.7%

sederhana mahir menggunakan internet.

Ini mungkin disebabkan kebanyakan

guru telah diberi pendedahan tentang

penggunaan komputer dan internet

semasa menghadiri kursus komputer.

83.3% responden pernah mengikuti

kursus komputer.

Merujuk rajah 2, 86.7% responden

sederhana mahir menggunakan

komputer dan 73.3% sederhana mahir

menggunakan internet. Peratus yang

tinggi ini juga di sebabkan kebanyakan

guru iaitu 66.7% pernah mengikuti

kursus komputer.

Page 15: mageswary.files.wordpress.com€¦  · Web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran berasaskan . elektronik dan web. nama pensyarah: profesor madya dr. abd latif bin

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044

komputer lebih daripada peratus responden yang menggunakan internet. Ini mungkin

disebabkan ada di antara responden yang tidak mempunyai talian internet di rumah.

4.2 Tahap Penggunaan Media Pengajaran Dalam Pengajaran Sains dan Matematik

15

Carta

Video(tape/DVD/VCD)

Objek Sebenar

Radio(Audiotape/ audio CD)

Komputer(Internet)

Komputer(Perisian kursus)

Komputer(ppt,msword,excel)

OHP

Buku Kerja

Lembaran Kerja

Buku

Page 16: mageswary.files.wordpress.com€¦  · Web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran berasaskan . elektronik dan web. nama pensyarah: profesor madya dr. abd latif bin

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044

Sains Matematik

Berdasarkan dapatan di atas didapati

media pengajaran yang berada pada

tahap penggunaan yang sangat baik

ialah buku teks (100%), lembaran kerja

dan objek sebenar (86%), dan

Media yang berada pada tahap

penggunaan yang baik ialah

komputer(perisian kursus- 83% ),

komputer(msword, ppt, excel-79%),

carta(78%), OHP(72%) dan buku

kerja(71%)

Media yang berada pada tahap

penggunaan yang rendah pula ialah

komputer(internet-31%), video(36%),

radio(24%)

Media yang berada pada tahap

penggunaan yang sangat baik ialah buku

teks(95%) dan lembaran kerja(87%)

Media yang berada pada tahap

penggunaan yang sederhana ialah objek

sebenar(65%), komputer(perisian

kursus-62%), buku kerja(60%),

carta(53%) dan komputer(msword, ppt,

excel-52%)

Media yang berada pada tahap

penggunaan yang rendah ialah

OHP(22%),komputer (internet-22%),

video(20%) dan radio(7%)

Jika dilihat pada penggunaan perisian kursus, lebih ramai guru-guru sains yang

menggunakannya berbanding dengan guru-guru Matematik. Ini mungkin kerana peralatan-

peralatan ICT yang diperlukan untuk menggunakan perisian kursus telah dilengkapkan di

dalam makmal sains. Guru-guru sains tidak perlu membawa peralatan yang banyak ke

dalam kelas dan tidak perlu menempah bilik tayangan atau bilik media untuk menggunakan

16

Page 17: mageswary.files.wordpress.com€¦  · Web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran berasaskan . elektronik dan web. nama pensyarah: profesor madya dr. abd latif bin

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044

perisian kursus ini. Di samping itu, setiap makmal sains mempunyai pembantu makmal yang

boleh membantu guru-guru memasang dan menutup kembali peralatan-peralatan yang telah

digunakan. Berbanding guru-guru Matematik terpaksa menggunakan bilik tayangan atau

bilik media atau terpaksa membawa peralatan seperti ”laptop, lcd, extension wire” di

samping buku rekod mengajar ke dalam kelas. Jika dibandingkan penggunaan internet,

tahap penggunaanya masih pada tahap yang rendah bagi kedua-dua panitia sains dan

matematik.

4.3 Tahap Penggunaan Media Komputer Dalam Pengajarani) Perisian Kursus

17

Penggunaan Perisian Kursus Di Kalangan Guru-guru Sains dan Matematik

100

83.3

100 94.4 94.4

44.455.6

93.3 93.3100

80

6066.7

40

0

20

40

60

80

100

120

Pera

tus

SainsMatematik

Page 18: mageswary.files.wordpress.com€¦  · Web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran berasaskan . elektronik dan web. nama pensyarah: profesor madya dr. abd latif bin

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044

Sains Matematik

Dari segi pengenalpastian perisian

kursus yang sesuai, penginstalsian,

”explore” sebelum digunakan dan suka

menggunakan perisian, guru-guru sains

menunjukkan peratusan persetujuan

yang tinggi. 94.4% guru-guru sains

bersetuju perisian kursus membantu

mereka mencapai objektif pengajaran.

Hanya 44.4% guru mengambil masa

yang lama untuk memasang alatan dan

44.6% guru tidak boleh mengatasi

masalah teknikal yang berlaku.

Di kalangan guru-guru matematik juga

peratusan persetujuan agak tinggi dari

segi pengenalpastian perisian kursus

yang sesuai, penginstalsian dan

”explore” sebelum digunakan. Cuma dari

segi penggunaan, hanya 60% guru

matematik suka menggunakan perisian

kursus. Walaupun begitu, 80% guru

bersetuju perisian kursus membantu

mereka mencapai objektif pengajaran.

66.7% guru mengambil masa yang lama

bagi memasang alatan dan 60% guru

tidak boleh mengatasi masalah teknikal

yang berlaku

Jika dibandingkan minat kepada perisian kursus di kalangan guru-guru sains dan matematik,

guru-guru sains lebih menampakkan minat menggunakannya dalam pengajaran.

ii) Internet

18

Penggunaan Internet Di Kalangan Guru-guru Sains dan Matematik

88.983.3

77.883.3

80

66.773.3

86.7

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Tahu layari internetuntuk dapatmaklumat

Penggunaan lamanweb pendidikanmencari bahan

mengajar

Tahu muat turunbahan dari internet

Copy-paste' bahandari internet ke

MsWord/ppt/excel

Pera

tus

SainsMatematik

Page 19: mageswary.files.wordpress.com€¦  · Web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran berasaskan . elektronik dan web. nama pensyarah: profesor madya dr. abd latif bin

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044

Sains Matematik

Hasil dapatan menunjukkan majoriti

guru-guru sains mempunyai tahap

pengetahuan yang baik tentang

penggunaan internet.

Guru-guru matematik juga mempunyai

tahap pengetahuan yang baik tentang

internet.

Jika dibandingkan tahap pengetahuan guru-guru sains dengan guru-guru matematik, di

dapati guru-guru sains lebih berpengetahuan tentang internet berbanding guru-guru

matematik, namun perbezaannya tidak begitu ketara.

4.4 Kekangan Dalam Penggunaan Media Komputer Dalam Pengajaran

Daripada dapatan, di dapati berikut adalah beberapa masalah yang dihadapi oleh

guru-guru sains dan matematik dalam menggunakan media komputer dalam

pengajaran sains dan matematik :

i) Sains

Lebih 50% guru-guru sains bersetuju bahawa :

1. Guru tidak mempunyai cukup masa untuk meneliti dan menggunakan

perisian kursus kerana tugas mengajar yang banyak.(83.3%)

2. Guru tidak mempunyai cukup masa untuk melayari internet kerana dibebani

dengan tugas mengajar dan lain-lain tugas yang dipertanggungjawabkan.

(83.3%)

19

Penggunaan Internet Di Kalangan Guru-guru Sains dan Matematik

88.983.3

77.883.3

80

66.773.3

86.7

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Tahu layari internetuntuk dapatmaklumat

Penggunaan lamanweb pendidikanmencari bahan

mengajar

Tahu muat turunbahan dari internet

Copy-paste' bahandari internet ke

MsWord/ppt/excel

Pera

tus

SainsMatematik

Page 20: mageswary.files.wordpress.com€¦  · Web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran berasaskan . elektronik dan web. nama pensyarah: profesor madya dr. abd latif bin

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044

3. Guru terpaksa membawa banyak alat seperti ”laptop”, ”lcd”, buku rekod

mengajar dan lain-lain ke dalam kelas.(61.1%)

4. Alatan yang telah disediakan di dalam kelas tidak berfungsi dengan baik.

(61.1%)

5. Talian internet di sekolah kurang memuaskan.(50%)

(kurang dari 50% guru sains bersetuju bahawa : )

1. Tiada kakitangan terlatih untuk membantu dalam penggunaan media

komputer dalam pengajaran.(38.9%)

2. Ada bilik-bilik darjah yang tidak mempunyai kelengkapan peralatan yang

cukup untuk penggunaan media komputer dalam pengajaran.(27.8%)

3. Tiada talian internet di rumah.(27.8%)

4. Bilik darjah yang dilengkapi dengan skrin dan ”speaker” terletak jauh dari bilik

guru.(27.8%)

5. Tiada kursus dalaman tentang penggunaan media komputer untuk guru.

(16.7%)

6. Perisian kursus sukar diperolehi.(16.7%)

7. Guru-guru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan media

komputer.(16.7%)

Tiada masalah dari segi galakan daripada pihak pentadbir.

ii) Matematik

(lebih 50% guru matematik bersetuju bahawa :)

1. Guru tidak mempunyai cukup masa untuk meneliti atau menggunakan

perisian kursus kerana tugas mengajar yang banyak.(93.3%)

2. Guru tidak mempunyai cukup masa untuk melayari internet kerana dibebani

dengan tugas mengajar dan tugas-tugas lain yang dipertanggungjawabkan.

(93.3%)

3. Guru terpaksa membawa banyak alat seperti ”laptop”, ”lcd”, buku rekod

mengajar dan lain-lain ke dalam kelas.(80.0%)

4. Tiada kakitangan terlatih untuk membantu dalam penggunaan media

komputer dalam pengajaran.(60.0%)

20

Page 21: mageswary.files.wordpress.com€¦  · Web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran berasaskan . elektronik dan web. nama pensyarah: profesor madya dr. abd latif bin

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044

(kurang dari 50% guru matematik bersetuju bahawa : )

1. Ada bilik-bilik darjah yang tidak mempunyai kelengkapan peralatan yang

cukup untuk penggunaan media komputer dalam pengajaran.(46.7%)

2. Alatan yang telah disediakan di dalam kelas tidak berfungsi dengan baik.

(46.7%)

3. Tiada kursus dalaman tentang penggunaan media komputer untuk guru.

(40.0%)

4. Talian internet di sekolah kurang memuaskan.(40.0%)

5. Guru-guru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan media

komputer.(40.0%)

6. Bilik darjah yang dilengkapi dengan skrin dan ”speaker” terletak jauh dari bilik

guru.(33.3%)

7. Tiada talian internet di rumah.(33.3%)

8. Perisian kursus sukar diperolehi.(33.3%)

Tiada masalah dari segi galakan daripada pihak pentadbir.

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 KESIMPULANDari hasil tinjauan yang dibuat, kebanyakan guru sains di empat buah sekolah

daerah Kinta Utara ini telahpun menggunakan kemudahan yang disediakan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membantu mereka melaksanakan P&P dengan

berkesan. Mereka telah menggunakan perisian kursus dengan baik. Ini dibuktikan dengan

tahap penggunaan perisian kursus sebanyak 83%. Ini menunjukkan guru-guru sains di

daerah ini mempunyai sikap yang sangat baik terhadap penggunaan perisian kursus dalam

21

Page 22: mageswary.files.wordpress.com€¦  · Web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran berasaskan . elektronik dan web. nama pensyarah: profesor madya dr. abd latif bin

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044

membantu pengajaran mereka di dalam kelas. Walaupun kebanyakan guru sains adalah

guru yang berumur lebih daripada 41 tahun, namun mereka tidak takut untuk menggunakan

teknologi. Sikap beginilah yang sepatutnya ada pada setiap guru sains dan matematik

dalam melaksanakan P&P dengan berkesan.

Jika dibandingkan dengan penggunaan perisian kursus dalam kalangan guru-guru

matematik, ia agak rendah iaitu tahap penggunaannya sebanyak 62%. Ini kerana

pengajaran dan pembelajaran matematik banyak dilakukan di dalam kelas atau bilik media

atau bilik tayangan berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran Sains dilakukan di

dalam makmal yang memang telah dilengkapkan dengan peralatan ICT seperti ”lcd

projector”, skrin dan ”speaker”. Disamping itu juga setiap makmal mempunyai pembantu

makmal yang dapat membantu guru-guru sains menyediakan peralatan ICT sebelum

mengajar dan mengemaskannya kembali setelah habis pengajaran. Mungkin pengajaran

dan pembelajaran matematik menggunakan ICT dapat dijalankan dengan lebih baik

andainya setiap sekolah mempunyai makmal matematik yang dapat menempatkan banyak

peralatan ICT dan alat-alat bantu mengajar matematik yang lain. Guru-guru matematik tidak

perlu lagi ”berebut-rebut” menempah bilik tayangan atau bilik media yang sangat terhad

dalam melaksanakan pengajaran menggunakan perisian kursus yang dibekalkan.

Walau bagaimanapun, tahap penggunaan internet agak rendah dan perlu ada suatu

tindakan dilakukan untuk menggalakkan guru-guru menggunakan internet dengan berkesan.

Terlalu banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada internet, namun masih ramai guru

yang tidak menggunakannya. Kebanyakan guru sains dan matematik telahpun menghadiri

kursus pendedahan ICT yang dianjurkan oleh kementerian seperti BPPT (Bimbingan

Perguruan Profesional Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dan oleh Pejabat

Pelajaran Daerah (PPD) atau Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Dalam kursus-kursus

berkenaan guru-guru didedahkan dan diberi kemahiran menggunakan internet dalam

mencari maklumat atau bahan pengajaran dan guru-guru juga diberi kemahiran tentang

penggunaan komputer dalam menghasilkan bahan pengajaran. Jadi, dari segi pengetahuan

dan kemahiran, guru-guru telahpun ada walaupun pada tahap yang sederhana.

Masalah yang sering dikemukan oleh para guru sama ada guru-guru sains atau

matematik ialah kekurangan masa sama ada untuk mencari maklumat dari internet dan

menggunakannya dalam pengajaran atau membina bahan pengajaran menggunakan

komputer. Kekangan dari segi masa juga menyebabkan guru-guru tidak sempat meneliti

bahagian-bahagian perisian kursus yang sesuai digunakan bagi tahap pencapaian pelajar-

pelajar yang tertentu.

5.2 CADANGAN KAJIAN

22

Page 23: mageswary.files.wordpress.com€¦  · Web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran berasaskan . elektronik dan web. nama pensyarah: profesor madya dr. abd latif bin

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044

Beberapa usaha boleh dicadangkan bagi mengatasi masalah tersebut :

1. Pihak panitia sekolah masing-masing boleh mengadakan kursus dalaman berkala

bagi memberi kemahiran kepada guru-guru yang masih belum mahir menggunakan

internet dalam mencari maklumat untuk bahan pengajaran, juga kepada guru-guru

yang masih belum mahir menggunakan komputer untuk membina bahan pengajaran.

2. Pihak panitia juga boleh mengadakan mengadakan suatu perjumpaan bagi meneliti

perisian kursus yang dibekalkan. Guru-guru boleh dibahagikan dalam kumpulan

mengikut tingkatan yang diajar dan membincangkan kaedah terbaik menggunakan

perisian kursus yang dibekalkan. Jika perlu sama-sama menghasilkan suatu modul

untuk digunakan bersama perisian kursus berkenaan.

3. Pihak panitia daerah boleh mewujudkan suatu pasukan pembina bahan pengajaran

menggunakan komputer dan internet dan bahan yang dihasilkan dikongsi bersama.

Topik diagih mengikut sekolah.

Kesimpulannya, guru-guru sains dan matematik mempunyai persepsi yang sangat baik

terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran sama ada dari segi penggunaan

perisian kursus atau penggunaan internet. Namun, kekangan masa yang disebabkan tugas

yang begitu banyak di samping kemahiran dan pengetahuan yang terhad, maka guru tidak

dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan itu dalam pengajaran mereka.

Adalah diharapkan pihak panitia sekolah dan panitia daerah dapat memainkan peranan

bagi membantu guru-guru ini menggunakan media komputer dalam pengajaran agar

perlaksanaan P&P dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pihak pentadbir pula harus

meneliti kelengkapan infrastruktur ICT yang ada di sekolah agar semuanya boleh berfungsi

dengan baik dan berkesan.

5.3 PENUTUP

Penggunaan media komputer dan internet mempunyai potensi untuk menjadikan

pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Jadi, para guru perlu dibantu

bagi membolehkan mereka menggunakan teknologi ini dalam pengajaran mereka supaya

guru-guru sains dan matematik ini dapat menyahut cabaran masa depan dengan lebih

yakin. Perkembangan dan kemajuan teknologi perlu diikuti dengan perubahan dalam

pendidikan iaitu memanfaatkan penggunaan teknologi secara efektif dan efisien. Walaupun

23

Page 24: mageswary.files.wordpress.com€¦  · Web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran berasaskan . elektronik dan web. nama pensyarah: profesor madya dr. abd latif bin

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044

penggunaan teknologi menghadapi pelbagai halangan, ini sepatutnya tidak mematahkan

semangat guru untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan

metematik. Harus diingat bahawa teknologi merupakan hanya alat bantu dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, ia tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti

kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan.

BIBLIOGRAFI

1. Effandi, Norazah & Sabri.(2007). Trend Pengajaran dan Pembelajaran Matematik.

Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors.

2. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan. Kajian Kesediaan Sekolah Menengah Melaksanakan Pengajaran dan

Pembelajaran Berbantu Komputer. Kuala Lumpur : BPPDP,2003

Artikel atas talian :

24

Page 25: mageswary.files.wordpress.com€¦  · Web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran berasaskan . elektronik dan web. nama pensyarah: profesor madya dr. abd latif bin

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044

http://www.apps.emoe.gov.my/.../2003%20(3)%20Kesediaan%20sekolah%20menengah

%20melaksanakan%20p%20&%20p%20berba.pdf

3. Nazamud-din Alias (2004), Taksiran Keperluan Penguasaan Teknologi Maklumat Di

Kalangan Guru Sains Dalam Perkhidmatan. Jurnal Penyelidikan MPBL. Jilid 5,2004

Jurnal atas talian :

www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/nazam2004.pdf

4. Norhayati Abd Mukti (2000),Computer Technology In Malaysia : Teacher’s Background

Characteristics, Attitudes And Concerns, EJISDC (2000) 3, 8, 1-13

Jurnal atas talian : The Electronic Journal on Information Systems in Developing Countries

www.ejisdc.org:8011/ojs2/index.php/ejisdc/article/view/20/20

5. Norida Suhadi (2001). Tahap Penggunaan Komputer Dalam Proses Penghasilan Bahan

Pengajaran.Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat. Tesis Sarjana

Universiti Putra Malaysia

6. Seels, B.B. & Richey, R.C. (1994). Instructional technology: The definition and

domains of the field. Washington D.C: Association for Educational Communication and

Technology.

7. Rozinah Jamaludin. (2003). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan

Publication & Distributors.

8. Sham b. Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru

di Daerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia

9. Titian,Keluaran Khas Kementerian Pelajaran Malaysia,.(2006). Utusan Malaysia,

Selasa, 29 Ogos 2006

Atas talian : http://web.utm.my/cict/index.php?

option=content&task=view&id=400&Itemid=246

25

Page 26: mageswary.files.wordpress.com€¦  · Web viewkod kursus:kpt 6044 . nama kursus : pembelajaran berasaskan . elektronik dan web. nama pensyarah: profesor madya dr. abd latif bin

TUGASAN 3: KAJIAN TINJAUAN KPT6044

26