pkghuluklang.files.wordpress.com · web viewjangan lupa posisi pilih … kalau nak melintang atas...

24
Setup Wireless Router bersama Maxis hanif Jun 21st, 2009 Info , Web Ok .. selalunya aku review teknolgi baru jer … tapi ada orang bertanyakan macam nak setting wireless router dengan internet. Sebenarnya setting internet bersama router wireless adalah mudah kerana settingnya adalah sama bagi semua model kecuali GUI software dalam router wireless tersebut (bergantung kepada manufacturer pengeluar). Tapi kena lah baca manual yang disertakan dalam kotak pembelian. Ok hari nie saya ceritakan macam mana nak setting wireless router D-Link (model DIR-300 … murah jer RM 139 ringgit aku beli kat Giant Puchong) bersama Wireless Modem Maxis (Pakej Maxis Wireless Broadband RM 99 .. tips nak murah .. convert bill talian broadband maxis ke email korang dapat diskaun RM 5 dan kalau ada talian maxis postpaid cantumkan dibawah talian yang sama dapat lagi diskaun .. last bill jadi RM 88)

Upload: others

Post on 14-Feb-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Setup Wireless Router bersama Maxis

hanif

Jun 21st, 2009

Info, Web

Ok .. selalunya aku review teknolgi baru jer … tapi ada orang bertanyakan macam nak setting wireless router dengan internet. Sebenarnya setting internet bersama router wireless adalah mudah kerana settingnya adalah sama bagi semua model kecuali GUI software dalam router wireless tersebut (bergantung kepada manufacturer pengeluar). Tapi kena lah baca manual yang disertakan dalam kotak pembelian.

Ok hari nie saya ceritakan macam mana nak setting wireless router D-Link (model DIR-300 … murah jer RM 139 ringgit aku beli kat Giant Puchong) bersama Wireless Modem Maxis

(Pakej Maxis Wireless Broadband RM 99 .. tips nak murah .. convert bill talian broadband maxis ke email korang dapat diskaun RM 5 dan kalau ada talian maxis postpaid cantumkan dibawah talian yang sama dapat lagi diskaun .. last bill jadi RM 88)

Router Wireless Dlink DIR-300

Ok pastikan korang tahu no IP dua benda nie … Selalunya 192.168.0.1 adalah no default bagi router jenis wireless dan bukan wireless. Untuk Maxis Modem Wireless sila abaikan dan kita akan tukar IP Router Wireless Dlink sahaja daripada 192.168.0.1 kepada 192.168.0.2 kerana Router Wireless Maxis tadi dah guna no IP tadi.

Camner nak tukar ? Baca manual lah … hehehe malas membaca la korang nie kan …

Sila tukar port wan kepada port LAN

Ok hidupkan Dlink Router Wireless tadi dan sambungkan kabel ke kabel LAN (4 lubang biru adalah LAN dan 1 jer untuk WAN nanti kita citer apa guna WAN tu). Ok ? dah hidup ? pastikan kabel ok dan sambungkan ke PC atau laptop anda dan pastikan Network Laptop anda disetkan IP secara automatik.

Setkan Automatik IP

LANGKAH 1

Contoh setkan Ip secara automatik

Ok dah sambung semuanya ? hidupkan internet browser anda dan bahagian URL tadi masukan ip 192.168.0.1

Masukan username dan password (rujuk manual yang disertakan bersama router wireless Dlink anda tadi) dan Login masuk.

Menu Dlink … ok klik menu LAN Setup disebelah kiri baris ketiga daripada atas …

Ok tukarkan IP Dlink kepada 192.168.0.1 kepada 192.168.0.2 dan klik Save Settings .. tunggu dia boot balik dan jika tiada apa-apa keluar taip ip baru tadi di menu browser internet anda … Ok ? dah siap … Step 1 dah siap

LANGKAH 2

Langkah kedua Klik Menu Internet Setup (Menu awal 1st atas sekali)

“My Internet Connections is” pilih Dynamix IP (DHCP) … dan yang penting no DNS ISP .. Maxis masukan 202.75.129.101 dan 202.75.129.102. (TM dan Celcom hubungi heldesk mereka dan tanyakan no DNS nie atau tanya wak google jer hehehe) … Streamyx DNS 202.188.0.133 & 202.188.1.5

Save Settings … dah siap langkah 2.

LANGKAH 3

Langkah 3 ialah mengkonfigurasi wireless signal dan keselamatan yang hendak digunakan. Pilih menu kedua … dan ambil manual konfigurations untuk setkan menu seterusnya.

Klik untuk besarkan

1. Tandakan Enable Wireless,

2. Masukan Network Name (nama wireless anda yang akan muncul pada menu wireless PC anda nanti)

3. Wireless Channel pilih lah yang bersesuaian … jika ada wireless lain cuba elakan daripada menggunakan channel yang sama.

Ok seterusnya keselamatan

Masukan Secuirty Mode … saya pilih WEP (kurang kukuh keselamatan .. kalau boleh setkan WPA atau kalau tak kisah pakai jer WEP) dan pilih kata laluan bergantung pada setting anda dan catit … kang hilang kena reset semua daripada awal.

Save settings dan sambunagkan ke Modem Maxis tadi … kali nie tukar lubang LAN kepada WAN

Tukar kabel kepada lubang WAN port

Masukan kabel LAN ke Router Wireless Maxis

Ok cucuk pada lubang WAN dan seterusnya ke Router Maxis Wireless Broadband (kalau streamyx ke streamyxlah) … LAN yang 4 lobang tu bolehlah disambungkan kepada mana PC yang tak der wireless kad … dah berjaya … cuba lah sendiri … komen kalau gagal hehehehe nanti saya jawab apa tak kena

on AP tu..then taip kat uru 192.168.1.1

http://mahir-it.pkg-petaling.net/2009/11/01/panjangkan-hayat-bateri-dengan-aerofoil/

Panjangkan Hayat Bateri dengan Aerofoil

hanif

Nov 1st, 2009

Windows

Pelik ? Nama macam pembalut aluminium foil jer ? Dengan software Open Source Aerofoil ini, anda dapat menjimatkan batery laptop anda dengan mudah. Bagaimana ? dengan mengaktifkan Aerofoil anda dapat mematikan dekstop effect Aero Theme dalam MS Vista kepada theme basic bila kuasa dicabut pada pengecas laptop.

Mudah bukan ? tak perlu setting untuk mode jimat batery (ada fungsi Vista tapi tak boleh matikan theme Aero bukan ?)

Download Aerofoil untuk Windows Vista & Windows 7 sahaja

Zamzar : Tukar format PDF kepada Pelbagai Format

hanif

Mar 10th, 2009

Info, Web

Zamzar ya dengar macam arab daa tapi apa dia. Ok pernah dapat fail PDF bukan ? Tapi nak edit nak kena guna software khas contohnya Adobe Acrobat Pro dan Adobe Illustrator atas Photoshop. (Leceh) nak cepat. Guna zamzar tak perlu lagi install.

Dengan Zamzar anda hanya perlu muat naik fail PDF (limit sampai 1GB) dan pilih format dan masukan email.

Contoh format boleh ditukar

 

Contoh saya buat

dah siap … download email tadi dalam email. Mudahkan

Lawati http://www.zamzar.com/ untuk menggunakan applikasi ini secara online. Bukan PDF jer Video nak tukar format lain pun boleh.

Anda mungkin juga meminati:

Tukar Format Gambar, Letak Tulisan dan Uruskan Gambar dengan XN-View

hanif

Jan 19th, 2009

Info, Web, Windows

Ok minggu nie, ada orang tanya macam mana nak kecikan gambar yang diambil daripada DSLR Nikkon dan letakan tulisan dalam gambar tu. Ada 200 keping … kalau buat mampus penat nak klik.

Sebenarnya ada banyak cara … anda mungkin bijak lagi daripada saya kan. Salah satunya ialah dengan menggunakan perisian XN-View (ACD-See boleh tapi beli dan kalau korang berani kena crack … berdosa) ini free. Download XN-View kat sini. (ambil version 1.91 ke atas jangan beta)

Dah download ? ok install lah macam biasa.

Ini rupanya XN-View dalam MS Windows XP

Klik menu tools dan ambil “Bath Conversion”

 

Menu nie akan keluar dan Add Folder untuk folder gambar anda (1000 keping pun boleh)

Saya pilih Folder Aqua lihat contoh (gambar 1080×600 pixel)

Gambar dah berjaya dikesan … teruskan

Ok seterusnya destinasi folder gambar itu diproses nanti … saya suka letak di desktop dan anda boleh tentukan formatnya yang akan keluar samada jPeg atau format lain.

Ok untuk langkah seterusnya klik Tab atas ambil Transformation

 

Ada banyak format pilihan yang anda dapat buat … eskperimenlah korang sampai berkunang biji mata.

Untuk letak text pada gambar saya ambik Add Text dan “Add” ya lihat gambar diatas tu … dan bahagian Parameters ada bahagian untuk ada letak perkataan untuk dipilih. Jika klik menu >> sebelah tu anda akan dapat pilihan tambahan seperti nama files dan tarikh.

Text Colour pilihlah warna kesukaan anda … merah atau biru. Jangan lupa posisi pilih … kalau nak melintang atas gambar ambil center.

Sekarang kita add pula menu “resize” dan klik pilihan saiz apa yang anda inginkan … Untuk email gambar 640 x 480 dah ok (jangan la korang seksa kekewan dengan menghantar format besar sampai 3-4 MB untuk satu keping gambar)

Sudah puas hati klik go pada menu sebelah bawah tu dan tunggu dia siapkan kerja anda dengan automatik (1000 keping senyum jerrr)

Penat Konfigurasi IP ?

hanif

Mar 31st, 2009

Windows

Anda penat konfigurasi IP secara manual ? Di Pejabat IP lain, pergi seminar IP lain pulak … balik rumah IP lain lagi. Letih mana nak ingat semua tu kan ?

Dengan menggunakan NetSetMan anda kini dapat tersenyum di kala orang lain terkial-kial menukar IP masing-masing. Pernah guna Mac OSX ? Samalah fungi save location pada menu network macam Linux Ubuntu.

Download NetSetMan di URL http://www.netsetman.com

Anda mungkin juga meminati:

GOS Gadget Sesuai Untuk Makmal Komputer KPM

hanif

Mar 2nd, 2009

Info, Linux

Ok nie projek akan dijalankan untuk meminimakan kos dan masa penyelengaraan makmal komputer Petaling (cadangan) Korang boleh dapatkan CD installer masa taklimat ICT 2009 pada 4-5 Mac nie

Hari nie tak pergi opis cuti kecemasan jaga orang rumah aku demam panas (tak mahu kebah (peluh) doc kata sebab virus) so far dah ok .. sambil dok rumah tu test la projek nie dok pikiaq lama dah … camner nak settlekan masalah berlambak PC kat makmal sekolah yang rosak. Rosak dari segi windows corrupt sebab virus dan nak kena defrag selalu. Jawapan kepada semua masalah ini linux la

Distro yang dipilih ada dua sama ada nak guna Xubuntu atau GOS Gadget (dua nie base on distro Ubuntu) tapi nampak gayanya GOS Gadget lah. Dah download minggu lepas tak sempat nak nak test sebab dok kursus jer kerjanya.

Secara asasnya GOS Gadget nie dah datang dengan pakej lengkap iaitu Gadget Google dan Applikasi Internet Google seperti Google Doc, Gmail, Google Reader dan Applikasi Open Office (MS Office)

Cara install amat mudah … anda tak perlu format PC atau Laptop … hanya masukan CD dan boot. System GOS OS akan load secara live melalui CD tampa perlu usik system MS Windows. Jika berhajat nak menggunakan terus (install) klik icon CD pada desktip GOS Live dan install.

Lain seperti Skype dan Pidgin (AIM, YM, MSN dan ICQ) dah dipasang secara default.

Untuk program ICTL korang boleh setkan dengan applikasi TUX untuk pendidikan … mudah nak install sebenarnya dengan menggunakan Syptic Manager. Taip perkataan TUX dan senarai program TUX Educations ada keluar.

Antara program Tux yang sesuai untuk ICTL ialah Tux Type (permainan menaip dengan mengeja perkataan dengan menaip huruf), Tux Math (permainan tembak dengan aksi matematik .. taipkan jawapan matematik untuk tembak) dan Tux Paints (program melukis dengan pelbagai pack berus yang cute)

Tux Type … taip huruf tu untuk dapatkan ikan yang jatuh

Tux Math … taipkan jawapan untuk tembak tahi bintang

Untuk program windows anda dapat install dengan menggunakan program wine … Download GOS Space di sini http://www.thinkgos.com/gos/download.html

Anda mungkin juga meminati:

Disable Track Pad Semasa Menaip

hanif

Dec 6th, 2009

Windows

Pernah tak perkara nie berlaku pada anda ? Tengah menaip tetiba tapak tangan anda tersentuh track pad mouse dan menyebabkan cursor bergerak liar. Arggg mengacau sahaja bukan ?

Kini masalah anda boleh diselesaikan dengan mudah dengan menggunakan software khas iaitu touchfreeze. Software yang bijak kerana aplikasi ini akan mematikan atau disable track pad anda secara automatik semasa anda menaip dan membuka semula selepas anda selesai menaip. Cool bukan ?

Download touchfreeze (open source) untuk pengguna MS Windows sahaja

WinToFlash Mudahkan Anda Install OS Windows dalam USB

hanif

Sep 3rd, 2009

Windows

 

Pernah terfikir nak format netbook anda ? tapi takder pula CD/DVD External ? anda hanya ada pendrive USB sahaja ? dengan software ini anda dapat menyelesaikan masalah nak install semula atau memasang windows 7 terbaru pada netbook anda.

Macam mana ? install dan masukan CD/DVD windows anda dan gunakan software ini untuk menukarkan USB pendrive anda kepada mesra boot untuk install melalui pendrive … macam mana ok ker ?

Apa lagi sedut ler melalui WinToFlash (Windows Sahaja)

http://mahir-it.pkg-petaling.net/about/