ifolio.ukm.my · web viewfaktor penting yang mendorong seseorang untuk memakai pakaian tradisional...

25
ZZZT2173 HUBUNGAN ETNIK SEMESTER 1 SESI 2014/2015 TUGASAN KUMPULAN ADAT PEMAKAIAN TRADISIONAL MELAYU DI JOHOR NAMA KUMPULAN ZERO TO HERO (DOUBLE ZERO) SET 6 DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD AMIRUL BIN AHMAD A143370 NURUL DARLIANA BINTI DARWIS A143200

Upload: others

Post on 02-Jan-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

60%40%7. Adakah anda mengetahui tentang kepelbagaian dalam pakaian masyarakat Melayu di Johor?YATIDAK

ZZZT2173

HUBUNGAN ETNIK

SEMESTER 1

SESI 2014/2015

TUGASAN KUMPULAN

ADAT PEMAKAIAN TRADISIONAL MELAYU DI JOHOR

NAMA KUMPULAN

ZERO TO HERO (DOUBLE ZERO)

SET 6

DISEDIAKAN OLEH :

MUHAMMAD AMIRUL BIN AHMAD

A143370

NURUL DARLIANA BINTI DARWIS

A143200

PUTERI NUR HIDAYAH BT. MEGAT KAMARUDIN

A143210

SITI SOLEHAH BT MOHAMED NOOR

A143140

NURUL ATIKA BT MOHD ROSMAN

A143450

ROSHASLINAN TAUSIN

A143550

PENSYARAH

DR. JAMSARI BIN ALIAS

ADAT PEMAKAIAN TRADISIONAL MELAYU DI JOHOR

PENGENALAN

PEMASALAHAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji cara-cara dan bagaimana adat pemakaian traditional melayu yang dahulunya dan hampir dilupakan oleh masyarakat zaman sekarang di Johor terutamanya. Seterusnya beberapa cadangan juga dikemukan bagi mengekalkan cara yang betul bagi pemakaian traditional melayu di Johor.

OBJEKTIF KAJIAN

Dalam melaksanakan kajian ini, terdapat beberapa objektif yang ingin kami capai iaitu:

i. Mengetahui lebih mendalam lagi tentang adat pemakaian traditional di Johor.

ii. Mengetahui tentang cara-cara pemakaian yang betul bagi pemakaian traditional melayu.

iii. Mengenali adat pemakaian traditional melayu di Johor tersebut dengan lebih mendalam lagi.

SKOP KAJIAN – RESPONDEN & LOKASI

Skop kajian menjerumus kepada masyarakat di Johor terutamanya. Skop kajian yang tertumpu kepada masyarakat Johor kerana kebanyakan mereka banyak menggunakan pemakaian traditional melayu dan mengetahui secara meluas tentang sejarah – sejarah dahulu tentang adat pemakaian traditional melayu. Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM menjadi rujukan untuk mencari maklumat tambahan iaitu buku-buku, surat khabar, jurnal dan sebagainya. Skop kajian juga tertumpu kepada adat pemakaian dan cara-cara pemakaian traditional melayu di Johor.

KAJIAN LITERATUR

Menurut Rosita Jaafar dalam bukunya yang bertajuk Pakaian Tradisional Melayu, pada pendapat kami, penulis tidak berjaya menghuraikan dan membuat rumusan mengenai kajiannya dengan baik kerana pengkaji hanya menerangkan kepelbagaian pakaian tradisional masyarakat melayu yang terdapat di Malaysia secara keseluruhan tanpa memperincikannya mengikut negeri. Hal ini berlaku disebabkan oleh maklumat yang agak sukar dan terhad untuk diperolehi pengkaji. Di samping itu, perbandingan yang dibuat lebih menjerumus kepada perubahan ataupun revolusi pakaian tradisional melayu mengikut peredaran masa dan juga bahan yang digunakan untuk menghasilkan pakaian tersebut.

METODOLOGI KAJIAN

KAEDAH KUTIPAN DATA

Kaedah kutipan data kajian yang digunakan adalah seperti membuat pemerhatian, temu bual dan soal selidik.

i. Borang Soal Selidik

Borang soal selidik akan disediakan, yang mana terdapat sejumlah soalan yang berkaitan dengan kajian kami. Borang soala selidik tersebut diedarkan kepada responden secara rawak. Soalan akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

· Bahagian A merujuk kepada soalan – soalan yang berkaitan dengan demografi responden.

· Bahagian B merujuk kepada soalan – soalan mengenai kajian tentang pemakaian pakaian tradisional di Johor.

ii. Pemerhatian

Kami sekumpulan akan turun ke tapak kajian untuk membuat pemerhatian terhadap tajuk kajian kami. Kami akan menggunakan alat perakam suara dan video sebagai alat bantuan dalam kajian ini agar memudahkan untuk menyemak semula apa yang telah menjadi sasaran kajian kami.  Kaedah ini juga bertindak bagi menilai sejauh mana kajian yang dijalankan menunjukkan hasil dan keberkesanannya.

iii. Temu bual

Bagi kaedah temu bual, kami akan menemu bual beberapa responden untuk menceritakan pengetahuan mereka tentang kajian kami. Kaedah temu bual juga menggunakan perakam suara dan video sebagai alat bantuan untuk memudahkan kajian.

KAEDAH ANALISIS DATA

Hasil dan dapatan kajian yang diperoleh telah diproses menggunakan kepintaran pengiraan secara perincian dan akses kepada teknologi semasa. Kemudahan ini digunakan seiring dengan perkembangan era sains dan teknologi ketika ini. Selain itu, teknologi ini juga mampu menyediakan laporan statistik dan kuantitatif yang lebih spesifik, sistematik dan holistik.

HASIL KAJIAN

Negeri Johor merupakan tempat kajian ini dijalankan. Tumpuan kajian adalah tentang latar belakang responden dan adat pemakaian tradisional melayu di Johor.

LATAR BELAKANG RESPONDEN

Faktor latar belakang umur dan jantina digunakan sebagai salah satu pemboleh ubah dalam kajian ini kerana ia dapat dijadikan ukuran yang berkaitan tentang pengetahuan responden terhadap budaya-budaya pemakaian tradisional melayu di negeri Johor. Selain itu, status perkahwinan dan tempoh menetap di Johor juga dijadikan pemboleh ubah dalam kajian ini.

Jadual 1: Lingkungan umur responden

Lingkungan Umur

(TAHUN)

Jumlah

(RESPONDEN)

Peratusan

(%)

18 – 25

13

65

26 – 35

3

15

36 – 45

2

10

46 dan ke-atas

2

10

Berdasarkan jadual 1, lingkungan umur yang telah dikaji terdiri daripada pelbagai lingkungan umur. Responden terdiri daripada golongan remaja, dewasa dan warga tua yang mana berumur dari 18 tahun hingga ke 46 tahun dan ke-atas. Seramai 13 orang iaitu 65% responden terdiri daripada golongan remaja yang paling ramai, seramai 3 orang atau 15% responden berumur 26 – 35 yang mana mencatatkan kajian yang kedua tertinggi. Bagi golongan yang berumur 36 – 45 dan 46 tahun dan ke-atas, iaitu masing-masing seramai 2 orang yang merangkumi 10%.

Jadual 2: Jantina dan status perkahwinan responden

Jantina

Jumlah

(RESPONDEN)

Peratus

(%)

Status

Perkahwinan

Jumlah

(RESPONDEN)

Peratus

(%)

Lelaki

10

50

Bujang

15

75

Perempuan

10

50

Berkahwin

5

25

Daripada seramai 20 orang responden, jumlah bagi responden perempuan adalah seramai 10 orang yang mewakili 50% dan seramai 10 orang responden lelaki juga mewakili 50%.

Bagi status perkahwinan yang telah dikaji, seramai 15 orang responden yang masih bujang, iaitu 75% daripada keseluruhan responden dan selebihnya telah berkahwin iaitu 5 orang, 25%.

Jadual 3: Bangsa responden

Bangsa

Jumlah

(RESPONDEN)

Peratus

(%)

Melayu

10

50

Cina

5

25

India

5

25

Jadual diatas menunjukkan bahawa responden yang dikaji adalah daripada berbilang bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Seramai 10 orang responden yang berbangsa Melayu yang telah kami kaji iaitu mewakili 50% dan bagi bangsa Cina dan India, masing-masing seramai 5 orang, iaitu 25% bagi peratusan daripada keseluruhan kajian.

Jadual 4: Tempoh menetap di Johor

Tempoh

Jumlah

(RESPONDEN)

Peratus

(%)

< 1 tahun

10

50

> 10 tahun

10

50

Jadual 4 adalah analisis yang terakhir bagi mengkaji latar belakang responden. Seramai 10 orang menetap di Johor kurang daripada 1 tahun dan 10 orang responden telah menetap di Johor selama 10 tahun lebih yang mana masing-masing mewakili 50% daripada peratusan kajian. Analisis ini menunjukkan, terdapat responden yang memang berpengalaman dalam cara kehidupan dan budaya orang Johor dan selebihnya masih lagi penduduk baru yang mungkin hanya tinggal di Johor untuk bekerja, belajar dan sebagainya.

KAJIAN PEMAKAIAN TRADISIONAL MELAYU DI JOHOR

Carta pie 1: Pengetahuan tentang sejarah-sejarah pakaian tradisional melayu negeri Johor

55%45%6. Adakah anda mengetahui tentang sejarah-sejarah pakaian tradisional Melayu negeri JohorYATIDAK

Berdasarkan carta pai di atas, sebanyak 55% responden iaitu bersamaan dengan 11 responden yang mengetahui tentang sejarah-sejarah pakaian tradisional Melayu negeri Johor. Manakala 45% lagi yang bersamaan dengan 9 orang responden tidak mengetahui mengenai sejarah-sejarah pakaian tradisional Melayu negeri Johor. Ini menunjukkan hampir sebahagian besar daripada masyarakat Johor yang masih tidak mengetahui mengenai sejarah pakaian negeri tersebut. Sebagai contoh sejarah baju kurung teluk belanga. Ianya bermula pada abad 19 di zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar, Sultan Johor (Tahun1866). Baginda telah memperkenalkan baju kurung ini yang mengambil nama sempena dari Teluk Belanga, Singapura iaitu ibu negeri Johor yang akhirnya baju kurung ini menjadi ciri khas kepada pemakaiaan rakyat negeri Johor. Lazimnya di negeri Johor memanggil baju kurung sama ada untuk lelaki atau wanita yang kemudian dipanggil baju Melayu teluk belanga bagi lelaki. Baju kurung lelaki hanya dibezakan melalui koceknya (poket) iaitu lelaki mempunyai satu kocek kecil di bahagian atas dan dua kocek besar di bahagian bawah baju manakala untuk wanita diletakkan sama ada di kiri atau kanan di bahagian pesak yang dijahit secara tersembunyi.

Carta pie 2: Pengetahuan tentang kepelbagaian dalam pakaian masyarakat melayu di Johor

Berdasarkan rajah di atas, dapat kita lihat bahawa 60% daripada responden iaitu bersamaan dengan 12 orang responden yang mengetahui tentang kepelbagaian dalam pakaian masyarakat Melayu di Johor. Sebaliknya 40% lagi iaitu 8 orang responden tidak mengetahui tentang kepelbagaian dalam pakaian masyarakat Melayu di Johor. Contoh pakaian tradisional masyarakat Johor ialah Baju Riau, Baju Kurung, Baju Teluk Belanga, Baju Melayu Cekak Musang dan Baju Belah Kebaya Panjang. Baju Belah Kebaya Panjang dipakai oleh wanita Johor dalam majlis-majlis rasmi sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau. Pola baju belah panjang ini masih bersifat menutup anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ianya berbelah dan berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai ‘baju panjang’ dan ‘kebaya panjang’. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang di tutup dengan kancing atau kerongsang tiga.

Carta pie 3: Pengamalan pemakaian pakaian tradisional melayu di negeri Johor

Carta pai di atas menunjukkan hanya 45% responden iaitu 9 orang responden yang mengamalkan memakai pakaian tradisional Melayu negeri Johor manakala lebih daripada separuh iaitu 55% responden yang tidak mengamalkan memakai pakaian tradisional Melayu negeri Johor. 55% responden ini bersamaan dengan 11 orang responden. Di sini kita dapat lihat masih ramai lagi masyarakat Johor yang tidak mengamalkan pemakaian pakaian tradisional Melayu negeri tersebut. Berkemungkinan mereka tidak mengamalkannya kerana merasakan pakaian tersebut tidak sesuai pada masa sekarang atau pakaian tersebut sukar untuk didapatkan pada masa sekarang ini.

Carta pie 4: Pemakaian pakaian tradisional oleh anak muda di zaman sekarang

Merujuk carta pai di atas, 50% daripada responden selalu melihat anak muda sekarang memakai pakaian tradisional manakala 50% lagi responden tidak selalu melihat anak muda sekarang memakai pakaian tradisional. Ini menunjukkan masih ada lagi anak muda sekarang yang mahu meneruskan tradisi memakai pakaian tradisional dan merasa bangga dengan pakaian tradisional masyarakat mereka. Bagi responden yang tidak selalu melihat anak muda sekarang memakai pakaian tradisional, berkemungkinan besar disebabkan anak muda ini hanya memakai pakaian tradisional semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha sahaja tetapi tidak untuk hari-hari biasa atau di majlis-majlis rasmi seperti yang dilakukan oleh masyarakat dahulu. Oleh sebab itu anak-anak muda ini jarang kelihatan memakai pakaian tradisional.

Carta pie 5: Keperluan masyarakat zaman ini memakai pakaian tradisional

Berdasarkan rajah di atas, dapat kita lihat bahawa 100% responden iaitu kesemua 20 orang responden bersetuju bahawa masyarakat zaman kini mestilah meneruskan tradisi memakai pakaian tradisional supaya pakaian ini tidak dilupakan. Selain itu, pakaian tradisional ini merupakan lambang dan keistimewaan bagi sesebuah masyarakat. Masyarakat kini juga perlu meneruskan pemakaian pakaian tradisional ini supaya generasi akan datang berpeluang untuk mengetahui pakaian tradisional masyarakat Melayu di negeri Johor.

Jadual 5: Kekerapan responden memakai pakaian tradisional melayu Johor

Kekerapan memakai pakaian tradisional melayu Johor

Jumlah

(RESPONDEN)

Peratus

(%)

Setiap hari

0

0

Setahun sekali

10

50

Sebulan sekali

10

50

Jumlah

20

100

Jadual 1 merupakan rumusan yang menunjukkan kekerapan responden memakai pakaian tradisional melayu Johor dalam bentuk peratusan. Daripada jadual di atas kita dapat melihat bahawa peratusan responden yang memakai pakaian tradisional sebulan sekali menyamai peratusan responden yang memakai pakaian tradisional setahun sekali iaitu sebanyak 50% dan responden yang memakai pakaian tradisional pada setiap hari adalah 0% berdasarkan jadual di atas.

Rajah 1: Waktu memakai pakaian tradisional melayu

Rajah di atas berkait rapat dengan Jadual 5. Ini adalah kerana, kebanyakan responden yang memakai pakaian tradisional sebulan sekali atau setahun sekali memakainya sewaktu musim perayaan sahaja dan ini dapat dibuktikan melalui rajah di atas, di mana kadar peratusan responden yang memakai pakaian tradisional ketika musim perayaan amat tinggi iaitu 50%. Selain itu juga, baju tradisional bukan sahaja boleh dipakai ketika musim perayaan sahaja, ia juga turut dipakai ke tempat kerja dan juga ke majlis-majlis formal dimana masing-masing memperolehi 40% dan 10% daripada pilihan responden.

Rajah 2: Pakaian tradisional yang berasal dari Johor

Setiap pakaian tradisional melayu yang berada dalam rajah 2 diatas merupakan pakaian yang berasal dari negeri Johor dan dapat dilihat setiap responden mengetahui asal-usul pakaian-pakaian tersebut. Namun begitu, baju teluk belanga lebih sinonim apabila dikaitkan dengan negeri Johor dan ini dibuktikan melalui rajah di atas iaitu seramai 11 orang responden memilih baju tersebut sebagai pakaian yang berasal dari negeri Johor walhal pada hakikatnya ketiga-tiga pakaian tersebut juga berasal dari negeri yang sama iaitu Johor. Selain itu juga, tidak ramai responden yang menyedari bahawa baju melayu cekak musang dan juga baju kurung merupakan antara pakaian tradisional yang berasal dari negeri Johor.

Carta pie 6: Keselesaan pemakaian pakaian tradisional

Faktor penting yang mendorong seseorang untuk memakai pakaian tradisional melayu pada hari ini ialah faktor keselesaan baju tersebut dan berdasarkan Rajah 3 diatas, 50% responden mengatakan bahawa mereka selesa ketika mengenakan pakaian tradisional melayu manakala, 50% reponden yang lain mengatakan yang mereka tidak selesa ketika memakai pakaian tradisional tersebut.

Jadual 6: Pemakai pakaian tradisional melayu diklasifikasikan sebagai kolot

Pemakai pakaian tradisional melayu diklasifikasikan sebagai kolot

Jumlah

(RESPONDEN)

Peratus

(%)

Ya

0

0

Tidak

20

100

Jumlah

20

100

Selain keselesaan pada si pemakai, kami juga ingin mengetahui pendapat responden mengenai pemakaian pakaian tradisional melayu pada hari ini yang dikatakan kolot oleh sesetengah pihak. Namun begitu, kesemua responden yang terlibat tidak menyokong pendapat yang mengatakan bahawa pemakai yang memakai pakaian tradisional dikatakan sebagai kolot. Ini dibuktikan melalui Jadual 2 di atas iaitu 100% responden tidak mengkategorikan pemakai yang memakai baju tradisional melayu sebagai kolot. Ini adalah kerana, pakaian tradisional melayu masih dipakai sehingga ke hari ini oleh semua golongan usia di Malaysia termasuklah pemimpin-pemimpin negara kita berikutan fesyennya yang tidak luput dek zaman terutamanya baju kurung dan baju melayu cekak musang yang boleh dilihat sehingga ke hari ini.

Jadual 7: Perbandingan terhadap pandangan responden tentang pemakaian pakaian Melayu tradisional Johor

Tahap kefahaman

Jumlah

(RESPONDEN)

Peratus

(%)

Setuju

20

100

Tidak setuju

0

0

Jumlah

20

100

Jadual di atas menunjukkan pandangan responden terhadap pemakaian pakaian Melayu tradisional Johor dapat mengekalkan identiti negeri Johor. Seramai 20 responden daripada 20 responden yang ditemu duga setuju bahawa dengan mengamalkan pemakaian pakaian Melayu tradisional Johor, identiti negeri Johor dapat dikekalkan.

Jadual 8: pemodenan pakaian Melayu tradisional Johor untuk menarik minat remaja zaman sekarang.

Tahap kefahaman

Jumlah

(RESPONDEN)

Peratus

(%)

Setuju

2

10

Tidak setuju

18

90

Jumlah

20

100

Setelah borang selidik diedarkan dan dijawab oleh responden, didapati bahawa 10% daripada responden setuju bahawa pakaian Melayu tradisional Johor perlu dimodenkan untuk menarik minat remaja zaman sekarang. Manakala, seramai 90% iaitu majoriti responden tidak setuju tentang pemodenan pakaian Melayu tradisional Johor. Jadual di bawah menunjukkan tahap kefahaman responden tentang pemodenan pakaian Melayu tradisional Johor untuk menarik minat remaja zaman sekarang.

Jadual 9: perbandingan terhadap perasaan bangga orang Johor yang mempunyai pakaian Melayu tradisional sendiri.

Tahap kefahaman

Jumlah

(RESPONDEN)

Peratus

(%)

Setuju

20

100

Tidak setuju

0

0

Jumlah

20

100

Menurut kajian soal selidik yang telah dijalankan , didapati bahawa semua responden berjumlah 20 orang berasa bangga kerana memiliki pakaian Melayu tradisional Johor sendiri. Berdasarkan jadual di bawah 100% responden berasa bangga kerana mempunyai baju Melayu tradisional Johor .

Soal selidik juga dijalankan bagi mengetahui pendapat responden tentang cara memastikan pakaian Melayu tradisional Johor tidak lenyap ditelan zaman. Terdapat tiga opsyen yang diberikan kepada responden iaitu membuat seminar tentang kepentingan pakaian tradisional Melayu di negeri Johor, memupuk budaya mengamalkan memakai pakaian tradisional Melayu dari zaman kanak – kanak dan juga pendapat yang diberikan oleh responden sendiri.

Carta pie 7: Cara untuk memastikan pakaian melayu tradisional Johor tidak hilang begitu sahaja

Berpandukan pie chart di atas , didapati bahawa 55% responden yang mewakili 11 orang yakin bahawa membuat seminar tentang kepentingan pakaian Melayu tradisional di negeri Johor dapat memastikan pakaian tradisional ini tidak lesap ditelan zaman. Manakala 45% responden pula, berpendapat bahawa memupuk budaya mengamalkan memakai pakaian Melayu tradisional Johor dari zaman kanak – kanak adalah cara yang paling sesuai di jalankan. Tiada responden yang berpendapat selain daripada dua opsyen di atas.

Jadual 10: harga pakaian Melayu tradisional Johor yang mahal menjadi salah satu sebab hilangnya warisan kebudayaan negeri ini.

Tahap kefahaman

Jumlah

(RESPONDEN)

Peratus

(%)

Setuju

3

15

Tidak setuju

17

85

Jumlah

20

100

Jadual diatas menunjukkan bahawa didapati 15% daripada responden setuju bahawa pakaian Melayu tradisional Johor yang mahal menyebabkan warisan budaya Johor lenyap. Seperti yang kita tahu pakaian tradisional masa kini lantaran membuat pakaian ini sangat susah dan tidak ramai orang yang mengetahui cara untuk membuat baju ini, di samping aksesori pakaian ini sukar untuk didapati. Manakala, seramai 85% iaitu majoriti responden tidak setuju bahawa pakaian Melayu tradisional Johor yang mahal menyebabkan warisan budaya Johor lenyap. Hal ini demikian kerana , mereka berpendapat bahawa walaupun pakaian ini mahal ia tidak menghalang untuk membelinya kerana pakaian ini amat penting untuk dikekalkan.

Rumusan

Secara rumusannya pemakaian traditional adalah amat penting dan harus diambil serius kerana demi memartabatkan budaya dan adat di negeri johor , bak kata pepatah “biar mati anak , jangan mati adat “ , yang melambangkan betapa pentingnya budaya bagi negeri Johor . Melihat kepada analisis yang dijalankan , setakat ini masalah dalam ilmu pemakaian traditional di Johor tidaklah begitu kritikal , dimana masyarakat pada era ini masih mengetahui tentang adat pemakaian traditional di negeri Johor .

Cadangan yang kami telah bincang diantara kumpulan kami adalah kami dapati bahawa pengetahuan tentang adat pemakaian negeri Johor ini harus di didik dari kecil lagi ,dimana di sekolah rendah lagi . Lebih jelas lagi , menambah satu subjek kokurikulum dimana subjek itu adalah tentang kebudayaan . Ini adalah salah satu alternatif untuk mendedahkan kebudayaan negeri Johor kepada pelajar-pelajar mahupun guru-guru. Selain itu , mengadakan bengkel-bengkel kesenian , dimana segala pengetahuan tentang adat dan budaya di negeri Johor dapat di dedahkan .

Akhir sekali , dalam kajian kami iaitu tentang Adat Pemakaian traditional melayu di negeri Johor ini amat memberi impak terhadap kami , dimana secara tidak lansung kami dapat mengatahui lebih dalam dan terperinci tentang adat pemakaian traditional melayu di negeri Johor dan juga secara tidak langsung dapat mengetahui kebudayaan negeri johor . Oleh itu , kami berharap agar kajian kami ini dapat membuka mata semua pelajar terutamanya pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia , betapa pentingnya adat dan kebudayaan di Malaysia .

Rujukan

1. 1 . A. Kadir Ahmad , Apa pentingnya adat? Mastika. 48(10): 54; Okt. 1988 MS 059.9923 M.

2. Rosita Jaafar , Malay traditional attire = pakaian tradisi Melayu . Petaling Jaya , Selangor : Pusat Rekaan Fesyen FTIM , 2009 .

3. En . Nor Adlyizan Theis , Becon.(hons)(ukm),pemantun UKM .

4. Abdul Ghani Shahmaruddin , Adat dipakai baru kain dipakai lusuh. Dewan Budaya . 5(3): 4-5; Mac 1983.MS 959.5005. DB.

5. Mohd. Taib Osman , Kesenian, adat resam dan tradisi. Dewan Budaya. 16(11): 63-66; Nov. 1994.MS 959.5005 DB.

6. Wan Abdul Kadir , Masyarakat dan budaya tradisional. Malaysia Dari Segi Sejarah. (12): 178-193; 1983.MS 959.5005 MSS .

7. Abbas Alias dan Norwani Md. Nawawi , Pakaian Melayu sepanjang zaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003.M 391.00899923 ABB.

8. Baharin Ramly , Pakaian tradisi Melayu sesuai dan selesa dipakai. Utusan Pengguna. 10(7): 15; Jul. 1988.MS 381.3305 UP ff .

9. Fauziah Hassan , Ikat Johor Tanjung Puteri untuk pakaian di Aidilfitri. Wanita. (226): 90-91 ; Mei 1988.MS 059.9923 W ff .

10. Mohd. Said Hj. Sulaiman , Pakai patut Melayu. Johor Bahru: [s.n.], 1931.MN 391.00899923 MSS.

Lampiran

60%40%7. Adakah anda mengetahui tentang kepelbagaian dalam pakaian masyarakat Melayu di Johor?YATIDAK

� EMBED Excel.Chart.8 \s ���

� EMBED MSGraph.Chart.8 \s ���

_1479070110.xls

Chart1

MUSIM PERAYAAN

MAJLIS FORMAL

KE TEMPAT KERJA

Waktu memakai pakaian tradisional melayu (%)
50
10
40

Sheet1

Waktu memakai pakaian tradisional melayu (%)

MUSIM PERAYAAN50

MAJLIS FORMAL10

KE TEMPAT KERJA40

To resize chart data range, drag lower right corner of range.

_1479070336.xls

Chart1

YA

TIDAK

KESELESAAN KETIKA MEMAKAI PAKAIAN TRADISIONAL
50
50

Sheet1

KESELESAAN KETIKA MEMAKAI PAKAIAN TRADISIONAL

YA50

TIDAK50

3rd Qtr1.4

4th Qtr1.2

To resize chart data range, drag lower right corner of range.

_1479071848.xls

Chart1

YA

TIDAK

7. Adakah anda mengetahui tentang kepelbagaian dalam pakaian masyarakat Melayu di Johor?
12
8

Sheet1

7. Adakah anda mengetahui tentang kepelbagaian dalam pakaian masyarakat Melayu di Johor?

YA12

TIDAK8

To resize chart data range, drag lower right corner of range.

_1479072023.xls

Chart1

YA

TIDAK

8. Adakah anda mengamalkan memakai pakaian tradisional Melayu negeri Johor?
9
11

Sheet1

8. Adakah anda mengamalkan memakai pakaian tradisional Melayu negeri Johor?

YA9

TIDAK11

To resize chart data range, drag lower right corner of range.

_1479071297.xls

Chart1

Membuat seminar tentang kepentingan pakaian Melayu tradisional di negeri Johor

memupuk budaya mengamalkan memakai pakaian Melayu tradisional dari zaman kanak - kanak

lain - lain

Pendapat responden tentang cara memastikan pakaian Melayu tradisional Johor tidak hilang begitu saja
55
45
0

Sheet1

Pendapat responden tentang cara memastikan pakaian Melayu tradisional Johor tidak hilang begitu saja

Membuat seminar tentang kepentingan pakaian Melayu tradisional di negeri Johor55

memupuk budaya mengamalkan memakai pakaian Melayu tradisional dari zaman kanak - kanak45

lain - lain0

_1479070198.xls

Chart1

BAJU TELUK BELANGA

BAJU KURUNG

BAJU MELAYU CEKAK MUSANG

PAKAIAN TRADISIONAL YANG BERASAL DARI JOHOR
11
5
4

Sheet1

PAKAIAN TRADISIONAL YANG BERASAL DARI JOHORSeries 2Series 3

BAJU TELUK BELANGA112.42

BAJU KURUNG54.42

BAJU MELAYU CEKAK MUSANG41.83

Category 44.52.85

To resize chart data range, drag lower right corner of range.

_1479069381.xls

Chart1

Ya

Tidak

9. Adakah anda selalu melihat anak muda sekarang memakai pakaian tradisional?
10
10

Sheet1

9. Adakah anda selalu melihat anak muda sekarang memakai pakaian tradisional?

Ya10

Tidak10

To resize chart data range, drag lower right corner of range.

_1479069423.xls

Chart1

Ya

Tidak

10. Pada pendapat anda, perlukah masyarakat zaman ini untuk terus memakai pakaian tradisional ini?
20
0

Sheet1

10. Pada pendapat anda, perlukah masyarakat zaman ini untuk terus memakai pakaian tradisional ini?

Ya20

Tidak0

To resize chart data range, drag lower right corner of range.

_1479068947.xls

Chart1

YA

TIDAK

6. Adakah anda mengetahui tentang sejarah-sejarah pakaian tradisional Melayu negeri Johor
11
9

Sheet1

6. Adakah anda mengetahui tentang sejarah-sejarah pakaian tradisional Melayu negeri Johor

YA11

TIDAK9

To resize chart data range, drag lower right corner of range.

_1479068134.