mada · web view2019/03/31  · turut hadir sama ke majlis iaitu yb. tuan the see leong, adun kota...

3
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 bagi meraikan 114 kakitangan MADA yang berkhidmat dengan cemerlang pada tahun 2018. Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Yang Berhormat Tuan Sim Tze Tzin bertempat di Hotel Grand Alora, Alor Setar. Turut hadir sama ke majlis iaitu YB. Tuan The See Leong, ADUN Kota Darul Aman. Majlis Anugerah Cemerlang (APC) MADA 2018 diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf kualiti dan kuantiti sumbangan seseorang kakitangan melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya kepada MADA. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan anggota berkenaan sebagai contoh kepada lain-lain anggota untuk sama-sama meningkatkan lagi perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.

Upload: others

Post on 27-Jan-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 bagi meraikan 114 kakitangan MADA yang berkhidmat dengan cemerlang pada tahun 2018. Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Yang Berhormat Tuan Sim Tze Tzin bertempat di Hotel Grand Alora, Alor Setar. Turut hadir sama ke majlis iaitu YB. Tuan The See Leong, ADUN Kota Darul Aman.

Majlis Anugerah Cemerlang (APC) MADA 2018 diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf kualiti dan kuantiti sumbangan seseorang kakitangan melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya kepada MADA. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan anggota berkenaan sebagai contoh kepada lain-lain anggota untuk sama-sama meningkatkan lagi perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.

Selain itu, Anugerah Khas telah diberikan kepada Cik Siti Noor Mardiana Binti Shahrom, Pegawai Tadbir MADA yang telah mengunguli Johan di dalam Pertandingan Pidato Peringkat Negeri Kedah seterusnya mengharumkan nama MADA dipersada kebangsaan.