wahyu sebagai sumber sains teknologi dan kejuruteraan

Click here to load reader

Download Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Post on 31-May-2015

2.069 views

Category:

Education

10 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Menjelaskan kedudukan sains serta fakta-fakta saintifik yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Hadis

TRANSCRIPT

  • 1. Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Normurni Binti Mohamad Jabatan Pengajian Am Politeknik Banting

2. Topik ini menjelaskan kedudukan sains serta fakta- fakta saintifik yang terkandung dalam al-Quran dan al-Hadis. Hasil Pembelajaran Kursus : CLO 2 : Menerangkan al-Quran dan al-Hadith sebagai sumber sains, teknologi dan kejuruteraan. 3. Objektif 2.1. Memahami wahyu sebagai sumber sains, teknologi dan kejuruteraan. 2.1.1 Menjelaskan pengertian wahyu menurut Islam. 2.1.2 Menerangkan peranan wahyu menurut Islam. 2.1.3 Membincangkan wahyu sebagai sumber dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan. 2.2 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran dan al-Hadith. 2.2.1 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran. 2.2.2 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Hadith. 4. 2.1. Memahami wahyu sebagai sumber sains, teknologi dan kejuruteraan. 5. Pengertian wahyu Turun dari tempat yang tinggi Bahasa Wahyu adalah apa-apa yang diturunkan kepada nabi dan rasul-Nya, melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bentuk yang bertulis atau yang tidak bertulis yang mengandungi syariat Istilah 6. Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa: 163 Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (Wahai Muhammad) sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya dan Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, serta nabi-nabi keturunannya dan nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman, dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud Kitab Zabur 7. Wahyu yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW dengan lafaz bahasa Arab yang menjadi ibadat membacanya, ditulis pada mushaf dan dipindahkan secara mutawatir tanpa syubhah. Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa Surah al-Baqarah: 2 Yang mengajar manusia tentang apa yang tidak diketahui- Surah al-Alaq : 5 8. Menerangkan syariat Islam (Perkataan dan perbuatan mukallaf) Ibadah, muamalat, munakahat dan jenayah. Ilmu fiqah. Membersihkan akhlak Sifat mahmudah seperti benar, ikhlas, sabar Dipelajari dalam ilmu akhlak / tasawuf Menjelaskan aqidah Islam Beriman kepada Allah, malaikat, kitab- kitab, para rasul, hari akhirat Dipelajari dalam ilmu tauhid 9. Nas dalam al-Quran adalah kalam Allah. Tidak ada kelemahan dan kecuaian. Diturunkan dalam bahasa Arab yang jelas dari sudut lafaz dan makna Diturunkan secara mutawatir tanpa keraguan serta terjamin dipelihara oleh Allah Mukjizat yang tidak mampu ditandingi oleh manusia. 10. Wahyu sebagai sumber dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan Garis panduan kepada saintis dalam melaksanakan sesuatu ujikaji Menggalakkan supaya mengkaji alam tabii. Mengajak manusia supaya menggunakan akal fikiran dan mata hati untuk berfikir. Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut : 19 Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian Ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah. Hadis daripada Abu Zar r.a daripada Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Fikirkanlah mengenai segala makhluk Allah dan janganlah kamu memikirkan zat Allah kerana yang demikian akan menyebabkan kamu binasa (dalam kesesatan). Riwayat Abu al-Syeikh 11. Kitab yang menjadi sumber pelbagai cabang sains/teknologi al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat yang dapat menjadi panduan kepada pembentukan bidang-bidang dan cabang-cabang ilmu atau klasifikasi ilmu dalam Islam. Firman Allah dalam Surah Rum ayat 22 : Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan- keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan. 12. Menggalakkan pembangunan teknologi Memberi galakan dalam membina teknologi. Umat Islam mestilah sentiasa bersedia dengan teknologi semasa. Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya ayat 80: Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur? 13. Panduan dalam penggunaan teknologi Penggunaan teknologi bagi membangunkan alam tidak boleh merosakkan dan memusnahkan alam serta nilai akhlak manusia. Ayat al-Quran yang berkaitan adalah dalam Surah Rum:41 Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). 14. Menjadikan sains teknologi dan kejuruteraan mencapai fakta dan bukti ke arah kebenaran Menunjukkan kebenaran hakikat sesuatu kejadian yang diciptakan Allah berdasarkan bukti dan fakta sains, teknologi dan kejuruteraan Islam Contoh: Teori Ledakan Besar (The Big Bang Teori) Ada yang percaya kepada teori keadaan yang tidak berubah (steady state) iaitu dunia ini adalah seperti purbakala, tidak berubah. Dibuktikan dengan ayat-ayat al-Quran. 15. 2.2. Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran dan al-Hadith. 16. Fakta al-Quran & al-Hadis Alam tabie Manusia Flora Fauna 17. Alam Tabie Istilah yang sering diguna pakai untuk alam tabii adalah kosmos / cosmos yang bermaksud tertib, harmoni, peraturan dan perhiasan. Alam tabii meliputi seluruh langit dan isi kandungannya serta penghuninya, bumi dan seluruh isi kandungannya serta penghuninya dan juga segala apa yang berada antara di langit dan bumi. Surah Al-Fussilat ayat 53: Maksudnya : Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? 18. Alam diciptakan bukan terjadi dengan sendiri. Surah Al-Baqarah ayat 117 Maksudnya: Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia Surah Al-Furqan ayat 59 Maksudnya: Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya. Surah Nuh ayat 15 16 Maksudnya : "Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, "Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang). Alam diciptakan berpasangan Surah ar-Rad ayat 3 Maksudnya: Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. Surah An-Naba ayat 8 Maksudnya Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang 19. Peredaran planet bumi dalam orbitnya mengelillingi matahari. Surah Al-Anbiya ayat 33 Maksudnya: Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing- masing (di angkasa lepas). Surah Yaasin ayat 38 Maksudnya : Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui Surah Yaasin ayat 38 Maksudnya : Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui Penciptaan langit Surah Fussilat ayat 11 Kemudian Ia menunjukkan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!" Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela" Surah Al-Qaf ayat 6 Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasainya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikit pun. 20. Menjelaskan mengenai wujudnya kejadian siang dan malam dalam Al-Quran Surah Az-Zumar ayat 5 Maksudnya: Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, - tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni. Kejadian dan proses terjadinya awan. Surah an-Nur ayat 43 Maksudnya: Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarakkan awan, kemudian mengumpulkan antaranya kemudian Dia menjadikannya bertindih-tindih, maka kamu kan melihat hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah juga menurunkan air dari langit iaitu dari gumpalan-gumpalan awan seperti gunung-gunung. Menjelaskan berlakunya fenomena hujan. Surah az-Zukhruf ayat 11 Maksudnya: Dan (Dia lah) yang menurunkan hujan dari menurut sukatan yang tertentu, lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur). Kejadian matahari Surah az-Zukhruf ayat 11 Maksudnya: Dialah yang menjadikan matahari bersinar (nur), bulan bercahaya (Dhiya) d