wafayat al a'yan

Upload: jua-azura

Post on 18-Jul-2015

165 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

1

KITAB WAFIYAT AL-AYAN

1.0 PENGENALAN

Penulisan kitab-kitab sejarah telah bermula sejak dari abad ke 3, 4 dan 5 hijrah. Mereka mula menulis sumber-sumber untuk zaman Rasulullah SAW, khulafa al-Rashidin, Umaiyah dan Abbasiyyah. Ramai sejarawan mula menulis tentang keempat-empat zaman ini. Dan kesemuanya merupakan kitab-kitab yang boleh dijadikan sumber kepada zaman-zaman tersebut. Antara tokoh-tokoh sejarawan berkenaan ialah seperti Khalifah ibn Khayyat, Ibn Qutaibah al-Dinawari, al-Baladhuri, Abu Hanifah al-Dinawari, al-Yaqubi,, Ibn Jarir alTabari dan al-Masudi. Pada abad ke 5 hijrah, semakin ramai yang muncul yang tulisan mereka mencakupi banyak zaman.

Penulisan para sejarawan ini kemudiannya disebar luaskan lagi dengan pelbagai kaedah penulisan. Sejarawan-sejarawan Islam menulis teks sejarah dengan pelbagai kaedah atau metodologi. Sejarawan Islam mula menulis sumber-sumber sejarah dengan menggunakan kaedah riwayat beserta sanad-sanadnya.

Setelah meluasnya pembukuan buku-buku sejarah ini pada kurun yang kedua hijrah, maka sejarawan-sejarawan mula mengumpulkannya. Mereka mula meneliti semula kitabkitab sejarah tersebut dan mula menulis semula dengan kaedah yang baru iaitu dengan membincangkan terus kisah-kisah tersebut tanpa menggunakan kaedah riwayat bersanad. Namun begitu, al-Tabari masih menggunakan kaedah penulisannya dengan menggunakan sanad tersebut.1

Penulisan teks sejarah Islam dibahagikan pula kepada dua kaedah penulisan iaitu: a) Sejarah mengikut kronologi( al-Hawli ) b) Sejarah mengikut tajuk atau tematik ( al-Maudhuie ) Teks sejarah yang ditulis mengikut tajuk ini pula terbahagi kepaad tiga bahagian iaitu: i) ii) iii)1

Sejarah kerajaan-kerajaan. Sejarah mengikut peringkat / tahap ( tabaqat ) Sejarah mengikut keturunan/ biografi ( nasab )

Abd al-Aziz Salim. 1981. Al-Tarikh wa al-Muarrikh al-Arab. Beirut : Dar al-Nahdhah al-Arabiah. Hlm 75 96.

2

Kitab yang dipilih kali ini adalah disusun mengikut keturunan dan biografi atau nasab.

2.0 PENULISAN BIOGRAFI

Jika dilihat dari satu sudut, sanjungan harus diberikan kepada bangsa Arab atas usaha mereka dalam bidang penulisan biografi dan penulisan sirah. Dan boleh dikatakan mereka telah mendahului orang-orang Barat dalam penulisan ini selama beberapa abad. Ini ialah kerana penulisan biografi Arab telah memberikan perhatian kepada kalangan anak bangsa mereka seperti mana ahli-ahli sejarah menumpukan perhatian kepada kalangan pemerintah dan raja-raja. Penulis-penulis biografi Arab mengabadikan sejarah hidup individu-individu yang bukan dari kalangan pemerintah atau raja-raja sahaja, tetapi individu yang diabadikan oleh mereka terdiri dari ahli-ahli tatabahasa, penyair-penyair, penulis-penulis, qadhi-qadhi, ahli-ahli perubatan, ahli-ahli tasawuf, ahli-ahli hadith, ahli-ahli tafsir, panglima-panglima, ahli-ahli sejarah, tokoh-tokoh pelbagai mazhab dan terdapat juga biografi individu-individu yang hidup dalam satu abad atau dalam satu negeri atau yang mempunyai persamaan dalam sifat-sifat tertentu.

Penulisan-penulisan biografi ini dapat dilihat seumpamanya dalam al-Tabaqat alKabir oleh Ibn Sad (Meninggal dunia 230H/844M ), Tabaqat al-Shuara oleh Ibn Salam ( meninggal dunia 231H/845M ), Tabaqat al-Nussak oleh Ibn Said al-Arabi ( meninggal dunia 341H/ 952M ), Mujam al-Udaba oleh al-Yaqut ( meninggal dunia 626H/1228M ) dan beberapa buah buku lagi yang ditulis oleh beberapa orang penulis dalam bidang tersebut dan telah memberikan sumbangan ke arah perkembangan bidang ini.

Penulis-penulis Arab bukan sahaja mendahului orang-orang Barat dalam bidang ini, malah telah menghasilkan banyak karya yang meluas dan beraneka yang memberikan perhatian kepada tokoh-tokoh setiap ilmu pengetahuan dan kesenian atau tokoh-tokoh dalam satu masa atau satu negeri atau satu kota di samping meneliti nama-nama tokoh berkenaan, menyelidik tahun-tahun kematian tokoh-tokoh tadi serta tahun-tahun kelahiran mereka seberapa dalam yang mungkin. Selain itu, diterangkan juga peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah hidup tokoh-tokoh itu dan menyebutkan karya-karya yang dihasilkan oleh mereka

3

atau sebahagian darinya dengan memberikan contoh-contoh puisi atau prosa yang dihasilkan oleh mereka.

Sementara itu, orang-orang Arab juga telah mendahului orang-orang lain dalam penulisan autobiografi sendiri sama ada dalam bentuk catatan hidup pengarangnya atau jadual harian yang dicatat aktiviti-aktiviti yang penting. Dalam autobiografi ini, terdapat pengarang-pengarang yang menulis riwayat hidup mereka sendiri, umpamanya Ibn Sina yang meninggal dunia pada tahun 428H/1036M dan Ibn Khaldun ( meninggal dunia 808H/1403M ) dalam bukunya al-Tarif yang mencatatkan kisah hidupnya, pengembaraanya, peristiwaperistiwa yang dialaminya serts puisi-puisi yang dihasilkannya.2

Oleh itu, penulisan biografi oleh penulis-penulis Arab telah muncul beberapa abad sebelum dikenali oleh orang-orang Barat. Buku yang dipilih kali ini bertajuk Wafiyat al-Ayan Wa Anba Abna al-Zaman oleh Ibn Khalikan. Buku ini telah ditahkik oleh Dr. Ihsan Abbas. Buku ini diterbitkan oleh Dar alThaqafah, Beirut, Lubnan.

3.0 BIODATA PENULIS

Penulis buku ini ialah Ahmad ibn Muhamad ibn Ibrahim ibn Khalikan. Beliau lahir pada tahun 608H/1211M di Bandar Irbal yang terletak di tebing timur Sungai Dajlah dan tidak berapa jauh dari kota Musal. Beliau mendapat pendidikan awal di tempat lahirnya. Kemudian beliau berpindah ke kota Musal dan menjadi murid kepada al-Imam Kamaluddin ibn Yunus. Kemudian beliau berpindah pula ke Kota Halab pada tahun 626H dan menetap di sana selama dua tahun. Dalam tempoh tersebut, beliau telah mempelajari ilmu fiqh dengan alSheikh Baha al-Din Abi al-Mahasin Yusuf ibn Shadad. Di samping itu , beliau juga mempelajari ilmu tatabahasa dengan Muwafiq al-Din Abi al-Baqa Yaish ibn Ali.

Pada tahun 633H beliau mengembara pula ke Kota Kaherah. Di sinilah beliau mula memegang beberapa jawatan seperti timbalan kepada Badr al-Din al-Sinjari yang merupakan qadi besar ketika itu. Beliau tinggal di Kaherah sehingga tahun 659H., Beliau tinggal di

2

Osman Khalid, 1988, Pengenalan Buku-buku Utama Islam, Kuala Lumpur: Al-Rahmaniah, hlm. 159 162.

4

Mesir hanya selama tujuh tahun sahaja sebelum beliau kembali semula ke Syam dan dilantik menjadi qadi besar di sana. Walau bagaimanapun, pada tahun 680H beliau dilucutkan jawatan.

Beliau meninggal dunia pada tahun 681H /1282M di Damsyik.. Menurut Ibn al-Emad al-Hanbali dalam bukunya Shazarat al-Zahab, beliau mengatakan Ibn Khalikan merupakan seorang yang tampan, petah bercakap, luas pengetahuan, berani dan bersih jiwanya. Menurut al-Zahabi pula beliau merupakan seorang imam yang mempunyai kelebihan, seorang yang matang dalam mazhab Shafie, mampu mengeluarkan fatwa-fatwa yang baik, punya pengetahuan yang luas mengenai bahasa Arab, sastera, puisi dan sejarah. Menurut Ibn alEmad al-Hanbali lagi, tiada seorang pun yang berani mengumpat orang lain di hadapannya dan beliau sentiasa melindungi orang lain dari diburuk-burukkan atau dicemarkan namanya.3

4.0 BUKU WAFIYAT AL-AYAN

Pada pendahuluan buku ini, tidak diterangkan tarikh ianya mula ditulis. Tetapi hanya disebut bahawa buku ini telah disusun di Kaherah pada tahun 654H. Pada bahagian penutup buku ini pula menjelaskan bahawa penyusunan tersebut bukanlah dalam bentuk terakhir bagi buku ini, Malah beliau masih menyemak dan memperbaiki serta menambahkannya, Saya meninggalkan negeri Mesir menuju ke negeri Syam pada tahun 659H untuk bertugas dengan Abu al-Fath Bebras, kemudian saya dilucutkan jawatan selepas 10 tahun berkhidmat, saya kembali ke Mesir pada tahun 669H. Ini membolehkan saya menumpukan perhatian bagi menyemak buku-buku yang ingin saya ikutinya, saya menemui apa yang saya perlukan dan saya sempurnakan buku itu pada tahun 672H.

Melalui pendahuluan ini, dapatlah difahami bahawa beliau telah menghabiskan masa beberapa tahun untuk megumpul bahan-bahan buku ini serta catatan-catatannya dan ianya telah disemak beberapa kali sebelum disempurnakan. Sememangnya pengembaraan yang luas dan ditambah dengan bacaan yang luas serta saling berhubung dengan para ulama menjadi punca beliau mendapat ilmu serta makumat yang luas dalam pelbagai bidang seperti sejarah.

3

Osman Khalid. 1988. hlm. 161 162.

5

Dr. Ihsan ibn Abbas sebagai penyunting buku ini telah membahagikan buku ini kepada 8 jilid. Tokoh pertama yang ditulis oleh beliau ialah Ibrahim al-Nakhaie. Di dalam jilid yang pertama, penyunting telah menerangkan latar belakang Ibn Khalikan dan memasukkan seramai 107 orang tokoh bagi hurf alif, 15 orang bagi huruf ba, 6 orang untuk hurf ta,hanya dua orang untuk huruf tha dan seramai 18 orang untuk hurf jim. Jilid yang kedua pula memgumpulkan tokoh-tokoh yang bermula dari huruf ha sehingga huruf zho iaitu seramai 169 orang. Manakala di dalam jilid yang ketiga, senarai tokoh adalah dari huruf ain sahaja yang bermula dengan tokoh bernama Asim ibn Abi al-Najud sehingga tokoh yang bernamaIsa ibn Abdullah. Tokoh bagi hurf ain adalah seramai 205 orang. Tokoh-tokoh bermula dari huruf ghin hingga huruf mim pula diletakkan di dalam jilid yang ke-4 oleh penyusun buku Wafiyat al-Ayan yang merangkumi 161 orang tokoh. Tokoh bagi huruf mim telah disambung penerangannya dalam jilid yang ke-5 bersama dengan tokoh-tokoh yang bermula dari huruf nun iaitu seramai 87 orang kesemuanya. Jilid yang ke-6 bermula dengan tokoh yang bermula denga huruf wau iaitu Wasil ibn Ata sehingga kepada tokoh terakhir yang bermula dari huruf ya iaitu Yaqub ibn al-Laith. Jumlah tokoh yang ditulis oleh Ibn Khalikan adalah seramai 828 orang kesemuanya.

5.0 METODOLOGI PENULISAN Bagi buku Wafiyat al-Ayan ini, ia ditulis atas kaedah atau metodologi mengikut nasab atau pun biografi. Walau bagaimanapun, ditulis juga beberapa sejarah dan peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku seiring dengan zaman tokoh yang diibncangkan itu. Contohnya Ibn Khalikan berkata dalam kitabnya pada jilid 4 halaman 117-118 : "Bila tiba awal bulan Safar, mereka menghiasi kubah-kubah dengan aneka hiasan yang indah dan mewah. Pada setiap kubah ada sekumpulan para penyanyi. Ahli penunggang kuda, dan pelawak. Pada hari itu manusia tidak bekerja kerana ingin bersenang-senang di kubah-kubah tersebut bersama para penyanyi..dan bila maulid kurang dua hari, raja mengeluarkan unta, sapi dan kamibng, yang tak terhitung jumlahnya, dengan diiringi suara terompet dan nyanyian sampai tiba di lapangan.Pada malam maulid, raja mengadakan nyanyian setelah solat Maghrib di benteng. Kisah ini dikaitkan dengan tokoh yang diceritakan iaitu Zainuddin Ali dan perisitiwa yang berkaitan dengan beliau pada ketika itu.

6

Kitab Wafiyat al-Ayan keseluruhannya adalah berkisar tentang tokoh dan biogarafi seseorang tokoh. Sejarah atau perisitiwa-peristiwa yang berlaku hanya dimasukkan di bawah setiap biografi seseorang tokoh tersebut sahaja.

Kitab ini mengandungi sejarah satu kumpulan tokoh terbilang yang merangkumi 828 orang kesemuanya. Ianya termasuklah raja-raja, ketua-ketua, penyair-penyair, penulispenulis, alim ulama, pengarang-pengarang, ahli perubatan, ahli falsafah serta mereka yang terkenal sama ada lelaki atau perempuan dan sama ada dari kalangan orang Islam atau pun bukan Islam.

Buku ini disusun oleh pengarangnya mengikut susunan huruf abjad dengan didahulukan nama-nama yang bermula dengan huruf hamzah dan berakhir dengan huruf ya. Oleh itu, dapatlah dilihat nama Ibrahim mendahului nama Jamal al-Din dan Abd al-Aziz mendahului nama Mahmud. Walau bagaimanapun, beliau hanya mementingkan huruf pertama dan kedua sahaja. Maka kita akan lihat nama Muslim ibn al-Hajjah al-Nisaburi disebut dahulu dari nama Masud ibn Masud dan nama ini disebut terlebih dahulu daripada nama Masud ibn Abd al-Aziz. Ada pada beberapa keadaan pula beliau tidak melihat kepada huruf yang kedua seperti nama Human ibn Ghalib ibn Sasaah disebut sebelum nama Hilal ibn Hasan al-Sabi. Beliau juga kurang memberi perhatian kepada nama bapa apabila terdapat persamaan di antara nama dua orang tokoh. Contohnya nama al-Walid ibn Ubaid alBuhturi mendahului nama al-Walid ibn Tarif ibn al-Salt al-Shaibani.

Penyusunan nama mengikut abjad ini lebih mudah untuk disemak oleh pembaca berbanding tarikh kematian. Namun demikian nama-nama tokoh ini tidak disusun mengikut bidang masing-masing, maka kita akan dapati nama-nama qadi diikuti seterusnya dengan nama penyair, kemudian nama ahli sejarah dan sebagainya. Jika terdapat penyusunan mengikut bidang, maka ianya adalah secara kebetulan kerana permulaan huruf nama-nama tersebut dari huruf yang sama. Perkara ini diakui sendiri oleh penulisnya tetapi ianya tidak diperbetulkan dan ianya menjadi cara penulisan penulis hingga kini.

Ibn

Khalikan

amat

berhati-hati

ketika

menulis

nama-nama

tokoh

yang

disenaraikannya. Ini dapat diperhatikan apabila beliau mencatat nama-nama mereka berdasarkan ejaan huruf-huruf dan tidak berdasarkan tanda baris kerana tanda baris ini sering berbeza dan menyebabkan salah sebutan.

7

Beliau menyatakan nama-nama tokoh tersebut bersama dengan nama bapanya, datuk serta keturunannya. Dinyatakan juga tarikh lahirnya jika butirannya didapati oleh penulis. Selain itu, beliau juga meneliti tarikh kematian dan menyatakan pendapat-pendapat yang berbeza mengena tarikh lahir dan tarikh kematian tokoh-tokoh yang berkaitan.

Beliau juga mencatatkan keistimewaan-keistimewaan tokoh-tokoh tersebut dari segi ilmu pengetahuannya, gurunya, muridnya, peribadinya, peristiwa-peristiwa penting dalam hidupnya, hubungannya dengan orang lain serta sifat-sifat fizikal tokoh tersebut. Jika tokoh itu seorang penulis, akan ditulis pula karya-karyanya dan jika ia seorang sasterawan akan dibawa contoh-contoh puisi dan prosa yang dihasilkannya.

Selain dari mengenengahkan puisi-puisi karangan penulis atau penyair, beliau akan mengkritik dan mengkaji puisi tersebut dengan mengemukakan pandangannya dan menjelaskan penambahan atau pun pembaharuan yang tedapat di dalamnya.

Beliau kerap menghubungkan tokoh-tokoh ulama, penyair dan raja-raja dengan tarikh kelahiran atau tarikh kematian mereka. Contohnya pada biografi Abu al-Farj al-Asbahani di mana beliau menyebutkan pada tahun 356H telah kembalinya ke rahmatullah dua orang ulama terbilang dan tiga orang raja yang terkemuka. Dua orang ulama yang dimaksudkan ialah Abu al-Farj dan Abu Ali al-Qali manakala tiga raja itu pula ialah Saif al-Daulah ibn Hamdan, Kafur al-Ikhshidi dan Muiz al-Daulah ibn Buwaih.

Buku ini juga mengandungi senarai tokoh-tokoh wanita terkemuka seperti Buran bint al-Hassan ibn Sahl, Taqiyyah bint Ghaith al-Armanazi, Rabiah al-Adawiyah, Zubaidah bint Jaafar ibn al-Mansur, Zainab bint Abdul Rahman ibn al-Hasan ibn Sahl ibn Abdus, Sakinah bint al-Husain dan Nafisah bint al-Hasan ibn Zaid ibn al-Hasan ibn Ali.

Buku ini tidak mengandungi rangkaian sanad sebagaimana kitab-kitab lain yang banyak terpengaruh dengan periwatan hadis Rasulullah SAW. Gaya bahasanya mudah difahami. Beliau dilihat jujur dan amanah dalam menyampaikan fakta-fakta ilmiah. Ini dapat dilihat apabila beliau mengambil fakta-fakta berkaitan dengan tokoh-tokoh tersebut dari rujukan dan individu yang diyakini kebenarannya. Beliau akan menyebut nama-nama buku

8

yang dipetiknya serta nama orang yang diambil atau diriwayatkan dari mereka. Beliau akan memperbetulkan kesalahan-kesalahan fakta yang ditulis oleh penulis lain.4

6.0 TEKS PILIHAN Teks yang dipilih untuk diperbincangkan adalah teks tentang Umm al-Muminin Aisyah yang terdapat dalam buku Wafiyat al-Ayan , jilid 3, halaman 16 19. Nama Umm al-Muminin Aisyah diletakkan pada bilangan 318 dalam keseluruhan senarai nama tokoh yang diibncangkan dalam kitab Wafiyat al-Ayan ini. Ia menerangkan tentang pernikahan Rasulullah SAW dengan Saydatina Aisyah di Mekah pada tahun ketiga sebelum hijrah. Ada yang mengatakan bahawa Aisyah dikahwini sebelum baginda mengahwini Saudah. Aisyah berkahwin dengan Rasulullah SAW pada usia 6 tahun dan beliau adalah satu-satunya anak dara yang dikahwini oleh baginda. Aisyah meninggal dunia pada tahun 58H iaitu pada zaman kerajaan Bani Umaiyah. Umurnya ketika itu ialah 67 tahun dan beliau dikebumikan di perkuburan Baqi. Bioadata dan kisah hidup Saydatina Aisyah ini dinyatakan tanpa mengeluarkan sebarang hadith. Ibn Khalikan hanya menyatakan pada nota kaki bukunya bahawa terjemahan riwayat hidup Saydatina Aisyah ini dambil dari beberapa buku sejarah yang terawal seperti Tabaqat Ibn Saad, al-Istiab dan beberapa buku yang lain. ( Ibn Khalikan 1997: 16 ).

Penulis juga menceritakan beberapa peristiwa sepanjang kehidupan Rasulullah SAW bersama isterinya ini. Antaranya adalah adakah Rasulullah SAW pernah bergurau ataupun membuat jenaka. Dan diterangkan oleh Saydatina Aisyah bahawa Rasululullah SAW pernah berjenaka. Ianya apabila pernah seorang perempuan tua meminta baginda mendoakannya agar beliau menjadi ahli syurga. Rasulullah SAW pun menjawab bahawa syurga tidak akan akan dimasuki oleh orang-orang tua. Maka menangislah orang tua tersebut. Maka baginda pun bertanya kepadanya, kenapa beliau menangis? Maka dia mengatakan bahawa dia sedih kerana baginda menyatakan bahawa orang tua sepertinya tidak akan dapat masuk syurga. Maka, baginda pun menerangkanlah bahawa di syurga nanti memang tidak ada orang tua kerana semua manusia ketika itu dijadikan dalam usianya muda remaja sahaja termasuklah dia nanti. Maka sedarlah perempuan itu bahawa Rasulullah SAW hanya berjenaka dengannya

4

Osman Khalid. 1988. hlm 162 167

9

dengan jenaka yang benar dan bukan yang dusta dan bohong. Teks kisah ini dinyatakan dalam bentuk cerita yang disandarkan kepada Aisyah tanpa dinyatakan sumber diambil katakata tersebut.

Di dalam teks ini juga, penulis menerangkan serba ringkas tentang penglibatan Saydatina Aisyah di dalam Perang Jamal. Perang Jamal ini dikatakan telah menyebabkan seramai 8000 kematian dan ada juga yang mengatakan seramai 18,000 orang yang terbunuh. Angkatan Saydina Ali dikatakan telah kehilangan lebih kurang seribu orang.

Penulisan teks ini adalah dengan merujuk kepada kitab-kitab sirah yang lain seperti Tabaqat al-Kubra Ibn Sad, Tahzhib wa Tahzhib, Sifat al-Safwah dan lain-lain yang mempunyai kesahihan di dalam bidang sejarah. Ibn Khalikan tidak menyebut sanad di dalam teksnya ini. Tiada juga ungkapan-ungkapan yang bersajak seperti kebanyakan penulis

sejarah yang pada zamannya. Gaya bahasanya mudah dan tidak berlebih-lebihan atau panjang lebar ( al-itnab ).

7.0 PERBANDINGAN KITAB WAFIYAT AL-AYAN DENGAN KITAB AL-TABAQAT AL-KUBRA. Kitab Tabaqat al-Kubra ini telah ditulis oleh Ibn Sad. Nama penuh Ibn Saad ialah Muhammad ibn Sa d ibn Mani. Beliau dilahirkan di kota Basrah pada tahun 168H dan meninggal dunia pada tahun230H di kota Baghdad. Beliau merupakan anak murid kepada alWaqidi dan menjadi tukang tulis kepada gurunya itu selama hampir 20 tahun lamanya. Ibn Sad merupakan seorang yang adil lagi dipercayai dan luas ilmu pengetahuannya. Namun begitu, sejarawan telah bersepakat bahawa beliau hanya sempat menghasilkan dua buah buku sahaja iaitu Tabaqat al-Kubra dan al-Tabaqat al-Sughra5. Walaupun ianya menjadi tanda tanya kepada ramai pihak , tetapi mungkin dapat kita andaikan bahawa beliau sibuk bertugas sebagai jurutulis kepada al-Waqidi sehingga beliau tidak mempunyai masa untuk menulis buku bagi pihak dirinya sendiri. Al-Waqidi dapat menghasilkan hampir 30 buah buku mungkin dengan bantuan dari anak muridnya ini. Walau bagaimanapun, persoalan timbul kerana Ibn Sad masih mempunyai tempoh hayat yang lebih panjang iaitu selama 23 tahun

5

Ibn Sa d. Muhamad ibn Saad. 1958. Al-Tabaqat al-Kubra. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

10

selepas kematian al-Waqidi yang memungkinkan beliau untuk menulis bukunya sendiri. Ini kerana tempoh masa 23 tahun ini merupakan tempoh masa yang panjang bagi Ibn Sad sebagai seorang yang berilmu pengetahuan untuk menghasilkan karya-karya yang berharga. Perkara ini membawa kita untuk berfikir bahawa Ibn Sad pada hakikatnya telah menghasilkan lebih dari dua buku. Walau bagaimanapun, ianya tidak dapat dinyatakan dengan tepat memandangkan kehidupan beliau yang tidak banyak ditulis. Jika adapun, ianya adalah perkara yang sama sahaja yang disampaikan oleh penulis-penulis tersebut.6

Metodologi penulisannya sama dengan Ibn Khalikan dari segi penulisan buku sejarah mengikut ansab atau biografi. Namun demikian, Ibn Sad Ibn Sad menulis bukunya ini

dengan mengumpulkan sebilangan individu-individu yang terpilih dan diletakkan di dalam golongan atau tabaqat tertentu. Tabaqat yang dimaksudkan ialah satu kumpulan manusia yang hidup dalam sesuatu peringkat zaman untuk menentukan penerimaan hadith dari Rasulullah SAW dan meriwayatkan daripada baginda. Setiap tabaqat ini dikira mengikut peringkat masa tertentu sama ada terdahulu atau terkemudian. Melalui pemerhatian ini dapatlah ditentukan perbezaan antara satu sama yang lain dari pelbagai aspek seperti kesahihan riwayat dan kisah yang disampaikan.

Pembahagian mengikut tabaqat ini dapat membantu kita untuk menentukan sesebuah hadith yang diriwayatkan dengan melihat kepada perawinya melalui tabaqat yang telah ditentukan itu. Ibn Sad telah membataskan setiap tabaqat ini kepada jangka masa antara 10 hingga 20 tahun sahaja. Contohnya para sahabat Rasulullah SAW telah dibahagikan kepada 12 tabaqat. Di antaranya ialah:

1) Para sahabat terdahulu memeluk Islam di Mekah. 2) Para sahabat yang memeluk Islam di Dar al-Nadwah. 3) Sahabat-sahabat yang berhijrah ke Habsyah. 4) Sahabat-sahabat yang menyertai Baiat al-Aqabah pertama. 5) Sahabat-sahabat yang menyertai Baiat al-Aqabah kedua. 6) Sahabat-sahabat yang mula-mula berhijrah sehingga kepada perang Badr dan Perjanjian Hudaibiyah. 7) Sahabat-sahabat yang menyertai Perjanjian Baiat al-Ridhwan.

6

Osman Khalid. 1988. Hlm 71-72

11

8) Sahabat-sahabat yang berhijrah antara Perjanjian Hudaibiyah dan Pembukaan Kota Mekah. 9) Sahabat-sahabat yang memeluk Islam sewaktu Pembukaan Kota Mekah. 10) Kanak-kanak yang sempat berjumpa dengan Rasulullah SAW sewaktu haji wada.

Melalui pembahagian ini, dapatlah diperhatikan bahawa susunan biografi ini disusun mengikut kumpulan yang berdekatan umur mereka dan sama-sama menemui guru dan mengambil daripadanya. Terdapat kemungkinan bahawa guru-guru bagi seorang perawi adalah juga guru kepada perawi yang lain. Dan kemungkinan juga guru seseorang itu sama atau berdekatan dengan guru perawi-perawi yang lain. Contohnya Anas ibn Malik dari segi hubungannya dengan Rasulullah SAW boleh dianggap sebagai dari tabaqat 10 sahabat yang dijamin kedudukannya di dalam syurga. Tetapi jika dilihat dari usianya yang muda dia dianggap dari tabaqat yang terkemudian dari sahabat-sahabat tersebut.

Oleh itu, mereka yang melihat para sahabat dari sudut keakraban mereka dengan Rasulullah SAW sepatutnya dileatkkan di dalam tabaqat yang sama. Tetapi penulisan Ibn Sad meletakkan tokoh-tokoh tersebut bukan dari segi keakraban tersebut tetapi kepada kelebihan dan tarikh mereka mula memeluk Islam. Inilah pembaharuan yang terdapat di dalam buku Tabaqat al-Kubra ini yang berbeza dengan kitab biografi yang lain. Beliau juga telah membahagikan para tabiin berdasarkan pertemuan mereka dengan para sahabat. Di dalam pembahagian itu juga Ibn Sad mengambilkira tempat. Maka dapatlah kita perhatikan beberapa pengulangan di dalam beberapa biografi yang dicatatkannya kerana terdapat biografi yang dicatatkan mengikut peringkat zaman dan ada pula yang mengikut tempat, contohnya ialah pada catatan al-waqidi sendiri iaitu guru kepada Ibn Sad sendiri yang dicatatkan biografinya sebanyak dua kali. Oleh itu dalam satu catatannya terpaksa dipanjangkan dan satu lagi diringkaskan. Ibn Sad juga menggunakan metodologi penulisan sanad. Setiap tajuk yang diperbincangkan akan diterangkan dengan menyenaraikan beberapa buah hadith atau riwayat beserta sanadnya dengan lengkap. Beliau juga ada merujuk kepada kitab-kitab sejarah yang muktabar seperti Tarikh al-Tabari, Sirah Ibn Hisyam dan al-Maghazi karangan al-Waqidi.

Buku ini mengandungi hampir 3 ,000 biografi tidak termasuk biografi yang disebut berulangan. Buku ini telah menjadi rujukan kepada penulis-penulis selepas beliau seperti Ibn

12

Abd al-Bar dengan bukunya al-Istiab, Ibn Athir dengan bukunya Asad al-Ghabah Fi al-Ma rifah al-Sahabah dan al Dzahabi di dalam bukunya Tazkirat al-Huffaz. 7.1 Perbandingan teks Saydatina Aisyah dengan kitab Wafiyat al- Ayan. Teks biografi Saydatina Aisyah dimasukkan di bawah dua tabaqat. Tabaqat yang pertama ialah golongan yang mengumpulkan al-Quran pada zaman Nabi Muhammad SAW ( Ibn Sad. 1958. 2:374 378 ). Termasuk di dalam tabaqat ini ialah Zaid ibn Thabit, Abu Hurairah, Ibn Abbas, Abdullah ibn Umar dan Abdullah ibn Amr. Ibn Sad menulis kisah Saydatina Aisyah dengan menggunakan kaedah penulisan riwayat beserta sanadnya . Penerangan tentang Saydatina Aisyah dalam tabaqat ini tidak menyatakan riwayat hidup Saydatina Aisyah tetapi lebih kepada penerangan tentang keperibadian beliau sebagai salah seorang kibar al-Sahabat yang menjadi rujukan umat Islam selepas kewafatan bgainda Rasulullah SAW. Ibn Sad juga menerangkan tentang kelebihan beliau berbanding sahabat-sahabat yang lain dari segi ilmu dan pengetahuannya. Seterusnya Ibn Sad menjelaskan di bawah teks biografi Saydatina Aisyah ini penerangan bahawa teks biografi adalah penutup bagi namanama sahabat Rasulullah SAW. Biografi Saydatina Aisyah dimasukkan secara lebih terperinci di dalam tabaqat golongan isteri-isteri Rasulullah SAW ( Ibn Sad. 1958. 8:58 81 ). Bermula dengan Saydatina Khadijah dan kemudian diikuti oleh Saydatina Saudah dan seterusnya Saydatina Aisyah. Di dalam tabaqat ini, diterangkan dengan lebih terperinci latar belakang dan riwayat hidup Saydatina Aisyah. Biogarfi Saydatina Aisyah di dalam tabaqat ini hanya meliputi riwayat hidup Saydatina Aisyah sahaja. Ini termasuklah tahun kelahiran, perkahwinan beliau dengan Rasulullah SAW, kelebihannya berbanding isteri yang lain dan tahun kewafatannya. Tidak dinyatakan sumbangan maupun kisah hidupnya yang lain. Ibn Sad menggunakan kaedah penulisan sanad. Penulisan beliau tentang latar belakang Saydatina Aisyah penuh teliti. Beliau mengeluarkan lebih dari satu rangkaian atau sanad penceritaan bagi menerangkan sesuatu kenyataannya. Contohnya, beliau mengeluarkan 5 sanad yang berbeza bagi menerangkan tarikh kewafatan Saydatina Aisyah iaitu pada Ramadhan tahun 58H dan dikebumikan di Baqi. Inilah keistimewaan dan kelainan di dalam penulisan Ibn Sad.

13

Melalui perbandingan antara dua kitab ini, kita dapat perhatikan bahawa penulisan tentang Saydatina Aisyah dipelbagaikan oleh penulis-penulis dengan cara yang tersendiri. Gaya penulisan juga berbeza antara satu sama lain. Ibn Khalikan menerangkan tentang Saydatina Aisyah tanpa menyebut sanad secara terperinci dalam penerangannya tetapi Ibn Sad menyatakan kesemua sanad yang berkaitan bagi menerangkan sesebuah biografi itu. Ibn Khalikan menlis sumber rujukan bagi penjelasannya tetapi Ibn Sad tidak menyatakan sumber rujukan beliau bagi setiap tokoh atau individu yang ditulisnya. Walaupun setiap dari mereka mempunyai cara penulisan yang tersendiri, namun penulisan mereka tetap bermanfaat bagi semua Islam masa kini terutamanya ahli sejarah. jika ada kekurangan sekalipun, ianya tidaklah mencacatkan kitab mereka jika dibandingkan dengan manfaat dan faedah yang lebih besar kepada kita semua.

8.0 PERBANDINGAN TEKS DENGAN KITAB YANG LAIN Berdasarkan teks dari kitab Wafiyat al-Ayan ini berkaitan Saydatina Aisyah, terdapat beberapa isu yang mendapat perhatian masyarakat hari ini. Ianya menimbulkan persoalan dan perselisihan yang dikhuatiri membawa kepada salah faham dalam mengenal umm alMumukin ini. Isu-isunya ialah: 8.1 Tahun pernikahan Saydatina Aisyah.

Terdapat beberapa pendapat yang berbeza mengenai kepastian tahun di mana Rasulullah SAW melangsungkan pernikahannya dengan Aisyah. Al-Allamah Badr al-Din al-Aini berkata : Rasulullah SAW menikahi Aisyah adalah di Mekah sebelum hijrahnya lagi dua tahun . Ada yang mengatakan , hijrah kurang dari 3 tahun dan ada pula yang mengatakan kurang satu setengah tahun, bahkan ada juga yang mengatakan tepat ketika peristiwa hijrahnya Rasulullah SAW. Rasulullah SAW dikatakan menikahi Saydatina Aisyah pada bulan Syawal, ketika itu Aisyah berumur 6 tahun. Rasulullah SAW tinggal bersama dengan Aisyah hanya selepas terjadinya perang Badr iaitu tahun kedua hijrah.

14

Ada sebahagian para perawi hadith yang mengatakan Sesungguhnya Rasulullah SAW menikahi Aisyah sesudah wafatnya Khadijah 3 tahun. Para sejarawan dan kalangan perterjemah juga ada yang berkata Sesungguhnya Aisyah dinikahi ketika tahun itu juga, iaitu pada tahun wafatnya Saydatina Khadijah. Ibn Khalikan menyatakan bahawa Saydatina Aisyah bernikah dengan Rasulullah SAW 3 tahun sebelum hjrah. ( Ibn Khalikan 1997: 16 ). Walaupun beliau tidak menyatakan hadith yang menyokong pendapatnya ini, ianya mugkin dapat disokong oleh Ibn Kathir di dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah yang mengeluarkan hadith yang diriwayatkan oleh Hisyam ibn Urwah dari bapanya bahawa Saydatina Khadijah telah meninggal dunia tiga tahun sebelum hijrah Rasulullah SAW tahun.( 1998 3:176 ). Maka dapatlah disimpulkan bahawa Saydatina Aisyah bernikah dengan Rasulullah SAW tiga tahun sebelum peristiwa hijrah bersamaan dengan tahun kematian Saydatina Khadijah berdasarkan kepada pendapat para sejarawan yang berpegang kepada hadith di atas.( Al-Nadawi 2009: 55 -56 ) 8.2 Adakah benar Saydatina Aisyah berkahwin dengan Rasulullah SAW seawal umur 6 tahun? dan baginda menikahi Aisyah yang ketika itu berumur 6

Ramai orang yang mempertikaikan adakah benar Rasulullah SAW menikahi Saydatina Aisyah ketika usianya masih kanak-kanak iaitu berumur 6 tahun. Terdapat juga yang mengatakan bahawa baginda mengahwini Aisyah ketika beliau berumur belasan tahun dan bukannya 6 tahun. Bahkan orang Islam sendiri masih kurang yakin bahawa baginda menikahi seorang perempuan yang masih kecil.

Oleh itu, di sini akan dinyatakan beberapa buku yang berkaitan dengan penulisan biografi tokoh-tokoh Islam bagi membuktikan kesahihah kekeliruan ini.

15

Ibn Khalikan sebagaimana yang telah dijelaskan di atas menyatakan bahawa Saydatina Aisyah berkahwin dengan Rasululllah SAW di Mekah iaitu 3 tahun sebelum peristiwa hijrah. Ketika itu Aisyah berumur 6 tahun tetapi beliau tinggal bersama Rasulullah hanya selepas hijrahnya Rasulullah SAW ke Madinah dan ketika itu beliau berusia 9 tahun. Beliau hidup bersama Rasulullah SAW hanya selama 10 tahun sahaja sebelum baginda meninggal dunia pada tahun ke 10 hijrah di Madinah. ( 1997 3:16 )

Al-Baladhuri di dalam kitabnya al-Ansab al-Asyraf menyokong kenyataan bahawa Saydatina Aisyah dinikahi oleh Rasulullah SAW ketika Aisyah berumur 6 tahun. Beliau mengeluarkan hadith daripada Hisyam ibn Urwah dari bapanya bahawa Aisyah telah berkata: Dinikahi aku oleh Rasulullah SAW dan aku ketika itu seorang anak perempuan yang berumur 6 tahun, dan dicampuri aku ketika aku berumur 9 tahun.( t.t 2:38 ) Ibn Sad juga menyatakan bahawa Saydatina Aisyah dikahwini oleh Rasulullah SAW ketika beliau berumur 6 tahun. Ibn Saad mengeluarkan hadith yang telah diriwayatkan daripada Umrah bint Abd al-Rahman ibn Saad ibn Zurarah bahawa beliau telah mendengar Saydatina Aisyah berkata: aku dikahwini oleh Rasulullah SAW, pada bulan Syawal tahu 10 kerasulan iaitu 3 tahun sebelum hijrah dan aku ketika itu seorang anak perempuan yang berumur 6 tahun..( 1958 : 8:58) Imam Al-Dzahabi juga menyatakan demikian di dalam bukunya Siyar Alam al-Nubala. Al-Dzahabi menyatakan bahawa Aisyah dikahwini oleh baginda Rasulullah SAW selepas berbelas-belas bulan kematian Saydatina Khadijah dan ada yang mengatakan selepas dua tahun. Imam ad-Dzahabi tidak mengatakan umur Aisyah dikahwini oleh baginda tetapi beliau menyatakan bahawa Rasulullah SAW mula tinggal bersama dengan isterinya ini ketika isterinya berusia 9 tahun. Setelah dikira dari tahun sebelum hijrah iaitu tahun perkahwinan baginda dengan Aisyah, dapatlah disimpulkan ketika itu Aisyah berumur 6 atau 7 tahun sahaja.( 1957 2: 98 ).

16

Kitab Safwah al-Safwah tulisan Imam Ibn al-Jauzi ( wafat tahun 597H), pada perenggan pertama tentang SaydatinaAisyah juga telah menyatakan bahawa Rasulullah SAW telah menikahi Saydatina Aisyah ketika usianya 6 tahun dan tinggal bersama baginda ketika berumur 9 tahun. ( 1992 2: 7- 8 ). Hadis yang disandarkan ini juga adalah datangnya dari Hisyam dari bapanya sebagaimana yang tersebut di dalam kitab-kitab yang lain.

Imam Ibn Kathir di dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah juga menyatakan bahawa Aisyah dikahwini oleh Rasululllah SAW ketika beliau berusia 6 tahun.( 1998 4: 176 ) Imam Ibn Kathir menyatakan perkara ini dengan mengeluarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Hisyam ibn Urwah daripada bapanya bagi membuktikan fakta ini. Dan hadis ini dikatakan hadis gharib.

Di dalam buku The Encyclopedia Of Islam ( 1960 1: 307 - 308 ) yang ditulis oleh beberapa orang orientalis Barat, Saydatina Aisyah juga dikatakan bernikah dengan Rasulullah SAW ketika beliau berumur 6 tahun. Walaupun tidak dinyatakan sumber yang diambil oleh mereka, namun ianya menunjukkan mereka mengakui fakta bahawa Saydatina Aisyah telah berkahwin dengan Rasulullah SAW pada usia yang masih kecil itu. Bagi mereka yang mengatakan Saydatina Aisyah bukan berumur 6 tahun ketika itu, beberapa alas an dna bukti telah dikemukan. Antaranya ialah Hisyamtelah mendengar dari ayahnya berkenaan hadis seperti di atas dan dialah satu-satunya perawi yang pernah menyuarakan tentang umur pernikahan 'Aisyah r.a. Hadis ini mula diutarakan Hisyam ketika beliau mula bermukim di Iraq ketika umurnya 71 tahun. Mengenai Hisyam ini, Ya'qub ibn Syaibah berkata: "Apa yang dituturkan oleh Hisyam boleh dipercayai, kecuali yang disebutkannya tatkala ia sudah pindah ke Iraq." Syaibah menambahk, bahawa Malik ibn Anas menolak penuturan Hisyam yang dilaporkan oleh penduduk Iraq. (Ibn Hajar Al-Asqalani 1993 6:35)

Seterusnya, menurut Al-Tabari, keempat-empat anak Sayidina Abu Bakar. telah dilahirkan pada zaman jahiliyah. Jika dilihat dari peristiwa sejarah Islam, zaman Jahiliah bermula sebelum tahun 610 M. ini kerana baginda Rasulullah SAW mula menerima wahyu di gua Hira pada tahun 610M . dan telah dicatatkan

17

bahawa Saidina Abu Bakar yang merupakan orang lelaki pertama memeluk Islam adalah juga pada tahun 610M. Dakwah secara terbuka atau terang-terangan pula bermula pada tahun 613M iaitu pada tahun Islamnya Saydina Umar bin alKhattab. Pada tahun 615M telah berlaku hijrah pertama di dalam sejarah Islam apabila umat Islam mula berhijrah ke Habsyah. Dan pada tahun 620M Aisyah dinikahkan dan diikuti dua tahun selepas itu, berlakunya peristiwa besar dalam sejarah Islam iaitu hijrah Rasulullah SAW ke Madinah. Dinyatakan bahawa pada tahun 623M barulah Aisyah tinggal bersama dengan Rasulullah SAW sebagai suami isteri. Jika 'Aisyah dinikahkan ketika umurnya umur 6 tahun, ia bermakna 'Aisyah telah lahir pada tahun 613M. Ia bertentangan dengan Al-Tabari yang menyatakan bahawa keempat-empat anak Saydina Abu Bakar lahir pada zaman ahiliyah, iaitu sebelum tahun 610M. Selain dari itu, beza umur Aisyah dan kakanya Asma adalah 10 tahun (AtTabari 1997 4: 50). Ibn Hajar pula menyatakan bahawa Asma meninggal pada tahun 73H atau 74H ketika berumur 100 tahun (Al-Asqalani 1999, Taqrib alTahzib, hal. 654).Ini bermakna ketika hijrah, umur Asma ialah 27 atau 28 tahun. Dan Ini bermakna umur Aisyah pada peristiwa hijrah ialah 17-18 tahun. Ini juga bermakna, Rasullullah mula tinggal serumah dengan Aisyah sebagai suami isteri pada umur 19-20 tahun. Setelah meneliti segala pernyataan di atas, kenyataan bahawa Saydatina Aisyah dinikahi oleh Rasulullah SAW pada usia 6 tahun adalah lebih tepat. Ini kerana berdasrkan kepada sumber-sumber sejarah yang muktabar sejak dari dulu dan tiada percanggahna padanya. Jika dilihat dari segi rasionalnya pula, jika umur Saydatina Aisyah sudah belasan tahun ketika beliau dinikahi oleh Rasulullah SAW, mengapakah beliau tidak tinggal bersama Rasulullah SAW sejak dari itu. Dan mengapa perlu berlakunya hidup mereka sebagai suami isteri selepas dua tahun dan ketika di Madinah pula. Mungkin pendapat yang tidak bersetuju dengan umur Saydatina Aisyah itu apabila mereka melihat keadaan pada masa kini yang dianggap tidak relevan.

18

Hakikatnya, masyarakat Arab ketika itu dapat menerima perkahwinan antara seorang lelaki dengan perempuan yang masih dianggap sebagai kanak-kanak. 8.3 Adakah benar Saydatina Aisyah terlibat dengan Perang Jamal kerana tidak bersetuju Saidina Ali menjadi khalifah?

Ibn Khalikan hanya menceritakan perjalanan peristiwa perang Jamal itu. Beliau menyatakan bahawa Saydatina Aisyah keluar bersama para kibar alsahabat dalam perang Jamal tanpa menerangkan sebab berlakunya perang tersebut. Ibn Khalikan hanya menerangkan perjalanan perang Jamal yang menggunakan unta dan bilangan tentera yang terbunuh sahaja. Ini bertepatan dengan metodologi beliau yang lebih menumpukan kepada biografi seseorang tokoh berbanding peristiwa yang berlaku terhadap tokoh tersebut. Maka beliau tidak menceritakan seseuatu peristiwa itu secara terperinci kecuali pada tokohtokoh tertentu sahaja yang dirasakan perlu. Persoalan telah dikeluarkan dari kisah ini yang mengatakan Saydatina Aisyah tidak bersetuju dengan pelantikan Saydina Ali sebagai khalifah menggantikan Saydina Uthman yang mati dibunuh pada ketika itu. Perkara ini telah menyebabkan berlakunya perang Jamal antara Saydina Ali dengan kumpulan Umm al-Muminin, iaitu Saydatina Aisyah bint Abu Bakr yang dibantu oleh kibar al-sahabah seperti Talhah bin Ubaidullah, al-Zubair ibn al-Awwam dan lain-lain lagi. Kenyataan ini sentiasa diperbincangkan di kalangan orang ramai yang mempelajari sejarah maupun yang membaca tentang riwayat dan kehidupan Aisyah. Saydatina Aisyah dikatakan tidak menyenangi Saydina Ali kerana beberapa factor. Antaranya sebagaimana yang telah diterangkan oleh Marzuki Mahmood di dalam bukunya Isu-isu Kontroversi Dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa alRashidin ( 1994 : 150 ) ialah : Dendam lama Saydatina Aisyah terhadap Saydina Ali iaitu merujuk kepada peristiwa al-Ifk. Ianya berkaitan Saydina Ali apabila ditanya pendapatnya oleh Rasulullah SAW tentang Aisyah dan hadis al-Ifk

8.3.1

19

itu, jawabnya Wahai Rasulullah, ramai lagi perempuan lain, apa yang nak dirisaukan. Sejak itulah bertambah dendam Aisyah terhadap Ali. 8.3.2 Perasaan tidak puas hati para sahabat yang lain serta orang ramai terhadapa pelantikan Saydina Ali sebagai khalifah. 8.3.3 Hubungan Saydatina Aisyah dengan Fatimah iaitu isteri kepada Saydina Ali dan anak baginda Rasulullah SAW dikatakan tidak berapa baik. Ini kerana hubungan di antara ibu tiri dengan anak tirinya yang sinonim dengan rasa cemburu dan rasa kurang senang antara satu sama lain. 8.3.4 Saydatina Aisyah dikatakan inginkan Abdullah ibn al-Zubair yang merupakan anak saudara kesayangannya untuk menjadi khalifah. Oleh itu, beliau ingin menjatuhkan Saydina Ali daripada jawatan khalifah tersebut. 8.3.5 Saydatina Aisyah mendendami Saydina Ali sejak dari peristiwa perhimpunan di Saqifah Bani Saidah bagi melantik pengganti Rasulullah SAW yang telah wafat di mana akhirnya Saydina Abu Bakr telah dipilih secara syura oleh orang ramai. Saydatina Aisyah memarahi Ali yang memprotes dan tidak membaiah ayahnya Abu Bakr kerana mendakwa jawatan itu merupakan haknya sebagai ahli albayt.

Ini adalah beberapa faktor yang dikatakan oleh ahli sejarah, sebagai alasan dan sebab yang membawa kepada tercetusnya perang Jamal antara Saydina Ali dan Saydatina Aisyah. Faktor-faktor ini memperlihatkan beberapa sifat mazmumah seperti dendam, iri hati, tamakkan kuasa, mementingkan diri sendiri, tidak ikhlas kepada Allah dan sebagainya yang menyebabkan berlakunya permusuhan antara sesama manusia. Semua sifat ini jika diperhatikan terdapat pada kedua-dua pihak serta sekutu-sekutu mereka seperti al-Zubair ibn al-Awwam, Talhah ibn Ubaidullah dan lain-lain.

Adakah diterima oleh kita bahawa mereka ini mempunyai sifat-sifat seperti yang dinyatakan tadi? Pastinya sukar diterima oleh kita yang mengenali para sahabat tersebut mempunyai sifat-sifat mazmumah seperti itu.

20

Rasulullah SAW telah memperakui kemuliaan para sahabatnya ketika hayatnya dan mustahil mereka itu mempunyai sifat yang sedemikian. Walaupun diakui, manusia itu tidak terlepas dari melakukan kesilapan termasuklah para sahabat kerana mereka juga manusia biasa yang tidak bersifat maksum, namun kesilapan mereka pastilah tidak akan menjatuhkan maruah dan kemuliaan mereka sebagai seorang yang sentiasa mendampingi baginda Rasulullah SAW. Kesilapan-kesilapan ini hanyalah mengikut andaian manusia sahaja.

Oleh itu, andaian dan sangkaan ahli sejarawan bahawa sikap para sahabat Rasulullah SAW yang menjadi sebab berlakunya perang Jamal ini adalah tidak benar dan tidak bersesuaian dengan taraf mereka. Antara alasan yang boleh diberikan ialah: Telah diketahui bahawa pergeseran antara Saydatina Aisyah dengan Saydina Ali dalam peristiwa al-Ifk itu adalah dengan pengaruh dari golongan munafik yang sentiasa menunggu peluang untuk merosakkan hubungan baik sesama manusia. Peristiwa al-Ifk bukan sahaja suatu peristiwa yang menyedihkan tetapi juga suatu peristiwa yang menjadi ujian bagi keluarga baginda sendiri. Puncanya ialah kata-kata Saydina Ali yang waktu itu masih muda dan dianggap sebagai kurang faham tentang perasaan dan keadaan rumahntangga orang lain. Ia boleh dianggap kasar dan kononnya mengguris perasaan Saydatina Aisyah yang sedang bersedih ketika itu. Para sejarawan hanya membuat andaian bahawa Saydatina Aisyah berkecil hati walaupun tiada bukti bagi menyokong kenyataan tersebut. Ini hanyalah merupakan andaian mereka sahaja dan menjadikannya satu faktor dan alasan untuk Saydatina Aisyah menyerang dan membalas dendam ke atas Saydina Ali dalam perang Jamal. Adalah harus diperhatikan bahawa jika inilah sikap dan perasaan Saydatina Aisyah iaitu suka menyimpan dendam dan hasad dengki, maka sudah tentulah beliau tidak layak dipilih oleh Allah sebagai Umm al-Muminin, sahabat dan isteri kesayangan seorang nabi. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : Daripada Amr ibn al-Asr berkata: bahawa Nabi Muhammad SAW

i)

21

telah bersabda: sekasih-kasih manusia kepadaku ialah Aisyah dan dari kalangan lelaki adalah bapanya .7

Berdasarkan fakta-fakta yang lalu, adalah mustahil bagi Allah tidak mengetahui siapa Aisyah yang sebenarnya. Adalah tidak munasabah seorang nabi dikahwinkan dengan seorang yang bersifat mazmumah yang akan membawa kepada kerosakan kepada alam ini dan sesama manusia. Bahkan Saydatina Aisyah telah dianggap sebagai guru kepada para sahabat khususnya selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Dan tidaklah benar sama sekali dikatakan perang Jamal itu berpunca dari Saydatina Aisyah berdasarkan kisah al-Ifk itu. Sesungguhnya Allah telah merungkai segala tohamah dan fitnah itu dengan menurunkan ayat-ayat khusus tentang kisah ini iatu di dalam surah al-Nur, ayat 11 hingga 12. Dan Saydatina Aisyah telah dimuliakan oleh Allah sendiri dan ini membuktikan mustahil beliau menjadi orang tidak bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepadanya. Kerana sesiapa yang masih menyimpan apa-apa perasaan kurang senang terhadap sesuatu yang telah selesai itu, maka seolah-olah ia tidak beriman dan tidak redha dengan ketentuan Allah. Dan inilah realiti yang sangat jauh dari peribadi seorang Umm alMuminin.

Satu peristiwa yang seharusnya diambil kira sebagai bukti Saydatina Aisyah tidak ada kena mengena dengan dendam lama terhadap Saydina Ali ialah apakah yang mendorong Saydatina Aisyah untuk menjelaskan kepada para muslimin sebaik sahaja tamat perang Jamal dan ketika bersiap-siap meninggalkan medan perang dengan dihantar sendiri oleh Saydina Ali, dengan kata-katanya yang bermaksud, orang ramai sekalian, demi Allah, tidak terdapat apaapa pun di antara aku dan Ali ini, walaupun sejak dulu, melainkan

7

Ibn Hajar. Fath al-Bari. Jil 4:hlm 61

22

satu perkara biasa berlaku antara seorang perempuan dengan ahli keluarganya sahaja ( perselisihan kecil dalam rumahtangga boleh hilang begitu sahaja, bukan sampai perlu pertumpahan darah ), dan sesungguhnya Ali ini padaku, walaupun pernah aku terkilan, tetapi ia tetap merupakan orang yang terpilih ( terbaik ). Lalu Ali menjawab: orang ramai sekalian! Demi Allah, benar dan tepatlah kata-katanya itu. Tidak terdapat apa pun di antara aku dan dia, Cuma itu sahaja. Sesungguhnya dia adalah isteri Nabi kamu SAW di dunia dan akhirat.8 Adalah tidak benar juga dikatakan kononnya Saydatina Aisyah menentang Ali kerana mahu anak saudaranya iaitu Abdullah ibn alZubair untuk menjadi khalifah. Seperti yang diketahui, Saydatina Aisyah tidak mempunyai anak, dan beliau menganggap anak saudaranya iaitu Abdullah ibn al-Zubair sebagai anaknya sendiri. Abdullah ibn al-Zubair merupakan anak kepada kakaknya iaitu Asma. Ini kerana jika dilihat dari diri Saydatina Aisyah itu sendiri yang memahami keadaan politik pada ketika itu, mustahil beliau ingin mengambil kesempatan dan mementingkan diri sendiri. Dan jika beliau ingin melantik orang lebih berwibawa, al-Zubair ibn al-Awwam adalah lebih perlu diutamakan kerana beliau adalah salah seorang daripada 6 calon untuk menjadi khalifah yang dipilih oleh Saydina Umar al-Khattab pada suatu ketika.9 Abdullah ibn al-Zubair juga ketika itu terlalu muda. Masyarakat mungkin sukar menerimanya. Dan ini pasti telah difikirkan oleh Saydatina Aisyah sendiri. Berdasarkan kepada teks pilihan berkaitan tokoh Saydatina Aisyah ini, dapatlah dikenali beliau dengan lebih dekat. Di samping itu, dapatlah juga dijelaskan beberapa kekeliruan yang masih terdapat di dalam masyarakat tentang peribadi isteri kesayangan Rasulullah SAW ini. Ini amatlah penting bagi menjaga kemuliaan dan kehormatan keluarga Rasulullah SAW selama-lamanya daripada dipandang rendah oleh orang bukan Islam khususnya.8 9

Al-Tabari, Tarikh al-Rusul wa al-Muluk, jilid 4, hlm 544. Ibid, hlm 227

23

9.0 KESIMPULAN

Buku ini adalah buku rujukan penting bagi sesiapa yang ingin mengkaji pelbagai ilmu pengetahuan. Ini kerana buku ini mengandungi maklumat-maklumat yang bernilai kepada pengkaji dalam bidang sains, sastera, sejarah, bahasa dan sosiologi. Pengarangnya telah mengumpulkan satu kandungan maklumat dan pengetahuan melalui tokoh-tokoh terkenal sebelumnya. Tokoh-tokoh yang dicatatkan ini terdiri daripada tokoh dari pelbagai zaman dan pelbagai daerah.

Buku ini telah mendapat perhatian dan sambutan dari pelbagai pihak selepasnya. Ianya telah diulas dan diringkaskan. Antara penulis yang telah meringkaskan buku ini ialah anaknya sendiri yang bernama Musa dan dikatakan buku ringkasan ini disimpan di Indian Office London Begitu juga oleh al-Barazi dan buku ringkasannya pula disimpan di Perpustakaan Paris Ibn Habib juga dikatakan berminat dengan buku ini dan telah meringkaskannya dan buku tersebut telah disimpan di Perpustakaan Berlin. Dan seorang lagi yang telah mengambil inisiatif mengkaji kitab Wafiyat al-Ayan ini ialah Wujdi ibn Ibrahim yang meninggal dunia pada tahun 1126H dan satu naskhah d ari ringkasannya telah disimpan di Perpustakaan Dar al-Kutub al-Misriyah di Kaherah, Mesir.

Buku ini juga telah mengalami penambahan dan dibuat ulasan oleh beberapa orang penulis. Fadhlulah contohnya telah menambah beberapa catatan mengenai tokoh yang telah meninggal dunia di Mesir dan Syam pada tahun 660H hingga tahun 725H. Naskhah ini telah disimpan di Paris. Muhamad ibn Shakir al-Kutbi juga membuat beberapa penambahan bagi buku Wafiyat al-Ayan ini. Beliau telah menambah beberapa biografi tokoh-tokoh terkemuka yang muncul selepas Ibn Khalikan sehinggalah ke zaman beliau sendiri. Bilangan biografi yang ditambahnya adalah seramai 550 orang yang disebut mengikut abjad dan ada sebahagiannya telah dinyatakan oleh Ibn Khalikan. Buku ini mula dicetak di Mesir pada tahun 1283 dan cetakan yang kedua dibuat pada tahun 1299 dan diterbitkan dalam dua jilid.

Walau bagaimanapun, buku ini juga telah menerima kritikan daripada beberapa penulis. Antaranya ialah Tajuddin al-Makhzumi ( 743H ) dan beliau telah menambahkan 30 biografi lagi ke dalam buku tersebut. Menurut beliau, Ibn Khalikan tidak dapat menandingi kedudukan Ibn Athir dalam bidang ini.

24

Buku ini juga telah diterjemahkan pada tahun 895H ke dalam bahasa Parsi oleh Yusuf ibn Uthman dan terjemahannya ini masih terdapat di British Museum. Terjemahan ke dalam Bahasa Perancis pula telah diusahakan oleh De Salan.

Para orientalis juga mengagumi karya Ibn Khalikan ini. Mengikut Nicholson dalam bukunya A Literary History of the Arab, menyatakan bahawa buku Wafiyat al-Ayan ini merupakan buku biografi yang julung kalinya ditulis oleh seorang muslim. Begitu juga dengan Gibb yang berpendapat yang sama. Namun begitu, pandangan ini menunjukkan mereka melebihkan Ibn Khalikan berbanding al-Anbari iaitu pengarang buku Nuzhah al-Alba yang hidup sebelum Ibn Khalikan. Buku beliau juga mengandungi biografi tokoh-tokoh tatabahasa, ahli bahasa dan sasterawan. Pandangan orientalis juga menafikan kewujudan alYaqut iaitu pengarang buku Mujam al-Udaba kerana buku ini hanya menyentuh tentang penulis sahaja.

25

RUJUKAN

Ibn Al-Jauzi, Abd al-Rahman ibn Ali. 1992. Sifat al-Safwah. Beirut: dar al-Fikr Ibn Hajar al-Asqalani, Ahmad ibn Ali Ibn Hajar. 1993. Tahzib al-Tahzib. Beirut:Dar alIhya al-Turath al-Arabi. Ibn Hajar al-Asqalani, Ahmad ibn Ali Ibn Hajar. 1999. Taqrib al-Tahzib, Beirut : Dar Ibn Hazm.

Ibn Khalikan, Ahmad ibn Muhamad. 1994. Wafiyat al-Ayan. Beirut : Dar Sadr.

Al-Baladhuri, Ahmad bin Yahya. t.t. Ansab al-Asyraf. Beirut : Dar al-Fikr.

Ibn al-Athir, Muhamad ibn Abd al-Karim. 1965. Al-Kamil Fi al-Tarikh. Beirut : Dar Sadir. Al-Tabari, Abu Jafar Muhamad ibn Jarir. 1997. Tarikh al-Umam wa al-Muluk. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah Al-Tabari, Abu Jafar Muhamad ibn Jarir. 1969. Tarikh al-Rusul wa al-Muluk. Mesir : dar alMaarif. Al-Dzahabi, Muhamad bin Ahmad. 1957. Siyar Alam al-Nubala. Mesir : Dar al-Maarif. Ibn Saad. Muhamad ibn Saad. 1958. Al-Tabaqat al-Kubra. Beirut: Dar al-Kutub alIlmiyyah.Abd al-Aziz Salim. 1981. Al-Tarikh wa al-Muarrikh al-Arab. Beirut : Dar al-Nahdhah al-Arabiah.

Muhamad Abdul Ghani Hasan. t.t. al-Tarajum wa al-Siyar. Mesir : Dar al-Maarif. Ibn Kathir, Ismail ibn Umar. 1998. Al-Bidayah wa al-Nihayah. Kaherah: dar al-Hadith. Yaqut ibn Abdullah. t.t. Mujma al-Udaba.

26

Gibb,H.A.R, Kramers,J.H, Levi-Provencal.E,Schacht.J. 1960. The Encylopaedia Of Islam. London:Luzac & Co.

Marzuki Mahmood. 1994. Isu-isu Kontroversi Dalam Sejarah Pemerintahan Khulafa; alRashidin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Osman Khalid. 1988. Pengenalan Buku-buku Utama Islam. Kuala Lumpur: Al-Rahmaniah. Al-Nadawi, Sayyid Sulaiman. 2009. Biografi Ummul Muminin. Johor Bahru: Perniagaan Jaha Bersa.