w076 peranan pemujukan medium fotografi di media cetak dan

10
Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November 2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 308 PERANAN PEMUJUKAN MEDIUM FOTOGRAFI DI MEDIA CETAK DAN MEDIA ONLINE BAGI PENGGUNAAN AKTIVITI KEMPEN PADA PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA Md. Nagib Padil & Mustaffa Halabi Azahari Faculty of Art & Design University Technology Mara Shah Alam, Selangor, Malaysia [email protected] , [email protected] ABSTRAK Dalam sistem demokrasi berparlimen, pilihan raya umum yang diadakan setiap lima tahun di Malaysia merupakan suatu peristiwa yang bermakna di dalam penentuan bagi memilih wakil pemimpin- pemimpin politik dan ketua negara sebagai kuasa memerintah. Kematangan dan kesempurna menyalurkan maklumat politik sewaktu proses berkempen didalam membujuk perlakuan dan pengetahuan mengundi bagi menghasilkan keputusan menerusi undian akan meninggalkan impak yang besar di dalam menentukan masa depan semua lapisan rakyat. Selain dari teks, ilustrasi dan animasi, kepentingan platfom komunikasi seperti medium fotografi adalah salah satu komponen yang popular digunakan oleh media massa sama ada di media cetak atau media eletronik (media online) sewaktu aktiviti kempen dijalankan. Dalam memenangi hati pengundi, laporan imej fotografi berbentuk berita dan pengiklanan dilihat telah memainkan peranan penting untuk penggunaan parti-parti politik yang bertanding sebagai strategi utama didalam menyampaikan mesej dan agenda parti untuk menarik perhatian pengundi bagi mendapatkan sokongan padu sepanjang tempoh berkempen. Bagi pengundi, mereka perlukan maklumat terkini sebagai rujukan semasa sebelum membuat sebarang keputusan disaat- saat akhir pembuangan undi dijalankan. Kertas kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti potensi peranan imej fotografi yang dijadikan sebagai utusan dan sumber laporan semasa didalam aktiviti berkempen pada media akhbar dan media online didalam strategi pemujukan yang memeberi kesan ke atas persepsi di mata pengundi dan sekaligus mengubah corak lanskap politik semasa di Malaysia. Field of Research: Medium fotografi, media cetak, media online, pilihan raya. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pengenalan dan latarbelakang kajian Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan Demokrasi Berparlimen. Merujuk kepada Perkara 113(1) Perlembagan Persekutuan, proses pilihan raya merupakan landasan utama di mana rakyat diberi kebebasan untuk memilih wakil pemimpin dan ketua pemerintah. Parti politik yang mendapat undian tertinggi majority dalam pilihan raya tersebut akan mewakili rakyat untuk memerintah negara selama 5 tahun i . Mengambil pandangan dari, Micheal C. Leemay (2002) ii , pejalanan pilihan raya biasanya dikaitkan dengan “3M” yang amat popular dan penting dalam mana-mana kempen pilihan raya sama ada di negara maju atau membangun. Selain dari kepentingan faktor kewangan (Money) dan jentera parti (Machinery), peranan media (Media) juga memainkan fungsi yang amat strategi sebagai ajen perhubungan dalam menyampaikan utusan isu politik di antara parti politik dan rakyat serta seterusnya memberi impak terhadap trend pengundian di negara ini. Sejak peristiwa pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955 hingga kepada pejalanan pilihan raya umum yang ke-13 pada 4 April 2013, selain daripada berkempen secara bersua muka dengan

Upload: vankiet

Post on 31-Dec-2016

240 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: w076 peranan pemujukan medium fotografi di media cetak dan

Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November

2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 308

PERANAN PEMUJUKAN MEDIUM FOTOGRAFI DI MEDIA CETAK DAN MEDIA

ONLINE BAGI PENGGUNAAN AKTIVITI KEMPEN PADA PILIHAN RAYA UMUM

MALAYSIA

Md. Nagib Padil & Mustaffa Halabi Azahari

Faculty of Art & Design

University Technology Mara

Shah Alam, Selangor, Malaysia

[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Dalam sistem demokrasi berparlimen, pilihan raya umum yang diadakan setiap lima tahun di Malaysia

merupakan suatu peristiwa yang bermakna di dalam penentuan bagi memilih wakil pemimpin-

pemimpin politik dan ketua negara sebagai kuasa memerintah. Kematangan dan kesempurna

menyalurkan maklumat politik sewaktu proses berkempen didalam membujuk perlakuan dan

pengetahuan mengundi bagi menghasilkan keputusan menerusi undian akan meninggalkan impak

yang besar di dalam menentukan masa depan semua lapisan rakyat. Selain dari teks, ilustrasi dan

animasi, kepentingan platfom komunikasi seperti medium fotografi adalah salah satu komponen yang

popular digunakan oleh media massa sama ada di media cetak atau media eletronik (media online)

sewaktu aktiviti kempen dijalankan. Dalam memenangi hati pengundi, laporan imej fotografi berbentuk

berita dan pengiklanan dilihat telah memainkan peranan penting untuk penggunaan parti-parti politik

yang bertanding sebagai strategi utama didalam menyampaikan mesej dan agenda parti untuk

menarik perhatian pengundi bagi mendapatkan sokongan padu sepanjang tempoh berkempen. Bagi

pengundi, mereka perlukan maklumat terkini sebagai rujukan semasa sebelum membuat sebarang

keputusan disaat- saat akhir pembuangan undi dijalankan. Kertas kajian ini bertujuan untuk

mengenalpasti potensi peranan imej fotografi yang dijadikan sebagai utusan dan sumber laporan

semasa didalam aktiviti berkempen pada media akhbar dan media online didalam strategi pemujukan

yang memeberi kesan ke atas persepsi di mata pengundi dan sekaligus mengubah corak lanskap politik

semasa di Malaysia.

Field of Research: Medium fotografi, media cetak, media online, pilihan raya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pengenalan dan latarbelakang kajian

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan Demokrasi Berparlimen. Merujuk

kepada Perkara 113(1) Perlembagan Persekutuan, proses pilihan raya merupakan landasan utama di

mana rakyat diberi kebebasan untuk memilih wakil pemimpin dan ketua pemerintah. Parti politik yang

mendapat undian tertinggi majority dalam pilihan raya tersebut akan mewakili rakyat untuk

memerintah negara selama 5 tahuni.

Mengambil pandangan dari, Micheal C. Leemay (2002)ii, pejalanan pilihan raya biasanya dikaitkan

dengan “3M” yang amat popular dan penting dalam mana-mana kempen pilihan raya sama ada di

negara maju atau membangun. Selain dari kepentingan faktor kewangan (Money) dan jentera parti

(Machinery), peranan media (Media) juga memainkan fungsi yang amat strategi sebagai ajen

perhubungan dalam menyampaikan utusan isu politik di antara parti politik dan rakyat serta seterusnya

memberi impak terhadap trend pengundian di negara ini.

Sejak peristiwa pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955 hingga kepada pejalanan pilihan

raya umum yang ke-13 pada 4 April 2013, selain daripada berkempen secara bersua muka dengan

Page 2: w076 peranan pemujukan medium fotografi di media cetak dan

Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November

2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 309

masyarakat dan pendekatan ceramah, fungsi media cetak seperti poster, flayer, suratkhabar dan juga

media eletronik seperti radio, television dan internet telah digunakan sebagai saluran utama dalam

berkempen. Penguasaan rangkaian dan ruangan yang terdapat pada media dapat dianggap sebagai

kuasa yang utama sebagai satu alat perhubungan dalam menyempurnakan tujuan politik untuk

penggunaan parti-parti politik yang bertanding bagi meraih sokongan dan undi dari rakyatiii.

Merujuk kepada Shanto Iyenger (2011)iv, beliau menyatakan pemberitaan atau laporan media massa

terbahagi kepada dua peringkat (2), pertama disampaikan di dalam bentuk laporan berita (free media:

news coverage) dan kedua berbentuk pengiklanan parti dan calon (paid media: candidate

advertisement). Dalam perjalanan kempen tersebut akan dibawakan konsep dan lakaran seperti

mempengaruhi minda masyarakat di dalam melihat masalah penting yang dihadapi oleh negara

(agenda setting), pendedahan kepada isu-isu tertentu (framing), penonjolan kepada isu-isu awam

(priming), dan pemujukan di dalam mempengaruhi pendapat publik (persuasion) bagi menentukan

sebarang pendedahan realiti dan kredibiliti isu, peristiwa dan pemberitaan tersebut menjadi lebih

berkesan. Keadaan situasi ini telah menyebabkan masyarakat mudah mempercayai apa jua utusan yang

disampaikan melalui media massa.

Seperti yang diketahui umum, selain dari teks, carta, lukisan dan ilustrasi medium fotografi juga di

antara platfom yang cukup penting digunakan oleh pihak media massa di dalam memberi gambaran

yang lebih tepat, pantas untuk menarik perhatian masyarakat berkaitan laporan yang ditonjolkan.

Nanyan Ahmad (1994)v, berpandangan perbezaan kepentingan gambar dan bahasa seperti penggunaan

teks dan percakapan dari sudut proses komunikasi ialah bahasa dan perkataan sentiasa dikongkong

oleh peraturan nahu serta susunan ayat yang khusus dan sesuai. Dengan itu penyampaian dan

penghuraian idea dan makna terpaksalah dibentang satu persatu mengikut peraturan atau tatabahasa

yang khusus. Sebaliknya dalam gambar segala idea maklumat dapat dilaporkan secara serentak kepada

penonton atau pembaca. Proses penerimaannya pantas, hasilan tindak rangsangan dari imej yang

lengkap dengan fokus subjek yang khusus, lambang visual, warna, emosi yang dipersembahkan dari

pelbagai sudut dan jelas serta penggunaan teknik yang tertentu dalam sekeping gambar dapat

ditunjukkan sehalus-halusnya kepada masyarakat. Namun keunikan fotografi di antara dua bahan

komunikasi ini ialah kemampuannya mengabadikan detik peristiwa yang berlaku.

Dalam kehidupan arus kemodenan dan era digital ini, penggunaan gambar di dalam berkempen sangat

digemari di kalangan pengundi termasuk dari golongan belia sehingga tua, kajian mendapati

keberkesanan imej fotografi juga amat memainkan peranan dalam pemujukan dalam mempengaruhi

pengundi terutamanya kempen di laporan media suratkhabar dan media Internet (online media).

Menurut Mustaffa Halabi (2011)vi kepentingan medium fotografi sebagai proses komunikasi

mempunyai dua peranan yang amat penting, pertama kemampuan ciptaan dokumentasi imej yang

berbentuk realistik atau realiti dimana fakta rakaman subjek, detik peristiwa dan kejadian dapat

dikekalkan dalam bentuk sekeping gambar foto. Kedua, satu perkara terpenting dalam fenomena

wujudnya proses fotografi hingga hari ini adalah bahasa visual yang menggunakan gambar atau

lambang dalam mempersembahkan mesej atau makna juga menyamai ketepatan dan pengalaman

sepertimana dalam rakaman gambar foto. Bahasa visual atau bahasa bergambar bukan sahaja sekadar

dapat membantu kita memahami dan berkongsi pengalaman dari sumber berita atau cerita melalui

rakaman gambar, namun mampu mencetuskan intepretasi pemikiran, pentafsiran dan emosi pembaca

apabila melihat sesuatu gambar fotovii

.

Dengan ini, ungkapan sepertimana yang menyatakan sekeping gambar bernilai lebih dari seribu

perkataan masih ada kebenarannya hingga ke hari ini dimana kajian melihat pengaruh gambar didalam

laporan berita media terhadap politik semasa di Malaysia juga cukup penting dalam membantu untuk

memastikan kemenangan mana-mana pihak parti politik sewaktu sepanjang aktiviti kempen dijalankan.

Kelebihan bukan sahaja mampu untuk memperlihatkan segala kredibiliti perjalanan dan aktiviti parti

politik namun jua mampu mengeksploitasikan isu tertentu dalam mempengaruhi sikap, pendapat dan

kepercayaan rakyat.

Page 3: w076 peranan pemujukan medium fotografi di media cetak dan

Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November

2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 310

2. Permasalah kajian

Di Malaysia peranan media massa dilihat mempunyai kesan yang signifikan ke atas pola persekitaran

politik khususnya sewaktu peristiwa pilihan raya umum (PRU) ke-11 hingga PRU ke-13 yang lalu.

Pengaruh institusi ini dikatakan berkesan sebagai penentu kebangkitan atau kejatuhannya seseorang

pemimpin dan parti politik di Malaysiaviii

.

Teknologi fotografi, di antara medium seni dan sumber saluran komunikasi yang terkesan dengan era

teknologi digital. Rakaman gambar melibatkan aktiviti parti politik bukan sahaja dapat dilihat

sepertimana di dalam bentuk cetakan di media-media akhbar malahan ia juga boleh disebarkan dan

dikongsikan dengan masyarakat secara percuma di seluruh dunia dalam masa yang amat pantas

menerusi media online. Banyak cerita dapat disampaikan dalam sekeping foto yang terakam dalam

tona, warna, karektor wajah, lokasi dan masa.

Kempen yang terancang dan bersistematik melalui sumber yang popular seperti imej fotografi yang

disiarkan oleh media massa terutamanya media akhbar dan media Internet (media online) juga amat

berperanan digunakan sebagai saluran berkempen untuk menguji pengaruh dan kekuatan parti yang

berlandaskan masyarakat majmuk di Malaysia. Kekuatan imej fotografi telah digunakan oleh parti

politik sebagai instrumen pemujukan bagi memperkukuhkan imej parti daripada kaca mata pengundi.

Lawsswell (1971) berpandangan parti politik memerlukan saluran media sebagai satu pendekatan suara

pemujukan yang berkesan kepada pengundi bagi mencapai matlamat yang terakhir iaitu pengaruh. Bagi

pengundi keperluan maklumat terkini diperlukan sebagai rujukan utama sebelum membuat sesuatu

keputusan, ini kerana media dipercayai sebagai pihak tengah yang menghubungkan antara pihak

pemerintah dan rakyat (Whale 1977:85).

Menyedari kepentingannya, isu manipulasi media menggunakan imej fotografi sebagai proses

pemujukan atau retorik parti politik merupakan permasalahan yang perlu dikaji dalam konteks era 21.

Aspek fungsi selain gambar dapat diterjemahkan sebagai penceritaan dan bahan ingatan kepada

pembaca, kualiti penggunaan imej fotografi jua tidak hanya sekadar disajikan dengan rakaman gambar-

gambar yang berbentuk asas (snap shoot) sebagai penonjolan mood cerita, namun spesifikasi

pendedahan rakaman daripada sudut teknikal, kreativiti dan nilai artistik adalah perkara paling penting

yang perlu ada dalam mengilhamkan perkongsian emosi sewaktu imej fotografi dihasilkan dan

disampaikan. Karya yang berkualiti dan penyampaian mesej yang jelas dan tidak mengelirukan perlu

dihasilkan pada kandungan media akhbar dan media online bagi kegunaan motivasi dan pemujukan

masyarakat yang seimbang dan telus dalam mewujudkan sesebuah kempen pilihan raya yang bersih,

sihat dan bebas.

Berdasarkan faktor-faktor ini, kajian ini ingin melihat dan memahami sebahagian daripada tatacara

penghasilan imej yang berpotensi mempengaruhi dan memberi impak besar kepada mood pembaca

sepertimana yang disajikan di dalam media cetak dan kempen online sebagai kunci untuk menjelaskan

isu-isu, pengenalan dan aktiviti calon serta ideologi parti kepada pengundi secara berkesan dalam

proses perhubungan politik sewaktu peristiwa kempen dijalankan.

3. Objektif kajian

Media konvensional seperti media akhbar telah lama digunakan oleh masyarakat di negara ini sejak

zaman kemerdekaan hingga kini dan tidak dapat dinafikan keberkesanannya kepada masyarakat

sebagai penyebaran maklumat serta dapat mempengaruhi gaya pemikiran rakyat dalam medan

berkempen. Namun begitu, kehadiran media online di zaman millenium ini telah menyaksikan satu

perubahan gaya berkempen yang amat ketara terutama dalam kalangan pengundi muda terhadap

corak pilihan raya pada masa kini. Penggunaan imej dalam media cetak dan media online telah

digunapakai sangat meluas bagi menarik perhatian pengundi dalam mengupas sesuatu isu.

Page 4: w076 peranan pemujukan medium fotografi di media cetak dan

Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November

2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 311

Bagi mencapai matlamat penyelidikan ini, kajian telah menggariskan 3 objektif penting yang menjadi

haluan utama penyelidikan, iaitu;

1. Melihat penggunaan imej-imej yang popular yang dijadikan bahan berkempen di dalam media

cetak dan media online (Internet) sebagai informasi berita bagi tatapan masyarakat.

2. Mengetahui sejauh mana gaya elemen/ bahan yang cuba dikongsikan dalam siri-siri gambar

berkempen mempengaruhi pengamatan dalam merungkaikan makna sesuatu isu bagi memberi

impak kepada publik melihat dan membaca.

3. Hasilan kajan ini diharap dapat mempertingkatkan penggunaan dan peranan imej fotografi di

media akhbar dan media online dijadikan sebagai medium pemujukan yang utama dan telus

dalam kempen pilihan raya di Malaysia.

4.0 Kepentingan kajian

Hasilan kajian ini adalah untuk memberi panduan kepada industri media di Malaysia yang

menggunakan pendekatan medium fotografi sebagai sumber maklumat berkempen agar lebih peka

terhadap kualiti persembahan dan penggunaan gambar untuk dijadikan sebagai platfom pemujukan

yang lebih mencerminkan sensitiviti dan perspektif budaya kehidupan masyarakat di Malaysia. Selain

menghasilkan sumber komunikasi yang seimbang, sifat realistik (kredibiliti), elemen kesenian (estetika)

dan kreativiti imej berkempen perlu memainkan peranan yang lebih berkesan dalam proses

mengabadikan satu detik dan peristiwa bagi meyakinkan pengundi daripada pelbagai kaum memahami

mesej visual.

Kesan dari penyelidikan ini juga diharap dapat dijadikan rujukan pandangan kepada pihak media

akhbar, jurugambar dan wartawan amatur seperti blogger dan individu di laman sosial agar lebih peka

terhadap kandungan penggunaan imej fotografi di dalam menyampaikan maklumat dan mesej kepada

masyarakat. Penyampaian mesej perlu tepat, telus dan difahami untuk dinilai oleh pembaca agar

kandungan sumber berita tersebut tidak disalah taksir atau dijadikan sebagai manipulasi maklumat

oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Justeru itu, ia juga dapat mempertingkatkan kepercayaan

medium fotografi sebagai satu sumber yang diyakini dan bebas bagi tujuan berkempen dipilihanraya di

masa akan datang.

Signifikasi kajian ini juga mampu menyumbangkan sebagai panduan utama kepada pihak kerajaan,

media-media asing, persatuan dalaman, ahli akademik, pelajar daripada latarbelakang seni dan media

dan para penyelidik yang berminat terhadap penyelidikan seni fotografi dan media bagi tujuan

penyelidikan kempen pilihanraya di Malaysia.

5.0 Kaedah penyelidikan (Metodologi)

Penyelidikan ini akan melibatkan aktiviti pendekatan kaedah kualitatif (primary data) sebagai proses

dalam memenuhi dan mendapatkan maklumat hasilan bagi mencapai objektif kajian yang dibuat.

Penyelidikan ini dibuat di dalam beberapa peringkat sepertimana yang digariskan seperti berikut;

1. Tinjauan pengumpulan maklumat bahan (Sampling).

Pada peringkat awalan ini, penyelidik akan mengumpulkan maklumat rujukan dan bahan-bahan hasilan

kajian yang melibatkan penggunan imej fotografi bagi tujuan aktiviti berkempen semasa Pilihan Raya

Umum (PRU 11) pada tahun 2004, Pilihan raya Umum (PRU 12) pada tahun 2008 dan Pilihanraya

Umum (PRU13) pada tahun 2013. Semua bahan koleksi kajian imej-imej fotografi ini di perolehi

daripada sumber-sumber seperti Arkib Negara Malaysia, Perpustakkan Negara dan daripada koleksi

individu menerusi laman sesawang (Internet).

Koleksi media akhbar yang terlibat di dalam kajian ini ialah seperti Utusan Malaysia, Berita Harian,

Page 5: w076 peranan pemujukan medium fotografi di media cetak dan

Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November

2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 312

Suara Keadilan, Harakah, Harian Metro bagi edisi Bahasa Malaysia. Manakala edisi Bahasa Inggeris

melibatkan akhbar seperti New Straits Times, The Malay Mail, Chinese Press, Harian Tamil Malaysia

Nanban dan Tamil Nelsan Daily bagi akhbar Cina dan India. Koleksi imej fotografi menerusi blog dan

media sosial terutama Facebook, Twiter perseorangan juga dikumpulkan.

2. Pemerhatian (Observation)

Pada peringkat ini juga, penyelidik menilai imej-imej berpotesi yang dianggap sebagai tujuan untuk

penggunaan berkempen melalui aspek persembahan imej seperti idea, teknik, saiz, warna dan mesej

visual tersebut. Proses ini amat penting bagi penyelidik memastikan ketepatan maklumat yang

dikumpulkan untuk proses dokumentasi dan dianalisa.

Selain daripada itu, maklumat-maklumat tambahan berkaitan rujukan fotografi dan media juga di

perolehi seperti jurnal, majalah, buku rujukan serta daripada sumber-sumber Internet dan suratkhabar.

Menganalisa laporan imej berita dengan menggunakan analisa semiotik di antara kaedah yang

digunapakai di dalam kajian ini.

6. Mapping dan analisa

A. Subject Matter (Penggunaan Subjek)

(1). Penghuraian ‘subject matter’ pada kandungan media cetak.

Penekanan penggunaan ‘subject matter’ pada media cetak lebih bersifat formal dan beretika ini kerana

rakam gambar yang digunakan oleh media cetak dihasilkan daripada kumpulan jurugambar profesional

dan kredibiliti sumber kandungan gambar juga bersifat fakta dan disahkan atau ditetapkan oleh

sesuatu pihak (editor) untuk digunapakai sebagai sumber berkempen.

Selain daripada itu juga kandungan subjek yang berkualiti dan menarik daripada segi teknikal dan nilai

estetika juga ditekankan di dalam kandungan gambar seperti kepentingan kualiti subjek utama dan

latarbelakang untuk digunakan sebagai penonjolan sesuatu isu, ideologi parti dan personaliti calon.

Fokus penggunaan subjek tertumpu kepada imej ketua-ketua parti, calon dan penyokong parti. Unsur

unsur kebudayaan, kaum dan kelas (umur dan lokasi pengundi) juga amat ditekankan sebagai strategi

pemujukan berkempen.

Penyampaian mesej disajikan secara ‘direct’ atau simbolik/abstrak, namun berkemampun untuk

digunakan sebagai berkongsi pandangan, pemikiran, dan memujuk di dalam penyampaian mesej

kepada pembaca dan pengundi.

1. 2. 3. 4. 5. 6.

7. 8. 9. 10. 11.

Rajah 1. Penggunaan Subject Matter: Ketua Pemimpin, Calon dan Penyokong parti di media cetak

(akhbar)

Sumber:

1.Utusan Malaysia 4 March 2004, 2. Harakah 14-16 March 2004, 3. Tamil Nelsan Daily 5 Mei 2013,

4. Suara Keadilan 3 Mei 2013, 5. China Press 23 April 2013, 6.The Malay Mail 7 March 2008,

7. Utusan Malaysia 28 February 2008, 8. Harian Metro 12 April 2013, 9. New Straits Times 9 March

2004, 10. News Straits Times 6 March 2004, 11. Utusan Malaysia 16 February 2008.

Page 6: w076 peranan pemujukan medium fotografi di media cetak dan

Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November

2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 313

(2.) Penghuraian ‘subject matter’ pada kandungan media online.

Penekanan penggunaan ‘subject matter’ pada media online lebih kepada pemilikan individu. Dimana

subjek dirakamkan dari individu bersifat amatur daripada kelompok-kelompok penyokong parti atau

perseorangan dan merakamkan apa sahaja subjek yang menarik dimata.

Fokus utama subjek lebih bersifat penonjolan kepada perbandingan parti politik. Subjek subjek ‘human

interest’ yang cenderung kepada apa sahaja subjek yang menarik di temui dijalanan, subjek lanskap,

potret lucu, kehidupan masyarakat dan sebagainya telah dijadikan sebagai bahan perbincangan

berkaitan kualiti dan reputasi ketua parti, calon yang bertanding dan penyokong-penyokong parti.

Pembaca juga disajikan penggunaan subjek yang asas (straightforward shot) dan kebanyakan sumber

cerita bagi penggunaan imej juga digunapakai teknik copy (coping strategies).

Subjek-subjek yang ekstrim dan sebahagiannya kurang beretika digunakan untuk perbincangan sesuatu

isu dan aktiviti kempen namun mampu menyampaikan sesuatu mesej yang telus dan berkecuali untuk

rujukan berkempen.

1. 2. 3.

Rajah 2. Penggunaan Subject Matter: Ketua Pemimpin, Calon dan Penyokong parti di Media Online

(Internet)

Sumber: Koleksi laman Facebook 2013

B. Form (Penggunaan Elemen dan Principle of Photography)

(1). Penghuraian’form’ pada kandungan media cetak.

Kualiti warna dan saiz merupakan antara keperluan yang amat penting bagi penonjolan isu-isu yang

dianggap utama berbanding ‘tona’ hitam putih bagi penonjolan isu-isu yang kurang penting. Selain dari

penggunaan ruang seperti penggunaan halaman utama (Frontpage), kesempurnaan teks (Headline)

yang menonjol mampu membawa kepada pembaca melihat topik awal. Penggunaan lambang makna

(simbol dan logo) digunakan sebagai penegasan di dalam gambar dan membantu penceritaan sebagai

petunjuk berkaitan isu yang ditonjolkan.

Kombinasi pengalaman visual (visual experience) daripada ‘element form’ seperti, line, komposisi, depth

dan pengulangan (repeatition) pada visual digunakan sebagai menghasilkan pelambangan

kekuatan/aktif dalam pemerincian aktiviti parti. Sudut imbangan cahaya, moment (aksi) dan tekstur

yang sempurna juga menentukan dalam mengawal emosi mood pembaca.

Gambar yang kontras membantu menimbulkan sedikit kesan reaksi rangsangan melihat dan

membandingkan kelebihan dan kekurangan sesuatu penonjolan isu. Selain itu juga ia menjadi asas

untuk memudahkan pembaca menangkap maksud yang hendak disampaikan dan seterusnya

memahami kisah yang dirakamkan.

1. 2. 3. 4. 5 .

Page 7: w076 peranan pemujukan medium fotografi di media cetak dan

Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November

2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 314

6 . 7. 8.

Rajah 3. Penggunaan Element Form pada Kempen di Media Cetak (Akhbar)

Sumber:

1. Berita Harian 26 February 2008, 2. Suara Keadilan 14-27 February 2008, 3. The Star 4 Mei 2013,

4.Berita Harian 19 February 2008, 5. Suara Keadilan 27 February-12 March 2008, 6. The Malay Mail 25

April 2013, 7. The Star 25 April 2013, 8. Berita Harian 6 March 2004.

(2). Penghuraian ‘form’ pada kandungan media online.

Penggunaan imej dalam media online mengutamakan psikologi warna di dalam mempersembahkan

kebanyakan isu yang ditonjolkan. Tona warna yang kontras dan ‘saturation’ memainkan peranan yang

penting di dalam menghasilkan sumber gambar yang unik untuk menarik minat pembaca melihat

sumber berita tersebut.

Ketiadaan subjek utama yang jelas untuk memberi tunjang penceritaan gambar berbentuk laporan

kewartawanan foto (photo journalism), dan banyak imej di dedahkan dengan ruang yang luas (looking

space), namun penggunaan element form seperti warna, persamaan objek (similarity), tekstur yang

menyokong subjek utama mudah diterjemahkan dan memberi mood yang berbeza kepada penonton

melihat dan memahami makna isu yang diketengahkan.

Mementingkan rakaman aksi (moment) membolehkan gambar diterjemahkan dari sudut pandangan

yang berbeza. Strategi penggunaan form contrast kepada extreme contrast juga mempengaruhi

penilaian dan penceritaan gambar.

1. 2. 3.

Rajah 4. Penggunaan Element Form pada Kempen di Media Online (Internet)

Sumber: Koleksi dari laman Facebook from Facebook 2013.

C. Medium (Kandungan dan proses penghasilan gambar)

(1). Penghuraian ‘medium’ pada kandungan media cetak.

Mesej visual dirakamkan dalam resolusi tinggi (piksel besar), penggunaan medium kamera pada format

135mm dan 120 mm dapat memberi kualiti gambar yang lebih tinggi dan tajam (sharp). Kemahiran

rakaman jurugambar, aksesori yang bermutu tinggi dapat membantu menghasilkan visual kempen yang

menarik dan terperinci.

Penggunaan visual yang pelbagai di tonjolkan dalam bentuk warna dan tona hitam putih, saiz dan

‘proportion’ yang versatil serta diiringi kesan dari teks (headline dan caption) mampu dijadikan

petunjuk kepada pembaca memahami mesej serta rangsangan pemikiran terutamanya isu-isu yang

sensitif.

Page 8: w076 peranan pemujukan medium fotografi di media cetak dan

Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November

2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 315

Maklumat grafik, peta, lukisan dan logo digunakan dalam laporan visual mampu membawa tema

kempen disampaikan lebih sifat realistik dan rasional atau logik.

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Rajah 5: Penggunaan Medium (Proses) pada Kempen Media Cetak (Akhbar)

Sumber:

1. Utusan Malaysia 3 March 2008, 2. The Malay Mail 6 Mach 2004, 3. Suara Keadilan 17 February-12

March 2008, 4. The Star 10 April 2013, 5. New Straits Times 5 March 2008, 6. The Malay Mail 25 April

2013. 2008.

(2). Penghuraian ‘medium’ pada kandungan media online.

Mempunyai kelemahan dalam pelbagai sudut penggunaan kamera, lensa dan aksesori. Penggunaan

kamera dan lensa yang asas digunakan sewaktu rakaman imej dihasilkan bagi memeberi inspirasi

aktiviti subjek. Kebanyakan pendekatan imej juga memisahkan subjek utama dengan latar belakang dan

subjek-subjek sokongan yang lain (menghilangkan keaslian bentuk asal imej) untuk mendapatkan

impak yang lebih menarik pada kandungan gambar (subjek utama) agar dapat memberi implikasi untuk

mendorong penonton melihat dan berfikir (berimiginasi) bagi memahami makna persembahan visual

tersebut.

Rakaman mutu resolusi rendah pada kualiti gambar dan penggunaan kreativiti foto yang terhad.

Namun menitikberatkan kreativiti dan inovasi seperti teknikal perisian manipulasi (teknologi software)

bagi memberi kesan dramatik kepada gambar. Susunatur untuk membawa urutan cerita atau

persembahan isu yang ringkas memudahkan penyampaian maksud dari sekeping gambar dan tumpuan

subjek dapat disampaikan kepada penonton dengan baik.

Selain daripada imej, penggunaan medium ilustrasi, kartun, infografik dan sebagainya di antara strategi

yang digunakan untuk tarikan penonton mengingati serta untuk menganalisa makna isu yang

diketengahkan.

1. 2. 3.

Rajah 6: Penggunaan Medium (Proses) pada Kempen Media Online (Internet)

Sumber: Koleksi dari laman Facebook 2013.

D. Style (Rekabentuk dan Persembahan)

(1). Penghuraian ‘style’ pada kandungan media cetak.

Persembahan imej dilaporan media cetak dipratikkan dalam bentuk imej tunggal (single image) serta

beberapa beberapa pendekatan seperti olahan (photo montage) yang terhasil dalam bentuk

penggunaan laporan berita, pengiklanan serta di sisipan kandungan khas dapat menghasilkan mutu

Page 9: w076 peranan pemujukan medium fotografi di media cetak dan

Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November

2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 316

cerita yang pelbagai dan mampu menyampaikan mesej atau maklumat tentang sesuatu aktiviti dan isu

dikongsi oleh pembaca mudah, cepat dan berkesan.

Isu-isu utama juga ditonjolkan di ruangan mukasurat hadapan (Frontpage) atau di ruangan-ruangan

khas beserta subjek utama gambar di dalam skala saiz yang besar memberi impak mood dan

mencetuskan reaksi pemerhatian pembaca berkaitan mesej penting yang ingin dilaporkan.

Mesej teks yang sering diberi perhatian seperti headline, caption dan slogan bukan sahaja menjadikan

tatapan visual tersebut menarik namun memudahkan pembaca menangkap maksud yang hendak

disampaikan dan seterusnya memahami kisah yang dirakamkan dari sekeping gambar.

1. 2. 3. 4 .

5. 6. 7.

Rajah 7: Penggunaan Style pada Kempen Media Cetak (Akhbar)

Sumber:

1.Utusan Malaysia 20 March 2004, 2. New Straits Times 26 February 2008, 3. Utusan Malaysia 27

February 2008, 4. Tamil Malaysia Nanban 25 April 2013, 5. Harian Metro 4 Mei 2013, 6.Harakah 1-15

March 2004, 7.China Press 23 April 2013.

(2). Penghuraian Medium pada Kandungan Media Online.

Persembahan imej dilaporan media online lebih fashionable style, selain daripada persembahan layout

dan penyuntingan pada gubahan subjek seperti ‘cropping’, warna dan saiz hasil daya kreatif setiap

individu yang mengikut perkembangan citarasa penonton terkini, sumber gambar juga sentiasa

‘update’ dan mudah diperoleh dari rangkaian seperti blog individu atau laman sosial seperti Facebook

dan sebagainya. Penggunaan laporan gambar yang tidak terhad di dalam penonjolan sesuatu isu juga

mampu menjadikan tindak balas penonton bersifat positif atau negatif terhadap sumber yang

dibincangkan.

Ruangan-ruangan komen atau kritik yang terdapat di media online membolehkan sumber laporan bagi

penggunaan imej kempen tersebut dikongsi oleh penonton, dengan ini ia dapat dijadikan sumber idea

utama untuk ketelusan dan kupasan isu-isu yang timbul dengan lebih cepat dan pantas. Hasilan

tersebut jua mampu dijadikan tanda aras kepada ahli-ahli parti politik dengan lebih mudah dapat

mengetahui populariti dan pencapaian prestasi dari penyokong-penyokongnya.

Kreativiti dan teknik seperti superimpose, gabungan lukisan, rekaan kartun dan sebagainya bukan

sahaja mampu dijadikan laporan yang dapat memenuhi citarasa penonton di dalam tarikan melihat isu,

namun mampu juga digunakan sebagai sumber jenaka, gosip dan serangan peribadi ke atas calon dan

isu-isu parti politik.

1. 2. 3.

Page 10: w076 peranan pemujukan medium fotografi di media cetak dan

Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge, WCIK 2013. 25-26 November

2013, Langkawi, Malaysia. (e-ISBN 978-967-11768-2-5). Organized by WorldConferences.net 317

Rajah 8: Penggunaan Style pada Kempen Media Online (Internet)

Sumber: Koleksi laman Facebook 2013.

7. Kesimpulan

Medium fotografi di media massa amat memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat

yang terkini, kesempurnaan rakaman imej di sebalik detik, masa dan peristiwa berkempen bukan

sekadar memaklumkan kepada publik berkaitan apa yang berlaku namun jika dipadatkan dengan

subjek yang bersesuaian dan menepati tema isu, menonjolkan potensi kualiti pada gambar dan

imbangan mood yang baik mampu menghasilkan tatapan visual kempen tersebut dengan penuh

penceritaan untuk digunakan sebagai senjata yang paling berkesan bagi penggunaan laporan pilihan

raya.

Walaupun kelebihan era teknologi digital kini mampu membuka peluang perspektif baru untuk individu

berkarya dan berkongsi maklumat berkempen dengan lebih baik dan telus untuk penilaian secara

umum kepada publik, namun peranan fotografi sebagai instrumen pujukan dari segi etika dan kredibiliti

gambar yang dijadikan sumber berkempen perlu dititikberatkan demi menjaga kesahihan laporan yang

tepat. Keperluan dan kepentingan imej di laporan media massa tidak boleh dilihat sebagai kepentingan

agen politik sahaja semata -mata, tetapi ia juga perlu bertanggungjawab untuk pembangunan dan

kemakmuran negara.

Rujukan

[

i] Suruhanjaya Pilihan Raya. (2007). 50 Tahun Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia. Kuala Lumpur:

Percetakan Nasional Malaysia Berhad, pp.7.

[ii] Worran Hj.Kabul, Shireen Haron, Mat Zain Mat Kib, Abdul Kadir Rosline. (2008). Seminar Politik

Malaysia. UiTM Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti.

_ Zaherawati Zakaria. (2008). Media: Ketelusan Dalam Pilihan Raya Malaysia

Ke-12, pp. 279.

[iii] Sides, J., Swaw, D., Grossmann, M. and Lipsitz, K. (2011). Campaigns & Elections: Rule, Reality, Strategy,

Choice. New York: W.W. Norton & Company, pp 181-185.

[iv] Iyengar, S. (2011). Media Politic 2

nd Edition: A Citizen’s Guide. New York. London: W.W. Norton &

Company, pp. p13.

[v] Nanyan. A. (1994) Komunikasi Kewartawanan Foto. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, pp. 10-

12.

[vi] Mustaffa, H.A . (2011). Photography Its Significance Strands and Values in Education. UiTM Shah Alam:

University Publication Centre, pp. 8.

[vii

]Lester, P.M. (2003). Visual Communication Images with Messages 3rd

Edition. USA: Wadsorth/Thomson

Learning, pp.63.

[viii

]Syed Arabi, I. Peranan Media Massa dalam Pilihan Raya Umum. Selangor:IIUM Press,pp.13