virtual learning environment (myinspire)

66
T T o o p p i i k k 2 2 Virtual Learning Environment (myINSPIRE) HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan komponen komputer peribadi dan peranti yang berkaitan dengannya; 2. Menerangkan konsep Internet dan cara menggunakannya dengan berkesan; 3. Menggunakan Microsoft Internet Explorer dengan berkesan; 4. Menggunakan alat PDF untuk membaca dan mengemudi dokumen dalam talian dengan efektif; 5. Merumuskan persekitaran pembelajaran maya OUM (myINSPIRE) dan bagaimana ia meningkatkan pembelajaran anda; dan 6. Menggunakan komponen utama myINSPIRE untuk pembelajaran dalam talian. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Upload: lengoc

Post on 27-Dec-2016

294 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TTooppiikk

22

Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan komponen komputer peribadi dan peranti yangberkaitan dengannya;

2. Menerangkan konsep Internet dan cara menggunakannya denganberkesan;

3. Menggunakan Microsoft Internet Explorer dengan berkesan;

4. Menggunakan alat PDF untuk membaca dan mengemudidokumen dalam talian dengan efektif;

5. Merumuskan persekitaran pembelajaran maya OUM (myINSPIRE)dan bagaimana ia meningkatkan pembelajaran anda; dan

6. Menggunakan komponen utama myINSPIRE untuk pembelajarandalam talian.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 2: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 49

PENGENALAN

Dalam topik kedua ini, anda akan diperkenalkan dengan komputer peribadi (PC personal computer) dan diajar cara untuk melayari Internet. Ia diikuti dengan subtopik tentang bagaimana menggunakan Microsoft Internet Explorer (IE) dan bagaimana membaca dokumen dalam Format Dokumen Mudah Alih (PDF Portable Document Format).

Kemudian, topik ini akan memberikan gambaran tentang cara untuk memaksimumkan pembelajaran anda dalam persekitaran pembelajaran dalam talian OUM yang dikenali sebagai myINSPIRE. Pada akhir topik ini, diharapkan anda dapat menggunakan myINSPIRE sebaik mungkin untuk pembelajaran peribadi dan dalam talian anda.

KOMPUTER PERIBADI

Komputer peribadi (personal computer), lebih dikenali sebagai PC ialah peralatan yang digunakan untuk berkomunikasi dan mendapatkan maklumat. Semua PC mempunyai struktur asas yang sama, terdiri daripada beberapa komponen perkakasan dan peranti sokongan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Komponen perkakasan komputer peribadi dan peranti yang berkaitan

2.1

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 3: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 50

Apakah yang dilakukan oleh setiap komponen dan peranti ini? Mari kita lihat fungsinya dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Fungsi Komponen Perkakasan untuk PC dan Perantinya

Komponen/Peranti Fungsi

Unit pemprosesan pusat (CPU central processing unit)

Ia memproses data input (daripada papan kekunci, tetikus) dan menyalurkannya kepada komponen output komputer. Ia juga dikenali sebagai otak komputer.

Unit paparan video (VDU video display unit)

Ia menunjukkan kepada anda paparan visual maklumat yang anda masukkan. Ia dikenali umum sebagai monitor.

Papan kekunci Ini ialah peranti input untuk menaip maklumat berasaskan teks. Anda boleh berkomunikasi dengan komputer melalui alat ini.

Tetikus Ini ialah peranti input yang digunakan terutamanya untuk menunjuk dan memilih item.

Pemacu kilat USB (flash drive USB)

Ini ialah peranti storan data termasuk memori kilat (flash memory) dengan antara muka bas bersiri sejagat (USB Universal Serial Bus) bersepadu.

Pencetak Ia membolehkan anda untuk mencetak di atas kertas. Ia menyalin maklumat yang diambil dari CPU yang juga boleh dibaca di skrin.

Modem Ia ialah peranti atau program yang membenarkan komputer untuk menghantar data melalui wayar telefon atau kabel.

Port USB Ia merupakan standard antara muka sambungan kabel dalam PC dan barangan elektronik pengguna. Ia membenarkan peranti elektronik untuk disambungkan kepada komputer menggunakan kabel.

Pemacu CD-R/DVD-R Peranti yang membaca data dalam cakera padat yang telah dikodkan secara digital.

Sekarang, mari kita mengaitkan penggunaan komponen perkakasan ini ke subtopik berikutnya mengenai Internet.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 4: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 51

MENGGUNAKAN INTERNET

Apakah yang boleh anda katakan untuk menghuraikan Internet?

Saiz sebenar maklumat yang terdapat di Internet adalah sukar untuk dianggarkan kerana terdapat begitu banyak maklumat. Maka mencari apa yang anda inginkan bukanlah perkara yang mudah.

2.2.1 Internet

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Internet ialah rangkaian besar komputer yang menghubungkan jaringan yang lebih kecil di seluruh dunia. Komputer berkomunikasi melalui protokol komunikasi yang disebut Protokol Kawalan Penghantaran/Protokol Internet (TCP/IP Transmission Control Protocol/ Internet Protocol ).

Internet sering dirujuk sebagai rangkaian komputer terbesar di dunia atau koleksi rangkaian kolaboratif. Ia membolehkan pertukaran maklumat antara komputer.

2.2

SEMAK KENDIRI 2.1

Tuliskan nama komponen perkakasan yang bersesuaian dengan fungsinya dalam jadual berikut.

Komponen Perkakasan Fungsi

Memaparkan maklumat yang dimasukkan ke dalam komputer.

Unit pemprosesan utama komputer.

Alat yang digunakan untuk menaip maklumat berasaskan teks.

Peranti input dan output yang membenarkan fail untuk disimpan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 5: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 52

2.2.2 Sambungan ke Internet

Mari kita lihat dengan lebih lanjut tentang sambungan Internet.

(a) Sambungan Rangkaian Terdapat dua mod sambungan Internet, iaitu berwayar dan tanpa wayar.

Bagi rangkaian berwayar, kita mempunyai Rangkaian Kawasan Setempat (LAN Local Area Network) dan Rangkaian Kawasan Luas (WAN Wide Area Network), sambungan dail (dial-up) dan sambungan jalur lebar.

Sebaliknya, untuk tanpa wayar, Internet boleh diakses dengan menggunakan titik akses (access point) atau hot spots. Komputer anda juga boleh disambungkan ke LAN atau WAN tanpa wayar, atau jalur lebar.

Untuk lebih memahami rangkaian LAN berwayar, mari kita lihat Rajah 2.2.

Rajah 2.2: Penyediaan Internet untuk Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 6: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 53

(b) Sambungan Dail Setelah anda tahu mengenai sambungan rangkaian, anda mungkin terfikir

bagaimana agaknya komputer peribadi di rumah anda disambungkan ke Internet. Mula-mula, tentulah anda perlu ada peralatan yang diperlukan untuk membuat sambungan ke Internet. Peralatan ini dirumuskan dalam Jadual 2.2.

Jadual 2.2: Peralatan Komputer untuk Mendapatkan Sambungan Internet

Peralatan Deskripsi

Kad rangkaian (jika berkenaan)

Sekeping kad yang digunakan khas untuk menyambung komputer anda ke Internet menggunakan kabel rangkaian melalui LAN.

Modem Peranti komputer yang berfungsi sebagai antara muka antara komputer dan talian telefon.

Perisian Untuk sambungan ke Internet, anda perlu memasang perisian yang berkaitan, iaitu e-mel dan perisian pelayar web.

Nombor akaun Sebelum sambungan ke Internet, anda perlu mendapatkan akaun sambungan Internet daripada Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP Internet Service Provider). Di Malaysia, kita mempunyai dua ISP utama, iaitu Telekom Malaysia yang memberikan sambungan seperti UniFi dan Streamyx, dan Maxis Communications yang menawarkan MaxisNet. Terdapat juga ISP lain seperti Celcom Broadband dan TimeNet. Setiap ISP memerlukan semua penggunanya mendaftar dahulu. Sebagai pengguna, anda akan mempunyai ID dan kata laluan yang akan digunakan setiap kali anda membuat sambungan ke Internet.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 7: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 54

Ketika zaman awal Internet, sambungan dail digunakan untuk menghubungkan komputer anda ke ISP melalui sambungan telefon. Modem diperlukan dalam sambungan dail untuk menukar isyarat digital komputer kepada bentuk yang boleh dihantar melalui talian telefon. Modem mengakses talian telefon, mendail nombor untuk ISP dan kemudian menyambung komputer anda ke Internet seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.3.

Rajah 2.3: Sambungan ke Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP)

(c) Sambungan Jalur Lebar Selain sambungan dail, ISP juga menyediakan sambungan jalur lebar.

Contoh perkhidmatan jalur lebar yang terdapat di pasaran tempatan ialah UniFi oleh TM Net dan jalur lebar berkelajuan tinggi Maxis daripada Maxis.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 8: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 55

2.2.3 Apakah yang Boleh Anda Lakukan dengan Internet?

Terdapat beberapa manfaat jika kita disambungkan ke Internet. Antaranya ialah:

(a) Bertukar e-mel dengan rakan dan rakan sekerja;

(b) Berinteraksi melalui perbincangan forum dalam talian;

(c) Mencari maklumat di jaringan sejagat (World Wide Web);

(d) Mengakses dan mendapatkan maklumat dari pangkalan data elektronik;

(e) Menghantar tugasan;

(f) Membuat penilaian dalam talian; dan

(g) Mengakses maklumat berasaskan teks dan multimedia termasuklah bunyi, grafik, video dan sebagainya.

Senarai tadi hanyalah sebahagian kecil daripada kegunaan Internet. Kami pasti anda boleh mengenal pastinya lebih banyak manfaatnya dan menambah senarai tersebut.

2.2.4 Memahami Konsep Internet

Mari kita lihat beberapa konsep penting Internet, iaitu:

(a) Jaringan Sejagat (WWW World Wide Web) Jaringan sejagat adalah antara muka yang membolehkan pengguna

mengakses maklumat dalam format multimedia dari pangkalan data di seluruh dunia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 9: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 56

(b) Laman Web Laman web ialah mana-mana tapak (site) dalam jaringan sejagat.

Kebanyakan laman web mempunyai laman (homepage) sebagai titik permulaan mereka yang sering berfungsi sebagai isi kandungan untuk tapak ini. Laman web terdiri daripada banyak halaman web (Web pages) (lihat Rajah 2.4).

Rajah 2.4: Contoh muka depan laman web OUM

(c) Halaman Web Dokumen dalam jaringan sejagat. Biasanya halaman web ini mempunyai

pautan ke halaman web lain.

(d) Pelayar Web Pelayar web ialah perisian yang membolehkan anda untuk melihat

kandungan Internet dan bergerak dalam persekitaran alam maya. Terdapat banyak pelayar web yang tersedia untuk pengguna Internet. Antara yang paling popular ialah Microsoft Internet Explorer, Chrome dan Mozilla Firefox.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 10: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 57

(e) Pelokasi Sumber Seragam (URL Uniform Resource Locator) Setiap laman web atau halaman web dikenal pasti berdasarkan alamat yang

disebut Pelokasi Sumber Seragam (URL). Sebagai contoh, URL untuk laman web Open University Malaysia ialah http://www.oum.edu.my/.

URL dapat menunjukkan kepada anda dari mana maklumat diperoleh sama ada dari institusi akademik, badan kerajaan atau syarikat. Kebanyakan alamat laman web mempunyai pola berikut:

http://www.oum.edu.my/newsletter.html

(i) http:// Merujuk kepada Protokol Perpindahan Hiperteks (Hypertext Transfer Protocol). Ia merupakan protokol yang digunakan oleh komputer untuk mengakses dan menyampaikan halaman web.

(ii) www Laman web yang berada di komputer (juga dikenali sebagai „pelayan‰) yang dikenalisebagai www; sebahagian daripada alamat ini memberitahu anda di manakah letaknya komputer yang menyimpan maklumat yanganda cari.

(iii) oum.edu Laman web ini merupakan institusi akademik („edu‰) yang menyebut dirinya „oum‰. Bahagian „edu‰ daripada alamat ini disebut domain. Ketika anda melayari jaringan sejagat, berikan tumpuan kepada hos. Secara umumnya, laman web kerajaan dan organisasi meletakkan maklumat daripada rekod rasmi mereka. Andaakan mencari maklumat yang boleh dipercayaidan kebanyakan maklumat yang disiarkan di laman web kerajaan adalah didokumentasikan, membolehkan anda untuk mengesahkan cariananda. Yang berikut adalah beberapa pengenal hos: .edu atau .ac untuk organisasi akademik atau pendidikan; .co, .com untuk organisasi komersial; .gov untuk kerajaan; .org untuk bukan kerajaan dan organisasi yang tidak membuat keuntungan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 11: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 58

(iv) .my Menandakan kod negara. Kod bagi Malaysia ialah .my, .au untuk Australia, .fr untuk Perancis dan lain-lain. Pada dasarnya ini menunjukkan tempat terletaknya tapak komputer itu.

(v) /newsletter.html Ia ialah nama fail.

(f) Hiperpautan (Hyperlink) Kebanyakan dokumen web mengandungi hiperpautan yang „melompat‰

ke lokasi lain. Hiperpautan biasanya dipaparkan sebagai teks yang digariskan, objek grafik atau gambar.

Apabila anda menggerakkan penunjuk tetikus ke atas hiperpautan, penunjuk tetikus mengambil bentuk tangan dengan jari menunjuk ke atas. Untuk melompat ke lokasi hiperpautan, klik sahaja hiperpautan tersebut.

2.2.5 Microsoft Internet Explorer (MSIE)

Subtopik ini menghuraikan kemahiran asas yang anda perlukan untuk menggunakan Microsoft Internet Explorer. Perlu dinyatakan di sini bahawa kita tidak mempromosikan MSIE. Namun memandangkan kita akan membincangkan sebahagian besar aplikasi MS Office dalam Topik 9, maka adalah sesuai untuk kita bercakap mengenai MSIE sebagai contoh pelayar web. Kemahiran penggunaan asas bagi pelayar web ini adalah hampir sama dengan pelayar web lain seperti Chrome, Opera dan Mozilla.

(a) Cara Membuka Microsoft Internet Explorer

(i) Cara paling mudah untuk membuka Internet Explorer (IE) adalah dengan mengikuti langkah berikut:

Cari makna domain ini:

(a) bbc.co.uk

(b) library.athabascau.ca

(c) www.pelanduk.com

(d) www.pnm.my

AKTIVITI 2.1

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 12: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 59

Start �Program �Internet Explorer (lihat Rajah 2.5).

Rajah 2.5: Cara membuka IE

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 13: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 60

(ii) Setelah selesai, anda akan dibawa ke laman web/laman IE (Microsoft Network, MSN) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.6.

Rajah 2.6: Halaman lalai (default) di IE

(b) Menggunakan Bar Navigasi MSIE Seperti MS Word, MS PowerPoint dan MS Excel, MSIE mempunyai set bar

navigasi yang hampir sama (seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.6). Set bar ini terdiri daripada:

(i) Bar Tajuk (Title Bar) Bar tajuk biasanya merupakan bar berwarna di bahagian paling atas

skrin anda yang akan memberikan nama laman web yang telah anda masukkan. Pada akhir bar berwarna ialah butang bar tajuk untuk mengurangkan, mengecilkan dan menutup skrin.

(ii) Bar Menu (Menu Bar) Bar ini menyenaraikan fungsi yang berkaitan dengan File, Edit, View,

Favorites, Tools dan Help (beberapa fungsi ini akan dijelaskan sepenuhnya kemudian).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 14: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 61

(iii) Bar Alat (Tool Bar) Ia mempunyai fungsi butang berikut: Back, Forward, Reload/Refresh,

Home, Mail, Print dan sebagainya (bergantung pada tetapan anda). Fungsi ini dihuraikan seperti yang berikut:

Back Ini akan membawa anda kembali ke laman web sebelumnya yang telah anda lihat kali terakhir.

Forward Ini menggerakkan anda ke laman web seterusnya.

Refresh Ia memuat semula halaman semasa.

Home Pada bila-bila masa anda melayari laman web dan ingin kembali ke halaman mula, hanya tekan ikon Home dan ia akan membawa anda ke sana semula.

Favorites (disebut Bookmarks dalam Chrome) menyediakan cara pintas ke halaman yang selalu anda layari. Apabila anda berada di satu halaman web, anda mungkin ingin kembali ke halaman web yang anda dilayari sebelumnya. Klik sahaja pada butang berjudul Favorites dan ikut arahannya.

Print Butang ini menghantar salinan muka yang dibuka pada pelayar anda ke pencetak. Ia akan mencetak halaman yang sama seperti yang ditunjukkan. Jika anda ingin lebih banyak pilihan, klik File di bar menu, kemudian Print dan seterusnya ikuti arahan yang diberikan.

(iv) Bar Alamat (Address Bar) Ini memaparkan alamat (URL) halaman di mana anda berada. Anda

boleh menaip alamat web lain ke dalam bar ini dan klik Go atau tekan Enter untuk pergi ke laman web baharu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 15: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 62

(c) Membuka Halaman Web Yang berikut ialah cara formal membuka halaman web atau dokumen:

(i) Pilih „File‰� „Open‰. Internet Explorer memaparkan kotak dialog Open seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.7.

Rajah 2.7: Salah satu kaedah untuk membuka dokumen web

(ii) Dalam kotak teks „Open‰, masukkan alamat untuk dokumen atau fail yang anda mahu buka, menggunakan salah satu daripada kaedah berikut:

Taip nama dokumen atau fail ke dalam kotak teks „Open‰. Klik „OK‰; atau

Untuk membuka dokumen atau fail yang baru anda akses, klik butang panah bawah di hujung kanan kotak teks „Open‰ dan pilih fail daripada senarai ke bawah (drop-down list). Klik „OK‰.

Terdapat cara yang lebih cepat untuk membuka laman web.

Klik butang „Browse‰. Internet Explorer memaparkan kotak dialog Microsoft Internet Explorer.

Nota: Cara paling biasa untuk mengakses laman web adalah dengan menggunakan URL halaman web tersebut. Taipkan alamat web ke dalam bar alamat (lihat Rajah 2.6), tekan Return/Enter dan laman web ini akan dipaparkan pada skrin.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 16: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 63

(d) Menyimpan Dokumen Anda mungkin mahu menyimpan salinan laman web ke cakera keras anda

supaya boleh memeriksanya secara terperinci apabila komputer anda di luar talian (offline).

Untuk menyimpan halaman semasa, pilih „File‰ „Save as‰. Internet Explorer memaparkan kotak dialog „Save Webpage‰ (lihat Rajah 2.8). Pilih lokasi untuk fail seperti biasa, nyatakan nama fail dan klik butang „Save‰. Internet Explorer akan menutup kotak dialog „Save as‰ dan menyimpan fail tersebut.

Rajah 2.8: Kotak dialog „Save as‰

(e) Mencetak Dokumen Web Ini ialah dua kaedah mencetak dokumen web dan langkahnya adalah:

(i) Untuk mencetak halaman web yang sedang anda lihat, klik butang „Print‰ pada bar alat. Internet Explorer mencetak halaman tanpa menampilkan kotak dialog Print.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 17: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 64

(ii) Untuk memaparkan kotak dialog Print supaya anda boleh memilih pilihan percetakan, pilih „File‰ ‰Print‰. Internet Explorer memaparkan kotak dialog Print seperti dalam Rajah 2.9. Anda boleh menggunakan ciri di dalam kotak dialog (contohnya, saiz, sumber, membaca) untuk mengubah suai output mengikut gaya pilihan anda.

Rajah 2.9: Kotak dialog „Print‰

(iii) Klik „PRINT‰ untuk mencetaknya.

(f) Favorites Web terbukti merupakan sumber maklumat yang baik. Kebanyakan pelayar

yang anda gunakan untuk „membaca‰ kandungan web mempunyai sistem bina dalam (built-in) untuk membolehkan anda menyimpan laman web yang berguna supaya anda boleh kembali dan melihatnya lagi. Laman web yang disimpan ini dikenali sebagai „Favorites‰ dalam Explorer.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 18: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 65

Anda boleh menggunakan Favorites untuk melayari laman web atau mengumpulkan laman web yang berguna, cara yang sama seperti anda mengunjungi perpustakaan di mana anda mungkin mengumpulkan buku dan artikel jurnal untuk membacanya dengan lebih terperinci pada masa akan datang.

Apabila anda menemui laman web yang anda yakin anda ingin kembali melayarinya, anda boleh menambah jalan pintas untuk laman web itu ke fail „Favorites‰. Untuk kembali ke laman web yang digemari, anda boleh pilih daripada Favorites. Yang berikut merupakan langkah untuk menggunakan fail Favorites ini:

(i) Klik butang „Favorites‰ pada bar alat butang standard.

(ii) Pilih „Favorites‰ „Add a Favorites‰. Kotak dialog Add a Favorite akan muncul seperti dalam Rajah 2.10.

Rajah 2.10: Kotak dialog „Add a Favorite‰

(iii) Sunting nama Favorite (ingat bahawa nama pendek adalah lebih mudah untuk dicari di bar Favorites anda atau menu Favorites).

(iv) Pilih nama folder di mana ia harus berada (pilih sama ada „Create in‰ atau „New Folder‰ jika folder yang anda inginkan belum wujud).

(v) Namun, jika butang „Create in‰ yang dipilih, anda boleh menyimpannya dalam folder sedia ada.

(vi) Jika „New Folder‰ dipilih, berikan nama kepada folder anda.

(vii) Klik „Add‰ apabila operasi selesai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 19: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 66

2.2.6 Format Dokumen Mudah Alih (PDF – Portable Document Format)

Apakah yang anda faham mengenai PDF? Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PDF, mari kita lihat huraian yang berikut:

(a) Pengenalan Ada banyak jenis format fail di dalam laman web, iaitu MS Word, MS

Excel, MS PowerPoint, PDF, HTML dan lain-lain. Oleh itu, ia adalah penting untuk mengetahui bagaimana untuk mengemudi fail atau dokumen ini. Salah satu daripada format yang paling popular ialah Format Dokumen Mudah Alih (PDF Portable Document Format). PDF telah dibangunkan oleh Adobe Systems dan direka untuk menukar dokumen antara komputer dan merentas pelantar komputer sambil mengekalkan integriti fail. Ini bermakna kandungan fail tidak boleh diubah dengan mudah. Nama sambungan failnya ialah .pdf. PDF ini telah menjadi piawai format dokumen yang digunakan untuk pertukaran dokumen.

Acrobat Reader ialah paparan untuk membaca fail .pdf dan ia mempunyai alat untuk pengendalian fail, navigasi, melihat dan alat asas untuk membuat pilihan.

(b) Adobe® Acrobat® Reader Mengetahui persekitaran paparan Acrobat dan mengemudi dokumen

paparan Acrobat ialah tugas asas pengguna. Lebih banyak yang anda tahu, semakin cepat anda boleh bergerak di sekitar paparan Acrobat.

(c) Muat Turun dan Pemasangan Acrobat Reader Adobe® Acrobat® Reader boleh dipasang secara percuma melalui laman

web Adobe di http://www.adobe.com.

(d) Navigasi dan Melihat Dokumen PDF Jika anda belum menggunakan paparan Acrobat, anda perlu meneliti

ketika membaca muka surat pada bahagian ini untuk belajar bagaimana anda boleh melayari, melihat dan mencari dokumen PDF. Anda boleh membuka fail PDF dalam Acrobat Reader (lihat Rajah 2.11) atau dalam pelayar (lihat Rajah 2.12).

(i) Gunakan bar skrol (scroll bar) pada sebelah kanan skrin untuk membaca halaman web.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 20: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 67

(ii) Gunakan ikon teks untuk menonjolkan (highlight) teks. Untuk menyalin teks yang ditonjolkan ini, klik butang kanan tetikus sekali dan kemudian klik „Copy‰.

(iii) Gunakan pembesar (kaca pembesar) dengan mengklik ikonnya untuk memiliki pandangan dokumen yang lebih besar.

(iv) Gunakan alat mencari (find) (teropong) untuk mencari kata kunci.

Rajah 2.11: Dokumen PDF yang dibuka dalam Acrobat Reader

Rajah 2.12: Dokumen PDF yang dibuka dalam pelayar (Chrome)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 21: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 68

(e) Menyimpan Fail PDF Untuk menyimpan fail .pdf, klik pada ikon „diskette‰.

(i) Rujuk kembali Rajah 2.12. Untuk menyimpan fail, klik ikon itu.

(ii) Anda akan memperoleh kotak dialog (lihat Rajah 2.13).

(iii) Simpan fail tersebut seperti anda lakukan pada persekitaran MS Office.

Rajah 2.13: Kotak dialog untuk menyimpan fail

(f) Mencetak Fail PDF Untuk mencetak fail PDF, pergi ke „File‰, pilih cetak atau klik pada ikon

„Printer‰. Jika anda menggunakan menu „File‰, anda akan lihat kotak dialog. Anda boleh memilih pilihan anda, terutamanya halaman yang hendak dicetak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 22: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 69

(g) Melihat dokumen PDF di Telefon Mudah Alih Anda dikehendaki memuat turun aplikasi percuma Adobe Acrobat Reader daripada Play Store/App Store ke dalam telefon mudah alih anda untuk membolehkan anda melihat fail PDF.

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA OUM

Pengetahuan dan kemahiran yang kita pelajari mengenai penggunaan Internet dalam Subtopik 2.2 sebelum ini, akan berguna bagi anda untuk mengakses dan menavigasi persekitaran pembelajaran maya OUM yang dikenali sebagai myINSPIRE (lihat Rajah 2.14). myINSPIRE disesuaikan daripada Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS Learning Management System) sumber terbuka yang terkenal, iaitu Moodle.

Rajah 2.14: Logo myINSPIRE

Apakah yang dimaksudkan dengan persekitaran pembelajaran maya? Persekitaran pembelajaran maya seperti myINSPIRE ialah platform berasaskan web e-pembelajaran untuk menyediakan persekitaran pembelajaran dalam talian di OUM. Ia membolehkan OUM untuk mengurus, menyampaikan kandungan kursus dan menjejaki perbincangan dalam talian oleh pelajar dan tutor. Tutor boleh memuat naik kandungan kursus, item penilaian dan bahan kursus lain. Terdapat forum perbincangan dalam talian yang membolehkan kerjasama pembelajaran dalam talian berlaku. Sejauh mana anda memperoleh manfaat daripada pembelajaran kolaboratif dalam talian bergantung pada kualiti penyiaran dan penyertaan aktif daripada anda dan rakan anda.

Paparan terbaik bagi myINSPIRE menggunakan pelayar Mozilla Firefox untuk komputer dan Google Chrome untuk telefon mudah alih.

2.3

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 23: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 70

2.3.1 Memulakan myINSPIRE

myINSPIRE disepadukan dengan portal OUM. Oleh itu, sebaik sahaja anda log masuk ke laman web OUM (lihat Rajah 2.15), anda boleh mengakses myINSPIRE.

Rajah 2.15: Log masuk pada laman web OUM

Sebelum anda boleh mengakses myINSPIRE dari laman web OUM, anda perlu mendaftar untuk membuka akaun dengan OUM. Sekiranya ini merupakan kali pertama anda log masuk, klik pada perkataan „First Time Login‰ di laman web OUM. Pastikan kata laluan anda adalah betul. Jika anda mempunyai masalah untuk log masuk, anda perlu menghubungi pusat perkhidmatan pelajar OUM untuk memastikan anda telah berdaftar sebagai pelajar OUM yang aktif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 24: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 71

Dalam Jadual 2.3 kita akan menunjukkan langkah demi langkah untuk membantu anda mendaftar akaun OUM.

Jadual 2.3: Langkah untuk Mendaftar Akaun OUM

Langkah Deskripsi

Langkah 1 Apabila laman web OUM dipaparkan, klik butang „First Time Login‰ (rujuk Rajah 2.16).

Rajah 2.16: „First time login‰ dari laman web OUM

Langkah 2 Seterusnya di paparan yang baharu ini (lihat Rajah 2.17), taip nombor kad pengenalan anda, tanpa sempang ( ) dan klik butang „Submit‰.

Rajah 2.17: Kaedah memasukkan nombor kad pengenalan (my OUM adalah halaman pengesahan pendaftaran baharu)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 25: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 72

Langkah 3 Isikan maklumat pendaftaran akaun seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.18.

Rajah 2.18: Laman pendaftaran akaun pelajar

Selepas anda klik „Submit‰, anda akan memperoleh halaman pengesahan pendaftaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.19.

Rajah 2.19: Portal baharu laman pengesahan myOUM

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 26: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 73

Langkah 4 Selepas anda berjaya melengkapkan proses pendaftaran akaun myOUM, anda bolehlah mengakses portal myOUM menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang dipilih (rujuk Rajah 2.19). Nama pengguna anda adalah sah digunakan sepanjang tempoh pengajian anda dengan OUM tanpa boleh diubah. Walau bagaimanapun, anda dibenarkan menukar kata laluan anda mengikut kesesuaian masa dan kehendak anda.

Langkah 5 Sekarang mari kita kembali ke laman web OUM. Masukkan nama pengguna dan kata laluan seperti yang telah didaftarkan untuk membolehkan anda log masuk ke portal myOUM dan seterusnya mengakses myINSPIRE (rujuk Rajah 2.20).

Rajah 2.20: Menu log masuk OUM

Langkah 6 Apabila Langkah 5 berjaya, anda akan kekal di portal myOUM. Dalam portal myOUM, anda dapat mengakses myProfile, eServices, e-mel, Assignment System, Perpustakaan, Sumber, OUM doc, Bantuan, myCourse dan Quick Links, pengumuman dan Online Evaluation Survey seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.21. Untuk mengakses myINSPIRE, klik ikon myCourse.

Rajah 2.21: Portal myOUM

Nota: Dari portal myOUM, anda dapat mengakses laman „Announcement‰ atau pengumuman. Di sini anda akan memperoleh pengumuman penting seperti tarikh bermulanya tutorial, muat turun dan tarikh menghantar tugasan, tarikh peperiksaan, acara khas dan majlis konvokesyen.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 27: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 74

Langkah 6 (sambungan)

Kami mengesyorkan supaya anda melayari halaman ini sekerap mungkin untuk mengemas kini setiap aktiviti yang berlaku di OUM seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.22.

Rajah 2.22: Halaman pengumuman

Komponen lain di portal myOUM adalah pautan ke e-mel, pautan ke perpustakaan digital, halaman profil anda dan e-khidmat yang menyediakan pelbagai pengurusan e-borang.

2.3.2 Mengakses myINSPIRE

myINSPIRE telah direka bentuk untuk diakses secara intuitif ia dapat diakses dengan sedikit atau tanpa arahan daripada komputer atau telefon mudah alih. Sehubungan itu, anda perlu klik ikon „myCourse‰ di laman portal OUM (juga dikenali sebagai portal myOUM) untuk mengakses myINSPIRE (lihat Rajah 2.23).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 28: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 75

Rajah 2.23: Klik ikon „myCourse‰ untuk mengakses myINSPIRE

Seterusnya laman utama myINSPIRE akan dipaparkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.24.

Rajah 2.24: Halaman utama myINSPIRE; subjek berdaftar anda dipaparkan di sini

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 29: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 76

Pada halaman utama myINSPIRE, anda akan dapat melihat semua subjek yang telah anda daftarkan dalam semester yang terkini. Hanya klik salah satu subjek tersebut untuk meneroka halaman kursus dalam myINSPIRE seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.25.

Rajah 2.25: Halaman kursus akan dipaparkan sebaik sahaja anda klik subjek yang telah

anda daftar

Selain memaparkan subjek yang telah anda daftarkan, halaman utama ini juga mempunyai blok berikut di panel bahagian kanannya:

(a) Kalendar; dan

(b) Peristiwa akan datang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 30: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 77

Kaedah alternatif untuk mengakses terus myINSPIRE adalah melalui http://inspire.oum.edu.my seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.26. Di sini, anda boleh log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan OUM anda.

Rajah 2.26: Akses terus ke myINSPIRE melalui http://inspire.oum.edu.my

2.3.3 Bagaimana myINSPIRE Meningkatkan Pembelajaran Anda

Dalam subtopik yang terdahulu, kita melihat kaedah mengakses myINSPIRE. Sekarang, kita melihat pula bagaimana myINSPIRE mampu menyokong pembelajaran jarak jauh, terutamanya dalam konteks pembelajaran dalam talian anda. Walaupun terdapat beberapa jenis alat, kita hanya akan membincangkan menu dan alat yang mampu meningkatkan pengalaman pembelajaran dalam talian secara peribadi dan kolaboratif. Kita boleh mengkategorikan kebaikan alat ini kepada empat aspek seperti yang diilustrasikan dalam Rajah 2.27.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 31: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 78

Rajah 2.24: Empat kebaikan myINSPIRE

Anda sendiri dapat menyemak fungsi alat lain dengan melengkapkan Jadual 2.4 berikut.

Jadual 2.4: Set Alat dan Fungsinya dalam myINSPIRE

Alat Fungsi

Pengumuman

Isi kandungan kursus

Sumber yang berguna

Kuiz

Soalan Kerap Ditanya (FAQ Frequently Asked Questions)

Forum

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 32: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 79

KOMPONEN PEMBELAJARAN DALAM MYINSPIRE

Komponen utama dalam halaman kursus dalam myINSPIRE ialah:

(a) Bahagian pengumuman kursus;

(b) Pautan ke sistem tugasan;

(c) Kuiz;

(d) Akses ke kandungan lain seperti e-modul;

(e) Video kuliah;

(f) FAQ;

(g) Persidangan video;

(h) Forum; dan

(i) Bahagian „Other useful resources‰ (sumber lain yang berguna).

Semua komponen yang disenaraikan boleh didapati di blok navigasi pada bahagian kiri halaman kursus. Apabila anda klik di mana-mana komponen subjek, isi kandungannya akan dipaparkan di bahagian tengah halaman (rujuk Rajah 2.28). Kita akan meneroka semua komponen ini dengan lebih terperinci dalam subtopik seterusnya.

2.4

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 33: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 80

Rajah 2.28: Struktur halaman kursus dalam myINSPIRE

Selain daripada komponen yang disenaraikan tadi, halaman kursus myINSPIRE turut mempunyai blok berikut pada bahagian kanan halaman kursus untuk rujukan pantas anda (rujuk Rajah 2.28):

(a) Level up!: Ia menunjukkan prestasi penglibatan anda dalam subjek tertentu dalam myINSPIRE. Tahap maksimum ialah 10. Cabar diri anda untuk memperoleh mata maksimum 10.

(b) Latest news: Pengumuman yang dibuat pada bahagian „Course Announcement‰ akan dipaparkan di sini sebagai peringatan. Oleh itu anda dinasihati agar sentiasa membuka blok ini.

(c) Recent activity: Sebagai peringatan, semua aktiviti terkini daripada e-tutor dan rakan anda akan dinyatakan di sini. Anda juga digalakkan sentiasa memeriksa blok ini.

(d) Search forums: Untuk rujukan pantas, anda dapat mencari catatan forum yang sedia ada daripada rakan anda dan e-tutor di sini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 34: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 81

2.4.1 Pengumuman Kursus

Pengumuman penting berkenaan kursus dari fakulti akan dipaparkan di sini (lihat Rajah 2.29). Pastikan anda sentiasa memeriksa bahagian ini untuk maklumat terkini atau pengumuman mengenai kursus.

Rajah 2.29: Klik pautan „Course Announcement‰ untuk melihat laman pengumuman

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 35: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 82

2.4.2 Tugasan

Anda dapat mengakses dan menghantar tugasan secara dalam talian menggunakan Sistem Pengurusan Tugasan (Assignment Management System). Hanya klik pautan „Assignment‰ di blok navigasi untuk mengakses Sistem Pengurusan Tugasan ini melalui myINSPIRE (lihat Rajah 2.30).

Rajah 2.30: Klik pautan „Assignment‰ untuk ke Sistem Pengurusan Tugasan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 36: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 83

Sekarang mari kita lihat Jadual 2.5 yang menunjukkan kita langkah untuk memuat turun dan menghantar tugasan melalui Sistem Pengurusan Tugasan.

Jadual 2.5: Panduan Langkah Demi Langkah untuk Memuat Turun dan Menghantar Tugasan Menggunakan Sistem Pengurusan Tugasan (Diakses melalui myINSPIRE)

Langkah Deskripsi

Langkah 1 Dalam myINSPIRE, klik „Assignment‰ seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.30. Satu halaman baharu akan dipaparkan. Pada halaman ini, anda akan memperoleh pautan „List of Assignment‰ (berdasarkan subjek yang anda telah daftarkan) yang telah dimuat naik ke dalam Sistem Pengurusan Tugasan (lihat Rajah 2.31). Pilihlah subjek anda.

Rajah 2.31: Senarai tugasan

Langkah 2 Klik „Download‰ (lihat Rajah 2.32) untuk memuat turun soalan tugasan.

Rajah 2.32: Soalan tugasan untuk dimuat turun

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 37: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 84

Langkah 3 Untuk menghantar tugasan, anda boleh mengikuti langkah yang sama. Walau bagaimanapun, anda perlu klik pada tab „Submission‰ (lihat Rajah 2.33).

Rajah 2.33: Klik pada tab „Submission‰ untuk menghantar jawapan tugasan anda

Seterusnya pada halaman penghantaran, klik „Browse‰ untuk mencari fail dan klik „Submit‰ untuk menghantar tugasan (lihat Rajah 2.34).

Rajah 2.34: Penghantaran tugasan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 38: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 85

Langkah 4 Klik „OK‰ untuk menghantar tugasan (rujuk Rajah 2.35) dan klik „Cancel‰ untuk memuat naik semula.

Rajah 2.35: Penghantaran tugasan

Langkah 5 Satu mesej akan timbul (pop-up) apabila penghantaran tugasan telah berjaya dibuat (lihat Rajah 2.36).

Rajah 2.36: Penghantaran tugasan yang berjaya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 39: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 86

Langkah 6 Resit digital akan dipaparkan menandakan tugasan anda sudah berjaya dihantar. Anda dinasihati mencetak resit sebagai rekod simpanan anda (lihat Rajah 2.37).

Rajah 2.37: Contoh resit digital untuk simpanan anda

2.4.3 Kuiz

Anda dapat menilai sendiri pengetahuan pembelajaran anda menggunakan soalan yang boleh didapati dalam „Quiz‰. Alat ini membenarkan anda menguji diri sendiri sebanyak mana dan sekerap mana yang anda ingini. Jadual 2.6 menerangkan langkah untuk mengakses alat ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 40: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 87

Jadual 2.6: Langkah Demi Langkah untuk Mengakses Soalan Kuiz Penilaian Kendiri

Langkah Huraian

Langkah 1 Klik „Quiz‰ pada blok navigasi dalam myINSPIRE (lihat Rajah 2.38).

Rajah 2.38: Pautan ke kuiz

Langkah 2 Selesai langkah pertama, halaman kuiz akan dipaparkan seperti dalam Rajah 2.39. Dapatlah anda mula menjawab soalan kuiz tersebut.

Rajah 2.39: Halaman kuiz

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 41: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 88

2.4.4 Kandungan Kursus

Kandungan kursus seperti e-modul dapat dilihat dan dimuat turun apabila anda klik pautan „Contents‰ pada blok navigasi (lihat Rajah 2.40).

Rajah 2.40: Klik pautan „Contents‰ untuk melihat dan memuat turun modul berkaitan

subjek

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 42: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 89

Apabila anda klik pautan „Contents‰, pautan itu akan diperluas seperti dalam Rajah 2.41.

Rajah 2.41: Komponen „Contents‰

Rajah 2.42: Melihat, mencetak dan memuat turun keseluruhan modul dari myINSPIRE (dilihat menggunakan pelayar Mozilla)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 43: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 90

Rajah 2.43: Melihat, mencetak dan memuat turun keseluruhan modul dari myINSPIRE (dilihat menggunakan Google Chrome)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 44: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 91

Rajah 2.44: Melihat, mencetak dan memuat turun keseluruhan modul dari myINSPIRE (dilihat menggunakan Internet Explorer)

Rajah 2.45 memaparkan bagaimana topik daripada modul tertentu dipaparkan.

Rajah 2.45: Dalam myINSPIRE, modul disusun mengikut topik dan boleh dimuat turun

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 45: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 92

2.4.5 Video Kuliah (Video Lectures)

Video kuliah disediakan dalam pautan „Video Lectures‰ seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.46.

Rajah 2.46: Klik „Video Lectures‰ untuk melihat senarai video kuliah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 46: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 93

Apabila anda klik pautan ini, video kuliah untuk subjek yang dikehendaki akan dipaparkan seperti dalam Rajah 2.47.

Rajah 2.47: Komponen „Video Lectures‰ yang disusun mengikut topik

Apabila anda memilih satu pautan video, keseluruhan video akan muncul (lihat Rajah 2.48).

Rajah 2.48: Video kuliah akan dipaparkan sebaik sahaja anda klik topik yang

dikehendaki

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 47: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 94

2.4.6 FAQ

Bahagian FAQ (lihat Rajah 2.49) mengandungi semua soalan yang kerap ditanya dan disusun mengikut turutan topik (lihat Rajah 2.50).

Rajah 2.49: Klik pautan „FaQs‰ untuk melihat FAQ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 48: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 95

Rajah 2.50: Komponen „FaQs‰ yang disusun mengikut turutan topik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 49: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 96

2.4.7 Sumber Lain yang Berguna (Other Useful Resources)

Pautan laman web yang penting dan sumber luaran yang berhubung kait dengan subjek dapat diperoleh dalam bahagian ini (lihat Rajah 2.51).

Rajah 2.51: Klik pautan „Other Useful Resources‰ untuk melihat sumber luaran kursus

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 50: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 97

2.4.8 Persidangan Video

myINSPIRE turut menyokong komunikasi masa sebenar dalam bentuk persidangan video. Persidangan video ini boleh menjadi kelas maya (lihat Rajah 2.52).

Rajah 2.52: Klik „Virtual Classroom‰ untuk turut serta dalam pembelajaran kelas maya.

Kelas maya hanya wujud jika e-tutor anda telah menjadualkan sesi ini

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 51: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 98

Masa dan tarikh untuk kelas maya ini ditentukan oleh e-tutor anda. Pastikan komputer peribadi atau komputer riba anda mempunyai kamera web (webcam) dan sistem audio yang berfungsi untuk anda sertai kelas maya ini. Rajah 2.53 menunjukkan contoh kelas maya yang sedang berlangsung.

Rajah 2.53: Contoh kelas maya dalam myINSPIRE

2.4.9 Forum

myINSPIRE membenarkan anda berinteraksi, berkomunikasi dan belajar daripada tutor dan rakan anda di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Untuk menjayakan pembelajaran kolaboratif, anda disediakan kemudahan forum. Forum perbincangan dalam talian adalah sebagai kelas maya di mana perbincangan mengenai isu penting berkaitan dengan kandungan dalam modul pembelajaran dibincangkan. Sebaik sahaja anda melihat topik perbincangan muncul pada bahagian forum perbincangan, sila baca, fikirkan dan berikan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 52: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 99

jawapan yang sewajarnya. Harus diingat bahawa anda bukan sahaja perlu menjawab soalan daripada e-tutor anda, malah anda juga perlu membaca jawapan yang diberi oleh rakan anda dan respons kepada mereka sambil mengemukakan persoalan anda sendiri. Kini, kami ingin menekankan bahawa soalan yang memerlukan jawapan yang telus tidak perlu dikemukakan dalam forum perbincangan. Contoh soalan, „Apakah gabungan pendekatan pembelajaran yang terdapat di OUM?‰ Soalan yang sebegini perlulah anda sendiri mengambil inisiatif untuk mencari jawapannya.

Perbincangan dalam talian melalui forum merupakan bahan komunikasi tidak serentak yang anda dapat berinteraksi dan berbincang mengenai topik yang spesifik bersama e-tutor dan rakan. Ia juga bahan kolaborasi yang mendorong perkongsian idea.

Halaman forum ini adalah antara fungsi paling penting dalam myINSPIRE. Apakah sebenarnya maksud forum? Forum secara keseluruhannya adalah seperti ruang perbincangan/ruang sembang, bilik darjah dan pusat sumber. Di sinilah anda boleh melibatkan rakan, tutor dan pakar rujuk bidang (SME subject matter experts) dalam kursus yang anda ambil. Ia seperti kelas 24 jam di mana anda akan memperoleh penjelasan terhadap setiap isu dan jawapan atas setiap persoalan yang diutarakan dalam kursus anda.

Namun demikian, perlu diingatkan bahawa walaupun forum ini dibuka 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, tutor atau rakan anda tidak semestinya ada dalam talian bersama anda. Mereka mungkin mempunyai hal dan komitmen lain. Oleh itu mereka akan berada di halaman forum pada waktu lapang mereka sahaja. Kadangkala, apabila terlalu ramai yang menggunakan forum, anda perlulah menunggu seketika. Apa yang penting, anda adalah sebahagian daripada forum dalam myINSPIRE. Di sinilah anda dapat berkongsi pendapat dan idea. Berkongsi ilmu pengetahuan tidak akan merugikan malah ia akan menambahkan ilmu yang kita ada. Oleh itu, berkongsilah ilmu yang anda ada dan berkongsilah jawapan kepada soalan yang ditanya oleh rakan anda. Selain itu, anda juga akan memperoleh perspektif yang berbeza dan pandangan yang baharu mengenai isu atau soalan yang dikongsi bersama.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 53: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 100

Cara untuk Mengakses Forum Untuk mengakses forum, klik pautan „Forum‰ yang terdapat pada blok navigasi (lihat Rajah 2.54).

Rajah 2.54: Klik pautan „Forum‰ untuk menghantar pesanan kepada e-tutor atau/dan

rakan anda

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 54: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 101

Forum disusun mengikut topik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.55.

Rajah 2.55: Forum dibahagikan mengikut pelbagai folder; apabila menghantar pesanan

baru, pilih folder yang bersesuaian

Forum disusun mengikut perbincangan umum, topik dan sumber yang berguna (lihat Rajah 2.55).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 55: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 102

Sekiranya anda ingin menghantar soalan, pilihlah folder yang betul. Apabila anda klik folder topik tertentu, halaman forum pada topik yang dipilih tadi akan muncul (lihat Rajah 2.56). Ketika menghantar mesej, pastikan anda sertakan nama subjek dan mesejnya (lihat Rajah 2.57).

Rajah 2.56: Pandangan salah satu folder dalam forum

Rajah 2.57: Antara muka forum

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 56: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 103

Anda juga boleh melampirkan fail dalam kiriman anda. Rajah 2.56 menunjukkan isi kandungan e-forum dalam satu folder. Pada halaman ini, anda dapatlah berbincang dan bertukar idea, bekerjasama dan apa sahaja topik yang khusus dalam kursus anda. Ini akan membantu anda memberi tumpuan kepada mana-mana topik setiap kali anda memasuki halaman forum. Apa yang penting, anda akan dapat melihat rangkaian perbualan yang telah anda sertai dan respons daripada rakan anda. Semakin rancak perbualan dan soal jawab dalam e-forum adalah lebih baik untuk pelajar individu. Aspek paling penting mengenai konteks pembelajaran maya ini adalah untuk memberi anda perasaan belajar bersama rakan seperjuangan. Ia mengingatkan anda bahawa anda tidaklah keseorangan dalam menempuh sesi pembelajaran ini dan akan sentiasa ada orang yang membantu. Oleh itu, bersama-samalah bantu-membantu antara rakan anda agar dapat memberi manfaat kepada semua.

Nota: Anda perlu membuat carian di forum sebelum menghantar soalan kerana mungkin soalan yang sama telah dihantar oleh rakan anda dan telah pun dijawab oleh e-tutor. „Search forums‰ wujud pada bahagian kanan laman kursus myINSPIRE (lihat Rajah 2.58).

Rajah 2.58: Anda boleh membuat carian bagi penghantaran soalan (posting)

menggunakan kata kunci yang sesuai

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 57: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 104

MENUKAR SUBJEK DAN STRUKTUR NAVIGASI DALAM MYINSPIRE

Untuk menukar kepada subjek lain yang telah didaftarkan dalam myINSPIRE, klik „Dashboard‰ pada laluan navigasi atau „My courses‰ pada halaman ini untuk memilih subjek berdaftar lain (rujuk Rajah 2.59).

Rajah 2.59: Memilih subjek berdaftar anda yang lain dalam myINSPIRE

Sekiranya anda berada di halaman kursus namun tidak pasti sama ada ingin bergerak ke halaman sebelumnya atau ke lokasi lain di halaman kursus, klik pada lokasi kanan di laluan navigasi bahagian atas halaman kursus anda seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.60.

2.5

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 58: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 105

Rajah 2.60: Laluan navigasi pada bahagian atas membolehkan anda kembali ke halaman yang sebenar dengan hanya satu klik

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN MELALUI MYINSPIRE

Pembelajaran dalam talian melalui myINSPIRE disokong oleh laman web mudah alih menggunakan pelayar Internet dalam telefon mudah alih anda (seperti Chrome, Mozilla) (lihat Rajah 2.61).

Rajah 2.61: myINSPIRE dilihat menggunakan pelayar telefon mudah alih

2.6

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 59: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 106

Selain itu, anda dapat memuat turun aplikasi mudah alih dari Play Store (telefon Android) atau App Store (iPhone) dan dipasang ke dalam telefon anda. Terdapat beberapa aplikasi mudah alih untuk Moodle. Sila muat turun aplikasi rasmi daripada Syarikat Moodle (Moodle Pty Ltd) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.62.

Rajah 2.62: Aplikasi mudah alih Moodle utk myINSPIRE

Langkah demi langkah untuk memuat turun aplikasi mudah alih ini diterangkan dalam Jadual 2.7.

Jadual 2.7: Langkah Memuat Turun Aplikasi Mudah Alih Moodle

Langkah Deskripsi

Langkah 1 Pasang aplikasi mudah alih Moodle untuk myINSPIRE dari Google Play/App Store (lihat Rajah 2.63).

Rajah 2.63: Aplikasi mudah alih Moodle untuk myINSPIRE

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 60: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 107

Langkah 2 Tekan aplikasi mudah alih Moodle di telefon mudah alih anda (lihat Rajah 2.64).

Rajah 2.64: Tekan aplikasi mudah alih Moodle untuk melancarkan halaman log masuk myINSPIRE

Langkah 3 Masukkan „inspire.oum.edu.my‰ untuk alamat (lihat Rajah 2.65) dan tekan butang „Connect‰.

Rajah 2.65: Masukkan alamat URL myINSPIRE

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 61: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 108

Langkah 3 (Sambungan)

Seterusnya, anda mesti log masuk dengan memasukkan nama pengguna OUM dan kata laluan anda (lihat Rajah 2.66)

Rajah 2.66: Masukkan nama pengguna dan kata laluan OUM anda

Langkah 4 Subjek yang telah anda daftarkan akan muncul. Klik „Contents‰ di mana-mana subjek tersebut untuk anda melayari ke halaman kursus itu (lihat Rajah 2.67).

Rajah 2.67: Klik „Contents‰ dari mana-mana subjek yang telah didaftarkan untuk melihat kandungan subjek

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 62: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 109

Langkah 4 (Sambungan)

Selesai sahaja, halaman kursus akan dipaparkan (lihat Rajah 2.68).

Rajah 2.68: Pilihan kursus pada halaman kandungan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 63: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 110

MAKLUMAT PENTING DI PORTAL MYOUM

Dalam subtopik terakhir ini, anda akan mempelajari beberapa maklumat penting di portal myOUM. Sekarang mari kita lihat maklumat yang berikutnya:

(a) Cara untuk Menukar Kata Laluan di Portal OUM Anda boleh menukar kata laluan daripada ikon „myAccount‰ yang terdapat di portal myOUM (lihat Rajah 2.69).

Rajah 2.69: Menukar kata laluan daripada ikon „myAccount‰

(b) Cara untuk Menyemak Status Akademik dan Kewangan Anda boleh menukar status akademik dan kewangan daripada ikon „myProfile‰ di portal myOUM.

Rajah 2.70: Semak profil akademik anda dan status kewangan melalui ikon „myProfile‰

2.7

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 64: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 111

(c) Bantuan Sekiranya anda berhadapan dengan masalah ketika menggunakan portal myOUM dan myINSPIRE, pembantu di HELPDESK boleh membantu anda. Hantar e-mel kepada kami di [email protected] atau hubungi kami di talian 03-2773 2325/2283.

(d) Manual myINSPIRE Anda boleh mengakses manual myINSPIRE dari portal myOUM.

(e) Maklumat Tambahan Layari portal OUM seberapa kerap yang boleh untuk memperoleh maklumat/pengumuman terkini tentang myINSPIRE.

Komponen perkakasan komputer peribadi ialah unit pemprosesan pusat

(CPU), unit paparan video (VDU), papan kekunci, tetikus, pemacu CD-R/DVD-R dan sambungan USB. Peranti yang berkaitan PC ialah pencetak, pemacu laju USB dan modem.

Internet merupakan rangkaian komputer besar yang menghubungkan pelbagai rangkaian kecil di serata dunia. Komputer berhubung melalui protokol komunikasi dikenali sebagai Protokol Kawalan Penghantaran/Protokol Internet (TCP/IP). Internet membolehkan pertukaran maklumat antara komputer.

Antara kebaikan yang diperoleh daripada Internet ialah e-mel kepada rakan dan taulan, berinteraksi dalam forum perbincangan dalam talian, mencari maklumat di jaringan sejagat, membuat tugasan dalam talian dan lain-lain.

SEMAK KENDIRI 2.2

1. Namakan tiga alat dalam myINSPIRE yang membenarkan perkongsian fail dan maklumat.

2. Bagaimanakah pelajar jarak jauh OUM mendapat manfaat daripadapenggunaan myINSPIRE?

3. Apakah perbezaan antara laman web OUM, portal myOUM danmyINSPIRE.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 65: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 112

Microsoft Internet Explorer ialah pelayar yang boleh anda gunakan sebagai alat dalam konteks pembelajaran maya. Anda dapat menggunakan pelayar ini untuk mengakses myINSPIRE di http://inspire.oum.edu.my.

Format Dokumen Mudah Alih (PDF) dibangunkan oleh Adobe Systems dan direka bentuk untuk pertukaran dokumen antara komputer dan seluruh platform komputer sambil mengekalkan integriti fail. Ini bermakna kandungan dokumen fail tidak akan berubah.

Acrobat Reader digunakan untuk melihat fail pdf. Ia mempunyai alat untuk pengendalian fail, navigasi, melihat paparan dan alat asas untuk mewujudkan pilihan.

Konteks pembelajaran maya OUM dikenali sebagai myINSPIRE dan ia disesuaikan daripada Sistem Pengurusan Pembelajaran sumber terbuka yang terkenal, iaitu Moodle.

MyINSPIRE ialah platform e-pembelajaran yang berasaskan web untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran di OUM. Platform ini membantu OUM untuk mengurus, menyampaikan kandungan kursus dan mengesan perbincangan dalam talian antara pelajar dan tutor. Ia juga bersepadu dengan portal OUM; apabila anda log masuk ke laman web OUM, anda dapat mengakses myINSPIRE.

Tambahan pula, myINSPIRE telah direka bentuk untuk diakses secara intuitif ia dapat diakses dengan sedikit atau tanpa arahan daripada komputer atau

telefon mudah alih.

Terdapat empat kebaikan myINSPIRE yang dapat meningkatkan kolaborasi pembelajaran dalam talian peribadi anda. Kebaikan tersebut ialah:

Penilaian kendiri;

Bahan kursus dan rujukan;

Komunikasi dan pembelajaran secara kolaboratif; dan

Berkongsi sumber dan maklumat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 66: Virtual Learning Environment (myINSPIRE)

TOPIK 2 VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (MYINSPIRE) 113

Komponen utama pembelajaran dalam talian myINSPIRE ialah:

Bahagian pengumuman kursus;

Pautan ke sistem tugasan;

Kuiz;

Akses ke kandungan lain seperti e-modul;

Video kuliah;

FAQ;

Persidangan video;

Forum; dan

Bahagian „Other useful resources‰.

Internet

Komputer peribadi

myCourse

myINSPIRE

Pembelajaran dalam talian

Persekitaran pembelajaran maya

Portal myOUM

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)