skpacemerlang.files.wordpress.com · web viewsasarannya ialah bila tamat 6 bulan pertama yakni...

7
ISU-ISU PELAKSANAAN PROGRAMj-QAF Bi l. Isu Perkara Penyelesaian 1. Pengurusan dan Pentadbiran 1. Pertukaran yang sering berlaku di kalangan pentadbir mengakibatkan kurangnya kefahaman di kalangan mereka. Hal ini berlaku terutamanya jika pentadbir datang daripada sekolah yang tidak terlibat dalam melaksanakan Program j-QAF. 1.Pihak JPN/PPD perlu membuat lebih kerap pertemuan dan memberikan penjelasan kepada mereka.Cthnya dalam Mesy Refleksi Pelaksanaan Program j- QAF Pkt PPD atau Mesy J/K Program j- QAF Pkt PPD. 2.Ketua Panitia/Guru Pembimbing hendaklah sentiasa mendekati pihak pentadbir dan memberi penjelasan pelaksanaan program j-QAF kepada pentadbir. 2. Kurang kefahaman dari segi penjadualan j-QAF di kalangan pentadbir. 1. Pihak JPN atau PPD hendaklah mengadakan taklimat penjadualan kepada GPK 1 sebelum sesi persekolahan baru bermula. Sebaik-baiknya pertemuan dibuat beberapa kali pada bulan Oktober/November/Disember. 2. Pentadbir, GPI dan GPI j-QAF hendaklah duduk bersama bagi membincangkan jadual. 3. Kurang kefahaman Model KBS berada di bawah bidang GPK Kokurikulum. 1. JPN hendaklah memanggil semua GPK Kokurikulum dan memberikan taklimat khas. 2. KBS adalah bersifak ko kurikulum dan dibawah bidangkuasa GPK KoKurikulum. GPK Kokurikulum adalah merupakan tunggak yang akan menerajui perlaksanaan KBS di sekolah masing- masing. 4. Sebilangan pentadbir dan guru biasa 1. Pihak pentadbir perlu mewar-warkan

Upload: lamminh

Post on 01-May-2018

228 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: skpacemerlang.files.wordpress.com · Web viewSasarannya ialah bila tamat 6 bulan pertama yakni hujung Jun setiap murid akan berjaya tamat buku Iqra’6. 6. Pengasingan taklimat antara

ISU-ISU PELAKSANAAN PROGRAMj-QAFBil. Isu Perkara Penyelesaian1. Pengurusan dan Pentadbiran

1. Pertukaran yang sering berlaku di kalangan pentadbir mengakibatkan kurangnya kefahaman di kalangan mereka. Hal ini berlaku terutamanya jika pentadbir datang daripada sekolah yang tidak terlibat dalam melaksanakan Program j-QAF.

1.Pihak JPN/PPD perlu membuat lebih kerap pertemuan dan memberikan penjelasan kepada mereka.Cthnya dalam Mesy Refleksi Pelaksanaan Program j-QAF Pkt PPD atau Mesy J/K Program j-QAF Pkt PPD.

2.Ketua Panitia/Guru Pembimbing hendaklah sentiasa mendekati pihak pentadbir dan memberi penjelasan pelaksanaan program j-QAF kepada pentadbir.

2. Kurang kefahaman dari segi penjadualan j-QAF di kalangan pentadbir.

1. Pihak JPN atau PPD hendaklah mengadakan taklimat penjadualan kepada GPK 1 sebelum sesi persekolahan baru bermula. Sebaik-baiknya pertemuan dibuat beberapa kali pada bulan Oktober/November/Disember.

2. Pentadbir, GPI dan GPI j-QAF hendaklah duduk bersama bagi membincangkan jadual.

3. Kurang kefahaman Model KBS berada di bawah bidang GPK Kokurikulum.

1. JPN hendaklah memanggil semua GPK Kokurikulum dan memberikan taklimat khas.

2. KBS adalah bersifak ko kurikulum dan dibawah bidangkuasa GPK KoKurikulum. GPK Kokurikulum adalah merupakan tunggak yang akan menerajui perlaksanaan KBS di sekolah masing-masing.

4. Sebilangan pentadbir dan guru biasa kurang memahami konsep Program j-QAF

1. Pihak pentadbir perlu mewar-warkan Program j-QAF dalam mesyuarat/perjumpaan serta memberi cadangan penyelesaian jika ada sebarang salahfaham. Beri ruang kepada GPI atau GPI j-QAF memberi makluman

5. GPI dan guru j-QAF kurang jelas tentang perlaksanaan Program j-QAF bagi 6 bulan pertama Tahun 1.

(Model Khatam al-Quran Tahun 1)

1. GPI dan guru j-QAF hendaklah sentiasa membuat rujukan kepada buku perlaksanaan yang dibekalkan oleh JAPIM dari masa ke semasa terutama bila timbul masalah.

2. Pada 6 bulan pertama, murid tidak akan diajar secara kelas malah diagihkan kepada kumpulan. Kaedah pengajaran dalam kumpulan adalah secara individu berdasarkan kaedah talaqqi musyafahah. Perkembangan pencapaian bacaan murid hendaklah direkodkan di dalam buku rekod pencapaian al-Quran. Penilaian dibuat secara lisan sahaja. Sasarannya ialah bila tamat 6 bulan pertama yakni hujung Jun setiap murid akan berjaya

Page 2: skpacemerlang.files.wordpress.com · Web viewSasarannya ialah bila tamat 6 bulan pertama yakni hujung Jun setiap murid akan berjaya tamat buku Iqra’6. 6. Pengasingan taklimat antara

Bil. Isu Perkara Penyelesaiantamat buku Iqra’6.

6. Pengasingan taklimat antara GPI dengan Guru j-QAF

1. JPN/PPD perlu mengadakan taklimat bersama mengikut keperluan dan kemampuan.2. Maklumat Program j-QAF telah dimasukkan dalam Kursus pemantapan KBSR yang dihadiri oleh GPI

7. Tenaga pengajar dan pembimbing guru j-QAF terdiri dari kalangan mereka yang kurang jelas tentang pelaksanaan Program j-QAF itu sendiri.

1. Pendedahan yang berterusan hendaklah diadakan dari masa ke semasa oleh JPN/PPD. 2. GPI yang telah menghadiri taklimat perlu mengadakan kursus dalaman di sekolah.

8. GPI j-QAF diberi tanggungjawab untuk memikul tugas berat selepas dilantik seperti Ketua Guru Disiplin dan Guru Kelas.

Perkara seumpama ini kurang digalakkan kerana menyempurnakan pelaksanaan Program j-QAF adalah tugas utama. Guru j-QAF juga adalah merupakan guru luar norma yang datang khusus bagi maksud tersebut.

9. Guru j-QAF juga ditugaskan untuk mengajar matapelajaran yang lain.

Perkara ini tidak dibenarkan sama sekali. GPI j-QAF adalah guru luar norma.

2. Perlaksanaan Waktu Tasmik

1. Kurang kerjasama daripada GPI.

Pihak JPN/PPD dan pentadbir sekolah hendaklah memainkan peranan untuk mengarahkan GPI terlibat dengan pelaksanaan waktu tasmik. Program j-QAF adalah untuk memperkasa Pendidikan Islam. Pelaksana utama di peringkat sekolah ialah GPI dan GPi j-QAF. Unsur pengorbanan dan tanggungjawab secara kolektif perlu diutamakan.

2. Tiada keselarasan masa dan jumlah waktu mengajar tasmik di antara negeri.

Ia bergantung kepada kesesuaian sekolah dan pemberatan jadual waktu.

3. Kekeliruan sama ada perlu atau tidak penulisan RPH.

Guru tidak perlu membuat RPH lengkap tetapi membuat catatan ringkas tentang kelas dan ayat yang diajar pada hari itu. Membuat RPH pun bukanlah satu kesalahan.

4. Tidak mengikut skop pencapaian murid yang telah ditetapkan oleh JAPIM.

Sepatutnya pencapaian murid mengikut seperti yang dirancangkan.

5. GPI dan GPI j-QAF kurang jelas sukatan Tasmik Al Quran Tahun 1 (Januari – November)

1. Rujuk buku panduan yang telah dibekalkan.2. Tahun 1 setelah tamat Iqra’ di sambung dengan SurahAl Baqarah dan pada hujung November semua murid secara minima telah membaca Surah Al Baqarah ayat 126 dengan baik dan lancer

Page 3: skpacemerlang.files.wordpress.com · Web viewSasarannya ialah bila tamat 6 bulan pertama yakni hujung Jun setiap murid akan berjaya tamat buku Iqra’6. 6. Pengasingan taklimat antara

Bil. Isu Perkara Penyelesaian

3. Pelaksanaan KBS

1. Peruntukan yang diberikan oleh JAPIM lambat sampai. Pihak sekolah terpaksa mendahulukan modal. Peruntukan yang diberikan juga tidak konsisten di antara tiap-tiap kem.

1. Rujuk pihak JAPIM2. Mohon sumbangan PIBG, Majlis Agama Islam dan sebagainya.3. Suburkan inisiatif mencari kewangan.

2. Fasilitator yang dilantik dari kalangan guru akademik tidak berkeyakinan dan kurang diberi pendedahan untuk mengendalikan KBS.

Peranan GPI dan guru j-QAF untuk memberikan taklimat awal atau pendedahan kepada guru-guru akademik (fasilitator), contohnya Program “smart solat”.

4. Bahasa Arab

1. Kurang kefahaman tentang penyusunan masa Bahasa Arab dalam jadual waktu. Ikut surat pekeliling dan arahan pihak JPN.

2. Terdapat di kalangan ibu bapa murid bukan Islam yang enggan anak mereka belajar Bahasa Arab. Perkara ini menyebabkan murid-murid ini tiada kawalan.

1.Ikut budi bicara Guru Besar.2. Beri tugasan khas di kelas berkenaan.

5. Emosi

1. Wujud perasaan rendah diri dan jurang antara GPI dan guru j-QAF disebabkan oleh status pendidikan.

Perasaan seumpama ini seharusnya tidak wujud di kalangan GPI. GPI j-QAF yang datang adalah diibaratkan kain putih yang bersih. GPI seharusnya berasa bangga kerana diberi peluang dan diberi penghormatan untuk membantu melahirkan guru yang berwibawa.

2. Tekanan di kalangan guru pembimbing disebabkan oleh bebanan kerja yang semakin bertambah kerana guru j-QAF yang dilantik tidak berpengalaman sama sekali.

Perkara ini hanya berlaku semasa guru j-QAF menjalani LPBS dan praktikum sahaja. Selepas tamat tempoh tersebut setiap kesusahan dan bebanan yang ditanggung oleh GPI akan memberikan impak yang menguntungkan.

3. Guru dibebani dengan tugas untuk menyiapkan e-laporan.

1. Lantik Guru ICT Pendidikan Islam2.GPI/GPI j-QAF perlu menguruskan masa dengan baik.3. e-laporan sebenarnya lebih memudahkan aspek pelaporan.

4. Perasaan GPI j-QAF terhadap GPI

GPI dan guru j-QAF perlu meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosialisasi. Serasi bersama dan bekerja secara kolektif. j-QAF hanya program untuk memperkasa Pendidikan Islam. GPI j-QAF ialah Guru Pendidikan Islam.

6 Peruntukan1. Bekalan guru j-QAF tidak mencukupi. Rujuk pihak JAPIM2. Peruntukan untuk melengkapkan bilik j-QAF tiada / tiada

bilik j-QAF.Perkara ini adalah bergantung kepada inisiatif dan kreativiti sekolah dan guru yang terlibat.

Page 4: skpacemerlang.files.wordpress.com · Web viewSasarannya ialah bila tamat 6 bulan pertama yakni hujung Jun setiap murid akan berjaya tamat buku Iqra’6. 6. Pengasingan taklimat antara

Bil. Isu Perkara Penyelesaian

7. Pengajaran dan Pembelajaran

1. Terdapat GPI dan guru j-QAF yang mengajar matapelajaran Ulum secara bergilir.

Pengajaran yang dijalankan secara bergilir adalah salah dan tidak amanah serta tidak mengikuti kaedah pelaksanaan yang telah ditetapkan. Pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran ini sepatutnya dijalankan secara kolaboratif.

2. Peruntukan masa untuk mengajar al-Quran tidak dioptimumkan sepenuhnya kerana sebahagian masa digunakan untuk murid berwudhuk.

Guru perlu mengurus masa dan murid dengan bijaksana dengan kerjasama pihak sekolah. Fikir secara kreatif dan inovatif bagi menyelesaikan masalah.

3. Ada di antara sekolah yang mengarahkan GPI atau guru j-QAF untuk menyediakan soalan bagi ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan Tahun 1 bagi 6 bulan pertama.

Ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun bagi matapelajaran al-Quran 6 bulan pertama tahun 1 hanya dijalankan secara lisan sahaja. Guru hanya perlu menyediakan soalan jawi sahaja.

7 Penilaian

4. Masih ramai di kalangan GPI dan guru j-QAF yang tidak memahami bagaimana untuk memberikan pemarkahan matapelajaran Pendidikan Islam yang mengikuti Program j-QAF Tahun 2 ( 6 bulan pertama ).

Untuk pemarkahan peperiksaan pertengahan tahun, markah diambil hasil daripada campuran markah al-Quran, Jawi dan Ulum. Untuk matapelajaran al-Quran markah adalah berdasarkan kepada pemarkahan model khatam al-Quran iaitu jumlah ayat (60 markah) dan kualiti bacaan (40 markah). Contoh bagi bagi Tahun 4 sila rujuk buku panduan pelaksanaan j-QAF tahun 4 muka surat 129.

8 Model Khatam Al Quran 5. Baca Ikut Guru (BIG) dilaksanakan untuk sepanjang tempoh 60 minit p&p berlaku. (

BIG diwujudkan untuk membantu murid lemah (jika ada) dan proses p&p nya hanya berlaku dalam sekitar 20 minit sahaja mengikut sukatan pada hari itu. Masa yang selebihnya dimanfaatkan untuk membantu murid yang tercicir. Sepatutnya dengan adanya program j-QAF tiada lagi murid yang tercicir.

9 Ilmu 5. Guru j-QAF / GPI yang kurang mantap ilmunya 1. Guru-guru perlu selalu mengadakan sesi perbin-cangan dan diskusi bersama. (tafaqquh fid din)

10. Pekerjaan luar Guru j-QAF mengajar Kelas Agama Petang/KAFA

1. Tugas utama guru j-QAF ialah melaksanakan program j-QAF dengan sempurna.

2. Jika keadaan kritikal, guru j-QAF diharuskan untuk membantu dengan kebenaran pihak JPN.3. Seharusnya bagi kelas KAFA Jab Agama Islam menyediakan gurunya sendiri seperti negeri Johor.

11 Guru Pelatih j-QAF 1. Guru Pelatih j-QAF dihantar ke sekolah tanpa kemahiran pedagogi dan persediaan yang mantap.

1. Pentadbir dan guru pembimbing berperanan menjadi pembimbing yang mantap kepada guru pelatih. Guru pelatih yang cemerlang akan lahir dari bimbingan yang

Page 5: skpacemerlang.files.wordpress.com · Web viewSasarannya ialah bila tamat 6 bulan pertama yakni hujung Jun setiap murid akan berjaya tamat buku Iqra’6. 6. Pengasingan taklimat antara

Bil. Isu Perkara Penyelesaiancemerlang di sekolah.

12 Sukatan Pelajaran GPI masih menggunakan sukatan lama

Tidak sepatutnya berlaku. JPN/PPD seharusnya memberikan penjelasan yang mantap kepada pihak pelaksana program j-QAF di sekolah. Ketua panitia/Guru Pembimbing yang menghadiri taklimat sepatutnya memberi tumpuan dan benar-benar faham serta buat in house training yang mantap di peringkat sekolah.