· web viewganjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di...

47
LAPORAN PROGRAM LIMPAHAN KASIH KURSUS KEPIMPINAN DAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL (LMCR2413) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2014/2015 TARIKH 28 MAC 2015 TEMPAT RUMAH BAKTI AL KAUSAR, BANGI

Upload: trandat

Post on 19-Mar-2018

249 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

LAPORAN PROGRAM

LIMPAHAN KASIH

KURSUS KEPIMPINAN

DAN

KEMAHIRAN INTERPERSONAL (LMCR2413)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SESI 2014/2015

TARIKH28 MAC 2015

TEMPATRUMAH BAKTI AL KAUSAR, BANGI

ANJURAN

KURSUS KEPIMPINAN DAN KEMAHIRAN INTERPERSONAL (LMCR2413)

Page 2: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

1.0 BUTIRAN AKTIVITI

1.1 Nama Aktiviti

Program Limpahan Kasih

1.2 Penganjur

Kursus Kepimpinan dan Kemahiran Interpersonal (LMCR2413)

1.3 Tarikh

28 Mac 2015

1.4 Tempat

Rumah Bakti Al-Kausar, Bangi

1.5 Jumlah Peserta

Jumlah Peserta : 7 orang

1.6 Kewangan

Jumlah pendapatan : RM 732.60

Jumlah perbelanjaan : RM732.60

1.7 Gambar Sepanjang Aktiviti

Rujuk Lampiran A

1.8 Aturcara Program

Rujuk Lampiran B

1.9 Jawatankuasa Program

Rujuk Lampiran C

1.10 Belanjawan

Rujuk Lampiran D

Page 3: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

2.0 PENDAHULUAN

Sebagai mahasiswa yang telah diberi tugasan untuk melaksanakan satu program yang

dapat memupuk sifat kepimpinan diantara ahli kumpulan, kami telah memilih untuk membuat

program ke rumah anak yatim. Disamping melaksanakan program yang berguna ini, kami

mengambil kesempatan untuk menabur bakti dan menjadikan program kami ini juga lebih

bermakna kepada insan yang lain.

Kami memilih program ke rumah anak yatim ini adalah kerana kami menganggap

anak yatim ini adalah anak – anak yang tergolong dalam kumpulan istimewa. Anak yatim

ialah kanak-kanak yang tidak mempunyai bapa, ibu mahupun kedua-duanya sekali. Mereka

termasuk dalam golongan yang memerlukan kerana telah kehilangan tulang belakang

keluarga yang sepatutnya menyara kehidupan mereka. Maka dengan ini, kami mengambil

keputusan untuk menjalankan aktiviti bersama mereka disamping mencurahkan kasih sayang

termampu sedaya upaya kami.

Kita diperintahkan untuk berlemah lembut dan berbuat baik kepada mereka. Firman

Allah s.w.t : “Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak

yatim serta orang-orang miskin.”  (Al-Baqarah: 83)

Ganjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di

sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

mengkhabarkan tentang kedudukan mulia di syurga bagi orang yang menjaga anak yatim.

Oleh kerana ini, seperti yang telah diperkatakan, kami mengambil kesempatan dengan kudrat

dan masa yang ada untuk bersama – sama mendapatkan ganjaran dan keredhaan Allah swt.

Page 4: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

Rasulullah s.w.t bersabda : “Penjaga anak yatim daripada kerabat atau bukan

kerabatnya, saya dan penjaga itu adalah seperti dua jari ini di dalam syurga.” Malik

(periwayat hadis) mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari hantu.” (Hadis riwayat

Muslim)

Menghulurkan sedekah kepada mereka adalah salah satu daripada perlakuan baik yang

dimaksudkan itu. Pada pendapat kami, sedekah yang kami hulurkan berupa barang-barang

keperluan itu bukan sahaja meringankan bebanan mereka, bahkan dapat menimbulkan rasa

kebahagiaan didalam hati mereka.

Selain itu, membantu anak yatim terutama mereka yang hidup susah dan tidak

mendapat penjaga yang sewajarnya inilah yang dimaksudkan sebagai تعاون (bantu-membantu

atau tolong menolong) yang dituntut oleh Islam. Oleh yang demikian, kami berusaha untuk

mengutip derma daripada berbagai-bagai pihak contohnya saudara – mara dan keluarga ahli

kumpulan masing – masing, membuat jualan amal bilik ke bilik di blok asrama dan kutipan

ikhlas daripada ahli kumpulan sendiri untuk mengumpulkan dana bagi menyumbangnya

kepada rumah anak-anak yatim bertepatan dengan apa yang dianjurkan oleh Islam.

Bersedekah sama ada berupa wang atau lain-lain merupakan salah satu wadah untuk

membantu golongan yang kurang berkemampuan. Pahala bagi orang yang bersedekah amat

besar walaupun sedekah yang dihulurkan hanya dengan nilai yang sedikit. Ini kerana nilai

yang sedikit juga menyumbang pada kegembiraan yang dirasakan oleh si penerima.

Selepas mencari beberapa buah rumah anak yatim di sekitar bangi, kami mendapati

terdapat banyak penipuan rumah anak yatim yang telah dilakukan oleh manusia yang tidak

Page 5: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

bertanggungjawab. Kami mengambil keputusan untuk melaksanakan program kami ke rumah

anak yatim yang telah dipastikan kesahihan status melalui pengalaman masyarakat lain yang

telah membuat program ke rumah anak yatim tersebut. Kami memilih Rumah Bakti Al –

Kausar, Bangi.

Antara maklumat yang kami terima, Rumah Bakti Al – Kausar ini ditubuhkan pada 17

September 2011 setelah ahli jawatankuasa bersetuju menamakan pertubuhan ini dengan nama

Pertubuhan Kebajikan Al Kausar dan menamakan rumah anak yatim/piatu dan miskin ini

dengan nama Rumah Bakti Al Kausar. Pertubuhan ini telah mendapat pengiktirafan dari

Pendaftar Pertubuhan pada 10 Oktober 2011 dengan No.Pendaftaran 4491-11-SEL.  Setelah

itu, sebuah rumah telah disewa beli bagi menempatkan semua anak-anak ini.  Bilangan anak-

anak ini akan ditambahkan dari masa ke semasa mengikut keperluan dan kemampuan. Setakat

ini, pada hari kami membuat lawatan, bilangan anak – anak yatim adalah seramai 23 orang

dimana pelajar lelaki adalah 10 orang dan pelajar perempuan seramai 13 orang. Umur mereka

sekitar 5 – 17 tahun. Bilangan petugas adalah seramai 4 orang termasuk 2 warden sepenuh

masa.

Rumah Bakti Al – Kausar ini bertempat di No. 17, Jalan 4/12C, Fasa 4 Tambahan,

43650, Bandar Baru Bangi, Selangor. Pengerusi rumah anak yatim ini adalah En. Ir. Haji

Razali bin Haji Basri. Segala urusan sebelum menjalankan aktiviti kami ini, Ketua Pengarah

kami hanya berurusan dengan beliau sahaja untuk memberitahu tarikh dan aktiviti yang ingin

dijalankan. Sepanjang aktiviti bermula dari menyambut kedatangan kami, Mama Ross selaku

petugas bahagian program dan aktiviti anak – anak yatim tersebut telah memberikan

kerjasama yang baik bagi kami melaksakan program disana.

Page 6: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

3.0 PENGISIAN AKTIVITI

Program Limpahan Kasih di Rumah Bakti Al-Kausar yang terletak di Seksyen 4

Tambahan, Bandar Baru Bangi di mana lokasinya kira-kira 10 minit dari UKM. Aktiviti ini

dijalankan sehari saja pada 29 Mac 2015 bermula jam 5 petang. Peserta yang terdiri daripada

7 orang dan diketuai oleh Nooraiza Suhaila Binti Md Puad. Objektif program ‘Limpahan

Kasih’ adalah untuk menerapkan rasa simpati, kasih sayang dan keprihatinan kepada

golongan yang kurang bernasib baik, menanam rasa syukur kepada Tuhan atas segala nikmat

yang telah dikurniakan melalui pemerhatian terhadap golongan kurang bernasib baik dan

melatih ahli kami dalam kemahiran berkomunikasi dengan menyelami perasaan anak-anak

yatim yang kurang bernasib baik.

Bagi memastikan aktiviti ini berjalan lancar, peserta dibahagikan kepada beberapa

kumpulan iaitu kumpulan bahagian aktiviti dan permainan, memasak dan penyediaan

makanan serta bahan-bahan masakan. Setiap kumpulan diberi tanggungjawab untuk

memastikan aktiviti yang dilakukan tidak mempunyai masalah dan berjalan lancar.

Pada 29 Mac, semua peserta berkumpul di foyer Kolej Dato’ Onn pada jam 5 petang

bagi urusan persiapan barangan yang perlu dibawa. Kemudian, kami bertolak pada pukul 5.30

petang. Pada pukul 5.45 petang, kami tiba di Rumah Bakti Al-Kausar disambut baik oleh

tuan rumah, Mama Ross dan anak-anak yatim tersebut. Anak-anak yatim dikehendaki

berkumpul di halaman rumah bagi memulakan aktiviti. Tapi, memandangkan mereka baru

saja selesai program lain di sebelah pagi, ketua pengarah Nooraiza Suhaila membuat

keputusan untuk memberi mereka rehat. Aktiviti akan dijalankan di sebelah malam dan kami

peserta meneruskan aktiviti dgn gotong-royong memasak di dapur Rumah Bakti Al-Kausar.

Page 7: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

3.1 Gotong-Royong Memasak

Pada pukul 6.20 petang, kami diberikan kebenaran untuk memasak di dapur Rumah

Bakti. Gotong-royong memasak ini diketuai sendiri oleh ketua program Nooraiza Suhaila.

Menu yang dipilih adalah hasil daripada idea ketua pengarah kami sendiri dan dipersetujui

oleh Mama Ross. Antara menu yang dipilih ialah ayam masak merah, telur dadar, dan

kangkung goreng belacan. Kami turut membawa pencuci mulut dari rumah iaitu brownies

yang dibuat sendiri oleh salah seorang peserta kami iaitu Nur Ezreen Farzana memandangkan

wang yang dikutip dan hasil derma mempunyai lebihan. Setiap dari kami mempunyai kerja

masing-masing iaitu memotong bawang, cili dan sayur. Ada yang membasuh ayam,

menggoreng ayam dan membancuh air. Dapat dirasakan ketika kami bergotong-royong ini,

hubungan kami antara peserta sendiri semakin rapat kerana ada antara ahli peserta yang tidak

pernah kenal sebelum ini. Ketua program sendiri memainkan peranan dengan mengagihkan

tugas-tugas kepada kami menyebabkan gotong-royong memasak ini berjalan lancar dan tidak

ada sedikit pun masa yang terbuang. (Sila rujuk Lampiran A – Rajah 1)

3.2 Aktiviti Permainan

Tepat jam 8 malam, bagi menunggu makan malam disiapkan, sebahagian dari peserta

menjalankan aktiviti permainan di halaman rumah tersebut dengan anak-anak yatim. Pada

permulaan aktiviti, kami ingin membuat aktiviti ‘Musical Chair’ tetapi kerana berlaku

masalah teknikal, kami mengatasi masalah ini dengan membuat aktiviti lain. Anak-anak yatim

dibahagikan kepada 2 kumpulan. Anak-anak yatim yang berusia kira-kira 7-10 tahun

membuat pertandingan melukis dan mewarna. Manakala anak-anak yatim 11-15 tahun

membuat aktiviti uji kreatif. Aktiviti uji kreatif adalah satu permainan untuk menguji

kreativiti anak-anak untuk menyelesaikan permainan tersebut. Caranya adalah dengan

Page 8: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

menggunting kad kecil supaya menjadi rantai panjang dan sekiranya rantai tersebut dapat

lepas dari badan empunya badan, mereka dikira berjaya. Kami mendapati anak-anak yatim

sangat teruja dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan walaupun senang dan mudah. Ini

kerana mereka seharian melakukan aktiviti lasak dan menghadiri pelbagai program dalam

seminggu. Dengan adanya aktiviti santai dan menguji minda, mereka dapat bersantai dan

secara tidak langsung dapat mengasah kreativiti diri masing-masing. (Sila rujuk Lampiran A –

Rajah 2 dan 3)

3.3 Makan Malam

Kami mula makan pada pukul 9 malam. Oleh kerana sebahagian daripada peserta

membuat aktiviti dengan anak-anak yatim, kakitangan memasak kekurangan menyebabkan

waktu makan malam sedikit lambat dari yang dianggarkan. Setelah menyusun kesemua

makanan, anak-anak yatim beratur menunggu giliran mengambil makanan dibantu oleh para

peserta sendiri. Mereka sangat teratur didahului dengan anak perempuan kemudian barulah

anak lelaki. Tiada adegan tolak-menolak ataupun rebut walaupun waktu makan malam

mereka lambat dari kebiasaan.

Kami bersyukur kerana masakan kami disukai anak-anak tersebut dan segelintir dari

mereka menambah nasi. Mereka sangat berselera makan dan mengucapkan terima kasih

kepada kami kerana menyiapkan masakan tersebut. Tidak sia-sia lah usaha dan pilihan kami

untuk memasak sendiri dari membawa makanan siap dari kedai. Secara tidak langsung kami

dapat menggambarkan kepada mereka sebagaimana air tangan ibu memasak. Ini kerana

Mama Ross ada bercerita bahawa mereka jarang memasak di rumah kerana mereka sering

membuat pesanan makan di luar. Anak-anak yatim tersebut jarang dapat merasa makan

Page 9: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

masakan rumah. Oleh itu, kami merasakan bahawa apa yang telah dirancang sangat berbaloi

untuk anak-anak yatim tersebut. (Sila rujuk Lampiran A – Rajah 4 dan 5)

3.4 Penyampaian Hadiah dan Cenderamata

Selepas makan malam kami terus mengadakan penyampaian hadiah dan cenderamata

kepada pemenang memandangkan hari semakin lewat. Sebelum itu, jam 9.45 malam ketua

program memberi sepatah dua kata ucapan penghargaan kepada Mama Ross dan anak-anak

yatim kerana sudi meluangkan masa bersama kami walaupun seharian mempunyai program.

Tepat jam 10 malam, penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para pemenang

pertandingan melukis dan mewarna dan uji kreatif. (Sila rujuk Lampiran A – Rajah 6 dan 7)

Page 10: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

4.0 KESIMPULAN

4.1 Kelebihan/Kebaikan Aktiviti

Aktiviti 1 : Sesi Suai Kenal

I. Merapatkan silaturrahim antara pelajar dan anak anak yatim

- Mahasiswa dapat mengenali anak anak yatim dengan lebih dekat sekaligus dapat

beramah mesra antara satu sama lain.

- Mahasiswa dapat menyelami perasaan anak anak yatim yang ketiadaan ibu atau bapa

atau kedua duanya sekali.

- Menghayati erti kasih sayang dan kekeluargaan ketika bersama dengan anak anak

yatim.

II. Mempraktikkan komunikasi interpersonal

- Mahasiswa dapat mempraktikkan ‘Komunikasi Interpersonal’ dalam suasana yang

mencabar dimana kumpulan sasaran praktikal adalah anak yatim yang terputus

hubungan kasih sayang dengan keluarga masing-masing.

- Melatih pemimpin mahasiswa untuk berani berkomunikasi dan menonjolkan diri untuk

bersama-sama terlibat dalam sesi suai kenal antara mahasiswa dan anak-anak di rumah

tersebut.

III. Menerapkan rasa simpati, empati dan kasih sayang.

- Mahasiswa mampu menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan membina jati

diri serta keprihatinan terhdapat golongan yang kurang bernasib baik.

- Mahasiswa dapat merasai sendiri pengalaman sebenar tentang persekitaran dan keadaan

di Rumah Bakti Al-Kausar

- Mahasiswa juga dapat mengelakkan diri daripada bersikap sombong dan angkuh.

Page 11: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

Aktiviti 2 : Masak memasak

I. Membentuk satu organisasi atau pembahagian tugas.

- Mahasiswa menjalankan tugas dengan sistematik dan lancar.

- Nilai tanggungjawab dapat disemai di kalangan mahasiswa dan sifat mementingkan diri

sendiri dapat dibendung.

- Ketua Pengarah melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin semasa menjalankan

aktiviti.

- Mahasiswa juga dapat membentuk disiplin yang mampan dan cekap menerima arahan.

II. Dapat menjimatkan kos

- Mahasiswa dapat menjimatkan kos perbelanjaan dengan mengambil insiatif untuk

memasak sendiri berbanding membuat tempahan daripada katering dan seumpamanya.

- Amalan berjimat cermat yang dipupuk di kalangan mahasiswa dapat mengelakkan

sebarang pembaziran dan membasmi sifat boros ketika berbelanja.

- Mahasiswa juga boleh menggunakan duit yang berlebihan untuk membeli barang-

barang sebagai sumbangan kepada anak yatim.

III. Mengeratkan ikatan silaturahim sesama anak anak yatim dan mahasiswa.

- Aktiviti gotong royong memerlukan kesefahaman dan komunikasi yang baik antara

peserta.

- Komunikasi yang baik dan sihat dapat mengeratkan silaturahim seterusnya mewujudkan

suasana yang harmoni.

- Suasana yang harmoni menjadikan mahasiswa dan anak anak yatim dapat beramah

mesra dengan selesa dan mengelakkan perasaan janggal ketika berbual.

Page 12: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

Aktiviti 3 : Games

I. Menguji minda anak-anak yatim

- Anak-anak di Rumah Bakti Al Kausar dapat menajamkan lagi akal mereka apabila diuji

untuk bermain permainan yang telah disediakan.

- Mereka menunjukkan kebolehan mereka dan mampu berdaya saing dengan peserta yang

lain.

II. Mencungkil bakat anak anak kecil dalam lukisan.

- Bakat anak anak kecil yang berumur 6 hingga 10 tahun dalam melukis dan mewarna

terserlah apabila pertandingan melukis dan mewarna diadakan.

- Mereka menggunakan kemahiran berfikir secara visual dengan menguruskan maklumat

dalam satu cara intuitif dan serentak.

III. Mengekang diri daripada stres dan tertekan

- Aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan yang hangat dan para peserta memberikan

renspon yang memberangsangkan.

- Anak anak yatim dapat bersaing dengan sihat dan terhibur dengan aktiviti yang

dijalankan.

- Suasana yang wujud daripada aktiviti ini dapat mengekang diri daripada dibelengu stres

dan tertekan dengan rutin seharian.

Page 13: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

Aktiviti 4 : Penyampaian hadiah & penghargaan

I. Membuat kebajikan dengan mengagihkan hadiah kepada anak-anak yatim.

- Mahasiswa dapat memberikan sumbangan kepada anak anak yatim dan memberikan

sedikit kegembiraan kepada mereka.

- Dana yang dikumpulkan telah digunakan untuk membeli barang barang keperluan

harian di Rumah Bakti Al Kausar seperti minyak masak, telur, bihun dan bermacam-

macam lagi.

- Walaupun sedikit nilai yang diberikan namun besar ertinya bagi anak anak di rumah

tersebut.

II. Menghargai setiap aktiviti yang disertai oleh anak anak yatim

- Penyampaian hadiah seperti cenderamata menunjukkan penghargaan mahasiswa

Universiti Kebangsaan Malaysia kepada warga Rumah Bakti al-Kausar.

- Hadiah yang diperolehi oleh warga Rumah Bakti al-Kausar bukan semata mata

berbentuk material tetapi setiap penghargaan akan menyemai nilai kasih sayang di

antara peserta.

Page 14: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

4.2 Permasalahan Yang Timbul

Permasalahan yang timbul di setiap aktiviti yang dilakukan dan lain-lain perkara

sebelum dan semasa program.

Sebelum

I. Kutipan dana.

Bagi mengendalikan sesebuah program sama ada program secara besar-besaran atau

kecil-kecilan semestinya memerlukan dana yang berpatutan dengan program yang

dikendalikan. Bagi program kami, iaitu program limpahan kasih ke rumah Bakti Al

Kausar, kami memerlukan dana sekurang-kurangnya RM550 pada anggaran kami.

Kami sebagai pelajar semestinya tidak mampu untuk mengeluarkan dana sebanyak

itu jadi kami telah melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan dana tersebut.

Antara cara kami untuk mendapatkan sumbangan atau dana tersebut ialah kami telah

mendapatkan kebenaran dari pensyarah kami untuk mengutip derma dari mahasiswa

dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia serta dana dari individu-individu luar

seperti keluarga terdekat kami, jiran tetangga dan sanak-saudara.

Selain itu, kami juga membuat jualan kerepek bagi menambahkan dana untuk

program ini di mana kerepek ini kami beli dari pembekal dan mengambil keuntungan

dari jualan kerepek ini sebagai dana bagi program ini.

Kami juga ada memohon tajaan dan sumbangan dari syarikat-syarikat luar tetapi

malangnya nasib tidak menyebelahi kami kerana tidak ada satu pun syarikat luar yang

kami hubungi bersetuju untuk memberikan tajaan kepada kami.

Page 15: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

Walau bagaimanapun, kami telah berjaya mengutip dana secukupnya dan kami

dengan adanya dana tersebut kami mampu untuk meneruskan program tersebut.

II. Pembelian barangan untuk disumbangkan kepada Rumah Bakti Al kausar

Bagi pembelian barangan, kami telah mengagihkan tugasan tersebut kepada

beberapa orang ahli kumpulan kami.Malangnya, mereka yang ditugaskan untuk

membeli barangan ini tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk pergi ke pasar raya

bagi membeli barangan ini.

Mereka juga kesuntukan masa keran mereka telah dipanggil oleh pensyarah untuk

menghadirkan diri dalam satu perjumpaan kelas yang dibuat khas untuk pelajar kelas

mereka. Perjumpaan yang dianggarkan berlangsung selama satu jam itu telah melebihi

had masa yang dianggarkan iaitu perjumpaan itu telah berakhir setelah dilangsungkan

selama dua setengah jam.

Hal ini menyebabkan mereka agak kelewatan untuk keluar membeli barangan.

Walau bagaimanapun, mereka telah berjaya untuk membeli barangan yang diperlukan

setelah mereka bersusah payah keluar dengan menaiki komuter dan berkejar untuk

mencari barangan tersebut.

III. Mencari lokasi program iaitu Rumah Bakti Al Kausar

Perjalanan menuju ke lokasi program mengalami sedikit kesulitan kerana kami tidak

mempunyai alamat penuh lokasi program. Kami juga tidak menjumpai alamat penuh

tempat tersebut walaupun kami cuba untuk mencarinya di internet.

Page 16: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

Oleh itu, kami telah tersesat dan gagal untuk menepati masa untuk sampai ke lokasi.

Sepatutnya perjalanan kami hanya mengambil masa selama 10-15 minit sahaja, tetapi

kerana kami tidak mendapat alamat penuh lokasi tersebut, kami telah mengambil masa

selama 20-30 minit.

IV. Pertukaran masa program di saat akhir.

Sebetulnya, program kami sepatutnya dijalankan pada 28 Mac 2015 pada jam 9 pagi

hingga 5 petang. Tetapi, kami terpaksa menukar masa program kepada jam 5 petang

hingga 10.30 malam. Hal ini disebabkan oleh anak-anak rumah Bakti Al Kausar

menerima undangan untuk menghadiri program luar pada jam 9 pagi hingga jam 5

petang.

Oleh itu, kami terpaksa menukar tentatif program di saat akhir kerana kami telah

sepakat untuk menjalankan program itu pada hari itu juga untuk mengelakkan dari

kesibukan kami untuk mengendali program lain dan aktiviti kelas yang menyebabkan

masa lapang kami sebagai pengendali program tidak sama.

Page 17: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

Semasa

I. Hujan lebat ketika kami sampai di lokasi.

Pada hari kami menjalankan program itu, hujan turun dengan lebatnya. Hujan yang

kami sangka kan akan berhenti dalam masa yang terdekat telah berlanjutan hingga ke

petang hari di mana waktunya kami menjalankan program itu.

Setelah sampai di lokasi, dengan keadaan hujan yang lebat itu, menyukarkan kami

untuk mengangkat barangan dari kereta ke dalam rumah Bakti Al Kausar.

Selain itu, dengan keadaan hujan lebat itu, menyukarkan kami untuk mengadakan

sesi pengenalan dengan anak-anak di rumah itu kerana kebetulan rumah itu tidak

mempunyai mikrofon. Oleh itu, anak-anak di rumah itu tidak dapat mendengar dengan

jelas ucapan pengenalan dari ketua pengarah kami.

II. Anak-anak rumah Bakti Al Kausar keletihan

Pada hari kami menjalankan program itu, anak-anak rumah tersebut ada menghadiri

program lain di pagi harinya. Kebetulan semasa kami menjalankan program itu mereka

baru sahaja selesai menjalani program tersebut. Jadi mereka masih lagi dalam keletihan

dan memerlukan rehat yang cukup.

Jadi kami terpaksa menunda aktiviti yang sepatutnya kami jalankan pada petang itu

ke pada malamnya untuk membenarkan mereka berehat.Selain itu, kami terpaksa

mengehadkan aktiviti untuk menghormati mereka yang masih keletihan itu.

Page 18: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

III. Kerosakan dapur dan sinki di rumah Bakti Al Kausar.

Dalam tentatif program kami adanya aktiviti memasak dan ia telah dipersetujui oleh

pengurus rumah tersebut. Malangnya, satu dari dua dapur dan sinki rumah tersebut telah

rosak. Hal ini menyebabkan kami terhad untuk melakukan aktiviti itu.

Ia juga melambatkan proses memasak kami yang dianggarkan akan siap sebelum

waktunya anak-anak rumah itu makan malam tetapi aktiviti memasak telah berlanjutan

sehingga jam 9 malam. Anak-anak terpaksa melambatkan waktu makan malam mereka

kerana makan makam tidak dapat disiapkan tepat pada masanya.

Walau bagaimanapun, kami telah melakukan aktiviti lain sambil menunggu

hidangan makan malam iaitu aktiviti permainan dalam yang telah dirancang yang

sepatutnya dilakukan selepas makan malam. Anak-anak juga tidak merungut akan hal

itu kerana mereka seronok melakukan aktiviti yang lain itu.

IV. Peralatan untuk melakukan aktiviti yang dirancang tidak lengkap.

Oleh sebab kesuntukan masa, kami hanya mampu menjalankan dua aktiviti untuk

anak-anak tersebut iaitu aktiviti berebut kerusi dan aktiviti melukis dan mewarna.

Namun, aktiviti berebut kerusi tidak dapat dijalankan kerana pembesar suara yang

terdapat di rumah tersebut tidak dapat digunakan.

Oleh itu, kami tidak mempunyai pembesar suara untuk dipasang supaya peserta

aktiviti itu dengar muzik yang dipasang. Kami cuba untuk hanya memasang muzik dari

telefon bimbit dan komputer riba sahaja namun tidak berkesan kerana mereka masih

Page 19: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

tidak dapat mendengar muzik itu. Oleh itu, kami telah menggantikan aktiviti tersebut

dengan aktiviti lain iaitu aktiviti yang dipanggil bolos.

V. Anak-anak rumah Bakti Al Kausar tidak bersemangat untuk menyertai

aktiviti yang dilakukan.

Semasa aktiviti dijalankan, anak-anak rumah tersebut kurang bersemangat untuk

menyertai aktiviti yang dilakukan kerana mereka masih dalam keletihan. Oleh itu kami

cuba untuk melakukan aktiviti tersebut secara lebih santai yang tidak menggunakan

tenaga yang banyak. Walaupun masih ada yang tidak menyertai namun tidaklah ramai

mana dan aktiviti-aktiviti masih dapat dijalankan dengan lancar.

Page 20: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

4.3 Cadangan Penambahbaikan

Sepanjang berlangsungnya program kami pada hari tersebut,

terdapat banyak kekuatan dan kelemahan yang dapat kami simpulkan.

Namun, kami juga telah menggariskan beberapa penambahbaikan untuk

program seperti ini pada masa akan datang. Penambahbaikan adalah

penting untuk melancarkan perjalanan program seterusnya mengikut

perancangan yang telah dilakukan. Kami juga dapat mengetahui

kekurangan-kekurangan program yang telah dijalankan seterusnya pada

masa akan datang kami akan lebih bersungguh-sungguh untuk

melaksanakan program.

Antara penambahbaikan yang dapat dilakukan adalah dari segi

masa. Kami tiba di Rumah Bakti Al Kausar, iaitu tempat berlangsungnya

program ini agak lewat sedikit berbanding yang telah kami rancang. Hal

ini kerana ada diantara kami yang singgah terlebih dahulu ke pasaraya

untuk membeli keperluan aktiviti. Selain itu, ada juga diantara kami yang

menaiki kereta berlainan dan tidak mengetahui lokasi sebenar tempat

program dan menyebabkan kami terpaksa mencari sendiri dengan

menggunakan peta lokasi dari internet. Penambahbaikan yang perlu

dilakukan adalah merancang dengan teliti tentatif masa untuk memulakan

program supaya masalah teknikal seperti di atas tidak mengganggu

perjalanan aktiviti program.

Selain itu, kekangan masa dari segi perjalanan program juga turut

kami hadapi. Kami berpendapat masa yang telah kami peruntukkan tidak

Page 21: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

begitu cukup untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti. Kami hanya mempunyai

lebih kurang lima jam untuk semua aktiviti yang kami rancang,

merangkumi ‘ice-breaking’ bersama anak-anak yatim, memasak,

melakukan aktviti permainan dan sebagainya. Semasa program

berlangsung, kami terpaksa melakukan dua aktiviti pada satu masa, iaitu

memasak dan bermain bersama anak-anak yatim kerana kekurangan

masa.

Untuk mengatasi masalah ini, kami perlu memanjangkan lagi masa

yang diperuntukkan untuk program, misalnya bermula dari pagi sehingga

malam untuk memastikan tiada pertindihan masa sepanjang berlangsung

aktiviti-aktiviti. Setiap aktiviti juga akan memperoleh masa yang lebih dan

kami dapat memastikan kelancaran program. Sebagai contoh, aktiviti

memasak untuk hampir 30 orang memerlukan banyak masa, dan dengan

penambahan masa sedia ada, kami tidak perlu tergesa-gesa untuk

menyediakan juadah dan peserta program juga dapat makan mengikut

waktu yang telah ditetapkan oleh rumah anak yatim itu sendiri.

Seterusnya, penambahbaikan adalah perlu dari segi aktiviti

program. Semasa berlangsungnya program tersebut, kami menghadapi

sedikit masalah dari segi aktiviti yang dijalankan. Kami telah bercadang

untuk bermain permainan ‘music chair’ bersama peserta-peserta program,

namun disebabkan beberapa masalah teknikal, kami tidak dapat

melaksanakanya. Untuk masa akan datang, sekiranya kami melaksanakan

aktiviti yang memerlukan ‘sound system’ dan sebagainya, kami perlu

Page 22: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

menyediakannya terlebih dahulu atau pun meminta jasa baik pihak

tempat tersebut untuk memastikan peralatan teknikal mereka dapat

digunakan, seterusnya melancarkan program kami.

Selain itu, pada masa akan datang, kami perlu merancang program

dan aktiviti yang dapat menonjolkan kepimpinan kami secara maksimum

selaras dengan nama kursus ini. Sebagai contoh, sekiranya kami ingin

meneruskan program melawat rumah anak yatim, pengisian program

haruslah lebih mantap dan mampu menonjolkan sifat kepimpinan dalam

diri setiap ahli kumpulan. Contoh pengisian program adalah ceramah

motivasi yang sesuai dengan peringkat umur peserta. Program seperti ini

akan lebih memupuk dan menaikkan sifat kepimpinan dalam diri kami,

bersesuaian dengan kursus ini untuk mewujudkan kepemimpinan dalam

diri pelajar. Tambahan lagi, dengan melaksanakan aktiviti seperti ini, para

peserta akan melihat kami sebagai ‘role model’ yang dapat dijadikan

insipirasi.

Seterusnya, kami juga perlu memperbanyak lagi aktiviti-aktiviti

untuk peserta bagi semua peringkat umur. Aktiviti yang dirancang

perlulah menarik dan ingin disertai oleh semua peserta untuk mencapai

matlamat program kami. Sebagai contoh, aktiviti sukaneka dapat menarik

minat mereka kerana akiviti seperti ini lebih mengujakan dan tidak

membuatkan para peserta berasa bosan. Aktiviti seperti ini sesuai

dijalankan pada waktu petang dan dilakukan selepas berlangsungnya

ceramah motivasi.

Page 23: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

Penambahbaikan lain boleh dilaksanakan dari segi penyertaan dan

bilangan ahli kumpulan. Kumpulan kami hanya terdiri daripada tujuh orang

dan kami perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dengan

sistematik dan cekap. Namun, semasa berlangsungnya program tersebut,

kami tidak dapat melaksanakan program dengan lancar sepenuhnya

kerana modal tenaga yang tidak cukup. Hal ini menyebabkan kami perlu

membahagikan ahli kumpulan yang sedia ada kepada dua kumpulan, iaitu

memasak dan melaksanakan aktiviti bersama anak yatim yang seramai

hampir 30 orang. Apa yang dapat dilakukan adalah menambah

penyertaan ahli kumpulan kami untuk melicinkan perjalanan program.

Selain itu, dengan adanya penambahan ahli kumpulan, setiap

seorang akan diletakkan beberapa orang peserta dibawah mereka. Hal ini

supaya setiap ahli kumpulan akan dapat menonjolkan kepimpinan mereka

bersama-sama dengan para peserta dibawah mereka. Peserta juga akan

memperoleh manfaat yang setimpal dalam program kepimpinan yang

berunsurkan kemasyarakatatan seperti ini.

Seterusnya, penambahbaikan dapat dilakukan dari segi peruntukan

dan perbelanjaan. Sebelum program dilakukan, kumpulan kami telah

mencari dana dari beberapa sumber untuk membiayai keperluan program

ini. Kami memperolehi dana dari penjualan kerepek dan kutipan derma

dari orang ramai yang dilakukan di dalam dan luar kawasan kampus yang

sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan kami untuk

Page 24: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

melaksanakan program ini. Dana yang diperolehi kami telah gunakan

untuk membeli bahan-bahan masakan, ‘door gift’ peserta-peserta

program, cenderamata pengurus rumah anak yatim dan perbelanjaan lain

seperti duit untuk sewa kereta dan sebagainya.

Pada masa akan datang, kami akan memperkasakan lagi kutipan

dana untuk program seperti ini dengan membuat kutipan derma dari

setiap fakulti dan kolej suapaya kami dapat memastikan dana mencukupi

untuk menjalankan program selepas kami melakukan penambahbaikan

terhadap aktiviti program dan penyertaan ahli kumpulan. Selain itu, kami

juga boleh meminta sumbangan dari segi hamper, makanan dan

sebagainya dari pihak tertentu seperti pasaraya dan kafeteria untuk

menambahkan lagi sumbangan kami kepada pihak rumah anak yatim.

Dari segi perbelanjaan, kami perlulah mendahulukan perkara yang

penting seperti pembelian bahan masakan dan cenderemata untuk

peserta program. Kami hendaklah bijak dalam menggunakan peruntukan

yang ada supaya program dapat berjalan dengan lancar dan semua

aktiviti mempunyai peralatan dan bahan yang lengkap sebelum dapat

dijalankan. Barang-barang yang dibeli hendaklah berpatutan dan tidak

melebihi dana yang sedia ada supaya tidak berlaku sebarang pembaziran.

Oleh itu, ahli-ahli kumpulan perlu mengadakan perbincangan dengan teliti

untuk menggariskan peruntukkan dan membuat perbelanjaan yang

munasabah bagi setiap aktiviti yang akan dijalankan.

Page 25: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

Berikutnya, perkara yang dapat disenaraikan untuk

penambahbaikan adalah kerja berpasukan sebelum, semasa dan selepas

program. Sebelum berlangsungnya program, kami telah bermesyuarat

beberapa kali untuk berbincang mengenai perjalanan program,

peruntukan dana dan sebagainya. Kami tidak berdepan dengan begitu

banyak masalah kerana setiap ahli kumpulan memberikan komitmen yang

jitu untuk memastikan perancangan kami dapat dijalankan pada hari

tersebut. Namun, terdapat juga ahli kumpulan yang tidak dapat menyertai

perbincangan pada hari tertentu kerana kekangan jarak dan sebagainya.

Oleh itu, pada masa akan datang, kami perlu memilih lokasi perbincangan

yang sesuai dengan jarak dari setiap kolej masing-masing supaya semua

ahli dapat menghadirkan diri.

Semasa berlangsungnya program, kerja berpasukan kami dapat

dilihat menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan iaitu memasak dan

melakukan aktiviti melukis bersama peserta program. Setiap ahli

kumpulan menyumbangkan tenaga untuk aktiviti-akiviti tersebut

terutamanya memasak. Selain itu, kami juga turut beramah mesra

bersama anak yatim dan membuat satu aktiviti melukis. Walau begitu,

kami perlu meningkatkan lagi kerja berpasukan kami terutama semasa

melakukan aktiviti bersama para peserta program dan setiap ahli haruslah

mempunyai inisiatif untuk mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut

supaya adil dan saksama.

Page 26: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

Selepas berlangsungnya program, kami dikehendaki untuk

menyiapkan satu laporan akhir berkenaan program yang telah

berlangsung dan intipati yang telah kami peroleh dari kursus kepimpinan

dan kemahiran interpersonal ini. Kami telah membahagikan tugasan-

tugasan yang merangkumi setiap bahagian kepada ahli-ahli kumpulan

untuk disiapkan. Pada masa akan datang, setiap tugasan hendaklah

diagihkan dengan lebih adil dan saksama supaya setiap orang mempunyai

kerja untuk dilakukan dan tidak menimbulkan rasa tidak puas dalam

kalangan ahli kumpulan. Oleh kerana tugasan ini adalah tugasan

berkumpulan, maka setiap ahli wajib menyiapkan sekurang-kurangnya

satu bahagian.

Secara keseluruhannya, banyak penambahbaikan yang wajar

dilakukan sekiranya kami ingin melaksanakan program pada masa akan

datang. Penambahbaikan amat penting untuk memastikan kelancaran

aktiviti dan tentatif selaras dengan perancangan sebelumnya.

Page 27: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

5.0 Penutup

Kumpulan kami yang terdiri daripada tujuh orang ahli telah sebulat suara untuk

mengada program ke rumah anak yatim. Ini adalah disebabkan bilangan ahli kumpulan kami

yang tidak begitu ramai dan kami berpendapat bahawa program ke rumah anak yatim ini

adalah salah satu program yang amat bersesuaian dengan konsep yang telah ditentukan, iaitu

memaparkan disamping mengasah sifat-sifat kepimpinan yang ada didalam setiap ahli

kumpulan kami.

Setelah membuat tinjauan keatas beberapa rumah anak yatim sebelum kami

memutuskan rumah anak yatim yang amat-amat memerlukan perhatian kami, pihak kami

telah dikejutkan dengan berita kurang enak tentang beberapa rumah anak yatim disekitar

Selangor. Terdapat beberapa rumah anak yatim yang dikatakan kononnya adalah rumah

kebajikan anak yatim sebenarnya adalah palsu, dimana ada sesetengah itu hanyalah rumah

anak yatim pada nama sahaja walhal tidak ada anak yatim yang menghuni disitu, cuma

organisasi palsu sahaja. Mereka memaparkan butiran-butiran seperti nama dan gambar-

gambar yang menunjukkan seperti mereka adalah sebuah rumah kebajikan. Namun,

hakikatnya itu adalah penipuan semata-mata.

Oleh yang demikian, setelah beberapa tinjauan dan memperoleh kepastian daripada

pihak yang bertanggungjwab, pihak kami telah bersepakat untuk ke Rumah Bakti Al-Kausar

yang bertempat di Seksyen 4 Bangi, Selangor. Rumah Bakti Al Kausar ini diiilhamkan oleh

jawatankuasa bagi mewujudkan sebuah rumah yang lebih sempurna bagi menempatkan anak-

anak yatim, yatim piatu dan fakir miskin. Memandangkan dalam negara ini masih terdapat

ramai anak-anak yatim atau yatim piatu yang miskin maka satu jawatan kuasa dibentuk bagi

menjayakan hasrat ini. Setelah mendapat kata sepakat, maka pada 17 September 2011,

Page 28: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

Jawatankuasa bersetuju menamakan pertubuhan ini dengan nama Pertubuhan Kebajikan Al

Kausar dan menamakan rumah anak yatim atau yatum piatu dan miskin ini dengan nama

Rumah Bakti Al- Kausar.

Pertubuhan ini telah mendapat pengiktirafan dari Pendaftar Pertubuhan pada 10

Oktober 2011 dengan No.Pendaftaran 4491-11-SEL. Setelah itu,sebuah rumah telah disewa

beli bagi menempatkan semua anak-anak ini. Sehingga hari ini lebih 30 orang anak-anak

yatim atau yatim piatu dan fakir miskin teah ditempatkan dirumah ini. Bilangan ini akan

ditambahkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan kemampuan.

Di rumah anak-anak yatim saya, anak-anak yang mendiami rumah ini berumur 5 tahun

ke atas. Mereka ini akan mendiami rumah ini sehingga mereka dapat berdikari. Ini bermaksud

yang pihak pertubuhan akan menanggung anak-anak ini sehingga mereka tamat zaman

persekolahan sehingga ke menara gading. Anak anak ini makan, minum, tidur dan

menjalankan aktiviti di dalam kawasan rumah ini. Mereka akan dihantar dan diambil apabila

ke sekolah. Aktiviti seperti mengaji Al Quran dan Kelas Fardhu Ain dijalankan di dalam

asrama. Bagi rumah ini, sekurang kurang terdapat 4 orang pekerja tetap yang terdiri daripada

pengurus, warden, pemandu serta tukang masak. Dengan adanya kakitangan yang cekap dan

cukup, barulah kebajikan anak-anak ini dapat dijaga dengan baik.

Secara keseluruhannya, program Limpahan Kasih yang bertempat di Rumah Bakti Al-

Kausar ini telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Program ini telah

berlangsung dengan jayanya walaupun terdapat beberapa masalah tetapi dapat diselesaikan

dengan baik. Selain itu, program ini telah berjaya program ini juga telah berjaya menyemai

dan menanam semangat komitmen dan kerja berpasukan dalam diri setiap ahli jawatankuasa.

Page 29: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

Oleh yang demikian, diharap program ini dapat diteruskan lagi supaya setiap pelajar lebih

terbuka dengan program seumpama ini yang mampu memberi pelbagai manfaat kepada

golongan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia. Disini saya lampirkan

bersama tentatif program di Lampiran B, Carta Organisasi di Lampiran C dan belanjawan di

sepanjang program ini dijalankan di Lampiran D.

Page 30: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

6.0 Refleksi

6.1 Sebelum

Sebelum menghadiri kelas citra rentas ini iaitu Kepimpinan dan Kemahiran Interpersonal

(LMCR2413), kami menjangkakan bahawa kursus ini membosankan malah akan mempunyai

peperiksaan akhir serta mempunyai tugasan yag membebankan. Kami juga menjangkakan

bahawa kursus ini akan memberikan penekanan tentang bagaimana untuk memimpin serta

kemahiran yang akan di terapkan untuk untuk digunakan bagi menghadapi situasi apabila

kami berada dalam organisasi pekerjaan kelak. Selain itu, kami juga merasakan bahawa

kuliah yang diberikan juga akan membosankan kerana kami menjangkakan bahawa tenaga

pengajar tidak pandai menarik perhatian kami untuk fokus di dalam kelas. Kami mempunyai

persepsi bahawa kursus ini akan mempunyai banyak pembentangan kerana pemahaman kami

tentang nama kursus ini yang akan menekankan ciri-ciri kepimpinan serta kemahiran untuk

berkomunikasi serta berinterkasi dalam penyampaian sesuatu idea.

6.2 Semasa

Apabila menghadiri kelas ini untuk pertama kali, pensyarah bagi kursus ini iaitu Prof. Madya

Dr. Khalim memperkenalkan diri, kami merasakan bahawa beliau mempunyai keyakinan

yang sangat tinggi. Beliau memperkenalkan diri beliau serta menceritakan latar belakang

beliau supaya kami mengenali serba sedikit tentang beliau. Beliau menerangkan tentang

kursus ini dan menyatakan kepentingan kursus ini untuk di aplikasikan dalam organisasi

perkejaan kelak. Selain itu, beliau juga menekankan bahawa kemahiran dalam kepimpinan ini

juga penting untuk digunakan dalam menyiapkan tugasan secara berkumpulan tidak kira bagi

subjek apa sekalipun mengikut fakulti masing-masing. Beliau juga mengatakan bahawa

kursus ini tidak mempunyai peperiksaan akhir semester tetapi penilaian dibuat berdasarkan

tugasan yang akan diberikan oleh beliau. Selepas sesi pengenalan diri serta pengenalan

Page 31: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

tentang kursus ini, beliau meminta para pelajar membentuk beberapa kumpulan. Selepas

kumpulan di bentuk yang terdiri daripada tujuh kumpulan, beliau menerangkan projek yang

perlu dijalankan oleh setiap kumpulan bagi memenuhi keperluan tugasan untuk dijadikan

sebagai penilaian akhir bagi pemarkahan setiap pelajar. Kami bebas untuk memilih projek

yang ingin dijalankan kerana Prof. Madya Dr. Khalim tidak mahu pelajar merasa terbeban

dengan tugasan yang diberikan oleh beliau kepada para pelajar. Berdasarkan pemilihan projek

bagi tiap-tiap kumpulan, mereka bebas untuk menjalankan tugasan mereka itu mengikut

tarikh dan tempat yang bersesuaian supaya tugasan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Belaiu memberikan penerangan tentang ciri-ciri serta kriteria projek yang bersesuaian serta

penerangan tentang pembentangan akhir bagi tugasan yang telah dijalankan. Kumpulan kami

memilih untuk menjalankan program bersama-sama anak-anak yatim. Sebelum menamatkan

kelas pada perjumpaan yang pertama kali itu, Prof. Madya Dr. Khalim mengingatkan setiap

kumpulan tarikh pembentangan akhir bagi projek-projek yang telah dijalankan oleh setiap

kumpulan berdasarkan pemilihan masing-masing.

6.3 Selepas

Melalui kursus ini, kami belajar bagaimana untuk menjalankan tugasan dengan

mengendalikan projek tersebut bersama ahli-ahli kumpulan kami yang terdiri daripada tujuh

orang. Pelbagai permasalahan timbul sebelum, semasa dan selepas projek tersebut dijalankan,

namun kami berusaha bersama-sama mengatasinya supaya masalah ini tidak menjejaskan

projek yang kami jalankan ini. Kami boleh mengatakan bahawa projek yang kami jalankan ini

berjaya kerana kesemua ahli kumpulan tidak mempunyai pengalaman dalam mengendalikan

projek namun kami berusaha untuk mempelajari serta berusaha untuk memastikah projek ini

berjalan dengan jayanya. Persepsi kami pada awal kursus ini bahawa kursus ini tidak akan

memberikan apa-apa manfaat kepada kami semua, namun ternyata telahan kami salah. Kursus

ini mengajar kami bagaimana cara untuk memimpin serta berkerjasama antara ahli kumpulan

Page 32: · Web viewGanjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim ini amat besar di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Begitu juga, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

untuk menjalankan tugasan berkumpulan. Komunikasi yang efektif serta cara mengatasi

permasalahan itu penting supaya tidak timbul masalah-masalah yang tidak akan mencacatkan

perjalankan projek tersebut. Kami berpendapat bahawa kemahiran dalam kepimpinan ini

penting untuk kami mempersiapkan diri untuk menghadapi alam perkerjaan yang lebih

mencabar. Malahan, penerapan daripada Prof. Madya Dr. Khalim tentang kursus ini juga

secara tidak langsung membantu kami memahami dengan lebih mendalam tentang

kepentingan kepimpinan dan kemahiran interpersonal dalam diri setiap pelajar. Proses

kepimpinan melalui teori dan praktikal akan memberikan kesan yang lebih kepada para

pelajar.