usrah yang efektif

8
1 Panduan Usrah Yang Efektif Dikongsikan oleh JK Tarbiah SMI Al-Amin Bestari D’Merlimau 2015

Upload: bulan1407

Post on 11-Jan-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Nota usrah efektif. Dikelolakan cetakannya oleh Unit Tarbiah SMIAABM

TRANSCRIPT

Page 1: Usrah Yang Efektif

1

Panduan Usrah Yang Efektif

Dikongsikan oleh JK Tarbiah

SMI Al-Amin Bestari D’Merlimau 2015

Page 2: Usrah Yang Efektif

2

USRAH YANG EFEKTIF diolah semula oleh: UQY

Pengenalan Usrah dalam bahasa Arab ialah keluarga. Maksud perkataan usrah dalam pengertian kita ialah kumpulan Afradul Muslimin (individu-individu muslim) yang beriman dengan agama ini, berusaha tolong menolong antara satu sama dengan yang lain untuk memahami dan menghayati Islam. RASIONAL USRAH Islam memandang sangat mustahak pembentukan ikatan perpaduan untuk penganutnya. Melalui usrah kita dapat memimpin penganut Islam ke arah contoh-contoh pujian yang tinggi di samping memperkukuh ikatan yang sedia ada. Selain itu, mutu ukhuwah antara sesama ahli boleh ditingkatkan, iaitu dengan merealisasikan teori dalam perbuatan dan amalan. Oleh itu, kita hendaklah memandang berat dan bersedia untuk menjadi batu bata yang sihat lagi berguna kepada bangunan keluarga bentukan yang mulia ini, iaitu keluarga Islam. Tujuan Usrah Majlis usrah mempunyai beberapa tujuan, diantaranya: Meningkatkan kefahaman anggota-anggota dan menentukan sikap Islam

terhadap satu-satu masalah. Menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab

terhadap ajaran Islam secara peribadi dan jamaah. Membina satu generasi Islam yang mengenali Islam sebagai "Din Wa Daulah",

menghayatinya di dalam kehidupan peribadi, menjadikan azam dan cita-cita serta tindakan mendakwahnya sebagai sistem hidup dalam keluarga, masyarakat dan negara.

Membina generasi Islam yang menegakkan akhlak Islammiyah di dalam kehidupan diri dan sensitif terhadap segala perkara yang tidak Islamik.

Membina generasi Islam yang insaf dan sedar akan cabaran dan godaan yang berbagai bentuk yang mengancam kemurnian Islam.

Mendidik perasaan anggota supaya bertanggungjawab terhadap ALlah dan RasulNya. Menghubungkan anggota secara langsung dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Mengikhlaskan diri anggota kepada ALlah, demi untuk mencari keredhaannya, mengharapkan pahala dan merasa gerun dengan siksaanNya. Bukan kerana segan dgn naqib usrah atau kumpulannya tetapi kerana ketaatan kepada ALlah. Oleh itu setiap anggota hendaklah membetulkan niatnya, kemudian diikuti dengan amalan sekalipun tanpa arahan dari sesiapa.

Menggiatkan dan menyelaraskan usaha mempelajari dan memahami Islam di kalangan anggota.

Menyediakan tenaga yang benar-benar bersedia untuk Islam demi kepentingan Islam.

Memelihara individu usrah dari dimasuki pemikiran yang keliru dan sumbang dari musuh.

Memperkukuhkan perasaan bersaudara dan memupuk semangat bertindak secara jamaah.

Page 3: Usrah Yang Efektif

3

RUKUN USRAH Rukun ikatan usrah ini tiga perkara iaitu berkenalan, saling memahami dan berseimbangan. Kita hendaklah mengambil berat perkara ini dan bersungguh-sungguh menjayakannya supaya ikatan itu tidaklah semata-mata menjadi beban yang tidak bererti. 1. Berkenalan Rukun usrah yang pertama ialah taaruf (berkenalan) antara satu sama lain. Ahli usrah hendaklah berkenal-kenalan serta berkasih sayang dengan semangat cinta kepada agama. Kita hendaklah memahami pengertian dan hakikat ukhuwah sejati. Elakkan perkara-perkara yang boleh mengeruhkan ukhuwah itu. Hal ini boleh dilakukan dengan sentiasa menjunjung titah firman Allah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Jadikan firman Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. sebagai perkara yang wajib diutamakan. Antara firman Allah(maksudnya): Orang-orang mukmin itu bersaudara-mara. (Al-Hujarat, 26:10) Berpeganglah dengan tali Allah semuanya dan janganlah kamu berpecah-belah. (Ali Imran, 3:103) Dalam hadis Nabi saw: Orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain. Orang muslim ialah saudara bagi muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak juga membiarkannya. Perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kata kasih sayang mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka, dan dalam simpati mereka adalah laksana badan yang satu. 2. Saling memahami: Rukun usrah yang kedua ialah tafahum (saling memahami). Kita hendaklah berpegang pada kebenaran dengan mengerjakan apa-apa yang diperintahkan Allah dan meninggalkan apa-apa yang dilarang-Nya. Periksalah diri sendiri dengan sehalus-halusnya sama ada diri kita benar-benar mentaati perintah Allah atau terlibat dalam arena kederhakaan. Setelah memeriksa diri sendiri, kita hendaklah nasihat-menasihati antara satu sama lain apabila kelihatan ada sesuatu yang cacat. Rakan yang dinasihati itu hendaklah bersikap terbuka dan sanggup menerima nasihat dari sahabatnya. Pemberi nasihat pula janganlah berubah hati terhadap sahabat yang tersilap itu--walau sejarak sehelai rambut sekali pun. Nasihat hendaklah diberi dengan cara yang baik tanpa memandang rendah sahabat yang dinasihati itu. Pemberi nasihat janganlah menganggap dirinya lebih mulia. Sembunyikan kesilapan sahabat itu daripada pengetahuan naqib selama lebih kurang sebulan. Ceritakanlah kepada naqib apabila anda tidak berdaya membaikinya. Namun demikian, jangan sekali-kali tawar hati terhadap sahabat yang silap itu. Sebaliknya, teruskanlah kasih sayang anda terhadapnya sehingga Allah melakukan apa-apa perubahan yang dikehendaki-Nya. Sahabat yang diberikan nasihat pula janganlah keras kepala. Janganlah juga berubah hati walau sejarak rambut sekalipun terhadap si pemberi nasihat. Fahamilah bahawa martabat kasih sayang kerana Allah itu adalah setinggi-tinggi martabat bagi pengertian kasih sayang di kalangan umat manusia. Nasihat pula adalah satu dasar yang amat penting dalam agama Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya), "Agama itu adalah nasihat." Oleh itu, perhatikanlah dalam-dalam pengajaran yang mulia dalam hadis ini--mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada kamu. 3. Berimbangan: Rukun usrah yang ketiga ialah takaful yang bermaksud memelihara nasib sesama sendiri agar tiada sahabat yang terbiar atau terlantar. Amalkan rukun ini dengan

Page 4: Usrah Yang Efektif

4

bersungguh-sungguh, iaitu dengan cara menolong memikul bebanan sesama sendiri. Takaful merupakan tunjang iman dan inti sari ukhuwah sejati. Takaful boleh dijelmakan dengan cara bertanya khabar sesama sendiri, ziarah menziarahi, berganti-ganti membuat kebajikan dengan jalan segera menolong antara satu sama lain sedaya upaya. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Kalau seseorang daripada kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baginya daripada ia beri iktikaf sebulan di masjidku ini. Sabda baginda lagi (maksudnya), "Sesiapa memberikan kesukaan kepada keluarga sesebuah rumah orang muslim nescaya tidak lain yang dibalas Allah melainkan dengan syurga." PERINGATAN Dua perkara yang perlu dititikberatkan ialah kehadiran dan pengisian tabung usrah. Setiap anggota usrah hendaklah menghadiri pertemuan-pertemuan yang telah dijadualkan walau bagaimana uzur sekalipun. Setiap anggota usrah juga hendaklah menunaikan kewajipannya untuk tabung usrah di cawangan usrahnya. Apabila kita dapat menunaikan kewajipan yang bersifat perseorangan, kemasyarakatan, dan kewangan seperti di atas, maka rukun usrah akan terlaksana dengan jayanya. Sebaliknya, jika dicuaikan, maka segala rukun dan peraturan itu akan beransur-ansur mundur dan akhirnya terus mati. Dengan matinya peraturan usrah yang baik ini, gerakan dakwah akan serugi-ruginya sedangkan gerakan dakwah sangat dikehendaki dan menjadi tempat harapan bagi umat Islam seluruhnya. KANDUNGAN USRAH Apakah yang perlu dilakukan dalam pertemuan mingguan usrah yang menepati maksud, rukun dan peringatan di atas? Jawapannya mudah: Kita mempunyai banyak kewajipan sedangkan masa kita terlalu sedikit. Oleh itu pertemuan mingguan kita hendaklah dipenuhkan dengan perkara-perkara yang berikut: 1. Membentangkan Kesulitan Setiap anggota membentangkan kesulitan masing-masing. Beri perhatian terhadap kesulitan yang diluahkan oleh dan rakan kita dan berusahalah mengatasinya. Lakukan hal ini dalam suasana ukhuwah sejati dan dengan niat kerana Allah. Dengan demikian dapatlah diperkuatkan lagi asas saling percaya-mempercayai dan tali hubungan ukhuwah dapat diperkukuhkan. Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya, "Orang mukmin itu cermin bagi saudaranya." Sabda Rasulullah s.a.w. lagi (maksudnya): Perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kata kasih sayang mereka, dan dalam erti kata timbang rasa simpati mereka adalah laksana badan yang satu, iaitu apabila mana-mana anggota mengadukan hal turut menangguhkan seluruh badan dengan berjaga malam dan merasai demam. 2. Bermuzakarah Anggota usrah hendaklah bermuzakarah iaitu bertukar-tukar fikiran dalam urusan Islam. Teliti risalah yang diedarkan oleh pucuk pimpinan kepada seluruh cawangan usrah. Elakkan pertengkaran atau bertikam lidah kerana semuanya itu adalah dikira "haram" menurut undang-undang usrah. Muzakarah hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar batas-batas sopan santun yang sempurna dan dengan cara harga-menghargai fikiran yang datang daripada semua pihak dalam muzakarah itu. Apabila hendak ditutup satu-satu perbincangan, atau hendak dibuat keputusan mengenai apa-apa cadangan, atau hendak diberi penjelasan lanjut mengenai cadangan yang hendak ditimbangkan itu, maka perkara itu hendaklah diserahkan kepada naqib supaya beliau sempat terlebih dahulu mengemukakannya kepada pucuk pimpinan. Jangan dibuat keputusan dengan cara terburu-buru. Tuhan mencela umat-umat manusia yang bersikap terburu-buru dengan firman-Nya yang bermaksud: Dan

Page 5: Usrah Yang Efektif

5

apabila datang kepada mereka sesuatu perkara tentang keamanan atau ketakutan maka mereka pun terus mencanangkannya. Setelah Allah S.W.T. mencela mereka yang berperangai begitu maka Tuhan tunjukkan pula apa-apa yang semestinya dilakukan apabila tersua dengan suasana seperti itu dengan firman-Nya yang bermaksud: Kalaulah mereka kembalikannya kepada Rasul dan kepada pihak berkuasa antara mereka sendiri nescaya orang-orang yang menimbangkannya itu mengetahui hakikatnya. 3. Kajian Buku Adakan studi (penelitian) terhadap sesebuah kitab yang bermutu. Jelmakan studi itu dalam kehidupan harian walaupun hanya sekadar mengamalkan bermuka manis. Panduan daripada buku boleh disampaikan dalam taklimat sesuatu projek seperti menziarahi orang sakit; menolong orang-orang yang berhajat (walaupun hanya sekadar kata-kata yang baik), mencari dan bertanyakan hal tentang anggota yang tidak kelihatan bersama-sama kumpulan, menanggung bebanan anggota yang terputus rezeki. Semuanya itu dapat menambahkan lagi tali ukhuwah dan dapat melipatgandakan perasaan kasih sayang dalam hati masing-masing. 4. Aktiviti Sokongan Untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama sendiri, kita hendaklah mengadakan rehlah, lawatan, aktiviti lasak seperti mendayung sampan, mendaki gunung dan berbasikal. Kita hendaklah juga mengadakan aktiviti khusus seperti berpuasa (seminggu sekali atau dua minggu sekali), solat Subuh berjemaah di masjid dan qiamullail. TEMPAT USRAH Usrah boleh diadakan di rumah anggota usrah dengan cara bergilir-gilir atau di masjid, disurau, dimusalla atau sebagainya. PERLAKSANAAN Usrah hendaklah diadakan pada tiap-tiap minggu atau paling kurang tiap-tiap dua minggu sekali dan merupakan program tarbiyah yang tetap. Majlis usrah dikendalikan oleh seorang naqib atau naqibah. Sembahyang berjamaah, berwirid, membaca Al-Quran adalah rukun utama usrah. Sebaik-baiknya majlis usrah adalah mengikut cara dibawah ini : Bermula dengan sembahyang (maghrib) berjamaah Berwirid dengan Al-Mathurat

(naqib hendaklah menghuraikan Al-Mathurat dari segi makna, ayat, hikmat dan kelebihan) Membahaskan dan mengkaji kertas-kertas kerja dan sebagainya, yang telah disediakan oleh naqib atau naqibah.

Majlis usrah mestilah mempunyai tajuk yang tertentu yang telah ditetapkan terlebih dahulu dan dimaklumkan kepada anggota, sebaik-sebaiknya telah ditentukan bahan rujukan atau teksnya. Sesudah berbincang dan berbahas dan bertukar-bertukar fikiran dengan teliti , maka majlis mengambil satu keputusan atau rumusan yang menjadi pegangan kepada semua dan usrah dan ditegah sama sekali ditamatkan tanpa menghasilkan sesuatu persetujuan.

Perbahasan boleh dilanjutkan kepada beberapa siri usrah sehingga dapat rumusan yang bulat dan konkrit, sekiranya tajuk perbahasan merupakan isu pokok dan memerlukan kepada pandangan pimpinan yang lebih tinggi, maka hendaklah dirujuk kepada peringkat yang lebih bertanggungjawab.

Tajuk yang akan diusrahkan pada minggu akan datang ditentukan oleh naqib atau menurut ketetapan bersama atau menurut arahan pimpinan. Sebahagian daripada waktu usrah hendaklah diperuntukkkan khusus kepada organisasi dan hal ehwal semasa dan perkembangan perjuangan umat Islam di dalam dan luar

Page 6: Usrah Yang Efektif

6

negara. Usrah bersurai sesudah membaca doa rabitah, tasbih kaffarah dan suratul Al-‘Ashr.

ADAB-ADAB USRAH Diantara adab-adab usrah itu adalah seperti berikut : 1. Mengikhlas niat hanya kepada ALlah Maksud ayat, "Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya semua menyembah ALlah dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuknya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan shalat serta menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang benar".(Al-Bayyinah: 5) Sabda Rasulullah SallaLlahu’’Alaihi Wassalam : "Hanya segala ‘amal itu dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap sesorang itu apa yang dia niatkan". (Muttafaq ‘alaih) 2. Meminta izin untuk masuk serta memberi salam sebelum memasuki rumah anggota atau tempat diadakan majlis usrah. Firman ALlah Ta’ala : Maksud ayat, "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah engkau semua mamasuki rumah yang bukan rumah-rumah mu sendiri, sehingga engkau semua meminta izin terlebih dahulu serta mengucapkan kepada ahlinya (orang-orang yang ada di dalam)". (An-Nur : 27) 3. Datang ke majlis tepat pada waktu yang dijanjikan atau ditetapkan. Sabda Rasullullah SallaLlahu ‘‘Alaihi Wassallam : Maksud Hadis, Dari Abu Hurairah RadiALlahu anhu bahawasanya RasulLullah SallaLlahu ‘‘Alaihi Wasallam bersabda : "Tanda orang-orang munafiq itu tiga , iaitu jikalau ia berkata ia berdusta, jikalau berjanji dia memungkiri dan jikalau diamanahkan ia khianat". Ia menambah di dalam riwayat muslim : "Sekalipun dia berpuasa dan bersembahyang dan mengaku dirinya orang-orang Islam". (Muttafaq ‘alaih) 4. Datang ke majlis dalam keadaan berwuduk dan memakai pakaian yang sopan, bersih, suci serta sempurna. Maksud Hadis, Dari Abu malik Al-Asy’ari radhiALlahu anhu katanya : "RasululLah SallaLlahu’’Alaihi Wasallam bersabda : "Bersuci itu separuh dari keimanan". ( Muslim) Sabda Rasullullah SallaLlahu ‘‘Alaihi Wassallam lagi : Maksud Hadis, "Dari Usman bin Affan radiALlahu katanya : "Rasullullah SallaLlahu ‘‘Alaihi Wassallam bersabda : "Barangsia yang berwuduk lalu memperbaguskan wuduknya (menyempurnakan sesempurna mungkin) makakeluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya". ( Muslim) Perkara ini diperlukan supaya : Senang untuk mendirikan solat, memudahkan apabila memegang Al-Quran dan ayat-ayatnya dalam teks usrah, jauh dari gangguan syaitan, dapat berbincang tanpa dipengaruhinya dan lain-lain kelebihan. 5. Jika ada tidak dapat hadir kerana uzur syar’ie, hendaklah segera diberitahu kepada naqib atau naqibah atau sekurang-kurangnya kepada sahabat yang menjadi tuan rumah. Hal ini bertujuan untuk : Melatih diri bertanggungjawab dalam setiap kerja supaya naqib dan sahabat tidak tertunggu-tunggu serta dapat mengelakkan prasangka yang tidak baik. 6. Datang ke majlis dengan persiapan yang telah diamanahkan setelah kita sanggup untuk menunaikannya. Firman ALlah Subhanahuwa Taa’la : Maksud Ayat, "Dan penuhilah perjanjian kerana sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya". (Al-Isra’ : 34) ***Dan hadis di dalam adab yang ke 3*** Perkara ini diperlukan adalah :

Page 7: Usrah Yang Efektif

7

Supaya majlis usrah itu berjalan sebagaimana yang dirancang. Berlatih menunaikan amanah yang kecil sebelum diberi amanah yang lebih besar. Supaya menjadi pendorong dan contoh kepada sahabat yang kemudian. Kegagalan kita berbuat demikian dibimbangkan akan menjadi alasan kepada sahabat yang lain untuk tidak membuat persiapan di masa akan datang. 7. Membawa dan menyediakan keperluan-keperluan yang diperlukan di dalam majlis usrah seperti Al-Quran, teks usrah, buku-buku catitan, Al-Mathurat (jika perlu) dan lain-lain yang diperlukan. Ini kerana : Supaya majlis usrah berjalan dengan lancar. Kegagalan berbuat demikian akan mengganggu sahabat yang dikongsi teksnya. 8. Datang ke majlis dengan hasrat untuk mengukuhkan ukhwwah dan berkasih sayang kerana ALlah. Maksud Hadis, "Dari Abu Hurairah radiALlahu anhu katanya : "Rasullullah SallALlah bersabda bahawa Allah Taala berfirman pada hari Qiamat "Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganku? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri". (Muslim) 9. Berazam untuk mendapatkan ’ilmu dan kefahaman bagi di’amalkan dan disampaikan kepada orang-orang lain…kecuali perkara yang rahsia. Maksud Hadis, "Dari Abu Hurairah radiALlahu anhu katanya RasulullahSallaLlahu ‘Alaihi Wassalam bersabda : "Barangsia yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka ALlah akan memudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga". (Muslim) 10. Duduk dengan bersopan santun. Kerana majlis itu adalah majlis zikrullah dan dihadiri sama oleh para Malaikat. Maksud Hadis, "Dan tunduklah sayapmu bersikap sopan santunlah terhadap orang-orang mu’min". (Muslim) Sabda Rasullullah SallaLlahu ‘‘Alaihi Wassallam : "…dari Abu Hurairah radiALlahu anhu dan Abu Said radhiALlahu katanya, Rasulullah SallaLlahu ‘Alaihi Wassalam bersabda : "Tiada suatu kaum pun duduk-duduk sambil berzikir kepada ALlah melainkan di kelilingi oleh para Malaikat dan ditutupi oleh kerahmatan serta turunlah kepada mereka itu ketenangan di dalam hati mereka dan Allah menyebutkan mereka kepada makhluk-makhluk yang ada di sisinya yakni di sebut-sebutkan hal ehwal mereka itu di kalangan para Malaikat". (Muslim) 11. Mendahului majlis dengan Tahmid dan berSelawat kepada Nabi Muhammad SallaLlahu ‘Alaihi Wassallam. Maksud Hadis, "Dan daripada (Abu Hurairah) dari Nabi SallaLlahu ‘Alaihi Wassalam sabdanya : "Tiada sesuatu kaum pun yang duduk di suatu majlis yang mereka itu tidak berzikir kepada ALlah Taala dalam majlis tadi, juga tidak mengucapkan bacaan Selawat kepada Nabi mereka di dalamnya, melainkan atas mereka itu ada kekurangannya. Jikalau ALlah berkehendak , maka ALlah akan mengampunkan mereka". Diriwatkan oleh Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis hasan. 12. Mendengar segala penjelasan, bacaan-bacaan , arahan-arahan dan pengajaran dengan teliti dan tenang sambil cuba memahami, mencatit dan mengingati dengan tepat sebelum disampaikan kepada orang-orang lain. Maksud Hadis, "Dari Abi Bakrah radhiaLlahu anhu dari Nabi SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam sabdanya : "Hendaklah orang-orang yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir kerana sesungguhnya kemungkinan orang-orang yang disampaikan itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham dari yang menyampaikan". (Bukhari dan Muslim)

Page 8: Usrah Yang Efektif

8

13. Memohon penjelasan atau mengemukakan pertanyaan selepas diberi peluang atau setelah meminta izin naqib atau naqibah. Supaya tidak menggangu perjalanan majlis. Supaya ada sikap menghormati naqib atau naqibah. 14. Jangan mencelah ketika naqib atau sahabat sedang memberi penerangan kecuali dalam perkara yang memerlukan teguran yang segera (seperti membetulkan bacaan yang silap). Ini adalah kerana : Supaya tidak mengganggu perjalanan majlis. Supaya tidak menghilangkan penumpuan anggota usrah yang lain. Kadang-kadang naqib atau sahabat yang sedang bercakap akan kehilangan apa yang hendak disampaikan apabila dicelah ketika dia sedang bercakap. 15. Jangan mengangkat suara tinggi lebih dari keperluan pendengar. Ini adalah perkara yang dilarang oleh Allah Ta’ala sebagaimana firmanNya yang bermaksud : "Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai". (Luqman : 19) 16. Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu bersifat tenang dan serius. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud : "Dari Anas radhiaLlahu anhu katanya : "SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam mengucapkan sebuah khutbah yang saya tidak pernah mendengar suatu khutbah pun seperti itu kerana amat menakutkan. Beliau SallaLlah’Alaihi Wasalam bersabda :"Andaikata engkau semua dapat mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya engkau semua akan sedikit ketawa dan banyak menangis". Para sahabat RasuluLlah SallaLlah ‘Alaihi Wassalam lalu menutupi wajah masing-masing sambil terdengar suara esakkannya. (Mutaffaq’alaih) 17. Jangan banyak bergurau, kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara. Ini adalah kerana : Supaya hendaklah bergurau di dalam perkara yang benar sahaja. Banyak bergurau akan menjadikan majlis usrah bertukar menjadi majlis jenaka, gurau senda dan gelak ketawa. Banyak bergurau akan menjadikan majlis usrah kurang bermanfaat. Maksud Hadis, "Saya bergurau tetapi saya tidak berkata sesuatu kecuali yang benar". 18. Jangan menghisap rokok di tempat diadakan majlis usrah dan kalau ditinggalkan terus adalah terlebih baik. Supaya tidak menggangu sahabat-sahabat yang tidak merokok. Supaya tidak menggangu tuan rumah jika sekiranya ahli keluarga rumah itu sensitif dengan bau asap rokok. 19. Jangan mempersoalkan atau mempertikaikan arahan-arahan yang telah diberikan dengan jelas dan menepati syara’ : Maksud Hadis, "Sesungguhnya binasa umat sebelum kamu kerana mereka banyak menyoal (yang tidak berfeadah) dan mereka suka menyalahi Nabi-nabi mereka". (Mutaffaq’alaih) 20. Minta izin dari naqib sebelum keluar dari majlils kerana sesuatu keperluan. Ini adalah kerana Keluar dari majlis tanpa izin adalah perangai orang-orang munafiq. Maksud Ayat, "Sesungguhnya yang benar-benar orang-orang mu’min ialah orang-orang-orang-rang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, dan apabila mereka berada bersama-sama Rasulullah dalam sesuatu urusan yang memerlukan pertemuan, mereka tidak meninggalkan (Rasulullah) sebelum meminta izin kepadamu (Muhammad).