usrah sepintas lalu

Upload: azraai-ahmad

Post on 07-Jul-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 Usrah Sepintas Lalu

    1/1

    USRAH SEPINTAS LALU

    DEFINISI USRAH

    Dari segi bahasa , perkataan usrah adalah bahasa Arab yang bermaksud keluarga.Kamus Dewan Edisi Ketiga menyatakan, usrah ialah perkumpulan yang melibatkankegiatan agama seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk agama dan sebagainya.

    Dari segi istilah , usrah ialah kelompok manusia yang beriman dengan Islam danberusaha tolong-menolong sesama sendiri untuk memahami dan menghayati Islam;berusaha mempertingkatkan ilmu dan amal, dan menghindari maksiat dan permusuhanberdasarkan irman Allah !maksudnya"# $ertolong-tolonganlah kamu berbuatkebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniayadan takutlah kepada Allah. %esungguhnya Allah sangat keras seksanya. !Al-&aidah,'#("

    TUJUAN USRAH)ujuan usrah ialah menghubungkan diri dengan Allah, merapatkan ukhuwah Islamiahdan kejiranan, memelihara dan menghubungkan diri sesama manusia dan alam,mendalami ardu ain, meluaskan aham terhadap Islam, dan memberi galakan danbimbingan dalam ibadah kepada generasi muda.

    RUKUN USRAH

    *ukun pertama ialah berkenalan !taaru " iaitu berkenalan sesama sendiri danberkasih sayang dengan semangat cinta kepada Allah dan berusaha menghindarkansebarang kekeruhan yang merenggangkan persahabatan. *ukun yang kedua ialah

    berse ahaman !ta ahum" iaitu berse ahaman dalam memahami Islam danmenghayatinya. *ukun yang ketiga ialah bantu-membantu !taka ul" iaitu bekerjasamadalam amal makru dan nahi mungkar, bersama-sama menggalakkan kebaikan danbersama-sama menjauhkan kemungkaran.