usrah 3

5
TEKS USRAH SURAU BARU BUNGA RAYA ISNIN, 13 APRIL 2015 MUQADDIMAH Maksudnya: Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persaru bagi kaum yang mahu mengetahui.Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia, dan mereka pula mencela agam kamu, maka perangilah ketua- ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janji-Nya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat). (At-Taubah : 11-12) MALAYSIA KE ARAH NEGARA ISLAM Islam adalah satu cara hidup manusia yang berdasarkan kehendak Allah. Setiap Muslim wajib melaksanakan segala perintah dan hukum Allah sama ada bersifat individu atau kolektif. Hukum-hukum Allah yang dibawah tanggungjawab kolektif selalu dikaitkan dengan soal kemasyarakatan dan kenegaraan yang melibatkan hukum muamalat,munakahat, jinayah, hudud, khilafah dan urusan pentadbiran, qanun dan kehakiman, ketenteraan dan keselamatan, dakwah dan jihad, baitulmal (perbendaharaan) dan ekonomi dan lain-lain. Hukum-hakam Allah yang berkait dengan kemasyarakatan dan kenegaraan tidak dapat dilaksanakan tanpa pemimpin dan Kerajaan Islam.Kerajaan Islam bermaksud kerajaan berdaulat yang memerintah secara Islam.Melaksanakan

Upload: penjaga-kubur

Post on 28-Sep-2015

28 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

USRAH 3

TRANSCRIPT

  • TEKS USRAH

    SURAU BARU BUNGA RAYA ISNIN, 13 APRIL 2015

    MUQADDIMAH

    Maksudnya:

    Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta

    memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama; dan

    Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persaru bagi kaum yang

    mahu mengetahui.Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat

    perjanjian setia, dan mereka pula mencela agam kamu, maka perangilah ketua-

    ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya

    mereka tidak menghormati sumpah janji-Nya, supaya mereka berhenti (dari

    kekufuran dan bertaubat). (At-Taubah : 11-12)

    MALAYSIA KE ARAH NEGARA ISLAM

    Islam adalah satu cara hidup manusia yang berdasarkan kehendak Allah. Setiap

    Muslim wajib melaksanakan segala perintah dan hukum Allah sama ada bersifat

    individu atau kolektif. Hukum-hukum Allah yang dibawah tanggungjawab kolektif

    selalu dikaitkan dengan soal kemasyarakatan dan kenegaraan yang melibatkan

    hukum muamalat,munakahat, jinayah, hudud, khilafah dan urusan pentadbiran,

    qanun dan kehakiman, ketenteraan dan keselamatan, dakwah dan jihad,

    baitulmal (perbendaharaan) dan ekonomi dan lain-lain.

    Hukum-hakam Allah yang berkait dengan kemasyarakatan dan kenegaraan tidak

    dapat dilaksanakan tanpa pemimpin dan Kerajaan Islam.Kerajaan Islam

    bermaksud kerajaan berdaulat yang memerintah secara Islam.Melaksanakan

  • perundangan, pemerintahaan dan penghakiman Negara berdasarkan Syariat

    Allah itu adalah satu ibadah dan hukumnya wajib.Ia tidak boleh dilaksanakan

    kecuali wujudya Kerajaan Islam. Maka mewujudkan Kerajaan Islam adalah wajib.

    Dalam konteks Malaysia hari ini,proses menegakkan Kerajaan Islam yang

    dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui proses demokrasi dan

    pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib.

    Seseorang itu tidak dapat mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah

    seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah.Maka

    mendaftarkan diri sebagai pemilih untuk melantik pimpinan dan kerajaan dalah

    wajib. Turutan tindakan ini selaras dengan tuntutan kaedah feqah:Sesuatu yang

    wajib tidak sempurna melainkan denganya maka ia menjadi wajib.

    KEWAJIPAN MELANTIK PEMIMPIN DI KALANGAN ORANG BERIMAN

    Setiap Muslim wajib melaksanakan tanggungjawab mengundi uintuk memilih calon

    pimpinan (wakil rakyat) yang membentuk kerajaan yang sah dan berdaulat pada

    hari pilihanraya yang ditetapkan. Pengundi muslim hendaklah memilih calon

    pimpinan (wakil rakyat) yang berjuang atas Dasar Islam dan Kebajikan Ummah

    untuk pastiukan Kerajaan Islam diwujudkan. Pengundi Muslim hendaklah memilih

    seseorang calon pimpinan (wakil rakyat) itu hanya berdasarkan kelayakan

    (Amanah, Alim, Ahli, Adil)dan matlamat syariat seperti hadith Rasullah SAW yang

    menyebut lafaz baiah:

    Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarta kamu menegakkan kepada

    kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya

    Ciri-ciri kepimpinan Islam adalah sebagaimana Firman Allahy yang berikut:

    Maksudnya: Sesungguhnya, hanyasanya pemimpin kamu adalah Allah, Rasul

    dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat

    serta orang-orang yang ruku (tunduk dan patuh kepada perintah Allah

    SWT) (Surah Al-Maidah: 55)

    Arahan memilih pimpinan mukmin (beriman) adalah sebagaimana Al-Quran:

    Maksudnya: Barangsiapa yang berketuakan Allah, rasul dan orang-orang yang

    beriman, maka sesungguhnya golongan yang taat kepada Allah yang mencapai

    kemenangan. (Surah Al-Maidah: 56)

    Larangan memilih calon pimpinan (wakil rakyat) yang tidak islamik adalah

    sebagaimana firman Allah SWT:

  • Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan

    (pemimpin atau ketua) daripada kalangan orang-orang yang menjadikan agama

    kamu sebagai ejekan dan permainan, daripada ahli kitab yang sebelum kamu,

    dan (jangan kamu jadikan)orang-orang kafir sebagai ketua, dan takutlah kepada

    Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman. (Surah Al-Maidah: 57)

    Ibnu Abbas RA katanya: Rasulullah SAW bersabda:Sesiapa melantik seorang lelaki

    ke atas sekumpulan orang ramai sedangkan terdapat di kalangan mereka orang

    yang lebih diredhai oleh Allah dari lelaki tersebut, maka ia telah mengkhanati Allah,

    Rasulnya, dan orang mukmin.(Hadis Riwayat Al-hakim dan As- Sayuti).

    Kepimpinan para ulamak, muttaqin dan solehin sangat relevendalam konteks

    masyarakat Islam. Ini dinyatakan di dalm Al-Quran:

    Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta

    binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya

    yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan

    hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (ULAMA). Sesungguhnya

    Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Surah Al-Fathir: 28)

    Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya ulama adalah pewaris

    para nabi.Sungguh mereka hanya mewarikan ilmu, maka barangsiapa

    mengambil warisan tersebut maka ia telah mengambil bahagian yang

    banyak.(HR At-Tirmizi)

    Jika setiap muslim memilih majority calon-calon pimpinan (wakil rakyat) yang

    mukmindan berdasarkan tuntutan Islam, mereka akan membentuk Kerajaan Islam.

    Dengan kewujudan Kerajaan Islam dan kuasa yang dimiliki maka syarait Islam

    mampu dilaksanakan.Mereka mendaulatkan Islam dan melaksanakan amar

    maruf nahi mungkar.

    Sebalinya jika memilih calon-calon pimpinan (wakil rakyat) bukan berdasarkan

    Islam, mereka akan membentuk kerajaan yang tidak Islamik seperti kerajaan

    Sekular, Kapitalis, Komunis, Sosialis, atau apa-apa bentuk kerajaan jahiliyyah yang

    menolak syariat Allah dan membiarkan kefasikan sarta kemungkaran di bumi Allah.

    Sekiranya Muslim tidak memilih calon pimpinan (wakil rakyat) yang mampu

    melaksanakan dasar tadbir urus Negara mengikut prinsip Islam, maka pimpinan

    (wakil rakyat) yang tidak islamik akan menguasai Dewan Perundangan dan kuasa

  • pentadbiran Negara. Mereka memerintah berdasarkan logik akal dan kepentingan

    nafsu.

    Kegagalan membentuk Kerajaan yang beriman dan beramal dengan Islam

    adalah merupakan tanggungan dan dosa kita umat islam keseluruhnya di

    hadapan Allah nanti. Kecuali mereka yang telah berusaha ke arah itu.

    KEDUDUKAN WAKIL RAKYAT NON MUSLIM

    Sekiranya tiada terdapat calon pimpinan (wakil rakyat) dari kalangan muslim yang

    bertanding dalam satu-satu pilihanraya, pengundi muslim hendaklah membuat

    pilihan calon wakil rakyat golongan zimmi yang lebih baik dari segi manafaatnya

    dan kurang mudharatnya kepada Islam dan ummahnya, atau memilih calon

    wakil rakyat golongan-golongan zimmi yang kurang keburukan (korupsi, rasuah,

    kronisme, pemborosan, kejahatan, kemaksiatan) dan kezaliman (manipulasi,

    penyelewengan, penipuan, penindasan, jinayah, keganasan) kepada rakyat atau

    memilih kuffar zimmi yang sedia bekerjasama dalam konteks prinsip Islam,

    kemanusian, kebajikan, dan keadilan sejagat. Hal ini selaras dengan prinsip

    kaedah feqah yang menyatakan : Mudharat/keburukan hendaklah dihindari ,

    Mengambil mudharat yang kecil untuk menolak mudharat yang lebih besar dan

    Menolak bahaya adalah lebih penting daripada mencari kemanfaatan.

    ETIKA PILIHANRAYA MENURUT SYARA

    Mengundi dalam pilihanraya untuk melantik pemimpin (wakil rakyat) yang mukmin

    dan kerajaan Islam adalah merupakan satu proses ibadat umum yang perlu

    dilaksanakan dengan penuh keinsafan, ketertiban, kesabaran dan keikhlasan

    tanpa melibatkan unsur-unsur kesyirikan, kemunafikan, kemungkaran dan

    kemaksiatan untuk mencapai keredhaan Allah dan mendapat pahala yang besar

    daripadaNya.

    Amalan zulum (keangkuhan/ kezaliman/ penindasan/ eksploitasi/ ugutan/ paksaan/

    pembunuhan), gharar (dusta/ penipuan/ manipulasi/ penyelewengan), risyuah

    (rasuah/ korupsi/ politik wang/ habuan pangkat kedudukan/ dll), maisir (perjudian/

    pertaruhan), syubhah (kesamaran kaedah halal atau haramnya, pemborosan,

    kolusi, konspirasi), assobiyyiah(nepotisme/ kronisme/ fanatik kepuakan/ kepartian/

    kedaerahan/ taksub mazhab/ kejumudan/ nasionalisme/ keegoan materialism) dan

    lain-lain yang bercanggah dengan syarak hendaklah dijauhi.

    Segala tindakan dalam proses pilihanraya dan amalan demokrasi hendaklah

    betul, wajar dan adil mengikut Perlembagaan Negara dan Syariat Islamuntuk

    memastikan kejayaan kepada pihak yang hak.

    KEWAJIPAN MEMBENTUK KERAJAAN ISLAM

    Dalam konteks Malaysia, kita uamt islam wajib menyertai pilihanraya dan wajib

    memilih kepimpinan (wakil rakyat) yang berpegang kepada prisip Islam dalam

  • menganggotai dewan perundangan dan pemerintahan Negara. Ibnu Timiyah

    mengatakan bahawa kekuasaan yang dimiliki pemimpin Islam adalah sebuah

    kepercayaan (amanah) dari umat Islam dan bukan kekuasaan yang mutlak.

    Tanggungjawab setiap pemimpin (wakil rakyat) Islam adalah pul wajib membentuk

    Kerajaan Islam yang melaksanakan pemerintrahn atas prinsip Islam dan amalan

    syariat Islam. Dengan itu umat islam akan mampu melaksanakan semua amal

    ibadat,hukum dan syariat Allah serta amal Islami secara keseluruhan demi

    mencapai keredhaan Allah di dunia dan di Akhirat.

    Al-Mawardi, Abu Yula, Ibnu Khaldun dan lain-lain menegaskan: Muhammad

    sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang

    mengurusnya.Ibnu Hazam Al-Andalusi menjelaskan para Ulama bersatu

    pendapatdalam mengatakan bahawa menegakkan Kerajaan Islam itu adalah

    wajib, maka seluruh umut berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil

    yang menegakkan ke atas mereka hukum hakaum Allah, yang mentadbir dan

    memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad

    SAW.

    Ibnu Khaldun menegaskan bahawa: Kekhalifahan (pimpinan umat) harus mampu

    menggerakkan umat untuk bertindak sesuai dengan ajaran Islam dan

    menyeimbangkan kewajipan di dunia dan akhirat. (Kewajipan di dunia) harus pilih

    pemimpin secara syarie dalam konteks demokrasi Malaysia seimbang (dengan

    kewajipan untuk akhirat), seperti yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad SAW,

    semua kepentingan dunia haru mempertimbangkan keuntungan untuk

    kepentingan akhirat.Kesimpulanya, (kekhalifahan) pada kenyataanya

    menggantikan Nabi Muhammad SAW, beserta sebahagian tugasnya, untuk

    melindungi agama dan menjalankan kekuasaaan politik dunia.

    Imam Taqiyyuddin An-Nabhani menyatakan bahawa kepimpinan kaum muslimin

    adalah untuk menegakkan hukum-hukum Syariat Islam dan mengembangkan

    (dakwah) risalah Islam ke seluruh dunia.

    PENUTUP

    Oleh itu mewujudkan Jemaah Islam serta mendokongnya, mengundi calon

    Jemaah Islam dan membentuk Kerajaan Islam adalah satu ibadat wajib setiap

    muslim supaya akidah dan syariat Islam dapat ditegakkan, dipertahankan, dan

    dikembangkan di atas muka bumi ini sehingga Hari Kiamat.

    Justeru itu, adalah menjadi kewajipan kita sebagai seorang muslim hendaklah

    memastikan segala urusan dan permasaalahan umat dirujuk kepada Al-Quran dan

    As- Sunnah.