universiti teknologi malaysia€¦ · tahap kompetensi dalam kalangan guru: satu . perbandingan...

27
PSZ 19:16(Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH SESI PENGAJIAN : 2010/2011 Saya NOOR MAIZATUL IDAYU BINTI ZAINAL (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : PROF.MADYA.DR.AZIZI BIN YAHAYA PT 20343K,TMN PERMIN PERDANA FASA 3,KG BATIN,21300,SEB.TAKIR,K.TRG. Tarikh : 15 May 2011 Tarikh : 15 May 2011 Catatan * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: others

Post on 04-Jan-2020

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU

PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya NOOR MAIZATUL IDAYU BINTI ZAINAL

(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

PROF.MADYA.DR.AZIZI BIN YAHAYA PT 20343K,TMN PERMIN

PERDANA FASA 3,KG BATIN,21300,SEB.TAKIR,K.TRG. Tarikh : 15 May 2011 Tarikh : 15 May 2011

Catatan * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

NOOR MAIZATUL IDAYU BINTI ZAINAL

Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi

Syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEI 2011

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Tandatangan : …………………………………………. Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. AZIZI BIN YAHAYA TARIKH : …………………………………………..

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”

Tandatangan : ……………………………………………

Nama Penulis : NOOR MAIZATUL IDAYU BINTI ZAINAL TARIKH : 15 May 2011

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

DEDIKASI

Khas buat ayahanda dan bonda tercinta

Hj.Zainal bin Mokhtar & Wan Noralasah Surhani bt Wan Senik

Doa restu,nasihat juga bimbingan Bak dan Ibu menjadi panduan

dan azimatku dalam menempuhi ranjau perjalanan ini……

buat Kie tersayang, Hj Mokhtar Bin Mohamad,

Pencapaian ke tahap ini berkat doa dan restumu

Untuk adinda tersayang

Ahmad Solehin

Jadikanlah ini sebagi pembakar semangatmu untuk berjaya kelak….

Buat Pembimbing yang dikasihi

Tunjuk ajar dan jasamu tidak akan kulupakan…

Semoga Allah membalas dengan ganjaran yang lebih baik disisNYA kelak….

Buat rakan-rakan seperjuangan

Terima kasih atas segala bantuan dan tunjuk ajar.

Semoga jasa kalian semua diberkati Allah S.W.T.

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat jua

akhirnya saya menyiapkan Projek Sarjana ini sebagai memenuhi keperluan syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup).

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan saya tujukan kepada pensyarah yang telah membimbing dan memberi tunjuk

ajar kepada saya khasnya kepada Prof. Madya Dr. Azizi Bin Yahaya selaku Penyelia

Projek Sarjana Muda ini. Jasa dan budi tuan, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya

dan saya percaya ilmu yang diberikan amat bermakna dan berharga buat diri saya.

Terima kasih juga saya tujukan kepada Jabatan Pelajaran Negeri

Terengganu,Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu dan tidak lupa juga kepada

Pengetua sekolah yang terlibat yang sedia memberikan kebenaran dan komitmen dalam

menjalankan kajian ini

Sekalung penghargaan buat keluarga tercinta yang telah banyak memberikan

sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang kajian ini dijalankan.

Sesungguhnya kehadiran kalian di sisi sangat memberikan inspirasi yang tidak ternilai

harganya.

Kepada rakan-rakan ,terima kasih kerana sudi berkongsi idea dan memberikan

bantuan. Semoga ukhwah yang terbina tidak terputus disini sahaja.

Sekian, terima kasih

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kompetensi dalam kalangan guru

dari segi penguasaan kaedah mengajar,aspek pengurusan kelas,aspek keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran,aspek keyakinan semasa mengajar,dan aspek sahsiah diri

guru. Selain daripada itu kajian ini turut mengenalpasti keberkesanan kursus dalam

perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti tahap kompetensi dalam kalangan guru. Seramai

268 orang responden yang terdiri daripada guru - guru sekolah rendah dan menengah di

Daerah Kuala Terengganu terlibat dalam kajian ini. Responden yang dipilih menggunakan

rawak berkelompok daripada 10 buah sekolah yang terlibat. Instrumen yang digunakan

adalah soal selidik yang telah dibina dan diuji darjah kebolehpercayaannya. Darjah

kebolehpercayaan bagi instrument yang digunakan ialah 0.898. Data yang yang diperolehi

dianalisis menggunakan Statistic Packages for Social Sciences Version 15.0 for Windows

(SPSS). Dapatan akhir kajian menunjukkan terdapat perbezaan tahap kompetensi dalam

aspek keyakinan guru semasa mengajar dalam kalangan guru sekolah rendah dan

menengah dimana guru sekolah rendah mempunyai tahap yang sederhana manakala guru

sekolah menengah mencatatkan tahap yang tinggi. Bagi lain-lain aspek,tahap kompetensi

adalah berada pada tahap yang tinggi. Secara kesimpulannya tahap kompetensi dalam

kalangan guru di sekolah menengah dan rendah daerah Kuala Terengganu adalah mencapai

tahap yang tinggi.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

ABSTRACT

The aim of this study was to identify the competency level among the teacher from

mastery of teaching methods, classroom management, the effectiveness of teaching

methods, teacher’s confident level, teacher’s behavior and the perception among teachers

about effectiveness of in-service courses in order to gain the qualities among the teachers.

A total of 268 teachers from primary and secondary school in District of Kuala Terengganu

was randomly selected (cluster over cluster method) from 10 schools that selected. The

instrument that was used in this study, were built and were tested the degree of reliability.

The alpha croncbach for the instrument in this study was 0.898. Data was analyzed using

Statistic Packages for Social Sciences Version 15.0 for Windows (SPSS). The findings

showed there was the different level of competency among the teachers from teacher’s

confident level which primary school teachers show they only at a moderate level while

secondary school teachers at the high level. For the others, all of a respondent showed they

are at the high level of competency. In conclusion, competencies level among the teachers

from Kuala Terengganu was at the high level.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKAT xv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Hipotesis Kajian 10

1.7 Kepentingan Kajian 11

1.8 Skop dan Batasan Kajian 11

1.9 Definisi Operasional 12

1.9.1 Tahap 12

1.9.3 Kompetensi 13

1.9.4 Guru 14

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

1.9.5 Sekolah 15

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Tahap Kesediaan Guru 17

2.3 Kesediaan Guru Dari Aspek Pengetahuan Guru 19

2.4 Kesediaan Guru Dari Aspek Kemahiran Guru 22

2.5 Kesediaan Guru Dari Aspek Kursus Profesionalisme 24

2.6 Pendekatan Teori Dan Model 26

2.6.1 Teori Pelakuan Guru Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran 26

2.6.2 Teori Humanistik dan Kesediaan Dalam

Meningkatkan Tahap Kompetensi Guru 28

2.6.3 Teori Ketidaksamaan dan Kesediaan Penguasaan

Kaedah Mengajar 30

2.6.4 Model Kecekapan Iceberg dan Kesediaan Guru

Menguasai Kaedah Mengajar 31

2.7 Penutup 32

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 33

3.2 Rekabentuk Kajian 34

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 34

3.4 Instrumentasi kajian 38

3.4.1 Bahagian A 38

3.4.2 Bahagian B 39

3.5 Kajian Rintis 41

3.6 Prosedur Kajian 42

3.7 Analisis Data 43

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 45

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 46

4.2.1 Jantina 46

4.2.2 Umur 47

4.2.3 Bangsa 48

4.2.4 Pusat Pengajian 49

4.2.5 Kelulusan Akademik Tertinggi 50

4.2.6 Tempoh Pengalaman Mengajar 51

4.3 Analisis Item Soal Selidik 52

4.3.1 Tahap Kompetensi Guru Dari Aspek

Penguasaan Kaedah Mengajar 54

4.3.2 Tahap Kompetensi Guru Dari Aspek

Pengurusan Kelas 56

4.3.3 Tahap Kompetensi Guru Dari Aspek

Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran 59

4.3.4 Tahap kompetensi Guru Dari Aspek

Keyakinan Guru Semasa Mengajar 62

4.3.5 Tahap Kompetensi Guru Dari Aspek

Sahsiah Diri Guru 65

4.3.6 Persepsi Guru Terhadap Kursus Dalam

Perkhidmatan 67

4.4 Rumusan 69

4.5 Pengujian Hipotesis 71

4.5.1 Hipotesis Nol 1Tidak Terdapat Perbezaan Yang

Significan Antara Kompetensi Guru Daripada

Aspek Penguasaan Kaedah Mengajar Dengan

Guru Sekolah Rendah Dan Menengah. 71

4.5.2 Hipotesis Nol 2 Tidak Terdapat Perbezaan Yang

Significan Antara Kompetensi Guru Daripada

Aspek Pengurusan Kelas Dengan Guru

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

Sekolah Rendah Dan Menengah 72

4.5.3 Hipotesis Nol 3 Tidak Terdapat Perbezaan Yang

Significan Antara Kompetensi Guru Daripada

Aspek Keberkesanan Pengajaran Dan

Pembelajaran Dengan Guru Sekolah Rendah

Dan Menengah 73

4.5.4 Hipotesis Nol 4 Tidak Terdapat Perbezaan Yang

Significan Antara Kompetensi Guru Daripada

Aspek Keyakinan Guru Semasa Mengajar Dengan

Guru Sekolah Rendah Dan Menengah 74

4.5.5 Hipotesis Nol 5 Tidak Terdapat Perbezaan Yang

Significan Antara Kompetensi Guru Daripada

Aspek Sahsiah Diri Guru Dengan Guru Sekolah

Rendah Dan Menengah 75

4.5.6 Hipotesis Nol 6 Tidak Terdapat Perbezaan Yang

Significan Antara Kompetensi Guru Daripada

Aspek Kursus Dalam Perkhidmatan Berdasarkan

Persepsi Guru Dengan Guru Sekolah Rendah

Dan Menengah 76

4.6 Penutup 77

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 78

5.2 Rumusan 79

5.3 Perbincangan Hasil Kajian 81

5.3.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 81

5.3.2 Perbincangan Tahap Kompetensi Guru

Dari Aspek Penguasaan Kaedah Mengajar 82

5.3.3 Perbincangan Tahap Kompetensi Guru

Dari Aspek Pengurusan Kelas 84

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

5.3.4 Perbincangan Tahap Kompetensi Guru

Dari Keberkesanan Pengajaran Dan

Pembelajaran 87

5.3.5 Perbincangan Tahap Kompetensi Guru

Dari Aspek Keyakinan Guru Semasa

Mengajar 89

5.3.6 Perbincangan Tahap Kompetensi Guru

Dari Aspek Sahsiah Diri Guru 90

5.3.7 Perbincangan Tahap Kompetensi Guru

Dari Aspek Kursus Dalam Perkhidmatan 93

5.4 Implikasi Kajian 94

5.5 Cadangan 95

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 97

5.7 Penutup 98

RUJUKAN 99

LAMPIRAN

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Bilangan Responden Mengikut Sekolah 35

3.2 Penentuan Saiz Sample Berdasarkan Populasi

Krejcie dan Morgan 36

3.3 Item Soalan Kajian 39

3.4 Pengkelasan Tahap Taburan Responden Bagi Penguasaan

Tahap Kompetensi Beradasarkan Analisis Markah Min 44

3.5 Penentuan Hipotesis Nol Berdasarkan Nilai Significan 44

4.1 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden

Mengikut Jantina 46

4.2 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden

Mengikut Umur 47

4.3 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Responden

Mengukit Bangsa 48

4.4 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Mengikut Pusat

Pengajian 49

4.5 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Mengikut Kelulusan

Akademik Tertinggi 50

4.6 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Mengikut Tempoh

Pengalaman Mengajar 51

4.7 Maklum Balas Dan Skor Likert Terhadap Item 52

4.8 Maklum Balas Peratusan Dan Skor Skala Likert

Terhadap Item 53

4.9 Taburan Responden Mengikut Peratusan,Min

dan Sisihan Piawai Bagi Tahap Kompetensi Dari

Aspek Penguasaan Kaedah Mengajar 54

4.10 Taburan Responden Mengikut Peratusan,Min

dan Sisihan Piawai Bagi Tahap Kompetensi Dari

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

Aspek Pengurusan Kelas 56

4.11 Taburan Responden Mengikut Peratusan,Min

dan Sisihan Piawai Bagi Tahap Kompetensi Dari

Aspek Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran 59

4.12 Taburan Responden Mengikut Peratusan,Min

dan Sisihan Piawai Bagi Tahap Kompetensi Dari

Aspek Keyakinan Guru Semasa Mengajar 62

4.13 Taburan Responden Mengikut Peratusan,Min

dan Sisihan Piawai Bagi Tahap Kompetensi Dari

Aspek Sahsiah Diri Guru 65

4.14 Taburan Responden Mengikut Peratusan,Min

dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi Guru Terhadap Kursus

Dalam Perkhidmatan 67

4.15 Keputusan Keseluruhan Bagi Setiap Aspek Kajian

Dalam Purata Peratusan 70

4.16 Ujian t Bagi Perbezaan Antara Kompetensi Guru

Daripada Aspek Penguasaan Kaedah Mengajar Antara

Guru Sekolah Rendah Dan Menengah 71

4.17 Ujian t Bagi Perbezaan Antara Kompetensi Guru

Daripada Aspek Pengurusan Kelas Antara

Guru Sekolah Rendah Dan Menengah 72

4.18 Ujian t Bagi Perbezaan Antara Kompetensi Guru

Daripada aspek keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran antara guru sekolah rendah

dan menengah 73

4.19 Ujian t Bagi Perbezaan Antara Kompetensi Guru

Daripada Aspek Keyakinan Guru Semasa Mengajar

Antara Guru Sekolah Rendah Dan Menengah 74

4.20 Ujian t Bagi Perbezaan Antara Kompetensi Guru

Daripada Aspek Sahsiah Diri Guru Antara Guru

Sekolah Rendah Dan Menengah 75

4.21 Ujian t Bagi Perbezaan Antara Kompetensi Guru

Daripada Aspek Kursus Dalam Perkhidmatan

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

Berdasarkan Persepsi Guru Antara Guru Sekolah

Rendah Dan Menengah 76

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1 Hukum Kesediaan 26

2 Piramid Hieraki Keperluan Maslow 29

3 Model Kecekapan Iceberg 31

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

SENARAI SINGKAT

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran

RMK-9 Rancangan Malaysia Ke-9

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan

negara."

(Falsafah Pendidikan Kebangsaan,2003)

Berdasarkan kepada falsafah pendidikan kebangsaan yang telah dinyatakan di

atas,adalah jelas menunjukkan pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang

berterusan bagi mengembangkan potensi seseorang individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk melahirkan insan yang harmoni dan seimbang berdasarkan kepercayaan

kepada Tuhan.

Bagi mencapai matlamat pendidikan kebangsaan,pihak-pihak yang berkaitan

khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah mengambil langkah yang efisien

bagi melahirkan guru-guru yang mempunyai bakat serta penguasaan dalam ilmu

pengetahuan dan kemahiran bagi memupuk nilai-nilai keguruan selaras untuk mewujudkan

guru-guru yang mempunyai tahap kompetensi yang tinggi.

”Usaha memartabatkan profesion keguruan adalah bagi memastikan profesion ini dihormati

dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

pembinaan generasi masa depan. KPM menaik taraf maktab perguruan kepada institut

pendidikan guru untuk meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah. KPM juga akan

menambah baik sistem pemilihan calon guru, perjawatan, penempatan dan kebajikan guru.”

(Teras Kelima: Memartabatkan Profesion

Keguruan,Pelan Induk Pembangunagan

Pendidikan,RMK 9)

Dalam teras kelima ini,pihak yang berkaitan perlu mewujudkan penghayatan bagi

setiap lapisan warga pendidik

Salah satu dasar KPM kini adalah untuk memantapkan perancangan dan

pengurusan sumber manusia. Antara perkara yang perlu dititiberatkan adalah peningkatan

serta pemantapan tahap kompetensi guru di sekolah-sekolah di Malaysia. Perkara ini adalah

penting dan wajar diberikan tumpuan yang serius kerana guru merupakan agen perubahan

dan sumber inspirasi kepada para pelajar mereka.

Bagi merealisasikan perkara ini, guru perlu melangkapkan diri mereka dengan

segala ilmu pengetahuan dan kemahiran serta perlu mempunyai nilai tambah bagi

menghadapi cabaran dunia global pada masa sekarang. Tahap kompetensi seseorang guru

itu juga perlu berada sekurang-kurangnya pada tahap yang paling optimum untuk

menjadikan mereka bersedia menghadapi cabaran pada masa kini.

Menurut kajian Valentine (1934, dalam Hamidi Jaafar, 1997) ke atas 348 responden

pelajar Univesiti di England dan Wales, melaporkan bahawa pelajar lelaki bersetuju motif

yang paling kuat mempengaruhi keputusan mereka memilih profesion perguruan adalah

disebabkan keperluan ekonomi.

Guru diibaratkan seperti alat bantuan pandang-dengar yang sentiasa wujud dalam

setiap aktiviti pelajaran yang meninggalkan ingatan emosi kepada para pelajar. Guru yang

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

bermutu sesungguhnya berjaya menjadikan pengajarannya mudah difahami dan dipelajari

pelajar-pelajarnya. Menurut Geringer (2003), guru yang baik dan berkualiti adalah satu-

satunya faktor penting yang mempengaruhi pembelajaran pelajar berbanding dengan

faktor-faktor lain seperti saiz kelas dan kewangan. Beliau juga turut mengatakan bahawa

guru yang lebih bersemangat tinggi dalam subjek yang diajar, berdisiplin tinggi dan melalui

latihan perguruan yang professional akan berjaya menarik minat pelajar dalam

pembelajaran. Justeru itu, guru-guru perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan

dan kemahiran khusus untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam bilik darjah.

Ini kerana tugas mengajar telah menjadi semakin kompleks dan mencabar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Profesion perguruan sering kali dikaitkan dengan pembangunan insan dan ianya

memang tidak dapat disangkal lagi. Hal ini kerana, guru merupakan golongan yang paling

rapat dalam pembangunan modal insan yang berkualiti tinggi. Pembangunan dalam dunia

pendidikan tidak bermula dalam masa sehari dua tetapi ianya merupakan satu permulaan

yang tiada akhirnya. Usaha demi usaha dilakukan bagi memastikan peranan guru dalam

bidang pendidikan senantiasa diterima baik oleh para pelajar khususnya.

Dalam konteks masyarakat sekarang, guru dilihat sebagai model sosial yang baik

dan memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan akedemik dan sahsiah

para pelajarnya. Hal ini amat memerlukan kecekapan seseorang guru itu untuk menjadi

pemudah cara kepada para pelajarnya. Ketidakcekapan seseorang guru selalunya akan

memberikan gambaran negatif terhadap guru tersebut dan sekaligus akan menjejaskan

nama baik profesion perguruan

Situasi pembelajaran bagi guru-guru pelatih di setiap universiti didapati agak padat

seterusnya mereka ditempatkan di sekolah-sekolah terpilih untuk menjalani latihan

mengajar. Keadaan ini akan mendorong institusi melahirkan guru yang kurang

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

berkeyakinan, kurang kemahiran mengajar (pedagogi) dan kurang mahir dalam komunikasi

(Utusan Malaysia, 31 Oktober 2004).

Walaupun tugas sebagai guru amat berat,namum seringkali ia diberikan tanggapan

buruk terhadap profesion perguruan ini dalam usaha pembangunan pendidikan di Malaysia.

Pelbagai usaha telah diamabil dan dijalankan untuk memartabatkan profesion perguruan di

Malaysia. Usaha-usaha yang diambil adalah untuk meningkatkan mutu serta memberikan

nilai tambah terhadap profesion perguruan ini sejajar untuk memperbaiki tahap

keberkesanan dan kompetensi seseorang guru tersebut.

Kini, dalam tahun 2010 juga, Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Muhyidin

Yasin telah mencadangkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian

Menengah Rendah (PMR) dibubarkan supaya pelajaran yang berorientasikan peperiksaan,

di mana sistem tersebut akan melahirkan pelajar-pelajar bercirikan hafalan semata-mata

tidak lagi menjadi fokus utama pendidikan negara. Menurut beliau, para pelajar seharusnya

diberi pendidikan holistic bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mampu berfikir dengan

kefahaman sendiri dan bertindak secara mahir untuk menyelesaikan masalah.

Walaubagaimanapun, perancangan ini akan diputuskan pada tahun 2011 nanti.

Rancangan-rancangan seumpama ini jelas memerlukan guru-guru berkompetensi

tinggi dan berpengetahuan luas untuk menangani isu-isu kemelencongan para pelajar.

Selama 4 tahun guru-guru diberi pendidikan dan pengetahuan semasa bergelar siswazah,

malahan selepas bergelar guru, mereka didedahkan dengan kursus-kursus perguruan untuk

memantapkan lagi sistem pendidikan di Malaysia

Oleh itu,dedikasi guru dalam menjalankan tugas amat penting bagi memperbaiki

kelemahan-kelemahan dan kekurangan yang ada. Guru-guru juga perlu bijak meyesuaikan

diri dengan keperluan para pelajar apatah lagi mereka yang datang dari pelbagai latar

belakang etnik dan budaya.

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

Guru-guru haruslah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan isu-isu

semasa,adat dan budaya serta perlu rajin memanbah ilmu deangan mengikuti kursus-

kursus,seminar dan bengkel bagi menjadikan diri mereka semakin kompeten dalam bidang

tugas masing-masing.

1.3 Penyataan Masalah

Kecekapan guru atau tahap kompetensi golongan ini sering dipertikaikan oleh

pelbagai pihak. Permohonan untuk menyertai profesion perguruan kini telah menjadi satu

trend dalam kalangan pelajar lepasan sekolah.Hal ini telah menyebabkan berlakunya satu

persoalan adakah dikalangan masyarakat samada golongan ini akan mempunyai

kompetensi yang tinggi dalam usaha untuk mendidik anak bangsa?. Ekoran daripada

permasalahan tersebut, kajian ini ditulis untuk menyelidik sejauh manakah tahap

kompetensi dikalangan guru-guru sekolah rendah dan menengah di Daerah Kuala

Terengganu.

Menurut John Macdonald dalam buku A Philosophy of Education, pengertian

pendidikan dalam masyarakat moden merupakan latihan khusus menguasai kemahiran dan

memperolehi ilmu pengetahuan yang penting untuk kehidupan yang disampaikan melalui

pengajaran secara langsung daripada guru yang berilmu tinggi serta mempunyai kemahiran

mengajar. Daripada definisi tersebut, tahap kompetensi guru-guru dalam proses pengajaran

dan pembelajaran boleh dimanipulasikan sebagai kajian dalam mengukur kecekapan dan

kemahiran mereka.

Pengurusan kelas juga sangat penting dalam menjamin keberkesanan pembelajaran

dikalangan para pelajar. Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan

peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik

darjah, mengurus murid- murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual

bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus

bahan- bahan pengajaran dan sebagainya. Kecekapan guru dalam menjalankan tugas

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan

keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran. Pelbagai kekangan dan permasalahan yang akan wujud dalam bilik

darjah. Oleh itu keperluan dan kesedaran tentang pentingnya pengurusan bilik darjah perlu

ada dan ditanam di dalam dada semua insan yang bergelar pendidik.

Kaedah pengajaran guru merupakan faktor penyumbang yang besar terhadap

pencapaian sesuatu mata pelajaran. Kaedah pengajaran guru yang berkesan mampu

membangkitkan pelbagai ransangan dalam diri pelajar dan seterusnya meminati sesuatu

mata pelajaran. Menurut Mok (1991), pengajaran afektif atau pengajaran yang berkesan

boleh dirumuskan sebagai satu sistem aktiviti mengikut objektifnya dalam suasana yang

sihat, menarik, seronok, bersemangat, demokratik, tenang dan berdisplin. Keberkesanan

pengajaran bergantung semata mata kepada kecekapan guru dalam merancang,

melaksanakan sesuatu pelajaran.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari

segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi

pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih

kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan

kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi meransangkan pelajar belajar

secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya

menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna

Proses pembelajaran melalui proses pemerhatian dan pemodelan Bandura (1986)

mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau

pemodelan, iaitu pemerhatian (attention), mengingati (retention), reproduksi

(reproduction), dan penangguhan (reinforcement) motivasi (motivation). Implikasi

daripada kaedah ini keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dapat dicapai melalui

beberapa cara yang iaitu Penyampaian harus cekap dan menarik. Selain itu, kaedah

demonstasi guru hendaklah jelas, menarik, mudah dan tepat untuk pemahaman para pelajar.

Hasilan guru atau contoh-contoh seperti ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang

tinggi

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

Apabila guru menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran

secara tidak lansung akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pangajaran dan

pembelajaran. Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran

bermaksud seseorang itu terlatih dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus

ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan

menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat

membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh manakah perbezaan tahap kompetensi

guru-guru sekolah menengah dan sekolah rendah di daerah Kuala Terengganu. Secara

khususnya objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti:

i. Mengenalpasti tahap kompetensi guru daripada aspek penguasaan

kaedah mengajar .

ii. Mengenalpasti tahap kompetensi guru daripada aspek pengurusan

kelas.

iii. Mengenalpasti tahap kompetensi guru daripada aspek keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran.

iv. Mengenalpasti tahap kompetensi guru daripada aspek keyakinan

semasa mengajar .

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

v. Mengenalpasti tahap kompetensi guru daripada aspek sahsiah diri

guru.

vi. Mengenalpasti keberkesanan kursus dalam perkhidmatan mengikut

persepsi guru.

vii. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaaan yang significan antara

tahap kompetensi guru seperti penguasaan kaedah

mengajar,pengurusan kelas,keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran,keyakinan guru semasa mengajar,sahsiah guru dan

keberkesanan kursus dalam perkhidmatan mengikut sekolah rendah

dan menengah.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini dibahagikan kepada enam aspek iaitu:

a. Apakah tahap kompetensi guru daripada aspek penguasaan kaedah mengajar

?

b. Apakah tahap kompetensi guru daripada aspek pengurusan?

c. Apakah tahap kompetensi guru daripada aspek keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran?

d. Apakah tahap kompetensi guru daripada aspek keyakinan guru semasa

mengajar?

e. Apakah tahap kompetensi guru daripada aspek sahsiah diri guru?

Page 27: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA€¦ · TAHAP KOMPETENSI DALAM KALANGAN GURU: SATU . PERBANDINGAN ANTARA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. SESI PENGAJIAN : 2010/2011. Saya . NOOR MAIZATUL

f. Apakah tahap kompetensi guru daripada aspek Kursus dalam Perkhidmatan

berdasarkan persepsi guru?

g. Adakah terdapat perbezaan ynag significan antara kompetensi guru dari

aspek tahap kompetensi guru seperti penguasaan kaedah mengajar,

pengurusan kelas, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, keyakinan

guru semasa mengajar, sahsiah guru dan keberkesanan kursus dalam

perkhidmatan mengikut sekolah rendah dan menengah?