universiti teknologi malaysia - tinjauan …...pendidikan bertaraf dunia (world class education)...

28
TINJAUAN TERHADAP SALURAN MAKLUMAT AKADEMIK PELAJAR TAHUN AKHIR DI SEBUAH IPT OH GEOK BEE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 05-Jan-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan

TINJAUAN TERHADAP SALURAN MAKLUMAT AKADEMIK PELAJAR

TAHUN AKHIR DI SEBUAH IPT

OH GEOK BEE

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan
Page 3: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan
Page 4: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan

TINJAUAN TERHADAP SALURAN MAKLUMAT AKADEMIK PELAJAR

TAHUN AKHIR DI SEBUAH IPT.

OH GEOK BEE

Laporan tesis ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JUN 2012

Page 5: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan
Page 6: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan

iii

Istimewa buat...

Bapa dan Ibu yang dikasihi

OH KEE ENG

SWA LIAN TEE

Untuk penyelia

En. Abdul Razak Bin Idris

Penilai dan para pensyarah

Buat rakan-rakan yang telah memberi dorongan dan galakan

Nurul Izzanie Bte Adnan

Peh Hoo Guan

Khairill Helme Bin Ramli

Lim Siew Kiong

Nur Aainaa binti Muhammad

Dan Kawan-kawan lain yang telah terlibat dalam projek sarjana muda ini

Page 7: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah

membesarkan saya, memberi kasih sayang dan membekalkan keperluan fizikal dan

mental, memberi sokongan dan dorongan dari semasa ke semasa kepada saya untuk

menyiapkan projek sarjana muda ini.

Selain itu, setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada penyelia projek, Encik

Abdul Razak bin Idris kerana kerana sudi membimbing saya di bawah seliaan beliau

bagi menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Segala jasa baik, tunjuk ajar, dan nasihat

yang diberikan sepanjang pembangunan projek ini amat saya hargai.

Akhir sekali, terima kasih kepada kawan-kawan yang telah menghulurkan

bantuan, memberi cadangan yang bernas dalam usaha menyempurnakan projek ini

dengan berjaya.

Page 8: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji saluran yang digunakan oleh pelajar tahun

empat untuk mendapatkan maklumat akademik, sebab pemilihan saluran tertentu dalam

pencarian maklumat dan masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam proses pencarian

maklumat. Seramai 102 responden telah dipilih sebagai responden dan semua populasi itu

telah diambil dalam kajian ini. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen

dalam kajian ini. Alpha croanbach bagi pemilihan saluran untuk tujuan akademik adalah

0.637, sebab pemilihan saluran tertentu dalam pencarian maklumat mencatat alpha

croanbach 0.947 dan 0.914 telah dicatatkan oleh masalah yang dihadapi oleh pelajar

dalam proses pencarian maklumat dan alpha croanbach keseluruhan ialah 0.949. Saluran

yang telah dikaji adalah Internet, Wikipedia, blog, komunikasi elektronik, perpustakaan,

pensyarah,pakar, kawan, pangkalan data elektronik, bahan bercetak, dan rankaian sosial.

Hasil kajian ini telah menunjukkan Internet ialah pilihan utama untuk mendapatkan

maklumat akademik manakala rangkaian sosial ialah saluran yang kurang popular untuk

mendapatkan maklumat. Sebab-sebab pemilihan Internet ialah maklumat dapat diperolehi

dengan cepat dan masalahnya pula ialah kualiti maklumat yang rendah.

Page 9: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan

vi

ABSTRACT

The research was conducted to investigate the channels used by 4th

year

undergraduate students in acquiring the academic information, reasons for selecting the

particular information channel and the difficulties encountered during information

searching via the particular channel. The population of the research involve 102

respondents and all of the respondents from the population are taken. The instrument

used in this research is questionnaire. The Cronbach alpha for the selections of channels

in acquiring the information is 0.63. The Cronbach alpha for the reasons of selecting the

particular channel is 0.947 while 0.914 was recorded for difficulties encountered during

information searching via the particular channel. The overall Cronbach alpha is 0.949.

The information channels taken into consideration in this study are Internet, Wikipedia,

blog, electronic communication, library, lecturers, experts, friends, databases, printed

materials and social websites. The results depicted the most popular channel is Internet

while the least popular channel in acquiring information is social websites. The reasons

for selecting the Internet as information channel is the information is easier to be

accessed while the least favorite reason is the quality of information acquired.

Page 10: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

PENGESAHAN TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xvii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xix

Page 11: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan

viii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan masalah 3

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.6.1 Pelajar 6

1.6.2 Pensyarah 6

1.6.3 Universiti 6

1.7 Takrifan Istilah 7

1.7.1 Maklumat 8

1.7.2 Keperluan Maklumat 8

1.7.3 Sumber 8

1.7.4 Saluran 9

1.7.5 Pelajar 9

1.8 Penutup 9

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Keperluan Maklumat 10

2.3 Tujuan Keperluan Maklumat 11

2.3.1 Keperluan Maklumat untuk Mengurangkan 11

Ketidakpastian

2.3.2 Keperluan Maklumat untuk Make Sense 11

Page 12: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan

ix

2.4 Tujuan Pelajar Universiti Mencari Maklumat 13

2.4.1 Untuk Menyiapkan Projek/Tugasan 13

2.4.2 Untuk Mendapatkan Cetusan Idea 13

2.4.3 Untuk Menyelesaikan Masalah Akademik 14

2.4.4 Untuk Mendapatkan Ilmu Pengetahuan

Yang Lebih 14

2.5 Literasi Informasi 15

2.5.1 Information Literacy Standards 15

2.6 Sumber Saluran Maklumat 16

2.6.1 Internet 16

2.6.2 Wikipedia 18

2.6.3 Komunikasi Elektronik dan Pesanan Ringkas 19

Komputer(Instant Messaging/YM/MSN)

2.6.4 Blog 20

2.6.5 Pangkalan Data Elektronik 21

2.6.6 Bahan Bercetak 23

2.6.7 Sumber Manusia 24

2.6.7.1 Pensyarah 24

2.6.7.2 Kawan 24

2.6.7.3 Pakar 25

2.7 Masalah dalam Proces Pencarian Maklumat 25

2.8 Penutup 26

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 28

3.2 Reka Bentuk Kajian 29

3.3 Populasi dan Sample Kajian 29

Page 13: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan

x

3.4 Instrumen Kajian 30

3.4.1 Bahagian A 30

3.4.2 Bahagian B 30

3.4.3 Bahagian C 31

3.4.4 Bahagian D 31

3.5 Prosedur Kajian 33

3.5.1 Kesahan Kajian 33

3.5.2 Kepercayaan Kajian 33

3.6 Kajian Rintis 34

3.7 Kaedah Pengumpulan Data 35

3.8 Penutup 35

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 36

4.2 Latar Belakang Responden 37

4.2.1 Jantina 37

4.2.2 Umur 37

4.2.3 Program 38

4.2.4 Pemilikan Komputer Sendiri 39

4.2.5 Pemilikan Broadband Untuk Mengakses 39

Internet

4.3 Mengkaji Pilihan Saluran Untuk Tujuan Akademik 40

4.4 Mengkaji Sebab-Sebab Pelajar Memilih Saluran 41

Tertentu Dalam Mendapatkan Maklumat

4.5 Mengkaji Masalah pelajar Dalam Mendapatkan 54

Maklumat Melalui Saluran Tertentu

4.6 Kesimpulan 66

Page 14: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan

xi

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN, DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 67

5.2 Perbincangan 68

5.3 Rumusan Mengikut Soalan Kajian

5.3.1 Pilihan Saluran Dalam Mendapatkan 68

Maklumat Akademik

5.3.2 Sebab-sebab Pemilihan Saluran Dalam 68

Mendapatkan Maklumat

5.3.3 Masalah-masalah yang Dihadapi oleh 70

Pelajar Dalam Mendapatkan Maklumat

Melalui Saluran Tertentu

5.4 Rumusan 71

5.5 Cadangan 74

5.6 Kesimpulan 76

BIBIOGRAFI 77

LAMPIRAN

Page 15: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA MUKASURAT

3.1 Jadual Populasi dan Sample 29

3.2 Jadual Skala Likert 31

3.3 Dapatan Nilai Alpha Cronbach 34

3.4 Tahap Penilaian Responden

Berdasarkan Min

35

4.1 Bilangan dan Peratus Responden

Mengikut Jantina

37

4.2 Bilangan dan Peratus Responden

Mengikut Umur

37

4.3 Bilangan dan Peratus Responden

Mengikut Program

37

4.4 Bilangan dan Peratus Responden

yang Mempunyai Komputer Sendiri

38

4.5 Bilangan dan Peratus Responden

yang Mengakses Internet

Menggunakan Broadband Sendiri

39

4.6 Taburan Pilihan Saluran Dalam

Tujuan Akademik

40

Page 16: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan

xiii

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL

PERKARA MUKASURAT

4.7 Taburan Min Penggunaan (Webpage) dalam

Mendapatkan Maklumat

41

4.8 Taburan Min Penggunaan Wikipedia Dalam

Mendapatkan Maklumat

42

4.11 Taburan Min Penggunaan Blog Dalam

Mendapatkan Maklumat

43

4.12 Taburan Min Penggunaan Komunikasi

Elektronik Dalam Mendapatkan Maklumat

44

4.14 Taburan Min Penggunaan Rangkaian Sosial

dalam Mendapatkan Maklumat

45

4.15 Taburan Min Penggunaan Pangkalan Data

Elektronik dalam Mendapatkan Maklumat

46

4.16 Taburan Min Melalui Pensyarah

(Perbincangan dan Diskusi secara

Bersemuka) Dalam Mendapatkan

Maklumat

47

4.17 Taburan Min Melalui Kawan (Perbincangan

dan Diskusi secara Bersemuka Dalam

Mendapatkan Maklumat)

48

Page 17: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA MUKASURAT

4.18 Taburan Min Melalui Pakar Bidang

Dalam Mendapatkan Maklumat

49

4.19 Taburan Min Melalui Bahan

Bercetak dalam Mendapatkan

Maklumat

50

4.12 Taburan Min Melalui Penggunaan

Perpustakaan untuk Mendapatkan

Maklumat

51

4.13 Summari Taburan Min Sebab

Pemilihan Saluran Tertentu Dalam

Mendapatkan Maklumat

52

4.14 Taburan Min Masalah yang Dihadapi

oleh Pelajar Dalam Mendapatkan

Maklumat Melalui Internet

54

4.15 Taburan Min Masalah yang Dihadapi

oleh Pelajar Dalam Mendapatkan

Maklumat Melalui Wikipedia

55

4.16 Taburan Min Masalah yang Dihadapi

oleh Pelajar Dalam Mendapatkan

Maklumat Melalui Blog

56

4.17 Taburan Min Masalah yang Dihadapi

Dalam Mendapatkan Maklumat

Melalui Komunikasi Elektronik

57

Page 18: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan

xv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA MUKASURAT

4.18 Taburan Min Masalah yang Dihadapi

oleh Pelajar Dalam Mendapatkan

Maklumat Melalui Rangkaian Sosial

58

4.19 Taburan Min Masalah yang Dihadapi

oleh Pelajar Dalam Mendapatkan

Maklumat Melalui Pangkalan Data

Elektronik

59

4.20 Taburan Min Masalah yang Dihadapi

oleh Pelajar Dalam Mendapatkan

Maklumat Melalui Perbincangan,

Diskusi dengan Pensyarah secara

Bersemuka

60

4.21 Taburan Min Masalah yang Dihadapi

oleh Pelajar Dalam Mendapatkan

Maklumat Melalui Bantuan Kawan

(Perbincangan, Pertanyaan secara

Bersemuka)

61

4.22 Taburan Min Masalah yang Dihadapi

oleh Pelajar Dalam Mendapatkan

Maklumat Melalui Bantuan Pakar

62

Page 19: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan

xvi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA MUKASURAT

4.23 Taburan Min Masalah yang Dihadapi

oleh Pelajar Dalam Mendapatkan

Maklumat Melalui Bahan Bercetak

63

4.24 Taburan min Masalah yang Dihadapi

oleh Pelajar Dalam Mendapatkan

Maklumat Melalui Perpustakaan.

64

4.25 Summari Masalah-masalah

Mendapatkan Maklumat Dalam

SaluranTertentu

65

Page 20: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan

xvii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH PERKARA MUKASURAT

2.1 Google Blog 32

Page 21: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan

xviii

SENARAI SINGKATAN

ACRL - Association of College and Research Libraries

ASK - Anamalous State of Knowledge

OCLC - Association of College and Research Libraries

FB - Facebook

IM - Instant Messaging

YM - Yahoo Messenger

US - United States

SPSS - Statistical Package of Social Science

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPK - Sarjana Muda Sains dengan Kompute serta Pendidikan Kimia

SPP - Sarjana Muda Sains dengan Komputer serta Pendidikan Fizik

SPT - Sarjana Muda Sains dengan Komputer serta Pendidikan

Matematik

SPL - Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan Inggerris

SPS - Sarjana Muda Sains Sukan

SPI - Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan Islam

Page 22: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan

xix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidk

B Surat Pengesahan Borang Soal Selidik

C Analisis Alpha Cronbach SPSS 16

Page 23: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Negara yang maju adalah terdiri daripada rakyat yang berilmu pengetahuan.

Dalam usaha untuk melahirkan rakyat yang berpengetahuan, hasrat ini boleh dicapai

dengan melalui pendidikan untuk memperkembang potensi individu secara

menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (Kementerian

Pelajaran Malaysia, 2001). Pendidikan juga merupakan proses pemerolehan dan

pemindahan pengetahuan, nilai-nilai murni dan kemahiran. Proses ini akan

berlangsung secara berterusan dalam diri seorang sejak kecil hingga ke akhir hayat.

Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan

untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan Malaysia

sebagai pusat kecemerlangan akademik di rantau Asia dan antarabangsa.

Sumbangan daripada pengenalan pendidikan bertaraf dunia termasuk penubuhan

IPTA dan IPTS. Visi dan misi sesebuah universiti adalah untuk menghasilkan

kajian yang berkualiti dari segi tahap akademik, melahirkan graduan–graduan yang

berpotensi, berketrampilan yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara

melalui aplikasi ilmu pengetahuan, mencapai kecemerlangan dalam proses

Page 24: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan

2

pembelajaran dan pengajaran, melatih dan melahirkan sumber tenaga yang

diperlukan di masyarakat seperti perguruan, doktor, kejuruteraan, meneroka potensi

yang ada pada graduan dan mengukuhkan kerjaya mereka pada hari kemudian.

Maklumat ialah kriteria yang penting dalam perkembangan sesebuah negara.

Maklumat ialah teras kepada perkembangan ilmu, tiang kepada inovasi dan sumber

kepada rakyat yang berilmu. Maka, maklumat ialah kunci kepada kemajuan sosial.

Keperluan maklumat dalam setiap individu adalah berlainan, tetapi keperluan dan

permintaan terhadap maklumat adalah paling tinggi dalam kalangan siswazah

(Abdullah, 2000). Dalam dunia yang mengalami ledakan maklumat ini, keperluan

pelajar universiti dalam pencarian maklumat termasuk menyiapkan tugasan/ projek,

menyelesaikan masalah akademik, mencari cetusan idea, mendapatkan ilmu

pengetahuan yang berlebihan dan lain-lain.

1.2 Latar Belakang Masalah

Proses pembelajaran di universiti adalah berbeza dengan proses

pembelajaran di sekolah menengah. Proses pembelajaran di universiti termasuk

pembelajaran bersemuka antara pensyarah dengan pelajar (lectures), pembelajaran

berpusatkan pelajar sebagai contoh: aktiviti penyelesaian masalah (tutorial),

pembelajaran berpusatkan kendiri seperti revisi (penyediaan sebelum kuliah,

tugasan, dan tutorial). Maka, jelas sekali, aktiviti pembelajaran di universiti lebih

tertumpu kepada pembelajaran berdikari (independent study) yang menggalakkan

pelajar mencari maklumat dan menerokai maklumat.

Pelajar haruslah mencari maklumat untuk memenuhi keperluan maklumat

mereka sama ada dalam menyelesaikan sesuatu masalah akademik, menyiapkan

tugasan/ projek mereka, mencari idea dan maklumat yang berlebihan, dan

Page 25: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan

3

mendapatkan ilmu pengetahuan yang lebih. Masa pembelajaran di universiti adalah

terhad bagi pelajar untuk mempelajari ilmu dengan mendalam. Ini kerana, 2 jam

kredit subjek hanya mempunyai 2 jam kelas perjumpaan dalam seminggu dalam 14

minggu pembelajaran. Masa yang kurang ini adalah tidak cukup untuk pelajar

menguasai ilmu dalam subjek dengan menyeluruh. Maka, pelajar digalakkan

mencari ilmu tambahan sendiri dengan mecari informasi tambahan. Boyer (1994)

mengatakan bahawa informasi ialah gol yang penting dalam pendidikan dan

pendidikan sepatutnya memberi kuasa kepada setiap insan.

Jelas sekali, pencarian maklumat adalah sangat mustahak kepada pelajar

dalam menerokai ilmu pengetahuan selain daripada menyelesaikan masalah yang

timbul dalam kerja dan projek mereka. Justeru, cara mereka mendapatkan maklumat

ditinjau untuk mengetahui cara tren mereka dalam mendapatkan jalan penyelesaian

dalam bidang akademik.

1.3 Pernyataan Masalah

Aktiviti-aktiviti akademik di universiti seperti tugasan memberi peluang

kepada pelajar untuk mempelajari subjek dengan lebih mendalam kerana mereka

dapat mengaplikasikan apa yang mereka pelajari dalam tugasan dan memberi

peluang kepada pelajar menerokai ilmu pengetahuan tambahan semasa mereka

menyempurnakan tugasan itu. Aktiviti-aktiviti akademik universiti menggalakkan

pembelajaran secara informal berlaku dalam pelajar. Apabila pelajar diberi sesuatu

aktiviti seperti tugasan, mereka perlu memahami tajuk, mendapatkan maklumat

mengumpulkan maklumat dan menyusun semula maklumat.

Dalam usaha untuk mencari ilmu tambahan dalam subjek ataupun

mendapatkan maklumat untuk menyiapkan tugasan, terdapat banyak saluran pelajar

Page 26: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan

4

boleh mendapatkan maklumat yang berkenaan. Sebagai contoh, mereka boleh

mendapatkan maklumat melalui perbincangan dengan pensyarah, ahli pakar,

melayari laman web Wikipedia, mencari katalog perpustakaan, membaca buku,

jurnal, melayari Internet, berjumpa dengan pakar dan lain-lain.

Cara untuk mendapatkan maklumat adalah banyak dan setiap orang akan

memilih cara yang paling efisien bagi mereka mendapatkan maklumat. Sesetengah

pelajar cenderung mendapatkan maklumat melalui direktori enjin pencarian kerana

mereka mendapati cara ini lebih senang untuk mendapatkan informasi yang banyak

dalam masa singkat dan paling efektif.

Manakala, ada pula yang cenderung mencari buku, jurnal disebabkan

kesahihan faktanya dan cara ini disenangi di kalangan saintis sosial dan

cendekiawan. Saintis sosial dan cendekiawan lebih cenderung membaca buku dan

jurnal dalam aspek pencarian maklumat untuk penyelidikan (Meho & Tibbo, 2003).

Cara yang banyak dalam mencari sumber maklumat ini mempengaruhi gaya

pembelajaran dan pemikiran pelajar. Ledakan sumber maklumat telah menyebabkan

kebanyakan daripada mereka lebih meminati mencari maklumat melalui World Wide

Web.

Pelajar mencari maklumat dan informasi untuk menyiapkan tugasan,

menyelesaikan masalah, mendapatkan idea, mendapatkan maklumat yang lebih.

Pelajar dapat belajar semasa menyiapkan tugasan kerana dalam proses pencarian

informasi, mahasiswa dan mahasiswi perlu menganalisis tajuk, mencari kandungan,

mengumpul data, dan menyusun semula dengan idea sendiri.

Setiap pelajar mempunyai cara tersendiri untuk mencari maklumat.

Kepelbagaian dalam cara mencari maklumat ini mempengaruhi kualiti hasil projek

Page 27: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan

5

mereka dan tahap pemikiran mereka. Ketidakmampuan dalam pencarian maklumat

yang pelbagai akan menyebabkan mereka cenderung untuk bergantung kepada

sejenis saluran sahaja dan ini secara langsung menyebabkan kegagalan mendapatkan

informasi yang lebih menyeluruh dan menjejaskan mereka berfikiran kritis dalam

membandingkan idea antara saluran maklumat.

1.4 Objektif Kajian

Objektif penyelidikan ini adalah untuk mendapatkan selok–belok tentang

aktiviti pencarian maklumat pelajar mempunyai ciri-ciri berikut:

i. Untuk mengkaji saluran yang dipilih oleh pelajar untuk mendapatkan

maklumat dalam tujuan akademik.

ii. Untuk mengkaji masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam proses

mendapatkan maklumat.

iii. Untuk mengkaji sebab-sebab pelajar memilih saluran tertentu dalam

mendapatkan maklumat

1.5 Persoalan Kajian

Dalam melakukan kajian ini beberapa persoalan telah dikemukakan

antaranya:

Page 28: Universiti Teknologi Malaysia - TINJAUAN …...Pendidikan bertaraf dunia (World Class Education) telah diperkenalkan untuk mempertingkat kualiti pendidikan di Malaysia dan menjadikan

6

i. Apakah saluran yang dipilih oleh pelajar untuk mendapatkan maklumat

bagi tujuan akademik?

ii. Apakah masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa mencari maklumat?

iii. Apakah sebab yang menyebabkan pelajar memilih saluran tertentu untuk

mendapatkan maklumat?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian penyelidikan ini diharap akan memberi kepentingan kepada golongan

berikut:

1.6.1 Pelajar

Kajian ini penting kepada pelajar kerana pelajar boleh membandingkan cara

mereka mendapatkan maklumat dengan cara pelajar lain mendapatkan maklumat.

Dengan itu, mereka akan menyedari terdapat cara banyak mendapatkan maklumat

yang lebih efisyen dan cara lain boleh dijadikan saluran untuk mereka mendapatkan

informasi pada hari kemudian. Dengan pilihan saluran pencarian maklumat yang

banyak, adalah dipercayai kualiti projek dan fikiran mereka akan semakin tajam

selepas mengakses dan membaca maklumat yang dicapai daripada pelbagai saluran

maklumat.