universiti teknologi malaysia pejabat...

70
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI UTM.J.03/10.12/3 Jld. 3 (14) 29hb. Januari 2014 PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 1 TAHUN 2014 Dekan Dekan Fakulti Ketua Ketua Pusat Tanggungjawab (Pejabat/Bahagian/Unit) Semua Pengarah Pusat Kecemerlangan Semua Pengarah Research Alliance Universiti Teknologi Malaysia Assalamualaikum Wrt. Wbt. Y. Bhg. Prof. / Saudara, TATACARA PENGURUSAN STOR UNIVERSITI 1.0 TUJUAN Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua staf mengenai Tatacara Pengurusan Stor di Universiti Teknologi Malaysia. 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Pengurusan Stor merupakan salah satu aspek pengurusan kewangan yang sangat penting kerana barang-barang dalam stor merupakan harta Universiti yang tersimpan dalam bentuk barang-barang bagi tujuan memberi perkhidmatan kepada pelanggan pada kos yang minimum. 2.2 Peraturan mengenai Pengurusan Stor pada masa ini terkandung dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009 Tatacara Pengurusan Stor meliputi aspek penerimaan, merekod stok, penyimpanan, pengeluaran, pemeriksaan, keselamatan dan kebersihan. 2.3 Sehubungan itu, pengenalan Tatacara Pengurusan Stor Universiti ini adalah amat bertepatan. Berdasarkan pekeliling tersebut, pihak Universiti telah mengkaji semula peraturan semasa dan memperkemaskan Tatacara Pengurusan Stor Universiti dan mengambilkira kesemua aspek yang dicadangkan melalui penetapan Tatacara Pengurusan Stor Universiti. Tatacara ini dapat membantu Pusat Tanggungjawab (PTJ) mengendalikan stor masing-masing secara lebih berkesan dan teratur serta dapat mengelakkan pembaziran modal yang terikat dalam bentuk stok, keusangan, kesusutan dan kecurian barang-barang yang disimpan.

Upload: others

Post on 05-Sep-2019

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PEJABAT BENDAHARI

UTM.J.03/10.12/3 Jld. 3 (14) 29hb. Januari 2014

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 1 TAHUN 2014

Dekan – Dekan Fakulti Ketua – Ketua Pusat Tanggungjawab (Pejabat/Bahagian/Unit) Semua Pengarah Pusat Kecemerlangan Semua Pengarah Research Alliance Universiti Teknologi Malaysia Assalamualaikum Wrt. Wbt. Y. Bhg. Prof. / Saudara, TATACARA PENGURUSAN STOR UNIVERSITI

1.0 TUJUAN

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua staf mengenai Tatacara Pengurusan Stor di Universiti Teknologi Malaysia.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Pengurusan Stor merupakan salah satu aspek pengurusan kewangan yang sangat penting kerana barang-barang dalam stor merupakan harta Universiti yang tersimpan dalam bentuk barang-barang bagi tujuan memberi perkhidmatan kepada pelanggan pada kos yang minimum.

2.2 Peraturan mengenai Pengurusan Stor pada masa ini terkandung dalam

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009 Tatacara Pengurusan Stor meliputi aspek penerimaan, merekod stok, penyimpanan, pengeluaran, pemeriksaan, keselamatan dan kebersihan.

2.3 Sehubungan itu, pengenalan Tatacara Pengurusan Stor Universiti ini adalah

amat bertepatan. Berdasarkan pekeliling tersebut, pihak Universiti telah mengkaji semula peraturan semasa dan memperkemaskan Tatacara Pengurusan Stor Universiti dan mengambilkira kesemua aspek yang dicadangkan melalui penetapan Tatacara Pengurusan Stor Universiti. Tatacara ini dapat membantu Pusat Tanggungjawab (PTJ) mengendalikan stor masing-masing secara lebih berkesan dan teratur serta dapat mengelakkan pembaziran modal yang terikat dalam bentuk stok, keusangan, kesusutan dan kecurian barang-barang yang disimpan.