universiti teknologi malaysia - fp.utm.my€¦ · setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus...

25
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PENGETAHUAN BAKAL GURU SAINS TENTANG PERATURAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SESSI PENGAJIAN : 2008/2009 SAYA : NORMI ZULFA BT MOHD ISHA (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universisti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universisti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD TIDAK TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO.1 MESS PEGAWAI , MEOR IBRAHIM B KAMARUDDIN JABATAN PERTANIAN SEBERANG Nama Penyelia PERAK, 36000 TELUK INTAN, PERAK Tarikh : 29 APRIL 2009 Tarikh : 29 APRIL 2009 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: others

Post on 14-Oct-2019

11 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PENGETAHUAN BAKAL GURU SAINS TENTANG

PERATURAN DAN KESELAMATAN MAKMAL

SESSI PENGAJIAN : 2008/2009

SAYA : NORMI ZULFA BT MOHD ISHA (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universisti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universisti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT

TERHAD TIDAK TERHAD

(mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO.1 MESS PEGAWAI, MEOR IBRAHIM B KAMARUDDIN JABATAN PERTANIAN SEBERANG Nama Penyelia PERAK, 36000 TELUK INTAN, PERAK Tarikh : 29 APRIL 2009 Tarikh : 29 APRIL 2009

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ”

Tandatangan : __________________________________

Nama Penyelia : EN MEOR IBRAHIM B KAMARUDDIN

Tarikh : 29 APRIL 2009

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan

PENGETAHUAN BAKAL GURU SAINS TENTANG PERATURAN DAN

KESELAMATAN MAKMAL

NORMI ZULFA BT MOHD ISHA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2009

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan

ii

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”

Tandatangan : ____________________________

Nama Penulis : NORMI ZULFA BT MOHD ISHA

Tarikh : 29 APRIL 2009

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan

iii

DEDIKASI

Tuhanku

Setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan pada-Mu

Ku syukuri atas setiap anugerah-Mu yang tidak ternilai

Hanya kepada-Mu aku berserah dan memohon pertolongan

Teristimewa buat abah dan ibu yang disayangi

Mohd Isha Bin Mohd Ariffin dan Normah Bt Maatan

Kasih sayangmu adalah segala-galanya bagiku

Doa dan restumu mengiringi setiap detik perjalanan hidupku

Tiap langkah kuingati pengorbananmu

Kakak dan adik-adik yang dikasihi

Normi Zulaika, Normi Zarifah dan Normi Zafirah

Semoga beroleh keberkatan hidup di dunia dan akhirat

Para pensyarah yang dihormati

Terima kasih atas ilmu yang diberikan

Semoga Allah membalas segala jasa dan bakti yang dicurahkan

Sahabat-sahabat yang diingati

Pahit manis yang kita harungi bersama akan kusemat di hati selamanya

Semoga kejayaan milik kita bersama

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat

junjungan Rasulullah SAW. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana

dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini

dapat disiapkan hingga ke noktah terakhir.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan khas buat penyelia

Projek Sarjana Muda (PSM) yang dihormati, En. Meor Ibrahim Bin Kamaruddin atas

segala bimbingan, tunjuk ajar, semangat dan sumbangan idea yang cukup bernas

sepanjang menyiapkan laporan PSM ini.

Jutaan terima kasih juga ditujukan buat para pensyarah di Fakulti Pendidikan,

UTM, Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM dan rakan-rakan seperjuangan yang telah

banyak membantu dan memberikan sokongan sepanjang tempoh menyempurnakan kajian

ini.

Akhir kata, kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau

tidak langsung, terima kasih diucapkan. Semoga segala kerjasama dan usaha yang

diberikan, diberkati oleh Allah SWT. Mudah-mudahan hasil kajian ini memberi

manfaat kepada semua pembaca.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan

v

ABSTRAK

Sebahagian besar daripada pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah berlangsung

di dalam makmal sains. Pengetahuan guru tentang peraturan dan langkah keselamatan

di dalam makmal sains adalah penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran

dan pembelajaran serta mengelak berlakunya sebarang kecelakaan. Oleh itu, kajian ini

bertujuan untuk menentukan tahap pengetahuan bakal guru Sains Universiti Teknologi

Malaysia tentang peraturan dan keselamatan makmal. Tiga aspek utama yang dikaji

ialah peraturan am, teknik penggunaan peralatan dan cara pengendalian bahan kimia

di dalam makmal sains. Kajian yang dijalankan berbentuk diskriptif iaitu

menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Sebanyak 44 orang pelajar tahun

3 dan 4 Kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Sains diambil sebagai sampel

kajian. Data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian Statistical

Packages For Social Science Version 16.0 (SPSS V16.0 for Windows) berdasarkan

kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan bakal

guru sains secara keseluruhan tentang peraturan dan keselamatan makmal adalah

tinggi (min 3.87). Beberapa cadangan kajian juga dikemukakan pada akhir kajian ini.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan

vi

ABSTRACT

Laboratory activities are central to the teaching of science. Adherence to laboratory

safety rules is very important to ensure smooth teaching and learning process, besides

avoiding any untoward accidents. The objective of this research is to determine the

level of knowledge of student teachers from UTM in the safety of laboratory. Three

main aspects of the safety were investigated: The general rules, The techniques on

using apparatus and The techniques of handling chemicals. A set of questionnaire was

used to collect data. 44 Year Three and Four Bachelor of Science and Science

Education students were involved as the sample of this research. The data obtain was

processed by using Statistical Packages for Social Science Version 16.0 software

(SPSS V16.0 for windows), and presented as frequencies, percentages and means. The

result of this research showed that the teachers’ knowledge about the rules and safety

of the laboratory was high (mean 3.87). Some suggestions were given at the end of

this research.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS

AKUAN PENYELIA

MUKA DEPAN i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xii

1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Skop Kajian 9

1.9 Daftar Istilah 10

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Kepentingan Amali dalam Matapelajaran

Sains

12

2.3 Kepentingan Mengutamakan Keselamatan Makmal 14

2.4 Peraturan makmal Sains 15

2.5 Kaedah Penyimpanan Bahan Kimia dan

Radas

17

2.6 Bahan-bahan Kimia Berbahaya di dalam

Makmal

18

2.7 Teknik Pertolongan Cemas 19

2.8 Kajian Tahap Pengetahuan Tentang Peraturan dan

Keselamatan Makmal

19

2.9 Penutup

20

3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 22

3.1 Rekabentuk Kajian 22

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan

3.2 Populasi dan Sampel Kajian 23

3.3 Instrumen Kajian 23

3.4 Prosedur Kajian 25

3.5 Kajian Rintis 26

3.6 Analisis Data 27

3.7 Penutup 28

4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 29

4.2 Analisis Bahagian A (Latar Belakang

Responden)

4.2.1 Responden Mengikut Jantina

4.2.2 Responden Mengikut Aliran SPM

4.2.3 Responden Mengikut Umur

29

30

30

31

4.3 Analisis Bahagian B dan Perbincangan

4.3.1 Analisis Tahap Pengetahuan Secara

Keseluruhan

4.3.2 Analisis Aspek Peraturan Am Di

Dalam Makmal

4.3.3 Analisis Aspek Teknik Pengendalian

Peralatan Di Dalam Makmal Sains

4.3.4 Analisis Tahap Pengendalian Bahan

Kimia Di Dalam Makmal Sains

31

32

33

35

38

4.4 Penutup 40

5 KESIMPULAN, IMPLIKASI KAJIAN DAN CADANGAN

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan

KAJIAN LANJUTAN

5.1 Pengenalan 41

5.2 Kesimpulan 41

5.3 Implikasi Kajian 43

5.4 Cadangan Tindakan 45

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 46

5.6 Penutup 48

RUJUKAN

49

LAMPIRAN 54

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Bilangan Responden Mengikut Kursus

23

3.2 Kategori Item Berdasarkan Bentuk Penyataan

25

3.3 Skala Likert 5 Mata

25

3.4 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min

28

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina

30

4.2 Taburan Responden Mengikut Aliran Semasa SPM

30

4.3 Taburan Responden Mengikut Umur

31

4.4 Taburan Min Tiga Aspek Yang Dikaji

32

4.5 Taburan Min Bagi Aspek Peraturan Am Di Dalam Makmal

33

4.6 Taburan Min Bagi Aspek Teknik Pengendalian Peralatan Di Dalam Makmal

36

4.7 Taburan Min Bagi Aspek Cara Mengendalikan Bahan Kimia Di Dalam Makmal Sains

38

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Analisis Kebolehpercayaan

C Pengesahan Status Tesis

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Salah satu cabaran yang perlu ditangani bagi merealisasikan Wawasan 2020

menyentuh secara khusus kepentingan sains dan teknologi iaitu mewujudkan

masyarakat saintifik dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh serta menjadi

penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi di masa hadapan. Bagi mencapai

cabaran ini, negara perlu menyediakan rakyat yang kreatif dan berketrampilan dalam

sains dan teknologi

Penekanan terhadap mata pelajaran sains dan teknologi diterap secara khusus

dalam pendidikan di sekolah pada masa kini. Ini menjadi cabaran kepada para guru

bagi mewujudkan masyarakat saintifik yang dapat menyumbang kepada tamadun sains

dan teknologi. Sebagai pelaksana kurikulum pendidikan sains, para pendidik perlu

memikul tanggungjawab bersama bagi melatih bakal-bakal saintis atau mensainskan

masyarakat supaya ianya seiring dengan wawasan negara.

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan

2

Mereka yang terlibat dalam sektor sains sudah tentu tidak dapat berpisah

daripada melakukan kerja-kerja amali di dalam makmal. Ini kerana makmal adalah

tempat di mana segala teori dipraktikkan serta menguji dan mencipta segala produk

baru berasaskan sains.

Sebahagian besar daripada pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah

berlangsung di dalam makmal sains. Ini bermakna para pelajar, sama ada yang

mengikuti aliran sastera mahupun aliran sains menggunakan makmal sains sekurang-

kurangnya 80 minit setiap minggu.

Pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan dan penyelenggaraan makmal

sains merupakan dua aspek penting yang perlu dipelajari oleh setiap guru sains bagi

memastikan setiap makmal sains dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Di samping itu

pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengurusan dan penyelenggaraan makmal sains

adalah penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran sains

serta mengelakkan berlakunya sebarang kecelakaan.

Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan

baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan semasa bekerja di

dalam makmal. Seperti yang kita sedia maklum, di dalam makmal sains terdapat

banyak bahan kimia yang berbahaya dan peralatan makmal yang boleh menyebabkan

kecederaan sekiranya tidak digunakan dengan betul.

Selain itu, faktor lain yang menyebabkan setiap makmal sains di sekolah perlu

diurus dan diselenggara dengan baik adalah bagi mengelakkan pembaziran dan

memudahkan pencarian bahan kimia dan peralatan yang diperlukan untuk pengajaran.

Ini adalah penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam setiap yang dilakukan, perkara yang perlu diutamakan adalah

keselamatan dan sentiasa mengelak daripada berlakunya kemalangan. Tidak ada

perkara yang lebih penting daripada keselamatan dan mengelakkan berlakunya

kemalangan di rumah, sekolah, kolej, universiti, kilang, lebuhraya, dan tempat

rekreasi (Hein et al., 1986). Oleh itu keselamatan di makmal juga perlu dititikberatkan

kerana risiko berlakunya kemalangan di makmal juga adalah tinggi.

Kemalangan akan mengakibatkan kehilangan harta dan nyawa atau setidak-

tidaknya akan menyebabkan kesakitan. Dengan itu, keselamatan di dalam makmal

perlu diberi perhatian apabila menjalankan kerja-kerja di dalam makmal.

Tun Dr Mahathir Mohammad, Perdana Menteri ke 4 pernah menyuarakan

tentang keselamatan dan kesihatan semasa bekerja. Menurut beliau keselamatan dan

kesihatan adalah elemen penting dalam membentuk masyarakat yang penyayang dan

prihatin. Oleh yang demikian, dalam usaha untuk membentuk negara maju masyarakat

perlulah dididik supaya peka dengan keperluan keselamatan dan kesihatan.

Jadi keselamatan di dalam makmal yang keadaan kerjanya boleh

mendatangkan pelbagai bahaya juga tidak dapat dikecualikan. Perhatian yang

sepenuhnya perlu diberikan terhadap keselamatan di dalam makmal bagi menjamin

keselamatan nyawa dan harta benda.

Satu buku panduan pengurusan dan keselamatan makmal sekolah telah

dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977. Buku ini

bertujuan membantu guru matapelajaran sains dan pihak pentadbir untuk memastikan

bahawa pelajar di bawah jagaanya dapat mengikuti proses pembelajaran di dalam

makmal sains dengan selamat.

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan

4

Jadi, amalan dan kesedaran tentang keselamatan makmal perlu dipupuk di

dalam diri setiap pengguna makmal. Keselamatan di dalam makmal hanya akan

terjamin sekiranya semua pengguna makmal sedar dan menjalankan tanggungjawab

mereka dengan sempurna. Dengan itu setiap pengguna makmal khasnya guru-guru

perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan tentang kepentingan

keselamatan dan mengamalkan budaya kerja yang teratur, berdisiplin dan selamat.

Selain itu, budaya kerja secara bekerjasama perlu diwujudkan bagi menjamin

keselamatan diri, orang lain dan harta benda di dalam makmal.

Menurut ahli-ahli sains, kerja-kerja amali yang dilakukan di makmal adalah

bertujuan untuk menguji kebenaran teori yang dipelajari di dalam kelas di samping

memberi peluang kepada para pelajar untuk memperkembangkan kemahiran

manipulatif mereka.

Selain itu kerja-kerja amali juga bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar

menyelesaikan masalah dalam pelajaran melalui penyiasatan. Di mana, aktiviti

penyiasatan ini akan memperkembangkan kemahiran berfikir dan kemahiran sainstifik

dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

Semasa menjalankan aktiviti penyiasatan di dalam makmal sains, beberapa

perkara perlu diberi perhatian. Guru dan pelajar tidak boleh semata-mata masuk ke

dalam makmal dengan hanya mengetahui konsep-konsep asas sains sahaja. Mereka

perlu memastikan tempat melakukan aktiviti penyiasatan tersebut berada dalam

keadaan selamat bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Terdapat banyak kejadian kemalangan di makmal telah dilaporkan sejak tahun

1988 lagi. Antaranya kemalangan yang telah dilaporkan adalah kejadian letupan

saluran gas di makmal Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat (Utusan

Malaysia, 2004), pemanasan merkuri oksida yang menyebabkan merkuri masuk ke

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan

5

dalam badan seorang pelajar di Connecticut High School, dua orang pelajar

mengalami kecederaan yang serius kerana memasukkan potassium dikromat ke dalam

sebuah bekas yang mengandungi soda, dan kematian seorang ahli teknikal akibat

terdedah kepada asid hidroflurik pada tahun 1995 (Watson, 2000).

Di dalam KBSM, mata pelajaran sains wajib di ambil oleh semua pelajar sama

ada pelajar aliran sains atau pun tidak. Pelajar-pelajar ini akan terlibat dengan banyak

aktiviti-aktiviti di dalam makmal sains. Ini kerana kebanyakan proses pengajaran dan

pembelajaran sains melibatkan banyak akiviti amali dan demonstrasi oleh guru dan

pelajar. Ini bermaksud para pelajar dan guru akan terdedah secara langsung kepada

risiko kemalangan semasa berada di makmal sains sekolah. Antara risiko yang

mungkin dihadapi oleh guru dan para pelajar melibatkan penggunaan bahan kimia

beracun, bahan mudah terbakar, bahan kimia mengakis, penggunaan radas kaca dan

sebagainya.

Kemalangan di dalam makmal akan berlaku sekiranya guru dan para pelajar

tidak mengambil berat terhadap keselamatan di dalam makmal, kurang pengetahuan

tentang kemahiran mengendalikan radas, mengubah kaedah eksperimen sesuka hati

dan sebagainya.

Menurut Poh Swee Hiang (1999a), langkah yang baik untuk mengurangkan

kadar kemalangan industri adalah dengan memberi pendedahan awal kepada penuntut-

penuntut di bangku sekolah mengenai isu-isu keselamatan dan kesihatan semasa

bekerja. Ini bermakna pendidikan di sekolah merupakan langkah awal yang sangat

penting dalam usaha untuk mengurangkan kemalangan di makmal sains dan di tempat

kerja kelak.

Peraturan dan langkah-langkah keselamatan di makmal ini haruslah diingatkan

oleh guru kepada para pelajar dari masa ke semasa. Guru-guru juga harus memastikan

para pelajar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan di makmal sains bagi mengelakkan

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan

6

berlakunya kejadian kemalangan yang tidak diingini.

Selain itu, guru dan para pelajar perlu tahu serba sedikit tentang prosedur

sekiranya berlaku kecemasan dan cara memberi pertolongan cemas. Guru dan para

pelajar juga seharusnya tahu bahawa semasa berlaku kecemasan mereka tidak

seharusnya gugup dan sentiasa bertenang bagi mengelakkan kejadian yang lebih rumit

berlaku.

Dengan berbekalkan pengetahuan tentang peraturan akeselamatan di dalam

makmal dan langkah-langkah keselamatan yang harus dipatuhi, guru akan dapat

mengelakkan dirinya dan para pelajar daripada mengalami kemalangan semasa berada

di makmal sains.

Kemalangan yang berlaku di makmal sains biasanya disebabkan kecuaian dan

kejadian yang di luar jangkaan. Oleh itu, aspek pengurusan dan keselamatan makmal

hendaklah diberi perhatian oleh pihak pentadbir makmal sains dan pihak sekolah

sendiri. Ini kerana, jika kita melihat semula kejadian kemalangan yang pernah berlaku

di makmal sains kebanyakkanya adalah disebabkan pengurusan dan keselamatan

makmal yang tidak terurus dan ketidaksedaran tentang tanggungjawab oleh pengguna

makmal sendiri. Justeru satu kajian harus dijalankan bagi memastikan semua bakal

guru sains tahu tentang peraturan dan keselamatan makmal sains.

1.3 Penyataan Masalah

Aktiviti penyiasatan yang dilakukan di makmal sains mendedahkan para

pelajar dan guru kepada risiko yang tinggi untuk menghadapi kemalangan. Guru sains

yang tidak berpengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal akan menjadi

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan

7

salah satu penyebab berlakunya kemalangan di dalam makmal sains. Oleh hal yang

demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan bakal guru sains

tentang peraturan dan keselamatan di makmal sains.

1.4 Objektif

Objektif kajian ini dijalankan adalah :

1. Mengenalpasti tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai peraturan

am di dalam makmal sains sekolah.

2. Mengenalpasti tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai teknik

penggunaan peralatan di dalam makmal sains sekolah.

3. Mengenalpasti tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai cara

pengendalian bahan kimia di dalam makmal sains sekolah.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif-objektif seperti di atas, kajian ini dijalankan untuk

memberikan jawapan bagi persoalan-persoalan berikut:

1 . Apakah tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai peraturan am di

dalam makmal sains sekolah?

2 . Apakah tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai teknik penggunaan

peralatan di dalam makmal sains sekolah?

3. Apakah tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai cara pengendalian

bahan kimia di dalam makmal sains sekolah?

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan

8

1.6 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini diharap dapat memberi faedah kepada pihak-pihak yang

berkenaan. Di antara pihak tersebut adalah para pelajar Program Pendidikan Sains,

para pensyarah, pihak Fakulti Pendidikan serta pihak Universiti Teknologi Malaysia.

Hasil kajian ini akan menggambarkan tahap pengetahuan bakal guru sains tentang

peraturan dan keselamatan di dalam makmal sains.

Dapatan kajian ini akan membantu bakal guru-guru sains bagi mempersiapkan

diri mereka dengan pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal sebelum

mengajar di sekolah. Selain itu, bakal-bakal guru sains dapat menilai tahap

pengetahuan mereka tentang peraturan dan keselamatan makmal. Ini adalah penting

bagi memastikan tahap pengetahuan tentang peraturan dan keselamatan makmal

mereka selaras dengan hasrat kurikulum matapelajaran sains yang diselaraskan oleh

Pusat Pembangunan Kurikulum.

Selain daripada itu, para pensyarah dapat menggunakan hasil dapatan kajian ini

bagi melengkap silibus pengajaran mereka. Para pensyarah akan dapat menyediakan

kaedah pengajaran baru bagi matapelajaran Pendidikan Amali Sains dan Pengurusan

dan Keselamatan Makmal yang ditawarkan di Fakulti Pendidikan.

Dapatan kajian ini juga dapat membantu pihak Fakulti Pendidikan dalam

menyemak kembali kurikulum berkaitan pengurusan, peraturan dan keselamatan

makmal yang dipelajari oleh pelajar di fakulti tersebut. Semakan ini meliputi aspek

perubahan cara pengendalian kelas dan jumlah kredit yang diambil. Ini bagi

memastikan para guru yang dilahirkan daripada Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia telah dilengkapi dengan pengetahuan tentang peraturan dan

keselamatan makmal.

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan

9

1.7 Batasan Kajian

Di dalam kajian ini penyelidik hanya membataskan kajian kepada perkara-

perkara tertentu sahaja supaya skop kajian tidak terlalu luas dan di luar kemampuan

penyelidik untuk melaksanakannya. Batasan kajian merangkumi perkara berikut :

1. Kesahihan kajian bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan

responden dalam menjawab soal selidik yang diberikan.

2. Respondan yang dipilih hanya terhad kepada pelajar tahun akhir

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Sains Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia sahaja.

1.8 Skop Kajian

Di dalam kajian ini, tahap pengetahuan bakal guru sains dalam tiga aspek

diukur. Aspek-aspek tersebut adalah:

1. Tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai peraturan am di

dalam makmal sains sekolah.

2. Tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai teknik penggunaan

peralatan di dalam makmal sains sekolah.

3. Tahap pengetahuan bakal guru sains mengenai cara pengendalian

bahan kimia di dalam makmal sains sekolah.

Data yang dikumpul adalah dalam bentuk kuantitatif. Responden kajian terdiri

daripada para pelajar dari kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Sains (SPN).

Kajian ini dilaksanakan di sekitar Fakulti Pendidikan.

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan

10

1.9 Daftar Istilah

Beberapa takrifan yang digunakan dalam kajian ini oleh adalah untuk

menerangkan maksud khusus berkaitan kajian ini.

1.9.1 Keselamatan

Keselamatan bermaksud satu keadaan yang terhasil daripada perubahan

tingkah laku manusia atau persekitaran fizikal untuk mengurangkan kemungkinan

bahaya yang seterusnya akan mengurangkan kemalangan (Dewan Bahasa dan Pustaka,

2005).

1.9.2 Keselamatan Makmal

Menurut Kamaruzzaman(1997) keselamatan makmal bererti tempat kita

menjalankan tugas dan kerja harian di dalam makmal hendaklah sentiasa terpelihara,

diawasi dan terhindar daripada bencana.

1.9.3 Pengetahuan

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) pengetahuan bermakna

perihal mengetahui sesuatu. Dalam kajian ini pengetahuan bermaksud pengetahuan

bakal guru sains tentang peraturan dan keselamatan makmal.

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦ · Setiap makmal sains di sekolah, perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik. Matlamatnya adalah bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan

11

1.9.4 Makmal Sains

Makmal sains adalah kawasan yang dikhaskan untuk melakukan kerja-kerja

yang melibatkan amali dan ujikaji. Makmal mestilah bersih, ceria, tersusun rapi,

mempunyai peralatan yang lengkap dan selamat.

1.9.5 Bakal Guru Sains

Bakal guru sains di dalam kajian ini merujuk kepada pelajar tahun 3 dan 4

kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Sains. Pelajar-pelajar ini telahpun

menamatkan latihan mengajar dan telah selesai mengikuti Kursus Pendidikan Amali

Sains dan Kursus Pengurusan dan Keselamatan Makmal.

1.10 Penutup

Aspek keselamatan di dalam makmal adalah satu perkara yang perlu diambil

perhatian oleh semua guru. Untuk memastikan keadaan di makmal sentiasa selamat

dan terhindar daripada bahaya setiap guru sains seharusnya mempunyai pengetahuan

yang luas tentang peraturan dan keselamatan makmal.