universiti teknologi malaysia - fp.utm.my · moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga &...
TRANSCRIPT
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: KEMAHIRAN TULISAN JAWI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH: KAJIAN KES DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH PASIR GUDANG
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya SALMAH BINTI ISMAIL
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
*** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : SAYED MAHUSSAIN BIN SAYED AHMAD
Tarikh : 23 April 2010
KEMAHIRAN TULISAN JAWI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH
MENENGAH: KAJIAN KES DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DI
DAERAH PASIR GUDANG
SALMAH BINTI ISMAIL
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
23 April 2010
"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."
Tandatangan
Nama Penulis
Tarikh
Sblsal{ binti Ismail
23 April2010
iii
DEDIKASI
Pada yang Maha Agung hanya kepadaMu ku panjatkan kesyukuran,
Pada Mu jua Ku pohon tetapkanlah imanku dalam mengecapi nikmat dunia &
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad dan para sahabat baginda &
Ayahanda Ismail bin Darus doa dan restumu penggerak kejayaanku &
Ibunda Almarhumah Salmiah bt Mat (*al-Fatihah) Biarpun Hanya Sedetik Kita Bersama Namun Tetap Bersemi Belaian Kasih Sayangmu
Ku Doakan Moga Dikau Bahagia Di Sana &
Abang-abang, kakak-kakak dan adikku : Zulkifli, Sazali, Sahabudin, Almarhum Saiful Nazri, Saufiah, Sabirin, Shahril, Sabariah dan Saadiah..abang-abang ipar&kakak-kakak ipar
Segala Nasihat Dan Dorongan Kalian Akan Ku Kenang Selamanya &
Buat insan teristimewa Mohd. Muzaidi bin Muzamil Terima kasih kerana menyuntik semangatku sejak dari bangku sekolah hingga kini
Moga ikatan kekal hingga ke dalam syurga &
Penasihat Akademik yang Budiman Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad Syukran Jazilan Atas Bimbingan Dan Nasihat Yang Diberikan
Hanya Allah Yang Dapat Membalas Jasamu &
Para Pensyarah Fakulti Tamadun Islam & Fakulti Pendidikan Terima Kasih Di Atas Ilmu Yang Diberikan
Semoga Allah Membalas Segala Jasa Dan Bakti Yang Dicurahkan &
Buat Sahabat-Sahabat Seperjuangan Khususnya 4 SPI Terima Kasih Di Atas Segala-galanya
Semoga Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini &
dengan doa & harapan kalian, ku hadiahkan segulung kejayaan…
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya
serta kekuatan yang diberikan dapatlah saya menyempurnakan laporan Projek Sarjana
Muda (PSM) ini dengan jayanya. Dengan iringan doa, setinggi-tinggi penghargaan dan
jutaan terima kasih kepada al-Fadhil Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad selaku
penyelia projek, di atas segala ilmu, bimbingan, tunjuk ajar, pandangan, sokongan dan
dorongan yang telah diberikan sepanjang tempoh kajian dilaksanakan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pusat sumber Fakulti Tamadun Islam dan
Fakulti Pendidikan serta Perpustakaan Sultanah Zanariah yang telah membenarkan saya
menggunakan bahan rujukan untuk melengkapkan kajian ini. Ucapan terima kasih yang
tidak terhingga kepada warga Sek. Men. Keb. Bandar Seri Alam, Masai dan Sek. Men.
Keb. Permas Jaya yang berkerjasama dan memberi keizinan untuk mendapatkan
maklumat.
Terima kasih juga buat seisi keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan
dorongan dalam setiap kerja yang dilakukan. Tidak lupa juga, buat teman seperjuangan
kesudian anda dalam membantu serta berkongsi idea amat saya hargai dan sahabat di
Universiti Kebangsaan Malaysia yang sudi berkongsi maklumat. Akhirnya, ribuan
terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak
langsung. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas jasa kalian, merahmati kita
semua dan diberi keampunan serta keberkatan. Amien
Salmah binti Ismail
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
v
ABSTRAK
Kajian Ilmiah ini berkaitan dengan “Kemahiran Membaca dan Menulis Tulisan Jawi
dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah”. Responden dipilih secara rawak mudah
yang terdiri daripada 70 orang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan
Bandar Seri Alam, Masai. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui tahap
penguasaan dan punca kelemahan tulisan Jawi serta persepsi pelajar dalam
meningkatkannya. Metodologi kajian adalah dengan menggunakan tiga set soalan yang
terdiri daripada soal selidik, ujian penulisan dan ujian bacaan. Segala data yang telah
diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social
Sciences Version 14.0 (SPSS Version 14.0) dan Microsoft Excel 2007. Pengkaji
menganalisis data dengan menggunakan statistik deskriptif. Dapatan kajian dipaparkan
dalam bentuk jadual (kekerapan, peratusan dan min) dan rajah (graf). Nilai
kebolehpercayaan bagi set soal selidik ialah α = 0.838. Hasil kajian menunjukkan tahap
penguasaan pelajar dalam kemahiran tulisan Jawi berada di tahap yang sederhana
dengan min 3.02. Manakala min keseluruhan bagi punca ialah 3.46 yang berada pada
tahap sederhana. Punca utama yang menyumbang kepada kelemahan kemahiran tulisan
Jawi dalam kalangan pelajar ialah ibubapa dengan min 4.30. Walaubagaimanapun
pelajar telah menunjukkan sikap positif terhadap tulisan Jawi melalui persepsi mereka
dengan min keseluruhan 3.91 dalam meningkatkan penguasaan tulisan Jawi. Ini
sebenarnya mampu memartabatkan dan memperkasakan tulisan Jawi jika dilaksanakan
secara teliti dan serius oleh semua pihak yang terlibat.
vi
ABSTRACT
The study is about "Jawi writing and reading skills among students in Secondary
Schools”. The respondent of this study were randomly chosen from 70 numbers of
students in Form Four from Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Alam, Masai.
The objective of this study is to determine level of competency in understand and write
Jawi, factors contribute towards students lack of competency in Jawi and students
perceptions/opinion to overcome this problem.The findings were obtained through three
research instruments; surveys, reading test and writing test. The data was analyzed using
Statistical Package for Social Sciences Version 14.0 (SPSS Version 14.0) and Microsoft
Excel 2007 software. This raw data was then transferred into statistic descriptions. The
interpreted data were presented in the forms of tables (frequency, percentage and min)
and graphs. The reliability value for this questionnaire α = 0.838. The study revealed
that most of the students are in the intermediate level to understand and write in Jawi
with the min of 3.02. Hence, overall min for factors and causes is in intermediate which
is 3.46. The main factor brings to lack of competency in Jawi is parents which brings to
min 4.30. However, the respondents give a positive response in many ways towards
enhancing Jawi with overall min reached 3.91. This action may improve the
understanding and writing skills in Jawi if all related parties take action to enhance it
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PERAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
DAFTAR AKSARA JAWI xix
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
viii
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.9 Penutup 10
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Sejarah Tulisan Jawi 12
2.3 Perkembangan Tulisan Jawi 15
2.4 Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Bukan Melayu 16
2.5 Tokoh Tulisan Jawi 18
2.6 Kepentingan Tulisan Jawi 21
2.7 Punca Kelemahan Tulisan Jawi 22
2.8 Memartabatkan Tulisan Jawi 28
2.9 Kemahiran Membaca dan Menulis 34
2.10 Kajian Lepas Yang Berkaitan 39
2.11 Kesimpulan 43
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 44
3.2 Rekabentuk Ujian 45
3.3 Tempat Kajian 46
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 46
ix
3.5 Instrumen Kajian 46
3.6 Prosedur Kajian 51
3.7 Analisis Data 52
3.8 Kajian Rintis 54
3.9 Penutup 54
BAB IV DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 55
4.2 Analisis Data Bahagian A 56
4.3 Analisis Data Bahagian B 59
4.4 Pencapaian Terjemahan dan Pembacaan Teks Jawi 64
4.5 Analisis Data Bahagian C 67
4.6 Analisis Data Bahagian D 77
4.7 Penutup 86
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 87
5.2 Ringkasan Kajian 88
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 88
5.3.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 89
5.3.2 Bahagian B: Tahap Penguasaan Pelajar Terhadap
Tulisan Jawi 91
5.3.3 Bahagian C: Punca-punca yang Membawa
x
kepada Kelemahan Pelajar dalam Membaca
dan Menulis Tulisan Jawi 94
5.3.4 Bahagian D: Persepsi Pelajar dalam Meningkatkan
Penguasaan Kemahiran Tulisan Jawi 99
5.4 Rumusan 104
5.5 Cadangan
5.5.1 Cadangan kepada Pihak Sekolah 106
5.5.2 Cadangan kepada Guru 107
5.5.3 Cadangan kepada Ibubapa 107
5.5.4 Cadangan kepada Pelajar 108
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 108
5.7 Penutup 109
RUJUKAN 110
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Jadual Kriteria Penilaian Tahap Menulis Jawi 39
3.1 Pengkelasan maklum balas (skala Likert) 48
3.2 Jadual Kriteria Penilaian Tahap Menulis Jawi 49
3.3 Jadual penilaian ujian bacaan 50
3.4 Nilai skor min 52
3.5 Aras persetujuan 53
4.1 Kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina 56
4.2 Kekerapan dan peratusan responden mengikut
penyertaan di SAK Negeri Johor
56
4.3 Kekerapan dan peratusan responden mengikut
kelulusan di SAK Negeri Johor
56
4.4 Kekerapan dan peratusan responden mengikut
pencapaian subjek Pendidikan Islam dalam PMR
57
4.5 Taburan responden mengikut jenis pekerjaan bapa 57
4.6 Taburan responden mengikut jenis pekerjaan ibu 58
4.7 Pecahan responden dari aspek pendidikan bapa 58
4.8 Pecahan responden dari aspek pendidikan ibu 59
4.9 Taburan Skor Bagi Item 1 Berkaitan dengan
Kemampuan Membaca Al-Quran dengan Baik
60
4.10 Taburan Skor Bagi Item 2 Berkaitan dengan
Pengenalan dan Pembelajaran Jawi Ketika Tadika
60
4.11 Taburan Skor Bagi Item 3 Berkaitan dengan
Kebolehan Mengenali dan Menyebut Huruf Jawi
60
xii
dengan Baik
4.12 Taburan Skor Bagi Item 4 Berkaitan dengan
Kebolehan Membaca dan Memahami Petikan dengan
Baik
61
4.13 Taburan Skor Bagi Item 5 Berkaitan dengan
Kebolehan Menulis Karangan Pendek dengan Baik
61
4.14 Taburan Skor Bagi Item 6 Berkaitan dengan
Menjawab Soalan Peperiksaan Pendidikan Islam
dalam Jawi
62
4.15 Taburan Skor Bagi Item 7 Berkaitan dengan Anggaran
Bacaan Bahan Bertulisan Jawi
62
4.16 Taburan Skor Bagi Item 8 Berkaitan dengan Proses
P&P Pendidikan Islam dalam Jawi
63
4.17 Taburan Skor Bagi Item 9 Berkaitan dengan
Penggunaan Tulisan Jawi dalam Kehidupan Seharian
63
4.18 Taburan Skor Bagi Item 10 Berkaitan dengan
Penggunaan Tulisan Jawi dalam Menulis Nota
64
4.19 Kesimpulan yang diperolehi daripada tahap
penguasaan pelajar terhadap tulisan Jawi
66
4.20 Taburan Skor Bagi Item 11 Berkaitan dengan Minat
Tulisan Jawi dalam Proses P&P
67
4.21 Taburan Skor Bagi Item 12 Berkaitan dengan Faktor
Guru Yang Kurang Mahir
67
4.22 Taburan Skor Bagi Item 13 Berkaitan dengan Faktor
Ibubapa dalam Penyediaan Sumber Bacaan Jawi
68
4.23 Taburan Skor Bagi Item 14 Berkaitan dengan
Penguasaan dan Galakan Ibubapa dalam Tulisan Jawi
68
4.24 Taburan Skor Bagi Item 15 Berkaitan dengan Faktor
Kekurangan Penerbitan
69
4.25 Taburan Skor Bagi Item 16 Berkaitan dengan 69
xiii
Kekangan Masa untuk Tulisan Jawi
4.26 Taburan Skor Bagi Item 17 Berkaitan Kesuntukkan
Waktu dalam Mempelajari Tulisan Jawi
70
4.27 Taburan Skor Bagi Item 18 Berkaitan dengan dengan
Kebebasan Menggunakan Dwitulisan dalam
Peperiksaan
70
4.28 Taburan Skor Bagi Item 19 Berkaitan dengan
Pengaruh Persekitaran
71
4.29 Taburan Skor Bagi Item 20 Berkaitan dengan
Kepentingan Menguasai Tulisan Jawi
71
4.30 Taburan Skor Bagi Item 21 Berkaitan dengan
Perkembangan Pembelajaran Tulisan Jawi
71
4.31 Taburan Skor Bagi Item 22 Berkaitan dengan Peluang
Bertanya Jika Menghadapi Masalah dalam Tulisan
Jawi
72
4.32 Taburan Skor Bagi Item 23 Berkaitan dengan Karya
Bertulisan jawi di Pasaran
72
4.33 Taburan Skor Bagi Item 24 Berkaitan dengan Masa
untuk Membaca dan Menulis Jawi
73
4.34 Taburan Skor Bagi Item 25 Berkaitan dengan Bekalan
Latihan Bertulisan Jawi oleh Guru
73
4.35 Taburan Skor Bagi Item 26 Berkaitan dengan
Pemansuhan Penggunaan Tulisan Jawi dalam Subjek
Bahasa Melayu
74
4.36 Taburan Skor Bagi Item 27 Berkaitan dengan
Kesungguhan Menguasai Tulisan Jawi
74
4.37 Taburan Skor Bagi Item 28 Berkaitan dengan Bebanan
Mengikuti Isi Kandungan Jawi dalam Subjek
Pendidikan Islam
75
4.38 Keseluruhan min bagi punca yang membawa kepada 75
xiv
kelemahan pelajar dalam membaca dan menulis
tulisan Jawi
4.39 Kesimpulan yang diperolehi daripada punca-punca
yang membawa kepada kelemahan pelajar dalam
membaca dan menulis tulisan Jawi
76
4.40 Taburan Skor Bagi Item 29 Berkaitan dengan
Penggunaan Tulisan Jawi Sepenuhnya dalam Subjek
pendidikan Islam
77
4.41 Taburan Skor Bagi Item 30 Berkaitan dengan
Papantanda Bertulisan Jawi yang Cantik dan Menarik
77
4.42 Taburan Skor Bagi Item 31 Berkaitan dengan Syarat
Wajib Menggunakan Tulisan Jawi dalam Peperiksaan
78
4.43 Taburan Skor Bagi Item 32 Berkaitan dengan
Kewujudan Subjek Tulisan Jawi Bukan Hanya di
Peringkat Rendah dan Menengah
78
4.44 Taburan Skor Bagi Item 33 Berkaitan dengan
Penguasaan Guru dalam Tulisan Jawi
79
4.45 Taburan Skor Bagi Item 34 Berkaitan dengan Seminar
dan Bengkel Tulisan Jawi
79
4.46 Taburan Skor Bagi Item 35 Berkaitan dengan
Kemudahan Laman Web
80
4.47 Taburan Skor Bagi Item 36 Berkaitan dengan Minggu
Tulisan Jawi
80
4.48 Taburan Skor Bagi Item 37 Berkaitan dengan
Program-program Pembelajaran Tulisan Jawi di
Televisyen
80
4.49 Taburan Skor Bagi Item 38 Berkaitan dengan Bahan
Bacaan Ringan Versi Tulisan Jawi
81
4.50 Taburan Skor Bagi Item 39 Berkaitan dengan Kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran Yang Menarik dan
81
xv
Bersesuaian
4.51 Taburan Skor Bagi Item 40 Berkaitan dengan
Kepelbagaian Perisian Komputer untuk Mempelajari
Jawi
82
4.52 Taburan Skor Bagi Item 41 Berkaitan dengan Slot
Khas Edisi Jawi
82
4.53 Taburan Skor Bagi Item 42 Berkaitan dengan
Kemudahan Capaian Melalui Internet
83
4.54 Taburan Skor Bagi Item 43 Berkaitan dengan
Penerbitan Bahan Bacaan Jawi yang Menarik
83
4.55 Taburan Skor Bagi Item 44 Berkaitan dengan Bahan
Bantu Mengajar yang Menarik dan Bersesuaian
84
4.56 Taburan Skor Bagi Item 45 Berkaitan dengan
Kemudahan Laman Web yang Menyemak Ejaan
Tulisan Jawi
84
4.57 Taburan Skor Bagi Item 46 Berkaitan dengan Pakej
Jualan Buku Melalui Sekolah
84
4.58 Kesimpulan yang diperolehi daripada persepsi pelajar
dalam meningkatkan penguasaan tulisan Jawi
85
xvi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
4.1 Pencapaian Terjemahan Teks Jawi 64
4.2 Peratusan Tahap Terjemahan Teks Jawi 64
4.3 Pencapaian Bacaan Teks Jawi 65
xvii
SENARAI SINGKATAN
% = Peratus
ABM = Alat bantu mengajar
DBP = Dewan Bahasa
FTI = Fakulti Tamadun Islam
GAPENA = Gabungan Persatuan Penulis Nasional
HSC = Higher School Certificate
ICT = Teknologi komunikasi maklumat
j-QAF = Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain
KJMR = Kaedah Jawi Mesra Rumi
LCE = Lower Certificate Education
MCE = Medium Certificate Education
PMR = Penilaian Menengah Rendah
PPJ = Persatuan Penulis Johor
PPPBPM = Persatuan Peminat Bahasa dan Penulis Muar
RTM = Radio dan Televisyen Malaysia
SAKNJ = Sekolah Agama Negeri Johor
SMK = Sekolah Menengah Kebangsaan
SPM = Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS = Statistical Package for The Social Science
SRP = Sijil Rendah Pelajaran
STAM = Sijil Tinggi Agama Malaysia
STPM = Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
TERUJA = Transliteration Engine for Rumi to Jawi.
UIAM = Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
UKM = Universiti Kebangsaan Malaysia
UTM = Universiti Teknologi Malaysia
xviii
SENARAI LAMPIRAN
BIL LAMPIRAN HALAMAN
1 Surat Kebenaran A
2 Instrumen Kajian B
xix
DAFTAR AKSARA JAWI
Berikut adalah jadual bagi huruf-huruf dalam tulisan Jawi
(http://www.karyanet.com.my/knetbeta/dbp_jawi/pengenalan/3-02_abjad.htm).
Bentuk huruf Nama Tunggal Awal kata Tengah kata Akhir kata
Padanan Rumi
alif ا ا a
ba بـ ب ب بـ b
ta تـ ت ت تـ t
sa ثـ ث ث ثـ s, (th)
jim جـ ج ج جـ j
ha حـ ح ح حـ h, (ḥ)
ca چـ چ چ چـ c
kha خـ خ خ خـ kh
dal ـد د d
zal ـذ ذ z, (dh)
ra ـر ر r
zai ـز ز z
sin سـ س س سـ s
syin شـ ش ش شـ sy
sad صـ ص ص صـ s, (ṣ)
dad ضـ ض ض ضـ d, (ḍ)
ta طـ ط ط طـ t, (ṭ)
za ظـ ظ ظ ظـ z, (ẓ)
ain ـعـ ع ع عـ awal: a, i, u; akhir: k, (‘)
xx
ghain ـغـ غ غ غـ gh
nga ـ ڠ ـ ng ـ ـ
fa فـ ف ف فـ f
pa ڤـ ڤ ڤ ڤـ p
qaf قـ ق ق قـ k, q, (q)
kaf كـ آ ک k ـک
ga ـ ـ ـ ـ ـ g ـ
lam لـ ل ل لـ l
mim مـ م م مـ m
nun ن نـ ن n ن
wau ـو و w, u, o
va ـ ۏ v
ha هـ ه ه h ه
ya ـيـ ي ي y, i, e taling ي
ye ـى ى e pepet hujung
nya ـ ـپـ پـ ڽ ny
hamzah ء ء awal: gugur; akhir: k, (’)
ta marbutah ـة ة t, h, (ṯ)
Catatan:
1. Latar belakang berwarna merah jambu menunjukkan huruf yang unik dalam tulisan Jawi dan tiada dalam tulisan Arab.
2. Huruf di dalam kurungan ialah padanan untuk transliterasi.
3. Huruf ۏ diperkenalkan pada tahun 1983 untuk mewakili huruf v.
4. Huruf ء imbuhan, iaitu hamzah yang berada 3/4 dari garis asas diperkenalkan pada tahun 1983. Ia digunakan pada perkataan berimbuhan seperti ساءن . کبNamun, tiada fon dewasa ini yang mempunyai kemampuan untuk memaparkan huruf ء pada kedudukan yang betul. Kebanyakan pengguna menggunakan kaedah superskrip untuk mengubah kedudukan ء .
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Tulisan Jawi adalah salah satu seni penulisan dan merupakan tulisan warisan
bangsa Melayu yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya
berkait rapat secara langsung dengan kedatangan Islam ke Nusantara sekitar abad ke-10
Masihi bersamaan tiga Hijrah hingga ke masa kini. Sejarah perkembangan kerajaan
Melayu Melaka, Jambi, Batawi, Majapahit, Pattani, Riau, Acheh dan Mataram telah
membuktikan bahawa tulisan Jawi merupakan tulisan yang digunakan di seluruh alam
Melayu. Terlalu banyak bahan tulisan Jawi dalam pelbagai aspek ilmu telah berkubur
tanpa dapat dikesan kerana tiadanya kesedaran masyarakat dan kerajaan pada masa kini
terhadap intipati, ilmu dan nilai khazanah tersebut. Pelbagai bukti yang telah dijumpai
menunjukkan bahawa sememangnya tulisan Jawi mempunyai pengaruh yang besar di
kalangan masyarakat Melayu, antaranya pada Batu Bersurat Terengganu, manuskrip
Aqa’id an-Nasafi, surat-surat perjanjian, buku undang-undang, hukum kanun, sejarah,
2
hikayat, surat khabar dan majalah jelas membuktikan kepada kita bahawa tulisan Jawi
telah mengambil peranan yang penting serta memberi sumbangan yang besar kepada
kebudayaan, bahasa, kesusasteraan dalam tamadun Melayu. Tulisan Jawi pada peringkat
awalnya mengalami perkembangan yang cukup pesat melalui sistem pendidikan agama.
Menurut Noriah (1999:78) dalam bukunya Sejarah Sosiolinguistik Bahasa Melayu Lama
menyebutkan :
“Secara am, dengan kedatangan Islam, orang Islam mempelajari ilmu dasar
Islam iaitu fardu ain dan fardu kifayah. Dengan menginsafi akan kewajipan dalam fardu
ain maka orang Melayu telah masuk Islam belajar pelajaran agama. Hal inilah yang
membezakan situasi zaman Hindu – Buddha dengan zaman Islam. Di dalam Islam setiap
individu wajib belajar membaca, terutama membaca kitab suci al-Quran. Maksudnya di
dalam masyarakat Islam tidak ada orang yang jahil tentang agamanya tidak kira orang
tersebut bangsawan atau rakyat jelata. Bertitik tolak daripada keperluan belajar
membaca ini maka di Melaka pada abad ke-14 telah diwujudkan tempat-tempat belajar
agama. Sesuai dengan semangat Islam, ilmu pengetahuan juga disebarluaskan di
kalangan rakyat jelata. Sebab itu, selain istana, pusat pengajaran- pembelajaran juga
diwujudkan di rumah ulama atau maulana, di madrasah, di pondok, di masjid, di surau
dan sebagainya. Di Acheh stuktur pendidikannya lebih tersusun. Pendidikan dasar
bermula di madrasah dan pada peringkat ini murid-murid diajar menulis dan membaca
aksara Arab, membaca al-Quran, cara beribadat, akhlak, kisah-kisah daripada sejarah
Islam, rukun iman serta nyanyian pada setiap malam Jumaat”. Beliau juga menambah,
kedatangan agama Islam telah membawa aksara Arab dan adaptasi aksara ini
kemudiannya telah menghasilkan aksara Melayu yang menjadi mangkin perkembangan
bahasa Melayu klasik. Aksara ini dinamakan aksara Jawi. (Noriah 1999:84). Pendidikan
agama Islam sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan ejaan Jawi kerana pendidikan
agama menekankan pengajian al-Quran yang menggunakan bahasa Arab.
3
Menurut Amat Johari Moain dalam Konvensyen tulisan Jawi pada enam hingga
lapan November 1991 menyatakan bahawa pada tahun 1963 dasar menggunakan tulisan
Rumi sebagai tulisan Rasmi bagi bahasa Melayu di Malaysia diperkukuhkan oleh Akta
Bahasa 1962. Dengan itu tersungkur terus kedudukan tulisan Jawi untuk bahasa
Melayu. Implikasi besar kepupusan tulisan Jawi menyebabkan generasi muda tidak
mampu membaca dan menulis Jawi apatah lagi membaca al-Quran. Kesemua pihak
samada pelajar, guru, masyarakat dan pentadbiran pendidikan bertanggungjawab untuk
memartabatkan tulisan Jawi.
1.2 Latar Belakang Masalah
Merujuk kepada sistem pendidikan di Malaysia, Mok Soon Sang (2001:1)
menyatakan bahawa perkembangan pendidikan negara kita berlaku dalam dua tahap
iaitu sebelum kedatangan British (1400-1786) dan sistem pendidikan semasa
pemerintahan British (1786-1956). Sebelum kedatangan British, sistem pendidikan
orang Melayu berlandaskan pengajian al-Quran semata-mata. Menurut Wilkinson yang
dipetik dari buku Pendidikan di Malaysia karya Mok Soon Sang (2001:1) mengatakan
“murid di pondok mula belajar perkataan Arab dan selepas sudah menguasainya, mereka
akan terus mempelajari dengan cara menghafaz huruf abjad Arab supaya menjadi
panduan membaca doa dari teks Arab. Hal ini menunjukkan bahawa sebelum
kedatangan British orang Melayu telah mempunyai institusi pendidikan samada di surau,
masjid, pondok madrasah dengan menggunakan bahasa perantaraannya bahasa Melayu
dan Arab. Tulisan Jawi pula telah digunakan sesuai dengan matapelajaran yang bercorak
keagamaan. Dengan kedatangan British ke Tanah Melayu, sistem pendidikan yang ada
telah bertukar kepada sistem sekolah Vernakular Melayu, Vernakulakar Cina dan
Vernakular Tamil. Stuktur sistem pendidikan dibentuk mengikut kesesuaian masyarakat
berbilang kaum dan pengaruh tulisan Rumi atau Latin telah mula berkembang. Keadaan
ini telah menyumbang kepada kemerosotan tulisan Jawi. Hal ini semakin ketara
4
menjelang tahun 1957 di mana peranan tulisan Rumi semakin penting dan menjadi
media utama dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi, kebudayaan dan sektor
swasta.
Menurut Amat Juhari Moain (1992) dalam tulisan Mohd Rizal Ismail yang
bertajuk “Tulisan Jawi dan Isu-Isunya” (www.scribd.com/doc/2582591/tulisanjawi)
menyatakan bahawa semasa wujudnya sekolah Melayu, tulisan Jawi menjadi tulisan
utama di sekolah-sekolah, sekurang-kurangnya di Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu. Tetapi apabila sekolah-sekolah Melayu telah dihapuskan dan digantikan
dengan sekolah umum dan kemudiannya sekolah kebangsaan, maka peranan tulisan Jawi
semakin berkurangan di sekolah-sekolah. Tulisan Jawi menjadi mata pelajaran sahaja
dan dimasukkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu. Bagaimanapun keadaaan ini tidak
bertahan lama, kerana guru yang berkemahiran dalam mata pelajaran Jawi berkurangan.
Akhirnya mata pelajaran Jawi berpindah ke dalam pengajaran pengetahuan Agama
Islam. Namun ini tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya, kerana pelajaran Jawi
telah mengurangi waktu untuk pengajaran isi pengajaran pengetahuan Agama Islam.
Keadaan yang tidak menentu ini wujud sehingga sekarang. Dan serentak itu, kedudukan
tulisan Jawi terus menerus malap dan merosot.
Menurut Abd Rahman Hamzah (2008:149) menyatakan bahawa identiti orang
Islam sebenar ialah al-Quran. Sesungguhnya, cubaan untuk memisahkan umat Islam
daripada Tulisan Arab merupakan usaha untuk menyisihkan identiti Islam daripada diri
individu Muslim. Usaha demikian dirancang dan dilaksanakan oleh para musuh Islam
menerusi penjajahan yang begitu halus sehingga hilang rasa sayang dan hormat umat
Islam terhadap tulisan Jawi. Sebelum kemerdekaan negara, rakyat negara ini dilaporkan
ramai yang buta huruf iaitu tidak tahu membaca dan menulis khususnya tulisan Rumi
tetapi mereka masih celik al-Quran dan fasih dalam membaca dan menggunakan tulisan
Jawi. Namun apa yang berlaku hari ini, masih ramai rakyat yang berkeadaan buta huruf
tetapi ianya bukan lagi buta huruf dalam tulisan Rumi sebaliknya buta huruf dalam
tulisan Jawi lantaran tulisan Jawi tidak lagi menjadi tulisan pengantar bagi orang
5
Melayu. Sinonimnya orang Melayu dikaitkan dengan agama Islam yang berpegang
kepada al-Quran, di mana di dalam al-Quran mengandungi aksara Arab yang
kemudianya diadaptasi aksara ini untuk menghasilkan aksara Melayu yang lebih
dikenali sebagai aksara Jawi.
1.3 Penyataan Masalah
Kelemahan penggunaan tulisan Jawi di kalangan pelajar dapat dilihat bilamana
proses pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Islam tidak dapat dilaksanakan
menggunakan tulisan Jawi sepenuhnya. Ketidakupayaan pelajar menggunakan tulisan
Jawi melambatkan proses pengajaran dan guru terpaksa menggunakan tulisan rumi
meskipun dalam subjek Pendidikan Islam. Amat menyedihkan bilamana pelajar
tingkatan menengah atas tidak boleh membaca al-Quran dan menulis Jawi. Melalui
pengamatan pengkaji juga, penggunaan tulisan Jawi kurang diberi perhatian dan tulisan
Jawi ini hanya diajar secara formal di sekolah rendah melalui program perintis j-Qaf dan
di peringkat sekolah menengah pula ianya hanya sekadar disisipkan di dalam
matapelajaran Pendidikan Islam. Berdasarkan kepada situasi dan senario yang di
jelaskan pengkaji terdorong untuk mengkaji kemahiran tulisan dan bacaan Jawi dalam
kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Alam, Masai.
6
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1.4.1 Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis tulisan Jawi
dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Alam, Masai
1.4.2 Mengenalpasti punca-punca yang membawa kepada kelemahan pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Bandar Seri Alam, Masai dalam membaca dan menulis tulisan
Jawi
1.4.3 Mengenalpasti persepsi pelajar dalam meningkatkan penguasaan kemahiran
membaca dan menulis tulisan Jawi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri
Alam, Masai
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, pengkaji telah mengemukakan beberapa persoalan kajian
iaitu:
1.5.1 Apakah tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis tulisan Jawi dalam
kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Alam, Masai?
1.5.2 Apakah punca-punca yang membawa kepada kelemahan pelajar dalam membaca
dan menulis tulisan Jawi?
1.5.3 Apakah persepsi pelajar dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca
dan menulis tulisan Jawi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Alam, Masai?